Sie sind auf Seite 1von 4

Mengapa kajian tinjauan paling banyak dilaksanakan dalam kajian sains sosial?

Jawab 1
Rohana (2003), iaitu sains sosial adalah merupakan bidang atau disiplin ilmu yang
mengkaji struktur dan sifat-sifat kelompok manusia, bagaimana individu-individu atau
kelompok-kelompok manusia berinteraksi antara satu dengan lain dan juga dengan
atau sekeliling mereka. Lebih tepat lagi, sains sosial merupakan disiplin akademik
yang mempersoalkan tentang kemanusiaan dalam konteks sosialnya atau
mempelajari kehidupan sosial atau lebih tepat mempelajari tingkah laku yang lazim
ada pada kelompok-kelompok manusia. Justeru itu, kajian tinjauan adalah kaedah
penyelidikan yang paling sesuai untuk mempelajari tingkahlaku manusia. Kajian
tinjauan atau biasa disebut kajian survey merupakan salah satu kaedah penyelidikan
bukan berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang
khususnya dalam bidang sains sosial. Kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan
maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan ataupun ribuan responden
(Marican, 2006). Kajian tinjauan dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi.
Sampel yang terpilih mestilah mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang ingin
dikaji supaya maklumat yang diperoleh melalui kajian berkenaan boleh memberi
kenyataan dan gambaran umum tentang keseluruhan populasi yang dikaji. Justeru
itu, salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan
umum (generalization) tentang sesuatu populasi. Ciri-ciri kajian tinjauan iaitu kajian
menyeluruh mengenai sesuatu isu atau masalah, kutipan data yang cepat,
penggunaan saiz sampel yang besar, maklumat dipungut secara terus daripada
responden dalam masa singkat dan dapat membuat kenyataan umum untuk sesuatu
populasi kajian (Chua, 2006). Terdapat beberapa cara pemilihan sampel dalam
kajian tinjauan iaitu melalui pensampelan rawak mudah (simple random sampling),
pensampelan berstrata (stratified sampling), pensampelan sistematik (systematic
sampling) dan pensampelan kelompok (cluster sampling). Walau bagaimanapun
pemilihan sampel dalam kajian tinjauan adalah secara rawak daripada sesuatu
populasi yang dikenal pasti (Gay & Airasian, 2000).

Jawab 2
Menurut Sapsford (1999), tinjauan ialah huraian terperinci dalam bentuk kuantiti
berkenaan suatu populasi (contohnya, 85 peratus guru tidak bersetuju murid
dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah). Penyelidikan tinjauan bertujuan
memperoleh maklumat sebegini. Ia tergolong bawah penyelidikan kuantitatif
berbentuk bukan eksperimen dan popular di kalangan penyelidik. Ini bermakna tiada
pembolehubah dimanipulasikan. Pembolehubah yang disiasat ialah pembolehubah
yang sedia ada dalam persekitaran semula jadi. Penyelidikan tinjauan melibatkan
pungutan data secara sistematik, sama ada melalui soal selidik yang dilengkapkan
oleh responden secara kumpulan, soal selidik yang diposkan kepada responden,
atau soal selidik yang dibaca oleh penemu bual kepada responden secara terus atau

melalui telefon. Bagi memperoleh sesuatu maklumat berkenaan populasi, ramai


orang (yang dipanggil responden) disampel berkenaan perkara yang sama. Oleh itu,
standardization penting dalam penyelidikan tinjauan. Maklumat yang diminati boleh
berbentuk pengetahuan, kepercayaan, sikap, pandangan, ciri, tingkah laku lampau
dan terkini, persepsi keberkesanan sesuatu program dan sebagainya. Maklumat
yang diberitahu responden adalah pembolehubah. Penyelidikan tinjauan mengukur
(mengkuantitikan) semua pembolehubah ini. Berbilang pembolehubah boleh diukur
dan berbilang hipotesis boleh diuji melalui tinjauan. Penyelidikan tinjauan
bergantung pada responden membuat laporan kendiri berkenaan pengetahuan,
pengalaman, kepercayaan, sikap, pandangan dan tingkah laku mereka. Dengan itu,
kesahan dapatan penyelidikan tinjauan antara lain bergantung pada kejujuran
mereka. Oleh itu kajian tinjauan paling sesuai dilaksanakan dalam sains sosial
berdasarkan pandangan Rohana (2003), iaitu dalam penyelidikan sains sosial,
adalah medan pengujian hipotesis terhadap kehidupan sebenar manusia ataupun
peistiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan manusia. Ianya adalah medan
pengujian hipotesis yang sangat besar dan tidak mungkin boleh dibawa masuk ke
dalam makmal. Penyelidik sains sosial perlu turun ke dalam masyarakat, duduk
bersama mereka, membuat pemerhatian terhadap aktiviti-aktivit dalam masyarakat,
memahami perbezaaan dan persamaan dalam budaya masyarakat, mengambil kira
keunikan setiap masyarakat dalam usahanya untuk menguji sama ada hipotesis
kajiannya itu benar ataupun salah. Ia adalah suatu usaha yang memakan masa,
sangat memenatkan dan memerlukan penyelidik mempunyai kepakaran dalam
bidang yang dikajinya.

