Sie sind auf Seite 1von 25

ISI KANDUNGAN

1.0 Biodata Pelajar


2.0 Pernyataan Profesional /Kontrak Aktiviti
2.1 Pernyataan Sebelum PBS
2.2 Laporan Pelaksanaan Aktiviti Yang Difokus
3.0 Instrumen Pengumpulan Data
3.1 Kaedah Pemerhatian
3.2 Kaedah Temu Bual
3.3 Kaedah Soal Selidik
3.4 Kaedah Senarai Semak
4.0 Kolaborasi
4.1 Perbincangan Dengan Guru
4.2 Perbincangan Dengan Murid
5.0 Ilmu/Pengetahuan Baru
5.1 Kaedah Pemerhatian
5.2 Kaedah Temu Bual
5.3 Kaedah Soal Selidik
5.4 Kaedah Senarai Semak
6.0 Refleksi
7.0 Laporan Akhir
8.0 Lampiran

2.1 PENYERTAAN SEBELUM PBS


Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 1 ( PBS 1) bermula kami
pelajar-pelajar yang terlibat iaitu bagi ambilan Januari 2014, telah diberi taklimat oleh
pensyarah dari unit praktikum. Kami diberitahu apakah tujuan PBS ini, aktiviti-aktiviti
yang perlu kami laksanakan di sekolah dan tugasan yang perlu diselesaikan semasa
PBS itu. Taklimat lengkap yang diberi di samping kertas edaran berkaitan PBS
membantu kami memahami dengan lebih jelas mengenai PBS itu.
Saya dapati semua yang diberitahu semasa sesi taklimat berkaitan dengan
pengurusan dan organisasi sekolah, peranan pengurusan dan guru, kegiatan yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran P&P, pelaksanaan kurikulum dan
kokurikulum di sekolah serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan yang

dijalankan di sekolah. Hal ini bermakna, PBS Fasa 1 ini memerlukan saya
mengetahui selok- belok sekolah dengan lebih baik dari semua aspek yang
diperlukan bagi sesebuah sekolah untuk berfungsi dengan betul. Tambahan pula,
pensyarah juga memberitahu bahawa perlu menyediakan sebuah portfolio secara
individual

berdasarkan

pemantauan

di

sekolah

selama

seminggu.

Beliau

menerangkan isi kandungan portfolio dan kriteria-kriteria penilaian portfolio. Beliau


juga memberitahu bahawa pengalaman berasaskan sekolah (PBS) boleh dijalankan
secara berkumpulan atau individual. Oleh itu, saya bercadang untuk menjalankan
PBS Fasa 1 ini dengan seorang diri.
Bukan sebab itu sahaja yang menyebabkan kami bercadang untuk
menjalankan PBS ini dengan seorang. Ada sebab yang lain juga. Walaupun ada
rakan saya yang lain tinggal setempat dengan saya namun, mereka telah memilih
sekolah yang sama dan pada pengetahuan saya lebih dari 4 orang tidak dapat
melaksanakan PBS bersama. Saya telah memilih sekolah SJKT Kulim .Saya telah
memilih sekolah tersebut kerana ia merupakan tempat saya menimba ilmu di
Sekolah rendah. Saya juga ingin melihat persekitaran, kemudahan, prasarana yang
kini terdapat di sekolah tersebut. Saya juga berhasrat dan ingin berbanding beza
hal-hal tersebut semasa saya belajar pada tahap sekolah rendah dan kemajuan
yang dicapai pada masa kini oleh sekolah rendah tersebut. Hal-hal inilah antara
penyebab utama untuk saya memilih sekolah tersebut.
Selain itu, sebelum saya menjejakkan kaki ke sekolah pada hari yang telah
ditetapkan saya perlu merancang strategi pelaksanaan yang sesuai mengikut
keperluan. Pada saya, kaedah pemerhatian, soal selidik dan temu bual merupakan
kaedah yang dapat membantu saya mengetahui maklumat sesebuah sekolah dan
melengkapkan tugasan berkaitan dengan PBS Fasa 1 ini. Kaedah pemerhatian
merupakan kaedah yang baik bagi menilai kekuatan atau kelemahan sesebuah
sekolah itu. Kekuatan dan kelemahan sesebuah sekolah pada saya dapat dinilai dari
aspek pengurusan sekolah, pengajaran dan pembelajaran serta kurikulum dan
kokurikulum. Di samping itu kaedah soal selidik dan temu bual dapat membantu
saya mengetahui latar belakang dan maklumat sekolah dengan lebih baik.
Sebelum menghadiri PBS, kami mengadakan satu perbincangan antara kami
untuk berbincang tentang PBS. Kami membaca semula nota-nota yang kami dapat

