Sie sind auf Seite 1von 28

LATEST NEWS) Perbicaraan Kes Liwat

Anwar Ibrahim. Soal Jawab!!


by Admin [ Master G ] on February 5, 2010

in Kes Mahkamah

Post ini akan akan disticky buat masa ini. Untuk melihat artikel/berita terkini di
BeritaSemasa.com, sila skroll dan lihat di bawah post ini.

Inilah satu lagi kes perbicaraan berprofil tinggi selepas selesainya kes skandal video klip VK
Lingam. Kemudian minggu depan, satu lagi kes bagi Mahkamah Persekutuan yang mana
melibatkan Krisis politik Negeri Perak. Bagi perbicaraan mahkamah melibatkan kes liwat
Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari, telah berlangsung setelah beberapa kali tertangguh
sebelum ini.

Anwar yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Permatang Pauh,
dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih,
Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman
penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. Perbicaraan bermula 18 bulan
selepas Anwar didakwa di mahkamah pada Ogos 2008.

Ruangan ini akan sentiasa diupdate dengan transkripsi terkini sepanjang perbicaraan kes liwat
Anwar Ibrahim berlangsung. Boleh semak sehingga di bahagian bawah sekali.
Pembicaraan Kes Liwat Anwar Ibrahim – Transkrip Penuh Hari Pertama pada 3 Februari
2010

Pohon dipanggil saksi pertama Mohd Saiful bin Azlan. Saksi Perbicaraan 1 (SP1) – Mohd Saiful
bin Azlan

SP1 angkat sumpah dalam Bahasa Melayu. Alamat sama seperti dalam Kad Pengenalan. Tidak
bekerja. Umur, 25 tahun. Mohd Yusof : En. Saiful Bukhari, yang tidak jelas saya akan ulangi
semula.

Mohd Yusof : Ada berapa orang adik-beradik

Saiful Bukhari : 2 orang. Saya yang sulong

Mohd Yusof : Sekolah di mana?

Saiful Bukhari : Di Damansara Utama, Darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya, Darjah 2
hingga darjah 3, Sekolah Kebangsaan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur, Darjah 4-6, Sekolah
Kebangsaan Damansara Utama, Tingkatan 1 hingga tingkatan 5 di Sekolah Menenagah
Kebnagsaan Damansara Utama.

Mohd Yusof : Sekolah Menengah sehingga tingkatan berapa?

Saiful Bukhari : Tingkatan 5

Mohd Yusof : Ada melanjutkan pelajaran?

Saiful Bukhari : Saya ada belajar di Taylor Collage setahun dan ditawarkan belajar di Universiti
Tenaga Nasional (UNITEN) Saya ditawarkan dengan kursus dalam Kejuruteraan Elekterik
Kuasa

Mohd Yusof : Adakah kamu tamatkan pelajaran di Uniten?

Saiful Bukhari : Saya tidak tamat belajar di Uniten

Mohd Yusof : Semasa di universiti, adakah kamu aktif dalam apa-apa pertubuhan?

Saiful Bukhari : Saya aktif dalam bidang sukan dan kepimpinan universiti

Mohd Yusof : Apa maksud kepimpinan?

Saiful Bukhari : Maksud kepimpinan, pada 2006, saya menang pihanraya kampus dan dilantik
sebagai Presiden Majlis Kepimpinan Pelajar.

Mohd Yusof : Mengapakah tidak menamatkan pelajaran?


Saiful Bukhari : Saya tidak tamatkan pelajaran kerana keputusan saya teruk dan saya malu dan
berkeputusan tidak menamatkan pelajaran.

Mohd Yusof : Beritahu tadi kamu tidak bekerja. Pada tahun 2008 kamu bekerja?

Saiful Bukhari : Saya bekerja pada tahun 2008

Mohd Yusof : Boleh beritahu sejak bila bekerja pada 2008 dan dengan siapa?

Saiful Bukhari : Pada awal Mac 2008 saya dijemput oleh rakan saya Rahimi utk bekerja dengan
Anwar Ibrahim.

Mohd Yusof : Boleh cam Anwar Ibrahim?

Saiful Bukhari : Boleh cam

[SP1 tunjuk Anwar Ibrahim]

Mohd Yusof : Orang Kena Tuduh (OKT) dicamkan

Mohd Yusof: Pada mula bekerja dengan DSAI, apa kerja yang kamu buat?

Saiful Bukhari : Saya masuk seminggu sebelum pilihanraya umum, saya mulakan tugas sebagai
sukarelawan, sebagai sukarelawan banyak kerja yang saya buat seperti atur jadual perjalanan
ceramah pilihanraya. Kadang kala saya ikut beliau ke ceramah-ceramah di sekitar negara. Pada
masa yang sama saya bantu rakan saya Rahimi iaitu pegawai khas Anwar Ibrahim

Mohd Yusof : Siapakah beliau yang kamu maksudkan?

Saiful Bukhari : Beliau yang dimaksudkan adalah Anwar Ibrahim

Mohd Yusof : Berapa lama kerja sebagai sukarelawan?

Saiful Bukhari : Dari awal Mac hingga hujung April, selepas itu saya dilantik oleh Anwar
Ibrahim sebagai pembantu peribadi (PA).

Mohd Yusof : Perlantikan ini ada surat?

Saiful Bukhari : Tiada

Mohd Yusof : Apa tugas-tugas sebagai pembantu peribadi?

Saiful Bukhari : Tugas-tugas saya merangkumi:

1. Mengatur pertemuan sulit Anwar Ibrahim seperti pada ketika itu untuk
berkomunikasi dengan agen atau ahli parlimen yang terlibat dalam parti.
2. Uruskan dan membantu Encik Ibrahim Yaacob iaitu ketua staff dalam mengatur
jadual beliau.
3. Membuat filing dokumen sulit seperti akaun-akaun bank.
4. Mengawalselia Handphone (HP) peribadi beliau. Setiap pagi Anwar Ibrahim bagi
Handphone untuk cek SMS dan highlight SMS yang penting.

Mohd Yusof : Selain Ibrahim Yaacob siapa lagi yang bekerja dengan Anwar Ibrahim?

Saiful Bukhari : Tidak ingat sebab selalu bertukar

Mohd Yusof : Jika boleh ingat di bulan Mac atau April?

