Sie sind auf Seite 1von 7

Laporan Kajian Tindakan (Matematik)

Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menghafal Sifir 9


Di Kalangan Murid-murid Tahun 2
Dengan Teknik Pergerakan Jari
Penghargaan
Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan ke hadrat kerana dengan limpah
dan kurniaNya dapat saya menyiapkan Laporan Kajian Tindakan ini.

Setinggi penghargaan ditujukan kepada En Tan Wei Yang yang selaku


Ketua Panitia Mata Pelajaran Matematik kerana telah banyak memberi bimbingan
dan tunjuk ajar serta dapat meluangkan masa untuk berdiskusi di sepanjang
penulisan dan pelaksanaa laporan ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada En
Teo Meng Kian selaku Guru Besar SJK (c) Aik Ming, Bt 4, Jalan Bukit Pasir,
84000 Muar, Johor telah memberikan sokongan padu dalam melaksanakan
kajian ini.
Sekalung budi juga ditujukan kepada rakan-rakan sepejuangan di atas
segala kerjasama yang telah kalian berikan di sepanjang kajian ini. Penghargaan
ini juga ditujukan kepada mana-mana pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak kerana banyak memberikan kerjasama, buah fikiran dan
dorongan dalam kajian ini. Semoga Allah dapat membalas segala jasa-jasa
kalian.
Sesungguhnya Allah itu Maha pengasih dan penyayang
Abstrak
Menghafal Sifir 9 merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai
dalam tajuk Pendaraban Dalam Lingkungan 1 000 . namun begitu, dari
pemerhatian saya, murid-murid masih menghadapi masalah untuk mengira
soalan-soalan yang berkaitannya dengan tepat. Respoden saya terdiri daripada 4
orang murid Tahun 2A. Mereka ini merupakan murid-murid yang telah disaringi
dari Program LINUS. Oleh yang demikian, mereka ini memang kurang mahir
membaca, menulis dan mengira. Oleh itu, mereka sebenarnya menghadapi
kesukaran untuk memahami konsep-konsep yang akan disampaikan dalam
setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Jika dibiarkan, dikhuatiri masalah ini
akan terbaa-bawa hingga ke yajuk yang melibatkan nombor-nombor yang lebih
besar.
Dari pemerhatian yang dijalankan melalui sesi temubual antara guru kelas
dengan murid-murid, saya dapati mereka kurang berminat dengan sesi
pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Mereka tidak faham dengan
cara kiraan yang saya gunakan iaitu Hafalan Sifir. Faktor ini menyebabkan
mereka merasa bosan ketika dalam kelas. Mereka tidak dapat menjawab latihan
yang disediakan dengan tepat. Berpandukan konsep soalan yang ada dalam
Buku Latihan dan Aktiviti yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia,
saya telah menjalankan Ujian Pra untuk mengenalpasti sejauh mana kelemahan

mereka. Dari Ujian Pra, saya mendapati hanya 25% murid sahaja yang dapat
menjawab soalan keseluruhan secara tepat.
Berdasarkan masalah yang telah saya kenalpasti ini, maka saya
mengamil keputusan untuk menggunakan teknik pergerakan jari sebagai
pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana memang sikap kanakkanak suka berada dalam suasana yang riang gembira. Saya telah mngambil
inisiatif dengan mencipta sebuah permainan tanpa alatan (10 jari tangan).
Selepas semua aktiviti ini dijalankan, saya minta murid ulangkan permainan
pergerakan jari semula yang telah mereka belajari semasa menjawab soalansoalan dalam Ujian Pos. Bagi Ujian Pos, peratus keseluruhan telah meningkat
sebanyak 50% iaitu dari 25% ke 75%. Bagi saya, ianya adalah satu perubahan
yang positif.
Pada dasarnya tajuk ini bukanlah sukar untuk diajar sekiranya kita tahu
kaedah yang boleh membuatkan murid seronok dan gembira ketika belajar. Saya
mencadangkan agar kaedah ini digunakan bagi meningkatkan kemahiran murid
untuk konsep Pendaraban Dalam Lingkungan 1 000 dengan menggunakan
nombor yang lebih besar.
Latar Belakang Kajian
Laporan Prestasi yang dihasilkan oleh guru mata pelajaran Matematik
merupakan maklum balas pemeriksa kepada kerja-kerja yang ditunjukkkan oleh
murid di atas kertas jawapan murid. Berdasarkan Laporan Prestasi Matematik
dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 bagi murid tahun 2A, jelas
menunjukkan prestasi murid dalam sifir adalah rendah dan mengecewakan. Oleh
itu, beberapa kajian awal telah dilakukan bagi menganalisis masalah menghafal
sifir 9 yang dihadapi oleh murid Tahun 2A. Hasil kajian yang telah dijalankan oleh
Penolong Ketua Panitia Matematik, Cik Ng Su Mui ke atas murid tersebut dalam
kemahiran menghafal sifir 9 jelas menunjukkan bahawa murid tersebut masih
menghadapi kesukaran dalam menghafal Sifir 9.

