Sie sind auf Seite 1von 35

Isu-Isu Alam Sekitar

Ramai orang kini sedar tentang kemerosotan alam sekitar. Bagi tempattempat tertentu kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh
dianggap sebagai bencana. Sebagai contohnya, kebocoran loji nuclear di
Chernoby, Ukraine ( dulunya dalam kesatuan Soviet ) telah merosakkan
alam sekitarnya tanpa dapat diperbaiki dan masih menjadi ancaman kepada
penduduk sekitar dan alam sekeliling. Media massa sering membawa berita
tentang aspek kemerosotan alam sekitar alam sekitar, dan tidak kurang juga
orang perseorangan menyuarakan tentang keadaan alam sekitar itu dalam
media tersebut. Antara perkara yang diberi perhatian termasuklah keadaan
pencemaran di Bandar-bandar besar, kesesakan lalu lintas di Bandar, banjir
kilat, pencemaran air, pencemaran udara, bunyi dan tanah tanih.Selain itu,
penebangan hutan tak terkawal dan kepupusan pelbagai spesis flora dan
fauna juga turut diberi perhatian.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan adalah amat
penting untuk kemajuan sesebuah negara. Namun pembangunan yang tidak
mengambil kira ataupun tidak diseimbangkan dengan kemampuan alam
sekitar sudah semestinya akan menyebabkan konsep pembangunan
berterusan tidak dapat direalisasikan. Akibatnya bukan hanya generasi ini
sahaja yang akan mengalami masalah tetapi generasi masa depan akan
menwarisi masalah yang diwujudkan pada masa ini. Oleh itu, timbullah
pelbagai isu dan masalah berkenaan kualiti alam sekitar yang semakin
merosot dan diburukkan lagi dengan pelbagai kelemahan dan kekangan
dalam menangani isu dan masalah tersebut.
Pelbagai usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah dilakukan
sama ada oleh kerajaan, pihak swasta dan masyarakat sendiri melalui cara
perundangan dan bukan perundangan namun hasilnya tetap tidak
memuaskan. Keadaan ini disebabkan oleh pelbagai kelemahan dan
kekangan dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut. Adalah
diharapkan tugasan yang dijalankan ini dapat mengenal pasti kekangan
dan masalah tersebut dan seterusnya mencadangkan cara penyelesaian
yang lebih baik dan berkesan untuk isu-isu tersebut.
MASALAH KETEGASAN DAN PELAKSANAAN
Keberkesanan kaedah kawalan alam sekitar bergantung pada setakat mana
kawalan-kawalan itu mencukupi dan memandai. Apakah kawalan-kawalan
itu merangkumi segala aspek permasalahan alam sekitar, termasuk segala
bentuk bentuk pencemaran dan keutuhan sumber alam. Pengawalan bukan
semata-mata terhadap masalah yang telah serius tetapi juga turut
merangkumi segala bentuk pencemaran walaupun masih dalam peringkat
yang tidak membimbangkan dan juga segala kemungkinan kemusnahan
terhadap alam sekitar yang akan berlaku juga perlu diambil kira. Di
Malaysia, peruntukkan undang-undang adalah merangkumi hampir segala

aspek tentang alam sekitar namun adalah menjadi satu trend bagi pihak
berkuasa untuk menumpukan kawalan ke atas masalah-masalah alam
sekitar yang telah serius dan mendapat perhatian dan meminggirkan
masalah-masalah yang biasa. Namun pihak
1

berkuasa tidak boleh dipersalahkan kerana untuk melakukan kawalan yang


menyeluruh memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, pihak swasta dan
masyarakat secara amnya perlu mengeluarkan sedikit wang dan tenaga
untuk membantu pihak berkuasa menjalankan kawalan menyeluruh ke atas
alam sekitar dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata..
Masalah seterusnya ialah dari segi ketegasan langkah-langkah kawalan yang
telah diambil. Apakah peraturan-peraturan yang dibuat dalam bentuk
penetapan tingkat piawaian misalnya, sudah cukup tegas dan sesuai dengan
tingkat yang boleh menjamin kesihatan, atau apakah tingkat tersebut sudah
cukup tinggi sesuai dengan tingkat penetapan yang telah dibuat oleh badan
antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau Amerika
Syarikat. Begitu juga apakah cukai pencemaran atau denda yang dikenakan
itu sudah cukup tinggi sehingga ia boleh dijadikan daya penggerak utama
bagi menggelakkan pencemaran. Soalan seterusnya ialah dari segi
pelaksanaannya. Apakah semua program dan penetapan yang telah dibuat
itu dapat dijalankan sepenuhnya?
Masalah ini akan diulas lebih lanjut dalam kelemahan penguatkuasaan tetapi
dari segi umumnya tingkat piawaian pengurusan alam sekitar di negara ini
ada yang telah mencapai standard antarabangsa dan ada yang belum.
Sebagai contoh, sistem pembekalan air di Malayisa telah memenuhi
piawaian WHO ( sumber: Majalah MASSA ) namun pengurusan alam sekitar
di Malaysia masih dikritik masyarakat antarabangsa kerana lebih
mengutamakan pembangunan. Tentang denda dan undang-undang yang
ada, secara keseluruhan ia masih belum mampu membendung pencemaran
di tahap yang dikehendali dan bukan semua program yang dirancang dapat
dilaksanakan kerana pelbagai masalah dan kekangan. Contohnya program
kitar semula yang bermula awal tahun 2000 semakin terpinggir kerana tiada
sambutan daripada masyarakat selain daripada kesukaran mewujudkan
pusat kitar semula di setiap daerah dan kawasan.
KEKANGAN POLITIK DAN EKONOMI
Masalah alam sekitar berkait rapat dengan masalah ekonomi dan seterusnya
kekukuhan politik pemerintah pemerintah. Keutamaan yang diberikan
terhadap penjagaan alam sekitar bermakna sedikit sebanyak akan
menyekat dan menjejaskan prestasi ekonomi. Ketidakstabilan ekonomi
negara akan menyebabkan kemerosotan sokongan rakyat terhadap parti
pemerintah. Kerajaan pusat dan negeri memerlukan sumber kewangan yang
besar bagi projek-projek pembangunan. Oleh itu, projek-projek
pembangunan lebih diutamakan daripada kepentingan alam sekitar.
Beberapa contoh dapat dilihat. Pembinaan lebuh raya Karak-Kuala Lumpur
telah menyebabkan pencemaran Sungai Gombak dan perlahan-lahan
menjadikannya sebagai kawasan paya yang tidak berguna . Pembinaan jalan
raya Relau-Balik Pulau telah merosakkan tanaman di enam buah kampong di
daerah Relau dan Balik Pulau.

