Sie sind auf Seite 1von 9

DRAF 1

[PERATURAN KESELAMATAN PENTAKSIRAN PT3]

GARIS PANDUAN PENGURUSAN KESELAMATAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3

TUJUAN
1.

Garis panduan ini bertujuan menjelaskan tatacara dan peraturan keselamatan


dalam pengurusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang perlu dipatuhi oleh
pentadbiran sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri
serta personel yang terlibat dengan pentaksiran.

LATAR BELAKANG

2.

Bermula tahun 2014, Penilaian Menengah Rendah (PMR) digantikan dengan


Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). PT3 akan dilaksanakan di peringkat sekolah.
Pihak sekolah, sebagai pengurus pentaksiran ini, akan melaksanakan
pentadbiran dan pengendalian PT3 serta pemeriksaan berpandukan instrumen
dan Panduan Penskoran (PP) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

3.

Oleh yang demikian, pihak sekolah mempunyai peranan dan tanggungjawab


yang sangat penting agar PT3 ditadbir dan diurus dengan efisien demi menjaga
kredibiliti serta akauntabiliti sekolah agar tidak dipertikaikan oleh mana-mana
pihak.

SKOP
4.

Garis panduan ini meliputi aspek-aspek keselamatan yang terkandung dalam


bidang tugas dan tanggungjawab di setiap peringkat pengurusan dan
pentadbiran pentaksiran seperti berikut;
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6

Lembaga Peperiksaan
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)
Pengetua
Petugas pentaksiran yang dilantik
Guru-guru sekolah
.

TATACARA KESELAMATAN ITEM PENTAKSIRAN PT3


1

DRAF 1

5.

[PERATURAN KESELAMATAN PENTAKSIRAN PT3]

Penentuan Peringkat Keselamatan


LP mencadangkan agar dokumen pentaksiran ini diperingkatkan TERHAD
setelah perbincangan dan nasihat dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan
Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri. Di atas keperluan keselamatan, LP
mengeluarkan Garis Panduan Peratuan Pentadbiran Pentaksiran Tingkatan 3
bagi melindungi keselamatan maklumat sama ada di peringkat LP, JPN, PPD
atau sekolah. Langkah-langkah keselamatan terhadap bahan-bahan ini
hendaklah diambil untuk menjamin pentaksiran yang dijalankan di sekolah
mencapai tahap kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) yang tidak
dapat dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

6.

Pengurusan item pentaksiran dibahagikan kepada 6 kategori:


6.1
6.2
6.3
6.4
6.5
6.6

7.

Penyediaan item pentaksiran


7.1
7.2
7.3
7.4

8.

Penyediaan item pentaksiran


Penghantaran dan penerimaan dokumen/bahan pentaksiran
Penyimpanan Item
Pemasangan dan percetakan instrumen pentaksiran
Pengawasan dan pengendalian PT3
Pemeriksaan Skrip Jawapan Calon

Penyediaan item pentaksiran dilaksanakan di LP/tempat yang dikhaskan


oleh Pegawai yang diberi kuasa oleh Pengarah Peperiksaan.
Semua item pentaksiran hendaklah disimpan di dalam almari besi
berkunci di dalam bilik kebal dengan kawalan dan berekod.
Pengurusan dan pergerakan item pentaksiran hendaklah dilakukan
dengan kawalan dan berekod.
Item pentaksiran hendaklah diklasifikasikan TERHAD di Buku Daftar
Suratan Rahsia Rasmi (Am 492A) di LP.

Penghantaran dan penerimaan Dokumen Pentaksiran


8.1

Penghantaran dan penerimaan item pentaksiran PT3 melibatkan


pergerakan item dalam bentuk cakera padat (CD) dari Lembaga

DRAF 1

[PERATURAN KESELAMATAN PENTAKSIRAN PT3]

Peperiksaan ke Jabatan Pendidikan Negeri ke Pejabat Pendidikan Daerah


dan ke sekolah dengan kawalan keselamatan.
8.2
9.

Pergerakan item pentaksiran hendaklah direkod dan diiringi oleh


sekurang-kurangnya dua (2) orang pegawai pengiring.

