Sie sind auf Seite 1von 17

PENDAHULUAN

Dewasa ini, di antara perkara-perkara yang telah memperlihatkan


kerapuhan di kalangan umat Islam adalah fenomena perpecahan
yang bersifat dalaman yang telah melanda umat Islam bukan hanya di
Malaysia, bahkan ia turut berlaku di negara-negara Islam yang lain.
Hal ini adalah disebabkan kesemua golongan yang melatari
perpecahan tersebut masing-masing berusaha di samping tegar
dalam mempertahankan pendapat masing-masing walaupun
hakikatnya pendapat yang dipegang oleh sesetengah golongan
tersebut jelas menyongsang kebenaran yang zahir terdapat di dalam
al-Quran dan al-Sunnah.
Kekeliruan yang melanda sesetengah umat Islam dalam
mempernamakan atau melabelkan beberapa golongan tertentu yang
pada hakikatnya adalah terkeluar dari pentakrifan sebenar Ahli
Sunnah wal Jamaah telah menghasilkan bunga-bunga perpecahan
dan perseteruan yang pastinya akan memberi impak negatif terhadap
kesatuan ummah khususnya di Malaysia. Dalam kaitan ini, kewujudan
aliran arus perdana dalam mendepani beberapa permasalahan di
bidang akidah yang telah ditonjolkan oleh puak-puak yang selainnya
telah berjaya membuktikan bahawa aliran tersebut merupakan suatu
aliran yang benar sebagaimana yang telah diungkapkan oleh
Rasulullah sallahu `alaih wasallam di dalam hadis baginda sekaligus
telah menafikan dakwaan sesetengah puak yang telah mendakwa
bahawa merekalah golongan yang dimaksudkan oleh Rasulullah di
dalam hadis tersebut.
Justeru, dalam melihat fenomena ini, beberapa hujah ilmiah telah
diketengahkan sebagai menzahirkan dikotomi antara aliran yang
dikenali sebagai al-Sawad al-`Azam dengan aliran jadi-jadian yang

selain daripadanya. Beberapa orientasi pemikiran yang merupakan


paradigma khusus aliran ini turut diketengahkan demi memberi
pencerahan dan penjelasan konkrit terhadap polemik yang melatari
identifikasi sebenar aliran arus perdana ini berbanding aliran-aliran
yang bersifat paradoksial yang lain.
Jika kebenaran itu ditentukan dengan dakwaan semata-mata, maka
semua pihak dapat mengaku dan mendakwa bahawa merekalah
golongan yang benar walaupun jelas kesesatan yang bibawa oleh
mereka sebagaimana Firman Allah Taala didalam Surah Al Baqarah
ayat 113 :

113. dan orang-orang Yahudi berkata: "Orang-orang Nasrani itu tidak


mempunyai sesuatu pegangan (ugama Yang benar)"; dan orangorang Nasrani pula berkata: "Orang-orang Yahudi tidak mempunyai
sesuatu pegangan (ugama Yang benar)"; padahal mereka membaca
Kitab suci masing-masing (Taurat dan Injil). demikian juga orangorang (musyrik dari kaum Jahiliyah) Yang tidak berilmu pengetahuan,
mengatakan seperti Yang dikatakan oleh mereka itu. maka Allah akan
menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat mengenai
apa Yang mereka berselisihan padanya.
Jika ditelusuri akan ayat ini, maka kita akan dapati bahawa kedua-dua
golongan Yahudi dan Nasrani mendakwa diri mereka benar dan
mengkhabarkan kesesatan golongan yang lain padahal terang lagi
bersuluh kesesatan kedua mereka itu. Begitulah juga semua golongan
lain yang terpesong daripada landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah
masing-masing mendakwa kebenaran pihak mereka. Maka, seogia
kita menilik dengan teliti bagi memastikan kita tidak terpedaya dengan
dakwaan-dakwaan dan dakyah golongan yang sesat dan menetapkan
kita didalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

1.0 DEFINISI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH


Dari sudut bahasa, perkataan Ahli Sunnah wal Jamaah merupakan
suatu istilah yang tersusun daripada rangkaian tiga suku kata:
Pertama, perkataan ahli yang bererti keluarga, pengikut atau
golongan.
Kedua, perkataan sunnah. Dari sudut literal, perkataan sunnah
mempunyai pengertian al-Thariqah (jalan atau perilaku), baik jalan dan
perilaku tersebut benar atau tidak. Manakala dari sudut terminologi,
sunnah mengandung erti; jalan yang ditempuh oleh Nabi
sallallahu`alaihi wasallam dan para sahabatnya yang selamat
daripada syubhat dan hawa nafsu. Kiyai Haji Hasyim al-Asy`ari
mengatakan:
"

:




" .

