Sie sind auf Seite 1von 12

ARTIKEL ILMIAH

APLIKASI PENGGUNAAN CD-ROM


DI SEKOLAH SENI MALAYSIA,
KUCHING, SARAWAK

Ditulis oleh:
Mira Faizura binti Narawi
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (DH41)
Kolej Komuniti Mas Gading

Aplikasi Penggunaan CD-ROM di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak

RINGKASAN EKSEKUTIF

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap keberkesanan aplikasi penggunaan CDROM di sekolah. Kajian telah dibuat di kalangan pelajar tingkatan 1-3 dan guru-guru di
Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak. Berdasarkan temuramah yang telah dilakukan
kepada beberapa orang guru, terdapat pro dan kontra aplikasi penggunaan CD-ROM di
dalam kelas. Walau bagaimanapun, para guru menyimpulkan aplikasi CD-ROM semasa
proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) di dalam kelas telah mewujudkan satu suasana
baru

yang lebih hidup dan ceria dengan penglibatan pelajar yang lebih aktif dan

bersemangat.

PENGENALAN

DEFINISI CD-ROM

Menurut buku Digital Creativity karangan Bruce Wands, (2002) CD-ROM adalah
sejenis cakera optik yang mampu menyimpan jumlah data yang besar - sehingga kepada
1GB, walaupun saiz yang paling biasa adalah 650MB (megabait). Satu CD-ROM mempunyai
kapasiti penyimpanan 700 cakera liut, memori yang cukup untuk menyimpan kira-kira
300,000 muka surat teks. Untuk membaca CD, kita memerlukan pemain CD-ROM. Semua
ROM CD-mematuhi saiz dan format standard, jadi kita boleh memuatkan apa-apa jenis CDROM ke dalam mana-mana pemain CD-ROM. Di samping itu, pemain CD-ROM boleh
memainkan CD audio, yang berkongsi teknologi yang sama.

Sejarah dan Peranan CD-ROM

Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah multimedia telah


lama diguna-pakai di sekolah. Penggunaan CD-ROM ternyata telah membantu para guru
untuk mendidik generasi era IT dewasa ini.

Aplikasi Penggunaan CD-ROM di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak

CD-ROM dikategorikan sebagai bahan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)


sama ada difokuskan kepada mata pelajaran tertentu mengikut sukatan pelajaran,
berfokuskan maklumat umum atau berfokuskan kepada sesuatu bidang atau topik. Perisian
CD-ROM yang menggunakan teknik visual, animasi, video dan audio ini memudahkan teknik
pembelajaran di sekolah. Ia bukan saja membantu guru untuk mengajar bahkan menambah
minat pelajar untuk belajar.

Menurut guru di Sekolah Seni Malaysia, Kuching Sarawak, Cik Maisarah Drahim,
penggunaan CD-ROM di sekolah itu memang digunakan sejak sekolah itu beroperasi pada
tahun 2007. Beliau mengatakan penggunaan CD-ROM di sekolah ini secara tidak langsung
menarik minat pelajar untuk belajar kerana adanya penggunaan visual dan audio yang boleh
memancing pelajar untuk lebih konsentrasi di dalam kelas. Dengan adanya aplikasi
penggunaan CD-ROM ini turut membantu guru untuk mudah memahamkan pelajar dalam
sesuatu tajuk yang diajar dan melahirkan pelajar berseni yang jugak celik teknologi IT.

Perisian CD-Rom
Hasil kajian yang telah dibuat melalui kaedah internet, laman web Webopedia
mengatakan CD-ROM memiliki kapasiti penyimpanan sebanyak 1000 hingga 1200 megabites.
Oleh kerana kapasitinya yang besar maka CD-ROM turut menjadi salat satu alternatif untuk
menyimpan dan menyebar multimedia. Penyebaran produk multimedia ini boleh dilakukan
melalui CD-ROM. Pemacu CD-ROM boleh memindahkan data pada kadar 150K/sesaat. Oleh
itu, pemacu 40X CD-ROM berupaya menyampaikan 40 kali 150Kb/sesaat, atau 6MB data
sesaat.