Selain itu, keanggotaan dalam Majlis Kualiti Alam Sekitar ( sebarang


peraturan alam sekitar yang akan dibuat dirujukkan kepadanya) juga
gagal untuk mencerminkan
2

penyertaan rakyat. Daripada sembilan perwakilan yang terdapat di dalamnya


tiada satupun daripada rakyat awam atau daripada mana-mana badan bukan
berkepentingan kerajaan. Cuma seorang sahaja yang dilantik daripada
kalangan kakitangan akademik universiti. Perwakilan yang seperti itu sudah
tentu akan lebih memberatkan kepada priority pembangunan ekonomi. Oleh
itu, segala candangan dan nasihat daripada perwakilan majlis ini kepada
Menteri berkenaan juga tidak mungkin berada dalam tingkat mendesak
khususnya daripada keperluan piawaian yang tegas. Oleh itu, adalah penting
agar keanggotaan dalam Majlis ini dinilai semula atau mempunyai beberapa
pemerhati daripada golongan orang awam agar segala keputusan dan
tindakan yang diambil oleh Majlis ini tidak mengutamakan kepentingan
ekonomi semata-mata. Prinsip check and balance yang diamalkan oleh
perlanan sistem pemerintahan negara yang terdiri daripada tiga cabang
utama iaitu eksekutif, legislative dan kehakiman boleh diguna pakai dalam
hal ini.
Penguatkuasaan denda terhadap pihak yang melakukan pencemaran juga
mempunyai kaitan dengan kepentingan ekonomi. Jumlah denda yang tinggi
kepada pengilang bermakna ia akan menjejaskan aktiviti kilang tersebut.
Keluaran mungkin akan dikurangkan atau harga barang keluaran kilang
berkenaan akan dikurangkan. Ini menyebabkan pihak berkuasa
berkecenderungan mengenakan denda yang sedikit bagi kesalahan yang
besar. Misalnya, pada bulan Februari 1982, Hotel Holiday Inn telah didenda
Cuma RM 300 kerana mencemarkan air laut di Batu Feringgi disebabkan
pelepasan najis tak sempurna dan sisa-sisa air buangan. Pada tahun 1981
pula, sebuah kilang di Kedah telah didenda RM 500 kerana mencemar
Sungai Tawar dan Sungai Kangar.
Jika dilihat daripada contoh-contoh ini, hukuman yang dikenakan adalah amat
tidak berpatutan dengan peruntukkan yang ada. Hukuman bagi pelepasan
buangan ke laut ialah denda tidak lebih RM 10000 dan penjara tidak lebih
dua tahun atau kedua-duanya. Manakala hukuman bagi pencemaran perairan
daratan ialah denda tidak lebih RM 10 000, penjara tak lebih dua tahun atau
kedua-duanya dan denda tambahan RM 1000 sehari bagi kesalahan yang
diteruskan selepas mendapat notis daripada Ketua Pengarah untuk
menghentikanya. Di sini, banyak faktor boleh dilihat iaitu kelemahan
penguatkuasaan, unsur korupsi dan sebagainya yang menyebabkan masalah
ini. Tetapi masalah ini juga tidak dapat lari daripada jangkaan bahawa pihak
berkuasa lebih mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata dengan
berlembut dengan pihak yang bersalah. Denda yang dikenakan ini hanyalah
merupakan derma daripada pencemar yang sedikitpun tidak akan memberi
sebarang pengajaran kepada mereka. Mereka akan terus melakukan
pencemaran dan membayar denda yang kecil.
Selain itu, berlaku penindihan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan
Negeri dalam isu-isu dan hal berkaitan dengan alam sekitar. Peruntukkan
dalam Perlembagaan Persekutuan dan Negeri berkenaan sumber dan hal-hal
alam sekitar adalah jelas. Perundangan subsidiari sama ada undang-undang

jenayah dan sivil yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri adalah
mengikut garis panduan Perlembagaan masing-masing kerana ia merupakan
undang-undang yang tertinggi. Kerajaan Persekutuan dalam usahanya untuk
mewujudkan undang-undang yang seragam antara
3

negeri telah meluluskan undang-undang berkaitan alam sekitar yang dapat


digunakan di semua negeri. Langkah ini diterima di semua negeri di
semenanjung namun keseragaman ini tidak dapat dicapai di Sabah dan
Sarawak kerana kedua buah negeri ini mempunyai peruntukkan khas dalam
Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh, tiada pindaaan yang boleh
dibuat dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkait dengan hal ehwal
kedua buah negeri seperti hal- hal perundangan negeri, bidang kuasa
Mahkamah Tinggi, agama dan adat istiadat kedua buah negeri tanpa
persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah atau Sarawak.
Selain itu, Jabatan Alam Sekitar yang merupakan agensi persekutuan di
bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tiada kawalan
menyeluruh berkaitan dengan sumber-sumber alam sekitar. Hal berkaitan
dengan dengan tanah, hutan, sumber air , kawasan Kerajaan tempatan,
perikanan and pertanian adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri
seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai Negeri ,
Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, konflik sering berlaku antara
Kerajaan Persekutuan dan Negeri berkaitan dengan pengurusan alam
sekitar.
Di dalam kes pemuliharaan alam sekitar, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
dan Akta Kualiti Alam Sekeliling ( Pindaan ) 1985 merupakan akta-akta yang
digubal dan diluluskan oleh kerajaan Persekutuan tetapi pengurusan sumber
alam sekitar masih dalam kawalan Kerajaan Negeri. Kejayaan Akta-akta
tersebut bergantung kepada kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan
Kerajaan Persekutuan. Namun kadang kala kerjasama ini susah dicapai jika
berkait dengan kepentingan kedua-dua buah pihak seperti dalam kes
pembalakan di Endau- Rompin.
Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) Hutan Simpan EndauRompin akan dijadikan Taman Negara. Taman Negara ini terdiri daripada
kawasan seluas 500 000 ekar dan termasuk 90 000 ekar di Pahang dan 120
000 ekar di Johor. Pada tahun kedua Rancangan ini, Kerajaan Negeri Pahang
telah menggunakan 30 000 ekar daripada kawasan tersebut untuk
pembalakan. Sebalik pelbagai bantahan daripada badan bukan kerajaan dan
orang awam, kerajaan Negeri menyatakan mereka amat memerlukan hasil
daripada pembalakan tersebut. Walaupun mendapat pelbagai tentangan dan
perhatian daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Pahang
bercadang mengeluarkan lebih banyak lesen pembalakan. Hal ini hanya
dapat diselesaikan selepas pilihan raya pada tahun 1978 di mana Menteri
Besar Pahang yang baru dilantik.
Kes Endau-Rompin merupakan contoh pertelingkahan kepentingan antara
kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Masalah pertelingkahan
kepentingan dan pertindihan kuasa akan tetap berlaku kerana masingmasing mempunyai hak untuk menguruskan sumber-sumber alam sekitar
seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Peruntukkan