Terjemahan:
"As-Sunnah seperti yang telah dikatakan oleh Abu al-Baqa di dalam
kitab al-Kulliyyat, karangannya, secara literalnya adalah jalan,
meskipun (jalan tersebut) tidak diredhai. Manakala al-Sunnah menurut
istilah syara` adalah; nama bagi jalan dan perilaku yang diredhai di
dalam agama yang ditempuhi oleh Rasulullah sallallahu`alaihi
wasallam atau orang-orang yang dapat menjadi teladan dalam
beragama seperti para sahabat radiyallahu`anhum, berdasarkan
sabda Nabi sallallahu`alaihi wasallam, Ikutilah sunnahku dan sunnah
Khulafa al-Rasyidin sesudahku".
Ketiga, perkataan jamaah. Secara terminologi, perkataan jama`ah
membawa maksud; majoriti kaum Muslimin (al-Sawad al-A`zam),

dengan erti bahawa Ahli Sunnah wal Jama`ah adalah sebuah aliran
yang diikuti oleh majoriti kaum Muslimin, sebagaimana yang telah
ditegaskan oleh al-Muhaddith al-Syaikh Abdullah al-Abdary (13281429 H/1910-2008 M), berikut ini:

"


...

" .
Terjemahan:
"Hendaklah diketahui bahawa Ahli Sunnah wal Jamaahadalah majoriti
umat Muhammad sallallahu`alaihi wasallam. Mereka adalah para
sahabat dan golongan yang mengikuti mereka dalam perinsip-perinsip
akidahSedangkan jama`ah adalah majoriti terbesar (al-Sawad alA`zam) [daripada kaum muslimin]".
Pengertian perkataan jama`ah adalah al-Sawad al-A`zam (majoriti
kaum Muslimin) dilihat berdasarkan atas hadis Nabi sallallahu`alaihi
wasallam:
" :

,
,

" .

Terjemahan:
"Dari Anas bin Malik radiyallahu`anhu berkata: Aku mendengar
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya
umatku tidak akan bersepakat pada kesesatan. [Oleh sebab itu,]
apabila kamu melihat terjadinya sesuatu perselisihan, maka
hendaklah kamu ikuti kelompok yang majoriti".
Pengertian bahawa jama`ah adalah al-Sawad al-A`zam (majoriti kaum
Muslimin) juga adalah seiring dengan hadis Nabi sallallahu`alaihi
wasallam:

"
:
,


".
Terjemahan:
"Ibn Mas`ud telah berkata, Nabi sallallahu`alaihi wasallam telah
bersabda: Tiga perkara yang dapat membersihkan hati seseorang
mukmin daripada sifat yang tidak baik, iaitu ikhlas dalam beramal,
berbuat baik kepada penguasa [pemerintah] dan selalu mengikuti
(beriltizam/melazimi) kebanyakan kaum Muslimin kerana doa mereka
akan selalu mengikuti mereka".
Hadis ini memberikan pengertian bahawa orang yang selalu mengikut
golongan majoriti kaum Muslimin dalam urusan akidah dan amal
soleh, maka keberkatan doa mereka akan selalu mengikuti dan
melindunginya daripada sifat dengki dan kesesatan dalam beragama.
Manakala bagi mereka yang keluar daripada golongan majoriti kaum
Muslimin, maka mereka tidak akan memperoleh barakah doa mereka,
sehingga mereka tidak akan terpelihara daripada terjebak dengan sifat
dengki dan kesesatan dalam beragama. Hadis tersebut secara tidak
langsung mendorong kita agar selalu menjaga kebersamaan dengan
majoriti kaum Muslimin.
Kedua, hadis di atas juga memberikan pengertian bahawa golongan
yang terselamat adalah golongan majoriti. Pengertian ini adalah
sesuai dengan mazhab Al-Ashairah dan Al-Maturidiyyah kerana jika
dilihat dari sudut waqi` dan realiti sejak zaman berzaman, prinsipprinsip ajaran kedua-dua aliran ini telahpun diikuti oleh majoriti kaum
Muslimin di dunia dari dahulu sehingga kini. Di samping itu, hadis
tersebut juga merupakan dalil keharusan mengikuti mazhab AlAshairah dan Al-Maturidiyyah kerana mengikuti kedua-dua aliran ini
bererti mengikuti golongan majoriti kaum Muslimin. Jika distatistikkan