Saiful Bukhari : Hanya saya dan Rahimi Osman, Nathanielle Tan dan Azri – warganegara US

Mohd Yusof : Adakah Anwar Ibrahim mempunyai pemandu?

Saiful Bukhari : Ada ramai, yang saya kenal adalah En. Mokhtar, seorang lagi nama samaran
iaitu Botak, Kahar. Saya panggil pemandu Anwar Ibrahim sebagai Pak Sani.

Mohd Yusof : Adakah dibayar gaji sebagai Personal Assistant (PA)?

Saiful Bukhari : Ya

Mohd Yusof : Berapa gaji?

Saiful Bukhari : Yang official dibayar oleh Kak Jun iaitu RM 1000 yang tidak rasmi seperti
elaun bergantung kepada trip-trip yang saya pergi. Sebagai contoh ke Singaporee – USD1000
dan Hong Kong HKD10000.

Mohd Yusof : Berapa lama kerja dgn Anwar Ibrahim?

Saiful Bukhari : Dalam sekitar 4 bulan, dari awal Mac sehingga28 Jun 2008

Mohd Yusof : Secara rasmi bila berhenti?

Saiful Bukhari : Pada bulan 6 pada hari saya buat laporan polis

Mohd Yusof : Ada buat surat perletakkan jawatan?

Saiful Bukhari : Pada pagi 27 Jun 2008 di pejabat baru Anwar Ibrahim di Tropicana City Square,
ibu pejabat Parti Keadilan, saya telah hantar e-mail melalui black berry saya ke email beliau
menyatakan hasrat ingin letak jawatan.

Mohd Yusof : Apa sebab kamu berhenti?


Saiful Bukhari : Sebab sebenar saya berhenti kerana saya tidak rela diperlakukan seperti dalam
laporan saya. Dalam email saya katakan dua perkara,pertama pertama yang saya tidak berdisplin
lewat ke pejabat, selalu dimarahi oleh Anwar Ibrahim. Yang kedua saya katakan pejabat baru
PKR saya diberikan bilik di ruang pejabat dan rasa tertekan kerana kurang kelayakan dari yang
lain kerana yang lain tiada bilik. Saya nyatakan selagi saya  jadi PA Anwar Ibrahim akan jadi isu
kerana saya kurang kelayakan.

Mohd Yusof : Jadi apakah sebab sebenar letak jawatan?

Saiful Bukhari : Sebab sebenar saya tidak rela diperlakukan seperti dalam laporan saya.

Mohd Yusof : Ada beritahu Mahkamah ada buat laporan polis 28 Jun 2008?

Saiful Bukhari : Ya.

Mohd Yusof : Rujuk dokumen ini. Maafkan saya, saya tidak ada salinan lagi. Lihat tandatangan
di bawah. Ini tandatangan siapa?

Saiful Bukhari : Ini tandatangan saya

Mohd Yusof : Dokumen ini tulisan tangan, tulisan siapa?

Saiful Bukhari : Tulisan saya

Mohd Yusof : Baca dalam hati dulu dokumen itu. Beritahu apa dokumen ini?

Saiful Bukhari : Ini laporan polis yang saya tulis sendiri pada 28 Jun 2008 di Hospitak Kuala
Lumpur

Mohd Yusof : Ada tandatangan dan IC number kamu?

Saiful Bukhari : Ada.

Pohon tanda sebagai eksibit

Ct : P3

Mohd Yusof : Kamu camkan ini laporan yang kamu buat?

Saiful Bukhari : Ya

Mohd Yusof : Jika ikut laporan perkara yang ditomahkan itu berlaku di Unit 1151 di Kondo
Desa Damansara. Bagaimana kamu sampai ke sana pada hari tersebut?

Saiful Bukhari : Saya diminta datang ke sana.


Karpal Singh : Objection to P3, in certain part should be expunge. Barisan ketiga menyebut
“kejadian kali terakhir pada 26.6.2008”. Ini kerana apa yang dihadapan YA adalah pertuduhan
iaitu P1.

Mohd Yusof : Same day but the words “kali terakhir” indicating there were more than one.

Karpal Singh : We’ll submit on that. Kejadian kali terakhir, impact adalah kejadian-kejadian lain,
kita tidak boleh masuk sebagai keterangan, kerana ada satu pertuduhan sahaja.

Mohd Yusof : Yang Arif, ini laporan pengadu, FIR to the police. Tiada apa yang saya boleh buat,
seperti pertahan pihak pendakwaan akan bawa keterangan ikut undang-undang sahaja. Ini FIR ini
bukan keterangan substantif, ini tohmahan, laporan untuk polis mulakan siasatan. Kita tidak
bergantung pada lapoaran ini, laporan untuk explain bagaimana polis memulakan siasatan. Isu
prejudice tidak timbul pada peringkat ini.

Karpal Singh : Walaupun ini FIR, tetap dalam FIR ini evidence of bad character ada kerana
dinyatakan ada kejadian lain. Tujuan FIR tidak kira apa yang boleh dimasukkan dalam report itu.
Merayu agar Yang Arif expunge barisan ketiga “kejadian kali terakhir”.

Yang Arif : [lihat P3]

Karpal Singh : Kejadian terakhir maknanya ada kejadian lain

Mohd Yusof : Kalau kita expunge baris ke tiga, tarikah kejadian akan hilang, maka bila tarikh
kejadian itu berlaku? Pihak pendakwaan tidak boleh halang seseorang untuk buat laporan tetap
pendakwaan telah guna budibicara untuk tuduh satu sahaja. Tidak ada perkara yg detail,
melainkan sedikit sahaja. Melainkan kita ada jury trial. Saya percaya Mahkamah akan bataskan
pada keterangan pada pertuduhan tetap tidak pada yang lain. Ini memamng laporan yang dibuat,
kita tidak boleh mengubahnya.

Yang Arif : Objection to words “kali terakhir”?

Karpal Singh: Yang Arif acted as Yang Arif and jury. Any doc which prejudicial shoulld be
expunge. We don’t want authority about that, it is common sense.

CV: This shows that an offence has been committed before, it is prejudicial, the prejudicial value
outweights it provative value. If we delete the words “kali terakhir” it can still be read as
“kejadian pada 26 Jun 2008.”