Penyimpanan CD Item Pentaksiran


9.1

Penyerahan CD item pentaksian hendaklah direkodkan

9.2

CD Item pentaksiran hendaklah disimpan di dalam almari besi berkunci


sama ada di bilik kebal atau bilik Ketua Sektor/PPD/Pengetua.

10. Pemasangan item pentaksiran pentaksiran


10.1

Item pentaksiran yang disediakan oleh LP perlu dijadikan instrumen


pentaksiran. Proses kerja ini dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran
di sekolah yang dilantik oleh Pengetua.

10.2

Pemasangan item pentaksiran ini hendaklah dijalankan dibilik/tempat


yang sesuai dan tidak terdedah kepada orang awam.

10.3 Pengetua sekolah serta guru pemasangan item yang terlibat adalah
bertanggungjawab terhadap kerahsiaan (confidentiality) instrumen
tersebut.
11.

12.

Percetakan Instrumen PT3


11.1

Pengetua sekolah dan ahli panel pemasangan item bertanggungjawab


sepenuhnya semasa percetakan instrumen yang telah dipasang.

11.2

Pengetua sekolah dan ahli panel pemasangan item melaksanakan


kawalan semasa percetakan dan memastikan tidak ada berlakunya
ketirisan maklumat PT3.

11.3

Instrumen pentaksiran PT3 yang siap dicetak perlu dibungkus dan dilabel
bagi mengelak daripada pendedahan maklumat pentaksiran PT3.

11.4

Instrumen pentaksiran PT3 yang siap dicetak diserah kepada Pengetua


untuk disimpan dalam almari berkunci/bilik yang selamat.

11.5

Pengetua bertanggungjawab
instrumen pentaksiran PT3.

sepenuhnya

terhadap

penyimpanan

Pengawasan dan pengendalian PT3

DRAF 1

13.

[PERATURAN KESELAMATAN PENTAKSIRAN PT3]

12.1

Tugas dan tanggungjawab pengawasan PT3 akan dilaksanakan oleh


Ketua Pengawas dan pengawas yang dilantik dalam kalangan guru-guru
sekolah berkenaan.

12.2

Ketua Pengawas menyerahkan bungkusan instrumen pentaksiran PT3


kepada pengawas bertugas 15 minit sebelum pentaksiran berlangsung
dengan menepati Jadual yang ditetapkan.

12.3

Ketua Pengawas dan pengawas hendaklah memastikan pentaksiran


dilaksanakan dengan lancar dan selamat mengikut peraturan pentadbiran
yang ditetapkan oleh LP serta membuat kawalan terhadap bahan dan
skrip jawapan calon bagi mengelak dari berlakunya salah laku atau
penyelewengan.

12.4

Apabila selesai pentaksiran PT3, pengawas bertugas akan menyerahkan


skrip jawapan calon kepada Ketua Pengawas untuk disimpan di bilik khas.

12.5

Skrip jawapan calon akan diambil oleh pemeriksa yang dilantik oleh
Pengetua sekolah bagi membuat pemeriksaan.

Pemeriksaan Skrip Jawapan


13.1

Pemeriksaan Skrip jawapan akan dilaksanakan oleh pemeriksa yang


dilantik dalam kalangan guru sekolah berkenaan.

13.2

Selain daripada mematuhi arahan dan panduan pemarkahan yang


disediakan oleh LP, semua pemeriksa adalah bertanggungjawab terhadap
keselamatan skrip jawapan calon agar tidak berlaku kehilangan atau
kerosakan akibat kecuaian pemeriksa.

13.3

Markah-markah yang diperoleh oleh calon perlu disahkan oleh Pengetua


sebelum dihantar ke LP.

14. Pelantikan Petugas PT3 di sekolah


14.1

Pengetua hendaklah melantik secara rasmi setiap petugas PT3 di sekolah


masing-masing iaitu.
4

DRAF 1

14.2

14.3

[PERATURAN KESELAMATAN PENTAKSIRAN PT3]

Ahli panel pemasang item PT3


i.

