Sie sind auf Seite 1von 3

REFLEKSI BINA INSAN GURU (MOHD NURHAFIZI BIN TALANG)

Program Bina Insan Guru Pasca Banjir bagi semester tiga kali ini adalah
mengenai program khidmat masyarakat di dua buah sekolah di negeri Perak iaitu SK
Sungai Panjang Ulu dan Maahad Ehyak Ad-Diniah. Sebelum membuka bicara,
inginlah saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T di atas
limpah kurnianya dan Inayahnya, program ini yang berlangsung di Kuala Kangsar,
Perak telah dijalankan dengan lancar tanpa timbul sebarang masalah. Saya juga
bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk sama-sama
menyertai Program Bina Insan Guru kali ini.
Untuk pengetahuan semua, program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan
semua pelajar yang terdiri daripada pelajar semester tiga, semester 4 GSST dan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Pelaksanaan BIG adalah berasaskan
kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah
pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru
guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu
menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat
mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman
yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.
Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah
dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu
menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.
Sebelum menjalani program ini, kami terlebih dahulu telah melaksanakan
tugas sebagai Ahli Jawatankuasa bagi setiap jawatan. Sepanjang proses persediaan
melakukan Progam BIG kali ini, kami telah mengadakan mesyuarat yang membantu
kami untuk mendapatkan informasi terkini mengenai program BIG dan juga untuk
menjalankan tugas AJK masing-masing. Kami telah membuat pelbagai persediaan
termasuk alat-alatan serta barang-barang yang perlu untuk digunakan sepanjang
program tersebut. Ketika menjalankan persediaan sebelum melaksanakan program
ini, saya sedar peranan ketua sangat penting untuk menggerakkan ahli-ahlinya agar
program ini dapat berjalan dengan lancar. Saya berharap semoga suatu hari nanti
saya juga boleh menjadi pemimpin yang baik dan dan mempertingkatkan lagi
keyakinan dalam diri saya.

Khidmat masyarakat ini telah dihadiri oleh beberapa pelajar PISMP semester
3, semester 4 GSTT dan JPP dimana melibatkan hampir 85 orang pelajar. Peserta
telah dibahagikan dengan beberapa kumpulan sebaik sahaja sampai di lokasi. Saya
bersama-sama beberapa rakan yang lain telah ditugaskan di surau. Pada awalnya,
kami ditugaskan untuk mengecat dinding dan mural di kawasan surau. Pada
awalnya, proses mengecat dinding dan mural sedikit terganggu kerana kelewatan
peralatan dan bahan untuk mengecat akan tetapi merupakan aktiviti yang sangat
seronok di samping memberi latihan kepada kami sebagai persediaan untuk
menggalas tugas sebagai seorang guru kelak. Saya dan rakan-rakan dapat
bekerjasama dan bersatu hati ketika mengecat kawasan tersebut. Ini sedikit
sebanyak melatih kami untuk meningkatkan kemahiran diri dalam seni dan juga
kemahiran softskill.
Di samping itu, program ini juga telah memberikan pengalaman baru yang
sangat berharga kepada kami mengenai aktiviti luar dengan mendekatkan diri kami
kepada masyarakat kampung dan sekolah. Hal ini demikian kami bekerjasama
dalam menyediakan peruntukan dan idea-idea disamping bantu-membantu sesama
kami. Bagi pendapat saya amalan ini sebenarnya merupakan satu gambaran
sebenar mengenai hidup seorang guru yang berada di sekitar masyarakat. Apabila
sudah mengajar kelak guru haruslah berkejasama dengan masyarakat dalam
apapupun aktiviti dan menjadi role model kepada masyarakat disekeliling.
Bekerjasama dengan masyarakat adalah sikap yang murni dan harus dicontohi oleh
setiap guru pelatih apabila menjadi pendidik kelak.
Setelah menjalani program ini, saya telah dapat mengenalpasti kelemahan
dan kelebihan yang ada pada diri saya. Dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan
kemahiran dan kekreatifan serta fizikal melalui kekangan masa serta cubaan dan
dugaan, ia mampu memberi saya suatu anjakan paradigma terhadap perubahan
sikap. Saya cuba memperbaiki dari semasa ke semasa dengan harapan saya dapat
pengalaman berguna seterusnya dapat merealisakannya di suatu masa nanti.
Akhir kata, secara keseluruhannya saya amat berpuas hati setelah menjalani
program BIG ini kerana memberikan pelbagai pengalaman bermakna yag
sememangnya perlu ditempuhi oleh setiap guru pelatih. Saya berharap program ini
bukanlah merupakan suatu penamat tetapi permulaan yang baik serta perlu

diteruskan pada masa yang akan datang seterusnya dapat menjadi panduan dan
bekalan kepada diri saya sebagai persediaan untuk menjadi seorang pendidik anak
bangsa kelak.

Das könnte Ihnen auch gefallen