Sie sind auf Seite 1von 25

SINOPSIS ARTIKEL

Artikel Seksa Jadi Guru merupakan artikel yang ditulis oleh Khairul Azran
Hussin iaitu penulis artikel Berita Harian. Artikel pendidikan ini diterbitkan oleh surat
khabar Berita Harian pada 1 April 2010. Penulis menggarapkan mengenai tekanan
hidup yang dialami oleh guru dengan melakukan kerja yang berlebihan. Sebuah
jawatankuasa khas yang dipengerusi oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri
Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pengawai pelajaran dan wakil
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) ditubuhkan untuk mengkaji
beban tugas guru yang berlebihan selain daripada tugas mendidik pelajar. Penulis
juga menekankan aspek psikologi guru yang mana menurut pekeililing yang
dikeluarkan, guru diberikan bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali sebulan tanpa
sebarang kerja. Namun, ada kebanyakkan sekolah tidak mengikuti panduan yang
telah diberi sehinggakan aduan terpaksa dibuat. Kesannya, guru dapat merasakan
diri mereka sukar untuk meluangkan masa terutamanya guru-guru yang sudah
mempunyai keluarga sendiri menyebabkan hubungan sesama mereka menjadi
renggang. Selain itu, tugas hakiki guru sebagai pendidik tidak boleh diganggu
tambah-tambah lagi disebabkan pelbagai beban tugas yang terpaksa dilakukan.
Tanggungjawab utama guru ialah mendidik pelajar bukannya tugas-tugas yang lain
perlu diutamakan terlebih dahulu. Jika tugas utama guru menjadi minoriti, kesannya
guru mengalami tekanan dan

tidak dapat memberikan sumbangan 100 peratus

untuk mendidik pelajar menyebabkan pelajar tidak dapat menimba pelajaran dengan
sebaik mungkin di samping penghayatan nilai-nilai murni yang perlu diterapkan
dalam diri mereka kurang dititikberatkan. Tuntasnya, idea-idea para pemimpin dan
langkah alternatif daripada jawatankuasa khas diperlukan supaya guru tidak
mengalami tekanan disebabkan bebanan tugas-tugas yang lain selain mendidik.

SEBAB-SEBAB TERJADINYA ISU


Sistem pendidikan merupakan tunjang kepada matlamat kerajaan di mana semua
hasrat keraan bermula dalam bidang pendidikan. Semasa dalam bidang pendidikan
ini, organisasi pendidikan tidak akan terlepas dengan pelbagai perubahan dan
pembaharuan yang dilaksanakan. Khususnya, bila disebut tentang pendidikan,
pemikiran manusia terus melibatkan profesion keguruan. Golongan ini adalah
tunggak dalam proses pendidikan negara. Jadi, sebarang perubahan atau
pembaharuan yang dilaksanakan, secara tidak langsung, sedikit sebanyak akan
memberi kesan kepada guru seterusnya dalam bidang pendidikan negara ini.
Jika dilihat pada isu tekanan, sememangnya berlaku dalam setiap profesion.
Namun, isu tekanan profesion perguruan dapat dititikberatkan kerana kadar
pengaruhnya yang amat tinggi dalam bidang pendidikan. Kebanyakkan masyarakat
memandang remeh tentang ini dan menganggap sudah menjadi lumrah bagi
pengorbanan besar seorang guru. Namun, pada zaman kini, anggapan sebegini
sudah tidak bersesuaian dan tidak relevan jika dibandingkan dengan masa
terdahulu. Justeru, setiap pihak yang berkaitan perlu memberi perhatian dan
melaksanakan pendekatan terhadap penyelesaian isu ini supaya misi dan visi bidang
pendidikan dapat dijalankan dengan lancar.
Menurut Kyricaou dan Sutcliffle (1978), tekanan kerja guru ialah emosi negatif
yang dialami oleh seorang guru semasa menjalankan tugas. Emosi negatif
berkenaan umpamanya kemarahan,keresahan, ketegangan, kekecewaan dan
kemurungan yang dialami oleh seseorang guru itu. Keadaan ini dipersepsikan
sebagai ancaman terhadap psikologi dan fizikal. Berkaitan dengan isu yang telah
dipilih iaitu Seksa Jadi Guru menyatakan keseksaan yang dialami guru kerana guru