Yang Arif : Saya setuju dengan hujah def. Terdapat beberapa kejadian berlaku pada hari yang
sama. Kerana pendakwaan membawa satu pertuduhan sahaja, maka barisan 4 perkataan “kali
terakhir” dibatalkan. Dlm keadaan ini, permohonan batalkan perkataan “kali terakhir” adalah
dibenarkan.

Mohd Yusof : Bila Anwar Ibrahim minta kamu ke sana?


Saiful Bukhari : Ada beberapa kali tetapi kali terakhir adalah pada 26 Jun 2008 di pejabat beliau.

Mohd Yusof : Itu kali terakhir?

Saiful Bukhari : Ya.

Mohd Yusof : Sebelumnya?

Saiful Bukhari : Hari sebelumnya pada 25 Jun 2008

Mohd Yusof : Pada 25 Jun 2008 bila masanya?

Saiful Bukhari : Pada pagi selepas selesai mesyuarat staff

Mohd Yusof : Pada 26 Jun?

Saiful Bukhari : Pagi juga dalam 10.30 pagi.

Mohd Yusof : Masa itu di pejabat?

Saiful Bukhari : Ya

Mohd Yusof : Di pejabat mana?

Saiful Bukhari : Seksyen 16, Kelana Jaya.

Mohd Yusof : Jika diingatkan apakah Anwar Ibrahim beritahu pada 26 Jun 2008, jam 10.30
pagi?

Saiful Bukhari : Anwar Ibrahim ingatkan saya kembali untuk datang ke kondo tersebut dan
kedua beritahu tentang mesyuarat dengan Prof Ariff pada jam 12 di Kondominium Desa
Damansara di rumah Encik Hassanuddin.

Mohd Yusof : Kondominium di mana?

Saiful Bukhari : Unit lain 1152

Mohd Yusof : Kondominium siapa?

Saiful Bukhari : En. Hassanuddin sahabat baik Anwar Ibrahim

Mohd Yusof : Anwar Ibrahim ada beritahu kenarap Anwar Ibrahim nak kamu ke sana?

Saiful Bukhari : Ada, untuk bincang jadual kerja

Mohd Yusof : Anwar Ibrahim akan berada di sana?


Saiful Bukhari : Ya

Mohd Yusof : Beritahu patut ada di sana pada pukul berapa?

Saiful Bukhari : Sepatutnya pukul 2.15 ptg

Mohd Yusof : Kondominium Desa Damansara, tahu di mana letaknya?

Saiful Bukhari : Ya

Mohd Yusof : Unit kepunyaan Hassanuddin pun tahu?

Saiful Bukhari : Ya

Mohd Yusof : Bagaimana boleh tahu?

Saiful Bukhari : Saya pernah ke sana beberapa kali dan diberithu oleh Anwar Ibrahim bahawa
kedua-dua unit tersebut kepunyaan Hassanuddin.

Mohd Yusof : Mesyuarat di unit mana?

Saiful Bukhari : Unit 1152

Mohd Yusof : Pada 26 Jun, ada pergi ke kondo seperti diminta?

Saiful Bukhari : Ya

Mohd Yusof : Pukul berapa tinggalkan pejabat?

Saiful Bukhari : Saya bertolak pukul 1.45 petang

Mohd Yusof : Masa kamu tinggalkan pejabat, adakah kamu berlenggang atau ada bawa apa-apa?

Saiful Bukhari : Bawa satu doc yang saya tidak pasti, diserahkan oleh ketua staff Encik Ibrahim
Yaacob untuk diserahkan kepada Anwar Ibrahim

Mohd Yusof : Doc ini mcm itu saja ke bawa atau ada bekas?

Saiful Bukhari : Saya letak daalm beg fail, warna hitam.

Mohd Yusof : Doc diberikan oleh Ibrahim kepada kamu untuk apa?

Saiful Bukhari : Diserahkan pada Anwar Ibrahim

Mohd Yusof : Bila Ibrahim Yaacob diberitahu untuk diserahkan kepada Anwar Ibrahim?
Saiful Bukhari : Kira-kira 10-15 minit sebelum saya bertolak

Mohd Yusof : Bagaimana kamu ke kondominium?

Saiful Bukhari : Saya menaiki van fiat dengan no pendaftaran WPK 5925

Mohd Yusof : van@mpv?

Saiful Bukhari : Sy panggil van, van warna merah, fiat

Mohd Yusof : Adakah fiat ini kepunyaan kamu?

Saiful Bukhari : Tidak, kepunyaan bapa tunang saya pada ketika itu.

Mohd Yusof : Pukul berapa kamu sampai ke kondo?

Saiful Bukhari : Pada jam 2.45 petang

Mohd Yusof : Sampai sana adakah perlu lalui post pengawal atau terus saja masuk?

Saiful Bukhari : Perlu lalui post pengawal

Mohd Yusof : Adakah perlu berhenti di post pengawal?

Saiful Bukhari : Ya, perlu berhenti.

Mohd Yusof : Ada pengawal tanya ke mana kamu nak pergi?

Saiful Bukhari : Ada, saya tidak jawab ke mana nak pergi tetapi mengatakan “mohktar”.

Mohd Yusof : Mengapa kata mohktar, apakah significantnya?

Saiful Bukhari : Saya dah datang beberapa kali dan diberitahu untuk cakap mokhtar

Mohd Yusof : Bila kata mohktar, apa terjadi?

Saiful Bukhari : Guard akan bagi laluan

Mohd Yusof : Dari pondok pengawal memandu ke mana?

Saiful Bukhari : Ke visitor parking di P4. Saya keluar kereta dan pergi ke lif P4, saya naiki lif ke
P2. Dari P2 saya perlu berjalan ke blok satu lagi, tidak pasti blok apa. Smpai ke satu pintu.

Mohd Yusof : Pintu ke mana?

Saiful Bukhari : Untuk pergi ke blok Hassanuddin.


Mohd Yusof : Bila lepasi pintu ada apa?

Saiful Bukhari : Ada lif

Mohd Yusof : Pintu ini ke lif, bagaimana keadaannya?

Saiful Bukhari : Kunci secara magnet, automatik lock

Mohd Yusof : Bagaimana kamu nak lepasi pintu?

Saiful Bukhari : Di sebelah kanan ada intercom dan dihubungi ke unit rumah, apabila saya tekan
no unit, dan dia kata “ya?” dan sy kata “mokhtar”. Terus pintu dibuka dan saya percaya dibuka
oleh tuan rumah.

