Sie sind auf Seite 1von 48

Contoh Teks

Sekolah Rendah

TAJUK:
Kawan-Kawan....
PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH S.A.W KE MADINAH
Rasulullah SAW tidak berhijrah selagi belum mendapat izin dari
Assalamualaikum w.b.t
Allah. Kebanyakan kita hari ini kurang mengamalkan kebiasaan
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif
meminta izin terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu
lagi bijaksana , guru-guru serta rakan-rakan sekalian.
perkara. Oleh sebab itulah banyak kejadian buruk berlaku dalam
Hijrah ituanak
pengorbanan,
kalangan
muda hari ini kerana terlalu berani melakukan
Hijrah itu perjuangan,
Nasyid
sesuatu
tanpa
restu ayah bonda terlebih dahulu. Contohnya
Hijrah itu
persaudaraan,
Hijrah kejadian
membentuk
perpaduan.
seperti
malang
berlaku ke atas seorang penuntut UITM
yang ditemui mati dikelar oleh seorang lelaki yang dipercayai
temanKaum
lelakinya
sendiri
di Pulau
Pinangtentangan
baru-barudan
ini. penyeksaan
Jadi, kita
muslimin
Mekah
mendapat
sebagai
anak
dan
perlu
membiasakan
diri untuk
yang amat
hebat
daripelajar
kaum kafir
Quraisy
Mekah. Mereka
disiksa
meminta
izin malah
dan restu
dari ibu
bapakerana
dan guru-guru
sebelum
dan dihina,
ada yang
dibunuh
Islam. Oleh
kerana
melakukan
sesuatu
segalamereka
perbuatan
kita itu
keadaan yang
begituagar
mencabar,
diarahkan
olehmendapat
Rasulullah
restu
dan
keberkatan
Allah SWT.
supaya
berhijrah
ke Madinah
atas perintah Allah. Lalu, berhijrahlah
muslimin Mekah ke Madinah.
Rakan-rakan .....,
waktuberlaku
itu, Rasulullah
masihsengaja
lagi berada
Mekah
Hijrah Pada
bukanlah
secara tidak
tetapi disegalamenunggu
perintah
Allah dengan
supaya rapi
berhijrah.
Saidina
Abu itulah
Bakar
galanya
telah
dirancang
dan teliti.
Sebab
sentiasa meminta
untuk Saidina
berhijrah
terlebih
daripada
perjalanan
Baginda izin
bersama
Abu
Bakar dahulu
tetap berjalan
bagindalancar
tetapiwalaupun
dilarangbanyak
oleh rintangan.
baginda Baginda
kerana tahu
Allah orang
telah
dengan
memilihnya
menjadi
peneman
kepada
Baginda.
kafir
Quraisyuntuk
sedang
mengepung
rumah
baginda.
Baginda telah
memerintahkan Saidina Ali tidur di tempat baginda untuk
Firman Allah dalam
Surah
Al-Anfal:
75
mengelirukan
mereka.
Waktu
ituAyat
Allah
telah menghalang

pandangan
Musyrikin yang
mengepung baginda.
Akhirnya
baginda
dapat meloloskan diri dari kepungan.
Baginda juga tidak

terus
ke Madinah, sebaliknya bersembunyi dahulu
di Gua Thur

selama beberapa hari. Maka dengan perancangan yang teliti

disertakan dengan pertolongan dari Allah, terselamatlah baginda


Maksudnya: Dan orang-orang Yang beriman sesudah itu,
dari
ancaman
kaum
musyrikin
firman kamu,
Allah
kemudian
mereka
berhijrah
dan Quraisy
berjihad seperti
bersama-sama
maka adalah mereka dari golongan kamu.
dalam....

surah Al-Anfaal ayat 30 yang berbunyi :

..........
Sekolah
Rendah


Contoh Teks


Ertinya :
... mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu
daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.
Ertinya : Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu
Begitulah denganSesungguhnya
kita hari ini, membuat
perancangan
yangdasar
teliti
selama-lamanya.
masjid yang
didirikan atas
sebelum
melakukan
perkara
akan
membantu
keputusan
taqwa
(masjid
Quba),sesuatu
sejak hari
pertama
adalah
lebih patut
kamu
yang di
baik
seperti yang diingini . Contohnya, peperiksaan UPSR
solat
dalamnya.
yang hampir tiba, kita seharusnya merancang cara-cara untuk
belajar
dan mengulangkaji
dengan
maka
hasilnya
nanti akan
Setelah
10 hari berada
di baik
Quba',
baginda
meneruskan
mendapat menuju
keputusan
yang Apabila
cemerlang.
Sepertimana
yang
perjalanan
ke Madinah.
tiba di
Madinah, baginda
dilakukan oleh
Adik
Jazmin
Liyana Shamsul
pelajar
SK
disambut
dengan
penuh
kegembiraan.
Setiap Amri
keluarga
mahu
Seberang singgah
Jaya, Pulau
Pinang.
walaupun
beliau unta
seorang
OKU,
Rasulullah
di rumah
mereka
tapi akhirnya
Rasulullah
namun berkat
perancangan
dia berjaya
memperoleh
berhenti
di tempat
jemuran yang
kurmarapi,
dihadapan
rumah
Abu Ayub
5A dalam UPSR
2014.
Al-Anshari
dan jemuran
itu kepunyaan dua anak yatim. Baginda
terus membeli tanah tersebut dari wali kedua anak yatim
Hadirin sekalian,
tersebut
dan mendirikan masjid di atas tanah tersebut dan
Baginda sebagai
meneruskan
perjalanan
dikenali
Masjid
Nabawi. ke Madinah setelah bersembunyi
di Gua Thur selama 3 hari. Sebelum tiba di Madinah baginda
bersama Saidina
Abu Bakar singgah di Quba. Baginda sempat
Begitulah
kawan-kawan,
mendirikan
sebuahjua
masjid
di Quba
dan ia
merupakan
Walau
di mana
baginda
berada,
pasti
baginda masjid
akan
pertama dalam
sejarah
Islam
dan penyebaran
dinamakan Islam.
sebagaiBerbeza
Masjid
mendirikan
masjid
sebagai
pusat
Quba'. kita pada hari ini, walaupun masjid dibina dengan
dengan
Firman Allah namun
dalam surah
At-Taubah
ayat 108:
banyaknya,
masih
ramai umat
Islam yang tidak solat.

Kajian yang
dilakukan oleh
Ikatan Muslimin
Malaysia mendapti
sebanyak 70 peratus Remaja
Islam Malaysia tidak
solat lima

waktu. Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita menyokong


program imarah surau yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan
Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia agar surau dan masjid
kita kembali berfungsi seperti yang dihajati oleh Rasulullah SAW.

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Kawan-kawan...
Setelah sampai di Madinah, baginda memulakan dakwah dan
mengambil

beberapa

langkah

positif

untuk

menyatukan

pendudknya. Perkara utama ialah dengan mempersaudarakan


kaum Muhajirin dengan Ansar. Allah juga dengan jelas memuji
kaum Ansar dan kaum Muhajirin atas penyatuan yang dijalinkan
dengan cinta kasih sesama mereka. Firman Allah dalam surah AlHasyr: Ayat 9.

