You are on page 1of 14

SULIT 1 PPD KLgt/011/PAT/09

Soalan 1 hingga Soalan 20

Isi tempat kosong dalam ayat –


ayat di bawah dengan jawapan
yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan Gambar


1

Gambar 1

1 Encik Ismail sangat mahir ______________ roti canai.

A menguli
B menebar
C mencanai
D mengadun

2 Sejak kebelakangan ini badan ibu kelihatan semakin ______________ kerana hilang
selera makan.

A kecil
B nipis
C susut

3 Kita tidak boleh membuat tuduhan secara ________________ sehingga mendapat


bukti yang kukuh.

A bidan terjun
B hentam keromo
C serkap jarang

011/2009 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu PPD


1 KLgt SULIT
SULIT 2 PPD KLgt/011/PAT/09

Soalan 4 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

4 Sufian tidak terdaya untuk _______________ meja yang besar dan berat itu.

A menyanggah
B menongkah
C menekan
D menolak

5 Walaupun Aini dan Aina kembar tetapi Aina kelihatan lebih manis ____________
Aini.

A daripada
B dengan
C dari

Soalan 6 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

6 Ibu telah ______________ telinga adik kerana kenakalannya.

A jentikan

011/2009 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu PPD


2 KLgt SULIT
SULIT 3 PPD KLgt/011/PAT/09

B dijentik
C menjentik

7 Tubuh rakan saya tinggi seperti _______________ .

A galah
B buluh
C pokok

8 ______________ , tangkas sungguh pendekar itu bersilat!

A Wah
B Cis
C Hai

Soalan 9 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

9 Seekor ular sawa yang besar telah ditemui sedang_____________ badan seekor anak
kambing berhampiran belukar itu.

A membelit
B menggulung
C melilit

10 Emak menasihatkan Jamal supaya tidak ______________ walaupun banyak lagi kerja
rumah yang belum disiapkan.

A mengaduh
B merungut
C mengelak

11 _____________ lama ___________ laju dia mengayuh basikal pada malam yang
gelap-gelita itu.

A Kian ..... kian

011/2009 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu PPD


3 KLgt SULIT
SULIT 4 PPD KLgt/011/PAT/09

B Walaupun ..... tetapi


C Daripada ..... lebih baik
D Bukan sahaja .... tetapi juga
Soalan 12 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

12 Kakak _____________ butang pada alat kawalan jauh untuk menukar siaran.

A memicit-micit
B mencucuk-cucuk
C mengusik-usik
D menekan-nekan

13 Roti canai yang _____________ itu pun tidak terhabis oleh adik.

A sehiris
B sebuah
C sebuku
D sekeping

14 Adik menjerit kesakitan tatkala ____________ duri pokok bunga ros.

A menyentuh
B tersentuh
C sentuhan
D disentuh

15 Mereka terpaksa menyelam ke __________ laut untuk menaikkan bot yang tenggelam
itu.

A dasar
B pentas
C pinggir

011/2009 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu PPD


4 KLgt SULIT
SULIT 5 PPD KLgt/011/PAT/09

Soalan 16 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6

16 Murid–murid Tahun 5 Cemerlang sedang membersihkan kelas _______________


menunggu guru mereka sampai.

A sambil
B sementara
C sehingga

17 Paras rupa peragawati itu sungguh _______________.

A baik jelita
B cantik jelita
C paras jelita
D elok jelita

18 Salsabila ______________ tidak percaya bahawa dirinya telah dipilih sebagai Tokoh
Murid daerah Kuala Langat.

A telah
B masih
C sudah
D pernah

19 Pasangan pengantin yang sedang bersanding di atas pelamin itu memang sepadan
_______________

A bagai isi dengan kuku


B bagai kunyit dengan kapur

011/2009 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu PPD


5 KLgt SULIT
SULIT 6 PPD KLgt/011/PAT/09

C bagai melukut di tepi gantang


D bagai cincin dengan permata

Soalan 20 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7

20 Cik Siti berjalan membawa sekaki payung ______________ hari tidak hujan.

A sekiranya
B sementara
C walaupun

Soalan 21
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

21 Sukaneka Hari Guru yang dianjurkan bertujuan mengeratkan hubungan antara


murid – murid dengan pihak sekolah.

A merapatkan
B menyatukan
C menjarakkan

Soalan 22
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

22 Ketua kampung amat yakin dengan kebolehan anak – anak buahnya.

A tabah
B nekad
C waswas

011/2009 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu PPD


6 KLgt SULIT
SULIT 7 PPD KLgt/011/PAT/09

Soalan 23
Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

23 Pembunuh bersiri itu telah dijatuhi hukuman mati.

A Di manakah pembunuh bersiri itu dijatuhi hukuman ?


B Mengapakah pembunuh bersiri itu dijatuhi hukuman ?
C Siapakah yang menjatuhkan hukuman kepada pembunuh bersiri itu ?
D Apakah hukuman yang telah dijatuhkan kepada pembunuh bersiri itu ?

Soalan 24
Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.

