Sie sind auf Seite 1von 28

SCE 3106

BERFIKIR DAN BEKERJA SECARA SAINTIFIK

TAJUK TUGASAN INDIVIDU:


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN PROSES SAINS
( MEMERHATI )

NAMA

SHUHAINA BINTI MOHD TAIB (731105-07-5332)

KUMP

MT 1/PPG/JUN 2011

PENSYARAH

TUAN HJ.ZAKARIA BIN MOHAMED NOR

TARIKH HANTAR

: 05 APRIL 2014

Isikandungan

Mukasurat

Pendahuluan.......................................................................................................... 2
1.

Kemahiran Memerhati..................................................................................... 3

2.

Rancangan Pengajaran Harian Sains...............................................................7

3.

Laporan perlaksanaan kemahiran memerhati...............................................10

4.

Lampiran Bergambar..................................................................................... 16

5.

Refleksi Individu SCE 3106...........................................................................22

6.

Rujukan......................................................................................................... 26

Pendahuluan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya jua, dapatlah
saya

menyempurnakan

tugasan

individu

iaitu

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN KEMAHIRAN PROSES SAINS. Untuk menyempurnakan tugasan


ini saya telah memilih kemahiran memerhati. Saya memilih kemahiran ini kerana ia
menjadi asas kepada murid yang melibatkan lima deria

iaitu deria penglihatan,

pendengaran, bau, rasa dan sentuhan. Untuk menjayakan tugasan ini saya telah
memilih murid Tahun 3. Saya juga menyediakan aktiviti menarik agar objektif dapat
dicapai memandangkan tugasan ini di luar bidang perguruan saya. Walau
bagaimanapun tugasan ini telah berjaya dilaksanakan walaupun terdapat kekangan
masa menguruskan aktiviti seharian di sekolah. Saya

ingin merakamkan jutaan

terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya yang telah memberi dorongan dan
perangsang kepada saya dalam menyelesaikan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada
pensyarah Tuan Hj. Zakaria bin Mohamed Nor yang telah membimbing saya dalam
usaha menyiapkan tugasan ini.Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga saya
ucapkan kepada pihak perpustakaan IPGM Kampus Batu Pahat

kerana telah

memberi ruang yang amat selesa untuk saya mencari bahan-bahan berkaitan.Tidak
lupa juga kepada rakan rakan PPG MT 1 yang membimbing serta memberi
suntikan semangat tanpa jemu untuk saya terus berusaha dalam bidang pendidikan.
Semoga tugasan ini memberi satu manfaat kepada saya membuat rujukan. Segala
kekurangan di dalam tugasan ini saya dipohon kemaafan. Yang baik itu datangnya
dari Allah dan segala kelemahan yang ada itu datangnya dari pihak saya sendiri.

Sekian terima kasih

1. Kemahiran Memerhati

Kemahiran memerhati adalah asas kemahiran proses sains yang melibatkan


semua lima deria bersama untuk mencirikan objek-objek, mengenalpasti
perubahan, perubahan, persamaan dan perbezaan bagi memahami dunia
sekeliling kita. Memerhati juga boleh melibatkan proses mengumpul maklumat
berkaitan objek atau fenomena. Memerhati menggunakan deria, penglihatan,
pendengaran, sentuhan rasa atau bau. Hasil pemerhatian ini menjadi fakta sains
yang akan digunakan untuk melakukan proses sains asas yang lain.
Memerhati dalam sains, memerlukan murid-murid memberi perhatian secara
menghalusi. Memandang, melihat dan memerhati hendaklah difahami dengan
jelas. Dari istilah sains, memandang dan melihat dianggap sebagai pendekatan
pasif manakala memerhati ialah pendekatan aktif.
Pemerhatian terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pemerhatian kualitatif,
pemerhatian kuantitatif dan pemerhatian perubahan. Pemerhatian kualitatif
melibatkan deria sahaja. Pemerhatian berdasarkan ciri-ciridan sifat-sifat objek
atau fenomena seperti warna, tekstur, bau, bentuk, berat, isipadu atau suhu.
Contoh pemerhatian kualitatif ialah proses membeli sebiji buah durian. Organ
deria penglihatan, mata digunakan untuk melihat bentuk dan warna buah durian.
Bentuknya yang hampir bulat dan berduri. Kemudian deria bau terlibat secara
tidak langsung untuk mengetahui sama ada buah durian masak atau tidak. Ada
kalanya kita mencuba rasa menggunakan lidah untuk memastikan sama ada
buah durian itu sedap atau tidak. Ada juga di kalangan pembeli,menggoncang
dan mendengar bunyi untuk menguji isi yang terkandung di dalamnya.