Jawab 3
Kekuatan penggunaan kaedah tinjauan dapat ditunjukkan seperti cara yang sering
digunakan bagi memperoleh maklumat masa lampau subjek salah satu daripada
beberapa teknik yang ada bagi mendapatkan maklumat berkaitan kepercayaan,
sikap dan motivasi dapat digunakan ke atas populasi manusia normal kecuali pada
kanak-kanak, kaedah yang efisien bagi mengutip data dalam jumlah yang banyak
pada kos yang rendah dalam tempoh yang singkat tinjauan yang berstruktur dan
bersesuaian dengan analisis stastik. Penyelidikan yang menggunakan strategi
penyelidikan tinjauan (survey) lebih sesuai sekiranya kajian itu untuk mendapatkan
pelbagai maklumat tentang populasi melalui sample atau tinjauan yang melibatkan
elemen yang tidak banyak. Sampel yang dikumpul perlu mempunyai kriteria atau
sifat populasi tersebut. Perkara ini perlu agar maklumat yang dikumpul melalui
sampelan yang kecil itu dapat memberi pernyataan dan gambaran umum tentang
populasi secara keseluruhan. Strategi tinjauan menekankan data yang lengkap,
tuntas dan meliputi tajuk penyelidikan yang diputuskan. Walaubagaimanapun,
semasa mengumpul data, kawalan tidak dapat dilakukan kecuali selepas data
dikumpul iaitu melalui strategi statistik. Seterusnya, strategi penyelidikan tinjauan
sesuai untuk mendapatkan gambaran deskriptif atau menentukan perkaitan sebabakibat dan bagi kajian untuk meneroka. Ini sesuai untuk membuat keumuman
tentang populasi tertentu menurut kriteria keumuman. Dan kaedah yang paling

sesuai untuk mendapat jawapan ialah kajian tinjauan. Di mana Rohana (2003),
menyatakan penyelidikan sains sosial para penyelidik mesti membuat cerapan
dengan berhati-hati, membuat klasifikasi dan menganalisis data-data, membuat
generalisasi dan berusaha untuk membina dan menguji hipotesis-hipotesis kajian
untuk menjelaskan keputusan yang dikemukakan. Fakta-fakta yang berbentuk
seperti ini adalah sukar untuk diklasifikasikan dan diinterpretasikan. Dengan itu, hasil
kajian yang boleh untuk digeneralisasikan kepada persoalan yang sama ataupun
yang hampir sama menjadi kurang tepat dan meyakinkan (less define and certain).

Jawab 4

Salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan
umum (generalization) tentang sesuatu populasi. Kajian tinjauan boleh dijalankan
menggunakan soal selidik melalui pos dan temu bual secara lisan atau secara
kertas-pensil, melalui SMS, e-mail serta telefon.Terdapat dua jenis tinjauan iaitu
tinjauan deskriptif dan tinjauan analitikal. Tinjauan deskriptif pada asasnya bertujuan
untuk memberikan gambaran yang tepat terhadap ciri-ciri yang terdapat dalam
sesuatu populasi manakala tinjauan desktiptif lebih menekankan teori. Tujuan
utamanya ialah untuk meneroka dan mengkaji perkaitan tentang pembolehubah.
Manakala menurut Rohana (2003), dalam penyelidikan sains sosial, para penyelidik
banyak berurusan dengan manusia dan perkara-perkara yang bersangkutan
dengannya. Disebabkan para penyelidik juga manusia, mereka kadangkala
mendapati amat sukar untuk mengetepikan perasaan sendiri tentang apa yang
disukai dan tidak disukai, perasaan simpati, sikap prejudis dan rasa kecewa.
Akibatnya, ada di kalangan penyelidik sains sosial yang terperangkap dalam hasrat
untuk mencuba memperjelaskan harapannya sendiri, kepercayaan-kepercayaan dan
pandangan-pandangan yang berat sebelah. Dalam keadaan ini penyelidik telah
gagal untuk benar-benar mencari kebenaran yang hakiki tentang apa yang
diselidikinya. (Hunt & Colander, 2002). Oleh itu kajian tinjauan amat sesuai di dalam
kajian sains sosial.

