Sie sind auf Seite 1von 3

KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi

mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja


berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga
mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar.

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri), bersalaman
bersama Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim
Adnan semasa Perjumpaan bersama NUTP di Parlimen di Kuala Lumpur, semalam.
- Foto Bernama

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata


berdasarkan aduan NUTP, selain tugas mengajar, ada guru terpaksa
mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid,
pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.
NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja setiap Sabtu
disebabkan terbabit dengan banyak aktiviti, sedangkan pekeliling yang
dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali
setiap bulan.
Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana tidak mahu tugas hakiki guru,
iaitu mendidik pelajar tidak terganggu disebabkan bebanan macammacam tugas yang terpaksa dibuat, katanya pada sidang media
selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran
dengan NUTP di bangunan Parlimen, semalam.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jawatankuasa itu akan
mengenal pasti punca masalah berkenaan dan mencari penanda aras
yang boleh diguna pakai bagi menyelesaikannya.
Piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap
pendidikannya lebih tinggi boleh kita contohi, katanya.
Muhyiddin berkata, kementerian menyedari tugas sebenar guru ialah
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bukannya melakukan
tugas tertentu yang sepatutnya dilakukan kerani.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian


yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah mendapat maklum
balas positif daripada NUTP yang menyatakan sokongan penuh
terhadap usaha berkenaan.
NUTP turut menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
bagi meningkatkan jaringan pendidikan kepada rakyat. Kementerian
akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada guru
dan rakyat, katanya.

Sumber : Berita Harian Online

Pengenalan : Tekanan Emosi Guru


Perguruan adalah profesion yang amat terdedah dengan tekanan.
Tekanan
terhadap
guru
memang
berkecenderungan
untuk
menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami
tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal
mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada
perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan
pembelajaran.
Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga
profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha
mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke
tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya.
Sumber: Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi, Utusan Online 23/07/2007

kredit
Pada masa kini, seorang guru mempunyai cabaran yang lebih hebat
berbanding ibu bapa dan golongan-golongan lain dalam meningkatkan
mutu pendidikan. Prestasi murid yang merosot sentiasa dikaitkan
dengan kualiti suasana pengajaran dan pembelajaran guru.
Tugas utama seorang guru ialah mendidik dan mengajar. Di samping
itu, guru juga perlu menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada
pihak pengurusan. Dalam berurusan dengan banyak pihak, pastinya
banyak perselisihan, percanggahan dan halangan yang akan dihadapi
oleh guru. Sekiranya guru lemah dalam menguruskan dan
menyelesaikan masalah harian serta menangani cabaran yang
dihadapi, pasti guru akan mengalami tekanan emosi.
Perubahan pada sistem pendidikan yang menuntut banyak kerahan
tenaga dan idea guru kini merupakan salah satu pendorong kepada
tekanan emosi dalam kalangan guru. Namun, bergantung pada guru
itu sendiri untuk mempersiapkan diri menghadapi cabaran-cabaran
berkenaan.
Oleh yang demikian, tajuk ini akan dibincangkan bagi mencapai hasil
pembelajaran yang telah digariskan, iaitu:
Mengenal pasti tanda-tanda tekanan emosi yang dihadapi guru.
Membincangkan kes-kes tekanan emosi dalam kalangan guru.

Menghuraikan langkah-langkah untuk menangani dan mengurus


tekanan emosi yang dihadapi oleh guru.

Das könnte Ihnen auch gefallen