ketika

taklimat

PBS

dan

mengenali

strategi

pelaksanaan

tugasan.

Kami

menyenaraikan segala tugasan yang perlu dijalankan selama seminggu di sekolah


yang berkenaan dan mengagihkan tugasan tersebut antara kami supaya dapat
menyiapkan tugasan dengan cepat dan mudah tanpa lewat.
Kesimpulannya, sebelum PBS bermula saya perlu mengetahui serba sedikit
maklumat mengenai sekolah tersebut bagi memudahkan tugasan saya di sana nanti.
Aspek inilah yang dapat mengukur dan menilai prestasi kecekapan saya semasa
melakukan sesuatu tugasan. Jadi, kefahaman yang jelas penting kepada saya
sebelum saya menjalani PBS supaya segala aktiviti yang saya laksanakan dapat
berjalan dengan sempurna.

2.2 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS


FOKUS UTAMA TUGASAN
Saya telah menjalani pengalaman berasaskan Sekolah selama 5 hari di SJK(T)
Kulim pada tarikh 30 Mac 2014 hingga 04 april 2014. Tugasan yang dijalankan
adalah seperti berikut:
PERNYATAAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN
Perancangan adalah amat penting untuk kita melakukan setiap kerja dengan
sempurna dan juga dengan sistematik. Oleh sebab itu, saya telah membuat satu
jadual perlaksanaan aktiviti harian yang akan saya laksanakan sepanjang Latihan

Pengalaman Berasaskan sekolah ini. Saya telah membuat perancangan aktiviti yang
akan dilakukan pada setiap hari sepanjang minggu tersebut.

Tarikh

31 MAC 2014

Aktiviti yang harus dilaksanakan.


Berjumpa dengan Guru Besar dan

GPK

sekolah dan melapor diri

Menghadiri perhimpunan mingguan

Menyenaraikan perkara yang perlu dilakukan


semasa PBS.

Menulis refleksi harian .

Berjumpa dengan ketua panitia Sejarah.

Mendapat

kebenaran

untuk

menjalankan

pemerhatian di mana-mana kelas.

Membuat pemerhatian terhadap persekitaran


sekolah dan mengambil gambar.

01 APRIL 2014

Meminta kebenaran untuk menjalankan temu

bual dengan pelajar


Menulis refleksi harian.

Menjalankan pemerhatian di kelas Tahun 4

Menemu bual GPK HEM, Puan Juliana selaku


guru sejarah di sekolah

Berbincang dan berinteraksi dengan kerani


sekolah dan mentor.

Mendapatkan

maklumat

sekolah

daripada

kerani dan Penolong Kanan Kurikulum.

02 APRIL 2014

Pemerhatian di tadika.
Menulis refleksi harian.

Meminta

kebenaran

maklumat

mengenai

untuk
KSSR

mengumpul
dan

meminta

kebenaran guru kelas tahun 1 dan 6.

Memerhatikan aktivit persatuan yang dijalankan

03 APRIL 2014

dan menangkap gambar.


Menulis refleksi harian.

Menjalankan temu bual

Menemu bual guru kelas tahun 2 tentang


perlaksanaan KSSR.

Mengedarkan borang soal selidik di kalangan


guru.

04 APRIL 2014

Pemerhatian di perpustakaan.
Menulis refleksi harian.

Mendapatkan data saiz badan, kepala, tinggi


dan berat pelajar.

Berjumpa dengan pengurus sekolah untuk


mendapat

tandantangan

daripada

pihak

pengurus sekolah bagi borang kehadiran PBS


serta pengisian laporan perkembangan pelajar.

