Sie sind auf Seite 1von 7

PENGENALAN

Mesin larik adalah satu mesin yang digunakan untuk melakukan kerja-kerja seperti
memotong selari permukaan sebenar luar atau dalam, menggerudi, memotong
benang skru, melulas, menggerek ,memotong tirus, melorek, mencanai, mengilap,
dan lain-lain. Pemotongan dilakukan dengan menyuapkan mata alat pemotong ke
arah bahan kerja yang sedang berpusing. Suapan mata alat dilakukan sama ada
selari atau bersudut tepat dengan paksi bahan kerja . Mata alat pemotong boleh juga
disuapkan bersudut dengan paksi bahan kerja seperti dalam kerja pemotongan tirus.
Mesin pelarik telah digunakan sebelum kurun ke-18, nanun mesin pelarik pertama
yang bolehmemotong ulir hanya dicipta pada tahun 1797 oleh seorang mekanik
Inggeris bernama Henry Maudslay. Mesin ciptaan beliau telah banyak digunakan
dalam pembinaan enjin stim kereta apirekaan James Watt pada awal kurun ke-19
iaitu pada zaman revolusi industri England.sejak darimasa itu mesin ini telah
diperbaiki dan ditambah dengan beberapa alatan tambahan supaya dapat
mengeluarkan komponen-komponen dengan tepat dan persis. Di Malaysia mesin ini
amat popular sehingga setiap bengkel kejuruteraan mempunyai sekurang-kurangnya
sebuah mesin.

OBJEKTIF
Mengenali jenis-jenis mesin larik dan fungsinya dalam proses
membentuk sesuatu projek yang ingin dihasilkan.

LANGKAH KESELAMATAN

Sentiasa memakai google dan sarung tangan semasa mengendalikan


mesin larik.
Elakkan memakai barang-barang perhiasan seperti cincin, rantai, jam
tangan dan sebagainya semasa mengendalikan mesin.
Pastikan mesin berada dalam keadaan yang sempurna sebelum
memulakan operasi.
Gunakan cecair penyejuk(coolant) semasa mengendalikan mesin.
Matikan suis kuasa sepenuhnya setelah mesin tidak digunakan lagi.

ALAT ALAT YANG DIPERLUKAN

1. Mesin Larik.
2. Pelaras tiang mata alat.
3. Pemegang mata alat lurus.
4. Pemegang mata alat membunga.
5. Pemegang mata alat melurah(lurus).
6. Mata alat melurah, mata alat menggerek dan mata alat benang v.
7. Allen key.
8. Pengunci bindu.
9. Tetengah berputar.
10. Angkup vernier.
11. Cecair penyejuk.
12. Besi logam
13. Google (pelindungmata)

PROSEDUR KERJA

1. Baca arahan projek yang disampaikan oleh tenaga pengajar.


2. Pastikan ukuran bahan kerja yang dipotong bersesuaian dengan proses
pemesinan yang akan dilakukan.
3. Ukuran yang hendak dipotong, hendaklah dilebihkan supaya bahan kerja
selamat digunakan semasa proses pemesinan dijalankan.
4. Sebelum menggunakan mesin larik pastikan mesin larik berada dalam
keadaan selamat sebelum digunakan.
5. Pasangkan mata alat dan setkan mata alat dengan betul pada alatan
belakang supaya tepat.
6. Setkan kotak gear mengikut ukuran suapan yang sesuai dan hidupkan
mesin larik.
7. Patuhi langkah-langkah keselamatan menggunakan mesin larik bagi
mengelakkan berlakunya kemalangan.
8. Mulakan melarik pada bahagian yang mudah dahulu dan diikuti dengan
langkah yang lebih susah sehingga kerja-kerja melarik selari.
9. Bersihkan mesin larik setiap kali menggunakan mesin.

CARA KERJA

1. Sebatang besi logam dipilih dengan diameter 25mm dan dipotong


menggunakan gergaji kuasa dengan panjang 105mm.
2. Bahan kerja tersebut diikat pada cuk 3 rahang dengan kuat supaya bahan
kerja tidak longgar semasa mesin sedang berpusing.
3. Setkan kelajuan yang sesuai pada kotak gear.
4. Mulakan kerja melarik selari & menampang pada bahagian hadapan bahan
kerja sepanjang 100mm. (dapatkan diameter 22mm sepanjang 100mm.)
5. Kemudian, lakukan kerja melarik selari yang pertama sepanjang 20mm dan
dapatkan diameter 18mm dan seterusnya larik lagi sepanjang 15 mm dan
dapatkan diameter 22mm di bahagian hadapan bahan kerja dan lakukan kerja
melarik selari sepanjang 30mm dan dapatkan diameter 15mm ,seterusnya
larik lagi 30 mm dan dapatkan diameter 18 mm di bahagian belakang bahan
kerja.
6. Kemudian buat lurah pada bahagian depan bahan kerja dengan ukuran 5mm
dan diameter 15mm.Melurah ini mesti menggunakan mata alat khas.
(mataalatpisau)
7. Setelah itu, barulah kerja melaku bebenang skru sepanjang 10mm dan
berdiameter 15mm dilakukan dengan mengunakan mata alat benang v.
8. Akhir sekali, buat kerja pengukuran dengan menggunakan angkup vinier
supaya dapatu kuran yang tepat dan dapat buat kerja-kerja finishnig.

PERBINCANGAN

Setiap kegunaan mesin larik seperti proses melarik permukaan rata dan
bebenang skru mempunyai kelajuaan dan mata alat yang berbeza.
Kerja kemasan boleh dilakukan dengan mengunakan putaran laju.
Cecair penyejuk digunakan untuk menyejukkan bahan kerja

serta

menggurangkan geseran dan dapat mempercepatkan proses melarik.

KESIMPULAN

Keseluruhan kerja melarik buah adalah untuk member pengatahuan kepada pelajar
mengenai fungsi mesin larik, cara penggunaannya, langkah-langkah keselamatan,
ketepatan ukuran dan cara pengukurannya dan juga pengagihan masa.
Kadang-kala terdapat sesetengah mesin larik yang tidak berfungsi dengan baik.
Kemahiran pengendalian mesin larik perlu di pelajari dan difahami dari semasa
kesemasa agar kepakaran dalam pengendalian mesin larik dapat ditingkatkan.

LAMPIRAN

RUJUKAN
http://keselamatanbengkel.weebly.com/peraturan-keselamatan.html
http://jamalit.tripod.com/mataalat.htm
http://workshoptechno.blogspot.com/p/jj204-topic-1.html
https://www.scribd.com/doc/113349213/Pengenalan-Mesin-Larik
Pensyarah Bengkel Mesin Politeknik Kota Kinabalu.

Das könnte Ihnen auch gefallen