dikatakan menanggung beban tugas yang terlalu banyak. Antara tugas guru bukan
sahaja meliputi hal pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, malahan juga
ada guru yang terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, hal ehwal murid,
pentadbiran, pengkeranian serta beberapa kerja tambahan lain. Jelaslah di sini
bahawa guru masa kini memikul tugas yang berat dan guru yang mengalami tekanan
sudah pasti tidak mampu untuk mengutamakan tugasnya.
Terdapat beberapa sebab yang berkaitan dengan beban tugas guru dan
menyebabkan guru mengalami tekanan emosi yang kurang stabil. Pertamanya ialah
melibatkan guru dengan ibu bapa. Contohnya, isu ibu bapa kurang berkeyakinan
dan kurang kepercayaan terhadap guru, harapan yang tinggi daripada ibu bapa
pelajar dan hal-hal yang berurusan dengan ibu bapa pelajar. Secara amnya, ibu
bapa mana yang mahukan anak mereka menemui kegagalan? Ibu bapa yang mana
anaknya kurang pandai? Sudah semestinya para ibu bapa inginkan anak-anak
mereka berjaya. Justeru itu, ibu bapa sememangnya akan meletakkan harapan yang
tinggi pada guru-guru untuk merealisasikan hasrat mereka untuk melihat anak
mereka cemerlang dalam bidang akademik khususnya. Namun, adakala harapan ibu
bapa terhadap guru dikatakan tidak realistik sehingga menyebabkan guru berada
dalam tekanan emosi. Ini kerana harapan ibu bapa itu kadang-kadang melampaui
batas dan kemampuan guru dan anak-anak mereka. Apa yang penting bagi mereka
cuma ingin melihat anak-anak mereka berjaya tanpa mengenalpasti tahap
kemampuan anak-anak mereka terutamanya. Kesannya, jika ibu bapa tidak
memahami hal ini, mereka akan terus menyalahkan guru sekiranya berlaku salah
laku atau pencapaian akademik anak-anak mereka rendah. Selain itu, pada masa
kini, ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak mereka dengan menurut segala
kemahuan dan keinginan mereka contohnya keinginan mereka untuk memiliki gajet-

gajet yang berteknologi tinggi untuk bersosial. Segala kemahuan mereka akan dikuti
ibu bapa. Ini kerana ibu bapa terlalu menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap
perilaku mereka. Kesannya, ibu bapa akan mempertikaikan tindakan guru apabila
berlakunya sesuatu yang tidak diingini di sekolah terutamanya apabila melibatkan
anak mereka sendiri. Tambahan pula, ada juga ibu bapa yang tidak mahu hadir ke
sekolah untuk berbincang tentang masalah anak-anak mereka. Justeru itu, hal-hal
sebegini akan menganggu tugas utama guru yang perlu melaksanakan tugas
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di samping menyebabkan tekanan
emosi yang dialami guru.
Selain itu, isu beban tugas yang seterusnya melibatkan guru itu sendiri.
Secara amnya, sekolah akan menerima jumlah murid yang bertambah untuk setiap
tahun. Setiap pengambilan jumlah murid-murid yang baru pada setiap tahun akan
bertambah

dan

menyebabkan

perubahan

dan

pembaharuan

yang

perlu

dilaksanakan oleh pihak sekolah. Ini penting supaya murid-murid di sekolah dapat
menerima pengajaran dan didikan dalam keadaan yang selesa dan kondusif.
Contohnya, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, suasana bilik darjah apabila
murid-murid yang bertambah akan menyebabkan kapasiti berlebihan daripada yang
sepatutnya. Kesannya, murid-murid tidak dapat belajar dalam keadaan yang selesa
menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap
pengajaran guru di dalam kelas. Selain itu, ada sesetengah sekolah juga mempunyai
bilangan guru yang tidak mencukupi juga menyumbang kepada peningkatan tahap
beban guru-guru sedia ada di sekolah tersebut. Apa tidaknya, sekolah yang
mempunyai ramai murid memerlukan kawalan yang rapi daripada guru-guru sekolah
tersebut. Namun, apabila guru tidak mencukupi untuk mengawal murid yang ramai,
jelaslah di sini beban seorang guru akan bertambah dan menyebabkan prestasi