Memeriksa

untuk

memastikan

maklumat

sekolah telah diperolehi.

PERNYATAAN PROFESIONAL SELEPAS PBS


Selepas menjalani Pengalaman Berasakan Sekolah, saya telah mengumpul
dan mengemaskinikan maklumat-maklumat yang telah saya berjaya kumpulkan
semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. Saya turut menjumpai
beberapa ilmu pengetahuan yang berguna dan boleh saya gunakannya di masa
hadapan kelak. Saya telah mempelajari mengenai teknik bertanya yang betul dan
berkesan yang boleh digunakan apabila ingin mendapatkan sebarang maklumat
daripada mana-mana pihak. Teknik bertanya yang betul dapat membantu saya untuk
memperolehi maklumat yang saya perlukan dengan cepat dan mudah. Berdasarkan
teknik bertanya yang telah saya perolehi ini, saya dapat simpulkan bahawa apabila
kita menghormati seorang manusia dengan baik, maka kita akan mendapat
penghormatan yang setimpal dan begitulah sebaliknya.

Selain itu, saya juga mendapat input yang sangat berguna semasa berjumpa
dengan Guru Besar. Banyak nasihat yang diberikan kepada saya bagi menjadi
seorang guru yang dapat membentuk dan membantu anak didik yang bakal
menerajui negara kelak. Tambahan lagi, beliau turut mengingatkan saya agar
sentiasa berkongsi ilmu yang berguna agar ilmu yang berada di dada kita sentiasa
bertambah dari semasa ke semasa.

3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA


Sebelum saya menjalani latihan Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS), saya telah
menyediakan beberapa instrumen penilaian yang dapat memudahkan lagi tugasan
saya. Antara instrumen penilaian yang disediakan sebelum menjalani Pengalaman
Berasaskan Sekolah di SJK (T) Kulim adalah :

Borang Soal Selidik


Borang Kolabrasi Borang aktiviti yang dijalankan oleh pelajar
Borang butiran Persekitaran Sekolah Borang Kehadiran PBS

3.1 PEMERHATIAN
Kemudahan dan prasarana sekolah
Kantin Sekolah

Walaupun kantin sekolah kecil tetapi cantik dan kemas


Terdapat tong sampah di setiap sudut kantin
Meja kantin dibalut dengan pembalut getah
Terdapat menu makanan yang berlainan setiap hari
Terdapat RMT di sekolah ini
Makanan sedap dan dalam keadaan bersih
Tempat penyediaan makanan juga nampak bersih
Pihak kantin memberi layanan yang baik
Terdapat pengawas bertugas
Para murid berebut-rebut ketika membeli makanan
Terdapat tempat meletakkan pinggan yang telah guna tetapi segelintir murid

meninggalkan pinggan atas meja selepas habis makan


Tempat makan guru sentiasa bersih
Bilik yang berasingan untuk guru-guru menikmati makanan

Perpustakaan
Perpustakaan sekolah sangat cantik; meja dan kerusi pula disusun dengan

teratur
Terdapat banyak buku rujukan dan latihan
Terdapat kata-kata hikmah di perpustakaan
Terdapat rekod murid meminjam buku
Mempunyai buku nilam
Terdapat kad-kad meminjam buku dan disusun mengikut tarikh pulang
Terdapat kraf tangan yang dibuat oleh pelajar sekolah itu
Terdapat jadual bertugas pengawas perpustakaan dan waktu perpustakaan

dibuka dan ditutup


Keadaan perpustakaan sangat bersih
Terdapat papan peraturan semasa berada di perpustakaan
Buku-buku di rak disusun dengan teratur dan mengikut matapelajaran
Terdapat komputer untuk merekodkan urusan di perpustakaan
Terdapat televisyen di bilik sebelahan perpustakaan

Makmal Komputer

Susunan meja komputer diatur dengan teratur dan kemas


Keadaan komputer sangat baik dan tidak ada yang rosak
Bilik komputer ini sangat bersih dan dijaga dengan rapi
Murid tidak dibenarkan masuk tanpa guru
Guru dan murid dikehendaki menaggalkan kasut sebelum masuk
Terdapat skrin bagi memudahkan pelajaran dan pembelajaran
Terdapat kemudahan internet bagi murid-murid mencari maklumat melalui
internet

