Sie sind auf Seite 1von 4

Khamis: 5 a.m. 8 a.m.

Aktiviti 1: Survival Scenario Games


Masa: 5.00-6.30 am
Tujuan: Team-building dan menggalakkan pelajar untuk berfikir kritis dan logikal.

Senario:
1. Anda dan rakan anda telah menyewa sebuah kapal layar. Namun demikian,
anda dan rakan anda tidak mempunyai kemahiran ataupun pengalaman belayar.
Oleh hal yang demikian, anda telah mengupah seorang kapten dan 2 orang anak
kapal. Anda telah memulakan pelayaran anda bersama rakan anda.
2. Sepanjang pelayaran anda merentasi Lautan Pacific Selatan, kapal layar anda
telah terbakar dan sebahagian besar kapal layar dan barangan anda di atas
kapal telahpun musnah dibakar. Lebih teruk lagi, kapal layar anda mula
tenggelam secara beransur-ansur.
3. Anda tidak pasti tentang lokasi anda kerana alat bantu navigasi dan peralatan
radio telahpun rosak.
4. Kapten dan anak kapal anda telah terkorban dalam kebakaran.
5. Barangan yang berjaya diselamatkan daripada terbakar ialah:
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

Sebuah cermin kecil


Jaring menghalang nyamuk
Air botol yang mengandungi 20 L air
Satu beg kecil yang mengandungi bekalan makanan
Peta Lautan Pacific
Kushion tempat duduk yang boleh terapung di atas air
Radio transistor kecil
2
h) 20 ft cadar plastik yang berwarna hijau tua
i)
j)
k)
l)

Repellent yang boleh menjauhkan ikan yu


15 ft tali nylon
2 kotak coklat bar
Peralatan memancing

Anda turut menyelamatkan 1 rakit keselamatan getah yang mampu

menampung 4 orang.
Barangan yang dikumpul daripada poket anda dan rakan anda
termasuklah:
o 1 bungkus rokok
o 3 kotak mancis
o 3 keping RM 5

Aktiviti 2: Permainan (Sampai ke penamat dengan mata tertutup)


Masa: 6.30-7.15 am
Tujuan: Team-building.
1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Seorang wakil dari setiap
kumpulan akan ditutupkan mata dengan kain.
2. Kesemua wakil akan dikehendaki berjalan ke garisan penamat dengan
berbantukan arahan dari rakan sekumpulan.

Aktiviti 3: Permainan Duit


Masa: 7.15-8.00 am
Tujuan: Mewujudkan penghargaan kendiri dan semangat bekerja dalam
kumpulan.
1. Pelajar diedarkan duit kertas / syiling yang berlainan nilai setiap seorang.
2. Nilai bermula dari 1 sen sehinggalah duit RM1 akan digunakan
3. Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar berkumpul dalam kumpulan
mengikut nilai terkumpul yang perlu disediakan
4. Contohnya, fasilitator akan memberi arahan supaya dapat mengumpul
duit untuk membeli beras yang bernilai RM2. Sila kumpul rakan-rakan
supaya dapat menghasilkan wang terkumpul sebanyak RM2.

5. Pelajar yang berjaya mengumpul ahli kumpulan akan diarahkan duduk


supaya dapat mengenalpasti ahli yang tidak termasuk dalam kumpulan.

Aktiviti 4:

Aktiviti: Permainan Memegang Tisu


Masa: 1.30-2.30 pm
1. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan.
2. Pelajar dalam kumpulan memegang hujung tisu dan membentuk bulatan.
3. Pelajar dikehendaki bergerak ke penamat dalam bulatan tanpa mengoyakkan
atau melepaskan tisu.
4. Kumpulan yang mengoyakkan atau melepaskan tisu dikehendaki bermula dari
permulaan.

JUMAAT

5.00-5.45: Music Chair


5.45-7.15: Lakonan
a) Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
b) Peserta diberikan sebilangan alat dalam perkataan. (pisau,
pistol, buku)
c) Setiap kumpulan diberi masa selama 15 minit untuk berbincang.
d) Setiap kumpulan berlakon sekurang-kurangnya 10 minit.
7.15-8.00: Permainan
a) Pelajar duduk dalam bulatan.
b) Pelajar dikehendaki berdiri mengikut nombor.
c) Sebagai contoh nombor 1, seorang pelajar akan berdiri, nombor
5, lima orang pelajar akan berdiri.

Das könnte Ihnen auch gefallen