seseorang guru terjejas dan guru tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya
ketika waktu pengajaran dan pembelajaran. Akibat terlalu penat dengan urusan
dalam bilik darjah, guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan alat
bantu mengajar bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Menurut
Mok Soon Sang (1991), Alat Bantu Mengajar (ABM) merupakan intipati dalam
membantu guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha
memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Jadi, alat ini dapat membantu guru untuk menyampaikan
pengajaran mereka dengan lebih lancar dan berkesan. Namun, berbekalkan beban
tugas yang dimiliki guru masa kini, sukar bagi guru untuk mempersiapkan
perancangan pengajaran yang lebih baik disebabkan masa yang begitu terhad yang
perlu ditempuhi guru.
Akhir sekali, beban yang perlu dipikul berkaitan dengan tugas guru di
sekolah. Kebiasaanya, setiap orang guru akan diberi tanggungjawab untuk mengajar
lima hingga enam kelas pada setiap hari. Mereka juga terpaksa membuat persediaan
untuk mengajar, menyemak buku-buku latihan dan kerja-kerja lain yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran. Selain kerja rutin, guru juga diwajibkan
menjalankan kerja-kerja pengkeranian seperti mengisi borang, menaip surat,
menyediakan minit mesyuarat serta menjadi penasihat-penasihat persatuan,
permainan, kelab dan sukan. Tambahan pula, bagi melahirkan guru-guru yang
berkualiti dan proaktif serta ikhlas dalam bidang profesionalisme perguruan ini, guruguru perlu menghadiri kursus, mesyuarat, bengkel dan perjumpaan yang terlalu
kerap ini juga amat membebankan guru. Beban tugas ini menjadi semakin berat dan
terpaksa dipikul oleh guru sehingga menyebabkan tidka dapat memberikan tumpuan
sepenuhnya

kepada

tugas

utama

mereka

iaitu

mengajar

dan

mendidik

seterusnyaakan mendatangkan tekanan emosi kepada para guru. Sebagai contoh,


kesibukan gru yang terpaksa menghadiri pelbagai kursus dan perjumpaan di luar
sekolah semasa sesi persekolahan menyebabkan masa dan kelas guru tersebut
diganti dan diambil alih oleh guru yang lain. Seterusnya menjadikan jumlah waktu
mengajar dan tekanan masa yang terhad dalam tugas guru terbabit.
Kesimpulannya, isu tekanan emosi yang dialami guru melibatkan diri dan
tugas guru serta penglibatan guru dengan ibu bapa. Walau bagaimanapun, tugas
dan tanggungjawab guru tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya para
guru menghadapi beban tekanan yang berlebihan menyebabkan guru menghadapi
tekanan emosi yang kurang stabil jika tidak dikawal dengan sebaiknya.

IMPLIKASI ISU
Beban tekanan tugas guru mendatangkan pelbagai implikasi kepada guru dan juga
bidang pendidikan itu sendiri. Tugas seorang guru bukan sahaja di dalam bilik darjah
sahaja, namun pada masa kini, guru-guru diperlukan untuk melakukan pelbagai
perkara. Antaranya ialah menjadi kerani, setiausaha, bendahari, jurujual, jurutaip,
juruhias dan sebagainya. Sebagai informasi, bagi sesebuah sekolah yang yang
mendapat pengiktirafan kualiti persekolahan daripada pihak pendidikan seperti
tawaran baru (new deal), guru-guru di sekolah tersebut mempunyai tugasan yang
lebih berbanding guru-guru di sekolah yang biasa. Selain daripada menguruskan failfail serta melakukan persediaan pengajaran yang lengkap, keadaan fizikal sekolah
juga diambil kira seperti sudut-sudut pembelajaran, keceriaan di dalam kelas dan
luar kelas, kebersihan, keselamatan serta sikap-sikap guru dan staff sokongan.
Kesemuanya diambil kira oleh pihak nazir yang datang menilai untuk memberikan
tawaran baru kepada sekolah yang terpilih. Khususnya, gred purata sekolah yang
paling menjadi keutamaan bagi sekolah yang terpilih untuk mendapat tawaran baru
ini. Keadaan ini menyebabkan guru memerlukan masa yang berlebihan untuk
melakukan persiapan termasuklah perlu bekerja pada hari cuti minggu Sabtu dan
Ahad. Saya berani menyatakan informasi ini kerana saya pernah merasai
pengalaman ini bersama-sama dengan guru sekolah ketika saya praktikum di
sekolah berkenaan.
Implikasi dapat kita lihat apabila memetik kata-kata Setiausaha NUTP, Lok Yim
Pheng, pertambahan beban tugas guru dikhuatiri akan menyebabkan hala tuju
sistem

persekolahan

negara

lebih

mementingkan

keputusan

berasaskan

peperiksaan, berbanding memupuk budaya mencintai ilmu dalam kalangan pelajar.