Pernyataan Masalah
Sifir 9 adalah salah satu kemahiran mendarab yang sering digunakan
dalam kehidupan harian murid-murid dalam mengira. Sifir 9 ini membantu murid
mengira dan menyelesaikan masalah Matematik dengan lebih cepat. Tanpa
menghafal sifir 9 dengan baik dan betul, murid-murid tidak dapat menyelesaikan
masalah Matematik dengan cepat dan tepat.
Metodologi Kajian
1. Reka Bentuk Kajian
Penyelidikan ini akan menggunakan kaedah Kajian Tindakan dengan
berdasarkan pelan tindakan lima peringkat langkah:
Peringkat Langkah Pertama : Tinjauan isu dan masalah yang dikaji iaitu masalah
penuasaan kemahiran menghafal sifir 9 di
kalangan murid Tahun 2A. Setiap masalah dicatat

2.
3.
4.
a.
b.
c.
5.

dan dikaji bersama di kalangan guru Matematik.


Peringkat Langkah Kedua : Perancangan kajian cara menguasai kemahiran
menghafal Sifir 9 yang berkesan.
Peringkat Langkah Ketiga : Pelaksanaan tindakan.
Peringkat Langkah Keempa t: Pemerhatian.
Peringkat Langkah Kelima : Membuat refleksi atau renungan dan penilaian
kendiri.
Sasaran Kajian
Kajian akan dijalankan ke atas murid Tahun 2A yang telah dikenal pasti
menghadapi masalah dalam menghafal sifir 9.
Batasan Kajian
Kajian ini memberi tumpuan kepada aspek sifir 9 dalam bentuk konseptual.
Alat Instrument Kajian
Bagi mengesan kesukaran murid dalam menghafal sifir 9, instrument berikut
digunakan:
Soalan ujian : Untuk menentukan tahap pencapaian dan pengtahuan murid
terhadap Sifir 9.
Temubual : Mendapat maklum balas terhadap pengajaran guru dan
kesukaran yang dihadapi oleh murid.
Pemerhatian : Untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan
mengenalpasti pembelajaran murid.
Teknik Analisis Dapatan Kajian
Hasil kajian soalan kajian akan dianalisis dengan mengira markah pencapaian
murid, temubual akan dianalisis dengan analisis isu dan dilema manakala
pemerhatian akan dianalisis dengan analisis secara perbincangan dan analisis
aspek-aspek yang tidak terduga.
1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu
Dalam tajuk Pendaraban Dalam Lingkungan 1 000 , terdapat satu
kemahiran asas yang mula-mula diperkenalkan iaitu Pendaraban Dengan
Hafalan Sifir 9 . Bunyinya seperti mudahuntuk diajar tetapi rupa-rupanya ia
merupakan satu kemahiran yang sukar untuk difahami. Murid Tahun 2A tidak
dapat memahami konsep ini walaupun telah diterangkan secara berulang-ulang
kali. Kaedah penerangan yang sama setiap kali sesi pengajaran menyebabkan
murid bosan, malas dan mengantuk untuk mendengar apa yang saya ajar.
Apabila mereka berasa bosan, maka mereka tidak akan dapat memahami konsep
yang ingin saya sampaikan.
Tahun 2A merupakan murid-murid yang telah disaring dari Program LINUS.
Mereka terdiri daripada murid-murid yang amat lemah dalam kemahiran
membaca, menulis dan sekaligus lemah dalam pengiraan. Ini menyebabkan
murid secara keseluruhannya tidak faham apa yang dikehendaki semasa
menjawab soalan-soalan untuk kemahiran ini. 70% dari mereka hanya
menggarukan kepala apabila diajukan soalan yang bagi mereka amat sukar untuk
diselesaikan.
Kemahiran ini merupakan pengenalan untuk tajuk Pendaraban Dalam
Lingkungan 1 000 . Sekiranya mereka tidak dapat menguasai kemahiran ini,
maka mereka tidak akan dapat mengaitkannya dengan kemahiran seterusnya.

