Sie sind auf Seite 1von 14

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)

IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

MEMBACA ALAT PENGUKURAN BERAT MELALUI


TEKNIK TIMBANG PECAHAN (TP)
OLEH
MOHAMAD ZAIDI BIN ISMAIL
Penyelia
CIK ERNIE KHO SIAW NEE
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu murid Tahun enam menguasai kemahiran membaca
alat penimbang berat dengan betul dan tepat melalui kaedah menukar gambar rajah alat penimbang berat
menjadi pecahan yang mudah iaitu dinamakan TIMBANG PECAHAN (TP). Kajian ini telah dilaksanakan
di sebuah sekolah bandar di kawasan Bintulu. Empat responden dipilih kerana tidak dapat membaca alat
penimbang berat dengan tepat terutamanya yang melibatkan penimbang berat yang mempunyai senggatan
4, 5 dan 8. Data kajian ini telah dikumpulkan menggunakan lembaran kerja yang khusus, pemerhatian dan
temu bual. Data yang diperoleh melalui lembaran kerja dan ujian topikal dibandingkan dan dianalisis.
Hasil analisis data telah menentukan secara eksplisit keberkesanan Teknik Timbang Pecahan dalam
meningkatkan penguasaan murid-murid dalam membaca alat penimbang dengan tepat.

ABSTRACT
This action research was undertaken to help four respondents who were selected from students in year six
to master of reading skills weight scales correctly by changing the method of weighing scales weight
diagram into a simple fraction named WEIGHTS OF FRACTION (WF). The respondents was conducted
at an urban school in Bintulu. The four respondents were selected because they have a problem read the
weighing scale with the right methods, particularly those involving heavy scales have graduations 4, 5 and
8. Data for this study were collected using a special worksheet, observations and interviews. Data obtained
through worksheets and tests topical compared and analyzed. The results of the data analysis was to
determine the effectiveness of the technique explicitly Weights breakdown in improving pupils' mastery in
reading scales with proper weight.

PENDAHALUAN
Takrif, persetujuan dan kegunaan unit ukuran telah memainkan peranan yang
utama dalam usaha manusia sejak dari awal-awal lagi sehingga hari ini. Sistem-sistem
ukuran yang berbeza sama sekali amat biasa pada suatu ketika, tetapi kini terdapat satu
piawai sejagat, iaitu Sistem Unit Antarabangsa (SI), yang merupakan bentuk sistem
metrik yang moden dan telah atau sedang diiterima guna di seluruh dunia. Amerika
Syarikat hampir pasti menjadi negara yang terakhir untuk mengguna pakai sistem ini
secara rasmi, walaupun mereka mempunyai sistem metrik tersendiri.
Berlandaskan falsafah pendidikan negara, matlamat utama yang dititikberatkan
adalah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi rakyat yang
dapat menyumbang kepada negara. Pendidikan bermatlamat untuk membangunkan
seseorang insan dalam semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang agar
dapat melahirkan individu yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti.

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)


IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

Secara keseluruhannya, kajian ini telah diinspirasikan untuk memenuhi


sebahagian daripada perkara yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara, iaitu
tentang perkembangan individu yang menerima pendidikan secara menyeluruh. Individu
yang mengalami perkembangan yang menyeluruh sudah tentu akan sentiasa
mengamalkan nilai-nilai dan etika yang baik dalam hidup bermasyarakat.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengkaji telah berkhidmat di 3 buah sekolah sepanjang 9 tahun perkhidmatan
sebagai guru matematik bagi tahap dua. Sepanjang tempoh tersebut pengkaji dapati
bahawa hampir separuh daripada murid tidak dapat membaca alat penimbang berat
dengan tepat. Sepanjang pengamatan pengkaji telah mendapati bahawa murid tidak
dapat membaca alat penimbang berat dengan betul dan tepat. Masalah yang ketara
timbul terutamanya melibatkan penimbang yang mempunyai 4, 5, dan 8 senggatan.
Walaupun guru sudah memberikan carta hafalan mudah dalam menentukan ukuran berat
melalui penimbang namun murid masih juga memberikan jawapan secara sebarangan.
Masalah pembelajaran utama yang dapat dikesan ialah murid lemah dalam
mengenal membaca nilai sebenar satu pengukuran menggunakan penimbang yang
mempunyai 4, 5 dan 8 senggatan. Walaupun guru matematik memberikan satu carta
hafalan mudah bagi membaca alat pengukuran penimbang namun masih ramai juga
murid tidak menghafalkannya dengan mudah, lupa atau tersalah tafsir nilai pengukuran.
Murid tidak dapat mengaitkan nilai ukuran yang betul dengan nilai yang ringkas ataupun
nilai yang sebarangan. Sebagai contohnya, jika penimbang mempunyai 4 senggatan dan
ukuran menunjukkan kedudukan yang ketiga dalam julat tersebut, pengkaji mendapati
ramai murid meletakkan jawapan sebagai perpuluhan 3.
Oleh yang demikian, pengkaji telah membuat satu kajian tindakan bagi
mengatasi masalah dalam membaca alat penimbang berat dengan tepat dan betul
melalaui kaedah mentafsir gambarajah penimbang berat menjadi pecahan. Pengkaji
berharap dengan izin Tuhan kaedah yang akan pengkaji dedahkan ini dapat membantu
murid dalam membaca alat pengukuran penimbang berat dengan tepat dan betul.

