Sie sind auf Seite 1von 9

kronologi kempen 10 minggu penaklukan tentera Imperial Jepun ke atas

Tanah Melayu..

04 Disember 1941 - tentera jepun belayar dari Pelabuhan Samah, Hainan.

07 Disember 1941 - Skuadron 205 RAF (British) dapat menjejak armada


Jepun yg belayar melalui Teluk Kemboja menuju Tanah Melayu.

British yg mendapat maklumat ini ragu2 dan akhirnya menolak pelan


cadangan Operasi Matador yg bertujuan menghalang Jepun, kerana tidak
mahu operasi tersebut akan menyebabkan perang dengan Thailand.

08 Disember 1941 - Jepun mendarat di Tanah Melayu

Jepun melakukan tiga pendaratan serentak dlm kempennya. Div ke-18


pimpinan Mej Jen Hiroshi Takumi mendarat di Pantai Padang Pak Amat
(00:30) dan berjaya menawan Kota Bharu (14:00), memaksa pasukan
Briget India ke-8 (British) berundur ke selatan. Army 25th pimpinan Let Jen
Tomoyuki Yamashita mendarat di Patani dan berperang selama 8 jam dgn
Thailand, sblm Thai membenarkan Jepun menggunakan pengkalan
tentera. Div ke-5 pimpinan Lt Jen Takaro Matsui mendarat di Singgora,
ditugaskan menyerang Kedah. Pada hari yg sama, kapalterbang
pengebom Jepun mengebom Singapura.

british melancarkan operasi krohcol, dengan menghantar batalion 3/16


dan 5/14 rejimen punjab dgn bantuan satu kompeni angkut dari tentera
australia utk menahan kemaraan Jepun dari arah Thailand dan melindungi
Jitra.

09 Disember 1941 - Jepun menawan lapangan terbang Sungai Petani,


Butterworth dan Alor Star.

10 Disember 1941 - British menghantar armada laut Force Z ke Kuantan,


namun kedua2 kapal tempurnya ditenggelamkan oleh pesawat tempur
Jepun.

11 Disember 1941 - Pertempuran Jitra

Jepun memusnahkan pertahanan British, Div ke-11 india, di Jitra setelah


menyerang selama 15jam dgn menggunakan kereta kebal dan bedilan
artileri. pada hari yg sama, kapalterbang pengebom Jepun mula
mengebom Pulau Pinang.

12 Disember 1941 - Markas Gerakan Tanah Melayu (Malaya Command)


mengarahkan briged 8 india berundur dari Kota Bharu utk menyelamatkan
bekalan dan kelengkapan dari Kuala Krai. kompeni A dari batalion ke-2
Rejimen Askar Melayu turun membuat pertahanan di Kuala Krai.

14 Disember 1941 - Jepun menawan Alor Star setelah Div India ke-11
(British) berundur ke Gurun pada tgh malam sebelumnya. pada 15:00
Jepun menyerang kedudukan british di Gurun, Div ke-11 berundur ke
seberang Sungai Muda.

15 Disember 1941 - Jenderal Yamashita memindahkan ibu pejabatnya ke


Alor Star.

17 Disember 1941 - Jepun menawan Pulau Pinang apabila British berundur


pada 16 Disember 1941 setelah dibom selama seminggu oleh tentera
Jepun. Lt Jenderal AE Percival membuat keputusan bertahan di Sungai
Perak. manakala di Alor Star, pasukan perintis dari Div Pengawal Imperial
Jepun termasuk Lt Jen Takuma Nishimura dan Ketua Turus Mej Jen Imaye
tiba dari Bangkok dgn keretapi.

18 Disember 1941 - tentera british yg berundur dari Pulau Pinang


membuat pertahanan di Selama dan membuat penyusunan semula
pasukannya. sementara Lt Jen Percival terbang ke Ipoh utk merundingkan
strategi dgn Lt Jen Jewis Heath.

19 Disember 1941 - di markas gerakan Tanah Melayu, Lt Jen Percival


membuat perancangan baru dan memilih Kampar sebagai tempat
pertahanan utama.

