Sie sind auf Seite 1von 7

QGK 3013 KESIHATAN DAN

KESEJAHTERAAN
TUGASAN ULASAN ARTIKEL

SEMESTER 1 SESI 2014/2015

DISEDIAKAN OLEH
NAMA
BALKIS BINTI
OMAR

NO
MATRIK

PROGRAM

D2011104 PJJ BAHASA


9559
MELAYU SEK
RENDAH

KUMPULAN: UPSI04 (A141PJJ)

PENSYARAH: PROF MADYA DR MOHD SANI


BIN MADON
1.

DISEDIAKAN OLEH : BALKIS BINTI OMAR

2.

PENULIS, TAJUK DAN SUMBER JURNAL :


Lima artikel yang diulas adalah seperti berikut;
Artikel 1 : Lam YL dan Khor GL, (1997). Faktor Risiko Di kalangan Pesakit Penyakit
Jantung Koronari Di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, dalam Mal J Nutr 3, hal
103-116, http://nutriweb.org.my/publications/mjn003_2/mjn3n2_art2.pdf

bertarikh :

24.9.14, jam 11.01 malam.


Artikel 2 : M Jamsiah, MN Md Idris, WP Sharifa Ezat, A Norfazilah, (2007). Amalan
Senaman Dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya Di kalangan Penduduk Kg.
Bangi, Daerah Hulu Langat, Selangor D.E. Malaysia, dalam Jabatan Kesihatan
Masyarakat, Jilid 13 Bil. 1, http://journalarticle.ukm.my/4592/1/Vol13(1)-khalib.pdf
bertarikh : 02/10/2014, 11.28 malam.
Artikel 3 : Malathi Balakrishnan, (2007). Keberkesanan Latihan Litar Empat Minit
dalam Meningkatkan Tahap Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan Pelajar
Perempuan Tingkatan Empat, dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut
Perguruan Batu Lintang, http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/
2007/physedn/ malathiIPTfp.pdf bertarikh : 24.9.14, jam 11.12 malam
Artikel 4 : Manimaran Krishnan, (2014). Hubungkait Komunikasi Kesihatan Dengan
Kesan Hirarki Isu Kesihatan Terhadap Perubahan Amalan Gaya Hidup Sihat, dalam
Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication, Jilid 30(1), hal 147-176,
http://fst.ukm.my/jkom/journal/pdf_files/2014/V30_1_8.pdf

bertarikh : 24.9.14, jam

11.30 malam.
Artikel 5 : Abdul Hafidz Bin Hj Omar & Fakhrul Anwar Bin Khalil (2008) , Kesan
Kecergasan Kardiovaskular Dan Daya Tahan Otot Kaki Melalui Latihan Simulasi Haji
Dan

Umrah,

Fakulti

Pendidikan,Universiti

Teknologi

Malaysia.

https://www.scribd.com/doc/238392032/Kesan-Kecergasan-Kardiovaskular-Dan-DayaTahan-Otot-Kaki-Melalui-Latihan-Simulasi-Haji-Dan-Umrah, bertarikh : 26.10.14, jam


9.12 malam

3.

KUMPULAN SASAR :
Kumpulan sasar dalam kajian ke lima-lima artikel adalah pelbagai dan ia adalah seperti
berikut; Artikel 1 ialah pesakit penyakit jantung koronari yang mendapat rawatan
perubatan di IJN dalam jangka masa kajian ini dijalankan, iaitu antara 5 Mei 1997 dan
24 Mei 1997. Artikel 2 ialah penduduk yang berumur 18 tahun dan ke atas di Kg. Bangi
Daerah Hulu Langat, Selangor D.E. Artikel 3 ialah murid perempuan tingkatan empat
dari sebuah sekolah di Shah Alam. Manakala artikel 4 ialah penduduk di 7 kawasan
bandar dan luar bandar iaitu sekitar Kuala Lumpur (Sentul, Jinjang dan Bangsar),
Selangor (Batang Berjuntai, Sungai Buloh dan Bangi), Perak (Slim River, Tanjung
Malim, dan Sitiawan) dan Putra Jaya. Dan artikel 5 ialah bakal-bakal Haji dan Umrah.

4.

OBJEKTIF KAJIAN :
Dari segi objektif kajian, di dapati artikel 3 dan 5 mempunyai persamaan iaitu untuk
mengetahui keberkesanan aktiviti fizikal terhadap kekuatan otot kaki yang boleh
mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Artikel 1 dan artikel 4 pula mempunyai
persamaan untuk mengenalpasti peranan pengetahuan, sikap dan promosi amalan
aktiviti fizikal terhadap penyakit kardiovaskular. Hanya artikel 2 sahaja yang dijalankan
untuk melihat prevalens senaman dan faktor yang mempunyai hubungan dengannya.