24 Di manakah Pesta Pantun itu diadakan ?

A Pesta Pantun itu dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran dan Dewan Bahasa
dan Pustaka.
B Pasukan Negeri Sembilan dan Pahang yang bertanding pada peringkat akhir
Pesta Pantun itu.
C Saudara Chuari Selamat merupakan pengerusi Pesta Pantun.
D Pesta Pantun itu diadakan di Dewan Muktamar, Pusat Islam.

Soalan 25
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

25 A Kereta itu tidak kepunyaan abang Syafikah.


B Surat yang baru diterima oleh Puan Jamilah itu bukan daripada anaknya.
C Baju–baju yang dijual di kedai pakaian itu bukan cantik.
D Permainan wau tidak berasal dari Negeri Sembilan.

Soalan 26 dan 27
Pilih ayat – ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

26 I Ibu membeli barang keperluan harian di kedai itu.


II Barang kemas milik Puan Rini telah dicuri orang.
III “ Barang yang lepas usah dikenang,” ujar nenek Kiah.
IV “ Tolong belikan barang sekilo gula, Norni,” pinta ibunya.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV

011/2009 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu PPD


7 KLgt SULIT
SULIT 8 PPD KLgt/011/PAT/09

27 I Dadanya terasa lapang setelah kerja – kerja menaik taraf bangunan itu
disiapkan.
II Otaknya menjadi lapang setelah menerima penerangan yang panjang lebar itu.
III Kawasan di kaki bukit itu menjadi lapang sasar untuk sesi latihan pasukan
tentera darat.
IV Zalikha gemar sekali menghias rumahnya untuk mengisi masa lapang.

A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 28
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

28 Faridah mengucapkan tahniah kepada Azlina kerana telah berjaya menjuarai


pertandingan pidato itu.

A Kata Faridah, “ Azlina mengucapkan tahniah kerana berjaya menjuarai


pertandingan pidato itu.”
B Kata Faridah, “ Tahniah, Azlina kerana kamu telah berjaya menjuarai
pertandingan pidato itu!”
C Kata Faridah, “ Saya mengucapkan tahniah kepada Azlina kerana berjaya
menjuarai pertandingan pidato itu.”
D Kata Faridah, “ Dia mengucapkan tahniah kepada Azlina kerana berjaya
menjuarai pertandingan pidato itu.”

Soalan 29 dan 30
Pilih ayat – ayat yang betul

29 I Dia memukul dengan kuatnya bola itu.


II Ahmadi mengambil kuah sup itu dengan sudu.
III Halim mendukung adiknya sambil membaca buku..
IV Raju membersihkan seorang diri kandang kudanya.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II dan III sahaja

30 I Amin merasa bubur cendawan itu.


II Cikgu Amarul mengajar Bahasa Arab.
III Ibu menjahiti adiknya sehelai baju kurung.
IV Bapa membeli abang sebuah komputer.

A I dan II sahaja

011/2009 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu PPD


8 KLgt SULIT
SULIT 9 PPD KLgt/011/PAT/09

B I dan III sahaja


C I dan IV sahaja
D III dan IV sahaja
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan – soalan yang berikutnya.

Aku hairan benar dengan sikap Tok Kudus. Dia buat – buat tidak tahu walhal dialah
yang menyebabkan tanah kebun sekangkang kera milik keluarga kami tergadai ke tangannya.
Sebabnya hanya kerana arwah bapa tidak dapat menjelaskan hutang. Kini, hutang yang
hanya berbaki RM1000 itu ditagihnya lagi. Apabila terkenang akan penderitaan ibu, terasa
berat hatiku hendak ke sekolah.

“ Ibu, Izah rasa biarlah Izah berhenti sahaja. Sekurang – kurangnya, Izab dapat
membantu keluarga kita. Boleh juga kita kumpul wang untuk bayar baki hutang tu.”

“ Izah!” emak separuh menjerit. Izah terpaku seketika.

“ Walaupun ibu terpaksa bergolok – bergadai dan mengikat perut, ibu tak benarkan
Izah bekerja. Lagipun, kerja apa yang mampu Izah peroleh dengan keputusan PMR itu? Izah
mesti belajar!” tegas ibu ketika menyediakan kuih – muih untuk jualannya.

Izah tahu ibunya tabah. Ibu mahu Izah mengikut jejak dua orang kakaknya ke menara
gading. Itulah janji ibu kepada ayah sebelum ayah menutup mata akibat penyakit jantung.
Hingga kini, ibu masih kuat memegang kata - kata ayah itu. Ibu juga memang menyimpan
hasrat agar dapat membina kehidupan keluarga yang gemilang selain menebus tanah itu.

Tanpa diduga, air mata ibu berlinang di pipi. Izah terasa bersalah lalu menerpa ke
arah ibu. Dipeluknya ibu erat – erat. Izah tahu setinggi mana harapan ibu. Izah juga sedar
betapa beratnya penderitaan yang ditanggung ibu selama ini.

“ Maafkan Izah, bu. Izah berjanji akan menunaikan harapan ibu dan ayah. Izah juga
ingin bergelar mahasiswa seperti Kak Long dan Kak Ngah.”