tersebut bukanlah buruk atau membebankan kerana ia bertujuan


mengimbangi kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di
dalam sistem pemerintah negara yang berbentuk persekutuan. Namun ia
tetap mempunyai kelemahannya seperti yang telah dinyatakan. Dengan
membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan ia dapat
menyelesaikan masalah tersebut
4

tetapi mewujudkan juga masalah baru seperti kuasa mutlak berada di


tangan Kerajaan Persekutuan dan tiadanya imbangan kuasa dalam
pemerintahan negara.
Namun, langkah terbaik dalam hal ini ialah meminda Perlembagaan
Persekutuan dengan memberi kuasa sepenuhnya kepada Kerajaan
Persekutuan untuk menguruskan sumber dan hal-ehwal alam sekitar namun
adalah penting memasukkan peruntukkan melantik badan yang bebas untuk
mengawasi tindakan kerajaan dalam menguruskan alam sekitar. Hanya
dengan cara ini masalah pertindihan kuasa dan pertelingkahan dapat
diselesaikan di samping memastikan Kerajaan Persekutuan tidak bertindak
sesuka hati dalam pengurusan alam sekitar negara dengan melantik badan
pemerhati bebas untuk mengawasi mereka. Sesungguhnya, jika pihak
kerajaan betul-betul mengutamakan alam sekitar mereka haruslah
megetepikan kepentingan politik dan ekonomi dan melaksanakan
pembangunan terancang ( substainable development) seperti yang
diperuntukkan dalam rancangan Malaysia Ketiga hingga kini ( Rancangan
Malaysia Ke- 9 ).
Tentang masalah melaksanakan undang-undang persekutuan di Sabah dan
Sarawak kerana kedua buah negeri ini mempunyai keistimewaan di dalam
Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Negeri kedua buah negeri perlu juga
mengambil kira kebaikkan undang-undang tersebut terhadap
pembangunan alam sekitar di negeri masing-masing. Tiada salahnya
mengguna pakai undang-undang tersebut dengan menggubal undangundang yang sama dengan undang-undang tersebut dan
menguatkuasakannya di negeri masing-masing jika ia betul-betul
merupakan pilihan terbaik disebabkan kekangan yang ada untuk
menggunakan undang-undang persekutuan.
Tetapi masalah yang ada kini ialah kedua buah negeri terlalu mengikut
telunjuk Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan sesuatu projek sambil
mengabaikan kepentingan alam sekitar. Contohnya, Pembinaaan Empangan
Bakun di Sarawak banyak menjejaskan ekosistem alam sekitar. Kerajaan
negeri dalam hal ini perlu menggunakan kuasa mereka seperti yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk tidak membenarkan
projek ini pada awalnya jika mereka betul-betul mengutamakan kepentingan
dan pengurusan alam sekitar.
MASALAH BIDANG KUASA DAN HIERARKI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS)
Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditubuhkan pada tahun 1975 untuk
menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan diketuai oleh Ketua
Pengarah Kualiti Alam Sekeliling yang mempunyai bidang kuasa tertentu
dalam mentadbir pengurusan alam sekitar di bawah Akta tersebut. Jabatan
ini merupakan salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains,

Teknologi dan Alam Sekitar ( kini Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar ).
Bidang kuasa JAS adalah terhad. Dalam hal-hal penentuan keputusan dan
program, JAS tidak dan kurang berperanan. Ia cuma sebagai badan
penasihat yang nasihatnya
5

