You are on page 1of 37

Disediakan oleh:

Mohd Hafiz Hamzah


Razniza bt Mohammad
Nurul Ayuni bt Azizan
Nurul Suaidah bt Othman
Siti Suhaili Bt A.Rahman

KUMPULAN 3

KAEDAH
PENGAJARAN
l k an ha
si silk
ha PENDEKATAN an
PEMBELAJARAN

TEORI BAHASA
STRATEGI
PENGAJARAN

k an
s il
KAEDAH ha
PENGAJARAN

TEKNIK
PENGAJARAN
kan
hasil
 Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud
cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum
atau prinsip.
 Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada
sesuatu siri tindakan yang sistematik dan
tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.
 Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada
beberapa langkah atau kegiatan yang
mempunyai urutan yang tertentu.
 Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala
aktiviti seseorang untuk menghasilkan
perubahan tindkah laku yang agak kekal
dalam diri seseorang yang lain.
Kaedah

 Cara atau peraturan membuat sesuatu
( terutamanya yang bersistem
atau yang biasa)

 Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2007


 Kaedah

Cara atau peraturan membuat sesuatu.


Satu siri tindakan guru yang sistematik


dengan tujuan mencapai objektif pelajaran
spesifik dalam jangka masa pendek.

Satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam


satu prosedur yang tersusun berlandaskan
kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.

 ( Edward M. Anthony (1963
) ).
KAEDAH
 Mangantar Simanjuntak (1982) :
satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk
mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara
keseluruhannya mestilah didasarkan kepada
pendekatan yang di gunakan.
 Parera (1986) :
satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan
secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada
bahagian-bahagiannya yang saling bertentangan
dan semuanya berdasarkan kepada pendekatan
 Ishak Ramly (2006) :
satu rancangan tentang apa yang akan
dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi
mencapai sesuatu objektif pengajaran.
KAEDAH
 Kaedah pengajaran adalah cara menyampaikan maklumat atau
menjalankan aktiviti pengajaran.
 Dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran
sesuatu kemahiran membaca.
 Biasa dilaksana untuk menyokong sesuatu pendekatan.


Jenis-jenis kaedah :
(menurut Kamarudin Hj. Husin,1988 )

1. Kaedah terus
2. Kaedah semulajadi
3. Kaedah askar atau tentera
4. Kaedah ajuk-hafaz
5. Kaedah linguistik
6. Kaedah oral-aural
7. Kaedah terjemahan
8. Kaedah psikologi
9. Kaedah kod-kognitif
10.Kaedah khusus
1. Kaedah Terus :

 Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah


kaedah pengajaran secara perbualan untuk
memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak.
 menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini
mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi
kanak-kanak.
 Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas
iaitu:
1.Perhubungan secara langsung antara perkataan
dengan benda atau ayat dengan fikiran atau
sebaliknya.
2.Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-
pengalaman sedia ada.
3.timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui
soalan-soalan yang telah dirancangkan.
4.mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari
undang-undang tentang bahasa yang hendak
dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul,
ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan
mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu
yang kompleks.

Kaedah Terus

 Kaedah ini dikenali sebagai kaedah tentera


kerana kaedah ini mula digunakan untuk
melatih pegawai tentera dan diplomat dalam
perang Dunia Kedua dahulu.

Tujuan
1 ) Membolehkan pelajar-pelajar menguasai

keempat-empat kemahiran bahasa,contohnya


mendengar, bertutur, mmembaca dan menulis.
2 ) Membolehkan pelajar-pelajar menggunakan

bahasa yang dipelajari di dalam masyarakat


yang berkenaan.

Teknik Mengajar
1 ) Pelajaran bahasa dimulai dengan menghubungkan
pelajar-pelajar it uterus dengan bahasa yang hendak
dipelajari. Kanak-kanak diperkenalkan dengan system
bunyi bahasa itu. Sebutan penutur natif dijadikan model
dan pertuturan ini ditiru oleh pelajar-pelajar. Terjemahan
tidak digunakan langsung.
2) Segala makna perkataan yang tidak difahami dijelaskan

dengan cara huraian, lukisan, aksi, perkataan seerti,


perrkataan berlawan dan lain-lain.
3) Pelajaran tatabahasa diajar secara induktif ,pola-pola ayat

yang hendak diajar dilatihtubi dahulu sehingga pelajar-


pelajar dapat menguasainya. Undang-undang tatabahasa
hanya diajar selepas penguasaan struktur ayat .
4 ) Bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan-

bahan yang ada kaitan dengann latihan lisan yang dibuat.