Pemerhatian kuantitatif melibatkan pengumpulan maklumat yang lebih tepat


dengan menggunakan instrument untuk mengukur. Sebagai contoh,jika pembeli
ingin tahu berat durian tersebut maka buah durian itu perlu ditimbang
menggunakan alat penimbang. Bacaan penimbang dibaca dengan memerhati
nombor yang ditunjukkan oleh jarum penimbang,seperti 15kg.

Pemerhatian perubahan bermaksud perubahan yang berlaku khasnya


fenomena yang mengalami perubahan fizikal atau kimia.Perubahan ini boleh
diperhatikan secara kualitatif dan kuantitatif.
Contohnya perubahan warna kertas litmus apabila dicelup ke dalam air
limau.Perubahan kertas litmus biru ke merah.

Perubahan kertas litmus ini kemudiannya dibaca skalanya untuk menentukan


keasidannya.Skala penentuan yang menunjukkan kehadiran asid dan alkali
4

dalam sesuatu larutan. Langkah-langkah keasidan atau kealkalian bahan larut


air ( pH adalah singkatan bagi 'potensi Hidrogen ). Nilai pH adalah nombor 1 14, dengan 7 sebagai titik tengah ( neutra l ). Nilai-nilai kurang daripada 7
menunjukkan keasidan yang meningkat sebagai nombor berkurangan, 1 yang
paling berasid. Nilai-nilai di atas 7 menunjukkan kealkalian yang meningkat
sebagai

peningkatan

bilangan,

14

yang

paling

alkali.

Skala

ini,

bagaimanapun, tidak skala linear seperti skala sentimeter atau inci ( di mana
dua nilai bersebelahan mempunyai perbezaan yang sama ). Ia adalah skala
logaritma di mana dua nilai bersebelahan menambah atau mengurangkan
oleh faktor 10. Sebagai contoh, pH 3 adalah sepuluh kali lebih berasid
daripada pH 4, dan 100 kali lebih berasid daripada pH 5. Begitu juga, pH 9
adalah 10 kali lebih alkali daripada pH 8, dan 100 lebih beralkali daripada pH
7.
Petunjuk memerhati
1. Menggunakan deria rasa, penglihatan, bau, pendengaran dan sentuhan.
2. Mengenalpasti ciri dan kualiti sesuatu konsep.
3. Mengenal pasti ciri-ciri yang ganjil atau yang mempunyai kelainan.
4. Memperihalkan perbezaan dan persamaan.
5. Memperihalkan perubahan yang berlaku.
6. Mengena lpasti tertiban kejadian yang berlaku.
7. Menggunakan alat bagimembantu deria untuk membuat kajian secara
terperinci.
Secara keseluruhannya,dapatlah dikatakan bahawa keupayaan membuat
pemerhatian yang baik penting bagi murid-murid sekolah rendah untuk
memperkembangkan kemahiran proses sains yang lain, berkomunikasi,
mengkelas, mengukur, membuat inferens dan meramal.
Panduan guru membimbing murid-murid melaksanakan kemahiran proses
memerhati:
1. Guru membimbing murid focus kepada objek atau peristiwa yang
sedang dikaji dan dikenalpasti ciri-cirinya.

2. Guru memberi peluang murid menyatakan pemerhatian kualitatif awal.


Kemudian barulah meminta murid memberi huraian dengan menyoal
atau memberi alatan yang boleh membantu mereka menjalankan
pemerhatian kuantitatif.
3. Guru membimbing murid membuat pemerhatian perubahan dengan
mengambilkira sebelum, semasa dan selepas kejadian berlaku.
4. Guru menggalakkan murid menggunakan rujukan kepada benda yang
telah menjadi biasa kepada semua orang untuk menjelaskan sesuatu
pemerhatian. Contohnya bagi menerangkan warna biru dengan
merujuk langit biru,warna merah dengan merujuk lada dan hijau
merujuk warna rumput.
5. Guru membantu murid membuat perbandingan sifat dengan rujukan
unit. Sesuatu kenyataan ukuran mengandungi dua bahagian iaitu
nombor

menerangkan

berapa

bilangan

dan

memberitahu berapa banyak kandungan isinya.