Rajah 1a : Kesilapan 5
senggatan.
FOKUS KAJIAN

Rajah 1b : Kesilapan 4
senggatan.

Rajah 1c : Kesilapan 8
senggatan.

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)


IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

Kajian ini memfokuskan kepada masalah murid-murid Tahun 6 dalam kemahiran


membaca alat penimbang dengan betul dan tepat dan penukaran pecahan kepada
perpuluhan. Kajian ini adalah untuk mengaplikasikan penggunaan Teknik Timbang
Pecahan (TP) dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan menilai keberkesanan
penggunaan gambarajah alat penimbang menjadi pecahan kemudian pecahan yang telah
ditafsir melalui gambar rajah penimbang berat ditukarkan kepada nombor perpuluhan
untuk mendapatkan nilai berat yang betul dan tepat dalam pengiraan matematik
menukarkan pecahan kepada perpuluhan. Selain itu, kajian ini juga memfokus untuk
menukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan dengan menggunakan operasi asas
bahagi dalam bentuk lazim yang biasa digunakan.
Kajian ini hanya menggunakan teknik analisis dokumen dan temu bual iaitu
latihan dan ujian topikal serta temu bual secara lisan. Analisis Kesilapan Newman
(1977) dalam pengumpulan data. Kajian ini juga tidak mengambil kira latar belakang
murid dan hanya dijalankan di salah sebuah sekolah sahaja dan melibatkan 4 responden.
Oleh yang demikian, pengkaji menyarankan penggunaan menconteng senggatan pada
gambar rajah penimbang berat dalam meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran
tersebut. Di peringkat akhir nanti, penggunaan menconteng senggatan pada gambar rajah
penimbang berat tersebut diberhentikan dan latihan berterusan diberikan sebagai
peneguhan kepada murid.
OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
Objektif untuk Kajian ini ialah,
Dalam mencapai tujuan kajian, berikut merupakan objektif yang telah ditetapkan:
a) Membantu murid membaca pecahan pada alat pengukuran penimbang berat
dengan menggunakan teknik Timbang Pecahan.
b) Membantu murid menukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan yang
mempunyai penyebut (senggatan) 4, 5 dan 8 pada penimbang yang boleh
mengukur berat dalam alat penimbang kg dengan menggunakan teknik
Timbang Pecahan.
Persoalan untuk Kajian ini ialah,
Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut:
a. Adakah penggunaan pertukaran gambarajah penimbang menjadi pecahan
membantu murid membaca nilai ukuran pembaris yang mempunyai 4, 5 dan 8
senggatan?
b. Adakah murid dapat menukarkan pecahan yang mempunyai penyebut
(senggatan) 4, 5 dan 8 kepada nombor perpuluhan dengan menggunakan teknik
Timbang Pecahan?

KUMPULAN SASARAN

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)


IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah murid-murid Tahun 6 di sebuah
sekolah di Bandar Bintulu. Kajian ini melibatkan 4 orang murid, iaitu 3 orang murid
lelaki dan 1 orang murid perempuan. Kesemua responden yang terlibat dalam kajian ini
berumur 12 tahun. Profil sasaran kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual
4.1.
Berdasarkan ujian topikal bagi Topik Jisim, pencapaian responden-responden
kajian adalah dalam kategori sangat lemah dan gagal dalam ujian tersebut. respondenresponden yang dipilih dalam kajian ini merupakan antara murid yang gagal dalam ujian
PRA UPSR, terutamanya pada bahagian soalan melibatkan alat pengukuran. Melalui
maklumat daripada guru pemulihan, responden-responden ini merupakan murid yang
memang berada dalam kategori lemah dalam Tahun 6.
Jadual 4.1: Profil Sasaran Kajian
Sasaran
Jantina
Kaum
Pencapaian Ujian Topikal
(Lulus / Gagal)
P1
Lelaki
Melayu
Gagal
P2
Lelaki
Iban
Gagal
P3
Lelaki
Iban
Gagal
P4
Perempuan
Iban
Gagal