Guru kini selain mengejar waktu untuk menghabiskan silibus mata pelajaran, hanya

memberi tumpuan terhadap aspek kemahiran pelajar menjawab soalan peperiksaan


sahaja. Dalam katanya lagi, beliau menegaskan bahawa guru ingin memberi
tumpuan kepada core business iaitu mmengajar. Bagaimanapun katanya, guru lebih
menghabiskan masa menguruskan data, fail, rekod dan laporan, menguruskan
pelbagai pertandingan kurikulum dan kokurikulum serta program akademik dan
bukan akademik di luar sekolah. Lok menambah, guru kelas dibebankan dengan
pelbagai kerja pengkeraniaan dan hanya sedikit masa digunakan untuk tujuan
pesediaan alat bantu mengajar dan rancangan mengajar serta menyemak buku
latihan pelajar. Kesannya, guru kurang masa untuk berehat dan melakukan tugastugas utama mereka disebabkan beban tugas guru yang berlebihan.
Ekoran daripada bebanan tugas yang berlebihan terpaksa dipikul oleh guruguru telah menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas mereka dengan baik
dan seterusnya ditegur dan dimarahi oleh majikan . Lantaran itu, situasi ini boleh
menyebabkan seseorang itu mengalami stress. Stres merujuk kepada sebarang
gangguan sama ada dari segi fisologi seperti keletihan dan tekanan darah tinggi
mahupun psikologi seperti perasaan marah, kecewa, murung, sedih, dan rasa tidak
puas hati merupakan kesan daripada menjalankan tugas sebagai seorang guru.
Gangguan-gangguan ini adalah disebabkan oleh ketidakupayaan guru untuk
memenuhi kehendak atau permintaan ke atas dirinya dalam menjalankan tugastugas di sekolah.

Selain itu juga, guru yang mengalami tekanan ini juga akan

menhadapi ketegangan dalam hidup mereka secara berpanjangan. Secara tidak


langsung, keadaan ini boleh mempengaruhi psikologi mereka seperti hilang
keyakinan, cepat meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi. Apabila mereka
mengalami keadaan yang sebegini, mereka tidak dapat menumpukan sepenuh
perhatian

terhadap tugas-tugas utama mereka. Adakalanya, tugasan yang

dipertanggungjawabkan kepada mereka oleh guru besar atau guru-guru lain,


hasilnya kurang berkualiti disebabkan daya konsentrasi mereka terhadap sesuatu
tugas menjadi berkurang, tidakupayaan untuk menyelesaikan tugasan dengan
sebaik mungkin dan mudah berasa marah apabila terdapat kesilapan-kesilapan
walaupun kesilapan yang kecil ketika sedang melakukan tugasan yang diberikan. Ini
menyebabkan seseorang guru itu kurang bersemangat dan tidak bermotivasi dalam
menjalankan tugasnya (Abdul Malik, 2000). Disebabkan bebanan yang berlebihan
yang telah diberikan telah mempengaruhi keletihan emosi guru. Itulah sebab
mengapa guru-guru mudah untuk berputus asa, kurang berusaha, tidak dapat
menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap tugasannya dan mudah untuk
meradang.
Menurut Blases (1982) berdasarkan jurnal yang ditulis oleh Kyriacou (1987),
sebilangan besar guru menunjukkan tahap penglibatan kerja yang rendah akibat
tekanan yang berlebihan. Tenaga mereka tidak digunakan dalam tugas utama
mereka iaitu berkaitan dengan pengajaran, sebaliknya disalahguna dengan
melepaskan tenaga mereka secara tindakan fizikal atau melepaskan geram terhadap
pelajarnya. Tekanan dalam kalangan guru menyebabkan potensi berlakunya
masalah salah guna kuasa guru tehadap pelajar terutamanya yang berlaku dalam
aspek hukuman yang boleh mengakibatkan penderaan. Dalam kata lain, guru ingin
melahirkan rasa ketidaksenangan mereka dengan melakukan penderaan terhadap
pelajarnya supaya dapat memuaskan hati guru tersebut. Hukuman boleh diberi tetapi
perlu setimpal dengan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh pelajar
tersebut. Guru tidak boleh sesuka hati untuk memberi hukuman kepada pelajar tanpa
usul periksa terlebih dahulu. Di sekitar bulan Julai 2005 yang lalu, seorang bapa
kepada seorang pelajar sekolah mendakwa anaknya pelajar tahun satu telah patah