...

Maksudnya: Dan orang-orang (Ansar) Yang mendiami


negeri

(Madinah)

serta

beriman

sebelum

mereka,

mengasihi orang-orang Yang berhijrah ke negeri mereka.


Rasulullah membina persaudaraan atas dasar agama. Baginda
mengatur kedudukan kaum Muhajirin yang fakir kerana mereka
perlu membina

kehidupan di tempat yang baru. Kemudian

baginda juga membuat penyatuan dengan kaum Yahudi atas


dasar yang tertulis antara Muhajirin dengan Ansar.
Kawan-Kawan...
Berbeza keadaannya dengan kita pada hari ini yang seolah-olah
melupakan

soal

persaudaraan. Dengan

saudara

sendiri

adakalanya tidak mengenali antara satu sama lain apatah lagi


dengan saudara seagama. Kebanyakan kita pada hari ini lebih
mementingkan diri sendiri. Laporan akhbar baru-baru ini benarbenar mengejutkan kita. Dalam kejadian di Petaling jaya,

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Seorang adik sanggup melanggar dan menetak sehingga mati


abangnya sendiri hanya kerana berebut hak milik sebuah lori.
Sebagai umat islam kita mestilah sentiasa hormat menghormati
dan tolong menolong serta kasih mengasihi antara satu sama lain
supaya

wujud

Contohilah

satu masyarakat yang aman dan harmoni.

semangat

persaudaraan

sesama

Islam

yang

ditunjukkan oleh golongan muhajirin dan ansar.


Kisah Hijrah sarat pengajaran
Menyuntik semangat untuk berjuang
Pelihara agama eratkan perpaduan
Islam disanjung maruah dijulang.
Sekian

wa

billahi

tawfiq

wal

hidayah

assalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh.
SOALAN:
1. Nyatakan dua pengajaran yang dapat diperolehi daripada
peristiwa Hijrah Rasulullah SAW.
2. Nyatakan dua kesan buruk yang akan berlaku sekiranya
ada perasaan dengki dalam diri kita.
3. Nyatakan dua kebaikan yang akan kita perolehi sekiranya
sentiasa merancang dalam melakukan sesuatu kerja.
4. Nyatakan dua keburukan yang mungkin akan berlaku
sekiranya

kita

melakukan

sesuatu

tanpa

meminta

kebenaran kedua ibu bapa.

Contoh Teks

Sekolah Rendah

TAJUK :
UNTA MUKJIZAT
TEKS
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Terima kasih pengacara majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Lafaz Bismillah awal bicara
Moga diberkati Yang Maha Esa

( pantun )

Unta Mukjizat tajuk cerita


Sebagai pedoman kita bersama

Hadirin sekalian,
Kaum Tsamud penyembah berhala,
Tidak percaya pada Yang Esa,

(pantun)

Usaha Nabi Saleh sedaya upaya,


Agar Umatnya tidak terleka.

Maka bermulalah dakwah Nabi Saleh a.s kepada kaumnya supaya


segera meninggalkan penyembahan berhala-berhala itu dan
kembali beriman kepada Allah yang Maha Kuasa.

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Nabi Saleh berkata kepada kaumnya :


Wahai kaumku! sembahlah Allah, tiada Tuhan bagimu selain Dia


"
(Potongan ayat 61 : Surah Hud)
Namun begitu, mereka terus lalai dengan kemewahan yang
dikecapi sehinggakan seruan Nabi Saleh a.s tidak diendahkan.
Bahkan sanggup melemparkan kata-kata Kalau engkau boleh
mendatangkan mukjizat, maka engkau benar-benar seorang
Nabi. Kalau tidak, engkau adalah seorang pembohong.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Janganlah

kita

dilakukan

oleh

mencetuskan
karikatur

mempersendakan
wartawan

kontroversi

Nabi

akhbar

baru-baru

Muhammad

s.a.w.

Nabi

sepertimana

Charlie
ini

Hebdo

dengan

Tindakan

yang
yang

menyiarkan

mereka

telah

menyebabkan berlakunya serangan bom ke atas premis akhbar


tersebut.
Kawan-kawan,
Allah swt telah memperkenankan doa Nabi Saleh a.s dengan
mengirimkan seekor unta betina. Firman Allah swt :

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Maksudnya: "Hai kaumku, inilah unta betina dari Allah sebagai


mukjizat (yang menunjukkan kebenaran) untukmu, sebab itu
biarkanlah dia, makan di bumi Allah, dan janganlah kamu
mengganggunya

dengan

gangguan

apa

pun

yang

akan

menyebabkan kamu ditimpa azab yang dekat."


(Potongan ayat 64 : Surah Hud)
Ya Kawan-kawan,
Kemukjizatan unta Nabi Saleh a.s amat terserlah, kehadirannya
membuatkan

unta-unta

lain

beralah.

Begitulah

agungnya

kekuasaan Allah. Pemilik unta yang lain merasa resah, unta Nabi
Saleh dianggap gagah. Rasa dengki dan irihati berbaur marah.
Kawan-kawan dan hadirin sekalian,
Sesungguhnya sifat dengki itu membawa kemusnahan. Jika
melihat ke dalam masyarakat kita sekarang, betapa banyaknya
kes yang disebabkan oleh sifat hasad dengki dan cemburu.
Contohnya, kejadian ngeri yang dilakukan oleh penyimbah asid
upahan ke atas seorang peniaga emas di Pasir Mas Kelantan
baru-baru ini jelas menunjukkan betapa dahsyatnya kesan sifat
hasad dengki yang melampau.
Hadirin sekalian,
Kaum Tsamud mengatur rancangan,
Unta Nabi Saleh jadi sasaran,
Wanita cantik sebagai ganjaran,
Unta dibunuh tanpa kasihan.

(SYAIR)

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Unta dibunuh kejam sekali,


Pesanan nabi tidak dipeduli.

(Pantun)

Kawan-kawan,
Membunuh itu besar dosanya. Saya berasa khuatir dengan
keadaan masyarakat hari ini yang telah hilang pertimbangan nilai
kemanusiaan sehingga sanggup membunuh seperti kejadian yang
berlaku ke atas siswi UITM Permatang Pauh Pulau Pinang,
Norsyuhada Johari baru-baru ini. Semua ini berlaku kerana
tipisnya iman di dalam dada.
Hadirin sekalian,
Pembunuhan kejam unta tersebut amatlah mengejutkan Nabi
Saleh a.s
Nabi bersedih melihat kaumnya,
Berani persenda kuasa Yang Esa,
Tiga hari tempoh mereka,
( Syair )
Bertaubat atau ditimpa bala.
Firman Allah dalam Surah An-Naml: Ayat 46:


Alangkah baiknya kalau kamu memohon ampun kepada Allah
supaya kamu diberi rahmat."
Nasihat Nabi dipandang sepi,
Mereka ingin membunuh Nabi.