Ooo…ps!!! Saya tahu anda sudah penat membaca? Kalau boleh lagi teruskan sahaja. Kalau letih
membaca apa kata anda rehat sekejap. Nak kata banyak lagi tidak juga, sikit pun tidak. Ada
beberapa poll/survey yang perlu anda undi di bawah ini nanti…

Mohd Yusof : Suara yang jawab lelaki atau perempuan?

Saiful Bukhari : Lelaki

Mohd Yusof : Sudah berapa kali pergi ke kondo Encik Hassannuddin, setiap kali perlu kata
Mokhtar dan tekan 1152?

Saiful Bukhari : Ya.

Mohd Yusof : Berapa kali dengar suara lelaki yang kata ya? Suara yang sama?

Saiful Bukhari : Ya

Mohd Yusof : Beritahu mohktar dan pintu ke lif buka dan apa berlaku

Saiful Bukhari : Dari pintu lif saya ke tingkat 5.

Mohd Yusof : Keluar lif?

Saiful Bukhari : Ya

Mohd Yusof : Unit ini di mana bila keluar lif, pergi kanan atau kiri?

Saiful Bukhari : Keluar lif pergi ke kanan

Mohd Yusof : Masa keluar apa terjadi?

Saiful Bukhari : Saya berselisih dengan seseorang


Mohd Yusof : Dari pintu lif dengan orang itu berapa jauh?

Saiful Bukhari : Pada masa itu orang itu baru keluar dari unit Encik Hassanuddin, dan berselisih
dalam perjalanan.

Mohd Yusof : Kenal dengan org yang berselisih?

Saiful Bukhari : Tidak kenal

Mohd Yusof : Lelaki atau perempuan

Saiful Bukhari : Lelaki

Mohd Yusof : Ingat pakaian?

Saiful Bukhari : Ingat, baju gelap seperti coklat, seluar saya tidak pasti

Mohd Yusof : Rupa boleh ingat?

Saiful Bukhari : Tidak ingat

Mohd Yusof : Masa berselisih ada kt apa-apa?

Saiful Bukhari : Tidak tetapi dia ada senyum.

Mohd Yusof : Selepas itu?

Saiful Bukhari : Saya terus menuju ke unit 1151

Mohd Yusof : Diberitahu ke unit hassanuddin kenapa ke 1151?

Saiful Bukhari : Setiap kali ke sana, saya diarahkan ke unit 1151

Mohd Yusof : Jadi hari itu diarahkan ke unit 1151?

Saiful Bukhari : Ya

Mohd Yusof : 11-5-1 siapa punya unit?

Saiful Bukhari : AI beritahu unit Hassanuddin tetapi sebagai rumah tetamu

Mohd Yusof : Sampai ke unit 1151, apa yang kamu buat smpai ke muka pintu?

Saiful Bukhari : Tiba di unit tersebut buka pintu, tidak berkunci, masuk letak kasut di sebelah
kiri belakang pintu
Mohd Yusof : Masa buka pintu, nampak siapa di dalam?

Saiful Bukhari : Dari pintu tersebut tidak nmpk

Mohd Yusof : Bila masuk?

Saiful Bukhari : Nampak Anwar Ibrahim duduk di meja makan

Mohd Yusof : Selain duduk di meja makan ada Anwar Ibrahim buat apa-apa?

Saiful Bukhari : Tiada duduk di meja makan sahaja

Mohd Yusof : Saya terlupa, beg yang ada doc ada bawa?

Saiful Bukhari : Ada

Mohd Yusof : Apa buat dgn doc bila masuk?

Saiful Bukhari : Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar Ibrahim dan serahkan
doc

Mohd Yusof : Duduk, letak doc, apa lepas itu?

Saiful Bukhari : Lepas serah doc, kamu bincang tentang jadual kerja, tidak lama selepas itu
beliau tanya satu soalan.

Mohd Yusof : Apa soalan itu?

Saiful Bukhari : “Can I kungfu you today?”

Mohd Yusof : Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?

Saiful Bukhari : Marah dan takut

Mohd Yusof : Ada kamu kata apa-apa?

Saiful Bukhari : Tolak pelawaannya

Mohd Yusof : Apa kamu kata bila menolak?

Saiful Bukhari : Saya kata, saya tidak mahu melakukannya

Mohd Yusof : Anwar Ibrahim kata apa-apa,bila kamu kata tidak mahu melakukannya?

Saiful Bukhari : Dengan nada marah Anwar Ibrahim kata “what?”


Mohd Yusof : Apa respon kamu?

Saiful Bukhari : Saya ulang yang sama

Mohd Yusof : Seterusnya?

Saiful Bukhari : Anwar Ibrahim agak marah dengan itu saya takut. Anwar Ibrahim arahkan ke
bilik tidur utama.

Mohd Yusof : Adakah kamu ke bilik tidur utama seperti diarahkan?

Saiful Bukhari : Ya

Mohd Yusof : Siapa pergi dulu?

Saiful Bukhari : Saya pergi dulu

Mohd Yusof : Dalam bilik utama apa berlaku?

Saiful Bukhari : Dalam bilik utama Anwar Ibrahim pergi ke hujang bilik untuk tutup langsir.
Saya ketika itu masih ada di pintu, kemudian Anwar Ibrahim pergi ke pintu untuk tutup lampu
bilik.

Mohd Yusof : Jadi gelap la bilik itu?

Saiful Bukhari : Ada cahaya dari pintu tandas dan celah-celah langsir

Mohd Yusof : Lepas itu?

Saiful Bukhari : Anwar Ibrahim arahkan saya membersihkan diri di dalam tandas

Mohd Yusof : Tandas @ bilik air?

Saiful Bukhari : Bilik air

Mohd Yusof : Anwar Ibrahim arahkan bersih diri?

Saiful Bukhari : Ya

Mohd Yusof : Teruskan?

Saiful Bukhari : Ya, saya masuk ke tandas dengan berpakaian, sy bilas badan tetapi saya tidak
mandi sepenuhnya.

Mohd Yusof : Masa itu dah buka pakaian?


Saiful Bukhari : Ya

Mohd Yusof : Lepas bilas diri?

Saiful Bukhari : Sy ambil tuala dlm tandas, saya keluar dengan baju kemeja saya kaler putih dan
gantung di tempat pemegang almari.