tulang tapak tangannya selepas dipukul oleh seorang guru kerana bising di dalam
kelas. Demikian menunjukkan bagaimana sikap kerja seorang guru yang mengalami
tekanan kerana suasana kebisingan

dalam kelas. Akhirnya tekanan tersebut

memberi kesan terhadap tindakan silap guru tersebut. Melalui peristiwa ini, kita dapat
menilai bahawa guru tersebut telah melakukan kesalahan yang besar dengan
melanggar kod etika profesional keguruan iaitu tanggungjawab terhadap pelajar
dengan melakukan penderaan atau hukuman sedemikian. Namun, di sebalik
kejadian yang belaku ini, tidak adil bagi kita untuk menilai dari segi tindakan guru itu,
tetapi dari sudut mengapa kejadian ini berlaku perlu diambil kira. Berdasarkan
peristiwa yang berlaku ini, dapat dikenalpasti bahawa tekanan yang berlebihan yang
diberikan kepada guru tersebut sehingga guru tersebut bertindak di luar kawalan dan
tidak dapat mengawal emosinya yang sedang marah dan ketidakpuasan hati. Selain
itu juga, ada sesetengah orang guru yang tidak melepaskan geram pula bertindak
dengan tidak hadir ke sekolah akibat tekanan guru yang berlebihan. Apabila keadaan
ini berlaku, secara tidak langsung dapat memberikan masalah kepada guru-guru lain
yang perlu mengantikan kelas yang diajar serta melakukan tugasan yang
dipertanggungjawabkan kepada guru tersebut. Ini dapat memberikan bebanan yang
lain pula kepada guru-guru yang lain yang mana masing-masing sudah mempunyai
tugasan yang dipertanggungjawabkan untuk menyempurnakannya.
Kesimpulannya, pelbagai implikasi yang dapat dikenalpasti apabila terjadinya
isu bebanan kerja yang berlebihan yang mana menyebabkan tekanan emosi yang
dialami guru. Antaranya ialah, guru tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk
berehat dan melaksanakan persiapan untuk mengajar, hasil tugasan yang diberikan
oleh majikan tidak berkualiti dan tidak menepati ciri-ciri yang diinginkan dan
penyalahgunaan kuasa disebabkan guru gagal untuk mengawal emosi sehinggakan

guru sanggup melakukan sesuatu di luar jangkaan yang mana menyalahi kod-kod
etika sebagai seorang guru. Berdasarkan implikasi yang telah dibincangkan, jelaslah
kepada kita bahawa guru mempunyai tugas harian, mingguan dan tahunan yang
penuh mencabar dan profesion perguruan adalah sukar dan meletihkan (Faridah
Karim, Zubaidah Aman, 1998).

CADANGAN-CADANGAN UNTUK MENGATASI ISU


Isu beban tugas guru bukanlah satu perkara baru dalam dunia pendidikan di
Malaysia, namun ia kembali diperkatakan sejak kebelakangan ini berikutan bebanan
tugas yang berlebihan sehingga bukan sahaja menganggu tugas hakiki guru, malah
menyebabkan sesetengah guru hidup dalam tekanan kerja yang berlebihan.
Implikasinya, golongan pendidik ini tidak dapat memberikan sepenuh komitmen
kepada kualiti dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Namun,
setiap masalah yang timbul, ada cara untuk mengatasinya. Begitu juga dengan
masalah isu yang seringkali diperdebatkan dan menjadi hangat pada dada-dada
akhbar sehinggakan ada yang menjadi tajuk utama bagi akhbar tersebut. Oleh
kerana tanggungjawab dan tugas guru di sekolah yang terlalu banyak, maka setiap
pihak perlulah memperhalusi dan mengkaji semula setiap tugas yang diberi
tanggungjawab untuk disempurnakan agar tugas tersebut tidak menjadi bebanan
yang tidak mampu dipikul oleh guru. Pelbagai cadanagn serta cara disarankan oleh
pihak-pihak yang tertentu bagi mengurangkan masalah isu ini.
Salah satunya ialah cadangan yang disarankan oleh pihak kementerian yakni
telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi menangani Isu Beban Tugas Guru
(JKPMITBTG). Jawatankuasa ini telah mencadangkan sebanyak 28 perakuan bagi
menangani isu ini. Salah satu perakuannya ialah bagi memastikan pelaksanaan
aktiviti pada hari Sabtu diadakan secara berjadual serta tidak melebihi dua kali
sebulan, satu surat siaran telah dikeluarkan oleh kementerian untuk memastikan
pihak sekolah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2005: Pelaksanaan Bkerja
Lima Hari Seminggu. Secara tidak langsung, berikutan rungutan para guru berkaitan
tidak cukup rehat kerana terpaksa bertugas setiap hari Sabtu secara berjadual serta
tidak melebihi dua kali sebulan melegakan para guru kerana guru bukan sahaja