(PANTUN)

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Ya kawan-kawan,
Ketika

pemuda

kaum

Tsamud

sedang

bersembunyi

untuk

membunuh nabi, tiba-tiba...


Batu besar menghempap kepala,
Matilah mereka sebagai penderhaka,
Nabi Saleh sihat sejahtera,
Namun kaumnya bertukar rupa.
Hari pertama hingga ketiga,
Kulit yang cantik bertukar warna,
Kuning, merah dan hitam wajah mereka,
Hari keempat ditimpa bencana.
(Sajak)
Ya kawan-kawan.
Ajal dan maut itu di tangan Tuhan. Selagi hayat masih di badan,
eloklah bertaubat dan mohon keampunan. Janganlah menjadi
Seperti Kaum Tsamud, walau peringatan diberi berturut-turut,
mereka tetap enggan mengikut. Remaja muslim hari ini pun tidak
kurang degilnya. Mereka asyik berfoya-foya. Kononnya musibah
tak akan menimpa. Jiwa sentiasa terasa muda.
perjuangan

Ahmad

Amar

pemuda

Malaysia

Contohilah

yang

berjasa.

Walaupun masih muda belia, sanggup berjauhan meninggalkan


keluarga, ke bumi Turki menyebarkan agama, sehingga syahid
dalam perjalanan dakwahnya.
Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Soalan Spontan:
1. Nyatakan dua pengajaran yang dapat diperolehi daripada kisah
Unta Mukjizat yang disampaikan tadi.
2. Nyatakan dua dosa besar yang telah dinyatakan dalam kisah
yang diceritakan tadi.
3. Nyatakan dua kebaikan yang akan diperolehi sekiranya kita
segera bertaubat.
4. Nasihat dan teguran yang baik perlu diterima dengan hati
terbuka. Apakah keburukan yang akan menimpa mereka yang
tidak mendengar nasihat dan teguran yang baik.

10

Contoh Teks

Sekolah Rendah

TAJUK :
KISAH PEMBUNUHAN PERTAMA DI DUNIA
TEKS
Terima kasih pengerusi majlis, panel hakim yang arif lagi
bijaksana, penjaga masa serta para hadirin sekalian.
Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk Pembunuhan Pertama Di Dunia, yakni kisah anak-anak
Nabi Adam a.s.
Nabi Adam Nabi Pertama
Hidup bersama Siti Hawa,
Marilah bersama dengar cerita,
Cerita berguna untuk semua.

( pantun )

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Nabi Adam a.s. merupakan manusia pertama yang diciptakan
oleh Allah s.w.t. Baginda serta isterinya, Siti Hawa telah
dikurniakan 2 pasang kembar. Setiap sepasang adalah lelaki dan
perempuan.

Setelah anak-anaknya mencapai usia remaja dan akil


baligh, maka timbullah nafsu berahi dan syahwat sejajar dengan
fitrah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Maka Nabi Adam mahu
mengahwinkan Qabil dengan adik Habil yang bernama Lubuda
dan Habil dengan adik Qabil yang bernama Iqlima.

11

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Firman Allah Surah Al-Isra ayat 32


Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina,
Kawan-Kawan.
Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu beberapa orang
gadis bertudung dilihat dipeluk dan dicium oleh artis k-pop tanpa
rasa

segan

silu.

Alangkah

sedihnya,

gadis

melayu

Islam

bertudung sanggup mencemar dan menggadaikan maruah dek


kerana taksub dengan hiburan.
Kapal Anjiman belayar lesu,
Nampak dari kuala Acheh,
Rosak iman kerana nafsu,
Rosak hati kerana kekasih.

( pantun )

Sidang hadirin yang saya sayangi sekalian,


Rancangan Nabi Adam itu mendapat bantahan dari Qabil. Ini
kerana tidak mahu dijodohkan dengan Lubuda disebabkan rupa
parasnya yang tidak menarik. Dia ingin berkahwin dengan Iqlima,
seorang gadis yang cantik.
Iqlima adik saya ayah,kata Qabil dengan suara yang tinggi.
saya berhak mengahwininya,katanya lagi.
Menurut syariat Nabi Adam pada masa itu,tidak boleh dijodohkan
dengan saudara sekembar. Oleh itu, Nabi Adam cuba meyakinkan
Qabil supaya menerima perintah Allah itu.

12

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Para hadirin yang dirahmati Allah,


Marilah kita sama-sama doakan semoga rakyat Malaysia tetap
bersatu seperti mana yang ditunjukkan semasa kita menghadapi
situasi sulit kehilangan MH370, MH17 dan serangan ke atas Lahad
Datu. Cinta kita tetap kepada Negara Malaysia. Ini kerana, semua
manusia adalah bersaudara.
Kerana Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat ayat 10

Maksudnya:
Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara.

Disebabkan kedegilan Qabil, Nabi Adam meminta Qabil dan Habil


mempersembahkan korban kepada Allah. Korban siapa yang
diterima oleh Allah, maka orang itulah yang berhak berkahwin
dengan Iqlima.
Habil dan Qabil menerima baik jalan penyelesaian yang
ditawarkan oleh ayahnya. Habil kembali dengan kambing yang
dipilih dari ternakannya yang paling baik dan sihat sedangkan
Qabil datang dengan sekarung gandum, hasil cucuk tanamannya
yang rosak dan busuk.
Dengan disaksikan oleh seluruh keluarga Nabi Adam a.s,
maka terlihatlah api besar yang turun dari langit menyambar
ternakan Habil tanpa menyentuh sedikit pun gandum Qabil.

13

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Wahai hadirin sekalian, ini menunjukkan bahawa, korban Habil


diterima dan korban Qabil ditolak.
Firman Allah,


Maksudnya:
Maka dirikan solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah
Surah Al Khauthar ayat 2
Ya hadirin,
Pengorbanan sukarelawan yang banyak membantu mangsa banjir
yang melanda di beberapa buah negeri baru-baru ini seharusnya
kita contohi. Begitu besar pengorbanan yang mereka hulurkan
dalam memelihara kebajikan sesama insan.

Sejak peristiwa itu, Qabil mula menaruh dendam terhadap


Habil. Nabi Adam pula terus menasihati dan mengingatkan Qabil
bahawa itu adalah ketentuan Allah. Namun segala nasihat Nabi
Adam seperti mencurah air didaun keladi.
Rasa amarah terpahat didada,
Bila korbannya tidak diterima
Hilangnya iman dendam bertahta,
Hasutan Iblis terus bergema.

( syair )

14

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Sewaktu Habil sedang tidur, Qabil telah membunuh Habil


dengan memukul kepala Habil dengan batu sehingga mati. Inilah
pembunuhan pertama dalam sejarah manusia di dunia.
Firman Allah,



Dan janganlah kamu membunuh jiwa seseorang manusia Yang
diharamkan oleh Allah membunuhnya
Surah Al-Isra ayat 33
Hadirin yang dihormati,
Texas

Oktober

2014,

Sebuah

mahkamah

disini

telah

diberitahu di mana seorang remaja belasan tahun membunuh


ibunya dengan tukul besi dan kemudian memperkosa mayat
mangsa atas alasan bosan dengan hidupnya dan tidak suka
bergaul. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mendekati diri kita
dengan Allah bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini
berlaku. Nauzubillahiminzaliq,

Sayangi kawan, sayangi teman,


Dikala suka, dikala duka,
Sesal dahulu pendapatan,
Sesal kemudian tidak berguna.