Selain itu, CD-ROM juga berupaya untuk memuatkan bahasa pengaturcaraan yang
boleh menyediakan keupayaan multimedia seperti Visual Basic dan Delphi yang mengambil
pendekatan berorientasikan objek kepada pembangunan perisian yang membenarkan
kawalan media ke dalam aplikasi program tersebut. Misalnya, Visual Basic menyediakan MCI
(Media Control Interface) yang boleh mengawal dan memainkan format fail media di dalam
aplikasi perisian seperti WAV atau bunyi MIDI, video digital, animasi, dan audio CD.

Aplikasi Penggunaan CD-ROM di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak

Latar Belakang Sekolah Seni Malaysia, Kuching,Sarawak


Menurut pengetua Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak, Dr. Sulhi Hj Lamat,
sekolah ini telah ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan mula beroperasi pada
tahun 2007 di Jalan Demak, 93050 Kuching. Terdapat dua buah Sekolah Seni di Malaysia iaitu
satu terletak di Johor Bahru dan kedua di Kuching, Sarawak. Sekolah ini menggunakan model
kurikulum yang telah dipilih oleh Majlis Mesyuarat JK Kurikulum Pusat (CCC) yang
membolehkan pelajar mendapat pendedahan asas kesenian yang luas selama tiga tahun
dalam keempat-empat bidang kesenian. Penilaian Sekolah Seni Malaysia menggunakan
prinsip 60:40 di mana 60% waktu kesenian dan 40% waktu akademik. Jadual waktu di
sekolah pula mempunyai 3 fasa iaiatu Fasa I (7.30 10.00 pagi), Fasa II (10.30 pagi 1.10
petang) dan Fasa III (2.20 4.20 petang).
Mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh setiap pelajar ialah Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam/Moral, Sivik, Sejarah dan Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan (PJK) dan Pendidikan Kesenian. Pendidikan Kesenian merangkumi
Seni Visual, Muzik, Tari dan Teater. Pelajar-pelajar akan memilih jurusan pengkhususan
masing-masing apabila menjejakkan kaki di Tingkatan 4 di mana mereka boleh memilih salah
1 jurusan yang telah dipelajari semasa di Tingkatan 1-3 dalam subjek Pendidikan Kesenian.
Pelajar akan mendalami lebih mendalam dalam jurusan masing-masing ketika berada di
Tingkatan 4 dan 5.

OBJEKTIF KAJIAN

2.1

Mengetahui tahap keberkesanan CD-ROM dalam meningkatkan pemahaman


pelajar

2.2

Mengenalpasti kebaikan dan keburukan penggunaan CD-ROM sebagai alat


bantu mengajar

2.3

Mengkaji minat pelajar dalam penggunaan CD-ROM dalam pembelajaran


mereka

Aplikasi Penggunaan CD-ROM di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak

2.4

Meninjau prasarana dan peralatan yang disediakan untuk kegunaan CD-ROM

2.5

Mengkaji masalah yang dihadapi oleh guru terhadap penggunaan CD-ROM


dalam pengajaran.

PERMASALAHAN KAJIAN

i.

Penggunaan CD-ROM yang tidak digunakan di dalam semua matapelajaran

ii.

Penguasaan guru yang tidak mencukupi dalam penguasaan penggunaan CDROM

iii.

Para guru tidak diberi kesedaran kepentingan dan kebaikan penggunaan CDROM dalam pembelajaran

SKOP KAJIAN

Kajian ini dilakukan di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak. Kajian ini melibatkan
guru dan pelajar sekolah tersebut dalam keberkesanan aplikasi penggunaan CD-ROM
dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Fokus kajian adalah kepada
para pelajar dan para guru yang dibekalkan dengan CD-ROM di dalam pembelajaran
mereka. Tumpuan kajian untuk melakukan kajian di sekolah ini sepadan dengan
objektif kajian iaitu untuk mengetahui tahap keberkesanan CD-ROM dalam
meningkatkan pemahaman pelajar, mengenalpasti kebaikan dan keburukan
penggunaan CD-ROM sebagai alat bantu mengajar,mengkaji minat pelajar dalam
penggunaan CD-ROM dalam pembelajaran mereka, meninjau prasarana dan
peralatan yang disediakan untuk kegunaan CD-ROM dan menyelidik masalah yang
dihadapi oleh guru terhadap penggunaan CD-ROM dalam pengajaran.

Aplikasi Penggunaan CD-ROM di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak

HALANGAN
i.

Tidak mempunyai guru yang mahir dalam penggunaan CD-ROM

ii.

Lambat untuk menghabiskan sukatan pelajaran kerana guru tiada kepakaran


dalam penggunaan CD-ROM

iii.