Padang
Padang sekolah kecil sahaja
Padang ini dilengkapi dengan dua buah palang gol bola sepak
Walaupun kecil, keadaan padang sentiasa bersih dan muat untuk
menjalankan sukan tahunan dan permainan
Padang ini hanya digunakan untuk mengendalikan permainan kecil antara
murid-murid sekolah
Makmal Sains
Makmal Sains dilengkapi dengan semua alat-alat eksperimen yang diperlukan
untuk menjalankan pelajaran dan pembelajaran
Dihias dengan info-info tentang dunia Sains dan peraturan-peraturan
keselamatan yang perlu diikuti oleh murid-murid semasa berada di makmal
Sains

Terdapat seorang pembantu makmal yang membantu guru untuk


menyediakan alat-alat eksperimen
Terdapat 2 makmal sains
Meja dan kerusi yang mencukupi
Terdapat LCD dan bahan-bahan sains yang dicipta oleh pelajar-pelajar
dengan sendirinya
Bilik SPBT
Terdapat buku teks yang mencukupi
Buku-buku teks diatur dengan rapi mengikut mata pelajaran dan kelas
Buku teks yang sangat lama dan koyak telah diasingkan
Proses pengajaran dan pembelajaran
Persekitaran kawasan sekolah
Kebersihan kawasan sekolah
Keceriaan sekolah
Kebersihan pakaian warga sekolah
Tingkah laku
Disiplin
Perlaksanaan tugas dan tanggungjawab
Hormat-menghormati
Sikap Bekerjasama
Ketepatan masa
Tanggungjawab terhadap harta benda sekolah
Pergaulan sosial guru-guru
Hubungan antara guru dengan guru, murid dengan murid dan juga
murid dengan guru

3.2 KAEDAH TEMUBUAL

Bersama Pengurus Sekolah (Guru Besar)


1.1 Adakah lokasi sekolah selesa bagi anda dan warga sekolah anda ?
1.2 Bagaimana dengan bilangan murid?
1.3 Bagaimanakah proses pengajaran dan pembelajaan dilaksanakan di
sekolah ini?
1.4 Apakah tindakan yang perlu ambil oleh para guru bagi merapatkan lagi
hubungan antara guru dan pelajar?
1.5 Adakah anda menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai
panduan dalam pengurusan sekolah anda ?
Bersama Guru Penolong Kanan 1
1.1 Apakah peranan anda di sekolah ?
1.2 Bagaimanakah anda akan menyelesaikan masalah mengenai muridmurid atau sekolah apabila guru besar tidak berada di sekolah?
Bersama Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulam
1.1 Bagaimanakah cara anda menjalankan aktiviti ko-kurikulum sekolah ?
1.2 Adakah semua peralatan mencukupi bagi semua pelajar?
1.3 Apakah aktiviti-aktiviti telah diadakan selama ini?
Bersama Ketua Panitia Bahasa Inggeris
1.1 Adakah anda berpuas hati dengan bahan yang disediakan di sekolah ini ?
1.2 Adakah proses pengajaran dan pembelajaran meningkatkan prestasi
pelajar yang lemah?
1.3 Apakah alat bantu mengajar yang digunakan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran?
Bersama Guru Bilik Darjah
1.1 Adakah anda berpuas hati dengan peralatan yang disediakan di kelas ?
1.2 Apakah tindakan yang perlu ditambah lagi dalam setiap kelas untuk
memudahkan P&P ?
1.3 Bagaimana mengatasi masalah murid di kelas?
Bersama Guru Mentor
1.1 Adakah anda menerima sokongan yang anda inginkan dari

Guru besar
Guru-guru

Ibubapa
Murid-murid
Masyarakat setempat

Bersama Pengawal Keselamatan


1.1 Apakah masalah utama yang mempengaruhi sekolah ini ?
1.2 Apakah tindakan yang telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk mengatasi
masalahnya ?
1.3 Apakah tindakan yang perlu ditambah lagi bagi mengatasi masalah yang sering
berlaku ?
Bersama Pelajar Sekolah
1.1 Adakah guru mengajar dengan baik?
1.2 Adakah kemudahan di sekolah cukup?
1.3 Adakah guru menggunakan bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran
dan pembelajaran?
Bersama Penjual Makanan
1.1
1.2
1.3
1.4

Adakah organisasi sekolah ini bagus?


