Sie sind auf Seite 1von 6

Penyakit Ikan dan Cara Ubati

Penyakit ikan laga


Ikan Laga juga seperti ikan-ikan hiasan lain,
sekirannya penjagaan kurang diambil perhatian ikan
laga mempunyai risiko kepada pelbagai. Penyakit
yang selalu menyerang ikan anda kebanyakannya
adalah bakteria,kulat dan parasit. Keadaan air yang
buruk mendatangkan banyak keburukan kepada ikan
laga selain membantu pembiakan bakteria-bakteria.
Sesetengah bakteria datang dari makanan yang
terbiar. Makanan yang tidak dimakan perlu dibuang,
jangan biar makanan tersebut larut bersama air.
Sebelum merawat anda perlu mengenal pasti keadaan
ikan laga yang sakit.
Mengenal pasti ikan laga yang sakit
Ini boleh dilihat melalui tingkah lakunya. Ikan laga
yang sakit menunjukkan tanda-tanda seperti

Tidak aktif, han ya berada ditempat yang sama tanpa


bergerak
Kurang bergerak
Tiada selera makan
Menggeselkan badann ya pada dinding akuarium,bat u-bat u
hiasan dan pokok-pokok hiasan
Tidak berma ya

Ini juga boleh dilihat terus pada tubuhnya

dipenuhi tompok-tompok putih dan hitam


warna yang pudar
ekor yang mereput
abdomen yang besar dari ikan laga yang normal
mata membonjol

Jenis-jenis penyakit ikan laga dan rawatannya

Jangkitan Kulat

Badan ditumbuhi tompok-tompok seperti kapas/kulat

Tanda-tanda :

Ka wasan badan mempun yai tompok-tompok kapas put ih


Warna mungkin pudar

Kelakuan : Kurang aktif, tidak makan


Rawatan : Tukar air sebersih-bersihnya, bekas dicuci,
sediki garam aquarium. Guna ubat Anti-Fungus jika
ada.
Ubatan lain : Maracyn, Furacyn
Ekor/sirip mereput

Terjadi kerana keadaan air yang teruk. Ekor mungkin tidak seperti sediakala bila
mula tumbuh.

Tanda-tanda :

Ekor yang pendek dan terus pendek


Hujung ekor yang gelap atau pudar

Kelakuan : Kadang-kadang aktif, tidak makan


Rawatan : Tukar air baru bersih, Bekas bersih,
Gunakan daun ketapang jika ada, Lakukan sehingga
ekor tumbuh semula. Garam aquarium juga boleh
digunakan.
Ubat : Ampicillin, Tetracycline

Jangkitan Bakteria

Terjadi kerana bakteria dari air yang kotor, makanan terbiar dan tangan yang kotor.
Elakkan memindah ikan menggunakan tangan, gunakan jaring.
Tanda-tanda :

Badan mula ditumbuhi benda pelik

warna memudar
Kelakuan : Hilang selera makan, berada di dasar akuarium tanpa bergerak
Rawatan : Tukar air baru, cuci perkakas2 akuarium termasuk pasir2, pokok2, batu2.
Elakkan memindahkan ikan menggunakan tangan, gunakan jaring yang lembut.
Gunakan daun ketapang atau ubat anti-bakteria jika ada.
Ubat : Tetracycline, MarOxy, Maracyn
Dropsy

Terjadi kerana bakteria dari makanan hidup, kegagalan fungsi paru2, penyakit yang
belum ada penawar yang sebenar
Tanda-tanda :

Badan yang membesar terlampau

sisik-sisik yang terbuka


Kelakuan : Biasa
Rawatan : Tukar air baru, gunakan daun ketapang, beri makanan yang
mengandungi anti-bakteria atau anti-parasit. Berhenti memberi makanan hidup.
Boleh membawa kepada kematian jika lambat rawat. Dropsy yang sebenar jarang
terselamat.
Ubat : Erythromycin, Maracyn 2, Tertracycline
Popeye

