Sie sind auf Seite 1von 7

PERSEPSI MASYARAKAT MELANAU TRADISIONAL TERHADAP

KOSMOLOGI: ANALISIS TERHADAP BEBERAPA SURAH


MAKKIYAH
Munirah Binti Abd Ghani, Dr. Tengku Intan Zarina Bt Tengku Puji
Munirah Binti Abd Ghani
Universiti Kebangsaan Malaysia
munirahabdghani76@gmail.com
Dr. Tengku Intan Zarina Bt Tengku Puji
Universiti Kebangsaan Malaysia
tengkuintan97@yahoo.com
Abstract
Kosmologi adalah salah satu bidang falsafah yang mengkaji asal-usul, proses, dan struktur alam
semesta. Setiap etnik dalam masyarakat mempunyai persepsi atau sudut pandang terhadap alam
termasuklah etnik Melanau. Persepsi adalah proses seseorang individu memilih, mengorganisasikan
dan menafsirkan kemasukan informasi untuk menciptakan suatu gambaran yang bermakna tentang
dunia. Terdapat beberapa perkara yang menghasilkan persepsi antaranya objek yang dipersepsikan
yang merupakan langkah pertama dalam mengadakan persepsi (psikologis). Justeru artikel ini
membincangkan persepsi masyarakat etnik Melanau tradisional terhadap alam yang menjadi
sebahagian daripada kepercayaan dan pegangan dalam adat mereka. Mereka mempunyai sudut
pandang terhadap alam sebagai suatu entiti dalam kosmos yang samar. Menurut kosmologi etnik
Melanau, alam ini terbahagi kepada tiga zon iaitu Langit, Tana dan Iyang. Dalam masyarakat ini ada
dua kawasan iaitu Uma dan Guun yang dikongsi oleh manusia bersama binatang, tumbuhan dan
makhluk halus. Mereka percaya kawasan tersebut dikuasai oleh makhluk halus dan sebarang palei
yang dilakukan boleh menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan pada peraturan semula jadi dan
balasan buruk. Persepsi ini dilihat berbeza dengan fakta yang dinyatakan di dalam al-Quran
khususnya dalam surah Makkiyah. Artikel ini cuba membandingkan dua perkara tersebut secara
menganalisa ayat-ayat Makkiyah yang membicarakan tentang alam. Rumusannya, persepsi
masyarakat etnik Melanau Tradisional menerima alam sebagai sesuatu entiti dalam kosmos yang
sama. Manakala al- Quran menjelaskan persepsi yang jelas dan tepat terhadap alam. Kepercayaan
sebegini memperlihatkan kelompangan dari sudut akidah dan ilmu yang sahih dalam masyarakat
mereka.
Kata kunci: Persepsi, Tradisional, Alam, Kepercayaan, Terjemahan
1. Pendahuluan
Al-Quran ada menggambarkan terdapat banyak surah-surah Makkiyah yang menyebut berkaitan
kosmos antaranya di dalam surah al-Fajr, al-Lail, al-Dhuha, al-Syams dan lain-lain. Persepsi terhadap
alam ini wujud dalam setiap bangsa atau etnik termasuklah etnik Melanau mengikut kepercayaan
masing-masing. Di dalam al-Quran juga ada menyarankan kita supaya mengkaji tentang alam seperti
mana yang terdapat dapat surah al-Ghasyiyah ayat 17 hingga 20. Maksudnya: (Mengapa mereka yang
kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia
diciptakan?. Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya?. Dan keadaan gunung-ganang
bagaimana ia ditegakkan?. Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) dalam istilah saintifik, kosmos membawa
maksud alam semesta manakala kosmografi pula bermaksud pemerhatian am tentang dunia atau alam
semesta. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai ilmu sains yang berkaitan dengan pembentukan atau
susunan seluruh alam semesta. Berlainan pula dengan istilah kosmologi yang bermaksud salah satu
bidang falsafah yang mengkaji asal-usul, proses, dan struktur alam semesta. Dalam masyarakat
e-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2014),
15 - 16 September 2014, Bandung, INDONESIA. (e-ISBN 978-967-11768-9-4).
Organized by http://WorldConferences.net