Kemahiran yang seterusnya ialah membahagi ayat Matematik. Contohnya : 72


9 = 8. Sekiranya konsep Pendaraban Dengan Hafalan Sifir 9 tidak dikuasai,
maka mereka sudah tentu tidak tahu bahawa apabila melihat perkataan darab
@ kali atau simbol X ianya membawa maksud ulangan .
Saya bersama-sama murid-murid Tahun 2A setiap hari. Waktu pengajaran
dan pembelajaran bagi Matematik telah ditetapkan selepas rehat. Sebagaimana
yang kita ketahui, waktu rehat merupakan waktu bermain dan berseronok bagi
murid Tahun 2A. Tanpa disedari, apabila sesi kelas dimulakan selepas rehat,
mereka akan mula menunjukkan tanda-tanda keletihan dan kebosanan.
Justeru itu, saya ingin mengetengahkan idea ini agar proses pengajaran
dan pembelajaran saya lebih menyeronok dan berkesan.
2. Fokus Kajian

Kajian saya ini berfokus kepada Pendaraban Dalam Lingkungan 1


000 . di dalam tajuk ini, murid saya keliru denga soalan yang dikemukakan sama
ada perlu menambah atau membahagi nombor yang diberikan. Ada juga di
kalangan murid yang menulis jawapan mengikut sesuka hati mereka sahaja.
Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan, maka kesalahan ini akan
berterusan kepada tajuk yang akan datang terutama apabila ianya melibatkan
nombor yang lebih besar.
3. Objektif Kajian
3.1 Objektif Am:
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan
murid
bagi kemahiran Pendaraban Dengan Hafalan Sifir 9 .
3.2 Objektif Khusus :
3.2.1 Menarik minat murid dengan permainan pergerakan jari bagi
kemahiran ini.
3.2.2 Memberi peluang murid mengambil bahagian dalam aktiviti yang
dijalankan
di dalam kelas.
3.2.3 Mengaplikasikan permainan semasa menjawab soalan yang telah
disediakan.
3.2.4 Memberikan keyakinan kepada guru untuk menyampaikan konsep
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
4. Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran saya teediri daripada 4 orang murid Tahun 2A. Mereka
merupakan murid-murid yang telah disaring dalam Program LINUS. Mereka
sangat lemah dalam membaca, menulis dan sekaligus menghadapi juga masalah
dalam pengiraan. Seorang murid kelas ini hasil ujiannya adalah di bawah paras
normal. Atas kekangan dari ibubapa, mereka tidak dihantar ke Sekolah
Pendidikan Khas. Oleh itu, saya juga melibatkan mereka dalam kajian ini.

5. Pelaksanaan Kajian
5.1 Tinjauan Masalah
5.1.1 Pemerhatian
Saya membuat pemerhatian masalah ni berdasarkan latihan yang telah
mereka buat dalam Buku Latihan dan Aktiviti yang telah dibekalkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini kerana latihan-latihan yang
terkandung di dalam buku ini juga adalah menepati konsep yang dikehendaki
oleh Sukatan Pelajaran. Selain dari itu, saya juga membuat pemerhatian melalui
soalan lisan secara terus kepada murid.
5.1.2 Temubual
Saya juga telah meminta jasa baik guru kelas bagi menjalankan tinjauan
secara temubual bersama murid. Saya tidak menjalankan sendiri proses
temubual ini kerana saya bimbang tidak akan mendapat jawapan yang
yang
ikhlas dari murid. Ini kerana banyak faktor boleh boleh mempengaruhi
keadaan ini seperti murid malu atau takut kepada saya. Guru kelas ini telah
saya bekalkan dengan soalan pabduan yang akan ditanya kepada muridmurid ini.
5.1.3 Ujian Pra
Untuk meninjau sejauh mana masalah yang dihadapi oleh mereka untuk
menjawab soalan, saya telah menjalankan Ujian Pra. Dalam ujian ini, setiap
murid dibekalkan dengan lembaran soalan. Setiap murid perlu menjawab 10
soalan di dalam lembaran ini.
Contoh soalan adalah seperti:
a) 84 x 9 = ____
b) 53 x 9 = ____
84 darab 9 sama dengan.
53 darab 9 sama dengan
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1 Analisis Pemerhatian
Melalui proses pemerhatian di dalam Buku Latihan dan Aktiviti, 50% latihan tidak
dapat dijawab dengan tepat. Mereka hanya meletakkan jawapan mengikut gerak
hati mereka sendiri. 30% jawapan mereka adalah hasil tambah manakala 40%
lagi merupakan jawapan tekaan sahaja. Hanya 30% sahaja menjawab soalan
dengan tepat.
5.2.2 Analisis Temubual
Dari proses temubual di antara guru kelas dengan murid pula, saya mendapati
mereka tidak faham dengan kaedah penerangan saya yang hambar. Selain itu,
penerangan yang berulang-ulang juga menyebabkan mereka berasa bosan. 80%
dari murid ini telah mengakui keadaan tersebut. Menurut mereka, saya membebel
seorang diri.
5.2.3 Analisis Ujian Pra
Bil
Murid
Markah
1
Chua
3/10
2
Khoo
5/10
3
Tan
1/10
4
Tung
8/10
5.3 Tindakan Yang Dijalankan