5.

TUJUAN KAJIAN :
Dari segi tujuan kajian di dapati artikel 1 dan artikel 4 mempunyai persamaan iaitu
untuk mengkaji tahap pengetahuan, sikap dan amalan aktiviti fizikal serta faktor-faktor
yang boleh mengubah cara hidup sihat. Manakala artikal 3 dan artikel 5 mempunyai
persamaan kerana ingin melihat sejauh manakah aktiviti fizikal dapat meningkatkan
daya tahan otot kaki dan kekuatan anggota kardiovaskular. Artikel 2 pula adalah untuk
mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kekurangan senaman terhadap kecergasan
dan kesihatan.

6.

KAEDAH KAJIAN :

Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut;
6.1. Reka Bentuk Kajian :
Dari lima artikel yang diulas di dapati ada 3 reka bentuk kajian yang telah digunakan
oleh para pengkaji iaitu; pertama, tinjauan deskriptif telah digunakan oleh artikel 1
(mengkaji tahap pengetahuan, sikap dan amalan terhadap penyakit jantung koronari
serta faktor-faktor risiko (CHD) di kalangan pesakit CHD) dan artikel 4 (menemubual
secara bersemuka seramai 290 orang responden berumur di antara 18 hingga 82 tahun).
Kedua iaitu reka bentuk kajian keratan rentas yang telah digunakan oleh pengkaji di
dalam artikel 2 (untuk melihat amalan senaman dan faktor-faktor yang mempunyai
hubungkait dengannya yang dilakukan di Kg. Bangi, Daerah Hulu Langat, Selangor
D.E). Manakala artikel 3 (untuk melihat amalan senaman dan faktor-faktor yang
mempunyai hubungkait dengannya yang dilakukan di Kg. Bangi, Daerah Hulu Langat,
Selangor D.E.) dan artikel 5 (ujian larian 2.4km untuk menguji tahap kecergasan
kardiovaskular dan ujian Wall Squat untuk menguji daya tahan otot kuadrisep) telah
menggunakan reka bentuk kajian berbentuk eksperimental.
6.2. Pemilihan Sampel :
Dari segi pemilihan sampel di dapati kajian dalam artikel yang diulas, sampelnya
adalah pelbagai dan ianya adalah seperti berikut; Pesakit jantung koronari (artikel 1).
Artikel 2 dan 4 artikel telah menggunakan sampel penduduk kampung dan taman
perumahan. Manakala artikel 3 menggunakan sampel murid sekolah (perempuan) dan
artikel 5 menggunakan pelajar universiti.
6.3. Instrumen Kajian :
Instrumen kajian yang telah digunakan ada 5 iaitu; pertama temubual iaitu untuk artikel
1 dan artikel 4. Kedua soalselidik untuk artikel 1, artikel 2 dan artikel 4. Ketiga ujian
pra dan ujian pos untuk artikel 3. Ke empat alat penimbang berat Seca dan
Sfigmomanometer untuk artikel 2. Ke lima, ujian Wall Squat untuk artikel 5.
6.4. Analisis Data :
Semua kajian yang dijalankan oleh artikel yang diulas adalah dalam bentuk kualitatif
deskritif maka data-data dianalisis menggunakan program SPSS. Program SPSS ini
akan memberi maklumat dari yang mudah iaitu min, peratus dan median hingga yang

sukar iaitu korelasi, ANOVA dan ujian t Paired T-Test. Data-data yang diproses dengan
menggunakan program SPSS ini adalah untuk menguji hipotesis kajian.

7.