167

Melanau Tradisional, sistem kepercayaan yang dipercayai dan diwarisi sejak zaman berzaman banyak
mempengaruhi dan mencorakkan amalan seharian mereka. Cara mentakrif dunia dan alam semesta,
dan cara mereka berfikir serta bertindak dalam kehidupan seharian banyak ditentukan oleh sistem
kepercayaan. Upacara dan adat yang diamalkan membayangkan hubungan erat manusia dengan kuasa
ghaib, makhluk-makhluk halus dan semangat di persekitaran mereka. Manusia disifatkan sebagai
makhluk yang lemah yang dikuasai oleh makhluk dan unsur-unsur berkenaan.
1.1. Maksud Persepsi
Di dalam buku Organizational Behavior karya McShane dan Von Glinow (2014) menyebut,
Perception is the process of receiving information about and making sense of the world around us.
Kenyataan McShane dan Von ini bermaksud persepsi merupakan proses yang menerima tentang
informasi dan maklumat serta menjadikan dunia di sekeliling kita lebih bermakna. Menurut Krentch
(1973) persepsi sebagai proses di mana individu menerima dan kemudiannya menginterpretasikan
sebarang maklumat yang diterima dari alam sekeliling. Maklumat ini diproses melalui struktur
kognitif dan seterusnya diterjemahkan dalam diri mereka. Seterusnya Sofian (2009) pula
menjelaskan persepsi sebagai suatu pengalaman yang telah dialami individu iaitu meliputi proses
penilaian seseorang terhadap orang lain, benda-benda di sekeliling dan satu kejadian. Persepsi
seringkali mempengaruhi tingkah laku, percakapan dan perasaan seseorang. Melalui beberapa definisi
persepsi yang dikemukakan ini maka dapat disimpulkan bahawa persepsi ialah proses seseorang
individu memilih, mengorganisasikan dan menafsirkan kemasukan informasi untuk menciptakan
suatu gambaran yang bermakna tentang dunia. Terdapat beberapa perkara yang menghasilkan
persepsi antaranya objek yang dipersepsikan yang merupakan langkah pertama dalam mengadakan
persepsi (psikologis).
Dalam masyarakat etnik Melanau, terdapat beberapa persepsi mereka mengenai kosmologi
yang telah dikenal pasti antaranya ialah persepsi berkaitan lapisan alam, pembahagian kawasan, Ipo
dan juga kewujudan makhluk lain seperti amow, tow dan sebagainya.
1.2. Persepsi Masyarakat Melanau Tradisional Terhadap Kosmologi
Persepsi masyarakat etnik Melanau berkaitan alam telah ditemui dalam empat karya iaitu dalam karya
Jeniri Amir (1989) , Jeniri Amir & Awang Azman Awang Pawi (2001), Hang Tuah Merawin (2000),
dan Morris (1991). Perbincangan ini dilihat sama dari segi isu tetapi berbeza dari segi perincian.
Menurut Jeniri Amir (1989) dalam artikelnya bahawa, dalam kepercayaan masyarakat Melanau
Tradisional, dunia ini mempunyai tiga lapis iaitu, atas, pertengahan dan bawah tanah. Dalam karya
Hang Tuah Merawin (2000) memperincikan lagi dengan menamakan tiga lapisan atau wilayah
tersebut sebagai Langit, Tana dan Iyang. Langit merupakan zon Samawi (celestial), zon awangawangan yang dikenali juga sebagai wilayah kayangan. Tana ialah zon daratan, bumi atau alam
fizikal (terrestrial) yang boleh dipijak, dilihat dan dirasa dengan pancaindera manusia biasa. Tana
ialah wilayah yang fana bagi manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Iyang pula ialah alam akuatik
atau wilayah akuatik atau wilayah dalam air di bawah zon bumi. Zon Iyang telah digambarkan dalam
mitos dan lagenda Melanau sebagai bersifat fizikal dan metafizikal serta boleh didiami oleh manusia
dan haiwan daratan setelah mengalami proses metamorfosis (perubahan sepenuhnya bentuk fizikal
dan lain-lain yang berlaku dalam kitaran hidup sesuatu organisma).
Kenyataan bahawa dunia ini terbahagi kepada tiga zon ini juga turut dinyatakan oleh Morris
(1991) dalam bukunya bertajuk The Oya Melanau bahawa, dunia Melanau mempunyai lima belas
lapis iaitu tujuh lapis di atas yang dipanggil likou langit atau likou bah- bau, tujuh lapis di bawah
dipanggil likou bah iba, dan lapisan di tengah-tengah pula ialah likou dagen dua iaitu bumi yang
didiami oleh manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Likou dagen dua ini turut didiami oleh
makhluk-makhluk Tuhan yang lain. Lapisan ini mempunyai sempadan-sempadan tertentu walaupun
hanya terdiri daripada satu lapisan. Sempadan itulah yang menjadi pemisah kawasan antara
penghuninya. Likou bah iba pula, dikatakan lapisan pertama yang paling dekat dengan bumi ialah
liko pengamew, diikuti dengan liko kulum, liko belangan, liko yang, liko jin, liko raja jin dan lapisan
paling bawah ialah liko baliw. Tujuh lapisan di atas pula, pada lapisan kelima hingga ketujuh didiami
e-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2014),
15 - 16 September 2014, Bandung, INDONESIA. (e-ISBN 978-967-11768-9-4).
Organized by http://WorldConferences.net