tidak semestinya akan diterima. Kementerian sendiri dalam usaha untuk


memajukan penyelidikan sains misalnya penyelidikan dan kegunaan atom
dari segi keputusan dan perancangannya tidak pun meminta dan
mengambil kira pandangan JAS, sedangkan kedua-dua bahagian ini berada
dalam Kementerian yang sama. Di sini jelas bahawa peranan JAS hanyalah
kepada pelaksanaan peraturan alam sekitar yang tertentu sahaja, itu pun
setelah berlakunya kerosakkan. Sekiranya dalam kementerian yang sama
JAS tidak atau kurang mempunyai kuasa untuk menyertai proses membuat
keputusan, maka apatah lagi dalam Kementerian lain atau jabatan-jabatan
luar daripada kementerian ini.
Masyarakat cenderung menyalahkan Jabatan Alam sekitar apabila berlaku
satu pencemaran yang serius kerana tidak mengambil langkah awal
mencegahnya. Apakah daya Jabatan ini untuk melaksanakan langkah
pencegahan awal jika tidak mendapat sokongan dan kerjasama daripada
Kementeriannya sendiri. Jabatan boleh mengesyorkan mengambil tindakan
awal untuk mencegah sesuatu pencemaran daripada berlaku namun jika
Kementerian sendiri tidak menyokong tindakan mereka dan meluluskannya
serta lebih mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata, cadangan itu
hanya tinggal cadangan tanpa pelaksanaan. Masyarakat perlu sedar bahawa
kakitangan JAS hanya makan gaji dengan kerajaan dan tidak mampu
mengingkari arahan majikan sendiri. Oleh itu, JAS tidak sepatutnya
disalahkan seratus peratus apabila berlaku pencemaran alam sekitar yang
serius.
Contoh masalah yang mungkin timbul antara JAS dan Kementerian ialah
pihak Kementerian membenarkan pembalakan di sesuatu kawasan dan JAS
berpendapat pembalakan tersebut akan memberi kesan yang serius kepada
alam sekitar. Jika Kementerian tetap dengan keputusannya JAS tidak mampu
menghalang kerana Kementerian dan pihak kerajaan mempunyai autoriti
dalam hal ini. Oleh itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui
Menterinya Datuk Seri Adenan Satem perlu peka terhadap perkara ini dan
mengambil kira penglibatan dan pendapat JAS sebelum membuat sesuatu
keputusan agar objektif pembangunan terancang dapat dicapai.
Selain itu, beberapa kelemahan lain wujud dalam JAS dalam melindungi dan
meningkatkan mutu alam sekitar, misalnya tidak terdapat unit-unit
penguatkuasa khas iaitu pegawai-pegawai dalam setiap unit ( unit
pencemaran air, udara dan sebagainya) yang bertanggungjawab untuk
memastikan pelaksanaan peraturan. Yang ada cuma perbincangan
perbincangan antara JAS dengan unit-unit tersebut sahaja. Untuk
menyelesaikan masalah ini dan melancarkan penguatkuasaan, adalah wajar
dilantik seorang pegawai bagi setiap unit penguatkuasaan agar dapat
menyelia dan merancang setiap tindakan unit tersebut.
Pertindihan kuasa antara bidang kuasa pengurusan alam sekitar antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga merumitkan kerja JAS.
Sebahagian besar sumber alam sekitar yang sepatutnya berada dalam

pemantauan JAS adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri seperti


tanah, air dan hutan. Oleh itu, mungkin timbul isu JAS tidak dibenarkan
menjalankan tugas mereka oleh Kerajaan Negeri kerana tindakan
6

mereka melibatkan bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sebagai contoh, terdapat


sebuah kilang membuang bahan buangan ke dalam sungai dan JAS hendak
mengambil tindakan terhadap mereka. Namun mereka memberikan surat
daripada Kerajaan Negeri yang membenarkan perbuatan tersebut. Dalam hal
ini, JAS akan berada dalam dilema sama ada mengambil tindakan atau tidak
kerana perkara tersebut berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.
Dalam keadaan ini, JAS perlu melaksanakan tugas mereka kerana mereka
mempunyai hak di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan jika perkara
ini dibawa ke mahkamah, mahkamah perlu memainkan peranan dalam
menyelesaikannya.
Namun pertindihan kuasa ini juga mempunyai kebaikkan di mana kerajaan
tempatan yang juga mempunyai kuasa dalam pengurusan alam sekitar
boleh membantu JAS dalam penguatkuasaan. Kerjasama ini sudah
tentunya membawa lebih banyak kebaikkan daripada bertelingkah
tentang pertindihan kuasa yang ada. Selain itu, kerjasama juga boleh
dibuat dengan agensi penguatkuasa yang lain seperti Jabatan
Pengangkutan Jalan, Jabatan Perikanan, Jabatan Perhutanan, Pejabat
Daerah dan Tanah dan Jabatan Kesihatan.
MASALAH KAKITANGAN
Masalah utama yang dihadapi oleh Jabatan Alam Sekitar dalam
menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar adalah dari segi masalah
kakitangan organisasi iaitu berkaitan dengan pengambilan kakitangan untuk
mengisi jawatan kosong. Oleh sebab kakitangan yang ada tidak mencukupi
untuk menjalankan segala aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaan
peraturan yang ditetapkan di bawah akta tersebut, maka jawatan kosong ini
perlu diisi.
Pada peringkat awal pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pejabatpejabat JAS yang mentadbirkan Akta ini memang telah menduga bahawa
masalah perjawatan akan wujud dan dijangka bahawa akta ini akan
mengambil masa sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun sebelum dapat
dilaksana dan dikuatkuasakan sepenuhnya. Pada tahun 1974 dan 1975,
tugas-tugas untuk menyelengarakan penubuhan JAS sebagai agensi yang
akan mentadbirkan akta ini dan masalah pentadbirannya terpaksa
dikendalikan oleh hanya dua orang Pegawai Tadbir Diplomatik (P.T.D ) serta
tanpa kakitangan pembantu yang tetap. Sehingga tahun 1975, kedudukan
kepegawaian di Jabatan Alam Sekitar masih lagi serius dengan beberapa
kekosongan jawatan berlaku pada peringkat yang lebih kanan. Daripada
sejumlah 25 jawatan yang ada cuma 13 jawatan sahaja yang terisi.
Pegawai-pegawai teknikal hanya diperoleh pada peringkat rendah mulai dari
bulan Mei 1975. Sungguhpun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan
Perkhidmatan Awam telah berusaha mencari calon yang berkelayakan untuk
memenuhi jawatan-jawatan tersebut tetapi masih tidak dapat dipenuhi

kerana ketiadaan calon yang sesuai dalam bidang yang berkaitan. Oleh
yang demikian, program kerja yang menyeluruh tentang langkah-langkah
kawalan dan kerja-kerja perancangan tidak dapat dijalankan secara
sistematik dan sempurna sepertimana yang diharapkan.
7