Mohd Yusof : Kamu bertuala?

Saiful Bukhari : Saya bertuala.

Mohd Yusof : Masa keluar dari bilik air, nampak di mn Anwar Ibrahim?

Saiful Bukhari : Saya nampk, Anwar Ibrahim di hujung penjuru katil, dibahagian kaki sebelah
kanan.

Mohd Yusof : Apa Anwar Ibrahim buat pada masa itu?

Saiful Bukhari : Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia lalu
dia peluk saya sambil berdiri.

Karpal Singh: May this evidence be in camera?

Yang Arif : Are you coming to that part?

Mohd Yusof : Yes, im coming to that part. I leave it to the ct. Read proviso s.50(2) Courts of
Judicature Act 1964.

Yang Arif : This proceeding should be in camera. At 9 am?

CV: Can it be 9.30 because Im coming from Rawang.

Yang Arif: 1st proceeding tomorrow will be in camera.

Adjourned to 09:30 tomorrow.

Pembicaraan Kes Liwat Anwar Ibrahim – Transkrip Penuh Hari Kedua pada 4 Februari
2010 (Di hadapan Yang Arif Mohamad Zabidin Mohd Diah)

Pihak-pihak seperti terdahulu [dengan kehadiran Paracumaraswamy(PC), Marissa Regina


Fernando(M), Rajpal Singh]

JB: Kes dipanggil semula.

Mohd Yusof : Kes untuk sambung EIC


Karpal Singh : I have an application to make. In reference to what is contained in the Utusan
Malaysia dated today. I take YA to know this newspaper is solely own by UMNO. We’re saying
Prime Minister(PM) as the President of UMNO is involved. The 1st page “heading” in Yellow,
black backgound “Tak rela diliwat lagi’. At page 3, “Berhenti kerana tidak mahu diliwat lagi.”
This is a matter of serious concerned. Whether amounting to contempt of court.

Whether contempt is permitted outside the court is for the court to cited contempt? Tommy
Thomas v , Peguam Negara, Malaysia & Anor [2001] 3 CLJ 457, majority judgment – para 2 at
p.459 [read]

Refer to the same case at pg 477, “…in the case of Arthur Lee” [read]

This court has jurisdiction because of the seriousness of what had been published in Utusan
Malaysia.

Refer to case MBF Capital Berhad [1999] 1 MLJ 139 p.146 [read]

Refer to The Law of Contempt at p136  [read]

What has been published is more than proper, Yang Arif must act. Refer to the case of PP v The
Straits Times Press Ltd [1949] 15 MLJ 81 [read]

‘Inaccurate and misleading fact..”

Yang Arif must act, Utusan Malaysia has become bolder, in view of the comment made in the
newspaper.

Mohd Yusof : It is very uncalled for to say it is a mischief of PM and UMNO. KS is making
submission that there was contempt. Whether or not it was reported accurately, I not able to
confirmed, but I thought that I heard the particular words uttered. Was calculated to interfere
with the administration of justice and so serious that…  I did not see the difference between what
was reported and what was expunge yesterday. I would say if this is a false reporting or
inaccurate reporting unless done maliciously cannot amount to contempt. Not by this court, not
by AG Chambers. I was made to understand there was a recording made to this proceeding..and
until and unless that was verified, no conclusion should be made. The reporting is not accurate,
the court must satisfied that an act of contempt has been circulated to undermines a fair trial and
I would suggest KS to do whatever proceeding against the reporter and this juncture we should
proceed with the trial.

Karpal Singh : In fact it was a reputation what has been expunged yesterday. It is contemptuous.
If a newspaper reported what is improper, it must be punished by the court of law. The court
must not tolerate with misleading and inaccurate facts. It must be in Yang Arif notes what has
been said by the witness. It is a dignity and integrity of this court, which is at stake.

Yang Arif : Give me 5 minutes, stand down for a while.


Mohd Yusof : Pihak-pihak yang sama

Yang Arif : Permohonan contempt oleh Mr Karpal, ianya tidak dilakukan in the face of the court,
sama ada ditulis untuk mengganggu perjalanan keadilan. KS boleh buat laporan polis, pada
peringkat ini court tidak bercadang untuk contempt mana-mana pihak.

Karpal Singh : At least caution to the press.

Yang Arif : May we proceed with the trial.

Mohd Yusof : Di peringkat ini, Pihak Pendakwaraya (PP) ingin kemukakan rakaman CCTV
untuk confirmed the presence of the complainant at the vicinity. We will be using the walking
copy dan akan mengemukakan the original copy through a witness later whom will be taken by
Mohd Hanafiah.

Yang Arif : Untuk lihat dan confirm?

Mohd Yusof : Ya, PP telah serah gambar tetapi untuk tujuan hari ini dalam gambar ini,
bercadang untuk mainkan recording pada 26 Jun petang untuk pergi ke skrin berkaitan. Ada 2
hard disk yang terlibat.

Yang Arif : Lihat dan camkan muka dia dan kereta?

Mohd Yusof : Ya

Karpal Singh : Confirmed that we have been served under s.51A

JB : SP1 diingatkan masih dalam sumpah

Mohd Yusof : Akan minta pembantu pergi ke 2.45 petang 26 Jun. Minta SP1 pandang ke skrin.
14:46 masanya. Ini camera di entrance.

Yang Arif : Anwar Ibrahim nampak?

Anwar Ibrahim : Tak berapa terang

[Anwar Ibrahim duduk di bar table untuk hampir dengan skrin]

Pembantu: Masalah “hang” sebentar

Mohd Yusof : Terus pergi hard disk di lif. En Hanafiah will examine the relating to the hard disk.
Pagi 14:42

Mohd Yusof : Yang ada gambar, sebelum tutup lif, gambar siapa?

Saiful Bukhari : gambar saya


Mohd Yusof : Ini masa di mana?

Di P2

Mohd Yusof : Teruskan?

Saiful Bukhari : Ini adalah dari P2 ke tingkat 5. Saya keluar dan terus ke kanan.

Mohd Yusof : Lihat lelaki ini? Adakah ini lelaki yang kamu selisih?

Saiful Bukhari : Ya

Mohd Yusof : Gambar keluar dari lif? Frame 16:11

Saiful Bukhari : Saya di tingkat 5, masuk lif untuk turun ke bawah. Ini masa balik.

