Sie sind auf Seite 1von 2

RENDANG PUCUK UBI

by: Kak Anymz


Sumber : Izahdaut
Bahan-bahan
2 ikat pucuk ubi-ambil yg muda,bersihkan dan ketepikan
(MaDiHaA guna 2 cekak penuh pucuk ubi kayu~ cekat MaDiHaA
BESAR tau.. hehe)
santan dari 3 biji kelapa atau santan segar rm 4 (MaDiHaA guna
santan perahan dari 2 biji kelapa+1 cwn pati santan beli siap)
5 ulas bawang kecil dihiris
2 batang serai ditik
Segenggam besar ikan bilis (setengah darinya MaDiHaA
tumbuk halus)
1 senduk cili api yang telah di kisar halus bersama kunyit hidup
Garam secukup rasa
2 keping asam gelugur
Cara penyediaan
1. sediakan kuali,masukan santan, serai, garam, ikan bilis,
bawang, asam keping dan cili api yang telah di kisar.
2. Kacau sentiasa supaya tidak melekat dgn api yang
sederhana. Bila santan sudah mengeluarkan minyak dan
hampir kering baru masukkan pucuk ubi dan kecilkan api.
Kacau hingga pucuk ubi garing.
Bila boleh masukkan pucuk ubi? Sila lihat di SINI.

Das könnte Ihnen auch gefallen