Masalah kekurangan kakitangan ini sedikit sebanyak sudah pasti


menjejaskan kejayaan pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
Contohnya dalam aktiviti kajian dasar untuk menentukan pencemaran air
pada tahun 1980, hanya dua kajian dasar sahaja dapat dijalankan
berbanding lapan kajian yang dicadangkan. Ini disebabkan oleh kekurangan
kakitangan pada awal tahun berkenaan.
Berdasarkan statistik yang dikemukakan, ia adalah statistik pada 25- 30
tahun dulu. Jadi apakah keadaannya sekarang? Sehingga kini masalah
kakitangan yang tidak mencukupi masih menjadi masalah bagi JAS dalam
melaksanakan penguatkuasaan dan perancangan. Walaupun JAS
mempunyai pejabat di setiap negeri, pegawai penguatkuasa masih belum
mencukupi. Masalah ini mungkin berpunca daripada pembiayaan yang
tidak mencukupi daripada Kerajaan Persekutuan dan masalah ini juga
berlaku pada agensi penguatkuasa yang lain.
Melihat kepada masalah ini yang masih belum selesai sejak Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 mula berkuatkuasa, ia menunjukkan kelemahan daripada
pihak kerajaan dan negeri dalam menguatkuasakan undang-undang
berkaitan dengan alam sekitar. Keadaan ini juga jelas menunjukkan
ketidaksungguhan pihak terbabit dalam melindungi alam sekitar dan
melaksanakan pembangunan terancang seperti yang telah dinyatakan dalam
pelan Rancangan Malaysia Ketiga hingga sekarang. Oleh itu, masalah ini
perlu diselesaikan segera dengan mengambil sumber tenaga yang
diperlukan untuk Jabatan Alam Sekitar dan jabatan penguatkuasa yang lain
agar masalah ini tidak berlarutan dan undang-undang yang ada dapat
dikuatkuasakan dengan lebih berkesan di samping perancangan
pembangunan alam sekitar yang lebih baik.
Namun janganlah mengambil mereka yang tidak berkelayakan atau tidak
berminat dengan isu alam sekitar untuk memenuhkan jawatan yang
kosong. Adalah lebih baik menanamkan dulu sikap yang betul kepada
mereka yang dilantik agar mereka tidak menjalankan tugas dengan
sambil lewa.
MASALAH KOS PENGURUSAN
Dalam Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980) , JAS telah mendapat
peruntukan perbelanjaan pembangunan awam berjumlah RM 40 juta dan
jumlahnya telah merosot kepada RM 36 juta dalam Rancangan Malaysia
Keempat, walaupun keperluan penjagaan alam sekitar semakin mendesak.
Jika dibandingkan jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan awam,
peratusnya adalah terlalu kecil, tidak melebihi 2 peratus dalam kedua-dua
rancangan tersebut. Walaupun begitu peruntukan kendalian JAS terus
meningkat melebihi 10 kali ganda antara tahun 1976-1985, ini khususnya
disebabkan oleh bilangan kakitangan JAS yang semakin meningkat.

Bagi buangan kotoran kumbahan domestik, JAS telah menetapkan buangan


sebanyak 50 mg/1 BOD ke sungai yang tidak digunakan bagi pembekalan
air dan 20 mg/1 bagi sungai yang digunakan bagi sumber pembekalan air.
Kajian menunjukkan bahawa untuk mencapai matlamat antara 2-20 mg/1 ia
memerlukan perbelanjaan pelaburan sebanyak RM 2.71 billion. Jumlah ini
terlalu besar dan tentunya menyukarkan bagi
8

pihak kerajaan membuat keputusan segera ke atasnya. Pungutan dan


pelupusan sampah sarap pepejal dikatakan melibatkan kos purata pada
tahun 1983 sebanyak RM 50 setiap tan. Kalau bagi Kuala Lumpur yang
dianggarkan buangan pepejal sampah ialah 1000 tan sehari, maka ini
bermakna sejumlah lebih daripada RM 18 juta akan terlibat bagi setiap
tahun untuk kawasan Kuala Lumpur sahaja.
Dari segi pihak pengilang (pencemar), kesukaran juga timbul dalam
melaksanakan kawalan pencemaran. Kos yang besar akan terpaksa
ditanggung bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan. Bagi kilang getah
dan kelapa sawit sahaja, sehingga tahun 1983, sejumlah RM 200 juta
terpaksa dibelanjakan bagi tujuan ini.
Menurut data terkini kerajaan memperuntukkan RM194 juta untuk hal-hal
berkaitan alam sekitar dalam belanjawan 2005. Jumlah ini cukup besar
dibandingkan dengan 15-20 tahun lalu tetapi persoalan yang timbul ialah
adakah jumlah ini mencukupi? Jumlah ini menunjukkan kesungguhan pihak
kerajaan dalam pembangunan alam sekitar negara. Namun jika pencemaran
terus meningkat tanpa pengawalan, jumlah ini sudah tentunya tidak
mencukupi untuk menanggung semua gaji pegawai dan kakitangan yang
terlibat dalam hal-hal alam sekitar, pembersihan semula kawasan
pencemaran, program pemeliharaan dan pemuliharaan dan sebagainya.
Salah satu langkah untuk mengurangkan kos ialah memberi kontrak pada
pihak swasta menjalankan proses pembersihan atau menswastakan
sesebuah agensi atau jabatan yang cuma bertanggungan dalam hal-hal
pembersihan pencemaran. Langkah ini sudah pasti mengurangkan beban
kerajaan namun masalah akan timbul bila orang ramai terpaksa membayar
harga yang tinggi untuk menikmati alam sekitar yang bersih. Dalam hal ini
sudah pastilah pihak kerajaan akan dipersalahkan pula.
Kesimpulannya, berapa banyak pun peruntukkan yang diberikan kepada
kerajaan untuk pembangunan alam sekitar negara, ia tetap tidak mencukupi
jika pencemaran terus meningkat dan masyarakat tidak turut memainkan
peranan memelihara alam sekitar. Oleh itu, langkah terbaik ialah orang ramai
turut memainkan peranan agar pencemaran dapat dikawal dan seterusnya
mengurangkan beban kerajaan. Langkah ini akan turut melancarkan
pembangunan alam sekitar negara agar orang ramai dapat menikmati alam
sekitar yang bersih.
MASALAH KESEDARAN DAN PENERIMAAN UMUM
Sungguhpun kesedaran rakyat tentang kepentingan alam sekitar telah
meningkat, tetapi kesedaran ini masih belum mencapai peringkat yang
realistik. Masih ramai yang melihat pengurusan alam sekitar semata-mata
untuk mengadakan udara yang nyaman dan air yang bersih tanpa melihat
kaitannya dengan usaha pembangunan.