Mohd Yusof : Itu beg hitam?

Saiful Bukhari : Ya, beg hitam yang saya pegang

Mohd Yusof : Itu kamu keluar di GF?

Saiful Bukhari :Tersilap keluar. [frame berjalan terus] baru berada di P2

Mohd Yusof : Ketibaan pada 14:47. Nak tunjukkan ketibaan SP1, naik kereta apa?

Saiful Bukhari : Saya naik Fiat merah WPK 5925

[“Hang” lagi]

Mohd Yusof : Sebelum ini berfungsi dengan baik.

Pembantu: Hard disk 1 yang “hang”

Mohd Yusof : Kita dah uji tayang, jika begitu saya teruskan dengan EIC saya.

Yang Arif : 14:47 belum ditunjukkan di makamah

Mohd Yusof : Saya ingin tunjuk gambar-gambar, lihat gambar 1, boleh tahu siapa?

Saiful Bukhari : Saya

Mohd Yusof : Gambar 2?

Saiful Bukhari : Ini kereta yang saya pandu, ini masa tiba
Mohd Yusof : gambar 3-6, gambar kamu?

Saiful Bukhari :  Ya

Mohd Yusof : Siapa itu?

Saiful Bukhari : Saya dari P2 ke tingkat 5

Mohd Yusof : Ada bawa beg hitam?

Saiful Bukhari : Ya

Mohd Yusof : Adakah ini lelaki yang kamu kata berselisih dengan kamu?

Saiful Bukhari : Ya

Mohd Yusof : Masa yang tertera, masa adalah 14:42, lelaki itu masuk berbeza adalah 9 saat

Yang Arif : Let the people of CCTV to explain

Mohd Yusof : Gambar 8-13

Saiful Bukhari : Ya, ini gambar saya yang masih bawa beg

Mohd Yusof : 14-15, gambar apa?

Saiful Bukhari : Saya naiki van meninggalkan kondo

Mohd Yusof : Pada peringkat ini pohon izin tanda gambar as ID5

ID5A-O – gambar ikut m/s

Yang Arif : Diizinkan

ID5A-O – gambar CCTV pada 26 Jun

Mohd Yusof : Kamu telah tinggalkan tempat itu, pada 4.15 petang dan AI ada di dalam bilik?

Saiful Bukhari : Ya

Mohd Yusof : Lihat laporan kamu (P3 dirujuk), ada rubber stamp “Pondok Polis Hospital”, tulis
P3 di sanakah?

Saiful Bukhari : Tidak, saya tulis di One Stop Crisis Centre (OSCC), Hospital Kuala Lumpur
(HKL)
Mohd Yusof : Mengapa berada di hospital?

Saiful Bukhari : Untuk menjalankan pemeriksaan

Mohd Yusof : Pemeriksaan apa?

Saiful Bukhari : Mengenai saya diliwat

Mohd Yusof : Pada 28 Jun, adakah kamu terus pergi ke HKL untuk dapatkan pemeriksaan?

Saiful Bukhari : Tidak

Mohd Yusof : Sebelum ke HKL?

Saiful Bukhari : Saya pergi ke dua hospital

Mohd Yusof : Hospital 1?

Saiful Bukhari : Hospital 1 ke Tawakal Hospital di Jalan Pahang

Mohd Yusof : Adakah tujuan sama dengan HKL?

Saiful Bukhari : Sama

Mohd Yusof : Adakah kamu dapatkan pemeriksaan di sana?

Saiful Bukhari : Tidak dapat, kerana dimaklumkan oleh Receptionist pada hari tersebut half day

Mohd Yusof : Dr Tawakkal ke mana?

Saiful Bukhari : Saya fikirkan hospital terdekat adalah PUSRAWI di Jalan Tun Razak KL

Mohd Yusof : Kamu pergi Hospital pergi seorang atau ditemani?

Saiful Bukhari : Ditemani oleh bapa saudara

Mohd Yusof : Siapa nama?

Saiful Bukhari : Tuah bin Mat Ali, adik kepada arwah ibu saya

Mohd Yusof : Adakah di PUSRAWI dapat jumpa Dr?

Saiful Bukhari : Ya, dapat

Mohd Yusof : Ingat nama atau rupa Dr tersebut?


Saiful Bukhari : Saya tak ingat nama tetapi boleh cam

[Panggil Dr Osman untuk pengecaman]

Mohd Yusof : Kenal dia?

Saiful Bukhari : Ya

Mohd Yusof : Siapa?

Saiful Bukhari : Dia adalah Dr yang periksa saya di PUSRAWI

[Mohd Osman bin Abdull [dicamkan oleh SP1 sebagai Dr di PUSRAWI]

Mohd Yusof : Bila jumpa Dr osman, bagitau apa pada Dr. Osman?

Saiful Bukhari : Pada mulanya saya bagitau saya sakit perut dan sakit di bahagian dubur

Mohd Yusof : Apa yang Dr buat?

Saiful Bukhari : Beliau suruh tanggalkan seluar dan baring di atas katil dan meniarap

Mohd Yusof : Sepanjang pengetahuan kamu ada Dr guna apa-apa peralatan?

Saiful Bukhari : Ada, Dr ingin masukkan sesuatu, semasa ingin masukkan benda tersebut saya
terus berterus-terang bahawa saya telah diliwat dan ingin jalani pemeriksaan

Mohd Yusof : Bila bagitahu apa yang telah berlaku, apa Dr buat?

Saiful Bukhari : Dr terus berhentikan pemeriksaan dan suruh saya pakai seluar

Mohd Yusof : Ada kamu tanya kenapa Dr berhenti pemeriksaan?

Saiful Bukhari : Ya, saya tanya, Dr nasihati saya dua perkara, pertama hospital (hosp) tiada
kelengkapan untuk forensik, kedua laporan hospital swasta tidak boleh dijadikan bukti di
makamah. Dr nasihatkan untuk jalani pemeriksaan di HKL.

Mohd Yusof : Cadangkan, arahkan atau nasihat?

Saiful Bukhari : Cadangkan

Mohd Yusof : Adakah lihat alat itu yang digunakan?

Saiful Bukhari : Tak pasti

Mohd Yusof : Selepas itu ada pergi seperti dicadangkan?