mempunyai tugas di sekolah malahan juga perlu menguruskan keluarga serta


memerlukan masa untuk bersama keluarga masing-masing.
Berdasarkan skop proforma EDU 3093, Guru dan Cabaran Semasa iaitu tajuk
Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru, terdapat beberapa langkah yang boleh
digunakan bagi mengatasi masalah isu tekanan ini. Salah satunya ialah melakukan
aktiviti beriadah. Sebagai seorang guru, kita tidak terlepas daripada menghadapi
tekanan dalam kehidupan terutamanya di sekolah. Kehidupan yang terlalu sibuk
menyebabkan kita sering melupakan kegiatan yang sangat berfaedah ini untuk
kesihatan fizikal, mental dan psikologi kita. Kegiatan beriadah ialah aktiviti yang
sering dilakukan pada waktu lapang terutamanya pada hujung minggu. Antara
aktiviti-aktiviti beriadah yang boleh dijalankan ialah berbasikal, joging, bermain futsal,
bermain badminton, bersiar-siar di taman reksreasi dan berjalan-jalan. Kepenatan
dapat dirasakan apabila peluh mengalir membasahi tubuh setelah melakukan aktivitiaktiviti fizikal. Selepas mandi dan membersihkan diri, kita perlu berehat buat
sementara waktu untuk melepaskan lelah. Keadaan akan menjadi lebih baik apabila
kita dapat melelapkan waktu juga buat seketika. Oleh sebab kepenatan melakukan
aktiviti beriadah, kita akan dapat tidur dengan lena. Kita dapat merasakan kehilangan
sebentar masalah yang membelenggu diri membolehkan kita menghindarkan
tekanan dan akhirnya fikiran kita akan menjadi lapang dan tenang. Di samping itu
juga, kita boleh melakukan aktiviti beriadah ini bersama-sama keluarga mahupun
sahabat handai . Peluang keemasan ini dapat kita gunakan sepenuhnya untuk
melakukan perbincangan dan perkongsian sama ada yang berkaitan dengan
masalah peribadi, mahupun masalah tekanan semasa bertugas. Kita sebagai guru,
perlu mengambil masa yang terluang setelah melakukan pelbagai jenis tugasan
dengan mengisi aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Lantaran itu, kegiatan riadah dapat

membantu guru untuk mengurangkan tekanan emosi dalam diri di samping dapat
meningkatkan ksihatan diri.
Selain itu, cara kita berfikir juga dapat mempengaruhi kesihatan diri
terutamanya kesihatan mental dan emosi. Lantas, bagi memastikan kita memiliki
kesihatan yang baik tanpa menghadapi tekanan, kita perlu sentiasa berfikiran positif
apabila berhadapan dengan situasi yang kritikal dan sukar. Contohnya, semasa kita
kita diberi kritikan dan teguran, kita perlu menerimanya dengan hati dan minda yang
terbuka dan menganggapnya sebagai satu kritikan yang membina. Di sebalik kritikan
yang diterima itu, kita perlu melakukan muhasabah diri lalu memperbaiki segala
kekurangan yang ada agar kita tidak menerima kritikan yang sama pada masa yang
lain pula. Sekiranya kita tidak dapat menerima kritikan dan teguran tersebut, fikiran
kita akan menjadi tidak menentu dan kusut lalu menyebabkan kita akan terjerat
dalam kancah tekanan yang melampau. Contohnya yang berlaku kepada guru yang
tidak dapat mengawal emosinya lalu memukul tapak tangan muridnya sehingga
patah tulang tersebut. Berdasarkan peristiwa yang berlaku ini, kita sebagai guru
perlu mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut dengan mengaplikasikan langkah
yang telah dibincangkan ini supaya kita mudah untuk mengawal emosi kita daripada
melepaskan geram kepada orang lain. Natijahnya, kita perlu menghadapi tekanan
dengan fikiran yang terbuka dan sentiasa positifkan diri.
Akhir sekali, muzik dapat mencetuskan perasaan gembira dan ceria walaupun
terdapat muzik yang mengundang kesedihan dan kedukaan. Oleh kerana itu, muzik
yang bersesuaian perlu dipilih supaya sesuai dengan emosi yang dialami. Hal ini
bertepatan dengan pandangan ahli-ahli psikologi bahawa muzik merupakan salah
satu wahana terapi yang efisien dan sumber ketenangan fikiran yang sering
diabaikan. Apabila muzik bergema, hati akan dibuai oleh alunan melodinya sehingga

