Sie sind auf Seite 1von 2

Contoh draf surat ( Buat ; asal serah kepada penama, salinan simpan dalam fail sps)

Ruj. Kami : JBA5006/100-23/2/1/27( )


Tarikh
: 20 APRIL 2015
Kepada;
MASTURA BTE RAHMAT
GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,
SEKOLAH KEBANGSAAN BAKRI BATU 2,
MUAR , JOHOR.
Tuan,
PELANTIKAN AJK PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH (JPMS)
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Merujuk kepada dokumen Prosedur Operasi Standard: Sistem Pengurusan
Sekolah Versi 1.1 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Pihak
sekolah dikehendaki mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah
(JPMS) di peringkat sekolah.
3.
Sehubungan dengan itu, tuan telah dilantik sebagai AJK JPMS peringkat
sekolah dan bertanggungjawab terhadap kesahihan data Sistem Pengurusan
Sekolah
Justeru dengan lantikan ini, adalah diharap tuan/puan dapat
memberikan komitmen dan kerjasama sepenuhnya ke arah pengurusan data dan
maklumat yang berkualiti.
4.
Perhatian dan kerjasama tuan berhubung perkara di atas amat dihargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah
( JAMILAH BTE ABDULLAH )
Guru Besar,
SK Bakri Batu 2, Muar.
s.k - Fail

Pengerusi : PGB
Ajk
Setiausaha

: GDM

AJK
:
1 GPK Pentadbiran
2 GPK HEM
3 GPK KOKO
4 GPK Penyelia Petang
5 GPK Ting 6
6 GPK Pend Khas / Guru Pend Khas
7 Guru PRA 1 orang saja
8 Ketua kerani / AKP

Das könnte Ihnen auch gefallen