golongan Al-Ashairah dan Al-Maturidiyyah mencecah ratusan juta


umat Islam diseluruh dunia setiap kurun, dan jika dihimpunkan
berkurun-kurun umat Islam dari golongan tersebut maka terang lagi
bersuluh kebenaran golongan ini. Manakala mereka yang berlepas diri
daripada mazhab Al-Ashairah dan Al-Maturidiyyah bererti telah keluar
daripada golongan majoriti kaum Muslimin.
)) :


.((
.
Terjemahan:
Dan yang paling afdhal dalam kalangan mereka [Ahl al-Sunnah Wa alJama`ah] tersebut adalah mereka yang merupakan ahli kurun yang
ketiga hijrah iaitu mereka yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam
hadis baginda sallallahu`alaihi wasallam: ((Sebaik-baik kurun adalah
kurunku, kemudian mereka yang datang selepas kurunku, kemudian
mereka yang datang selepas mereka yang mengikut kurunku)). Satu
kurun bermaksud seratus tahun sepertimana yang telah ditarjihkan
definisi tersebut oleh al-Hafiz Abu al-Qasim bin `Asakir dan
cendekiawan yang selain daripada beliau.
Pada hakikatnya ajaran yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu`alaihi
wasallam dan diteruskan oleh para sahabatnya tentang aqidah
tersebut telah termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah tetapi
masih belum tersusun secara sistematik. Maka pada zaman yang
seterusnya pengajian tentang aqidah ini di susun dengan cara yang
sistematik oleh dua orang ulama yang mahir dalam bidang Usuluddin
yang besar iaitu al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari dan al-Imam Abu
al-Mansur al-Maturidi agar mudah difahami. Disebabkan jasa mereka
begitu besar terhadap umat Islam di zamanya dan zaman selepas

mereka, maka penyebutan Ahli Sunnah wal Jamaahselalu dikaitkan


dengan kedua-dua ulama ini.
2.0 CIRI-CIRI DAN PRINSIP AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Orang awam yang tiada ilmu akan terpengaruh dengan dakwaandakwaan dan hujjah-hujjah batil mereka yang sesat. Kesesatan ini
disemarakkan lagi dengan terbitnya golongan pelajar-pelajar muda
berkelulusan agama. Dengan hanya membekalkan ilmu syari'ah atau
beberapa hadis yang mereka pelajari di bilik-bilik kuliah, mereka cuba
mencabar ilmu ulama-ulama Mu'tabarah yang terdahulu.
Jadi bagaimanakah cara untuk menyelamatkan iman dari fahaman
sesat yang lain? Kita perlu mentelaah secara saksama iman daripada
perkataan-perkataan ulama Muatbarah yang diakui oleh seluruh umat
Islam seperti Imam Jailani, Syeikh Ibnu Ataillah, Imam Ghazali, Imam
Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal dan
lain-lainnya.
Telah beriktifak jumhur Ahli Sunnah wal Jamaah pada menetapkan
ciri-ciri dan prinsip Ahli Sunnah. Maka telah sesatlah bagi sesiapa
sahaja atau golongan yang menyalahi ciri-ciri dan prinsip tersebut.
Ciri-ciri dan prinsip tersebut adalah sebagaimana yang dinukilkan oleh
Abdul Qahir bin Thahir bin Muhammad Al-Baghdadi Al-Tamimi di
dalam kitab Al-Farqu baina Al-Firaq pada fasal yang ketiga:
1. Ahli Sunnah wal Jamaah bersepakat di atas ketetapan beberapa
hakikat dan ilmu bersalahan dengan golongan al-Sufastaiyyah (
).