di luar kesedaran diri, kita seperti berada di alam yang lain. Muzik yang rancak akan
menyebabkan kaki bergoyang, manakala muzik sentimental pula akan menjadikan
diri dibuai perasaan. Seni katanya yang penuh bermakna akan menyumbang ke arah
penghayatan yang tinggi seolah-olah kita turut merasakan perasaan yang sedang
dialami oleh pelantun lagu tersebut. Tekanan emosi yang dihadapi kita tanpa disedari
kita telah melupakan sebentar tekanan tersebut dengan bantuan muzik. Ketika
berada di sekolah, kita boleh mengaplikasikan cara ini ketika terdapat masa-masa
yang senggang iaitu ketika guru sedang menanti untuk masuk ke dalam kelas untuk
memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung, guru dapat
melepaskan emosi tegangnya melalui terapi muzik supaya dapat memberi
ketenangan untuk memulakan sesi pengajarannya. Selain itu juga, guru boleh
menggunakan terapi muzik ini untuk diterapkan dalam sesi pengajaran guru supaya
dapat membina suasana yang gembira bersama-sama dengan murid. Oleh itu,
muzik bukan sahaja dapat menghiburkan hati, malah muzik seperti memiliki magis
yang beruapaya mengurangkan tekanan yang dihadapi guru seiring dengan
perubahan dan pembaharuan dalam bidang pendidikan yang dihadapinya.
Konklusinya,

profesion

guru

adalah

satu

tugas

yang

memerlukan

pengorbanan yang tinggi. Sememangnya ternyata bahawa tekanan emosi daripada


bebanan tugasan kerja yang berlebihan akan menganggu gaya hidup seseorang
guru itu. Secara tidak langsung, keadaan ini seterusnya dapat memberikan masalah
kepada guru untuk menunjukkan prestasi kerja yang berkualiti dalam bidang
pendidikan yang diceburinya. Namun, sebagai seorang guru, perlu mempunyai sikap
yang sentiasa inginkan kejayaan dan menanamkan sikap yang sentiasa positif dalam
diri supaya dapat mengharungi cabaran-cabaran dalam bidang pendidikan yang
seringkali mengalami perubahan dan pembaharuan. Keadaan ini dapat membantu

guru untuk mengelakkan diri daripada mengalami tekanan emosi yang negatif dan
tidak menjejaskan profesionnya sebagai seorang guru. Bagi merealisasikannya,
bantuan dan

sokongan

daripada

segenap

pihak amatlah

mengurangkan bebanan tekanan tugas yang dihadapi oleh guru.

diperlukan

bagi

PENULISAN REFLEKTIF
PELAN TINDAKAN
JANGKA MASA
Awal Tahun

PERKARA

TINDAKAN

Berdasarkan isu yang telah dipilih, guru berada

Tindakan daripada

Pelan Tindakan 1

(Januari)
dalam

tekanan

berlebihan

apabila

berbanding

diberi

tugasan

yang

guru kelas, guru

dengan

tugas

hakiki

pembantu dan Guru

sebagai seorang guru. Kebiasaannya, guru kelas


adalah guru yang paling teruk dibebani dengan
tugas tambahan selain mengajar dan ia menjadi
paling kritikal ketika musim persekolahan baru
bermula. Guru bukan setakat perlu menyediakan
maklumat peribadi pelajarnya, tetapi dibebani
dengan tugas yang lain seperti mengutip yuran,
sediakan buku kedatangan, dapatkan maklumat
murid serta keluarga mereka seterusnya membuat
analisis kelayakan untuk diberi bantuan, malah
guru juga bertindak sebagai pegawai kesihatan
yang merekodkan maklumat kesihatan pelajar.
Tugas-tugas

sedemikian

sememangnya

mendatangkan beban kepada guru keran telah


menganggu tugas hakiki guru iaitu mendidik
pelajar.
Jika dilihat pada keadaan ini, kewujudan
guru pembantu dapat meringankan beban guru.
Akan tetapi, hasilnya mungkin memerlukan jangka
masa

yang

lama

untuk

membawa

kepada

peningkatan di dalam prestasi pelajar. Proses


keadaan ini berlaku apabila beban guru semakin
berkurang, maka guru sudah tentu mempunyai
masa dan ruang untuk menumpukan sepenuh