Adakah menu sering kali tukar?
Adakah pelajar beratur ketika membeli makanan di kantin sekolah?
Adakah kemudahan yang disediakan cukup bagi sekolah ini?

3.3 KAEDAH SENARAI SEMAK


SENARAI SEMAK
SENARAI SEMAK SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) KULIM
Senarai Semak Umum
Nama Sekolah :

Bilangan Murid :
Bilangan Guru :
BIL

ITEM

YA

01

Pengawal

02

Pejabat

03

Perpustakaan

04

Makmal Sains

05

Makmal Komputer

06

Padang

07

Tandas

08

Bilik SPBT

09

Kantin

10

Bilik Mesyuarat

11

Pondok Bacaan

12

Taman Bacaan

TIDAK

Senarai Semak Kantin

BIL

PERKARA

Tong sampah

Menu

Pengawas bertugas

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

ADA

TIDAK

Kata-kata hikmah

Doa makan

Tempat meletak pinggan kotor

Senarai Semak Kelas


BIL

PERKARA

Meja guru

Meja

Kerusi

Skrin LCD

LCD

Suasana Yang Selesa Untuk P&P

Sudut bacaan

Jadual waktu kelas

Jadual bertugas

10

Sudut maklumat

11

Kipas

12

Lampu

13

Tong sampah

14

Papan Hitam

15

Sudut mata pelajaran

ADA

TIDAK

Senarai Semak Perpustakaan


BIL

PERKARA

Buku latihan / buku rujukan

Kad pinjaman

Televisyen

ADA

TIDAK

Meja dan kerusi

Alatan kebersihan

Buku Nilam

Lampu

Kipas

Jadual bertugas pengawas perpustakaan

10

Peraturan perpustakaan

11

Rekod buku pinjaman

12

Rak buku

Senarai Semak Makmal Sains


BIL

PERKARA

Tong sampah

Alatan eksperimen

Pembantu makmal

Peraturan makmal

First Aid Kid

LCD

Skrin LCD

Meja dan kerusi

Lampu dan kipas

ADA

TIDAK

3.4 SOAL SELIDIK


Tandakan / atau pada ruang yang disediakan.
Lelaki
Perempuan

Bil

Soalan

Adakah anda berpuas hati dengan suasana sekolah ?

Bahan dan sumber P & P mencukupi ?

Adakah kemudahan ICT sekolah anda mencukupi ?

Adakah anda menerima sokongan daripada murid dalam P & P ?

Adakah anda berpuas hati dengan kemudahan sukan ?

Adakah anda berasa (Skim Baucer Tution) SBT perlu ?

Adakah tahap kecemerlangan murid dalam bidang ko-kurikulum


memuaskan ?

Adakah aktiviti kurikulum sekolah memuaskan ?

Ya

Tidak

10

Adakah anda berpuas hati dengan guru-guru sekolah yang lain ?

(ii) Murid
Tandakan / atau pada ruang yang disediakan.
Lelaki
Perempuan

Bil

Soalan

Adakah anda seorang penduduk kawasan Bentong ?

Bahan dan sumber P & P mencukupi ?

Adakah kemudahan ICT sekolah anda mencukupi ?

Adakah anda berminat dengan proses P&P yang menggunakan


ICT ?

Adakah pengajaran daripada guru mudah difahami ?

Adakah sekolah mengambil berat tentang aspek fizikal anda ?

Adakah anda berpuas hati dengan kemudahan sekolah ?

Ya

Tidak

Adakah aktiviti kurikulum sekolah memuaskan ?

Adakah aktiviti ko-kurikulum sekolah memuaskan ?

10

Adakah anda berpuas hati dengan warga guru sekolah anda?