PROSUDER TINDAKAN
Bahagian ini membincangkan tindakan yang dilaksanakan dalam kajian ini.
Menurut Elliot dan Adelman (1976) kajian tindakan ialah satu pendekatan penyelidikan
yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme para penyelidik dengan cara
menyelidik situasi sosial di institusi dan tujuan kajian tindakan adalah untuk
memperbaiki kualiti amalan harian. Oleh itu, segala tindakan yang dijalankan untuk
melengkapkan kajian ini merupakan reka bentuk kajian tindakan.
Pengkaji menggunakan model Kurt Lewin (1946) sebagai panduan
melaksanakan kajian ini. Model Kurt Lewin melibatkan lima langkah utama, iaitu
mengenal pasti aspek amalan, merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan,
melihat kesan tindakan, dan membuat refleksi ke atas segala tindakan.

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)


IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

Rajah 5.1 : Model Kurt Lewin (1946)


Mengenalpasti aspek amalan
Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah mendapati bahawa
kebanyakkan murid mempunyai masalah untuk membaca alat penimbang dengan betul,
terutamanya alat penimbang yang mempunyai 4 dan 8 senggatan. Pengkaji
memerhatikan dan memeriksa buku kerja dan juga bertanya kepada murid mengenai
kesukaran mereka untuk menguasai kemahiran membaca alat penimbang
Merancang
Amalan pengajaran yang dipilih oleh pengkaji untuk menyelesaikan masalah ini
adalah teknik Timbang Pecahan dan ia digunakan untuk menolong responden mentafsir
gambarajah alat penimbang kepada pecahan. Pengkaji menyediakan satu lembaran kerja
diberikan kepada responden untuk diselesaikan dan hasil kerja mereka telah dianalisi.
Berdasarkan analisis itu, pengkaji telah memiliuh responden yang memenuhi keperluan
kajian tindakan dan pengkaji mengajar responden-responden mengenai penggunaan
teknik Timbang Pecahan untuk membantu responden membaca lat penimbang dengan
betul. Pengkaji juga menyediakan lembaran kerja kedua bagi perlaksanaan kitaran yang
kedua dan ianya mengandungi gambarajah alat penimbang untuk memudahkan
responden mempelajari kaedah tersebut.
Bertindak
Jadual 5.1 (a) : Langkah-langkah dalam teknik Timbang Pecahan (TP)
Gambar rajah
Langkah-langkah perlaksanaan
Langkah 1
Murid di minta untuk mengariskan satu garisan
melengkung daripada satu nombor bulat ke satu nombor
bulat seperti pada gambar rajah di sebelah. Grisan
0
berwarna merah mewakili penerangan di atas.
kg
3

0
kg
2

Langkah 2
Murid di minta untuk melorekkan senggatan yang telah di
lalui oleh jarum penimbang berat mengikut arah jam pada
garisan yang telah dilorekkan tadi.
1

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)


IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

0
kg

Langkah 3
Murid di minta untuk membacakan pecahan yang telah
terhasil daripada lorekkan pada langkah 2 tadi. Dengan
bantuan gambar rajah pecahan seperti di bawah murid
lebih mudah untuk membcakan nilai pecahan tersebut.
1

1
4

Langkah 4
Murid di tunjukkan cara penukaran pecahan kepada
nombor perpuluhan.
0.25
1
= 14 = 4 1.00
4

8
20
20

0
kg

Langkah 5
Murid di minta melihat semula gambar rajah penimbang
untuk mengenal pasti nombor apakah yang telah di lalui
oleh jarum penimbang. Oleh kerana nombor 1 sudah pun
dilalui oleh jarum penimbang maka 1 perlu ditambahkan
dengan nombor perpuluhan yang telah ditukarkan tadi.
1 + 0.25 = 1.25kg

0
kg

Langkah 6
Bagi memantapkan pengetahuan murid kaedah dan teknik
yang sama seperti pada langkah 1 hingga 5 di ulangi
semula untuk menentukan berat sebenar sesuatu objek
tetapi dengan menggunakan alat penimbang yang
mempunyai 5 dan 8 senggatan