21 Disember 1941 - Persefahaman Persahabatan (Treaty of Friendship)


antara kerajaan Thailand dengan kerajaan Imperial Jepun ditandatangani.

23 Disember 1941 - Jepun menawan Kuala Kangsar setelah british


berundur sepenuhnya menyeberangi Sungai Perak.

26 Disember 1941 - Pertempuran Ipoh

tentera british di Ipoh cuba melengahkan kemaraan askar Jepun,


kemudiannya berundur untuk mengurangkan korban perang. Div ke-5
jepun menawan bandar Ipoh. Jen Yamashita memindahkan markas
gerakannya ke Sekolah Tinggi Taiping.

27 Disember 1941 - Panglima Tertinggi Timur Jauh Sir Robert BrookePopham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Lt Jen Sir Henry Pownall.
manaka di Taiping, Jen Yamashita menukar taktik dgn menghantar 1,500
tentera dari Div ke-5 Jepun menyusuri Selat melaka dan mendarat di
belakang garisan pertahanan tentera british dan menyerang dari
belakang.

30 Disember 1941 - Pertempuran Kampar

setelah dua hari menawan Ipoh, Jepun membedil rabung Kampar.


pertempuran selama 3 hari 3 malam itu memperlihatkan keberkesanan
pasukan meriam tentera british bersama bantuan pasukan gurkha dan
rejimen punjab, namun terpaksa berundur ke slim river setelah menyedari
laluan ke singapura di belakang mereka dipintas oleh Div Pengawal
Imperial Jepun.

02 Januari 1942 - British berundur dari Kampar dan mendapat berita


bahawa Jepun telah membuat serangan dari arah laut di Kuala Selangor.
dalam hari yg sama, Jen Yamashita memindahkan markasnya ke Ipoh.

03 Januari 1942 - Lt Jen Percival mengarahkan tentera british berundur ke


Maran, namun tentera Jepun membuat serangan hendap keatas batalion
2/12 Rejimen Frontier Force.

06 Januari 1942 - Pertempuran Slim River

tentera Jepun mengadakan serangan mengejut ke atas tiga batalion


briged ke-12, dua gurkha dan satu rejimen 5/2 punjab, menyebabkan
tentera british meninggalkan banyak peralatan ketenteraan utk pihak
Jepun. tentera Jepun merampas jalan jambatan slim river pada 08:30 dan
memusnahkannya utk memintas laluan mereka yg terselamat lari ke
selatan. pertempuran Slim River memberikan Jepun laluan mudah ke Kuala
Lumpur.

08 Januari 1942 - Jen Wavell mengarahkan Jen Heath utk menyediakan


rancangan pengunduran tentera british di Batu Caves ke kedudukan
pertahanan di Johor. manakala Jen Yamashita pula mengarahkan Div
Pengawal Imperial utk operasi penyusupan melalui laut, Div ke-5
diarahkan mara terus ke Kuala Lumpur dan Detasmen Takumi (briged 23
infantri) menghampiri Kuala Lumpur dari Kuantan.

10 Januari 1942 - Lt Jen Bennett memimpin pasukan Westforce utk


mengiringi pengunduran british dari barisan pertahanan di Selangor, Kuala
Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka, ke garisan pertahanan yg meliputi
Jambatan Gemencheh. namun beberapa jam sebelum pengunduran
dijadualkan, tentera Jepun telah menyerang tentera Gurkha dan menawan
Serendah.

11 Januari 1942 - Jepun menduduki Kuala Lumpur (08:30) setelah British


berundur (04:30), dan membuat serangan udara pertama ke atas
kedudukan tentera british di Muar.

12 Januari 1942 - 112 pesawat tentera Jepun membuat serangan


pengeboman ke atas Singapura, dan bertempur dengan skuadron 488
tentera udara diraja New Zealand.