Sifat-sifat

 Pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan


bahasa lisan kerana penganjur-penganjur kaedah
ini menganggap bahawa dalam pembelajaran
bahasa pertama/ibuanda/natif kanak-kanak belajar
secara mendengar dan bertutur.
 Pelajar-pelajar dihubung terus dengan bahasa yang
hendak diajar.Terjemahan tidak digunakan
langsung.
 Oleh kerana sebutan yang betul diutamakan, kaedah
ini memerlukan ilmu fonetik. Jadi kaedah ini
merupakan gabungan linguistic dengan
pengajaran bahasa.

Kelemahan-
kelemahan
1 ) Oleh kerana kaedah ini mengutamakan bahasa lisan ,pelajar-

pelajar tidak dapat menulis dengan betul. Hasil tulisan mereka


merupakan struktur-struktur natif yang disalut dengan
perbendaharaan kata asing. Ini adalah kerana murid-murid telah
mempunyai kebiasaan pertuturan bahasa ibuanda yang kukuh
sebelum belajar bahasa kedua atau bahasa asing.

2 ) Oleh kerana masa yang diperlukan untuk pengajaran kaedah ini


terlalu lama, ia mungkin dapat dipraktikkan di sekolah, keraana


di sekolah mata pelajaran lain juga perlu diajar.

3 )Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah ini merupakan


bahan-bahan yang boleh dihafalkan, ataupun bahan perrbualan


yang telah ditetapkan ,maka ini mungkin tidak sesuai untuk
perkembangan kebiasaan pertuturan yang sistematik.

2. Kaedah Semulajadi :

 hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan


dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan
gambar. Perkataan-perkataan yang baru diterangkan
dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah
diketahui oleh murid.
 Terjemahan tidak langsung digunakan.

3. Kaedah Linguistik :

 Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa


yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari
segi bunyi.
 memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian
diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa
dilakukan mengikut pendekatan Induktif (Kamarudin Hj.
Husin,1988).

Kaedah Oral –Aural
( Dengar –tutur )
 Kaedah oral-aural atau kaedah dengar –tutur ini
menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti
secara ajukan.
 Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan.
 Dialog dianggap realistic dan ia dilatih tubi secara
berulang kali.
 Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistic
dengan memberi perhatian kepada intonasinya
yang betul.
 Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah
sebutan penutur jati bahasa itu.
 Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya
,lebih –lebih lagi jika gurunya bukan penutur jati
bahasa yang diajar itu.

 Alat pandang –dengar digunakan dengan luasnya.
Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi yang
realistic, disertai dengan bahan pandang dengar
yang lengkap.
 Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh
bahan yang telah sisusun rapi.
 Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar
diperkenalkan secara induktif dan dengan
pemeringkatan yang teratur.
 Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi
sedikit pada awalnya dan selalunya dalam
konteks yang bermakna.
 Kata-kata yang diberi itu adalah berdasarkan bukan
sahaja frekuensi tetapi juga kepada gunanya.

 Setelah pelajar menguasai bacaan,
latihan diteruskan pula kepada aktiviti
menulis.
 Mula-mula latihan menulis ini dikawal
oleh bahan-bahan yang telah dipelajari
, dan hanya selepas itu baharulah
latihan menulis bebas dibenarkan.

Tujuan Kaedah Oral-
aural
( Dengar-Tutur )
Objektif pengajaran bahasa mengikut kaedah
ini adalah untuk membolehkan pelajar
memperkembangkan keempat-empat
kemahiran bahasa , iaiitu : mendengar ,
bertutur,membaca dan menulis.
 Tetapi dalam hal ini , mendengar dan bertutur
diberi keutamaan.
 Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya
dijadikan asas untuk pembelajaran
bacaandan tulisan.
 Kaedah ini juga membolehkan pelajar
memahami kebudayaan asing melalui
pengalaman dalam bahasa.