Memerhati
Dalam langkah ini, pemerhatian terhadap perkembangan dan penguasaan teknik
Timbang Pecahan responden dilakukan melalui data daripada analisi kesemua lembaran
kerja dan ujian topikal. Data dikumpulkan dan analisis dilakukan dengan menggunakan
kaedah statistik deskriptif peratusan. Markah telah disbanding bezakan
untuk melihat kesan daripada kaedah yang diperkenalkan.
Mereflek
Data kajian dianalisis dan direkodkan. Refleksi tentang teknik Timbang Pecahan
yang dijalankan untuk membaca alat penimbang yang mempunyai 4, 5, dan 8 senggatan

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)


IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

telah dibuat. Melalui dapatan data yang diperoleh dalam ujian topical, pengkaji telah
menentukan sama ada responden Berjaya ataupun gagal menggunakan Teknik Timbang
Pecahan dengan betul.
Mengenalpasti Aspek
Amalan
-Mengenal pasti masalah
Kitaran kedua

Merancang
-Memilih kaedah yang sesuai

Refleksi
-Mereflek kekuatan dan
kelemahan kaedah yang
digunakan
Menambah baik kaedah

Tindakan
-Pelaksanaan kaedah
-Pengumpulan data :
a) Lembaran kerja
b) Ujian topikal

Pemerhatian
-Analisis Ujian Topikal
Rajah 5.2 Carta Alir Prosuder Tindakan menggunakan Model Kurt Lewin (1946)
Selepas melihat murid terkial-kial untuk menjawab soalan di dalam lembaran
kerja kerana tidak dapat membuat bahagi dengan betul disebabkan murid tidak halaf sifir
semasa membahagi, pengkaji menggunakan pendekatan yang lebih mudah pada kitaran
kedua. Di dalam pendekatan kitaran kedua ini, pengkaji memudahkan murid dengan
membekalkan sifir 4, 5 dan 8 kepada responden bagi memudahkan murid tersebut
membahagi dengan betul dan selesa. Berikut adalah gambarajah menunjukkan kesilapan
murid semasa menukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan dengan menggunakan
kemahiran bahagi bagi lazim kebiasaan.

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)


IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

Rajah 5.3 Murid tidak dapat membahagi dengan betul kerana tidak menghafal
sifir 4, 5 dan 8.
Oleh yang demikian, pengkaji telah membekalkan sifir 4, 5 dan 8 sebagai
permulaan kepada mereka untuk memudahkan mereka membahagi dengan betul.
Prosuder tersebut adalah seperti berikut.
Teknik ini, iaitu kedua-dua kitaran dilaksanakan secara menyeluruh, iaitu kepada
semua murid tahun 6. Namun, Cuma 4 responden kajian sahaja yang telah menjadi
sasaran progresif kajian diberi lebih tumpuan dari segi prestasinya.
CARA PENGUMPULAN DATA
Instrumen seperti Pemerhatian, Temu Bual dan Analisis Dokumen akan
digunakan dalam kajian tindakan ini. Dua pusingan penilaian akan dilaksanakan untuk
memperlihatkan keberkesanan kaedah tindakan yang digunakan. Ketiga-tiga instrument
ini digunakan sebelum, semasa dan selepas pengenalan teknik Timbang Pecahan
diperkenlakan melalui gambarajah. Hal ini adalah untuk meninjau permasalah responden
dalam membaca alat penimbang dan kemudianya menilai keberkesanan teknik
pengajaran yang telah diperkenalkan. Kesemua instrument bukan sahaja melibatkan
responde, malah guru-guru juga.
Pemerhatian
Pengkaji menggunakan teknik pemerhatian berstruktur. Kedua-dua pemerhatian ini
dijalankan pada sesi proses pengajaran dan pembelajaran sebelum dan selepas teknik
Timbang Pecahan diperkenalkan kepada responden-responden tersebut. Tujuan
pemerhatian bersruktur ini adalah untuk melihat sikap murid semasa proses pengajaran
dan pembelajaran diaksanakan di dalam kelas. Instrumen yang digunakan ialah senarai
semak pemerhatian.