168

oleh jin, lapisan keempat liko dewa-dewa, lapisan ketiga liko naradin dan lapisan yang pertama di
didiami oleh liko baliwan.
Selain persepsi mengenai pembahagian alam, masyarakat etnik Melanau Tradisional ini juga
mempunyai persepsi berkaitan pembahagian kawasan. Bagi mereka, pembahagian kawasan adalah
mengikut kawasan penempatan bagi sesebuah kelompok Melanau. Menurut Yasir (1989) kawasan
penempatan sesebuah kelompok Melanau itu adalah mengikut takrifan penduduk-penduduknya
tentang sempadan kelompok mereka itu. Sempadan biasanya dikira dari persimpangan sungai atau ciri
kosmos yang lain. Sempadan ini meliputi kawasan likou, iaitu tempat kediaman manusia dan yang
harus dipertahankan dari musuh-musuh, dan juga kawasan-kawasan uma dan guun. Kawasan uma
adalah tempat kebun-kebun dan tanaman penghuni-penghuni kelompok itu. Kawasan guun pula ialah
kawasan hutan yang selalunya mengasingkan dan mengelilingi sesebuah kelompok.
Dalam korpus kepercayaan Melanau Tradisional wujud kuasa ghaib yang dipanggil sebagai
Ipo (juga disebut Ipu dan Ipuk) dipercayai menguasai semangat pada benda-benda sama ada yang
bernyawa mahupun yang tidak bernyawa. Sistem kepercayaan ini pada hakikatnya bertujuan
mensejahterakan kehidupan dan untuk mengelakkan mereka daripada perkara yang tidak diingini. Hal
ini disebabkan kepercayaan mereka dikaitkan dengan kuasa ghaib dan kuasa yang luar biasa, yang di
luar daripada kawalan manusia. Menurut Jeniri Amir & Awang Azman Awang Pawi (2001), setiap
Ipo mempunyai kuasa mutlak ke atas domain yang didiami dan dikuasainya. Bidang kuasa ini
berbeza dari satu Ipo' ke satu Ipo' yang lain bergantung kepada kebesaran dan kepentingan
domainnnya dalam kosmos. Taraf dan kebesaran kuasa Ipo'-Ipo' ini wujud dalam satu hierarki.
Contohnya Ipo'-Ipo' yang menguasai tiga zon dunia iaitu Ipo' Langit (Dewa Langit), Ipo Tanah
(Dewa Bumi) dan Ipo Iyang (Dewa Air) mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada Ipo-Ipo
yang lain seperti Ipo Daat (Dewa Lautan), Ipo Kala (Dewa Muara), Ipo Guun Ipo Alan (Dewa
Hutan Belantara), Ipo Uma (Dewa Huma), Ipo Lebo (Dewa Rumah), Ipo Bekaan (Dewa
Perkakas), Ipo Nase (Dewa Nasi) dan sebagainya.
Antara semua Ipo - Ipo yang wujud ini, Ipo yang dianggap sebagai yang Maha Agung ialah