nama

unit

pula

2. Rancangan Pengajaran Harian Sains

Bidang

Pengenalan kepada Sains

Tajuk

Kemahiran Saintifik

Tahun

Bilangan murid

25 orang

Tarikh

19/3/2014 ( Rabu)

Masa

11.15- 11.45 pagi

Standard Kandungan

Murid dibimbing untuk


1.1 Memahami kemahiran proses sains

Standard Pembelajaran

Murid berupaya untuk


1.1,1 Memerhati sifat-sifat bahan yang
ditunjukkan guru
2.2.2 Memerihal persamaan dan perbezaan
bahan

Objektif

Murid-murid dapat menyatakan 5 deria yang

Diigunakan.

Bagi proses memerhati.


CADANGAN
FASA

CADANGAN AKTIVITI

KOMUNIKASI

1.Orientasi

1. Murid-murid ditunjukkan 2 helai

1. Apakah yang kamu

Pemerhatian

baju, A dan B.
2. Murid-murid melihat sambil

nyatakan tentang baju


A dan B?

memegang kedua-dua baju


tersebut?

( 2 minit )

Contoh jawapan murid:


-Baju A besar, Baju B
kecil.

-Baju A dan

B warnanya sama.
2.Pencetusan

1. Murid murid dibahagikan

idea

kepada 5 kumpulan.
2. Setiap kumpulan berbincang
3. Ketuakumpulan mencatat
kan maklumat

dan

ramalan awal
( 8 minit )

1.Kamu dikehendaki
mengumpul beberapa
maklumat berkaitan
beg A dan beg B.
2.Kamu boleh
berbincang di dalam
kumpulan dan catatkan
pada kertas yang
disediakan.

3.Penstruktura

1. Murid murid menyenaraikan

n semula idea

ciri-ciri beg A dan beg B.


2. Ketua kumpulan membaca

( 10 minit )

hasil perbincangan mereka.


3. Guru menyenaraikan maklumat

1.Apa yang dapat kamu


nyatakan tentang beg
A dan beg B?
2. Apa yang sama?
3.Apa yang berbeza?

yang dibaca.

4.Adakah kemahiran
memerhati
menggunakan deria
penglihatan sahaja?
4.Aplikasi

1.Murid-murid diberikan tugas


9

1. Pilih pasangan kamu.

( 8 minit )

secara berpasangan .

2.
3.
4.
5.

2.Murid-murid diberi peluang


memilih 2 benda di dalam
kelas .

persamaan dan

3.Kemudian mencatatkannya di
dalam kad tugasan yang
4.Murid dapat menyatakan
persamaan dan perbezaan
bahan yang dipilih
B3 DS1 E1
Refleksi :

Wakil kumpulan membentangkan


hasil dapatan mereka.

( 2 minit )
Guru

menerangkan

konsep

pelajaran pada hari itu iaitu 5 deria


terlibat

semasa

menjalankan

kemahiran proses memerhati iaitu


deria penglihatan, deria sentuhan,
deria

bau,

deria

rasa

dan

kebersihan

dan

pendengaran

Nilai dan Sikap

Bekerjasama,
kreatif

10

perbezaan 2 objek
tersebut.

disediakan.
Pentaksiran

Ambil kad tugasan.


Pilih 2 objek.
Lukis 2 objek itu.
Senaraikan

3. Laporan perlaksanaan kemahiran memerhati

Semua guru perlu merancang pengajaran masing-masing untuk memastikan


keberkesanan

pengajaran

dan

pembelajaran,

demi

meningkatkan

pencapaian murid-murid,di samping mengurangkan kekurangan dalam proses


pengajaran dan pembelajaran.
Untuk membuat rancangan pengajaran harian (RPH) guru perlu melaksanakan
beberapa perkara di bawah :
Meneliti dan mentafsir sukatan pelajaran
Membuat skema rancangan kerja untuk tahunan
Menyediakan persediaan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian yang disediakan dengan berkesan, teliti dan
lengkap merupakan kunci kejayaan kepada guru. Melalui persediaan mengajar
yang lengkap dan sistematik telah membantu saya mencapai objektif pelajaran.
Semasa menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH)saya telah memilih
bidang pengenalan kepada sains dan
kandungannya

