Sie sind auf Seite 1von 3

TERMA DAN SYARAT OH YEAH!

DEPOSIT CAMPAIGN
Terma dan syarat seperti berikut adalah tertakluk kepada Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB)
(6175-W), Kempen Deposit Oh Yeah!
1. Kempen Deposit Oh Yeah! (Kempen) ini bermula dari 1hb Mac 2012 sehingga 31hb Ogos 2012
(Tempoh Kempen).
2. Kempen ini adalah terbuka kepada pelanggan perseorangan BMMB yang baharu dan sedia ada yang
menetap di Malaysia.
3. Untuk menyertai Kempen ini, pelanggan perseorangan BMMB hendaklah membuka Akaun Simpanan-i
@ ONE Reach (Oh Yeah!) dengan deposit permulaan minima sebanyak RM10.
4. Terma-terma dan syarat-syarat yang lain adalah seperti berikut: Untuk layak menyertai Cabutan (Cabutan Bulanan dan Utama), pemegang Akaun
Simpanan-i @ ONE Reach (Oh Yeah!) (Pemegang Akaun) dikehendaki untuk mengekalkan
baki purata harian minima sebanyak RM1,000.
Deposit, samada secara tunai mahupun cek boleh dibuat melalui kaunter, Mesin Deposit
Tunai, Terminal Deposit Cek ataupun mana-mana cara deposit yang dibenarkan oleh
pihak BMMB.
Deposit secara cek adalah tertakluk kepada penjelasan cek dan hanya akan
dipertimbangkan setelah hasil dikreditkan ke dalam akaun tersebut. Perletakan deposit
secara cek untuk tujuan Kempen ini mesti dibuat di dalam gandaan RM1,000.
Pemegang Akaun tidak digalakkan untuk membuat pengeluaran daripada akaun simpanan
sepanjang tempoh Kempen.
5. Berikut adalah individu-individu dan/atau organisasi-organisasi yang tidak layak menyertai Kempen
ini:
Pelanggan korporat dan komersial;

Kakitangan BMMB samada tetap atau kontrak (termasuk kakitangan anak syarikat dan
syarikat-syarikat yang berkaitan dengan BMMB) dan ahli keluarga terdekat mereka
(pasangan, anak-anak, ibu bapa, dan adik beradik);

Wakil-wakil dan/atau ejen-ejen (termasuk ejen pengiklanan & promosi dan vendor
teknologi) kepada BMMB dan ahli keluarga terdekat mereka (pasangan, anak-anak, ibu bapa
dan adik beradik) yang terlibat secara langsung di dalam Kempen ini; dan

Individu berumur 18 tahun ke bawah


6. Untuk Akaun Bersama, Pemegang Akaun utama sahaja yang akan menjadi peserta yang layak.
Bilangan penyertaan akan ditentukan pada setiap akaun tanpa mengira bilangan akaun bersama
dalam akaun simpanan di BMMB.
7. Pemilihan pemenang
7.1 Dalam menentukan pemenang Kempen, sistem Mata Terkumpul (MT) digambarkan seperti di
bawah akan di aplikasikan. Oleh itu, semakin banyak deposit, semakin tinggi peluang mereka
untuk menang.
Baki purata harian minima
RM1,000
RM2,000
RM2,500

Mata Terkumpul (MT)


Satu (1) MT
Dua (2) MT
Dua (2) MT

7.2 Pemegang Akaun (tertakluk kepada perkara 5) berpeluang menyertai Cabutan seperti berikut:7.2.1 Cabutan Bulanan

Calon yang layak akan disenarai pendek secara rawak.

TERMA DAN SYARAT OH YEAH! DEPOSIT CAMPAIGN


Calon yang telah disenarai pendek dan telah berjaya memenangi satu (1) hadiah
di dalam Cabutan Bulanan tidak layak untuk memenangi hadiah lain dalam bulan
tersebut.

Terdapat sejumlah 50 pemenang bagi setiap bulan sepanjang Tempoh Kempen.


7.2.2 Cabutan Utama

Calon yang layak akan disenarai pendek secara rawak pada bulan terakhir
Kempen.

Pemenang akan dihubungi melalui telefon untuk pengesahan kemenangan


mereka.

Pemenang hadiah Cabutan Bulanan layak untuk dipilih sebagai calon pemenang di
dalam Cabutan Utama.
7.3 Pemenang akan ditentukan oleh jawatankuasa pemilihan pemenang di mana keputusan
jawatankuasa adalah muktamad. Tiada surat-menyurat, pertanyaan, rayuan, mahupun bantahan
akan dilayan bagi mana-mana situasi.
7.4 BMMB mempunyai hak untuk mengguna, menerbit atau memaparkan nama-nama, gambargambar dan maklumat-maklumat lain pemenang untuk tujuan pangiklanan dan publisiti tanpa
sebarang kos atau pampasan.