( pantun )

15

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Setelah jenazah Habil mula membusuk, Qabil merasa


kebingungan.

Lalu

dengan

izin

dan

kuasa

Allah,

maka

dipertunjukkan kepada Qabil seekor burung gagak yang sedang


mengali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu ia menolak seekor
gagak lain yang sudah mati ke dalam lubang tadi dan menutupi
kembali dengan tanah. Qabil berfikir didalam hati kenapa dia
tedak dapat berbuat seperti burung gagak untuk menguburkan
mayat saudaranya.
Firman Allah,

Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam


Surah Al-Isra ayat 70

Nabi Adam a.s sangat kesal di atas sikap dan perbuatan


Qabil yang kejam itu, semata-mata mengikut hawa nafsu dan
bisikan syaitan yang menyesatkan.

Menghadapi musibah itu,

Nabi

kepada

Adam

a.s

hanya

berserah

Allah

s.w.t

dan

menerimanya sebagai takdir dan kehendakNya .


Sahabat-sahabat sekalian,
Kisah teladan tersemat di hati,
Iman dan taqwa perisai diri,
Hiasi diri jagalah peribadi,
Buat bekalan di akhirat nanti.
Sekian,

Wabilllahitaufiq

walhidayah

( pantun )
wassalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh.

16

Contoh Teks

Sekolah Rendah

SOALAN-SOALAN SPONTAN

1. Berapa orangkah anak Nabi Adam sebutkan namanya?


Jawapan
- 2 pasang anak kembar
- Qabil dan Iqlima , Habil dan Lubuda
2. Apakah yang dijadikan oleh Qabil sebagai korban?
-

Sekarung gandum yang rosak dan busuk

3. Sebutkan dua sifat yang mahmudah dan dua sifat mazmumah


dalam cerita Kesah Pembunuhan pertama didunia.
Mahmudah
- Sabar

Baik hati

Mazmumah
-

Sombong

Pendendam

4. Mengapakah Qabil membunuh Habil?


-

Iri hati kerana korbannya ditolak dan tidak dapat berkahwin


dengan adiknya Iqlima.

5. Bagaimanakah cara kita untuk mendekatkan diri kepada Allah?


-

Jawapan yang sesuai.

17

Contoh Teks

Sekolah Rendah

TAJUK :
SITI AMINAH BONDA RASULULLAH
TEKS

Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif
lagi bijaksana, penjaga masa yang setia, guru-guru, rakan-rakan
serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian..
Assalamualaikum

warahmatullahi

wabarakatuhSalam

Satu

Malaysia, salam ukhwah dan salam fisabilillah..


Sungguh indah kisah sejarah,
Sirah Nabi dari al-Quran,
Siti Aminah bonda Rasulullah,
Mari bersama jadikan teladan.
( Pantun )
Ibu Rasulullah bernama Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin
Zuhrah. Beliau adalah bunga Kaum Quraisy. Seorang anak yatim
piatu yang diasuh dan dijaga oleh bapa saudaranya, Wahab bin
Abdul Manaf bin Zuhrah yang sangat dihormati, disegani kerana
menjadi tempat rujukan dalam pelbagai masalah.
Bunga Quraisy kembang berseri,
Di sebalik tembok mekar mewangi,
Menebar harum ke pelusuk negeri;
Membuat teruna dibuai mimpi.
syair/lagu )

18

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Menurut penilaian Dr. Bint Syaati tentang Aminah ibu Muhammad


iaitu. Masa kecilnya dimulai dari lingkungan paling mulia, dan
asal keturunannya pun paling baik. Terlindung dari pergaulan
bebas sehingga sukar untuk dapat mengetahui dengan jelas
penampilannya atau gambaran fizikalnya.
Ini bertepatan dengan firman Allah swt dalam Surah Al-Ahzab
ayat 59 :

Maksudnya: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak


perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman,
supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya
(semasa mereka keluar).

Kawan-kawan ,
Kita sebagai wanita Muslimah perlu memelihara diri dan akhlak
terpuji walau di mana kita berada, sepertimana Aminah
memelihara dirinya agar kita sentiasa dipandang mulia.
Janganlah menjadi gadis bertudung yang merelakan dirinya
dipeluk dan dicium oleh penyanyi k-pop berkumpulan B1A4
sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh Negara
baru-baru ini. Masya Allah.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Siti Aminah
Wanita suci berhati mulia,
Wanita pilihan Allah Taala,
Walau ke mana Abdullah Mengembara,
Namun
Aminah
tetap
di
( pantun )

mata.

19

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Bersatulah Aminah bersama Abdullah. Pemuda tampan, budiman


dan gagah. Pasangan bahagia dirahmati Allah. Hamilnya Aminah
zuriat yang berkah. Mengandungkan rasul pemimpin ummah.
Hadirin dan rakan rakan sekalian
Perkahwinan yang sah merupakan syariat yang dituntut dalam
Islam demi memelihara nasab dan keturunan yang mulia:

Firman Allah Taala dalam Surah An-Nur: Ayat 32

dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan)


dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hambahamba kamu, lelaki dan perempuan.
Oleh itu, janganlah kita melibatkan diri dalam aktiviti pergaulan
bebas yang boleh mengundang perbuatan keji seperti rogol dan
zina. Peningkatan statistik kelahiran anak luar nikah yang
dilaporkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat amat
membimbangkan kita.
Hadirin sekalian,
Aminah
adalah
seorang
ibu
bertuah
kerana
terpilih
mengandungkan zuriat yang akan menjadi pembimbing umat
akhir zaman. Setelah cukup Sembilan bulan dalam kandungan,
akhirnya Aminah selamat melahirkan Nabi Muhammad s.a.w yang
disambut dengan penuh kegembiraan. Nabi Muhammad ditatang
bagai minyak yang penuh. Aminah tidak pernah jemu mengasuh
walaupun tanpa suami disisi. Aminah tidak pernah mengeluh
lantaran kasih dan sayang ibu kepada anak tercinta.
Sesungguhnya, kasih ibu ibarat lautan tak bertepi. Sanggup
derita dan berkorban nyawa asalkan anaknya hidup bahagia.

20

Contoh Teks

Sekolah Rendah

21

Contoh Teks

Sekolah Rendah

22

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Firman Allah s.w.t :



....