5.0 Ilmu/Pengetahuan Baru


5.1 Kaedah Pemerhatian
Melalui pemerhatian yang telah saya jalankan banyak ilmu baru yang telah
saya perolehi. Setelah beberapa hari menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kulim, saya telah memperolehi banyak
pengetahuan baru, melalui pemerhatian yang telah saya jalankan sepanjang berada
di sekolah tersebut. Sebelum ini saya tidak banyak mengetahui berkenaan dengan
peranan Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Kaunseling, Guru Kelas dan
Guru Panitia dalam memperkembangkan aspek intelek, jasmani, emosi, rohani, dan
sosial murid-murid serta dalam proses mengetahui perkembangan awal kanakkanak.
Seterusnya, kawasan sekolah turut dihiasi dengan mural yang dapat menarik
perhatian murid-murid. Mural yang dilukis cantik turut disertai dengan pelbagai katakata, formula dan sebagainya. Dengan adanya mural ini, ianya dapat menambahkan
ilmu para pelajar dan menguatkan ingatan tentang sesuatu yang telah dipelajari.
Kebersihan di kawasan sekolah juga sangat memuaskan. Pada hari pertama
semasa saya datang ke sekolah ini, saya agak terkejut kerana pada awal pagi lagi,
pekerja kebersihan sudah menjalankan tugas. Hairannya adalah mereka yang
mengucapkan salam kepada saya sebelum saya ucap kepada mereka. Bilik selesa
guru turut dihias cantik.

5.2 KAEDAH TEMU BUAL


Melalui temu bual yang saya jalankan, banyak ilmu yang telah saya perolehi.
Dalam temu bual yang telah saya laksanakan, pelbagai topik telah diutarakan yang
kebanyakkannya berkisar mengenai ilmu pendidikan dan sekolah itu sendiri.
Banyak perkara yang saya tidak ketahui berjaya dirungkai. Saya telah menemubual
beberapa pihak seperti Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru
kaunseling, guru panitia, kakitangan sekolah dan murid. Pada mulanya saya agak
gementar untuk menemu bual pihak berkenaan, tetapi lama kelamaan perasaan itu
hilang sendiri.
Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan
Pengalaman Berasaskan Sekolah

ini.

Antara yang telah saya perolehi adalah

peranan pihak pengurusan dalam memperkembangkan aspek jasmani, emosi,


rohani, intelek dan sosial (JERIS) dalam kalangan pelajar serta bagaimana proses
perkembangan kanak-kanak di sekolah tersebut diukur. Selain itu, soalan-soalan
yang ditanyakan telah dirangka sebelum saya berjumpa dengan pihak tersebut. Hal
ini kerana mengelakkan sesi temu bual terhenti-henti tanpa ada soalan.

5.3 KAEDAH SENARAI SEMAK


Senarai semak merupakan perkara paling penting yang harus ada semasa
program

Pengalaman

Berasaskan

Sekolah

dijalankan.

Senarai

semak

ini

menyenaraikan segala perkara atau aspek yang perlu saya ketahui serta lakukan
sepanjang berada di sekolah. Saya telah mempelajari mengenai kepentingan
senarai semak semasa melakukan sesuatu perkara. Senarai semak mengelakkan
saya daripada tertinggal atau terlupa mengenai perkara penting yang harus saya
laksanakan

semasa

berada

di

sekolah. Tertinggal

sesuatu

perkara

akan

menjejaskan laporan atau tugasan yang perlu dihantar selepas PBS dilaksanakan.
Saya juga telah belajar cara-cara untuk membuat senarai semak yang tersendiri
untuk tugasan PKK dan juga FPM. Kemahiran ini boleh saya gunakan di masa
hadapan kelak tambahan pula bakal guru pada suatu hari nanti. Malah penggunaan
senarai semak dan fail boleh diaplikasikan di sekolah agar latihan dan kerja rumah
yang telah diberikan dapat dikumpul dan berada dalam keadaan yang tersusun.
Antara tujuan penyediaan senarai semak:
Untuk menyenaraikan perkara yang perlu dilaksanakan
Membuat perancangan yang rapi
Memudahkan untuk melakukan rujukan
Lebih sistematik
Selamat dan tersusun

5.4 KAEDAH SOAL SELIDIK


Soal selidik yang telah saya laksanakan adalah dapat mengetahui siapa yang
memegang jawatan sebagai Guru Besar, GPK, ketua panitia dan guru bilik darjah.
Saya juga dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing selepas
menjalankan soal selidik. Selain daripada itu juga, saya juga mengetahui nilai-nilai
mumi di kalangan murid-murid.
Bukan itu sahaja, kami memperoleh maklumat tambahan ini dengan
bertanyakan serba sedikit tentang sekolah ini pada beberapa orang responden.
Contohnya, saya telah bertanyakan para pelajar mengenai pembelajaran yang dialami
oleh mereka. Saya cuba mendapatkan maklumat ini pada masa kelas ganti.

