Sie sind auf Seite 1von 1

PENGHARGAAN

Tugasan projek ini dapat saya laksanakan dengan lancar dengan bantuan dan
bimbingan daripada beberapa pihak. Dengan mengambil kesempatan ini, saya ingin
rakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih atas kerjasama
pihak-pihak yang telah memberi sumbangan yang bermakna ini kepada saya sehingga
tugasan ini dapat disiapkan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya
Pengetua Datin Kamanah Mohamad dan Penolong kanan Tingkatan 6, Puan Roslina
Abdul Ghani kerana memberikan kerjasama yang padu kepada saya dalam menjalankan
kajian ini.
Selain itu,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Rapidah Samsuri
selaku guru penyelia kajian. Beliau telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar
kepada saya sehingga tugasan ini disiapkan.
Tambahan pula, saya ingin merakamkan penghargaan kepada ibu bapa saya
kerana mereka telah memberi bantuan kewangan kepada saya dalam menjalankan kajian
ini.
Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya
yang sering memberi dorongan kepada saya semasa menyiapkan kerja kursus ini.
Akhirnya, jutaan terima kasih kepada responden yang sudi memberikan kerjasama
semasa saya menjalankan kajian ini.

Das könnte Ihnen auch gefallen