DAPATAN KAJIAN :
Artikel 1 : Kebanyakan pesakit mengatakan hanya berjalan sebagai senaman yang
dilakukan. Hasil kajian ini menunjukkan perhubungan yang signifikan di antara (i)
tahap pengetahuan dengan sikap terhadap faktor risiko CHD (r=0.624, p<0.001), (ii)
tahap pengetahuan dengan amalan pencegahan terhadap faktor risiko CHD (r=0.316,
p<0.0 1) dan (iii) sikap dengan amalan pencegahan terhadap faktor risiko CHD
(r=0.234, p<0.05).
Artikel 2 : Kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan min Indeks Jisim Tubuh
dan min tekanan darah sistolik yang bererti di kalangan mereka yang cukup bersenam
dan kurang bersenam.
Artikel 3 : Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa latihan litar 4 minit dalam kelas
pendidikan jasmani dapat memberikan impak dalam meningkatkan tahap kecergasan
fizikal berlandaskan kesihatan di kalangan pelajar-pelajar perempuan tingkatan empat.
Artikel 4 : Kajian ini juga memperlihatkan bahawa faktor-faktor psiko-sosial
(pengetahuan, sikap dan persepsi) bertindak sebagai keperluan awalan yang signifikan
dalam mempengaruhi penglibatan kesihatan. Sementara itu faktor penglibatan kesihatan
dan sikap pula menunjukkan hubungan yang signifikan dengan aktiviti fizikal.
Artikel 5 : Dapatan kajian menunjukkan terdapat perubahan yang signifikan bagi tahap
kecergasan kardiovaskular p=0.007,dan daya tahan otot kaki p=0.003 bagi kumpulan
eksperimen di mana aras p lebih rendah dari aras signifikan yang ditetapkan iaitu
p<0.05.

8.

CARA MENGATASI :

Pengkaji di dalam artikel yang diulas ada mencadangkan cara-cara mengatasi masalah
yang dihadapi seperti berikut;
Artikel 1 : Dicadangkan bahawa lebih banyak maklumat mengenai penyakit jantung
koronari serta faktor-faktor risikonya perlu disebarkan kepada orang ramai supaya
mereka dapat meningkatkan pengetahuan dan seterusnya dapat mengamalkan cara gaya
hidup yang sihat.
Artikel 2 : Penduduk perlu didedahkan kepada pengetahuan tentang kebaikan bersenam
dan cara-cara senaman yang betul melalui ceramah, bengkel, seminar dan programprogram kesihatan di samping mengedar bahanbahan bacaan seperti risalah, poster dan
majalah yang mempunyai maklumat yang mudah difahami dan diterima. Mereka
haruslah dididik tentang alternatif meningkatkan aktiviti fizikal semasa bekerja seperti
menggunakan tangga untuk menggantikan lif dan melakukan regangan di dalam
pejabat. Program-program yang khusus untuk kaum wanita dan kelas taichi bagi warga
emas perlu diadakan.
Artikel 3 : Hasil kajian menunjukkan bahawa latihan litar 4 minit dalam kelas
pendidikan jasmani dapat memberikan impak dalam meningkatkan tahap kecergasan
fizikal berlandaskan kesihatan di kalangan pelajar perempuan tingkatan empat.
Artikel 4 : Mungkin juga data ini perlu dilihat dalam konteks adakah faktor umur
menjadi faktor pencelah yang penting untuk melihat pengaruh penglibatan kesihatan
yang sebenarnya. Keadaan ini seringkali dilihat dalam konteks kempen kesihatan awam
mengenai gaya hidup sihat dimana walaupun individu mempunyai kesedaran tinggi dan
turut mempunyai maklumat yang mempengaruhi pengetahuannya tetapi mereka masih
lagi tidak mengamalkan gaya hidup sihat yang disarankan.
Artikel 5 : Program latihan juga boleh digunakan untuk merancang latihan bagi
meningkatkan kekuatan maksima otot, kecergasan fizikal dan memulihkan kekuatan
otot serta mewujudkan dan memperbetulkan postur badan. Setiap latihan boleh
menggunakan senaman kekuatan yang sama tetapi kaedah latihan bebanan dan intensiti
boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keadaan seseorang itu.

9.

KESIMPULAN :
Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa ada kaitan yang signifikan di antara
kecergasan fizikal dengan penyakit kardiovaskular. Di mana orang yang mengamalkan
gaya hidup sihat (sentiasa bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat) didapati lebih
sihat daripada risiko penyakit kardiovaskular. Namun begitu, kajian juga menunjukkan
untuk mengamalkan gaya hidup sihat amat dipengaruhi oleh sikap, masa dan tekanan
kerja. Oleh itu kajian juga menunjukkan kaedah promosi cara hidup sihat amat penting
dijalankan oleh pihak berkuasa. Selain daripada itu pemantauan yang sistematik juga
perlu bagi memastikan program dan minat penduduk dapat dikekalkan secara
berterusan. Sebagai kesimpulannya kesemua kajian yang dijalankan bersetuju
menyatakan kecergasan fizikal penting untuk mengurangkan risiko penyakit
kardiovaskular.

(1189 patah perkataan)

Das könnte Ihnen auch gefallen