ialah

memahami

tajuk kemahiran saintifik. Standard

proses

sains

manakala

standard

pembelajarannya ialah murid berupaya untuk memerhati sifat-sifat bahan yang


ditunjukkan oleh guru dan memerihal persamaan dan perbezaan bahan.
Objektifnya pula ialah murid boleh menyatakan lima deria yang digunakan
semasa proses memerhati.
Dalam pengajaran ini saya telah memilih kelas tahun 3 dan masa yang
diperuntukkan selama 30 minit sahaja. RPH saya ini mengandungi 5 fasa iaitu
orientasi,pencetusan idea,penstrukturan semula idea,aplikasi dan refleksi. Saya
menggunakan strategi induktif dan pemusatan murid.Kaedah yang saya telah
gunakan ialah soal jawab,penerangan dan perbincangan.

11

Untuk fasa orientasi (Fasa 1),saya menggunakan dua helai baju berwarna oren bagi
merangsang dan menimbulkan minat murid terhadap pelajaran.Kedua-dua baju ini
dilabelkan A dan B. Semasa menjalani aktiviti ini murid-murid berminat dan
mengambil peluang untuk memegang baju yang ditunjukkan.Mereka juga berani
untuk melibatkan diri menjawab soalan yang dikemukakan.

FASA

CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN
KOMUNIKASI

1. Orientasi
Pemerhatian
(2 minit )

1.Murid-murid ditunjukkan 2 helai

1.Apakah yang kamu

baju, A dan B.

nyatakan tentang baju

2.Murid-murid melihat sambil

A dan B?

memegang

kedua-dua

tersebut?

baju

Contoh jawapan murid:


-Baju A besar, Baju B
kecil.
-Baju A dan B warnanya
sama.

12

Fasa kedua ialah pencetusan idea. Murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan.
Bagi menjalankan aktiviti ini,saya memilih untuk menggunakan bahan yang murid
biasa gunakan iaitu beg sekolah yang sama saiz. Ianya untuk mengaitkan dunia
persekitaran mereka dengan sains. Murid-murid bebas untuk mencari maklumat
berkaitan beg tersebut.. Aktiviti ini berpusatkan bahan dan murid. Hasil perbincangan
murid dicatat.

FASA

CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN
KOMUNIKASI

2. Pencetusan idea

1. Murid murid dibahagikan

dan ramalan awal

kepada 5 kumpulan.
2. Setiap kumpulan berbincang.
3. Ketua kumpulan mencatatkan

( 8 minit )

1.Kamu dikehendaki
mengumpul beberapa
maklumat berkaitan
beg A dan beg B

maklumat

2.Kamu boleh
berbincang di dalam
kumpulan dan
catatkan pada kertas
yang disediakan.

13

Fasa yang ketiga ialah penstukturan semula idea dengan kaedah sumbang saran.
Saya menggunakan kemahiran menyoal bagi mendapatkan keputusan persamaan
dan perbezaan

beg A dan beg B. Penstrukturan semula banyak melibatkan

kemahiran menyoal . Ini merupakan salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran
yang efektif di dalam bilik darjah untukmenggalakkan interaksi antara guru dan
murid,murid dengan murid. Penyoalan dapat merangsang murid berfikir secara kritis
dan analitis dan mendapat maklum balas yang tepat. Tambahan pula,penyoalan
dapatmengeratkan hubungan antara guru dengan murid dan menyatukan ahli-ahli
kumpulan lain.

FASA
4. Penstrukturan
semula idea

CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN KOMUNIKASI

1. Murid-murid menyenaraikan

1. Apa yang dapat kamu

ciri-ciri beg A dan beg B


2. Ketua kumpulan membaca

( 10 minit )

hasil perbincangan mereka.


5. Guru menyenaraikan
maklumat yang dibaca.

nyatakan tentang beg A


dan beg B?
2. Apa yang sama?
3. Apa yang berbeza?
4. Adakah kemahiran
memerhati
menggunakan deria
penglihatan sahaja?

14

Fasa keempat ialah fasa aplikasi. Murid

melakukan

aktiviti berpasangan

menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi di dalam kelas. Saya meminta


murid memilih dua objek di sekeliling mereka. Kemudian objek itu dilukis dan
menyatakan persamaan dan perbezaan kedua-dua objek itu. Objek tersebut
beg,bekas pensel,buku dan botol air.