Jawab 5
Kajian tinjauan atau penyelidikan tinjauan adalah kaedah kajian yang paling popular
digunakan dalam kalangan penyelidik. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik
dan temu bual. Kelebihannya adalah mudah, cepat dan menyeluruh tetapi ia
mempunyai kelemahan juga iaitu hanya mendapatkan maklumat berkenaan
pandangan atau pendapat sahaja. Selain itu juga, terdapat lima peringkat tinjauan
iaitu meninjau reka bentuk dan persiapan rancangan, ujian awalan, reka bentuk
tinjauan terakhir dan perancangan, pengumpulan data dan pengekodan. Bagi
kegunaan penyelidikan tinjauan pula mempunyai tiga kegunaan iaitu deskriptif,
penjelasan dan penerokaan. Kajian tinjauan paling banyak dilaksanakan dalam
sains sosial berdasarkan pandangan Rohana (2003), bidang sains sosial tidaklah
sesuatu perkara yang begitu asing bagi kebanyakan orang. Cuma mungkin apa

yang dikaji adalah isu-isu yang penting tetapi tidak begitu dipedulikan sebab tiada
kepentingan untuk berbuat demikian. Dalam hal ini, orang kebanyakan masih boleh
untuk membaca artikel yang ditulis dalam bidang ekonomi, sosiologi, antropologi,
mahu pun bidang-bidang lain dalam sains sosial dan memahami kandungannya.
Meski pun mungkin ada beberapa istilah-istilah teknikal yang digunakan di dalam
artikel tersebut, akan tetapi ia tidaklah sesukar memahami istilah-istilah yang
digunakan di dalam bidang Sains Tabii. Kajian tinjauan membolehkan orang
kebanyakan (layman) masih boleh memahami artikel dalam bidang Sains Sosial
yang dibacanya berbanding artikel dalam bidang Sains Tabii.

Das könnte Ihnen auch gefallen

  • Kad Pengurus Aturcara
    Kad Pengurus Aturcara
    Dokument12 Seiten
    Kad Pengurus Aturcara
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Forum 1b
    Forum 1b
    Dokument2 Seiten
    Forum 1b
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Forum 3
    Forum 3
    Dokument3 Seiten
    Forum 3
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Bahagian A BML 3113 OK
    Bahagian A BML 3113 OK
    Dokument37 Seiten
    Bahagian A BML 3113 OK
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Forum 1
    Forum 1
    Dokument2 Seiten
    Forum 1
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Ulas Artikel
    Ulas Artikel
    Dokument7 Seiten
    Ulas Artikel
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Bahagian A KRP 3013 OK
    Bahagian A KRP 3013 OK
    Dokument33 Seiten
    Bahagian A KRP 3013 OK
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Forum 1
    Forum 1
    Dokument2 Seiten
    Forum 1
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Forum 7 Siap
    Forum 7 Siap
    Dokument3 Seiten
    Forum 7 Siap
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Forum 1
    Forum 1
    Dokument1 Seite
    Forum 1
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • TUGASAN 1selesai
    TUGASAN 1selesai
    Dokument5 Seiten
    TUGASAN 1selesai
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Forum 2
    Forum 2
    Dokument2 Seiten
    Forum 2
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Forum 5 Siap
    Forum 5 Siap
    Dokument1 Seite
    Forum 5 Siap
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Forum 6 Siap
    Forum 6 Siap
    Dokument2 Seiten
    Forum 6 Siap
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Forum 2
    Forum 2
    Dokument3 Seiten
    Forum 2
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Forum 4
    Forum 4
    Dokument2 Seiten
    Forum 4
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Forum 1
    Forum 1
    Dokument3 Seiten
    Forum 1
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Forum 4 Siap
    Forum 4 Siap
    Dokument2 Seiten
    Forum 4 Siap
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Forum Cergas
    Forum Cergas
    Dokument2 Seiten
    Forum Cergas
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Forum 5
    Forum 5
    Dokument1 Seite
    Forum 5
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Forum 1
    Forum 1
    Dokument2 Seiten
    Forum 1
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Forum 1
    Forum 1
    Dokument2 Seiten
    Forum 1
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Forum 2
    Forum 2
    Dokument2 Seiten
    Forum 2
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Forum 3
    Forum 3
    Dokument3 Seiten
    Forum 3
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Forum 5
    Forum 5
    Dokument5 Seiten
    Forum 5
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Forum 2
    Forum 2
    Dokument3 Seiten
    Forum 2
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Forum 3
    Forum 3
    Dokument2 Seiten
    Forum 3
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Forum 6
    Forum 6
    Dokument3 Seiten
    Forum 6
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen
  • Forum 2
    Forum 2
    Dokument2 Seiten
    Forum 2
    Anuar Jais
    Noch keine Bewertungen