Saiful Bukhari :  Saya ikut nasihat Dr Osman

Mohd Yusof : Terus pergi HKL?

Saiful Bukhari : Ya

Mohd Yusof : Di HKL ke mana pergi dulu?

Saiful Bukhari : Mulanya saya tak tahu nak ke mana, saya pergi ke wad pesakit luar dan
mendaftarkan diri

Mohd Yusof : Pukul berapa?

Saiful Bukhari :Lebih kurang jam 3

Mohd Yusof : Dapat jumpa Dr?

Saiful Bukhari : Ya, sejurus mendaftar, terus jumpa Dr perempuan bangsa India, saya nyatakan
saya segan untuk buat pemeriksaan kerana dia perempuan, lalu Dr perempuan  India
mencadangkan refer ke Dr sebelah bilik, Dr lelaki berbangsa India, ingat nama iaitu Dr Daniel.
Saya sudah penat, saya terus berterus-terang untuk dapatakn pemeriksaan kerana diliwat oleh AI.
Dr agak terkejut, beliau ada tulis nota untuk pergi ke unit kecemasan iaitu unit OSCC.

Mohd Yusof : Pukul berapa?

Saiful Bukhari : Saya tiba ½ jam kemudian

Mohd Yusof : Sampai di wad kecemasan?

Saiful Bukhari : Wad kecemasan tetapi unit OSCC

Mohd Yusof : Adakah kamu dapat jumpa Dr?

Saiful Bukhari : Saya tunggu Dr tiba, Dr pertama tiba ½ jam kemudian, berbangsa India
juga yang  datang . Dia bertanya pada saya, beliau hanya boleh buat blood pressure sahaja,
kemudian dia keluar. Selepas itu ½ jam di tempat sama, sebelum itu saya nyatakan hasrat
saya buat pemeriksaan kerana diliwat. Dr nasihatkan saya buat laporan polis dulu, kerana tanpa
laporan polis pemeriksaan tidak dapat dibuat.

Mohd Yusof : Dr nasihatkan buat laporan polis?

Saiful Bukhari : Ya

Mohd Yusof : Mana dapat borang itu (P3)?


Saiful Bukhari : Apabila Dr kata demikian, memang berhasrat untuk buat laporan polis selepas
saya buat pemeriksaan. Memandangkan boleh buat laporan polis di tempat tersebut saya buat
laporan polis. Borang saya dapat daripada dua anggota polis. Seorang lelaki dan seorang
perempuan.

Mohd Yusof : Dua-dua datang sekali?

Saiful Bukhari : Bukan, ada gap sedikit.

Mohd Yusof : Bukan kamu panggil polis?

Saiful Bukhari : Bukan

Mohd Yusof : Ini dalam puluk berapa?

Saiful Bukhari : Petang

Mohd Yusof : Ada Dr datang periksa?

Saiful Bukhari : Tiada

Mohd Yusof : Ada buat pemeriksaan?

Saiful Bukhari : Ada, pada waktu malam

Mohd Yusof : Pukul berapa?

Saiful Bukhari : Dalam jam 9 malam

Mohd Yusof : Berapa orang Dr yang datang?

Saiful Bukhari : Agak ramai, saya ingat ada seorang Dr Cina, dua Dr lelaki Melayu dan satu Dr
perempuan Melayu yang mengandung dan jururawat.

Mohd Yusof : Selain itu ada orang lain?

Saiful Bukhari :Ada polis datang

Mohd Yusof : Siapa polis itu?

Saiful Bukhari : Masa itu saya tak kenal tetapi lepas itu saya kenal DSP Jude Pereira

Mohd Yusof : Boleh cam?

Saiful Bukhari : Ya
Mohd Yusof : Adakah ini DSP Jude?

Saiful Bukhari : Ya. Pegawai ini ada semasa itu

[Supt Judy Blasious Pereira dicamkan oleh SP1]

Mohd Yusof : Bila Dr datang adakah mereka terus periksa atau tanya dulu?

Saiful Bukhari : Ada tanya soalan

Mohd Yusof : Soalan macam mana? Tentang latarbelakang kenapa datang ke sini?

Saiful Bukhari : Ya, kerana saya diliwat, mereka tanya adakah saya dicederakan, tanda-tanda di
badan untuk kecederaan.

Mohd Yusof : Ada 2-3 Dr?

Saiful Bukhari : Ya

Mohd Yusof : Bahagian mana badan kamu yang diperiksa?

Saiful Bukhari : Keseluruhan anggota dari rambut ke kaki termasuk bahagian dubur

Mohd Yusof : Adalah mereka guna alat untuk periksa dubur?

Saiful Bukhari : Ada

Mohd Yusof : Adakah berkesempatan melihat alat tersebut?

Saiful Bukhari : Tidak

Mohd Yusof :  Adakah Dr bahagi peranan untuk memeriksa?

Saiful Bukhari : Saya tak pasti

Mohd Yusof : Selain dari itu, ada apa-apa contoh diambil?

Saiful Bukhari :Banyak

Mohd Yusof : Bagimana diambil?

Saiful Bukhari : Gunakan seperti cotton buds untuk pemeriksaan di bahagian badan dan dubur.

Mohd Yusof : Jika ditunjukkan, adakah ini yang digunakan?

Saiful Bukhari :  Ya, saya pasti yang digunakan seperti ini


Mohd Yusof : Ini baru punya belum guna lagi. Ada apa-apa yang kamu lihat?

Saiful Bukhari : Lihat letak swab di dalam container, mereka letak sticker, letak seal dengan
tutup putih, di seal itu saya tandatangan.

Mohd Yusof : Kamu diminta tandatangan?

Saiful Bukhari : Ya

Mohd Yusof : Iaitu  satu botol atau banyak container?

Saiful Bukhari  : Banyak tetapi tak pasti bilangannya.

Mohd Yusof : Minta SP1 camkan tandatangan di setiap container yang dia tandatangan. Pohon
berhenti pada peringkat ini. Selepas ini saya ada less than 10 questions.

[Karpal Singh requested to see the management office at the crime scene].

Yang Arif : Adjourned to 9.30 tomorrow and we see how

Pembicaraan Kes Liwat Anwar Ibrahim – Transkrip Penuh Hari Ketiga pada 5 Februari
2010

Pihak-pihak seperti terdahulu dengan kehadiran Mr. Mark Trowell dan ketidakhadiran  Marissa,
CV, En. Raymond Leong [Bar C] digantikan oleh Cik Syuhaini binti Safwan.