Ipo Langit. Ianya bukan sahaja kerana keluasan dan kedudukan domainnya yang teratas tetapi juga
merupakan satu sempadan yang penuh misteri pada manusia. Ipo Langit boleh menyebabkan
bencana alam yang amat teruk seperti buan (ribut taufan) dan baliew (banjir). Ia juga mempunyai
kuasa untuk menjadikan sesuatu makhluk termasuk manusia menjadi batu melalui bencana buan dan
baliew apabila ia murka atau terkilan disebabkan oleh pelanggaran sesuatu pantang larang atau
lantaran perbuatan manusia yang bertentangan dengan lahiriah.
Pada umumnya Ipo'-Ipo' ini bersifat pengampun dan penyayang. Hanya apabila domainnya
dicerobohi atau pantang larangnya dilanggar barulah mereka naik marah dan menyebabkan pelbagai
padah kepada manusia. Oleh yang demikian, sebelum seseorang melakukan sesuatu yang difikirkan
boleh menyinggung atau menyebabkan kemarahan Ipo'-Ipo' itu, dia hendaklah meminta izin terlebih
dahulu daripada Ipo' berkenaan dengan menyatakan niatnya dan jika perlu memberi semahan kepada
Ipo' tersebut. Jika sesuatu perbuatan tersebut telah mendatangkan kemurkaan Ipo', maka seseorang itu
perlu mempersembahkan semah (propitiation) dan meminta ampun daripada Ipo' itu. Menurut Amran
& Hamidah (1993) juga adat menyemah yang dilakukan oleh masyarakat Melanau Tradisional ini
adalah bertujuan untuk memberi hadiah atau penghormatan kepada hantu atau semangat. Dengan
mengadakan upacara ini, diharapkan bencana dapat dihindari.
Sama ada Ipo'- Ipo' ini mencipta dunia dan segala yang ada di dalamnya atau mereka dicipta
bersama-sama dengan dunia belum dapat diperkatakan di sini kerana belum terjumpa cerita-cerita
Melanau terdahulu yang ada membuat pernyataan sedemikian.
Selain daripada kepercayaan kewujudan Ipo, masyarakat etnik Melanau juga mempercayai
kewujudan makhluk ghaib yang lain. Dari segi amalan, kepercayaan tersebut meliputi penggunaan
bomoh sebagai perantara di antara dunia ghaib dan dunia realiti dan kepercayaan yang meliputi
keturunan sesebuah keluarga (family cult). Dunia ghaib termasuk dunia mati mempunyai makhluk
halus yang pelbagai jenis dan taraf, contohnya duhig, amow, tow dan jin.
e-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2014),
15 - 16 September 2014, Bandung, INDONESIA. (e-ISBN 978-967-11768-9-4).
Organized by http://WorldConferences.net