Kaedah Nahu
Terjemahan
Tujuan kaedah Nahu Terjemahan :

1 ) Membolehkan pelajar-pelajar memahami nahu sesuatu bahasa


dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang


betul.

2 ) Membolehkan pelajar-pelajar menterjemahkan bahasa asing ke


bahasa natif dan sebaliknya.


3 ) Melengkapkan pelajar dengan perbendaharaan kata yang luas


yang dapat digunakan dalam penulisan.


4) Membolehkan pelajar-pelajar membaca dan menterjemahkan


makna buku-buku yang dibaca ke bahasa ibuanda dan


membolehkan mereka menikmati nilai kesusasteraan yang
dibaca.

Teknik Mengajar

 1 ) Pelajar –pelajar diperkenalkan kepada undang-undang


nahu dahulu.Guru memberi penerangan kepada pelajar
mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi
misalan. Undang-undang nahu ini perlu dihafalkan.

 2 ) Pelajar-pelajar diberi senarai perbendaaraan kata yang


perlu dihafal.Dalam pembelajaran bahasa kedua senarai
perbendaharaan ini dipasangkan dengan makna dalam
bahasa kedua.Pelajar –pelajar kemudianya disuruh
membuat ayat-ayat dengan menggunakan senarai
perbendaharaan kata itu berdasarrkan undang-undang
yang dipelajari. Dalam pembelajaran bahasa kedua asing
pelajar-pelajar juga dikehendaki membuat terjemahan ayat-
ayat daripada bahasa asing/kedua ke bahasa ibuanda atau
sebaliknya.

Sifat-sifatnya

 1 ) Kaedah ini bersifat deduktif.


 2 ) Kaedah ini lebih mementingkan bahasa


tulisan daripada bahasa lisan.

Kaedah Bacaan

 Kaedah bacaan ini merupakan satu “


short cut “ untuk penguasaan bahasa.

 Tujuan
1) Untuk memperkembangkan kebolehan
mereka membaca.
2)
3) Membolehkan pelajar mempelajari
bahasa kedua/ asing tanpa
terjemahan.

Teknik Mengajar
1) Guru cuba menggunakan cara yang paling berkesan
supaya di akhir kursus itu pelajar dapat membaca
bersendirian. Pelajar-pelajar dilatih menyebut
sebutan-sebutan dengan betul dan menggunakan
pola-pola pertuturan yang simple.
2) Bacaan secara kuat dan senyap dijalankan untuk

mereka memahami teks yang dibaca.


3)

Latihan bertulis hanya didasarkan kepada latihan-latihan

yang membolehkan pelajar-pelajar mengingatkan


struktur-struktur dan pembendaharaan kata yang
penting pada fahaman teks.

4) Pembelajaran tatabahasa hanya didasarkan
pada bacaan supaya membolehkan pelajar-
pelajar mengenali beberapa bentuk katakerja,
katanama dan lain-lain.Penghasilan struktur-
struktur ayat secara aktif tidak diutamakan.
5) Biasanya kaedah ini memulakan pelajaran

bahasa dengan bahagian lisan, pelajar-pelajar


diperkenalkan dengansystem bunyi bahasa
yang dipelajari dengan cara mendengar dan
bertutur dengan menggunakan rangkaikata
simple . Bila ini sudah tercapai pelajar-pelajar
membaca buku teks, ini diikuti dengan latihan
lisan dan menjawab soalan.

Kelemahan
 1 ) Menambahkan kebolehan pelajar-pelajar yang baik dalam
bacaan tetapi akan mendatangkan kesusahan kepada
pelajar-pelajar yang mempunyai kesulitan membaca.

 2 ) Hasil kaedah ini mungkin dalam bentuk kuantiti tetapi tidak


dalam bentuk kualiti.Pelajar-pelajar mungkin habis
membaca sebuah buku tetapi tidak dapat memahami apa
yang dibaca.