Maksudnya : Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati
( Surah Ali Imran : ayat 185 )

Ya Kawan-kawan
Sesungguhnya kematian itu adalah pasti tanpa mengenal usia,
masa dan tempatnya. Oleh yang demikian, perbanyakkanlah
amal untuk dijadikan bekal kerana kita tidak tahu bilakah tibanya
ajal kita. Lihatlah sahaja kejadian yang menimpa sebuah keluarga
yang sedang bergembira untuk pulang berhari raya dari Belanda
menuju Malaysia telah terkorban dalam nahas MH17 yang
menggemparkan dunia.
Demikian kisah tentang Aminah,
Yang termaktub indah dalam sejarah,
Semoga kita menjadi tabah,
Seperti tabah anaknya Rasulullah.
(Pantun)
Sekian.

Wabillahitaufiq

Walhidayah.

Assalammualaikum

warahmatullahi wabarakatuh.

23

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Soalan spontan
1. Siapakah nama ibu Rasulullah s.a.w ?
2. Dimanakah tempat kelahiran Rasulullah SAW?
3. Sebagai seorang anak, bagaimanakah anda menunjukkan
kasih sayang terhadap ibu ?
4. Berikan pengajaran daripada
Rasulullah.
5. Sebutkan sifat

yang

boleh

cerita

dicontohi

Aminah
daripada

Bonda
kisah

tersebut.

24

Contoh Teks

Sekolah Rendah

TAJUK :
ISRAK MIKRAJ
TEKS


Lafaz bismillah pembuka bicara,
Salam ukhwah hadirin sekalian,
Isra dan miraj judul cerita,
27 Rejab 11 kenabian.

(Pantun)

Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru serta
hadirin yang dihormati sekalian.
Rasulullah amat berduka
Abu Talib dan Khadijah telah tiada
Di Mekah dihina ke Taif dicerca
Itulah tahun berdukacita

(Syair)

Lantas Allah menghiburkan baginda dengan peristiwa isra dan miraj.


Isra ialah perjalanan nabi Muhammad s.a.w dari masjidil Haram ke
masjidil Aqsa di Palestin pada waktu malam. Miraj pula ialah perjalanan
dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha.

25

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Firman Allah;

;Maksudnya
Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu
malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
(Surah al-Isra, ayat 10)

Ya kawan-kawan,

Sesungguhnya apa yang sedang berlaku terhadap Masjid Al-Aqsa


pada hari ini merupakan satu percubaan Zionis yang amat kejam.
Adalah menjadi satu kewajipan kepada kita untuk bangun
menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan, serta
mempertahan masjid Al-Aqsa dan Palestin umumnya. Hulurkan
bantuan, ringankan beban.
Kawan-kawan,
Sebelum nabi memulakan perjalanan, Malaikat Jibrail dan Mikail
membelah dada baginda. Dikeluarkan hati baginda dan dibuang
alaqah. Kemudian dicuci dengan air zam-zam dan dimasukkan hikmah
lalu dijahit semula dan ditulis Khatimun Nubuwwah.
Seperti firman Allah dalam Surah Al-Ahzab, ayat 40;



Maksudnya;
Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di
antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi.

26

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Buraq diutus jadi tunggangan


Sepantas kilat sejauh pandangan
Jibrail dan Mikail iringi junjungan
Penghormatan ini amat menakjubkan

(Boria)

Ya kawan-kawan,
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Pencipta. Walaupun
betapa canggihnya ciptaan manusia, masih tidak dapat menandingi
kekuasaan Allah seperti baru-baru ini kita digemparkan dengan
kehilangan sebuah pesawat MH370 yang sehingga kini tidak diketahui
di

mana

lokasinya

walaupun

segala

kepakaran

teknologi

telah

digunapakai.
Kawan-kawan,

Semasa isra, pelbagai balasan baik dan buruk diperlihatkan kepada


rasul junjungan.
Harum semerbak kubur Masyitah,
Ganjaran mulia pertahankan akidah,
Petani menanam terus berbuah,
Tafsiran berjihad fisabilillah.

(Gurindam)

Memecahkan kepala amat mengerikan,


Akibat tinggalkan solat difardukan,
Daging yang busuk menjadi makanan,
Orang berzina dihukum sedemikian.

(Gurindam)

27

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Seperti firman Allah dalam Surah Al-Araf, ayat 36;

Maksudnya;
Dan
orang-orang
yang
mendustakan
ayat-ayat
kami
dan
menyombongkan diri terhadapnya, mereka itu penghuni-penghuni
neraka.

Ya kawan-kawan,
Jauhilah perbuatan yang keji kerana ia dibenci Allah. Gejala zina dan
seks bebas yang berleluasa perlu dihindari. Ingatlah, azab dan siksaan
Allah amat pedih sekali.
Kawan-kawan,
Semasa Miraj pula
7 lapisan langit nabi lewati,
Rasul-rasul terdahulu baginda temui,
Indahnya syurga tidak terperi,
Begitu agung kuasa Ilahi.

(Nasyid)

Perintah agung Allah berikan,


Ibadah solat jadi kewajipan.

(Pantun)

28

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Firman Allah;

Surah Toha ayat 14, yang bermaksud:


"Dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

Ya kawan-kawan,
Solat itu tiang agama. Kem Bestari Solat yang dijalankan melalui
Program j-QAF merupakan satu usaha yang murni. Maka, tunaikanlah
solat dengan sempurna.

Kawan-kawan,
Setelah mendapat perintah solat,
Turunlah nabi penuh semangat.

(Pantun)

Begitulah kawan-kawan, kisah Isra dan Miraj nabi junjungan kita Nabi
Muhammad s.a.w.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah. Wassalamualaikum wbh.

29

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Soalan spontan:
1. Rasulullah telah kehilangan dua orang yang amat dikasihinya.
Lantas Allah pun menghiburkan baginda dengan peristiwa isra
dan miraj. Apakah erti isra dan miraj?
2. Banyak pengajaran yang didapati daripada peristiwa isra dan
miraj.
Nyatakan 2 pengajaran daripada peristiwa isra dan miraj
tersebut.
3. Solat adalah tiang agama. Solat amat penting dalam kehidupan
kita. Sebutkan 2 faedah menunaikan solat.
4. Kita mesti mengamalkan sifat yang mulia dalam kehidupan kita.
Hindarkan diri daripada perbuatan yang keji. Bagaimanakah
cara anda menghindarkan diri daripada perbuatan keji
dan mungkar?
5. Kita hendaklah menunaikan solat lima waktu sehari semalam.
Bagaimanakah cara untuk mengatasi rasa malas untuk
solat?
Cadangan Jawapan:
1. Isra bermaksud perjalanan nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil
Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin pada waktu malam
Miraj pula ialah perjalanan nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil
Aqsa ke Sidratul Muntaha
2. a) Solat adalah tiang agama
b) Allah Maha berkuasa ke atas kita semua
3. a) Solat adalah penghapus dosa
b) Solat dapat mendisipilinkan kita
4. a) menunaikan solat
b) memohon doa daripada Allah s.w.t
5. Jangan makan terlalu kenyang yang boleh menyebabkan
mengantuk.