5.3.1 Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan


Sebanyak 3 aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang iaitu:
a. Aktiviti 1 : Memerhati demontrasi permainan pergerakan jari.
b. Aktiviti 2 : Mengikut dan mengingat pergerakan jari yang telah didemontrasikan
dengan sempurna.
c. Aktiviti 3 : Menunjukkan pergerakan jari sambil menghafal Sifir 9.
5.3.2 Bahan-bahan Yang Dijalankan
a. Aktiviti 1 : Jari Tangan guru
b. Aktiviti 2 : Nota catatan
c. Aktiviti 3 : Jari tangan murid-murid
5.3.3 Instrumen dan Langkah-langkah Pemerhatian
a. Kajian saya dijalankan di dalam kelas 2A. kelas ini telah pun dibekalkan dengan
kemudahan pengajaran dan pembelajaran bagi program EteMs selengkapnya.
b. Kajian ini telah dijalankan pada 14 Oktober. Ianya dijalankan selama 30 minit
mengikut jadual waktu pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah.
c. Aksi-aksi spontan murid di dalam kelas sepanjang kajian dijalankan telah
diambilkan dengan menggunakan kamera digital.
5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian
5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1
Memperdengarkan murid-murid dengan hafalan Sifir 9 sambil
memerhatikan demontrasi. Guru mendemontrasi sambil menggalakan
murid
untuk turut menghafalkan sifir tersebut. Hafalan Sifir 9 dan demontrasi ini
diperhatikan sebanyak 3 kali supaya murid dapat menghafal den
mengikutikan dengan tepat.
Apabila demontrasi ditunjukkan bersama hafalan Sifir 9, murid mula
menunjukkan aksi mereka yang tersendiri. Ternyata mereka seronok melihat
demontrasi tersebut bergerak-gerak di hadapan mereka. Apabila mendengar
hafalan Sifir 9, mereka menggoyang-goyangkann jari tangan sambil menganjuk
Sifir 9 itu disebutkan.
5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2
Guru mendemontrasi teknik-teknik pergerakan jari. Guru menyebut
hafalan Sifir 9 sambil mengerakan jari satu demi satu hingga jat terakhr habis
dengan hafalan Sifir 9.
Kaedah ini diulangi sebanyak 2 kali supaya murid dapat mengenalpasti
bagaimana proses pendaraban berlaku. Murid diajak menyebut bersama
dengan guru.
Pemerhatian :
Murid mula meminta keizinan untuk mengambil bahagian dalam
proses
mengerakan kesepuluhan jari tangan di atas meja tulis mereka masingmasing satu per satu.
5.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3
Guru memberi penerangan bagaimana mengenalpasti proses
pendaraban dengan mengingati semula Sifir 9 yang telah
diajarkan.

Proses mengingat semula Sifir 9 diaplikasikan semasa menjawab


soalan
contoh.
Pemerhatian :
Murid mengajuk semula Sifir 9 secara perlahan semasa proses
menjawab soalan yang telah disediakan.
5.5 Refleksi Kajian
5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid (Ujian Pos)
Untuk menilai pencapaian murid, saya telah menjalankan ujian pos. hasil dari
ujian pos adalah seperti berikut:
Bil
Murid
Markah
1
Chua
9/10
2
Khoo
9/10
3
Tan
2/10
4
Tung
10/10
Berikut adalah jadual perbandingan antara Ujian Pra dan Ujian Pos:
Bil
Murid Ujian Pra Ujian Pos
1
Chua
3/10
9/10
2
Khoo
5/10
9/10
3
Tan
1/10
2/10
4
Tung
8/10
10/10
5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan
Secara keseluruhannya aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dapat mencukupi
konsep yang ingin disampaikan. Waktu yang diperuntukkan bagi satu sesi aktiviti
adalah 30 minit dan ini adalah bersesuaian dengan jumlah waktu mengajar mata
pelajaran Matematik setiap hari.
5.5.3 Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Saya merasakan semua aktiviti ini dapat membantu meningkatkan hafalan Sifir 9
penguasaan konsep yang saya kaji. Murid dapat belajar dalam suasana ceria dan
gembira. Guru juga tidak tertekan untuk memahamkan murid tentang konsep
yang ingin disampaikan.
6. Cadangan Kajian Seterusnya
Pada dasarnya tajuk ini bukanlah sukar untuk diajar sekiranya kita tahu
kaedah yang boleh membuatkan murid seronok dan gembira ketika belajar. Saya
mencadangkan agar kaedah ini akan digunakan bagi kemahiran yang lain
terutamanya kepada jumlah nombor yang lebih besar.

Das könnte Ihnen auch gefallen