Prasarana dan kemudahan yang tidak mencukupi bagi penggunaan CD-ROM

ANDAIAN
i.

Penggunaan CD-ROM masih digunakan di Sekolah Seni Malaysia, Kuching,


Sarawak

ii.

Penggunaan CD-ROM membantu pelajar untuk lebih mudah faham dalam


pelajaran

iii.

Penggunaan CD-ROM berjaya menarik minat pelajar dalam pembelajaran

iv.

Penggunaan CD-ROM dapat membantu guru dalam pengajaran terutama


subjek matematik dan sejarah

KEPENTINGAN KAJIAN

i.

Mengenal pasti masalah yang timbul dalam penggunaan CD-ROM di Sekolah


Seni Malaysia, Kuching, Sarawak.

ii.

Membantu guru dalam mengenal pasti masalah yang menghalang


keberkesanan penggunaan CD-ROM dengan lebih berkesan

iii.

Membantu pihak sekolah untuk mendapatkan prasarana dan kemudahan


yang mencukupi

KAEDAH KAJIAN

Dalam kajian ini, dua kaedah telah digunakan iaitu kaedah primer dan kaedah
sekunder. Kaedah primer yang telah digunakan ialah melalui kaedah temubual dan kaedah
pemerhatian. Kaedah sekunder yang digunakan pula ialah melalui pembacaan buku-buku di
perpustakaan dan juga internet.
6

Aplikasi Penggunaan CD-ROM di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak

DATA PRIMER

(i) Temuramah

Sesi temuramah telah dilakukan kepada beberapa orang guru di Sekolah Seni
Malaysia, Kuching, Sarawak. Kajian ini dilakukan pada 23 Oktober 2012.
Temuramah telah dilakukan kepada Encik Reduan bin Taha yang merupakan
salah seorang tenaga pengajar di sekolah itu dan juga merupakan Ketua Bidang
Seni Muzik. Selain itu juga, temuramah juga telah dilakukan kepada guru
Sejarah di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak, iaitu Cik Maisarah binti
Drahim. Cik Maisarah telah berkhidmat sebagai guru sejarah selama 3 tahun di
sekolah tersebut. Di samping itu, temu ramah turut di lakukan kepada guru
subjek ICT di Sekolah Menengah Kebangsaan Sematan, Puan Hafida binti Razi.
Beliau telah berkhidmat sebagai guru ICT selama 5 tahun. Beliau juga
mempunyai pengalaman sebagai pensyarah di kolej swasta di bandar Kuching,
Sarawak. Temuramah ini dilakukan terhadap mereka untuk menanya pendapat
mereka tentang penggunaan CD-ROM sebagai alat bantu mengajar di dalam
kelas.

(ii) Pemerhatian

Kaedah pemerhatian turut digunakan untuk menjayakan kajian ini. Kaedah


pemerhatian ini telah dilakukan di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak.
Pemerhatian telah dilakukan dari kelas ke kelas semasa proses pelajaran dan
pembelajaran (P&P) .Pemantauan ini dilakukan untuk meninjau sama ada guru
di sana masih lagi menggunakan kaedah CD-ROM sebagai alat membantu
mengajar atau tidak. Selain itu, pemantauan juga bertujuan untuk meninjau
tindak balas daripada pelajar dan keberkesanannya.

Aplikasi Penggunaan CD-ROM di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak

DATA SEKUNDER
(i) Bahan Rujukan
Kajian yang telah dibuat melalui bahan bacaan dan risalah-risalah mengenai
pembelajaran menggunakan multimedia cd-rom di Sekolah Menengah
Kebangsaan Kampong Soeharto telah dibuat di beberapa perpustakaan.Kajian
melalui teknik bacaan ini telah menambahkan lagi maklumat yang dicari dan
memudahkan pencarian maklumat.

Pustaka Negeri Sarawak

Perpustakaan Kolej Komuniti Mas Gading

(ii) Internet
Selain daripada teknik kajian melalui teknik temubual, pemerhatian dan
rujukan, teknik mencari maklumat dari kaedah lawan web ataupun internet
turut digunakan.