2. Ahli Sunnah bersepakat bahawa Allah merupakan Tuhan yang esa,


tidak ada sekutu bagiNya bersalahan dengan golongan al-Tanawiyyah
dari kalangan Majusi.
3. Ahli Sunnah wal Jamaah bersepakat bahawa seluruh alam adalah
baharu dan sesungguhnya ia merupakan perkara selain Allah dan
sifat-sifatNya bersalahan dengan golongan falsafah dan Bathiniyyah
dan golongan yang sama dengan mereka itu iaitu yang terdiri
daripada golongan yang beritiqad dengan wahdatul wujud yang mana
ia telah disepakati oleh seluruh umat Islam berhubung kesesatan
pengikut-pengikutnya sepertimana yang dinaskan berhubung perkara
tersebut oleh para Imam Ahli Sunnah yang terdiri dalam kalangan
para sufi seperti Imam Junaid Al Baghdady dan As Sayyid Ahmad ArRifaie.
4. Ahli Sunnah wal Jamaah menyepakati bahawa Allah-lah Pencipta
segala sesuatu, Allah yang menciptakan para hambaNya dan
perbuatan-perbuatan mereka, bersalahan dengan golongan
Mutazilah.
5. Ahli Sunnah wal Jamaah menyepakati bahawa tidak ada
permulaan bagi kewujudan Allah. Allah Maha suci dari ukuran, batas
akhir dan jisim serta sifat-sifat jisim, berbeza dengan golongan
Karramiyyah.
6. Mereka bersepakat bahawa Allah tidak meliputi oleh tempat dan
tidak berlalu masa keatasNya bersalahan dengan dakwaan
sebahagian golongan al-Karramiyyah bahawasanya Allah
bersentuhan dengan ArasyNya..

7. Ahli Sunnah wal Jamaah bersepakat bahawa Allah tidak berhajat


kepada makhluk-makhlukNya. Dia sama sekali tidak mengambil
manfaat untuk diriNya daripada makhluk-makhlukNya dan tidak juga
memerlukan mereka untuk menolak kemudaratan daripada menimpa
diriNya bersalahan dengan golongan Majusi.
8. Mereka bersepakat bahawa ilmu Allah Taala, KekuasaanNya,
hidupNya, kehendakNya, pendengaranNya, penglihatanNya, dan
pekataNya merupakan sifat-sifat bagiNya yang azali dan abadi
bersalahan dengan golongan Muktazilah yang menafikan sifat-sifat
Allah.
9. Ahli Sunnah wal Jamaah bersepakat bahawa kalam Allah azza wa
Jalla adalah sifat Allah yang azali, bukan makhluk dan tidak diciptakan
dan bukan baharu, berbeza dengan perkataan Qadariyyah yang
mendakwa bahawa Allah menciptakan kalam-Nya pada jism (benda)
tertentu, dan bersalahan juga dengan perkataan golongan
Karramiyyah bahawa kalam Allah baharu (muncul) pada dzat-Nya.
10. Ahli Sunnah wal Jamaah bersepakat bahawa Allah mengutuskan
para Rasul kepada para hamba-Nya, bersalahan dengan golongan
Barahimah. Rasul pertama adalah Adam dan rasul terakhir adalah
Muhammad shalawat dan salam Allah semoga tercurahkan kepada
mereka semua.
11. Ahli Sunnah wal Jamaah bersepakat bahawa para Nabi lebih
mulia dari para wali, bersalahan dengan pendapat suatu golongan
yang mengganggap di antara para wali ada yang lebih mulia dari para
Nabi.