 3 ) Kaedah ini juga menimbulkan pelajar-pelajar yang dapat


membaca buku teks tetapi tidak dapat membaca serta
memahami bahan bacaan lain.ataupun menghasilkan
pelajar-pelajar yang boleh membaca tetapi dapat
memahami dan bertutur dalam bahasa yang dipelajari.

Kaedah Kod Kognitif

- J. B . Carroll berpendapat kaedah kod kognitif merupakan


pembaharuan dan pengubahsuaian terhadap kaedah nahu
terjemahan.

- Chomsky berpendapat bahawa bahasa merupakan sitem rumus-


rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk
linguistic.Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak
dan bersifat sejadi dan sejagat.Seorang kanak-kanak telah
dianugerahkan keceekapan semula jadi rumus-rumus bahasa
ibuandanya dalam jangka masa yang singkat.

- Pada umumnyaDiller ( 1971 ) berpendapat bahawa kaedah ini


mempunyai andaian berikut terhadap bahasa :
- Merupakan satu tingkah laku yang ditetapkan dengan peraturan-
peraturan.
– Boleh digunakan untuk berfikir.
– Peraturan-peraturan tatabahasa nyata dari segi psikologi.
– Manusia mempunyai kecekapan untuk berbahasa.


 Di samping itu kaedah ini pula mempunyai andaian
berikut terhadap pembelajaran bahasa ( khusus
bahasa kedua ):
– Merupakan proses menguasai pola-pola fonologi,
tatabahasa dan leksikal sesuatu bahasa kedua
secara sedar.
– Dapat dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis
sama seperti pembelajaran ilmu pengetahuan .
– Mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap
struktur bahasa daripada kebolehan mereka
menggunakan bahasa dalam situasi yang bermakna.
– Setelah pelajar dapat menguasai struktur bahasa
pada taraf kognitif yang tertentu, maka kebolehan
untuk menggunakan bahasa akan berkembang
secara automatic.

Kaedah Komunikatif

1) Kaedah ini berasaskan teori interaksi .


- Penganjur kaedah ini berpegang kepada
beberapa prinsip penajaran bahasa
pertama, pengajaran bahasa mestilah
berpandukan proses perolehan bahasa
kanak-kanak.
- Oleh sebab proses pemerolehan bahasa
kanak –kanak melibatkan proses kognitif
dan proses interaksi bahasa,maka
pengajaran bahasa mestilah merangkumi
kecekapan bahasa ( tatabahasa) serta
kecekapan komunikatif ( ketepatan
penggunaan bahasa mengikut konteks
penggunaan )

 2) Struktur bahasa dapat dikuasai oleh pelajar-
pelajar dengan cara yang lebih berkesan
sekiranya mereka memberi perhatian terhadap
makna.
 - Andaian ini juga berasaskan proses
pemerolehan bahasa kanak-kanak,kanak-kanak
menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian
baharulah mereka dapat menggambarkan makna
tersebut dalam struktur ayat yang tertentu.
 - Oleh itu pengajaran bahasa pelajar
mestilah menglibatkan aktiviti penyelesaian
masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran,
wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat
berlatih menggunakan struktur bahasa yang
diajar.

 3) Pengajaran bahasa melalui kaedah ini
mementingkan huraian unsure-unsur
bahasa dalam teks dan wacana .
 4) Pengajaran bahasa tidak boleh tertumpu
semata-mata kepada aktiviti latih amal
atau latih tubi unsure-unsur bahasa tetapi
pengajaran perlu memasukkkan aktiviti-
aktiviti penggunaan unsure-unsur
tatabahasa yang dilatih tubi.

 5) Kesilapan bahasa selalunya bukanlah
kesalahan bahasa, dalam proses pemerolehan
bahasa kanak-kanak, kesilapan merupakan satu
ciri yang lumrah.
 - Keadaan ini berlaku dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang memberi
peluang kepada pelajar-pelajar untuk cuba
menggunakan bahasa dalam situasi-situasi
tertentu.
 - Tegasnya kaedah ini bukan sahaja
bertujuan untuk membolehkan pelajar
menguasai kecekapan bahasa , tetapi kaedah ini
juga bertujuan untuk membolehkan pelajar
menguasai kecekapan menggunakan unsure-
unsur yang dipelajari dalam berbagai konteks.