Berdasarkan keadaan ini terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab


terus melakukan kegiatan yang mencemarkan alam sekitar dan
melanggar peraturan alam sekitar. Masih ramai pemandu kenderaan
motor yang menggunakan asap-asap

kenderaan melebihi paras yang dibenarkan iaitu tak lebih 50 UAH yang
ditetapkan di bawah kaedah-kaedah Kereta Motor ( kawalan Pelepasan
Asap dan Gas) 1977.
Majoriti rakyat Malaysia masih tiada kesedaran yang menyeluruh tentang
pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Pelbagai pihak hanya
melenting dan mengutarakan pendapat mereka apabila suatu isu alam
sekitar itu menjadi sensasi atau mendapat liputan meluas media massa.
Namun tiada tindakan susulan yang berkesan yang diambil untuk
menyelesaikannya. Sebagai contoh, isu bahan toksik yang diletakkan di
dalam sebuah kilang terbiar di Johor di mana bahan toksik itu datang dari
Taiwan . Pelbagai pihak mengutarakan kebimbangan mereka dan kesan
bahan toksik itu terhadap penduduk setempat, namun masih tiada tindakan
berkesan untuk menghapuskan bahan toksik atau memindahkannya ke
tempat lain. Mereka yang terbabit memberikan pelbagai alasan seperti pihak
Taiwan enggan menerima balik bahan itu, masalah pengurusan dan undangundang dan sebagainya. Seharusnya tindakan drastik harus diambil dalam
hal ini seperti menlupuskan bahan toksik ini dengan segera dengan cara
yang dipratikkan dan bukan membiarkannya begitu sehingga suatu hari
nanti memudaratkan penduduk.
Rakyat perlu sedar bahawa mereka turut bertanggungjawab dalam
pemeliharan alam sekitar dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata.
Kesedaran perlu ada dan bukannya hanya mengambil mudah isu-isu alam
sekitar atau hanya pandai bercakap tanpa apa-apa tindakan. Cadangan
dan pelan tanpa apa-apa tindakan berkesan umpama mencurahkan air ke
atas daun keladi.
KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
Pendidkan dari peringkat awal memainkan peranan penting untuk
menanamkan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
kepada masyarakat. Namun nilai-nilai ini jarang dapat dilihat dalam
masyarakat kini dan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar semakin
meningkat. Keadaan ini membuktikan kecacatan dalam sistem pendidkan
negara yang gagal menanamkan sifat-sifat sivik dan terpuji serta tentang
hal-hal alam sekitar kepada masyarakat dan golongan pelajar.
Di sekolah Rendah dan Menengah, pendidikan alam sekitar tidak diajar
sebagai matapelajaran yang berasingan dan dimuatkan dalam
matapelajaran lain seperti sains dan Kajian tempatan. Namun untuk
keperluan peperiksaan, sering kali matapelajaran seperti Kajian Tempatan
digunakan untuk mengajar subjek lain. Oleh itu, pendidkan alam sekitar
diabaikan untuk memenuhi keperluan alam sekitar dengan menggunakan
masa itu untuk pelajaran lain. Pada peringkat institusi pengajian tinggi pula
hanya pelajar yang mengambil ijazah atau subjek berkaitan dengan alam
sekitar sahaja mengetahui tentang isu-isu dan cara untuk menguruskan

alam sekitar. Manakala pelajar lain hanya berpandangan seperti


masyarakat biasa iaitu alam sekitar hanya berkait dengan kebersihan, flora
dan fauna dan persekitaran tanpa mengetahui kepentingan pengurusan
alam sekitar yang betul.

10

Namun kini terdapat harapan dalam pendidkan alam sekitar di mana


kerajaan mengutamakan pendidikan alam sekitar bermula dari Rancangan
Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan masyarakat turut melibatkan diri dalam
pendidikan yang bersifat tidak formal. Contohnya promosi kesedaran alam
sekitar, pertandingan bertemakan alam sekitar dan penyiaran rancangan
berbentuk alam sekitar di dalam media elektronik dan media massa.
Adalah diharapkan usaha-usaha yang ada berterusan agar kesilapan masa
lalu tidak diulangi dan generasi muda dan baru memperoleh ilmu yang
menyeluruh tentang pendidikan alam sekitar serta dapat mempraktikkannya
kelak untuk berdepan dengan isu-isu alam sekitar di masa hadapan.
Pendidikan adalah medium yang berkesan untuk pembangunan kelak.
KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Ketiadaan pegawai penguatkuasa yang mencukupi dan kesusahan dalam
menyediakan laporan yang lengkap sebelum sesuatu tindakan dapat diambil
adalah kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dan
menyebabkan kepercayaan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan
semakin menurun. Masalah lain ialah pemantauan sering dilakukan dalam
waktu bekerja walhal banyak pencemaran dilakukan pada waktu malam
seperti pelepasan asap kilang dan sisa buangan ke dalam sungai.
Di peringkat Kerajaan Tempatan dan Pejabat Daerah keadaannya lebih serius
kerana bilangan anggota yang terhad, kebanyakkan daripada mereka tidak
dilatih berkenaan cara menguatkuasakan undang-undang alam sekitar.
Malah ada di antara mereka yang tidak mengetahui pun adanya peruntukkan
tentang penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di bawah bidang
kuasa mereka. Di Pejabat Daerah Hulu Langat, tiada seorang pun pegawai
yang dilatih dalam hal-hal penguatkuasaan alam sekitar dan mereka juga
tidak tahu adanya peruntukkan berkenaan hal berkenaan di bawah bidang
kuasa mereka.
Selain itu, masalah-masalah lain yang dihadapi ialah kekangan politik dan
ekonomi, pertindihan kuasa antara kerajaan Negeri dan Persekutuan,
tiadanya kos yang mencukupi dan tiada kerjasama daripada orang ramai.
Selain itu, masalah pecah amanah atau rasuah juga mungkin timbul yang
menyumbang kepada masalah kelemahan penguatkuasaan namun tiada
data atau kes mengenainya yang diketahui umum.
Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kelemahan
penguatkuasaan alam sekitar. Namun masalah ini tidak seharusnya
dijadikan alasan untuk para pegawai penguatkuasa untuk tidak menjalankan
tugas mereka dengan baik. Mereka sepatutnya berdedikasi dan bersungguhsungguh dalam menjalankan tugas agar usaha mereka dihargai dan
mendapat pujian ramai. Melalui cara ini sahaja, masalah-masalah lain yang
dihadapi mereka akan disedari pihak terbabit dan seterusnya