6.0 REFLEKSI

Semasa menulis refleksi ini, saya telah berjaya menjalani satu program wajib
iaitu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu bermula pada 30
Mac 2014 hingga 04 Mac 2014. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan
satu komponen daripada Amalan Profesionalisme bagi pelajar Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya telah menjalani
program ini di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kulim.
Pemerhatian pertama saya semasa berada di sana ialah semasa perhimpunan
rasmi iaitu pada hari Ahad jam 7.30 pagi. Kebanyakan murid-murid dapat hadir awal
ke perhimpunan dan beratur mengikut kelas masing-masing dan hanya
beberapa orang murid sahaja yang hadir lewat ke perhimpunan. Kekuatan yang
dapat dilihat di sini ialah pengawas menjalankan tugas masing-masing
dengan menjaga murid-murid di setiap barisan supaya menumpukan perhatian
terhadap perkara yang disampaikan semasa perhimpunan berlangsung. Walaupun
ada di antara mereka yang k u r a n g m e m b e r i p e r h a t i a n , n a m u n s e s u a t u
y a n g p e r l u d i p u j i i a l a h m e r e k a t i d a k membuat bising semasa guru
memberi ucapan. Sebaliknya guru-guru yang lain pula yang bercakap-cakap
semasa perhimpunan. Guru-guru sepatutnya menjadi contoh yang baik
kepada murid-murid
Sepanjang 4 hari berada di sekolah tersebut, saya dapat memerhatikan
banyak

aspek.

Pertama,

saya

dapat

membuat

kesimpulan

bahawa

persekitaran sekolah tersebut dari segi kebersihan dan keselamatan


adalah sangat baik. SJKT Bentong mempunyai pintu pagar yang besar dan
dikawal oleh pengawal perempuan. Dari segi kesihatan, sekolah tersebut
amat mementingkan kebersihan kerana agak sukar untuk melihat sampah
bersepah dalam kawasan sekolah. Selain itu, dari segi nilai yang
diamalkan

oleh

warga

sekolah,

saya

rasa

sangat

kagum

dengan

kesopanan para pelajar. Mereka akan mengucapkan salam apabila


bertembung dengan guru-guru walaupun tidak dikenali. Guru-guru juga
sangat

mesra

memerlukan

dan

mudah

menghulurkan

bantuan

bantuan

seperti

maklumat-maklumat

apabila

berkenaan

kami

sekolah

tersebut. kakitangan bukan mengajar seperti pengawal keselamatan juga


sangat mesra. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, guru-guru
menyampaikan pengajaran dengan baik. Guru-guru menggunakan kaedah mengajar

yang bersesuaian dengan tahap pemikiran murid. Saya diberi peluang untuk melihat
guru-guru mengajar dan juga diberi peluang menggantikan guru yang tidak dapat
hadir ke sekolah. Di situ, saya dapat merasakan situasi sebenar yang akan situasi
sebenar yang akan saya tempuhi kelak.
Boleh dikatakan saya seronok menjalani program PBS. Banyak pengalaman
baru yang

diperoleh. Saya berharap pengalaman-pengalaman ini dapat

membantu saya untuk menghadapi dunia perguruan yang sebenar kelak.