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)


IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

Temu bual
Pengkaji turut menggunakan teknik temubual berstruktur. Tujuan temu bual ini adalah
untuk mengumpul data penguasaan kemahiran responden dalam membaca alat penimang
mengunakan teknik Timbang pecahan. Instrumen yang digunakan ialah senarai semak
temu bual.
Analisis Dokumen
Pengkaji turut menjalankan satu Lembaran kerja serta Ujian Topikal. Data dikumpul
melalui analisis terhadap ketiga-tiga latihan tersebut. Data yang dikumpul ialah data
penguasaan kemahiran membaca alat penimbang responden sebelum dan selepas
pengenalan teknik Timbang Pecahan Instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah
borang markah.
CARA MENGANALISIS DATA
Pengkaji membincangkan analisis data yang dikumpul melalui tiga teknik yang
telah digunakan iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.
Pemerhatian
Menyediakan borang daripada senarai semak pemerhatian yang diisi sebelum dan
selepas teknik Timbang Pecahan diperkenalkan.
Temu bual
Pengkaji menjalankan temu bual bersama subjek kajian untuk melihat sikap subjek
kajian terhadap topik Ukuran Jisim ketika sebelum dan selepas kaedah Timbang Berat
diperkenalkan. Temu bual dijalankan berdasarkan lima soalan yang ditentukan oleh
pengkaji. Setiap soalan yang dikemukakan memerlukan jawapan Ya atau Tidak. Hasil
temu bual bersama subjek kajian dianalisis berdasarkan respon daripada subjek kajian
terhadap setiap soalan tersebut. Peratusan yang menjawab Ya dan Tidak bagi setiap
soalan dikira dan dibandingkan.
Analisis Dokumen
Lembaran kerja dan Ujian Topikal diberikan pada akhir kajian. Set ujian tersebut
mengandungi 6 soalan membaca alat penimbang untuk diselesaikan. Setiap soalan akan
diberi pemberatan 5 markah, iaitu 2 markah untuk bahagian pembentukan pecahan, 2
markah untuk bahagian menukarkan pecahan menjadi perpuluhan yang lengkap dan 1
markah untuk jawapan yang betul. Jumlah markah ujian tersebut dikira dengan
menggunakan rumus yang berikut. Markah penuh adalah 60%.
% =

Markah yang diperolehi oleh responden tadi telah dianalisis dan direkodkan dalam
bentuk graf dan jadual untuk melihat perkembangan pernguasaan responden dalam
tempoh mendapatkan rawatan pembentukan sifir dua digit menggunakan teknik
Timbang Pecahan sehingga dapat menyelesaikan masalah membaca alat pengukuran
berat dengan betul.

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)


IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

DAPATAN KAJIAN
Perlaksanaan kajian ini adalah bersandarkan pada tiga instruimen, iaitu
pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Ketiga-tiga instrument ini digunakan
sebelum, semasa dan selepas pengenalan teknik Timbang Pecahan. Hal ini adalah untuk
meninjau permasalahan responden dalam sifir dan kemudiannya menilai keberkesanan
teknik pengajaran yang telah diperkenalkan. Maka, keputusan kajian digunakan untuk
menjawab soalan-soalan kajian ini.
Soalan kajian 1
Adakah penggunaan pertukaran gambarajah penimbang menjadi pecahan membantu
murid membaca nilai ukuran pembaris yang mempunyai 4, 5 dan 8 senggatan?
Jadual 6.1 (a) menunjukkan hasil dapatan daripada senarai semak pemerhatian
yang diisi sebelum teknik Timbang Pecahan diperkenalkan. Manakala, Jadual 6.1 (b)
menunjukkan hasil dapatan daripada senarai semak pemerhatian yang diisi selepas
teknik Timbang Pecahan diperkenalkan.
Jadual 6.1 (a) : Hasil dapatan pemerhatian sebelum teknik diperkenalkan
Subjek kajian Kriteria Pemerhatian Semasa Pengajaran dan Pembelajaran
Aktif
ketika P&P

R1
R2
R3
R4

/
X
/
X

Mahir
Jawab set
menggunakan latihan
kaedah
dengan
baik

X
X
/
/

X
/
X
X

Dapat
Menukarkan
pecahan
kepada
perpuluhan
dengan baik
X
X
X
X

Jadual 6.1 (b): Hasil dapatan pemerhatian selepas teknik diperkenalkan


Subjek kajian Kriteria Pemerhatian Semasa Pengajaran dan Pembelajaran
Aktif
ketika P&P