169

Menurut Hang Tuah Merawin (2000) masyarakat etnik Melanau tradisional percayakan
kewujudan kuasa ghaib lain yang bersifat jahat. Kuasa ghaib jenis ini digelar tow dan boleh
disamaertikan dengan iblis dan syaitan dalam korpus kepercayaan orang Melayu. Tow terdapat dalam
berbagai-bagai jenis dan nama tetapi tiada satu pun yang bersifat baik. Ia sentiasa mencari
kesempatan daripada kelemahan dan kesilapan manusia untuk menyebabkan penyakit dan
menimbulkan kacau bilau.
Selain daripada tow, terdapat juga makhluk metafizikal seperti amow (hantu). Amow ini
dipercayai jelmaan ketidaksempurnaan dalam upacara pengebumiannya atau atas sebab perbuatan
yang tidak baik semasa hayatnya. Bagaimanapun, amow biasanya tidak berniat jahat seperti tow,
cuma bertujuan untuk mengilai dan menakutkan atau untuk mengingati orang yang masih hidup
bahawa ada yang tidak kena dengan kematiannya atau ada perkara yang belum sempurna dengan
upacara pengebumiannya. Bagi masyarakat tradisional Melanau mereka percaya adanya kehidupan
selepas kematian. Kematian dianggap sebagai satu proses peralihan dari alam fizikal ke alam
metafizik, dari alam nyata ke alam bayang-bayang. Walau bagaimanapun tidak disebut sama ada
mereka mempunyai kepercayaan adanya konsep Hari Kiamat seperti agama sejagat juga konsep
syurga dan neraka. Bagi mereka, alam mati merupakan alam Baqa' yang kekal untuk selama-lamanya.
1.3. Analisis Dengan Ayat-Ayat Makkiyah Berkaitan Persepsi Masyarakat Melanau Tradisional
Kajian terhadap persepsi masyarakat etnik Melanau Tradisional ini menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang kuat antara etnik tersebut dengan alam itu sendiri. Alam mempunyai pengaruh yang
dominan terhadap sistem kepercayaan, kebudayaan dan kehidupan. Alam cuba difahami oleh etnik
Melanau Tradisional berdasarkan pemerhatian sekali gus membentuk persepsi dan kepercayaan.
Persepsi mengenai pembahagian zon, kawasan, kewujudan kuasa ghaib lain tidak mempunyai sumber
yang tetap melainkan ia hanya kepercayaan semata-mata malah juga tidak ada kajian mengenai
ketepatannya. Teori kepercayaan masyarakat Melanau Tradisional ini umumnya telah mempengaruhi
cara kehidupan mereka. Dengan wujudnya teori tersebut, mereka terpaksa mengukir patung untuk
dijadikan sebagai Ipo dan juga adanya adat semah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan
kemurkaan Ipo tersebut.
Persepsi sedemikian amat berbeza dengan fakta yang dibincangkan dalam al-Quran. alQuran sering kali membicarakan tentang alam dalam surah-surah termasuklah surah Makkiyah.
Menurut al-Zarqani (1996), para ulama mempunyai tiga cara pandangan mengenai maksud ayat
Makkiyah iaitu dari sudut tempat, masa, dan tumpuan penurunan. Berdasarkan ketiga-tiga pengertian
tersebut, setelah disepakati oleh ijmac ulama pendapat yang paling rajih ialah dari sudut masa iaitu
ayat Makkiyah ialah ayat yang diturunkan sebelum hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Dalam
ayat-ayat Makkiyah terdapat beberapa fakta yang membicarakan tentang alam melalui ungkapan lafaz
malam, siang, gunung, fajar dan sebagainya. Di bawah ini disertakan beberapa surah-surah Makkiyah
yang berkaitan alam dalam terjemahan bahasa etnik Melanau. Antara surah-surah tersebut ialah surah
al-Fajr ayat 1 hingga 4,
Maksudnya: Demi waktu fajar. Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).
Dan bilangan yang genap serta yang ganjil. Dan malam, apabila ia berlalu. (al-Fajr :1-4)
Terjemahan Melanau: Demi fajar. Demi malem peluan. Demi wak genep jegam wak ganjil. Demi
malem bila berlalu.
Manakala di dalam surah al-Syams ayat 1 hingga 6 disebut lafaz matahari, bulan, siang, malam dan
bumi. Maksudnya : Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang; dan bulan apabila ia
mengiringinya; dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata; dan malam apabila ia
menyelubunginya (dengan gelap- gelita), Demi langit dan yang membinanya (dalam bentuk yang kuat
kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya); serta bumi dan yang menghamparkannya (untuk
kemudahan makhluk-makhlukNya) (al-Syams : 1-6 )
e-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2014),
15 - 16 September 2014, Bandung, INDONESIA. (e-ISBN 978-967-11768-9-4).
Organized by http://WorldConferences.net