12. Ahli Sunnah wal Jamaah bersepakat bahawa Abu Bakr adalah
khalifah yang sah setelah kewafatan Rasulullah.
13. Ahli Sunnah wal Jamaah bersepakat bahawa Iman tidak akan
lenyap dengan sebab suatu dosa yang tidak sampai ke tahap kufur.
Barangsiapa yang dosanya tidak sampai ke tahap kufur maka dia
masih lagi merupakan seorang yang beriman sekalipun dia
merupakan seorang fasiq disebabkan maksiat yang dilakukannya
bersalahan dengan golongan Khawarij.
14. Ahli Sunnah tidak saling mengkafirkan di antara mereka, dan tidak
wujud perselisihan di antara mereka yang mewajibkan suatu golongan
berlepas diri dan perselisihan yang mewajibkan berlakunya
pengkafiran ke atas suatu pihak yang lain.
(Abd Qohir bin Thohir Al Baghdady, 1037M, 429H)
3.0 GOLONGAN DAN METODOLOGI BERFIKIR AHLI SUNNAH WAL
JAMAAH
Jika dilihat realiti ummah masa kini pelbagai golongan dan pihak
mengaku dan mendakwa sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah,
persoalannya siapakah Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar?.
Sebagaimana yang diijmakkan dan digariskan oleh para ulama yang
terdahulu seperti Imam Abu Mansur Al Baghdadi di dalam kitabnya Al
Farqu baina Firaq maka kita akan dapati dengan jelas bahawa Ahli
Sunnah wal Jamaah itu jatuh kepada Al-Ashairah dan AlMaturidiyyah.
Telah dinukilkan di dalam kitab Radd al-Mukhtar `ala al-Durar alMukhtar oleh Syeikh Muhammad Amin yang masyhur dengan
gelaran Ibn `Abidin al-Hanafi (W 1252 H)



Terjemahan:
" Ahli Sunnah wal Jamaahdan mereka adalah al-Asya`irah (pengikut
Abu al-Hassan al-Asy`ari) dan al-Maturidiyyah (pengikut Abu alMansur al-Maturidi)
Mengapakah Ahli Sunnah wal Jamaah itu dinisbahkan kepada
golongan Al-Ashairah dan Al-Maturidiyyah? Ini adalah disebabkan
hanya golongan inilah yang bertepatan dengan ciri-ciri dan prinsipprinsip Ahli Sunnah wal Jamaah sebagaimana yang disepakati para
ulama dan tidak yang lain. Maka disebabkan itu jugalah Al-Ashairah
dan Al-Maturidiyyah sering kali disebut-sebutkan dan dikaitkan
dengan isu perbahasan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah.
Berkata Sayyid Murtadha al Zabidi di dalam kitabnya Ittihaf Saadah
al-Muttaqin syarah bagi kitab Ihya `Ulumiddin karangan al-Imam AlGhazali.
" .
"

Terjemahan:
"Apabila disebut Ahli Sunnah wal Jama`ah, maka yang dimaksudkan
dengannya ialah golongan al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah (fahaman
atau fatwa-fatwa yang diajarkan oleh Abu al-Hassan Asy`ari dan Abu
al-Mansur Al- Maturidi)".
Imam Sayyid Murtadha al Zabidi adalah merupakan seorang ulama
yang masyhur dengan keilmuan sehingga digelarkan gelaran Imam, Al
Hafidz dan Khotimul Lughawiyyin (penutup segala ahli bahasa) yang
menggambarkan betapa mahirnya beliau dalam ilmu bahasa sehingga
digelarkan dengan gelaran tersebut.

Oleh itu, kita perlu mengenali siapakah pelopor Al-Ashairah dan AlMaturidiyyah supaya kita benar-benar mengetahui tentang Ahli
Sunnah wal Jamaah. Pertama sekali, penulis ingin menyatakan serba
sedikit mengenai biodata Imam Abu al-Hassan al-Ashari. Beliau
adalah Abu al-Hassan Ali b. Ismail b. Abi Bisyr Ishaq b. Salim b.
Ismail b. Abd Allah b. Musa b. Bilal b. Burdah Amir b. Abi Musa alAsyari yang merupakan salah seorang dari sahabat Rasulullah.
Beliau dilahirkan di Basrah pada tahun 260H dan wafat pada tahun
324H.
Al-Asyari merupakan seorang yang bermanhaj sunni lahir dari rumah
yang mengamalkan sunnah. Pada permulaan hayatnya, beliau telah
mempelajari mazhab Muktazilah daripada Abu Ali al Jubbai. Walau
bagaimanapun, dengan hati yang suci dan akalnya yang cerdik beliau
telah mengetahui situasi yang sebenar. Beliau telah melihat jurang
yang luas antara Ahli Sunnah dan golongan Muktazilah. Beliau telah
mengumumkan perpisahan beliau meninggalkan golongan Muktazilah
dan kembalinya beliau ke dalam kerangka sunnah kekita beliau
berusia 40 tahun. Beliau juga telah mengambil jalan tengah di antara
al-tashbih dan al-tatil (iaitu mazhab Muktazilah). Tindakan tersebut
telah pun diterima pakai secara meluas dalam golongan manusia.
Para pengikutnya begitu ramai, mereka berpegang teguh dengan
mazhabnya dan menelusuri manhajnya. Antara golongan ulama yang
ada dalam mazhabnya ialah seperti al-Qadi Abu Bakar al-Baqillani,
Ibn Furak, Abu al-Qasim al-Qusyairy dan ramai lagi dalam kalangan
para ulama yang lain.
Manakala, pelopor Al-Maturidiyyah ialah al-Imam Abu Mansur alMaturidi, beliau adalah Muhammad bin Muhammad bin Mahmud alHanafiy al-Mutakallim. Beliau merupakan Imam yang mulia, menolong