30

Contoh Teks

Sekolah Rendah

TAJUK :
TONGKAT MUKJIZAT
TEKS
Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi
bijaksana guru-guru serta rakan rakan sekalian
Assalamualaikum wrbt
Lafaz bismillah pembuka bicara,
ucapan salam buat semua,
tongkat mukjizat Nabi Musa dijadikan cerita,
Sebagai pedoman kita semua..

(pantun)

Hadirin sekalian,
Nabi Musa adalah putera kepada Imran bin Yashar bin Qaahits
yang dilahirkan pada zaman pemerintahan Raja Firaun yang
terkenal dengan sifat kejamnya membunuh semua bayi lelaki
lantaran takut kehilangan kuasanya, tetapi dengan kuasa Allah
Nabi

Musa

selamat

di

bawah

naungan

Firaun

sendiri..subhanallah..
Firaun menindas penduduk Mesir,
rakyat dibunuh sewenang wenangnya
dirampas segala harta yang ada
mengaku tuhan yang mesti dipuja
Rasulullah)

(Nasyid:

Kesombongan manusia terbit daripada sedikit kenikmatan yang


dipinjamkan oleh Allah S.W.t, saksikanlah keangkuhan kuasa
besar

sesetengah

Negara

perandakan dan menindas

barat

yang

sering

memporak

Negara Islam demi kepuasan diri.

Oleh itu, Sikap sombong dan angkuh dengan kelebihan yang ada
perlu dijauhi bagi mengelakkan kita bersifat zalim.

31

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Kawan-kawan yang dirahmati Allah,


Lantaran peristiwa pembunuhan seorang pengikut Firaun tanpa
sengaja, Nabi Musa telah menjadi buruan Firaun selama 10 tahun.
Akhirnya Allah telah memerintahkan Nabi Musa pulang ke Mesir
untuk mengadap Raja firaun durjana. Firman Allah dalam surah
Toha Ayat 42:

Yang Bermaksud:
Pergilah, Engkau dan saudaramu, membawa mukjizat-mukjizat
pengurniaanKu dan janganlah kamu berdua lemah dan cuai
dalam menyebut serta mengingati daku.
Ya Kawan-kawan
Berdakwah adalah tanggungjawab semua samada pemimpin
ataupun individu. Peranan media elektronik seperti TV Al-Hijrah
banyak menyiarkan rancangan berunsur dakwah dapat mendidik
jiwa para penonton. Kita seharusnya berani untuk menyampaikan
segala suruhan dan mengajak untuk menjauhi larangan Allah.
Hadirin sekalian nabi Musa seterusnya berdakwah kepada firaun,
tetapi sebaliknya
Firaun sombong tidak terperi
Baginda Nabi sedih sekali
Firaun mencabar tunjukkan bukti
Andainya musa seorang nabi

(Nasyid: Sepohon

Kayu)

32

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Bila baginda mula dicabar


Tongkat dilempar bertukar ular
Tangan ditunjuk cahaya bersinar
Namun Firaun tetaplah ingkar.
kayu )

nasyid

sepohon

Firman Allah dalam surah Asyura ayat 34:

Maksudnya:
Firaun berkata kepada ketua-ketua kaum Yang ada dikelilingnya:
"Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir Yang
mahir.

Seterusnya kawan-kawan...
Pertandingan 72 orang tukang sihir dengan nabi Musa telah
dijalankan, tali-tali yang dilemparkan oleh ahli sihir bertukar
menjadi ular, tetapi dengan izin Allah S.w.t tongkat Nabi Musa
telah bertukar menjadi ular yang paling besar lalu menelan
semua ular kepunyaan ahli sihir. Firaun tersentak hairan, tukang
sihir sujud beriman, Firaun mula hilang pertimbangan, semua
tukang sihir dipotong kaki dan tangan, Perintah firaun dengan
kemarahan. Tukang sihir pasrah kepada Tuhan, seperti firman
Allah dalam surah Toha ayat 70:

Yang bermaksud:
Ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata:
"Kami beriman kepada Tuhan Yang mengutus Nabi Harun dan
Nabi Musa".

33

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Lihatlah kawan-kawan,
Sesungguhnya Keyakinan dan kekuatan iman terhadap Allah
boleh mengatasi segala ancaman yang dihadapi.
Contohnya, Keberanian puak Hamas untuk menentang rejim
Israel baru-baru ini adalah kerana keyakinan mereka terhadap
pertolongan dan perlindungan Allah S.w.t sangat tinggi dalam diri
mereka.
Kawan-kawan yang dirahmati Allah,
Pengikut nabi Musa semakin bertambah, Firaun semakin marah,
dan bertindak membunuh anak-anak Bani Israel dan berhasrat
agar generasi bani Israel terkubur selamanya, lantaran peristiwa
itu, bumi mesir dilanda kemarau, Firaun bersama pengikutnya
menemui

Nabi

Musa

seraya

mencabar

Nabi

Musa

agar

menurunkan hujan dan akan beriman kepada Allah sekiranya


Nabi Musa mampu melakukannya.
Nabi musa menggunakan mukjizat yang telah dikurniakan
Allah kepadanya untuk menurunkan hujan Namun setelah hujan
turun

mereka

tetap

enggan

beriman.

Pelbagai

musibah

diturunkan Allah seperti kemarau, banjir besar, diikuti pula


serangan belalang, kutu dan katak, secara berperingkat dan
berasingan.
Wahai kawan-kawan,
Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan berita kematian
seorang pelajar uitm akibat dikelar oleh teman lelakinya.
Nauzubillah.. Oleh itu, Kita hendaklah menjauhi kemungkaran,
bagi mengelakkan keruntuhan akhlak akibat tidak mengikut apa
yang terkandung di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

34

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Kedegilan Firaun cetuskan derita,


Ke Baitulmaqdis Bani Israel berkelana,
Laut merah terbelah dua,
Dek kerana Tongkat Mukjizat Nabi Musa,
Hanya yang beriman Allah pelihara,
Firaun tenggelam bersama pengikutnya.. (sajak)
Firman Allah surah al-Qasas ayat 40:

Maksud ayat:
Dengan sebab itu Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya
serta Kami humbankan mereka ke Dalam laut; maka perhatikanlah
Bagaimana buruknya kesudahan orang-orang Yang zalim .

Begitulah kawan-kawan...
Allah membalas setiap kejahatan yang kita lakukan seperti mana
yang telah terbukti seorang penjenayah yang telah terlibat
dengan kes rogol dan bunuh murid sekolah rendah baru-baru ini
telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun berserta 24 kali
sebatan.

Ingatlah..Setiap

amalan

akan

dihitung

dan

diberi

ganjaran yang setimpal.


