Sie sind auf Seite 1von 4

LAPORAN KURSUS BSMM

Tarikh

: 5 hingga 7 September 2014

Tempat : Rumah Bulan Sabit Merah cawangan negeri Sabah

Hari Pertama (5 September 2014)


Perjalanan ke Rumah Bulan Sabit Merah Malaysia
Sebelum pukul 1 tengahari, semua ahli BSMM diminta berkumpul di cafeteria IPG
Kampus Keningau. Tepat jam 1 tengahari selepas semua persediaan selesai, semua ahli
BSMM diiringi oleh pensyarah-pensayarah penasihat bertolak ke Rumah Bulan Sabit Merah
cawangan Sabah. Lebih kurang jam 5 petang, semua ahli BSMM tiba di destinasi.
Persiapan Tempat Penginapan
Sebelum memulakan aktiviti, AJK mengatur tempat penginapan kami selama 3 hari 2
malam. Oleh kerana semua ahli BSMM merupakan ahli lelaki dan mempunyai jumlah yang
ramai, maka penginapan asrama aspura dan aspura dibuka untuk kami semua.
Ceramah PPM dan UUKA
Penceramah: Encik Paul Tseu
Ceramah ini berkaitan tentang sejarah dan latar belakang Bulan Sabit Merah. Bulan
Sabit Merah yang dahulunya dikenali sebagai Palang Merah ditubuhkan oleh Jean Henry
Dunant pada 8 Mei 1825 di Geneva. Pada tahun 1863, 4 warga Swiss dan Henry Dunant
telah menubuhkan Jawatankuasa Berlima. Jawatankuasa Berlima terdiri daripada General
Guillame Henry Daufour (Presiden), Henry Dunant (Setiausaha), Gustave Moynier, Dr.
Theodore Maunoir dan Dr. Lois Appia. Disinilah bermulanya Persatuan Palang Merah bergiat
aktif dalam membantu mangsa-magsa yang memerlukan.
Selain itu, ceramah ini berkaitan tentang labang Palang Merah dibuat pada tahun
1863 dan diilhamkan daripada bendera negara Switzerland. Pada tahun 1876, Turki
menggunakan Bulan Sabit Merah dan sekaligus ianya ditukar. Pada tahun 1923, lambang
bunga dan matahari merah digunakan oleh Parsia atau Iran. Lambang Palang Merah atau
Bulan Sabit Merah digunakan untuk pengenalan dan perlindungan terutamanya ketika
peperangan berlaku.

Dalam ceramah tersebut juga, Konvensyen Geneva diperkenalkan. Terdapat empat


Konvensyen Geneva. Konvensyen yang pertama pada tahun 1864 yang bertujuan untuk
melindungi tentera yang cerdera di medan perang. Konvensyen Geneva yang kedua pada
thun 1906 bertujuan untuk melindungi yang sakit dan kapal karam. Konvensyen yang ketiga
pada tahun 1929 ialah bertujuan untuk melindungi tawanan perang dan konvensyen yang
keempat pada tahun 1949 bertujuan untuk melindugi orang awam.
Secara ringkasnya, dalam ceramah yang berlansung selama 2 jam lebih itu, terdapat
banyak input yang diberi tentang latar belakang Bulan Sabit Merah dan Palang Merah.
Jawatankuasa dan pingat-pingat yang berkaitan dengan Bulan Sabit Merah juga
diketegahkan dalam ceramah tersebut.

HARI KEDUA (6 September 2014)


Sesi Kedua
Penceramah: David Kong
Tajuk: Pendidikan Kesihatan Asas
Laporan
Hari kedua kami bermula dengan aktiviti persediaan diri dan juga sarapan bersama
pada jam 7.30 pagi. Sesi pertama pada hari kedua kami bermula dengan sesi peperiksaan
bagi sesi Undang-undang antarabangsa pada hari sebelumnya. Ia berjalan selama satu jam
sebelum sesi kedua kami berjalan. Sesi kedua adalah bersama dengan Encik David Kong.
Beliau memegang jawatan sebagai seorang pembantu perubatan di hospital Queen. Beliau
telah member ceramah berkaitan dengan Pendidikan kesihatan asas. Dalam sesi beliau,
beberapa perkara penting telah disentuh berkaitan dengan pendidikan kesihatan. Antara
perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan kehidupan dan kesihatan, pemakanan,
kebersihan diri, kebersihan rumah, penyakit-penyakit biasa di kawasan tropika dan juga
bahaya umum kesihatan. Sesi bersama Encik David Kong berakhir pada jam 1.12 petang.
Sesi ketiga
Penceramah: David Kong
Tajuk: Pertolongan cemas dan CPR
Selepas sahaja sesi kedua bersama Encik David Kong tamat, kami semua bergerak
untuk rehat dan juga makan tengahari. Sesi ketiga bermula pada jam 2.00 petang untuk sesi
pertolongan cemas dan juga kemahiran CPR. Sesi ini dijalankan bersama dengan kehadiran
pensyarah penasihat BSMM IPGKK. Sesi ini berjalan dengan baik selama 2 Jam setengah
dari jam 2.00 petang sehingga jam 4.30 petang. Secara keseluruhannya, sesi ini dijalankan
dengan

menggunakan

teknik

demonstrasi

dimana

penceramah

telah

melakukan

demosntrasi berkaitan dengan pertolongan cemas dan juga cara-cara ikatan dan akhir
sekali, demonstrasi CPR dan juga latihan praktikal. Latihan pertolongan cemas dan CPR
disambung lagi pada sebelah malam selepas pengurusan diri dan juga makan malam. Sesi
ini dijalankan oleh Encik David Kong dan aktiviti yang dijalankan adalah simulasi berkaitan
dengan situasi kecemasan. Aktiviti ini berakhir pada jam 11.00 malam dan semua ahli balik
dan berehat bagi persediaan hari esok.

HARI KETIGA (7 September 2014)


Hari ketiga bermula dengan persediaan diri dan juga sarapan pagi. Aktiviti yang
pertama ialah peperiksaan amali CPR yang dijalankan oleh Encik Kevin, Timbalan Pengarah
BSMM cawangan Sabah (belia) dan rakannya. Peperiksaan amali bermula tepat jam 8.30
pagi dan berakhir jam 10. 30 pagi. Aktiviti diteruskan lagi dengan peperiksaan teori yang
berkaitan dengan pertolongan cemas.
Aktiviti terakhir yang dijalankan ialah majlis penutupan kursus Bulan Sabit Merah di
rumah BSMM cawangan Sabah yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah BSMM belia
cawangan Sabah, Encik Kevin serta para penceramah, pensyarah penasihat dan semua ahli
BSMM IPG Kampus Keningau. Majlis berakhir pada jam 12.30. Selesai majlis penutupan,
semua ahli berkemas dan bertolak kembali ke IPG Kampus Keningau.

Das könnte Ihnen auch gefallen