Sie sind auf Seite 1von 1

JAWAB DENGAN RINGKAS, TEPAT DAN PADAT.

Empat baldi pasir


halus.
(a)
Jelaskan golongan kata dan fungsi kata yang berhuruf condong
dalam ayat di atas.
(b) Berikan dua contoh lain untuk kategori kata yang sama dengan kata
tersebut.

Utama
Golongan kata untuk kata baldi adalah kata nama am (konkrit). Fungsi
katanya pula ialah kata nama am (konkrit). Di mana kata nama am
(konkrit) boleh menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan
nama perkara. Kata nama am ialah sejumlah perkataan yang boleh
menjadi unsur inti bagi binaan frasa dan lazimnya perkataan demikian
menamakan orang, tempat, benda atau konsep. Dua contoh lain ialah
kata baju dan kata seluar iaitu kata nama am yang boleh menunjukkan
nama benda. Dan ia adalah juga kata nama am yang boleh menjadi unsur
inti bagi binaan frasa untuk menamakan benda.
Jawab 1
Golongan kata untuk kata baldi ialah kata nama am merujuk kepada
benda-benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata baldi juga merujuk
kepada kata nama am berdasarkan ciri makna perkataan yang bersifat
konkrit. Asraf (2007) menjelaskan bahawa kata nama am (konkrit) boleh
digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang tidak bernyawa atau tidak
hidup, iaitu benda, tempat dan sebagainya. Untuk kata baldi ia merujuk
kata nama am tak hidup
(Institusi, bukan institusi, konkrit, abstrak, berbilang, dan tak berbilang).
Dua contoh lain ialah kata nama am (konkrit) tak hidup ialah seminar dan
buku.
Jawab 2
Golongan kata untuk kata baldi ialah kata nama am konkrit dan tak hidup.
Ianya berfungsi kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya
tetapi konkrit (dapat dilihat, dirasa, disentuh, dan didengar). Kata baldi
juga adalah kata nama am adalah nama umum yang diberikan bagi
menyebut segala benda, perkara, proses, kejadian, keadaan, dan konsep
yang abstrak. Dua contoh lain kategori kata yang sama dengan kata baldi
ialah polis dan rumah.

Das könnte Ihnen auch gefallen