170

Terjemahan Melanau: Demi mata lau jegam sinarnya pada lau suab. Demi bulan bila
mengiringinya.Demi suab bila menilik dirik ayen. Demi malem bila ayen metum. Demi langit serta
pembinaannya. Demi bumi serta hamparnnya.
Ayat di atas membicarakan waktu iaitu waktu fajar dan waktu malam. Dalam bahasa etnik
Melanau malam disebut sebagai malem manakala perkataan siang disebut sebagai suab. Selain itu,
perbahasan mengenai alam seperti gunung, langit dan bumi dibicarakan dalam surah al-Ghasyiyah
ayat 17 hingga 20.
Maksudnya: Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka
memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan
binaannya? Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan keadaan bumi bagaimana ia
dihamparkan? (al-Ghasyiyah : 17-20)
Terjemahan Melanau : Maka nebeikah loyen pegui untak, begi ji unta yen disibet? Jegam langit begi
ji bau?Jegam gunung-ganang begi ji bak mengedeng? Jegam bumi begi ji dihamparkan?
Dalam ayat ini disebut secara umum sahaja mengenai langit, namun dalam surah al-Talaq
ayat 12 menjelaskan penciptaan tujuh langit dan bumi manakala dalam surah Luqman ayat 27 Allah
menghiasi bumi dengan tujuh lautan.
Maksudnya: "Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu;
perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian)
supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa
sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmu-Nya akan tiap-tiap sesuatu." (al-Talaq :12)
Maksudnya: dan sekiranya Segala pohon Yang ada di bumi menjadi pena, dan Segala lautan
(menjadi tinta), Dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis
Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (alLuqman: 27)
Fakta ini kelihatan berbeza dengan persepsi masyarakat Melanau Tradisional tentang alam
yang dibahagikan kepada tiga zon iaitu Langit, Tana dan Iyang. Setiap zon tersebut dipecahkan lagi
dengan tujuh lapis di atas, tujuh lapis di bawah dan satu lapis di tengah. Dalam persepsi masyarakat
etnik Melanau Tradisional, mereka mempercayai kuasa ghaib seperti amow, tow, duhig dan lain-lain
lagi. Hal ini berbeza dengan kenyataan atau fakta yang disebut di dalam al-Quran yang menjelaskan
bahawa kekuasaan itu hanya milik Allah Tacala sahaja sebagaimana dalam surah al-Bayyinah ayat 5.
Maksudnya: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan
mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan
sembahyang serta memberi zakat. dan yang demikian itulah agama yang benar. (al-Bayyinah :5)
Hal ini dikuatkan lagi dengan kenyataan di dalam surah Taha ayat 6 yang juga menyatakan
hanya Allah Tacla sahaja berkuasa pada setiap sesuatu.
Maksudnya: Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada
di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.: (Taha :6)
Kepercayaan masyarakat etnik Melanau Tradisional kepada makhluk ghaib termasuk jin juga
membuktikan kesilapan dalam pegangan tradisional ini. Al-Quran ada menyebut tentang jin dalam
surah al- Jin namun menafikan kewujudan makhluk-makhluk ghaib yang dipercayai dalam pegangan
tradisional Melanau. Kuasa ghaib tersebut dipercayai bersifat jahat dan sentiasa menimbulkan
penyakit dan kacau bilau. Seterusnya kepercayaan Melanau Tradisional terhadap kematian sebagai
alam yang kekal ini menyalahi fakta di dalam al-Quran. Al-Quran menjelaskan kewujudan Hari
Kebangkitan sebagai alam kedua selepas kematian sebagaimana dalam firman Allah Tacala dalam
surah al-Qaricah ayat 1 hingga 11.
e-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2014),
15 - 16 September 2014, Bandung, INDONESIA. (e-ISBN 978-967-11768-9-4).
Organized by http://WorldConferences.net