SOROTAN KAJIAN
Teori Quantum Learning menyatakan bahawa bahawa manusia memiliki potensi
untuk berkembang (potential to growth) yang hampir tidak terbatas.Teori inilah yang diguna
pakai oleh kerajaan untuk memastikan pendidikan di malaysia tidak ketinggalan.Remaja
zaman generasi Y ini lebih mudah tertarik dengan gadget dan teknologi multimedia.Seperti
mengikut edaran masa,pihak kementerian pendidikan telah menambah baikkan tahap
pembelajaran di sekolah.

CD-ROM boleh memuatkan segala isi mata pelajaran yang hendak disampaikan oleh
pendidik. Ia juga boleh dijadikan sebagai alat pengganti buku teks. Perisian CD-ROM boleh
dimuat turunkan dengan objek-objek pembelajaran seperti aktiviti interaktif, latihan
interaktif, galeri multimedia, e-ujian,e-glosari atau e-kamus bergambar, e-jurnal dan tautan
atau capaian internet.
8

Aplikasi Penggunaan CD-ROM di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak

Menurut Mohd.Khalit Othman & Siti Asiah Ishak (2003), CD-ROM adalah antara alat
yang menggabungkan pelbagai elemen media iaitu grafik (gambar), animasi (gambar yang
bergerak), audio (suara), video (gambar dan suara) dan teks (tulisan). Berbeza dengan
konsep monomedia yang mengadaptasikan satu media sahaja, CD-ROM dapat
menggabungkan lebih dari satu elemen dan biasanya ke semua elemen ini akan
diintegrasikan.

Menurut buku Digital Creativity karangan Bruce Wands,(2002) kajian mendapati,


manusia menyimpan ingatan 10% daripada apa yang dilihatnya seimbas, 40% daripada apa
yang didengari, dan melonjak sehingga 75% jika melihat, mendengar sambil berinteraksi.

Menurut Cik Maisarah binti Drahim, guru Sejarah di Sekolah Seni Malaysia, Kuching,
Sarawak, penggunaan CD-ROM dalam pembelajaran di sekolah merupakan satu transformasi
yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia.
Kaedah ini sangat bagus dan sangat membantu semasa proses pembelajaran terutamanya
dalam subjek Sejarah yang dianggap membosankan. Penggunaannya di dalam kelas
menambah lagi minat pelajar untuk belajar dengan adanya penggunaan video, visual dan
audio.

Menurut Puan Hafida binti Razi, guru ICT di Sekolah Menengah Kebangsaan Sematan,
dia berpendapat ada baik dan buruknya penggunaan CD-ROM di dalam kelas sebagai alat
mengajar. Perkara baiknya ialah alat ini boleh membantu guru untuk mengajar dan dengan
menggunakan animasi dan visual grafik dalam pembelajaran menarik minat pelajar untuk
belajar. Perkara buruknya pula ialah sukar untuk pelajar mengaplikasikan benda yang di ajar
ke dalam pembelajaran. Dia memberi contoh dalam subjek ICT, apabila aplikasi video
digunakan, mereka sukar untuk mengaplikasi daripada teori ke amali berbanding apabila
guru membuat demonstrasi di depan dan apabila tidak faham mereka boleh terus bertanya.
Perkara ini dikesan pada pelajar-pelajar yang lambat menangkap sesuatu yang diajar kepada
mereka.

Aplikasi Penggunaan CD-ROM di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak

Namun begitu, dia juga menegaskan bahawa penggunaan CD-ROM di dalam kelas
hanya sebagai alat sampingan untuk mengajar. Kaedah pembelajaran secara manual lebih
berkesan berbanding dengan menggunakan alat bantuan lain tetapi dia juga tidak menafikan
dengan wujudnya penggunaan alat bantuan boleh menarik minat pelajar untuk belajar lebihlebih lagi pelajar zaman IT ini yang suka dengan multimedia.

Menurut Encik Rojali Yusin, jurulatih Muzik di Sekolah Seni Malaysia, Kuching,
Sarawak, penggunaan CD-ROM di dalam pembelajaran pelajar di sekolah adalah satu kaedah
yang sangat bagus. Hal ini kerana, penggunaan CD-ROM yang berkonsepkan penggunaan
multimedia boleh menarik minat pelajar untuk belajar. Ini kerana remaja zaman sekarang
sememangnya lebih tertarik dengan kaedah multimedia daripada cara penggunaan yang
hanya menggunakan buku teks. Pelajar juga akan berasa seronok dengan penggunaan
aplikasi multimedia dalam pembelajaran mereka dan secara tidak langsung dapat
mengurangkan bosan belajar di dalam diri seseorang pelajar. Pembelajaran yang
menggunakan buku menyebabkan pemikiran pelajar beku dan tidak kreatif.