FASA

CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN KOMUNIKASI

4. Aplikasi

1. Murid-murid diberikan tugas

1.
2.
3.
4.
5.

secara berpasangan .
( 8 minit )

2.Murid-murid diberi peluang


memilih 2 benda di dalam kelas

Pilih pasangan kamu.


Ambil kad tugasan.
Pilih 2 objek.
Lukis 2 objek itu.
Senaraikan persamaan
dan perbezaan 2 objek

.
3. Kemudian mencatatkannya di

tersebut.

dalam kad tugasan yang


disediakan.
4. Murid dapat menyatakan
persamaan dan perbezaan
bahan yang dipilih
Pentaksiran
B3 DS1 E1

Penilaian dan pentaksiran sesi pembelajaran amatlah penting,ia bertujuan untuk


guru menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang . Melalui
penilaian guru boleh menilai pencapaian objektif pada hari itu juga. Penilaian saya
kepada murid-murid sebenarnya bermula dari awal pengajaransaya sehinggalah
selesai pengajaran saya pada hari tersebut. Penilaian tersebut dari segi pemerhatian
dan bahan bertulis.

15

Fasa yang kelima ialah refleksi . Pada fasa ini murid mengaplikasi pengetahuan baru
dan mengingati kembali proses pembelajaran mereka pada hari tersebut. Hasil kerja
murid dibacakan oleh murid sendiri dan guru membimbing murid membuat rumusan
pembelajaran.

FASA

CADANGAN AKTIVITI

Refleksi :

Wakil

CADANGAN KOMUNIKASI
kumpulan

membentangkan hasil dapatan


( 2 minit )

mereka.
Guru menerangkan konsep
pelajaran pada hari itu iaitu 5
deria terlibat semasa
menjalankan kemahiran proses
memerhati iaitu deria
penglihatan, deria sentuhan,
deria bau, deria rasa dan
pendengaran

16

4. Lampiran Bergambar

Baju yang berlabel A dan B

Murid-murid mendengar arahan awal guru

17

Guru menunjukkan baju A dan baju B

Beg A dan Beg B

Murid-murid melihat dan memegang baju

Aktiviti mengumpul maklumat beg A

18

Murid-murid berbincang tentang beg

Berkomunikasi dan berkongsi idea

berkaitan beg B

Aktiviti menyenaraikan ciri-ciri beg

Hasil perbincangan ditulis di papan hitam

19

Guru membimbing murid menulis

persamaan dan perbezaan bagi beg A dan beg B

20

Guru memberi arahan dan kad tugasan

Contoh kad tugasan berpasangan

21

Murid bersama rakan membuat aktiviti

Hasil tugasan

22

5. Refleksi Individu SCE 3106


Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin Allah saya dapat menyiapkan tugasan
ini walaupun dibatasi waktu yang sangat terhad. Pada semester 6 ini banyak
perkara baru yang diperolehi dan dipelajari.
Sebaik sahaja mendapat tugasan daripada pensyarah, saya telah membuat
pelan tindakan bagi memudahkan urusan mencari bahan kerana saya terpaksa
membahagikan masa sebagai seorang guru perpustakaan yang sibuk di sekolah
dan juga seorang ibu yang mempunyai tiga orang anak calon SPM, PMR dan
UPSR. Namun begitu saya telah merangka perancangan bersama rakan saya,
Puan Hajah Noraini binti Saudi. Pelan tindakan itu bermula pada 15 Februari
hingga 4 April 2014. Pada semester ini tugas saya semakin mencabar dan sukar.
Kami mendapat dua tugasan iaitu tugasan berkumpulan dan tugasan individu.
Bagi tugasan berkumpulan kami memilih alatan sains iaitu mikroskop.kami
memilih mikroskop kerana alat itu mempunyai fungsi yang sangat besar terhadap
perkembangan sains dan teknologi dunia. Bermula dengan sejarah penciptaan
mikroskop, jenis-jenisnya, cara menggunakan dan cara menyimpan. Bagi
tugasan kedua pula saya memilih kemahiran proses sains memerhati sebagai
tajuk tugasan.
Sebelum melaksanakan tugasan kami berdua mencari bahan yang berkaitan
dengan tugasan secara individu kemudiannya kami mengadakan perbincangan
bersama di Perpustakaan Desa Sungai Balang pada cuti sekolah yang lepas.
Bagi menjimatkan masa kami telah berbincang terlebih dahulu melalui telefon.
Pada hari berikutnya kami mengadakan perbincangan lagi di tempat yang sama
selama 5 jam. Perbincangan bukan setakat di situ sahaja , sebaliknya kami tetap
berbincang sehingga tugasan selesai.
Bagi tugasan kedua pula, saya terlebih dahulu berjumpa dengan guru sains di
sekolah saya iaitu Encik Mohd Hakim bin Mat Daud bagi mendapatkan Dokumen
Standard Pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3. Selepas itu saya
23