14 Januari 1942 - Pertempuran Jambatan Gemencheh

jan 04:30, Mej Jen bennett mengambilalih pemerintahan medan


pertempuran di Tanah Melayu dan membuat persiapan serangan hendap
yg disediakan oleh Lt kol black jack Galleghan. pada jam 16:00, kompeni B
dari batalion 2/30 infrantri australia dari Div ke-8 tentera Imperial Australia
melancarkan serangan hendap utk menahan kemaraan Div ke-5 infantri
Jepun yg mara dari Tampin. Jambatan Gemencheh diletupkan dan setelah
dua hari bertempur, tentera australia berundur melalui Gemas ke Estet
Fort Rose.

15 Januari 1942 - Div Pengawal Imperial menyusup dan mendarat di Parit


Jawa dan Batu Pahat bergerak menuju Bukit Pelanduk dan arah timur
Muar.

18 Januari 1942 - Lt Jen Percival dan Mej Jen Bennett membuat keputusan
mengundurkan Westforce ke Sungai Segamat.

19 Januari 1942 - tentera Jepun mengusir rejimen ke-6 Norfolk dan


menawan Bukit Pelanduk, menyebabkan perhubungan darat antara
pasukan Australia dan pasukan India di Bakri terputus. manakala Lt Kol
Charles Anderson, pegawai pemerintah batalion 2/19 Australia, mengambil
alih pimpinan pasukan tentera komanwel di Muar.

20 Januari 1942 - Pertempuran Muar

Muar jatuh kepada tentera Jepun setelah pertempuran selama 4 hari.


briged ke-45 india, div ke-8 australia, batalion ke-2/19 dan 2/29 yg
berkumpul di Bakri telah berusaha menawan semula Muar sebelum
berundur ke Yong Peng dan seterusnya ke Parit Sulong.

manakala di Kuala Lumpur, Jen Yamashita memanggil panglima2nya


bermesyuarat di markas barunya.

21 Januari 1942 - Pembunuhan Beramai-ramai di Parit Sulong

Div ke-8 Australia dan Brigade infantri ke-45 India terkepung di Jambatan
di Parit Sulong. kerna kehabisan bekalan setelah bertempur sejak dua hari
sebelumnya dan setelah gagal berunding di bawah bendera putih, tentera
yg sihat diperintahkan berpecah ke dalam hutan dan manakala 110
tentera australia dan 40 org tentera india menyerah diri, dgn andaian
Jepun akan mematuhi Perjanjian Geneva mengenai tawanan perang.
namun Div Pengawal Imperial Jepun telah menembak mati semua tahanan
perang tersebut.

23 Januari 1942 - Mej Jen Bennett memindahkan markasnya ke Renggam.

25 Januari 1942 - tentera British berundur dari Batu Pahat je Senggarang.

26 Januari 1942 - Lt Jen Heath dipertanggungjawabkan menyelia


pengunduran tentera British ke Singapura. manakala di mauara Sg Endau,
armada laut Imperial Jepun mendaratkan tentera dari Div ke-18 Jepun.

27 Januari 1942 - Jen Yamashita memindahkan markasnya ke Kluang.

28 Januari 1942 - Sultan Sir Ibrahim menyampaikan kecewanya kerana


british meninggalkan Tanah Melayu utk ditawan Jepun ketika makan tghari
ebrsama Mej Jen Bennett di Istana Bukit Serene.

29 januari 1942 - Mej jen Bennet memindahkan markasnya ke sebuah


banglo di Bukit Straits View.

31 Januari 1942 - Jepun menawan Johor Bahru setelah tentera british


sepenuhnya berundur ke Singapura dan meletupkan Tambak Johor pada
08:15.

01 Februari 1942 - Jen Yamashita memindahkan markasnya ke sebuah


banglo estet yg ditinggalkan di Kluang, dan menggariskan rancangan
penaklukan Singapura.

02 Februari 1942 - pesawat pengebom Jepun membuat lapan serangan ke


atas tangki simpanan minyak tentera laut diraja dan juga menyerang
stesyen keretapi Tanjong Pagar.

03 Februari 1942 - Mej Jen Bennet mengadakan perjumpaan dgn


pemerintah2 Australia di maskasnya di Hillview berhampiran balai polis
Bukit Timah. manakala Jen Yamashita mengarahkan pasukan artilerinya
memusnahkan tangki minyak di pelabuhan tentera laut di Singapura.