JB:      Kes utk sambung bicara

Mohd Yusof : Kes utk sambung bicara dan SP1 utk EIC. [Baca nota prosiding terakhir].

Angkat sumpah dalam BM

Mohd Yusof : Yang Arif, saya akan membuka 11 sampul,

Membuka sampul pertama.

[Mohd Yusof  tunjukkan CT dgn tandaan B dan No. Repot Travers. Pohon ct lihat seal JK masih
intact.]

B3, B4, B5, B6, B7, B8, B9, B10 dan B11 utk ct sahkan seal masih dlm keadaan baik dan blum
terbuka.

[Seal sampul juga disemak oleh p/b]

Mohd Yusof : Buka sampul bertandaB [sampul dibuka]


Rujuk SP1 dengan container dari sampul B.

Mohd Yusof : Adakah container seperti ini yang dikatakan semalam?

Saiful Bukhari : Ya

Mohd Yusof : Cuba lihat container. Ada tandatangan kamu?

Saiful Bukhari : Ada, di antara penutup dan dekat seal.

Mohd Yusof : Ingin tunjukkan court, seal dengan nama SP1 dan tertulis “swab from left
peritonsiler recess”.

Saiful Bukhari : Ya, ini yang saya maksudkan.

[P/b semak container]

Mohd Yusof : Lihat B1 dibuka, container ada tulisan “oral swab below the tongue”.

Saiful Bukhari : Ya, ini container yang ada tandatangan saya.

[Mohd Yusof beri container untuk Yang Arif dan peguambela semak]

Mohd Yusof : Buka sampul B2 ada tulisan “swab from left nipple and alreiler”.

Saiful Bukhari : Ya, ada tandatangan saya

[Mohd Yusof  beri container pada Yang Arif dan peguam bela untuk semak]

Mohd Yusof : Buka sampul B3 ada tulisan “swab from right nipple and alreiler”

Saiful Bukhari : Ya, ada tandatangan saya

[Mohd Yusof beri container pada Yang Arif dan peguam bela untuk disemak]

Mohd Yusof : Buka sampul B4 yang tertulis “body swab”

Saiful Bukhari : Ya, ada tandatangan saya tempat yang sama

Mohd Yusof : Positif ada swab stick?

Saiful Bukhari : Ya

Mohd Yusof : Yang Arif, semua masih berseal

[Mohd Yusof beri container pada Yang Arif dan peguam bela untuk semak]
Mohd Yusof : Sampul B5 dengan tulisan “swab from perianal region”

Saiful Bukhari : Ya, ada tandatangan saya tempat yang sama

[Mohd Yusof beri pada container Yang Arif dan peguam bela untuk disemak seal]

Mohd Yusof :  Buka sambil B6 dengan tulisan “swab from meatus and coronal sulcus” di sampul
dan tulisan “swab from oneatus and coronal sulcus”.

Saiful Bukhari : Ya, ada tandatangan saya

[Mohd Yusof beri container pada Yang Arif dan peguam bela untuk semak seal]

Mohd Yusof : Buka sampul B7 dengan tulisan luar “swab dari high rectal”, perkataan yang sama
ditulis di container. Ada tandatangan kamu?

Ya, ada tandatangan di tempat yang sama kecuali besar sedikit

[Mohd Yusof beri container pada Yang Arif dan peguam bela untuk semak seal]

[Peguam bela pohon lihat semula B6]

[Peguam bela melihat container B6 dan B7]

Mohd Yusof : Buka container dari B8 dengan tulisan di sampul dan container “high rectal swab”

Saiful Bukhari : Ya, tandatangan di tempat yang sama

[MY beri container pd Yang Arif dan peguam bela untuk semak seal]

Mohd Yusof : Buka sampul B9 yang ada tulisan “low rectal swab” di sampul dan container

Mohd Yusof : Ya, ini tandatangan saya tempat yang sama

[Mohd Yusof beri container pada Yang Arif dan peguam bela untuk semak seal]

Mohd Yusof : Ada 10 containers di sini. Ada dua lagi sampul tetapi saya tak pasti samada ianya
container atau tidak.

Mohd Yusof : Selain sample di badan, adakah darah kamu tersebut?

Saiful Bukhari : Ada

Mohd Yusof : Nampak di mana darah diambil dan diletakkan?


Saiful Bukhari : Darah diambil di tangan tetapi tidak pasti kiri atau kanan tetapi diletak di dalam
tabung uji.

Mohd Yusof : Ada tandatangan di tabung uji seperti container?

Saiful Bukhari : Tidak pasti

Mohd Yusof : Saya akan buka B10 dengan tulisan blood (FTA) for DNA profiling

Cuba lihat adakah di sampul ada tandatangan kamu?

Saiful Bukhari : Ada tandatangan saya pada permukaan di muka surat hadapan

[SP1 buka dan tunjuk pada Mahkamah doc tersebut]

[Yang Arif semak dan peguam bela semak sampul]

Mohd Yusof : Buka sampul B11 dengan satu plastik beg Jab. Kimia, ada sampul di dalam lagi
dengan B11 tulisan blood for alcohol and drugs [toxicology].

[Rujuk SP1 dengan sampul dan minta SP1 buka sendiri selepas digunting oleh Mohd Yusof ]

[SP1 keluarkan tabung uji darah]

Mohd Yusof : Ada tandatangan kamu?

Saiful Bukhari : Ada

Mohd Yusof : Apa label?

Saiful Bukhari : Blood for alcohol and toxicology

[Mohd Yusof beri tiub darah pada Yang Arif dan peguam bela]

Mohd Yusof :
Saya mohon pada peringkat ini semua container itu dari B – B11 ditandakan sebagai “ID6A-L”

Court: Benarkan

ID6(F) – Container “swab from perianal region” dari sampul B5

ID6(G) – Container “swab from meatus and coronal sulcus” dari sampul B6

ID6(H) – Container “high rectal swab” dari sampul B7

ID6(I) – Container “high rectal swab” dari sampul B8


ID6(J) – Container “low rectal swab” dari sampul B9

ID6(K) – Container “blood (FTA)” dari sampul B10

Das könnte Ihnen auch gefallen