Sie sind auf Seite 1von 2

Laporan

Melalui lawatan Hubungan Etnik ini, saya mendapat banyak manfaat


dan ilmu pengetahuan baru dalam mengenali bangsa Siam di Malaysia.
Secara tidak langsung, melalui kajian ini saya banyak mempelajari dan
lebih memahami adat istiadat dalam masyarakat ini.
Melalui lawatan ini juga, saya dapat mempelajari bahawa hubungan
etnik yang terdapat dalam Negara kita ini mempunyai daya tarikan dan
kebudayaan serta ciri-ciri yang tersendiri yang menyebabkan Negara
Malaysia ini merupakan sebuah Negara yang unik kerana mempunyai
rakyat yang berbilang kaum dan bengsa namun mampu untuk hidup
aman dan harmoni di bawah satu bumbung dan naungan Negara
Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, apa yang seya pelajari melalui kajian
hubungan

etnik

ini,kita

seharusnya

menghargai

Negara

kita

dan

memelihara kesejahteraan Negara dengan memupukkan perpaduan


antara satu dengan yang lain. Walaupun kita terdiri daripada pelbagai
bangsa,agama dan fahaman, namun kesemua itu menjadikan Negara kita
sebagai Negara yang istimewa dan mampu bersanig dan menjadi contoh
kepadan Negara luar.
Sesungguhnya,

saya

mengakui

bahawa

lawatan

ini

sangat

mencabar dan sangat menduga tahap kesabaran saya serta menguji


tahap kognitif dan juga kawalan emosi saya. Saya juga menghadapi
pelbagai kesulitan sepanjang melaksanakan lawatan ini, antara kekangan
yang saya hadapi sepanjang melaksanakan lawatan ini ialah kesukaran
untuk mendapatkan sumber rujukan yang utama seperti dan buku-buku
lain yang menjadi bahan bacaan utama bagi etnik yang saya kaji. Sumber
rujukan yang ada juga adalah terhad dan tidak mencukupi kerana ramai
pelajar juga ingin mendapatkan buku yang sama namun buku tersebut
tidak mencukupi untuk semua pelajar dan perkara ini juga memberi
pengajaran kepada saya untuk berlumba bersama pelajar lain untuk
mendapatkan buku tersebut lebih awal agar sumber yang ada dapat saya
gunakan dengan sepenuhnya.

Maklumat yang terdapat dalam laman web juga kurang menepati


sasaran saya dan menyukarkan saya untuk mencari maklumat dengan
lebih mendalam.

Sepanjang

melaksanakan

lawatan ini

juga, saya

mengalami sedikit tekanan yang membuatkan saya menangis namun


saya percaya dan berpegang pada kata-kata pengarah IPG Kampus Pulau
Pinang menyatakan selagi peluh kita tidak keluar,selagi itu kita tidak
akan merasa hasil usaha kita. Oleh itu, saya berjuang dengan semangat
yang ada untuk menyiapkan lawatan ini dalam tempoh yang ditetapkan
walaupun dalam tempoh yang diberikan juga terdapat tugasan-tugasan
lain yang perlu disiapkan dan begitu juga dengan aktiviti yang semakin
menimpa untuk kami laksanakan. Inilah sedikit sebanyak info dan input
baru yang saya perolehi semasa menyiapkan lawatan ini.
Saya berharap dan berdoa kepada Tuhan agar segala ilmu yang
saya pelajari sepanjang semester ini akan terus melekat dalam ingatan
saya dan membantusaya untuk menjadi insan yang berintelektual serta
mempunyai pengetahuan yang banyak dalam profesion yang saya ceburi
dan saya juga berharap agar pembelajaran sayag akan trus berlangsung
dan saya dapat menyebarkan ilmu yang saya peroleh kepada masyarakat
dan

memanfaatkan

ilmu

Insyaallah dengan izin Allah.

tersebut

dengan

sebaik

yang

mungkin.

Das könnte Ihnen auch gefallen