05 Februari 1942 - meriam2 Jepun membedil kedudukan tentera Australia


di bahagian utara Singapura dari Johor Bahru.

06 Februari 1941 - Jen Yamashita memindahkan markasnya ke Istana Bukit


Serene. manakala pasukan artileri Jepun membedil kawasan sebelah timur
laut Singapura, dgn tumpuan kepada kawasan Changi.

07 Februari - Div Pengawal Imperial mengambil posisi di Pulau Ubin

08 Februari 1942 - Pertempuran Pantai Sarimbun

pada jam 10:00, 440 pucuk meriam pasukan artileri dan pesawat udara
Jepun membedil dan mengebom bahagian barat Singapura sehingga jam
19:00. pada 20:30, briged ke-22 australia dan broged 44 india melepaskan
tembakan ke atas kapal yg mengangkut gelombang pertama 4,000
tentera Jepun dari Div ke-5 dan ke-18. pada malam itu seramai 13,000 org
tentera telah mendarat. tentera british kemudiannya terpaksa berundur
menjelang tengah malam. menjelang subuh 10,000 org lagi mendarat.

10 Februari 1942 - Jepun mendarat di Kranji dan pengunduran tentera


british dari Kranji memudahkan kemaraan tentera Jepun. tentera Jepun
juga menyerang Bukit Timah dan Jurong. kompeni C 2 melayu tepaksa
berundur setelah broged 44 india berundur. manakala Mej jen Bennett
memindahkan markas Div ke-8 Australia ke Jalan Holland.

11 Februari 1942 - Pertempuran Bukit Timah

Jeneral Yamashita memindahkan markasnya ke Tengah dan mensasarkan


kejatuhan Singapura pada hari kebangsaan Jepun (Kigensetsu), dia
menulis surat kepada Lt Jen Percival dan mengarahkan tentera british utk
menyerah diri, sebagai muslihat kerana jepun juga sudah kekurangan
bekalan. Div ke-5 infantri Jepun mera ke timur dan menyebabkan briged
6/15 india meninggalkan kedudukan pertahan setelag pertempuran jarak
dekat. tentera briged 33 Australia juga terpaksa berundur kerna bilangan
korban perang yg tinggi. pada jam 20:00, kedudukan Rejimen askar
Melayu di Jalan Refarmotary diserang oleh Jepun.

13 Februari 1942 - Jen Yamashita memindahkan markasnya ke kilang


kereta Ford di Bukit Timah. manakala di markas gerakan Tanah Melayu,
Mej Jen Bennett mendesak Lt Jen Percival utk menyerah kalah.

Pertempuran Pasir Panjang

kompeni B batalion pertama Rejimen Askar Melayu (1 Melayu) bertempur


dgn Div ke-18 tentera Imperial Jepun yg dibantu oleh tembakan artileri
dan kereta kebal, hingga berlaku pertarungan menggunakan bayonet
(hand-to-hand combat). sebahagian askar melayu menjadi tawanan
perang, manakala Briged infantri ke-44 india dan Briged infantri pertama
Malaya berundur ke garisan pertahanan di Mount Echo di Bueno Vista.
serangan kedua Jepun ke atas kedudukan askar Melayu pada keesokan
harinya memaksa kompeni C dari 1 Melayu dan briged infantri pertama
Malaya berundur ke Bukit Chandu.

14 Februari 1942 - Jepun mengancam hendak menghentikan bekalan air


kerana mereka telah menguasai 3 buah lapangan terbang dan ketiga2
empangan yg membekalkan air minuman kepada Singapura. Jen Wavell
menghantar kawat kepada Winston Churchill menyatakan keadaan yg tiad
harapan, Winston Churchill memberi kebenaran utk menyerah diri, namun
Jen Wavell mengarahkan Lt Jen Percival utk meneruskan tentangan.