agama dan meneguhkan pegangan Ahli Sunnah. Beliau mengalahkan


Muktazilah dalam siri-siri perdebatan bersama mereka.Beliau telah
wafat pada tahun 333H setelah kewafatan Imam Abi Al-Hassan AlAsyariy dalam tempoh yang pendek dan kuburnya terletak di
Samarqand di mana ia didapati sebaris dengan kubur al-Hafiz Quthb
ad-Din Abd al-Karim bin al-Munayyir al-Halabiy al-Hanafiy.
Di dalam kitab berjudul al-Fawaid al-Bahiyyah fi Tarajum alHanafiyyah karangan al-Allamah Muhammad Abd al-Hay al-Laknawi
al-Hindi, beliau berkata: Muhammad bin Muhammad bin Mahmud
Abu Mansur al-Maturidi yang merupakan Imam Mutakallimin dan
pembenar aqidah orang Islam telah menulis karangan-karangan yang
agung dan beliau telah melakukan penolakan terhadap pembohongan
yang terbit daripada dakwaan-dakwaan yang beraqidah sesat.
Apakah cara metodologi berifikir Ahli Sunnah wal Jamaah?
Di dalam risalah Aqidah Mursyidah, kata Syeikh Fakhruddin bin
Asakir:
""
Terjemahan:
ALLAH sedia wujud sebelum kewujudan makhluk ciptaan-Nya
Selain itu terdapat beberapa bait yang menunjukkan metodologi
berfikir Ahli Sunnah wal Jamaah yang wajib kita imani dan percayai.
,"
"

,
Maksudnya: Kewujudan-Nya azali dan tanpa bertempat, Dialah yang
telah menciptakan segala makhluk (termasuk segala sifat makhluk),
Dialah yang telah menciptakan (dan mentadbirkan) masa, kewujudanNya tidak terikat dengan masa dan tidak juga ditentukan (bagi zatNya) dengan sebarang tempat

Justeru, aqidah yang benar dan diyakini oleh para ulama salaf yang
soleh adalah aqidah yang diyakini oleh al-Asy`ariyyah dan alMaturidiyyah. Ini kerana sebenarnya kedua-dua golongan ini hanyalah
meringkas dan menjelaskan aqidah yang diyakini oleh para nabi dan
rasul serta para sahabat. Aqidah Ahli Sunnah adalah aqidah yang
diyakini oleh ratusan juta umat Islam, mereka adalah para pengikut
mazhab Hanafi, Maliki, Syafi`e, serta orang-orang yang utama dari
kalangan mazhab Hanbali. Aqidah ini diajarkan di seluruh pondok Ahli
Sunnah di negara kita, Malaysia. Dan Alhamdulillah, aqidah ini juga
diyakini oleh ratusan juta kaum muslimin di seluruh dunia seperti
Malaysia, Indonesia, Brunei, India, Pakistan, Mesir (terutama alAzhar), negara-negara di daratan Syam (iaitu Syiria, Jordan, Lubnan
dan Palestin), Maghribi, Yaman, Iraq, Turki, Daghestan, Chechnya,
Afghanistan dan masih banyak lagi di negara-negara lain. Oleh itu,
wajib ke atas kita untuk memberi perhatian dan kesungguhan dalam
mendalami aqidah al-Firqatun-Najiyah yang merupakan aqidah
golongan majoriti umat Islam.
4.0 HUJJAH-HUJJAH KEWAJIPAN BERPEGANG DENGAN AHLI
SUNNAH WAL JAMAAH
Berdasarkan definasi,ciri-ciri,prinsip dan golongan Ahli Sunnah wal
Jamaah yang telah disebut oleh penulis di atas, maka ketahuilah
bahawa kita wajib berpegang dengan pegangan ini. Semua sudah
sedia maklum bahawa terdapat banyak ajaran-ajaran sesat yang
timbul dari zaman awal Islam hingga sekarang. Contohnya seperti
muktazillah, qadariah, jabariah, wahhabiyyah mujassimah dan
sebagainya. Sebahagian ajaran ini menggunakan dalil Al Quran,
Sunnah dan juga dalil aqal sebagai hujjah mereka.