7.0

LAPORAN AKHIR

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan tugasan yang wajib


dilakukan selama seminggu oleh semua pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia
ini. Mereka dikehendaki menjalankan PBS di sekolah-sekolah kerajaan dalam
Negara. PBS merupakan pengalaman pertama bagi saya selaku pelajar Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester unit Pengajian inggeris . PBS ini
meminta untuksaya ke sekolah bagi menjalani tugasan yang diberikan. Sekolah
yang saya menjalani PBS ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kulim, Kedah.
Sekolah ini dipilih kerana berhampiran dengan tempat tinggal saya dan
memudahkan saya untuk berulang alik ke sekolah. Namun tujuan utama saya untuk
ke sekolah itu kerana ingin mengetahui lebih mendalam lagi tentang sekolah
tersebut. Lagi pun, saya menuntut pendidikan sekolah rendah saya di sekolah
tersebut.
Sepanjang saya berada di sekolah, saya telah mempelajari banyak perkara baru
berkenaan suasana dan realiti sebenar keadaan seorang guru semasa mengajar
dan suasana serta iklim kelas itu sendiri. Semasa melaksanakan PBS, saya dapati
pada diri saya berlaku perubahan dalam menyediakan keperluan untuk menjadi
seorang guru antaranya dari aspek penampilan, pergaulan, komunikasi dan
pengurusan sama ada dengan pihak sekolah, para guru dan murid-murid. Apa yang
boleh saya nyatakan di sini adalah tentang kesedaran emosi saya semasa
melakukan PBS. PBS banyak mengajar saya berubah ke arah pemikiran dan
pengurusan emosi yang positif, bukan dengan cara memberi tekanan kepada
perasaan. Kawalan emosi sangat penting, kerana emosi merupakan segala tunjang
perbuatan yang bakal kita lakukan. Emosi yang negatif membawa keburukan
kepada diri kita.
Melalui PBS juga dapat memupuk keyakinan diri saya dalam melakukan sesuatu
perkara. Ia mengajar saya untuk lebih berketerampilan dan berkeupayaan untuk
bergaul mesra dengan masyarakat sekeliling terutamanya ketika berhadapan
dengan murid-murid. Selain itu, ia juga menambahkan semangat saya untuk
menimba ilmu pengetahuan. PBS juga banyak mengajar saya tentang menyedari
keperluan orang lain terutamanya murid-murid yang untuk mereka membangun dan
meningkatkan potensi diri sendiri. Selain itu, PBS juga membolehkan saya menjadi
bijak dalam berkomunikasi dan berhubung dengan orang ramai. Tambahan lagi,
saya dapat menyampaikan maklumat dengan jelas dan meyakinkan orang ramai

dengan mewujudkan dasar keterbukaan dan telus dalam pergaulan. Melalui PBS
juga, saya dapat memupuk kepercayaan di antara satu sama lain, rasa hormat di
kalangan para guru, staf sekolah dan murid-murid serta berkongsi pemikiran untuk
mencapai kesefahaman. Malah saya juga dapat menyesuaikan diri dengan ideaidea, pendekatan dan maklumat yang baru diterima.
Semasa menjalani PBS, barulah saya sedar bahawa saya perlu pandai
menjangka sesuatu perkara, mengenal pasti dan memenuhi keperluan orang lain. Di
samping itu, saya juga dapat melihat suasana dan iklim bilik darjah di sekolah
tersebut, susun atur kelas, sudut carta dan bacaan semuanya banyak memberi
gambaran bagi saya bahawa menyediakan sebuah kelas yang lengkap dari segi
kemudahan dan informasi bukanlah perkara yang mudah bagi seseorang guru untuk
mengendalikannya di samping kerjasama yang perlu di kalangan pelajar. Saya
berasa amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjalankan PBS ini
walaupun hanya sempat menghadirkan diri ke sekolah selama empat hari kerana
sebab yang tidak dapat dielakkan. Amat sayang untuk meninggalkan sekolah
tersebut kerana warga sekolah itu sangat mengalu-alukan kedatangan guru-guru
pelatih ke sekolah ini. Pengalaman yang ditimba akan terpaku dalam sanubari dan
akan digunakan sebaikanya sebagai bekalan mengajar kelak.
Berdasarkan tugasan ini, dapatlah saya konklusikan bahawa saya banyak belajar
mengenai suasana sekolah yang sebenar sekaligus dapat memahami budaya
sekolah, organisasi sekolah dan prasarana yang perlu ada dalam mewujudkan
pembelajaran yang berkesan.

Das könnte Ihnen auch gefallen