Pertempuran Bukit Chandu

kompeni C dan kompeni D dari 1 Melayu yg ditugaskan bertahan di Bukit


Chandu dibedil berterusan oleh pasukan artileri Jepun. pertempuran bukit
chandu memperlihatkan keberanian dan keperwiraan rejimen askar
melayu yg terus berjuang menentang tentera jepun yg jauh lebih ramai
tanpa bantuan sehingga dikagumi oleh tentera british, australia, india
british dan tentera jepun sendiri. pertempuran ini memahatkan nama Left
Muda Adnan bin Saidi sebagai idola pejuang yg menyeru anggota
platunnya yg seramai 40 org sebelum pertempuran untuk "biar putih
tulang, jangan putih mata".

Pembunuhan di Hospital Alexandra

Div pengawal Imperial sampai ke Hospital Alexandra Barracks pada jam


14:00, dan kerana marah dgn penentangan di Bukit Chandu, tentera Jepun
membunuh semua pesakit, doktor dan kakitangan hospital.

15 Februari 1942 - Jepun menakluki Tanah Melayu setelah Lt Jeneral Arthur


E. Percival menandatangani pengakuan menyerah kalah (18:10) kepada
Jeneral Yamashita dan pengeboman dihentikan (20:30)

berikut pula kronologi ringkas penaklukan Jepun di Borneo.

13 Disember 1942 - konvoi jepun berangkat meninggalkan Teluk Aci Ranh,


Indo-China (13:00) menuju Borneo

01 Januari 1942 - Jepun mendarat di Labuan

01 April 1942 - tentera bersekutu menyerah diri di Sarawak

16 Mei 1942 - Jepun menakluki keseluruhan Borneo Utara

dengan pengakuan menyerah kalah oleh tentera bersekutu, maka


rasmilah pendudukan Jepun di Tanah Melayu yg kemudiannya
menyaksikan kebangkitan org Melayu terhadap penjajahan akibat
keganasan dan kekejaman tentera Jepun. sebelum jatuhnya Singapura ke
tangan Jepun, british mencadangkan ahli PKM berpencar ke dalam hutan,
manakala Rejimen Askar Melayu mempertahankan benteng terakhir.
keberanian org Melayu yg ditunjukkan oleh anggota Rejimen Askar Melayu
mencetuskan gerakan gerila dalam penentangan terhadap Jepun melalui
Force 136 (Harimau Malaya) yg berpusat di Gerik.

manakala penentangan org cina, yg dimusuhi oleh Jepun pasca perang


China-Jepun, dari kelompok Parti Komunis Malaya (PKM) sebelumnya, pula
bergerak dlm MPAJA (Malayan People's Anti-Japanese Army). kebanyakan
kelompok PKM adalah pekerja ladang dan lombong, manakala dari
kelompok Koumintang (KMT) pula kebanyakannya berpusat di bandar2.
ahli KMT yg banyak menjadi tawanan pihak Jepun dan dikatakan ketika
jaringan KMT di Ipoh dihubungi oleh agen Force 136, sebagai sebahagian
dari Operasi Gustavus, gerakan mereka dicemari oleh agenda peribadi dan
rasuah.

kehidupan diwaktu pendudukan Jepun sangat tertekan dan rakyat sentiasa


berada dlm ketakutan, terutama dgn polis rahsia Jepun (Kempeitai). begitu
juga situasi negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Trengganu yg diserahkan
kepada Thailand oleh Imperial Jepun pada bulan Ogos 1943. dari sisi
politik pula, pendudukan Jepun di Tanah Melayu memberi pengajaran yg
berharga kepada gerakan2 politik Melayu seperti apa yg berlaku pada
Kesatuan Melayu Muda (KMM) yg diperdaya oleh Jepun.

namun langit Tanah Melayu kembali cerah memberi harapan baru ketika
Jepun menyerah kalah kepada tentera bersekutu pada 15 Ogos 1945.
manakala di Borneo Utara, pengunduran tentera Jepun ditandakan oleh
penyerahan diri oleh Army 37th Jepun diketuai oleh Lt Jenderal Baba
Masao di Labuan pada 10 September 1945.

Das könnte Ihnen auch gefallen