R1
R2
R3
R4

/
/
/
X

Mahir
Jawab set
menggunakan latihan
kaedah
dengan
baik

/
/
/
/

/
/
/
/

Dapat
Menukarkan
pecahan
kepada
perpuluhan
dengan baik
/
/
/
/

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)


IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa setelah teknik Timbang


Pecahan diperkenalkan, responden mula aktif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan setelah kaedah diperkenalkan. Mereka juga dapat menjawab set latihan
dengan baik, dan telah mahir menggunakan kaedah yang diperkenalkan. Namun begitu,
seorang daripada responden kajian masih lagi kurang aktif untuk mencuba sesuatu yang
baru namun responden 4 sudah pun dapat memahami teknik ini dengan baik.
Pengkaji menjalankan temu bual bersama subjek kajian untuk melihat sikap
subjek kajian terhadap topik ukuran Jisim ketika sebelum dan selepas kaedah Timbang
Berat diperkenalkan. Temubual dijalankan berdasarkan lima soalan yang ditentukan
oleh pengkaji.
Jadual 6.2 : Hasil dapatan temu bual selepas pengajaran dilakukan.
Bil Soalan
R1 R2 R3 R4 Peratusan Peratusan
YA
TIDAK
1
Adakah anda dapat menukarkan
/
/
/
/
100%
100%
gambarajah alat timbang kepada
pecahan?
2
Adakah anda dapat menentukan
/
/
/
/
100%
100%
penyebut pecahan yang betul di
dalam gambarajah tersebut?
3
Adakah anda dapat menconteng
/
/
/
/
100%
100%
gambarajah
alat
penimbang
menjadi pecahan?
4
Adakah anda dapat menukarkan
/
/
/
X
75%
25%
pecahan menjadi perpuluhan
dengan menggunakan kaedah
membahagi?
5
Adakah anda dapat memberikan
/
/
/
X
75%
25%
jawapan yang betul selepas
menukarkan pecahan tersebut
kepada perpuluhan?
Melalui temubual yang dibuat secara tidak langsung selepas pengajaran
dilakukan dengan para responden, antara faktor yang menyebabkan responden tidak
dapat melakukan bahagi di dalam pertukaran pecahan kepada nombor perpuluhan adalah
murid tidak dapat menggunakan sifir 4 dan 8 dengan baik.
Soalan kajian 2
Adakah murid dapat menukarkan pecahan yang mempunyai penyebut (senggatan) 4, 5
dan 8 kepada nombor perpuluhan dengan menggunakan teknik Timbang Pecahan?
Lembaran kerja dan Ujian Topikal diberikan pada akhir kajian. Set ujian tersebut
mengandungi 6 buah soalan membaca alat penimbang untuk diselesaikan. Setiap soalan
akan diberi pemberatan 5 markah, iaitu 2 markah untuk bahagian pembentukan pecahan,
2 markah untuk bahagian menukarkan pecahan menjadi perpuluhan yang lengkap dan 1
markah untuk jawapan yang betul. Jumlah markah ujian tersebut dikira dengan
menggunakan rumus yang berikut. Markah penuh adalah 60%.

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)


IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

% =
Markah yang diperolehi oleh responden tadi telah dianalisis dan direkodkan dalam
bentuk graf dan jadual untuk melihat perkembangan pernguasaan responden dalam
tempoh mendapatkan rawatan pembentukan sifir dua digit menggunakan teknik
Timbang Pecahan sehingga dapat menyelesaikan masalah membaca alat pengukuran
berat dengan betul.
Jadual 6.3 : Markah responden dalam kedua-dua latihan
Subjek
Markah
Kajian
Lembaran Kerja
Ujian Topikal
R1
20%
60%
R2
10%
60%
R3
30%
60%
R4
20%
50%
Berdasarkan jadual pencapaian subjek kajian yang ditunjukkan di dalam Jadual
5.3 (c), pengkaji dapat melihat terdapat peningkatan dari segi peratus markah yang
diperolehi oleh subjek kajian. Pengkaji melihat bahawa penguasaan subjek kajian tidak
memuaskan sebelum teknik Timbang Pecahan diperkenalkan. Setelah kaedah
diperkenalkan, kesemua subjek kajian telah memperolehi markah yang yang lebih tinggi
dari sebelum pengenalan kaedah dan ini menunjukkan kesemua subjek kajian telah
menguasai kemahiran pembundaran nombor bulat. Maka, teknik Timbang Pecahan
mampu membantu meningkatkan penguasaan murid membaca alat penimbang berat
dengan betul dan tepat.
REFLEKSI DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini dirumuskan secara keseluruhan dan sama dapatan digunakan
untuk merumus soalan kajian yang telah ditetapkan pada awal kajian. Berikut ialah
rumusan dapatan kajian ini.
7.1 Persoalan Kajian 1
Hasil daripada hasil pemerhatian dan Temu Bual, bilangan responden yang
memberi respon positif semasa pemerhatian semakin bertambah pada sesi Temu Bual.
Peningkatan respon positif yang ditunjukkan telah menjawab soalan kajian kedua.
Dapatan temu bual ini selaras dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Mohd Sabri
Mura (2012) dan kajian Sharinie Penie (2011). Walaupun majoriti responden meminati
subjek Matematik, tetapi hanya seorang sahaja yang meminati topik Pecahan. Ada juga
responden yang menyatakan dalam topik Pecahan dan Topik Jisim, ada subtopik yang
susah dan ada juga yang senang. Selain itu, sebanyak tiga daripada empat responden
masih kabur dengan konsep pecahan. Ada yang tidak tahu akan keperluan pecahan dan
hanya mempelajarinya kerana diajar di sekolah. Hasil dapatan ini disokong kajian lepas
oleh Sandra William Sair (2012). Dengan penggunaan pen atau pensel berwarna,
responden Berjaya membezakan setiap langkah penyelesaian berdasarkan warna yang
dipilih. Kesan pengubahsuaian ini juga disokong oleh kajian Mohd Sabri Mura (2012).
Begitu juga dengan kemahiran komunikasi pengkaji, arahan yang diberikan lebih jelas,

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)


IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

perlahan dan mudah difahami. Hal ini telah memudahkan responden mengikuti dengan
yakin dan jelas.
Persoalan Kajian 2
Setelah meneliti keputusan yang diperolehi dalam Jadual 6.1 (a), 6.1 (b), 6.1 (c),
dan 6.2 didapati pendedahan Timbang Pecahan memberikan kesan positif kepada
responden bagi membantu responden dalam kemahiran membaca alat penimbang
menggunakan pecahan dengan baik. Semasa pemilihan responden berdasarkan
keputusan ujian topical bagi topic Jisim yang dinyatakan dalam bahagian kumpulan
sasaran, kesemua responden tidak berjaya untuk menjawab mana-mana soalan dengan
tepat. Penggunaan Timbang Pecahan yang diperkenalkan menunjukkan peningkatan
penguasaan kemahiran responden yang dapat dilihat melalui latihan yang diberikan.
Keputusan latihan Lembaran kerja dan Ujian Topikal menunjukkan responden
mempunyai penguasaan yang baik terhadap kemahiran membaca alat penimbang dengan
betul menggunakan teknik dalam Timbang Pecahan. Mereka berjaya memperoleh
markah penuh iaitu markah 60% dan hanya seorang mendapat markah 50%.
Peningkatan pencapaian murid dalam kemahiran membaca alat penimbang dengan betul
menggunakan teknik dalam Timbang Pecahan telah diperhatikan dan dianalisis
dengan menggunakan instrumen latihan 4, 5 dan 8 senggatan serta kedua-dua ujian
topikal. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa responden berupaya untuk melepasi
sasaran lulus. Jenis-jenis kesilapan responden semasa menjawab soalan berkaitan
kemahiran membaca alat penimbang menjadi pecahan melalui kaedah contengan pada
gambarajah telah diperhatikan melalui analisis lembaran kerja (latihan) dan ujian
topikal. Hasil analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa kesilapan yang dilakukan
oleh responden adalah disebabkan kesilapan responden sendiri dalam membaca
gambarajah pecahan menjadi pecahan dalam bentuk nombor pecahan sebenar. Pengkaji
telah mengenalpasti jenis-jenis kecuaian yang dilakukan oleh responden semasa kajian
ini dijalankan. Kecuaian dilakukan oleh responden ialah kecuaian penulisan penyebut,
kecuaian menconteng, kecuaian membahagi dan kecuaian menentukan jawapan akhir.
Semua kecuaian ini berlaku kerana para responden kurang mengamalkan sikap untuk
menyemak semula kerja mereka setelah mereka siap menjawab soalan yang diberikan.
Kecuaian ini sering berlaku dalam kalangan responden walaupun mereka telah banyak
kali diingatkan oleh pengkaji untuk sentiasa menyemak hasil kerja yang dibuat. Selain
itu, kecuaian juga mungkin berlaku sekiranya responden berasa terlalu yakin dengan
kebolehan mereka setelah mereka menguasai cara penggunaan Timbang Pecahan yang
diperkenalkan.
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Tindakan seterusnya selepas ini adalah amatlah digalakkan bagi pengkajipengkaji lain untuk meneruskan kajian ini. Kajian seterusnya boleh dilakukan dengan
melibatkan responden yang lain. Responden hendaklah terdiri daripada murid-murid
yangberpencapaian sederhana bagi membantu mereka menguasai membaca alat
penimbang dengan betul dan mudah. Pengkaji seeloknya tidak melibatkan responden
yang terlalu pandai, iaitu sudah dapat membaca alat penimbang dengan baik kerana

