Sie sind auf Seite 1von 7

Folio Sivik

TAJUK

Tokoh
Nama Guru : Puan Elin Akaw

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA

KELAS

1.Malcolm Sulliman

3B

2.Muhd Zaimuddin

3B

3.Aaron Gibson

3B

4.Irvine Allen

3B

Isi Kandungan

Bil

Perkara

Halaman

Penghargaan

2.

Pengenalan

3.

Frasa dan contoh frasa dari novel Perjudian

EMPAT [4] pola ayat dasar bahasa Melayu

15

Penutup

17

Rujukan

17

Tan Sri Datuk Amar Dr.P. Ramlee

P. Ramlee dalam filem Madu Tiga (1964)

Kelahiran

Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh


22 Mac 1929
40A, Counter Hall Road,Pulau Pinang, Malaysia

Meninggal

29 Mei 1973 (umur 44)

dunia
Sebab kemati Serangan jantung
an
Tempat mayat No. 22, Jalan Dedap, Taman P. Ramlee, Setapak, Kuala Lumpur
dijumpai
Perkuburan

Pusara Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Tugu

Pustaka Peringatan P. Ramlee

peringatan
Tempat

No. 22, Jalan Dedap, Taman P. Ramlee, Setapak, Kuala Lumpur

tinggal
Warganegara

Malaysia

Nama lain

Ramli Puteh

Etnik

Melayu Aceh

Pendidikan

Sekolah Melayu Kampung Jawa


Francis Light English School(1939-1941)
Japanese Navy School (Kaigun Gakko)
Penang Free School (1945-1947)

Pekerjaan

Penyanyi, pelakon, pengarah filem, pemuzik, penulis lagu

Tahun aktif

1945[nota 1] - 1973

Organisasi
Gelanggang Film (1958)
Sazara Film (1970)
PERFIMA (1970)
Rumpun Melayu Film (1973)

Agama

Islam

Pasangan
Junaidah Daeng Harris (1950-1954)
Noorizan Mohd Noor (1955-1961)
Saloma (1961-1973)
Anak
Mohamad Nasir (1953)
Arfan (1954)
Ibu bapa
Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim
Che Mah Hussein

Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee (dilahirkan


sebagai Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh; 22
Mac 1929 - 29 Mei 1973) merupakan seorang
penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis
lagu yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia.
Beliau juga digelar sebagai "Seniman Agung
Negara" kerana jasanya yang amat besar dalam
industri hiburan terutamanya di rantau Asia
Tenggara. Beliau pernah mendapat pengiktirafan
antarabangsa seperti Best Male Lead Role (Festival
Filem Asia Ke-4, Tokyo) dan Most Versatile Talent
(Festival Filem Asia Ke-10, Tokyo). Beliau berjaya
menghasilkan sebanyak 401 buah lagu dan 66
buah filem sepanjang hayatnya.

Pendidikan
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah
Melayu Kampung Jawa dan Francis Light English
School. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran
di Penang Free School sehingga meletusnya Perang
Dunia Kedua.[1] Ketika beliau masih bersekolah di
Penang Free School, beliau dikenali sebagai pelajar
yang kemas dari segi tulisan dan mempunyai
bahasa yang menarik. Pada waktu tengah hari,
beliau mempelajari pendidikan Islam dan pada
sebelam malamnya, beliau aktif bersukan. Guru
beliau, Encik Hashim adalah bapa kepada Ahmad
Daud. Setiap hari, beliau akan disuruh oleh Encik
Hashim untuk menghantar buku-buku pelajar ke
rumahnya. Sebelum pulang ke rumah, beliau
seringkali dipelawa untuk makan di rumah Encik
Hashim. Ketika zaman
pendudukan
tentera
Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Japanese
Navy School (Kaigun Gakko) sebelum kembali ke
Penang Free School apabila perang tamat.

Latar belakang
Beliau telah dilahirkan pada 22 Mac 1929, iaitu
selepas khutbah selesai pada pagi Hari Raya
Aidilfitri di Pulau Pinang. Beliau adalah anak
kepada pasangan Teuku Nyak Puteh bin Teuku
Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 1967). Sebelum Che Mah melahirkannya, Che Mah

telah mengadu sakit perut pada sebelah paginya.


Tetapi, bapanya harus menunaikan sembahyang
raya. Mujurlah ibu Che Mah tinggal bersama-sama
dengannya. Ibu Che Mah telah memanggil bidan
dan orang ramai mula berkumpul di rumah
mereka. Selepas pulang daripada menunaikan
solat, Teuku Nyak Puteh mendapati anaknya telah
selamat dilahirkan. Ibu Che Mah telah memanggil
cucunya dengan panggilan "Ramlee" kerana
kesukaran memanggil nama "Teuku Zakaria".
Teuku Nyak Puteh merupakan anak tunggal yang
berasal
dari Lhokseumawe, Acheh.
Bapanya
mengembara untuk menjadi pelayar kerana
merajuk kepada salah seorang ahli keluarganya.
Akhirnya, beliau berkenalan dengan seorang janda
bernama Che Mah Hussein. Perkenalan ini telah
menyebabkannya berkahwin dengan Che Mah
pada
tahun
1925
di Kampung
Kubang
Buaya, Butterworth. P. Ramlee mempunyai seorang
adik-beradik tiri melalui perkahwinan pertama
ibunya, iaitu Syeikh Ali. Ibunya meninggal
akibat penyakit barah gusi, ketika P. Ramlee dalam
perjalanan pulang ke Pulau Pinang.

Das könnte Ihnen auch gefallen