Demikianlah kawan2..
Yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan tauladan
sekian
Wabillahitaufi wahiyah wassalmualaikum w.r.t

35

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Contoh Soalan Spontan


1. Berikan pengajaran yang terdapat dalam cerita yang telah
anda sampaikan tadi.
2. Senaraikan contoh peristiwa akibat keruntuhan akhlak di
kalangan muda mudi dewasa ini.
3. Berdasarkan kisah di atas, bagaimana anda mengatasi
pemimpin yang bersikap zalim.
4. Nyatakan contoh program dakwah yang disiarkan di kaca tv
yang anda tahu.
Cadangan Jawapan:
1. Pengajaran yang terdapat dalam cerita yang telah anda
sampaikan tadi.
a) Sikap sombong dan angkuh dengan kelebihan yang ada
perlu dijauhi bagi mengelakkan kita bersifat zalim.
b) berani untuk menyampaikan segala suruhan dan
mengajak untuk menjauhi larangan Allah.
2. Contoh peristiwa akibat keruntuhan akhlak di kalangan
muda mudi dewasa ini:
a) Pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan
b) Berjudi, kaki botol dan menagih dadah
c) Pembuangan bayi secara berleluasa
3. Cara mengatasi pemimpin yang bersikap zalim:
a) Sabar dan sentiasa memohon pertolongan daripada
Allah
b) Mempamerkan contoh tauladan yang baik di hadapan
mereka
4. Contoh program dakwah yang disiarkan di kaca tv yang
saya tahu:
a) Program adik-adikku
b) Pencetus umah
c) Cinta Ilmu
d) Kalau ada Jodoh ustaz Kazim Elias
e) Al Kuliyyah

36

Contoh Teks

Sekolah Rendah

TAJUK :
DUGAAN NABI YUSUF
TEKS

Termaktublah sudah dalam Al-Quran,


25 utusan Allah,
Mereka menyeru kepada insan,
Tiada Tuhan selain Allah.

[ nasyid ]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.
Dugaan Nabi Yusuf jadi pilihan,
Kisahnya sayu menyentuh perasaan,
Sila lah kawan sila lah rakan,
Izinkan saya untuk perdengarkan.

[ pantun ]

Rakan-rakan,
Nabi Yusuf a.s ialah putera ke 7 Nabi Yakub,
Tampan perkasa luhur budinya ,
Dikasihi ayahanda dicemburui saudara-saudaranya,
Akibat hasutan syaitan , mereka merencana
Ke dalam perigi Nabi Yusuf dicampaknya.

37

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Lalu..
Mereka melumurkan baju baginda dengan darah palsu.
Firman Allah swt ;



......







,

Mereka berkata: "Wahai ayah kami, Sesungguhnya kami pergi
berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barangbarang kami, lalu dia dimakan serigala.
( Surah Yusuf : ayat 17 )

Kawan-kawan,
Begitulah sifat manusia sejak zaman Nabi Adam lagi yang
sentiasa

memiliki

sifat

hasad

dengki

dengan

orang

yang

mendapat kenikmatan daripada Alllah swt, semoga Allah swt


melindungi kita daripada sifat yang keji ini.

Sekumpulan pedagang yang lalu mencari air terjumpa Nabi Yusuf


a.s, disorok baginda bersama barang dagangan.. sampai di
Mesir.
Dijual Nabi Yusuf sebagai hamba,
Al-Aziz tertarik lalu membelinya,
Alangkah gembiranya hati Zulaikha,
Nabi Yusuf dipelihara dengan sempurna.

[ syair]

38

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Suatu hari, ketika suaminya tiada di rumah, Zulaikha menutup


semua pintu

dan cuba menggoda Nabi Yusuf a.s. Baginda

menolak dan cuba melarikan diri ke pintu. Shreek!!!... terkoyak


belakang baju baginda kerana ditarik oleh Zulaikha. Tiba-tiba,
muncullah suaminya. Zulaikha terkejut, lalu menuduh Nabi Yusuf
ingin memperkosanya. Namun, baju yang koyak menjadi bukti,
kejadian ini sebenarnya angkara siapa.

Firman Allah swt :




......







Wahai Yusuf! Lupakanlah ini dan (isteriku) mohonlah ampunan
atas dosamu.
( Surah Yusuf : ayat 29 )

Ya kawan-kawan,
Kini terdapat program realiti TV Imam Muda, Daie, Pencetus
Ummah dan Ustazah Pilihan yang memaparkan personaliti soleh
dan solehah yang boleh dijadikan contoh

tauladan. Elakkanlah

diri dari terjebak dalam kancah kemaksiatan.

39

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Kawan-kawan,
Serata Mesir tersebar cerita,
Isteri pembesar menggoda hambanya,
Lalu dijemput wanita ke sebuah majlis,
Diberi pisau untuk memotong,
Lalu perintah Zulaikha,
keluarlah kau di hadapan mereka
Terpotonglah jari
Ternganga mulut
Kagumi

ketampanan

sambil

berkata,Ini

bukan

manusia

melainkan malaikat yang mulia.


Lalu, Nabi Yusuf a.s bermunajat kepada Allah swt supaya diberi
perlindungan. Firman Allah swt :


......






Yusuf berkata: "Wahai Tuhanku, penjara lebih Aku sukai daripada


memenuhi ajakan mereka kepadaku.
( Surah Yusuf : ayat 33 )

Hasrat tersebut termakbul, Nabi Yusuf a.s dipenjara agar suasana


menjadi tenang dan tiada fitnah.

40

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Kawan-kawan,

Sejak kebelakangan ini, perbuatan memfitnah yang disebarkan


melalui sistem maklumat ringkas atau sms, video, facebook, blog
dan sebagainya semakin berleluasa. Hal ini telah menimbulkan
pelbagai pertelingkahan yang akhirnya membawa kepada kes
mahkamah.
Justeru itu, hanya keimanan sahajalah yang dapat menghalang
keinginan dan godaan nafsu.

Bertahun-tahun Nabi Yusuf dipenjara,


Akhirnya dipanggil mengadap sang raja,
Disiasat semula segala punca,
Akhirnya kebenaran terserlah jua.
Firman Allah swt dalam Surah Yusuf, ayat 51 :


......









Aku telah menggodanya terhadap diriku. Sesungguhnya dia dari
kalangan orang-orang yang benar.
Lalu Nabi Yusuf a.s dibebaskan semula.
Akhirnya..
Kebenaran pasti
terserlah, seperti kisah Henry James dari
Amerika yg dibebaskan baru-baru ini kerana terbukti tidak
bersalah dari tuduhan membunuh walaupun telah dipenjara
selama 30 tahun. Sesungguhnya Allah swt berpihak kepada yang
benar.
Sekian
wabillahi
taufiq
warahmatullahi wabarakatuh.

walhidayah

wassalmualaikum

41

Contoh Teks

Sekolah Rendah

SOALAN

SPONTAN

1. Mengapa saudara-saudara Nabi Yusuf a.s mencampakkannya


ke dalam perigi buta?

2. Siapakah yang menjumpai Nabi Yusuf a.s?

3. Sekiranya anda ditimpa musibah seperti yang menimpa Nabi


Yusuf a.s, apakah tindakan yang patut anda lakukan?

4. Berdasarkan cerita tadi, apakah pengajaran yang anda


perolehi?

5. Sebutkan sifat-sifat yang perlu kita hindarkan berdasarkan


cerita tersebut.