menyelesaikan masalah tersebut satu persatu. Kelemahan dan tiada


kesungguhan di pihak pegawai
11

penguatkuasa sendiri akan membantutkan lagi penguatkuasaan dan


menambah masalah yang sudah banyak berkenaan penguatkuasaan .
KESIMPULAN
Negara sudah mempunyai banyak peruntukkan undang-undang berkenaan
alam sekitar yang jika dikuatkuasakan sepenuhnya mampu menangani
masalah-masalah alam sekitar yang timbul kini. Namun penguatkuasaan
sepenuhnya masih tidak dapat dijalankan kerana pelbagai kelemahan dan
kekangan yang ada. Dalam hal ini, kerajaan perlu mengambil kira faktor ini
dan bukannya menggubal dan meluluskan undang-undang alam sekitar yang
baru.
Selain itu, pihak swasta dan orang ramai juga perlu memainkan lebih
peranan dalam meringankan beban kerajaan dan tidak mengharapkan
kerajaan semata-mata menangani isu-isu alam sekitar yang timbul.
Penyelesaian masalah alam sekitar secara bukan perundangan seperti
melalui pendidikan formal dan tidak formal perlu dipergiatkan lagi dan
melibatkan pelbagai lapisan masyarakat agar pembangunan terancang
dapat dicapai dengan berkesan.
Pelan pembangunan negara dan pengekalan alam sekitar negara sebenarnya
menuju ke arah yang betul seperti yang dinyatakan dalam Rancangan
Malaysia ketiga hingga Rancangan Malaysia Kesembilan. Namun masih
banyak lagi tindakan yang perlu dilakukan untuk mencapai tahap yang
diingini disebabkan pelbagai kelemahan dan kekangan yang timbul. Kuncinya
adalah kerjasama daripada semua pihak dan bukan kerajaan semata-mata.
Mengejar kekayaan materialistik sekarang merupakan trend kehidupan orang
ramai tanpa mengambil kira pembangunan alam sekitar, tetapi apakah nilai
harta benda itu kelak jika kita terpaksa membayar harga yang tinggi untuk
menikmati alam sekitar itu sendiri yang sepatutnya percuma sahaja.
Adalah diharapkan mereka yang berpendidikan tinggi juga sedar akan
kepentingan alam sekitar dan menjadi penunjuk arah ke arah
pengekalan alam sekitar dan pembangunan terancang untuk semua.
Daripada :
EYU GHIM SIANG
TIMBALAN PENDAKWA RAYA
L41 JABATAN PEGUAM NEGARA
SABAH

Sumber :
http://www.agc.gov.my
Tarikh Akses : 6 Mei 2013
12

SEBAB-SEBAB BERLAKU PENCEMARAN ALAM SEKITAR


Isu-isu tentang pencemaran alam sekitar kerap berlaku di negara kita.
Terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar yang sering berlaku di
negara kita antaranya ialah pencemaran air sungai dan pencemaran udara.
Isu pencemaran alam sekitar ini sememangnya tidak boleh dipandang
ringan oleh setiap lapisan masyarakat masyarakat. Tahukan anda
apakah punca pencemaran alam sekitar ini? Terdapat beberapa sebab
terjadinya pencemaran alam sekitar di negara kita.
SIKAP INDIVIDU YANG MENGAMBIL MUDAH TENTANG PENCEMARAN
Sebab utama pencemaran alam sekitar berlaku adalah kerana sikap
individu sendiri. Terdapat individu yang mengambil mudah tentang aspek
kebersihan lalu membuang sampah ke dalam sungai. Individu yang
membuang sampah ke dalam sungai akan menyebabkan sungai dipenuhi
dengan sampah sarap lalu sungai menjadi kotor. Selain itu, perbuatan
membuang puntung rokok ke dalam semak pula akan menyebabkan
kebakaran yang boleh mencemarkan udara.
SIKAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB MASYARAKAT
Selain itu, sikap masyarakat juga boleh menyebabkan pencemaran
alam sekitar berlaku. Kebanyakan ahli masyarakat menganggap sungai
sebagai tempat untuk membuang sampah dan tempat menyalurkan air
yang kotor atau sisa kumbahan dari rumah mereka. Masyarakat juga
tidak mahu membersihkan sungai yang dipenuhi rumput, timbunan
lumpur atau timbunan sampah . Akhirnya, sungai akan menjadi semakin
cetek dan kotor hingga boleh menyebabkan banjir kilat apabila hujan
turun dengan lebat dan berterusan.
SIKAP TIDAK
PERKAPALAN

BERTANGGUNGJAWAB

SEGELINTIR

PEKERJA

SYARIKAT

Sikap pekerja syarikat perkapalan juga boleh menyebabkan berlakunya


pencemaran alam sekitar. Terdapat segelintir pekerja syarikat perkapalan
yang membuang minyak hitam ke dalam laut semasa kapal sedang
belayar. Tujuan pekerja ini membuang minyak hitam ke dalam laut adalah
untuk menjimatkan kos melupuskan minyak hitam. Akibatnya, air laut akan
tercemar dan hidupan laut seperti ikan, sotong dan udang akan mati atau
tercemar.

13

SIKAP PEKERJA SEKTOR PERLADANGAN


Di samping Itu, sikap pekerja di sektor pertanian juga boleh menyebabkan
pencemaran alam sekitar. Terdapat segelintir pekerja di sektor pertanian
yang membuang sisa racun rumpai ke dalam sungai dan perbuatan ini
boleh menyebabkan air sungai tercemar. Selain itu, terdapat juga
pekerja di sektor pertanian yang membakar hutan bagi membersihkan
tanah untuk bercucuk tanam. Hutan yang terbakar ini akan
mengeluarkan asap yang tebal lalu berlakulah jerebu yang boleh
menjejaskan kesihatan manusia.
SIKAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SEGELINTIR PEGAWAI PENGUATKUASA
ALAM SEKITAR
Sikap negatif sesetengah pegawai penguatkuasa alam sekitar juga boleh
menyebabkan pencemaran alam sekitar. Terdapat segelintir pegawai
penguatkuasa yang tidak menjalankan tugas mereka dengan baik dan
amanah. Sebagal contoh, pihak yang mencemarkan alam sekitar tidak
dikenakan tindakan yang sewajarnya. Oleh itu, mereka akan mengulangi
perbuatan mereka ini hingga keadaan alam sekitar menjadi semakin teruk
dan menyusahkan banyak pihak.
Terdapat
beberapa
sebab
yang
membawa
kepada
berlakunya
pencemaran alam sekitar. Oleh itu, semua pihak mesti berganding
bahu untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar kerana
pencemaran alam sekitar boleh membawa banyak masalah kepada
masyarakat dan negara.

