Sie sind auf Seite 1von 1

Tajuk: Difusi

Buku: Asas-Asas Antropologi, Abdullah Talib

Ahli-ahli difusi British berpendapat bahawa aspek-aspek tamadun yang tinggi telah
berkembang di Mesir di mana telah mewujudkan satu kebudayaan yang lebih maju
berasaskan pertanian. Kemajuan pertanian ini kemudiannya tersebar ke merata-rata tempat
melalui hubungan antara orang Mesir dengan orang dari kebudayaan lain. Masyarakat
biasanya kurang mencipta tetapi mereka lebih suka meminjam daripada ciptaan kebudayaan
asing. Ahli-ahli difusi Jerman-Austria juga berpegang kepada pendapat yang sama.
Ahli-ahli difusi British menganggap bahawa tret kebudayaan akan bermula dari satu tempat
di Mesir dan kemudiannya ditapis melalui kebudayaan yang tertentu dan akhirnya sampai ke
merata-rata tempat di dunia ini. Namun begitu, ahli-ahli difusi Jerman-Austria pula
menganggap bahawa wujudnya satu lingkungan, iaitu kawasan-kawasan di mana tret
kebudayaan yang sama diamalkan dapat diperhatikan.
Ahli-ahli difusi Amerika mempunyai pendapat yang selari dengan Ahli-ahli difusi JermanAustria tetapi tekanan adalah lebih sederhana. Ahli-ahli difusi Amerika mengambarkan
kawasan kebudayaan sebagai satu kawasan yang menjadi pusat kebudayaan di mana terdapat
tret kebudayaan yang mula berkembang di sini dan kemudiannya tersebar melalui proses
difusi keluar daripada kawasan yang asal. Prinsip pemusatan umur diperkenalkan. Prinsip ini
mencadangkan bahawa sesuatu kebudayaan yang tertentu berkembang keluar dari pusat
kebudayaan. Kemudian ia akan meluas dan terus berkembang merebak ke kawasan
kebudayaan lain di sekitarnya. Kebanyakan ahli-ahli difusi menerima pandangan penyebaran
tret kebudayaan melalui proses difusi ini.

Das könnte Ihnen auch gefallen