Ahli panel terdiri dari guru yang mengajar mata pelajaran akan
memasang manuskrip soalan berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian
dan Item yang disediakan dalam CD LP.

ii.

Pemasangan dilakukan di dalam bilik yang dikhaskan.

iii.

Setiap manuskrip soalan yang siap dipasang akan disahkan oleh


Pengetua sebelum dicetak.

Panel Jadual Pentaksiran PT3


Ahli panel terdiri dari pentadbir/guru yang mengajar mata pelajaran yang
akan menyusun jadual pentaksiran mengikut kesesuaian murid dan jadual
persekolahan.

14.3

Ketua Pengawas dan pengawas Ujian Bertulis PT3


Ketua Pengawas dan pengawas PT3 dilantik dari kalangan guru-guru
yang mengajar di sekolah yang sama.

14.4

Pemeriksa Ujian Bertulis PT3


Pemeriksa Ujian Bertulis PT3 dilantik dari kalangan guru-guru yang
mengajar mata pelajaran yang diuji di sekolah yang sama.

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB


15.

Lembaga Peperiksaan

DRAF 1

16.

15.1

Mengurus, mengawal dan memantau operasi penyediaan, penghantaran


dan pengedaran bahan Instrumen PT3.

15.2

Melantik secara rasmi Pengarah Peperiksaan Negeri sebagai Pengurus


Peperiksaan di peringkat negeri masing-masing.

15.3

Melantik pegawai pemantau dan dalam kalangan pegawai LP untuk


memantau pelaksanaan PT3.

15.4

Melantik personel yang terlibat sebagai Pentaksir.

15.5

Menyediakan peraturan keselamatan untuk mentadbir dan mengurus PT3


di sekolah.

Pengarah Pelajaran Negeri


16.1

16.2

17.

[PERATURAN KESELAMATAN PENTAKSIRAN PT3]

Mengurus, mengawal dan memantau


i.

operasi penerimaan dan pengedaran bahan instrumen PT3.

ii.

pengendalian pentaksiran PT3 di peringkat negeri mengikut


peraturan keselamatan.

Melantik secara rasmi Ketua Sektor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan


(SPP)/Sektor Pengurusan Akademik (SPA), Timbalan Pengarah, Pegawai
Pendidikan Daerah, Pengetua sebagai Pengurus Pentaksiran di peringkat
masing-masing.

Ketua Sektor, Sektor Penilaian dan Pepeperiksaan, Jabatan Pendidikan


Negeri
17.1

Membantu Pengarah Pendidikan Negeri mengurus, mengawal dan


memantau
i.

operasi penerimaan dan penghantaran bahan intrumen PT3.

ii.

pengendalian
keselamatan.

PT3

di

peringkat

negeri

mengikut

peraturan

17.2

Mengurus pelantikan personel pentaksiran di peringkat negeri, daerah


mengikut peraturan keselamatan yang ditetapkan.

17.3

Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai JPN untuk


memantau pelaksanaan PT3.

17.4

Menyelia persediaan PT3 di sekolah.


6

DRAF 1

18.

Pegawai Pendidikan Daerah

18.1

19.

[PERATURAN KESELAMATAN PENTAKSIRAN PT3]

Membantu Ketua Sektor, SPP, JPN mengurus, mengawal dan


memantau
i.

operasi penerimaan dan penghantaran bahan intrumen PT3.

ii.

pengendalian PT3 di peringkat daerah mengikut peraturan


keselamatan.

18.2

Membantu Ketua Sektor, SPP, JPN mengurus pelantikan personel


pentaksiran di peringkat daerah mengikut peraturan keselamatan
yang ditetapkan.

18.3

Memastikan Pentaksir Kawasan membuat verifikasi instrumen


pentaksiran dan moderasi penskoran.

18.4

Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai PPD untuk


memantau pelaksanaan PT3.

18.5

Menyediakan pegawai untuk penyelia persediaan PT3 di sekolah.

Pengetua
19.1

Membentuk Jawatankuasa PT3 di sekolah.

