Sie sind auf Seite 1von 1

Pengurus,

Bahagian Jualan,
Yeos Malaysia Sdn Bhd

Tuan,
Per: Memohon Pembelian Air Tin Dan Kotak Yeos

Merujuk kepada perkara di atas, pihak kami ingin memohon pembelian air
minuman tin dan kotak Yeos dengan harga istimewa yang ditawarkan kepada
pihak sekolah.
2. Kami amat berbesar hati sekiranya dapat menjual air minuman tin dan kotak
Yeos memandangkan sekolah kami ada menyertai pertandingan Kempen Kitar
Semula anjuran MBSA.
3. Dengan demikian, secara tidak langsung pihak sekolah dapat memberi
kemudahan kepada pelajar untuk menyumbang bahan yang boleh dikitar semula
iaitu tin dan kotak serta dapat mendidik pelajar tentang kepentingan menjaga
alam sekitar.
4. Kerjasama dari pihak tuan, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

(XXXXXXXXXXXX)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seksyen 1
Shah Alam, Selangor.

Das könnte Ihnen auch gefallen