42

Contoh Teks

Sekolah Rendah

TAJUK :
SITI HAJAR IBU NABI ISMAIL
TEKS

Assalammualaikum w.b.t
Terima kasih pengacara majlis. Yang dihormati barisan panel
hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia,
seterusnya rakan-rakan seperjuangan yang mulia.
Ucapan indah zikir bertali,
Penyejuk hati pendamai jiwa,
Kisah Siti Hajar Ibu Mithali,
Marilah kawan dengarkan bersama.
(Pantun)

Siti Hajar isteri kedua,


Pasangan pilihan Siti Sarah,
Hidup bermadu aman sentosa,
Menjadi catatan di dalam sirah.
( Pantun )

Hadirin sekalian,
Syariat Nabi Ibrahim a.s membenarkan umatnya berpoligami dan
begitu juga dengan syariat Nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah
s.w.t dalam Surah Surah An-Nisa Ayat 3 :

43

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Maksudnya: maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu


berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau
empat.

Hadirin sekalian,
Pada hari ini ramai lelaki Muslim di Malaysia yang berpoligami
tetapi tidak bahagia gara-gara tidak berlaku adil terhadap isteri
mereka. Ini semua disebabkan mereka berpoligami kerana nafsu
semata-mata

bukannya

untuk

membela

wanita.

Akhirnya

poligami turut menjadi faktor penyumbang kepada perceraian di


Malaysia sepertimana yang dilaporkan oleh Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia sebanyak 20,529 kes perceraian telah berlaku
di Malaysia pada tahun 2007. Oleh yang demikian, sebelum
berhasrat untuk beristeri dua atau tiga penuhkan dulu ilmu di
dada.
Setelah sah Siti Sarah menjadi isterinya, Nabi Ibrahim a.s pun
berdoa. Firman Allah s.w.t ;

Maksudnya : Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang


anak) yang soleh.
( Surah As-Saffat : ayat 100 )

Maka, doa Nabi Ibrahim pun diperkenankan dan lahirlah Nabi


Ismail dari Siti Hajar yang dikasihi.

Kelahiran Nabi Ismail amat

dicemburui oleh Siti Sarah.

44

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Ya kawan-kawan,
Anak-anak adalah anugerah terindah dan amanah dari Allah.
Didiklah mereka agar menjadi anak yang soleh dan solehah,
kerana doa mereka pastinya akan sampai kepada ibu bapanya
walaupun berada di alam barzakh. Oleh itu, janganlah dipersiakan
zuriat yang dikurniakan bersama amanah.
Kita tidak mahu melihat kes pembuangan bayi terus meningkat
sepertimana yang dilaporkan oleh Harian Metro bahawa terdapat
396 kes pembuangan bayi dicatatkan dari tahun 2005 hingga
tahun 2010.
Nabi Ibrahim berdukacita,
kepada Ilahi diserah segala,
Rukun dan damai sudah tiada,
Kerana cemburu isteri pertama .

Ditinggalkan Hajar serta bayinya,


Di gurun gersang tiada sesiapa,
Walaupun sedih ditelan jua,
Pergilah Ibrahim sambil berdoa
Sepohon kayu )

( Nasyid

Firman Allah ;

Maksudnya : Ya Tuhan kami , sesungguhnya


aku telah
menempatkan sebahagian daripada keturunanku di lembah yang
tidak mempunyai tanam-tanaman.

45

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Kawan-kawan,
Lautan mana tidak bergelora, bumi mana tidak ditimpa hujan.
Begitulah jua kehidupan kita. Pasti ada musibah menimpa, dan di
saat dugaan datang melanda, contohilah ketabahan Siti Hajar dan
suaminya. Ujian dihadapi dengan pasrah. Kepada Allah tawakal
diserah. Janganlah sekali-kali kita mengikut jejak langkah, mereka
yang sesat dan terpesong akidah.

Membunuh diri dianggap penyudah akibat kecekalan dan harapan


yang musnah. Hari ini kita dapat melihat dan mendengar betapa
ramai mereka yang membunuh kerana tidak sanggup berdepan
musibah. Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan bahawa
membunuh diri merupakan faktor kedua tertinggi kematian di
Malaysia.
Kawan-kawan dan hadirin sekalian,
Dahsyatnya amanah suami tercinta. Siti Hajar ditinggalkan
bersama anaknya. Di tanah gersang tanpa manusia. Hanya kasih
dan cinta penguat jiwa. Berkat kesabaran Siti Hajar dan anaknya,
berlakulah mukjizat yang luar biasa. Air mengalir dari bekas
hentakan kaki anaknya sebagai pertolongan Yang Maha Kuasa
kepada hambanya yang sedang dahaga. Bermula detik itu bumi
yang kontang tidak berpenghuni menjadi tarikan untuk
dikunjungi.
Firman Allah s.w.t ;


Maksudnya : Maka jadikanlah
cenderung kepada mereka.

hati

sebahagian

manusia

46

Contoh Teks

Sekolah Rendah

Kawan-kawan,
Sesungguhnya Allah tidak akan mempersiakan ikhtiar hambanya.
Di mana ada kemahuan, pasti ada jalan. Di sebalik kepayahan,
pasti ada kesenangan. Contohilah kegigihan Pengasas Kosmetik
Dherbs yang berasal dari keluarga yang susah akhirnya menjadi
jutawan terkenal kerana kegigihan dan ketabahannya dalam
mengubah kehidupan.

Kawan-kawan,
Demikianlah indah sebuah kisah,
pengorbanan ibu bernama Siti Hajar,
berjuanglah dengan hati yang tabah,
dalam kehidupan sebagai pelajar.

Sekian,wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum wbt.

47

Contoh Teks

Sekolah Rendah

SOALAN SPONTAN
1. Setiap manusia dilahirkan oleh seorang ibu. Nyatakan
pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya.
Antara pengorbanan ibu terhadap anaknya ialah,
mengandungkan, melahirkan, menjaga dan mendidik anak.
2. Kita diwajibkan untuk menghormati ibu bapa kita. Nyatakan cara
untuk membalas jasa ibu kita.
Antara cara untuk membalas jasa ibu kita ialah dengan
menghormatinya,
menjaganya,
mendoakannya
dan
menyayanginya.
3. Berdasarkan kisah tersebut, nyatakan sebab Siti Hajar dan Nabi
Ismail ditinggalkan di tengah padang pasir.
- Yang pertama, disebabkan isteri Nabi Ibrahim yang pertama
cemburu akan kehadiran Nabi Ismail,
- Yang kedua, atas perintah Allah bagi mengelakkan keruntuhan
rumah tangga Nabi Ibrahim.
4. Apakah pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh Nabi Ibrahim
sepertimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t?
Berpisah dengan isteri dan anaknya
- Terpaksa menyembelih anaknya sendiri
5. Sebagai manusia, kita tidak akan lari dari ujian Allah s.w.t.
Sekiranya anda ditimpa musibah, nyatakan cara untuk
menghadapinya.
Bersabar,redha, berdoa dan berusaha tanpa putus asa
dengan rahmat Allah.

48

Das könnte Ihnen auch gefallen