19.2

Menerima bahan instrumen PT3 daripada PPD.

19.3

Menyedia dan menyelaraskan jadual waktu PT3 di sekolah .

19.4

Mengurus, mengawal dan memantau aktiviti pemasangan item


pentaksiran untuk penghasilan instrumen di sekolah mengikut peraturan
keselamatan.

19.5

Menyediakan tempat yang khas untuk perkara-perkara berikut:


i.

penyimpanan bahan instrumen dengan selamat (tidak mudah


dicerobohi); cth peti besi, almari keluli bekunci;

ii

bilik/ruang kerja untuk akiviti pemasangan item pentaksiran;

DRAF 1

iii.

[PERATURAN KESELAMATAN PENTAKSIRAN PT3]

tempat penyimpanan kertas pentaksiran/bahan pentaksiran yang


selamat dan terkawal.

19.6

Melaksanakan percetakan instrumen PT3 di bawah kawalan agar


keselamatan dan kerahsiaan bahan pentaksiran dikawal dan tidak
berlakunya ketirisan maklumat.

19.7

Melantik pemeriksa dari kalangan guru mata pelajaran berkenaan yang


berkebolehan dan berwibawa untuk mengendalian pemeriksaan.

19.8

Menyediakan dewan/bilik ujian bertulis yang sesuai dan memenuhi kriteria


yang ditetapkan oleh LP.

19.9

Memastikan keperluan bahan pentaksiran di sekolah lengkap dan


mencukupi.

19.10 Menyerahkan instrumen PT3 kepada Ketua Pengawas mengikut jadual


waktu pentaksiran.
19.11 Melantik pemantau dalaman untuk memastikan perjalanan pentaksiran
berjalan lancar dan selamat.
19.12 Memastikan markah pentaksiran PT3 dihantar ke LP.

20.

Ketua Pengawas
20.1

Menerima surat pelantikan secara rasmi daripada Pengetua.

20.2

Mengadakan perbincangan dengan Pengetua sebelum hari pentaksiran


bermula.

20.3

Mengadakan perbincangan dengan semua pengawas di bawah


jagaannya tentang pembahagian tugas sepanjang tempoh pentaksiran.

20.4

Menerima pelan tempat duduk calon dalam dewan/bilik yang disediakan


oleh setiausaha peperiksaan.

20.5

Menerima bahan pentaksiran daripada Pengetua/Setiausaha Peperiksaan


dan memastikan bahan-bahan tersebut mencukupi.

20.6

Mengambil instrumen PT3 daripada Pengetua/Setiausaha Peperiksaan


setiap hari mengikut jadual waktu PT3 tahun 2014 yang ditetapkan.

DRAF 1

21.

[PERATURAN KESELAMATAN PENTAKSIRAN PT3]

20.7

Mengendalikan PT3 mengikut peraturan pentabdiran dan keselamatan


pentaksiran yang ditetapkan dan memastikan tidak berlakunya salah laku
atau penyelewengan pentaksiran.

20.8

Mengumpulkan semula skrip jawapan calon Ujian Bertulis PT3 dan


menyerahkan kepada Pengetua sebaik sahaja pentaksiran selesai
dilaksanakan.

20.9

Menyerahkan segala bahan dan dokumen pentaksiran yang berkaitan


kepada Pengetua/Setiausaha Peperiksaan untuk rujukan.

Pemeriksa
21.1

Menerima surat pelantikan secara rasmi daripada Pengetua.

21.2

Menerima skrip jawapan calon dan Panduan Penskoran daripada


Pengetua selepas tamat pentaksiran PT3.

21.3

Melaksanakan pemeriksaan skrip jawapan calon sepanjang tempoh masa


pemeriksaan yang ditetapkan.

21.4

Memulangkan skrip jawapan kepada semua calon selepas penjaminan


kualiti dan perekodan markah penskoran selesai.

21.5

Menyerahkan markah kepada Pengetua untuk dihantar ke LP.

21.6

Menyerahkan segala bahan dan dokumen kepada Pengetua untuk


dihantar ke SPP, JPN.

Das könnte Ihnen auch gefallen