Sie sind auf Seite 1von 5

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 447
AKTA BEKALAN ELEKTRIK
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan
industry pembekalan elektrik, pembekalan elektrik pada harga yang
munasabah, pelesenan mana-mana pepasangan elektrik,pengawalan manamana pepasangan,loji dan kelengkapan elektrik berkenaaan dengan perkaraperkara yang berhubung dengan keselamatan orang dan penggunaan
elektrik dengan cekap dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.
[ 1hb September 1990. P.U (B) 494/90]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang MahaMulia Seri
Paduka Baginda Yang Di-PertuanAgong dengan nasihat dan persetujuan
Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan
dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:
BAHAGIAN 1
PERMULAAN
1. (1) Akta ini boleh dinamakan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan hendaklah
mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui
pemberitahuan dalam Warta
(2) Akta ini hendaklah dipakai di seluruh Malaysia, walaubagaimanapun
Menteri boleh melalui perintah menggantung penguatkuasaan keseluruhan
atau mana-mana peruntukan Akta ini di mana-mana Negeri.
Tafsiran
SEKSYEN 2
2.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki mana yang
lain :
bahaya ertinya bahaya kepada kesihatan atau kepada nyawa atau
anggota badan manusia kepada renjatan, terbakar, atau kecederaan lain
dantermasuklah bahaya kepada harta, pepasangan atau kelengkapan yang
diakibatkan oleh penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan atau
penggunaanelektrik
cederaparah dan cedera masing-masingny amempunyai erti yang
diberikan kepadanya dalam Kanun Keselamatan.
elektrik ertinya tenaga elektrik atau kuasa elektrik apabila dijana,
dikeluarkan, dihantar, diagihkan, dibekalkan atau digunakan bagi apa-apa
maksud kecuali bagi maksud penghantaran apa-apa komunikasi atau isyarat

BAHAGIAN III
FUNGSI, TUGAS, DAN KUASA SURUHANJAYA
Fungsi dan tugas
4.Suruhajaya hendaklah menjalankan fungsi dan tugas seperti berikut:
(a)
untuk mengeluarkan lesen di bawah seksyen 9 Akta ini;
(b)
untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan
perkhidmatan mengadakan elektrik oleh pemegang lessen termasuk
menentukan standard prestasi dan standard kemudahan dan perkhidmatan
dan penguatkuasaannya.
(c ) untuk menggalakan persaingan dalam penjanakuasaan dan
pembekalan elektrik untuk, antara lainnya, memastikan pembekalan
optimum elektrik pada harga-harga yang munasabah.
(d)
untuk memajukan kepentingan pengguna-pengguna elektrik yang
dibekalkan oleh pemegang-pemegang lessen berkenaan dengan
Harga yang akan dikenakan dan syarat-syarat lain bagi bekalan
elektrik.
Keberterusan bekalan elektrik ; dan
Kualiti perkhidmatan bekalanelektrik yang disediakan ;
(e)
untuk memastikan segala tuntutan yang munasabah untuk elektrik
dipenuhi
(f)
untuk memastikan bahawa pemegang-pemegang lessen dapat
membiayai perjalanan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan oleh lesen-lesen
mereka untuk dijalankan
(g)
untuk menggalakkandan menggiatkan penjanakuasaan elektrik bagi
tujuan kemajuan ekonomi Malaysia
(h)
untuk mengawal selia tempoh dan cara bagaimana apa-apa
pepasangan atau kelengkapan elektrik hendaklah diperiksa
(i)
untuk mencipta jenis ujian yang akan digunakan dan untuk
menetapkan kelayakan dan pegalaman praktik yang minimum bagi apa-apa
maksud menurut Akta ini
(j)
untuk menyiasat apa-apa kemalangan atau kebakaran yang melibat
kanapa-apa pepasangan elektrik
(k)
untuk mengadakan peruntukan, jika perlu, mengenai pendaftaran apaapa pepasangan, mana-mana kontraktror, pengilang dan pengimport bahan
elektrik, dan mana-mana orang kompeten;
(l)
untuk menetapkan standard dan spesikasi minimum dan menaksirkan
serta meluluskan,jika perlu, apa-apa pepasangan atau kelengkapan elektrik;
2

(m) untuk menggalakkan penggunaan elektrik dengan cekap; dan


(n)
untuk menjalankan segala aktivit lain sebagaimana yang ternyata
kepada Suruhanjaya adalah dikehendaki, berfaedah atau mudah bagi
maksud menjalankan atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan
tugasnya di bawah Akta ini.