membina rancangan pengajaran harian (RPH) dan meminta Puan Hafidawati


Harun iaitu Jurulatih Utama Sains di sekolah saya untuk menyemak RPH itu.
Setelah RPH disemak saya menulis semula dan merujuk beliau semula. Selepas
itu RPH itu saya gunakan untuk pengajaran sains saya pada 20 Mac 2014.

Semasa menyiapkan kedua-dua tugasan ini saya mendapati bahawa sains itu
menggalakkan manusia berfikir tentang alam. Alam ciptaan Allah. Kebetulan pula
pada ketika ini,kita masih dihujani dengan persoalan berkaitan pesawat MH370.
Maka ini menguatkan lagi minat saya untuk membaca bahan berkaitan sains. Sains
membawa kepada ciptaan teknologi baru seperti mikroskop. Mikroskop pula dicipta
24

bagi memudahkan manusia mengkaji biologi. Mikroskop memudahkan manusia


melihat objek yang lebih kecil untuk dikaji dan diuji.Hasil kajian itu maka muncul
teknologi makanan dan perubatan yang membantu penduduk sedunia. Inilah faedah
bidang sains yang perlu ditekankan kepada murid-murid saya.
Semasa membuat tugasan kedua saya mendapati bahawa untuk menjadi seorang
guru Sains yang baik mereka perlu banyak membaca,mengkaji dan kreatif
mempelbagaikan aktiviti di dalam kelas.. Guru Sains banyak bermain dengan
bahasa dan istilah di dalam kelas. Semasa pengajaran saya,saya terpaksa
menghafal istilah-istilah sains seperti menyatakan, mengelaskan dan hipotesis.
Sesi pengajaran saya melibatkan 25 orang murid yang sangat aktif. Contohnya
semasa sesi orientasi baju oren yang saya bawa itu Berjaya menarik perhatian
murid dan pada waktu itu saya gagal mengawal kelas. Ini kerana sebahagian
daripada mereka tidak menumpukan kepada arahan saya sebaliknya tumpuan
mereka kepada baju yang dibawa itu. Selepas itu barulah saya menyedari bahawa
arahan mestilah jelas bagi mengawal kelas. Saya juga mendapati bahawa walaupun
sudah 17 tahun mengajar tetapi ada lagi strategi dan teknik yang belum sempat
dipraktikkan di dalam kelas.
Hasil daripada tugasan ini ialah saya dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan
pengajaran saya. Selain itu saya menyedari bahawa sains banyak melibatkan
kemahiran komunikasi di dalam kelas. Guru perlu bijak mengajukan soalan supaya
dapat mencetuskan idea murid terhadap isi pelajaran. Saya amat mencemburui
guru sains kerana setiap hari kehadiran mereka dinantikan oleh murid. Murid-murid
lebih berminat dengan sains kerana melibatkan aktiviti berkumpulan dan
eksperimen. Alangkah indahnya jika saya juga menjadi popular seperti itu.
Rumusannya semua guru mempunyai peranan masing-masing bagi menyampaikan
isi pelajaran mereka pada setiap hari. Pengajaran yang berkesan banyak di sokong
dengan penyediaan alat atau radas. Jika guru tidak menggunakan radas,aktiviti

25

boleh juga dilakukan di dalam kelas disertai aktiviti-aktiviti yang menarik.

26

6. Rujukan

Mohamed Roslan Bin Ghazali (2012).Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 3 ,Kuala
Lumpur:Dewan Bahsa dan Pustaka.
Rosemaliza

bt

Muhd

Kamalluden(2013).Dunia

Sains

Dan

Teknologi.Kuala

Lumpur:Oxford Fajar Sdn Bhd


Mok Soon Sang. (1995). Asas Pendidikan 3 Penilaian dalam Proses Pendidikan.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

27

Das könnte Ihnen auch gefallen