Sie sind auf Seite 1von 2

PEMINTAL LIDAH

Pemintal lidah atau tongue twister dalam Bahasa Inggeris , sering dikaitkan sebagai
kaedah untuk melatih murid yang cacat pada alat artikulasinya. Secara mudah
maksud pemintal lidah ialah satu ayat atau frasa yang mudah tetapi sukar untuk
disebut dengan jelas dan cepat. Selain itu ungkapan yang direka bentuk
mengandungi persamaan rima da nada kaitan ceritanya tetapi untuk sebut dengan
betul dan pantas.
Pemintal lidah dilaksanakan oleh guru bagi melatih murid menyebut perkataan yang
hampir sama. Perkataan ini sama dari segi bunyi terdapat beberapa perbezaan konsonan dan
vokal yang mempunyai perbezaan maksud bagi perkataan tersebut. Aktiviti ini memberi latih
tubi perkataan denganmengulang- ngulangnya. Ini dapat membantu murid menghafal ,
menyebut dengan betul dan tepat serta perkara yang disebut itu kekal dalam ingatanya. Latih
tubi itu boleh membantu murid yang menghadapi masalah membunyikan fonem.Ini merupakan
latihan asas mendengar, membaca dan bertutur yang berkesan kepada murid. Untuk melatih
tubi murid-murid supaya bertutur dengan baik gunakan alat-alat teknologi yang membantu
dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti pita rakaman , gambar- gambar bersiri,
kad- kad imbasan tanpa gambar dan bergambar , filem slaid dan sebagainya.

AYAT 1
Kelemahan menyebut fonem /c/

Com cermat- cermat cari cincin cicir celah laci tepi


anak kunci

AYAT 2
Kelemahan menyebut fonem /k/

Kaki kuda Raja Muda luka,


Raja Muda rasa duka,
Hati Raja Muda lara.

AYAT 3
Kelemahan menyebut fonem /t /

Tini teman Tina tengok Taman mini,


Tina takut tempat tinggi

AYAT 4
Kelemahan menyebut fonem /r/

Hari raya Rohaya ramai- ramai pergi


ronda-ronda rumah Ramlan dan rakan.

AYAT 5
Kelemahan menyebut fonem /j /

Jamal jalan- jalan jamal jumpa ..

Das könnte Ihnen auch gefallen