Situasi dalam pemasangan pendawaian elektrik.


Terdapat soket yang bernombor (2) tidak berfungsi dan lampu (mentol) tidak
menyala. Hal ini disebabkan, lampu mentol tersebut telah terbakar manakala
kabel neutral (N) tidak disambungkan pada soket dengan kemas. Akibatnya
sewaktu melakukan cubaan bagi litar pencahayaan dan kuasa ini, soket tidak
berfungsi dengan baik.
Penyelesaian : Membetulkan soket berkenaan dan menukar lampu tersebut
kepada lampu yang baru. Seterusnya membuat pengujian litar agar tidak
berlaku sebarang kerosakan pada aksesori dan kabel

[Peraturan 1-2]
PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994
AKTA 447
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 53 Akta Bekalan
Elektrik 1990, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut :
BAHAGIAN 1
PERMULAAN
Nama dan mula berkuatkuasa
1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan PeraturanPeraturanElektrik 1994 dan hendaklah, tertakhluk kepada subperaturan(2),
mula berkuatkuasa pada 30hb Januari 1996 :
(2) Tertakhlukkepadasubperaturan (1) peraturan-peraturan yang berikut
hendaklah mula berkuatkuasa pada 30hb Januari 1996:
a) Peraturan 13;
b) Subperaturan 23(2),23(3) dan 23(4);
c) Perenggan 78(2)(c);
d) Perenggan 78(3)(c);
e) Perenggan 78(4)(c);
f) Perenggan 78(5)(c);
g) Perenggan 81(c);
h) Perenggan 85(c);
i) Peraturan 88; dan
j) Peraturan 57
Tafsiran
4

2.
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya
menghendaki makna yang lainaksesori ertinya peranti, selain daripada kelengkapan menggunakan
arus, yang berkaitan dengan apa-apa kelengkapan atau pendawaian
pepasangan;
dibumikan ertinya disambungkan kepada jisim am bumi
gearsuis ertinya pemasangan radas pensuisan utama dan tambahan
bagi pengendalian, pengawalseliaan, perlindungan atau pengawalan lain
pepasangan elektrik.
jalan mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta
Pengangkutan Jalan 1987;
JuruteraElektrikKompeten ertinya orang yang memegang Perakuan
Kekompetenan sebagai Jurutera Elektrik Kompeten yang dikeluarkan di
bawahPeraturan 47;
kabel ertinya panjang konduktor tunggal bertebat, sama ada pejal
atau berlembar, atau dua atau lebih konduktor itu, setiapnya disediakan
dengan penebatnya sendiri, yang dipasangkan bersama. Konduktor atau
konduktor-konduktor bertebat itu boleh atau tidak disediakan dengan
penutup keseluruhannya bagi perlindungan mekanikal;
Keperluan Bilik Bilik Elektrik Dalam Bangunan
a) Bilik Suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik.
b) Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin proof
netting supaya serangga tidak boleh masuk.
c) Ruang kosong berukuran 2.5 kaki dibahagian belakang dan minima 4.5
kaki dibahagian hadapan untuk kerja kerja senggaraan.
d) Mempunyai saluran saluran yang mencukupi untuk kemasukkan dan
keluar kabel.
e) Bilik suis hendaklah dilengkapan dengan alat pemadam api jenis gas
yang dibenarkan.
f) Lampu biasa, lampu kecemasan dan soket alir keluar dengan jumlah
yang mencukupi hendaklah disediakan di dalam bilik suis.
g) Rajah skema dan tikar getah dengan saiz yang sesuai, papan tunjuk
ajar rawatan awal kecemasan / renjatan hendaklah dipaparkan di
dalam bilik PSU.

Das könnte Ihnen auch gefallen