 6) Aktiviti komunikasi merupakan teras kaedah
ini, dalam aktiviti ini ,pelajar diberi peluang
untuk melibatkan diri secara aktif dalam
melaksanakan tugas yang dirancangkan oleh
guru.
 - Tiap-tiap tugas yang dirancangkan ini
memerlukan pellajar-pelajar memilih dan
menggunakan unsure-unsur bahasa yang
telah dilatih dalam praaktiviti untuk
berinteraksi dalam kontkes social yang diberi.

 7) Beberapa teknik pengajaran perlu digunakan
untuk memastikan yang pelajar-pelajar dapat
menguasai struktur tersebut dan konteks
pewujudannya.
 - Teknik-teknik soal jawab dan latih tubi
digunakan bagi melatih pelajar-pelajar
menguasai unsure-unsur bahasa dalam
praakktiviti.

 8) Kaedah ini didapati mempunyai beberapa kejayaan
dan kelemahan bagi Bahasa Melayu di sekolah
menengah.
 - Antara kejayaannya ialah bahasa ( tatabahasa)
tidak dipelajari secara abstrak tetapi sebagai alat
berkomunikasi.
 - Guru dapat menggabungjalinkan pelbagai
kemahiran bahasa dalam satu aktiviti pengajaran.
 - Pengajaran bahasa lebih berpusatkan murid
daripada guru.
 - Murid yang diajar mellalui kaedah ini berminat
untuk belajar.
 - Walau bagaimanapun , guru yang
menggunakan kaedah ini berpendapat bahawa
kaedah ini tidak bergantung semata-mata kepada
buku teks sebagai bahan pengajaran.

KAEDAH PSIKOLOGI
 Ada perkaitan dengan kaedah terus. Ia
berdasarkan penggambaran fikiran
dan asosiasi idea.
 Mementingkan alat bantu mengajar
sebagai memudahkan pembelajaran.
 Tidak menghalang penggunaan bahasa
ibu malah ia boleh digunakan jika
perlu.
KAEDAH EKLEKTIK
 Adalahkaedah yang menggabungkan
segala ciri yang baik dalam pengajaran
bahasa yang terdapat dalam kaedah-
kaedah lain.
 Guru menggunakan daya usaha dan
daya kreatif kreatif mereka sendiri.
Mereka bebas mengajar mengikut
kebolehan dan kemampuan kanak-
kanak.
BANDING BEZA CIRI - CIRI STRATEGI , PENDEKATAN ,

KAEDAH DAN TEKNIK


STRATEGI PENDEKATAN KAEDAH TEKNIK
berdasarkan pertimbangan Bercorak abstrak Bersifat konkrit Lebih khusus atau
terhadap teori pembelajaran, spesifik
pendekatan kaedah dan teknik
mengajar

rancangan yang teratur untuk Satu pandangan , Cara mengajar Wujud dalam bentuk
mencapai matlamat atau pendirian , pegangan atau yang disusun dan aktiviti , strategi atau
kejayaan falsafah bagi melihat , dilaksanakan taktik , dan bahan atau
memahami dan mendekati untuk mengajar alat yang berkaitan .
sesuatu perkara kemahiran
bahasa

Strategi penggabungjalinan
 1. Pendekatan empirisis 1. Kaedah tubi 1. Teknik imlak
kemahiran-kemahiran bahasa, 2. Pendekatan rasionalis 2. Kaedah terus 2. Teknik kloz
misalnya pertuturan, membaca (mentalis) 3. Kaedah dengar dan sebut 3. Teknik bacaan nyaring
dan menulis. 3. Pendekatan komunikatif 4. Kaedah bersiri 4. Teknik bercerita
5. Kaedah terjemahan 5. Teknik Drama
2. Strategi penyerapan nilai- 6. Kaedah tentera 6. Teknik korus
nilai murni dalam pengajaran 7. Teknik dialog
sesuatu mata pelajaran.

3. Strategi integrasi fakta-fakta


dalam berbagai-bagai mata
pelajaran.