Oleh itu, penulis ingin melentangkan beberapa dalil yang


menunjukkan kewajipan kita sebagai umat Islam untuk berpegang
dengan Ahli Sunnah wal Jamaah. Terdapat banyak sumber dalil yang
boleh kita jadikan sebagai hujjah kita. Antara dalilnya ialah dalil dari Al
Hadis :

54. Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu


berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan
mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga
kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orangorang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang
kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah,
dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang
demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada
sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah
kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.
Al-Hafiz Ibn Asakir di dalam kitabnya Tabyin kazib al muftariy dan Al
Hakim di dalam Al Mustadrak menjelaskan bahawa tatkala turunnya
ayat ini, Rasulullah berkata : Mereka itulah kaummu wahai Abu
Musa lalu Rasulullah memberi isyarat dengan tangannya kearah Abu
Musa Al Asyari.
Antara dalil dari hadis:
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:
" :

:

" .
Terjemahan:
Daripada Abi Hurairah radiyallahu`anhu, beliau berkata:

bahawasanya Rasulullah sallallahu`alaihai wasallam bersabda: Orang


Yahudi telah berpecah kepada 71 golongan dan Nasrani seperti itu
juga, dan Umatku pula akan berpecah kepada 73 golongan.
[Diriwayatkan oleh al-Tirmizi]
Antara yang lain juga :
" "

"
" ""
Sejarah mencatatkan bahawa dalam kalangan umat Islam semenjak
abad permulaan, terutama pada zaman Khalifah Sayyiduna Ali ibn Abi
Thalib, hingga sekarang ini terdapat banyak golongan (firqah) dalam
masalah akidah. Fahaman akidah di antara satu sama lain
mempunyai perbezaan bahkan saling bertentangan. Ini adalah fakta
yang tidak dapat kita nafikan kerana Rasulullah sallallahu`alaihi
wasallam sendiri menyatakannya sebagaimana yang disebutkan di
dalam hadis di atas bahawa umat baginda akan berpecah kepada 73
golongan. Semua ini adalah dengan kehendak Allah dan ia
mempunyai berbagai hikmah yang terkandung di dalamnya, walaupun
kita tidak mengetahui secara pasti akan hikmah-hikmah tersebut.
Namun demikian, Rasulullah juga telah menjelaskan jalan yang
selamat yang harus kita ikuti agar tidak terjerumus di dalam lembah
kesesatan dan kekufuran. Kunci keselamatan tersebut adalah dengan
mengikuti apa yang telah dipegangi oleh Ahli Sunnah wal Jamaah
kerana ia adalah keyakinan yang telah dipegang teguh oleh majoriti
umat Islam. Kerana Allah sendiri telah menjanjikan kepada Nabi
bahawa umatnya ini tidak akan sesat selama mana mereka
berpegang teguh terhadap apa yang disepakati oleh Ahli Sunnah wal

Jamaah. Allah tidak akan mengumpulkan mereka semua di dalam


kesesatan kerana kesesatan.
5.0 RUJUKAN
[1] Al-Quran Al Kareem
[2] Abd Qohir Al Baghdady (1987), Al Farq baina Al-Firaq, Beirut
Lubnan: Dar al-Kutb Al-Ilmiah.
[3] Ahlu As-Sunnah wal-Jamaah, Wilayah Persekutuan: Assolahiyyah
Global Sdn Bhd, (2013).(tanpa nama)
[4] Aqidah Al-Sultan Al-Mujahid Al-Faqih Salahuddin Al-Ayyubi, Mohd
Sobri Ellias : Assolahiyyah Global Sdn Bhd, (2011)

Das könnte Ihnen auch gefallen