8. Notis pemberitahuan pemenang


8.1 Pemenang akan diberitahu melalui surat, mel dan/atau panggilan telefon. Nama-nama pemenang
akan dipaparkan di laman sesawang BMMB www.muamalat.com.my dan/atau surat khabar yang
terpilih.
9. Hadiah-hadiah
9.1 Hadiah hendaklah didaftarkan di atas nama pemenang (jika berkenaan).
9.2 Hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukar ganti (kepada tunai atau kepada saiz yang
berbeza, warna, atau model selain daripada hadiah ditentukan oleh BMMB untuk hadiah-hadiah
cabutan) dan tertakluk kepada Terma dan Syarat-syarat yang dinyatakan di sini
9.3 Pemenang Kempen ini hendaklah bertanggungjawab ke atas semua cukai, kadar, yuran kerajaan
atau apa-apa caj yang boleh dikenakan terhadap mereka di bawah mana-mana undang-undang,
jika berkenaan. Bagi hadiah kenderaan, kos pendaftaran, insurans / takaful, cukai jalan dan
pengangkutan (jika ada) hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang. BMMB akan
membuat bayaran untuk hadiah-hadiah kenderaan sahaja (tertakluk kepada budi bicara pihak
BMMB dari masa ke semasa).
9.4 Sebaik sahaja kenderaan telah didaftarkan di bawah nama pemenang, pemenang hendaklah
bertanggungjawab terhadap semua perkara-perkara yang yang berkaitan dengan kenderaan
berkenaan dan BMMB hendaklah dilepaskan daripada apa-apa liabiliti atau tanggungan ke atas
kenderaan tersebut.
9.5 BMMB mempunyai hak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang
sama nilai pada bila-bila masa tanpa sebarang notis
10. Tuntutan hadiah
10.1 Pemenang dikehendaki menuntut hadiah dalam tempoh 21 hari dari tarikh pengumuman namanama pemenang, sekiranya gagal berbuat demikian, hadiah yang tidak dituntut akan ditarik
balik.
10.2 Untuk menuntut hadiah, pemenang hendaklah mengemukakan kad pengenalan mereka untuk
tujuan pengesahan dan juga perlu menandatangani borang / akuan (jika ada) sebagaimana
yang dikehendaki oleh BMMB.
11. Pengishtiharan dan kebenaran
11.1 BMMB berhak untuk menukar atau meminda mana-mana aspek di dalam Kempen atau manamana bahagian di dalam terma dan syarat ini tanpa notis terlebih dahulu.

TERMA DAN SYARAT OH YEAH! DEPOSIT CAMPAIGN


11.2 BMMB berhak untuk membatalkan, menamatkan atau mengantung Kempen ini dengan atau
tanpa notis terlebih dahulu. Bagi mengelakkan keraguan, Pemegang Akaun adalah tidak berhak
untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap BMMB untuk mana-mana kerugian
atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Pemegang Akaun secara langsung atau tidak
langsung terhadap pembatalan, penamatan atau pengantungan tersebut.
11.3 Dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, Pemegang Akaun adalah dianggap telah
membaca dan memahami serta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini beserta
dengan terma dan syarat agensi yang dilantik dan dengan secara tidak boleh batal
membenarkan BMMB untuk mendedahkan butir-butir Pemegang Akaun kepada pihak lain yang
secara langsung atau tidak lansung menganjur serta mempromosikan Kempen ini.
11.4 BMMB tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana kecederaan atau kehilangan nyawa
dan barang-barang berharga atau mana-mana kerosakan walau apa pun atau bagaimana jua
yang dialami atau ditanggung secara berterusan oleh Pemegang Akaun yang timbul secara
langsung atau tidak langsung secara keseluruhan atau sebahagian akibat daripada penyertaan
atau hadiah yang dimenangi dalam kempen ini atau sebagai akibat dari tindakan atau
peninggalan dari pihak BMMB. BMMB tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana
kegagalan untuk melaksanakan mana-mana tanggungjawab yang berkaitan dengan Kempen ini
disebabkan oleh kejadian alam semulajadi, peperangan, rusuhan, mogok, tindakan industri,
kebakaran, banjir atau mana-mana situasi di luar kawalan BMMB.
11.5 Selain dari Terma-terma dan Syarat-syarat khusus Kempen yang dinyatakan di sini, segala
terma-terma dan syarat-syarat lain yang termaktub di dalam Terma-terma dan Syarat-syarat
akaun simpanan di bawah konsep Al-Mudharabah hendaklah diguna pakai.
11.6 Sekiranya terdapat ketidakselarasan atau percanggahan di antara Terma dan Syarat di dalam
versi Bahasa Inggeris dan terjemahannya, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Sekiranya
terdapat ketidaselaran di atara Terma dan Syarat ini dan mana-mana risalah, bahan-bahan
pemasaran atau promosi yang berkaitan dengan kempen atau promosinya, Terma dan Syarat ini
haruslah diguna pakai.

Das könnte Ihnen auch gefallen