Sie sind auf Seite 1von 2

SENARIO HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Sebelum kedatangan penjajah, alam melayu mempunyai hubungan yang erat malah
mempunyai hubungan silang budaya antara satu sama lain. Ia berteraskan konsep permeable
ethnicity dan canopy ethnicity. Walaupun berlainan etnik, namun setiap etnik berteduh dibawah
satu payung etnik melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sektor ekonomi dijalankan secara
perkongsian antara etnik. Politik pada waktu ini adalah stabil, pelbagai kaum berkongsi kuasa
mmembentuk kerajaan. Dari segi sosial, walaupun

setiap etnik mempunyai etnik masing-

masing dan berbeza seperti etnik melayu, cina dan india, namun setiap etnik ini hidup dalam
keadaan bersatu dan menolak keganasan iaituhidup dal keadaan aman tanpa ada rasa tidak
puas hati diantara entik.
Selepas kedatangan penjajah, etnik telah dikategorikan berdasarkan konsep ras dan
rasisme. Konsep ras bermaksud kelompok

manusia yang ditentukan melalui ciri-ciri fizikal

semata-mata. Manakala, rasisme didefinasikan pandangan, pemikiran atau kepercayaan


negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap sesuatu kelompok yang lain berdasarkan ciriciri fizikal atau ras semata-mata. Sewaktu kedatangan penjajah, sistem sosial masyarakat
disusun atur, orang kulit putih iaitu orang inggeris di atas diikuti orang Cina, India, Melayu dan
Bumiputera di bawahnya. Pihak British telah mengatur struktur ekonomi Tanah Melayu. Di
mana, orang putih menjalankan sektor perdagangan, bijih timah dan getah. Orang Cina mereka
dijadikan sebagai buruh dalam kegiatan melombong bijih timah dan perniagaan. Manakala,
orang India pula dijadikan sebagai buruh dalam sekror awm, pembinaan infrastruktur bangunan,
jalan raya, jalan kereta api dan terlibat dalam perladangan iaitu menoreh getah dan kelapa
sawit. Orang Melayudijadikan sebai petani, nelayan dan pentadbir bawahan. Sistem politik yang
dilaksanakan oleh pihak british ialah berdasarkan dasar pecah dan perintah. Sistem ini secara
tidak langsung telah mengubah hubungan etnik yang terbina di Alam Melayu.
Seterusnya, hubungan etnik zaman pasca merdeka dari sudut politik, ia memperlihatkan
penggabungan parti politik yang terdiri daripada MIC, MCA dan UMNO bagi menuntut
kemerdekaan dari British. Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sepuluh tahun, etnik
Cina dan India diberikan kerakyatan dengan mudah tetapi ia adalah berdasarkan kerakyatan
prinsip jus soli. Namun, pada hujung dekad 60-an, wujud ketegangan dalam hubungan etnik
pada 13 Mei 1969. Hal ini adalah berpunca daripada pengkhususan sektor ekonomi mengikut
kaum yang diperkenalkan oleh pihak British.

Das könnte Ihnen auch gefallen