Punca dari bakteria dari air yang tercemar

Tanda-tanda: Mata yang membonjol


Kelakuan : Hilang selera makan
Rawatan: Tukar air sepenuhnya sekurang-kurangnya 3 kali sehari, gunakan daun
ketapang ataupun garam akuarium.
Ubatan lain : Melafix
Velvet (sejenis parasit)

Punca dari yang tercemar


Tanda-tanda :

Tidak bermaya
Menggesel badan pada aksesori yang berhampiran dengannya

Kelakuan : Hilang selera makan, warna memudar


Rawatan : Cuci air sepenuhnya. Letak garam akuarium sebagai agen untuk
membunuh parasit. Letak ditempat yang gelap ataupun ditutup supaya velvet tidak
membiak kerana terdedah pada cahaya lampu. Keadaan gelap menghadkan parasit
ini untuk membiak.
Daun ketapang amat disyorkan.
Masalah pundi berenang (swim bladder disorder)

Akibat dari pemakanan yang berlebihan menyebabkan pundi berenang tidak


berfungsi dengan baik
Tanda-tanda : Masalah berenang dengan baik
Kelakuan : Berenang dengan arah sisi ataupun senget

Rawatan : Ikan anda mampu untuk menyembuh dengan diri sendiri. Anda perlu
menjaga pemakanan ikan anda. 4-5 pelet 2 kali sehari dah memadai.
Ick (parasit)

Ick juga datang dari makanan beku


Tanda-tanda : Badan ikan dipenuhi dengan tompok-tompok putih halus
Kelakuan :Kurang aktif, tiada selera makan
Rawatan : Tukar air 100%. Garam akuarium juga membantu. Gunakan ubat antiwhitespot. Daun ketapang amat disyorkan.
Parasit Luaran

Punca dari air yang tercemar serta mengandungi bakteria/parasit


Tanda-tanda : ikan menggesel badannya pada semua benda yang berdekatan
dengannya
Kelakuan : Hilang selera makan, kurang aktif
Rawatan : Tukar air sebersih-bersih sepenuhnya termasuk semua aksesori
aquarium. Gunakan garam akuarium. Daun ketapang amat disyorkan.
Parasit Dalaman
*Akibat dari makanan beku ataupun pelet rosak. Tidak nampak dari luar
namun ikan menunjukkan tanda-tanda.
Tanda-tanda : Badan yang mengurus
Kelakuan : badan kelihatan kurus walaupun diberi makan

Rawatan : Tukar air sepenuhnya. Beri ikan anda makan makanan berpelet ataupun
makanan yang mengandungi antibakteria. Berhenti memberi makan hidup, beku
ataupun kering. Daun ketapang juga membantu.
Ubatan lain : BettaZing
PERHATIAN !!!

Pastikan air yang anda gunakan adalah dirawat ataupun ditapis. Guna antiklorin jika menggunakan air paip.

Persediaan awal adalah penting, seperti daun ketapang ataupun garam


akuarium

Makanan yang tidak dimakan diasing segera. Mkanan terbiar punca air
tercemar dan menyebabkan bakeria tersebar.

Jika anda melihat ikan anda bergerak hanya untuk mengambik udara di
dasar. Kurangkan tahap air supaya ikan mudah mengambil udara.

Perlu tahu !!

Kebanyakan penyakit ikan berpunca dari air yang tercemar serta


mengandungi bakteria pembawa penyakit. Garam akuarium membantu
menyah bakteria dalam air ataupun parasit pada ikan sendiri.

Garam akuarium dan daun ketapang adalah bahan yang paling banyak
digunakan. Dari prosdukproduk lain.

Daun ketapang mengandungi agen yang membunuh bakteria serta keadaan


air yang nyaman untuk ikan anda.

kebanyakan ikan yang sakit akan hilang selera makan serta tidak aktif.

*Pencegahan itu lebih baik dari mengubati, letak sedikit garam akuarium untuk mengelak dari terkena penyakit yang
disebabkan oleh parasit dan bakteria. Daun ketapang amat disyorkan kerana mengandungi banyak khasiat selain menyah
bakteria

Das könnte Ihnen auch gefallen