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)


IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

dikhuatiri menggangu cara mereka berfikir dan mereka boleh diajar dengan aktivitiaktiviti pengayaan.
Kajian seterusnya juga diharapkan dilaksanakan melibatkan topic-topik
pengukuran yang lain seperti ukuran panjang dan isipadu. Hal ini adalah untuk melihat
lebih jelas keberkesanan teknik membaca alat pengukuran dengan menggunakan teknik
Timbang Pecahan kepada teknik Panjang Pecahan atau Isipadu Pecahan. Responden
yang ramai juga memberikan kepelbagaian data dan maklum balas kepada
kepenggunaan teknik ini serta sedikit sebanyak akan memperbaiki pengajaran teknik ini
nanti.
9.0

RUJUKAN

Azizi Hj Yahaya dan Savarimuthu, E.M (2010). Bab 2 : Kepentingan kefahaman konsep dalam
Matematik. In: Sains Sosial. Universiti Teknologi Malaysia, pp. 1-6. ISBN 978-983-52-0532-3.
Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/ 10413/1/1.10_Bab2.pdf
Bahagian Pendidikan Guru. (1998). Konsep pengajaran pembelajaran matematik: Pecahan untuk sekolah
rendah. Kuala lumpur: Dewan bahasa dan pustaka.
Dick Seng Ting. (2011). Membantu murid tahun empat memahami konsep pertukaran pecahan ke
perpuluhan dan sebaliknya melalui jadual perbandingan. Koleksi Artikel Penyelidikan
Tindakan PISMP MT amb. Januari 2008, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun
2011, ms 110-122.Diperolehi daripada
http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/BukuKoleksi/Buku%20Koleksi%20PT%20MT
%202011.pdf
Hopkins, C., Gifford, S. and Pepperell, S. (1996). Mathemamatics in the primary: A sense of progression.
London: David Fulton Publishers Ltd
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025.
Kemmis, S. dan McTaggart, R. (ed). (1988). The action research planner (3rd Edition). Deakin University,
Australia: Deakin University Press.
McLeod, R. and Newmarch, B. (2006). Fractions. Diperoleh daripada https://www.ncetm.org.uk
/public/files/257666/fractions_booklet.pdf
Mohd Sabri Mura. (2012). Meningkatkan Kemahiran Mempermudahkan Pecahan Kepada Bentuk
Termudah Dengan Menggunakan Kotak Sifir di Kalangan Murid Tahun 4. Pelaporan Sarjana
Muda, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak.
Mooney, C., Ferrie, L., Fox, S., Hansen, A. and Wrathmell, R. (2003). Primary Mathematics:
knowledge and understanding. (2nd Ed.). Great Britain: Bell&Bain Ltd, Glasgow
Moses, B. (1982). Visualization: A Different Approach to Problem Solving. School Science and
Mathematics, 82, 141-147.
Mok Soon Sang (1996), Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur, Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Newman, M. A. (1977). An analysis of sixth-grade pupils errors on written mathematical tasks.
Victorian Institute for Educational Research Bulletin, 39, 31-43.
Piaget, J. (1952). The origins of Intelligence in Children. New York: International Universitites Press.
Sandra William Sair dan Habibah Marzuki. (2011). Meneroka kesan penggunaan Fraction Bars dalam
mengajar pecahan setara di kalangan murid Tahun 4. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan
PISMP Matematik Pendidikan Rendah Ambilan Januari 2008. Institut Pendidikan Guru Kampus
Sarawak, Miri
Sharinie Pelin. (2011). Kaedah Petak Sifir dalam penguasaan sifir 2 hingga sifir 9 bagi murid Tahun
4.Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP MT Ambilan Januari 2008. Institut
Pendidikan Guru Kampus Sarawak Miri.

Das könnte Ihnen auch gefallen