Ibu membalas pelukan Izah dengan penuh kasih sayang. Kini, kedua –dua insan itu
tenggelam dalam linangan air mata.

31 Siapakah Izah ?

A Guru
B Murid
C Pekerja
D Mahasiswa

32 Mengapakah Izah ingin menamatkan persekolahan ?

A Ingin bekerja
B Malas bersekolah

011/2009 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu PPD


9 KLgt SULIT
SULIT 10 PPD KLgt/011/PAT/09

C Membantu keluarga
D Mahu menyelesaikan hutang

33 Bagaimanakah sikap Tok Kudus terhadap keluarga Izah ?

A Mengambil berat
B Bersikap lintah darat
C Amat bertimbang rasa
D Pentingkan diri sendiri

34 Berdasarkan petikan, simpulan bahasa mengikat perut bermaksud

A kedekut
B bersederhana
C sanggup berlapar
D kurang berbelanja

35 Apakah janji ibu kepada ayah ?

A Memegang kuat kata–kata ayah


B Menebus tanah ayah yang tergadai
C Membina kehidupan keluarga yang gemilang
D Memastikan kesemua anaknya belajar di universiti

011/2009 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu PPD


10 KLgt SULIT
SULIT 11 PPD KLgt/011/PAT/09

Soalan 36 hingga 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan – soalan yang berikutnya.

KLANG, 8 Februari – Dua orang kanak – kanak rentung manakala seorang lagi cedera parah
dalam tragedi ngeri awal pagi semalam.

Tragedi tersebut berlaku di sebuah rumah papan di Kampung Batu Ara, Sungai Udang
bersebelahan sebuah bengkel baikpulih kereta. Ketika itu, mangsa diberitakan sedang tidur di
dalam sebuah bilik berhampiran dengan dapur.

Mangsa dikenali sebagai Salam dan Salim bin Budiman, 6, manakala Marina binti
Mahmud, 18, melecur di seluruh tubuh dan diberitakan kritikal.

Menurut Budiman bin Mahmud, 45, beliau dan isterinya tersedar setelah terdengar
jeritan mangsa meminta pertolongan. Akan tetapi, beliau hanya sempat menyelamatkan dua
orang adik mangsa yang tidur bersama – samanya kerana api marak terlalu cepat.

Pihak bomba yang tiba sepuluh minit selepas kejadian tidak berjaya membantu kerana
tekanan air terlalu rendah. Paip bomba yang berhampiran pula telah dirosakkan oleh remaja
yang tidak bertanggungjawab.

Mangsa akan dikebumikan pada petang 9 Februari sebaik sahaja pihak hospital selesai
mengadakan bedah siasat. Sementara itu, suasana sedih menyelubungi keluarga dan sanak –
saudara mangsa yang datang dari jauh dan dekat.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Cincin pula mengambil


langkah positif dengan menubuhkan tabung tragedi untuk membantu meringankan
penderitaan yang ditanggung oleh keluarga mangsa. Majlis pemberian bantuan itu akan
berlangsung di dewan Kampung Sungai Cincin pada 10 Februari ini.

Pihak polis masih menyiasat punca tragedi. Namun begitu, mereka tidak menolak
andaian bahawa tragedi itu mungkin sekali berpunca daripada pembakaran ubat nyamuk yang
diletakkan berhampiran dengan langsir tingkap bilik mangsa.

36 Bilakah peristiwa di atas berlaku ?

A 7 Februari
B 8 Februari
C 9 Februari
D 10 Februari

37 Siapakah Marina binti Mahmud ?

A Kakak mangsa

011/2009 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu PPD


11 KLgt SULIT
SULIT 12 PPD KLgt/011/PAT/09

B Pengasuh mangsa
C Ibu saudara mangsa
D Anak saudara mangsa

38 Apakah hubungan antara Salam dengan Salim ?

A Jiran tetangga
B Kaum keluarga
C Abang dan adik
D Saudara kembar

39 Berapa orangkah anak Encik Budiman ?

A Lima orang
B Empat orang
C Tiga orang
D Dua orang

40 Mengapakah Encik Budiman tidak dapat menyelamatkan mangsa ?

A Tidak sedar masih ada anaknya yang terperangkap


B Bilik mangsa sukar dibuka kerana berkunci
C Takut terhidu asap yang tebal
D Api marak terlalu cepat

SOALAN TAMAT

011/2009 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu PPD


12 KLgt SULIT
SULIT 13 PPD KLgt/011/PAT/09

SKEMA SOALAN PEMAHAMAN TAHUN 5

1 B
2 C
3 C
4 D
5 A
6 C
7 A
8 A
9 A
10 B
11 A
12 D
13 D
14 B
15 A
16 B
17 B
18 B
19 D
20 C
21 A
22 C
23 D
24 D
25 B
26 D
27 D
28 B
29 B
30 A
31 B
32 C
33 B
34 C
35 D
36 A
37 C
38 D
39 B
40 D

011/2009 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu PPD


13 KLgt SULIT
SULIT 14 PPD KLgt/011/PAT/09

011/2009 Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu PPD


14 KLgt SULIT