Aktiviti interaktif yang disediakan dalam perisian boleh meningkatkan lagi


pengetahuan pelajar dalam sesuatu topik walaupun guru tiada di sisi. Ini memudahkan
pelajar untuk mendapat ilmu lebih dan tidak bergantung seratus peratus dengan ilmu dari
guru yang hanya diperolehi di kelas. Tempoh pembelajaran yang singkat tidak mencukupi
untuk pelajar memperoleh ilmu dengan adanya pelajar yang ramai dan tempoh yang singkat
untuk satu subjek.

Menurut Heirich R. (1993) dalam bukunya yang bertajuk Instructional Media New
Technologies of Instruction, komputer berkemampuan untuk mengurus dan mengawal
pembelajaran yang banyak. Kemampuan komputer yang boleh berinteraksi dengan manusia
membolehkan para guru untuk mengajar dengan cara yang lebih mudah dan menarik. Hasil
dari kaji selidik mendapati para pelajar meminati para pembelajaran melalui kaedah visual
iaitu kaedah CD-ROM. Kaedah pembelajaran yang menggunakan CD-ROM bukan sahaja
dapat membantu guru bahkan menambah minat pelajar untuk lebih meminati dalam
pembelajaran. Kenyataan ini turut disokong oleh Irfan Naufal Umar (2004) yang mengatakan
penggunaan ICT dalam pembelajaran pelajar mencari maklumat dan menghubungkan bilik
10

Aplikasi Penggunaan CD-ROM di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak

darjah dengan dunia nyata. Kajian turut dilakukan oleh Jasmy et al (2003) dan mendapati
10% pembelajaran didapati daripada hasil pendengaran dan 80% terhasil daripada apa yang
dilihat.

Menurut Shashaari dan Khalili (1994) multimedia merupakan satu kaedah terbaru
dalam teknologi maklumat yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat.
Pembelajaran didalam kelas merupakan satu contoh yang terbaik untuk menunjukkan
keberkesanan dalam penyampaian ilmu di sekolah. Kaedah pemerhatian yang telah
dilakukan di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak telah membuktikan bahawa
penggunaan multimedia di sekolah boleh membantu guru untuk mengajar dan juga menarik
minat pelajar untuk belajar.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, penggunaan teknologi multimedia seperti CD-ROM secara tidak
langsung dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan
memberi peluang kepada para guru dan pelajar untuk mahir dalam menggunakan teknologi
multimedia. Persekitaran yang baru dalam P&P juga dapat diwujudkan melalui kaedah ini.
Pencapaian pelajar juga dapat ditingkatkan melalui kaedah pembelajaran seperti ini kerana
pelajar lebih tertarik dengan pembelajaran melalui kaedah multimedia seperti ini. Di
samping itu juga ini akan melahirkan generasi celik IT kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya dan aplikasi teknologi ini sangat sesuai diaplikasikan sejak di bangku sekolah lagi.

11

Aplikasi Penggunaan CD-ROM di Sekolah Seni Malaysia, Kuching, Sarawak

BIBLIOGRAFI

Barbara Gross Davis (1993). Tools For Teaching. United States of America : HB Printing

Bruce Wands (2002). Digital Creativity. Techniques for Digital Media and The Internet : New
york, John Wiley & Sons,Inc.

Heirich .R (1993) . Instructional Media New Technologies of Instruction : New York Macmillan
Publishing Co.

Les Lloyd (2000). Teaching with Technology : Thinking Tradition : Medford, New Jersey,
Information Today,Inc.

O.Lecarme and R.Lewis (1975). Computer In Education. New York : North Holland Publishing
Company.

Stephen J Ball (1986).Sociology In Focus Education. Londan and New York : Longman

Thomas E.Scruggs and Margo A.Mastropieri (2006). Applications Of Research Methodology.


Amsterdam,The Netherlands : JAI Press.

(2009)

Penggunaan

Multimedia

dalam

Pembelajaran

forum.indiamuslim.com.my/viewtopic.php?f=4..

Maksud dan Penggunaan CD-ROM


http://www.webopedia.com/TERM/C/CD_ROM.html

12

Das könnte Ihnen auch gefallen