14

5 Jenis-Jenis Pencemaran Alam Sekitar


1. Pencemaran Sungai
Antara pencemaran alam sekitar yang selalu terjadi ialah pencemaran
air sungai. Pencemaran air sungai berlaku disebabkan ada pihak yang
tidak bertanggungjawab membuangan bahan-bahan yang kotor ke dalam
sungai seperti sisa toksik dari kilang dan sampah sarap yang dibuang oleh
orang ramai ke dalam sungai. Sesungguhnya, air sungai yang kotor ini
boleh menjejaskan kesihatan masyarakat jika ia digunakan sebagai
keperluan harian seperti air minuman dan untuk mandi.
2. Pencemaran Air Laut
Selain itu, berlaku juga pencemaran air laut yang boleh mendatangkan
pelbagai masalah kepada manusia. Malah bukan manusia sahaja yang
terganggu dengan masalah ini tetapi haiwan juga. Pencemaran air laut ini
telah menyebabkan hidupan laut seperti ikan, sotong dan udang mati.
Pencemaran air laut ini berlaku kerana pembuangan sisa toksik dan
pembuangan minyak hitam segelintir manusia. Sering juga kita degar
pencemaran air laut juga boleh berlaku disebabkan tumpahan minyak
akibat kebocoran kapal tangki minyak.
3. Pencemaran Udara
Pencemaran udara juga merupakan satu lagi jenis pencemaran alam
sekitar. Pencemaran udara berlaku apabila asap dikeluarkan oleh kenderaa
seperti motosikal, kereta dan lori. Pencemaran udara juga boleh terjadi
akibat aktiviti pembakaran hutan untuk tujuan pertanian. Pencemaran
udara ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti sesak
nafas.
4. Pencemaran Daratan
Di samping itu, berlaku juga pencemaran daratan yang boleh
memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Pencemaran daratan ini
berlaku akibat perbuatan segelintir manusia melakukan aktiviti pembalakan
di hutan tanpa perancangan rapi. Pencemaran daratan juga berlaku apabila
ada pihak yang rakus untuk meratakan tanah di kawasan tanah tinggi
untuk membina bangunan atau lebuh raya tanpa membuat perancangan
rapi. Akibatnya berlaku masalah banjir lumpur sehingga menyebabkan
air sungai menjadi kotor serta busuk.
5. Pencemaran Bunyi
Satu lagi jenis pencemaran alam sekitar adalah pencemaran bunyi.
Pencemaran
bunyi
berlaku
kerana
sesetengah
kenderaan
mengeluarkan
bunyi kuat yang boleh mengganggu ketenteraman
awam. Antara kenderaan yang mengeluarkan bunyi yang kuat ialah kapal
terbang, motosikal dan loriKesan negatif pencemaran bunyi ini akan

menyebabkan
gegendang
telinga
kita
menjadi
mengakibatkan masalah pendengaran kepada kita.

15

rosak

seterunya

Pencemaran alam sekitar ini mendatangkan banyak kesan buruk kepada


kehidupan manusia dan haiwan. Semua pihak hendaklah bekerjasama
mengatasi masalah ini. Sesungguhnya alam sekitar yang bersih akan
menjadikan kehidupan kita lebih sihat.

Sumber :
http://www.jomria.com
Tarikh Akses : 6 Mei 2013

16

KESAN-KESAN KEMAJUAN PERTANIAN TERHADAP ALAM SEKITAR


1. Dalam apa jua bidang pertanian, baja dan racun
serangga adalah satu keperluan untuk memastikan
tanaman yang dihasilkan lebih berkualiti.
Penggunaan baja dan racun serangga yang
berlebihan telah membawa kesan-kesan yang
berikut :
a. Penggunaan baja berlebihan menggalakkan
pertumbuhan rumpai di kawasan sungai dan
terusan yang menjejaskan hidupan air seperti ikan.
b. Sesetengah baja kimia menjadi racun kepada
manusia dan binatang ternakan apabila
bercampur dengan air.
2. Kegiatan penebangan pokok-pokok getah untuk
penanaman semula telah menyebabkan berlakunya
hakisan berikutan keadaan permukaan bumi yang
tidak dilindungi akar-akar pokok yang dapat
membantu mengelakkan tanah dihanyutkan oleh
air apabila hujan lebat. Keadaan ini amat
membahayakan terutama bagi kawasan yang
berhampiran dengan tempat kediaman atau pun
jalan raya kerana ia mendorong kepada berlakunya
tanah runtuh.

3. Keadaan alam sekitar menjadi lebih buruk apabila


terdapatnya golongan peneroka yang terlibat dalam
projek penanaman semula ini mengambil jalan mudah
dengan melakukan pembakaran terbuka bagi
menghapuskan sisa-sisa pokok yang ditebang. Situasi
ini menyebabkan kawasan sekeliling diselubungi asap
dan habuk pembakaran yang menyebabkan jerebu.
4. Selain pencemaran air dan udara, penebangan pokok-pokok getah
untuk penanaman semula telah menyebabkan suhu di kawasan
persekitaran menjadi lebih panas.
5. Faktor hakisan turut mendorong berlakunya
bencana banjir apabila dilanda hujan lebat. Banjir
juga akan menyebabkan berlakunya banyak
kemusnahan harta benda terutamanya tanaman

dan ini akan merugikan banyak pihak.


Sumber :
http://ww
w.moe.g
ov.my
Tarikh
Akses : 17 Mei 2013
17

Das könnte Ihnen auch gefallen