171

Maksudnya: hari yang menggemparkan, apa dia hari yang menggemparkan itu? dan apa jalannya
engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? (hari itu ialah: hari kiamat),
hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran, dan gunung-ganang menjadi seperti
bulu yang di busar berterbangan. setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya
menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, maka ia berada
dalam kehidupan yang senang lenang. sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, maka
tempat kembalinya ialah "Haawiyah" dan apa jalannya Engkau dapat Mengetahui, apa Dia
"Haawiyah" itu? (Haawiyah itu ialah): api Yang panas membakar. (Surah al-Qaricah :1-11)
1.4 Kesimpulan
Berdasarkan keterangan di atas dapat disimpulkan bahawa persepsi masyarakat etnik Melanau
Tradisional terhadap alam menyalahi fakta yang disebut di dalam al-Quran. Persepsi tersebut
hanyalah bersumberkan pemerhatian dan mempengaruhi kepercayaan dan kehidupan mereka.
Kepercayaan sebegini memperlihatkan kelompangan dari sudut akidah dan ilmu yang sahih dalam
masyarakat mereka. Justeru, beberapa pendekatan perlu dilakukan dalam menjelaskan kesilapan ini
termasuklah menyediakan bahan-bahan ilmiah dan program-program dakwah yang berterusan.
Masyarakat etnik Melanau Tradisional perlu didedahkan dengan al-Quran dan ilmu-ilmunya serta
disampaikan dalam bahasa etnik mereka sendiri. Kewujudan terjemahan al-Quran dalam bahasa etnik
Mleanau dilihat sebai suatu inisiatif yang menyumbang ke arah penyelesaian masalah ini. Seterusnya
komitmen dan sokongan pihak berwajib terhadap masyarakat ini dapat menjayakan usaha memberi
kefahaman al-Quran terhadap etnik Melanau.

e-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2014),


15 - 16 September 2014, Bandung, INDONESIA. (e-ISBN 978-967-11768-9-4).
Organized by http://WorldConferences.net

172

References
Amran Abdullah & Hamidah Husain. (1993). Adat resam: Siri mengenal Sarawak. Kuching: Pisma.
Hang Tuah Merawin. (2000). Ethical Values Of Sarawaks Ethnic Group: Pandangan Dunia Melanau
Tradisional. Lembaga Amanah Kebajikan Kaum Melanau Sarawak: Kuching
Jeniri Amir & Awang Azman Awang Pawi.(2001). Kaul: Suatu Interpretasi Sosiobudaya. Kuching:
Massa Kasturi Management.
Jeniri Amir. (1989). Adat Resam Kaum Melanau. The Sarawak Museum Journal.Vol. XL. Special
Issue No.4. Part II. Edisi Desember 1989.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur
Krench. J. (1973). Human Behaviour in Educational Administration. New Jersey: Printice
McShane, Steven Lattimore McShane, Mary Von Glinow. (2014). Organizational Behavior. Edisi 7.
McGraw-Hill Education
Muhammad cAzim al-Zarqani. (1996). Manhil al-cIrfn Fi cUlm al-Qurn. Beirut: Dar al-Kitab
al-cArabi.
Sofian Abd Rashid. (2009). Persepsi Guru Terhadap Tingkahlaku Kepimpinan Pengetua, Satu Kajian
Kes. Tesis. UKM.
Stephen Morris. (1991). The Oya Melanau. Malaysian Historical Society(Sarawak Branch)
Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. (2001). Darul Fikr: Kuala Lumpur
Yasir Abdul Rahman. (1989) Organisasi Sosial Melanau. The Sarawak Museum Journal.Vol. XL.
Special Issue No.4. Part II. Edisi Desember 1989.

e-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2014),


15 - 16 September 2014, Bandung, INDONESIA. (e-ISBN 978-967-11768-9-4).
Organized by http://WorldConferences.net

173

Das könnte Ihnen auch gefallen