Besar

perhatian terhadap tugas hakiki mereka iaitu


mengajar.
Mac - April

Pelan Tindakan 2
Isu bebanan tugas guru sudah wujud sekian lama.
Namun,

seiring

dengan

perubahan

dan

pembaharuan yang dihadapi, tugas guru zaman


kini

Tindakan daripada
guru Pendidikan
Jasmani, guru-guru,

sudah tidak realistik kerana tugas utama

jurulatih luar, ibu

sebagai seorang guru tidak menjadi perhatian

bapa dan Guru

yang

utama.

Dalam

bidang

ko-kurikulum

termasuklah sukan dan permainan, para guru


masa kini terpaksa menghadapi masalah dalam
menguruskan aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah
yang semakin hari semakin bertambah. Guru-guru
dikehendaki menjalankan kegiatan kokurikulum di
sekolah tanpa mengikut ketetapan masa tidak kira
pada

waktu

persekolahan.

persekolahan
Kesannya,

mahupun
guru-guru

di

luar

terpaksa

meninggalkan tugas utama mereka iaitu mengajar


di dalam bilik darjah.
Melihat kepada keadaan ini, salah satu cara
yang

boleh

dilaksanakan

ialah

mewujudkan

jurulatih luar untuk melatih atlet-atlet sekolah


supaya meringankan beban guru dan memberi
peluang kepada guru untuk mengutamakan tugas
mereka untuk mengajar di dalam bilik darjah. Di
samping itu juga, kerjasama dengan para ibu bapa
pelajar boleh dilaksanakan sewaktu mengadakan
aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti merentas desa,
hari sukan sekolah dan aktiviti-aktiviti membersih
dan menceriakan suasana sekolah. Tugas yang
boleh dibantu oleh para ibu bapa seperti mengawal
keadaan pelajar, menguruskan aktiviti-aktiviti dan

Besar

merancang proses perjalananan aktiviti yang


hendak dilakukan.
Sepanjang Tahun

Pelan Tindakan 3
Kekurangan kemudahan di sekolah merupakan

Tindakan daripada

salah satu punca peningkatan beban kerja guru.

guru-guru

Hal ini kerap kali berlaku setelah Kurikulum

Pendidikan Jasmani

Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan.


Beban

yang

paling

utama

adalah

dalam

perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran


yang agak sukar disebabkan alatan yang terdapat
di storsukan adalah terhad. Ini kerana Pengajaran
Pendidikan

Jasmani

merupakan

sebuah

matapelajaran yang menggunakan pelbagai jenis


alatan. Sejajar dengan konsep pengajaran KSSR
yang lebih menumpukan kepada aktiviti permainan
kecil/mini. Alatan yang biasa digunakan adalah
melibatkan alatan yang telah di ubahsuai untuk
memastikan ia sesuai dengan permainan yang
dicipta.

Langkah

menggunakan

pertama,

kemahiran

yang

guru

boleh

dimiliki

unruk

membuat ubahsuai alatan seperti membuat bola


daripada kertas. Seterusnya, guru akan melibatkan
murid untuk bersama-sama mengubahsuai alatan
yang diperlukan bagi menghasilkan alatan itu
dalam jumlah yang banyak. Ia secara tidak
langsung, ia dapat meningkatkan pemikiran kreatif
serta melatih kemahiran motor halus murid di
samping dapat mengurangkan beban guru untuk
menghasilkan alatan dalam jumlah yang banyak.
Selepas itu, alatan yang diubahsuai ini akan
disimpan di dalam stor sukan untuk digunakan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di

sekolah.
Pelan Tindakan 4
Berdasarkan isu yang dipilih, golongan guru dilihat

Tindakan daripada

memperuntukkan jam waktu bekerja melebihi

piahk sekolah dan

daripada

pekerjaan

yang

lain

sehinggakan

guru

membatasi masa bersama keluarga di rumah.


Langkah pertama, guru perlu didedahkan dengan
pengurusan masa yang berkesan di mana sama
ada dengan berjumpa kaunselor atau menghadiri
seminar. Pengurusan masa berkesan ini penting
untuk guru membahagikan masa dengan tepat
dalam melakukan urusan kerja dan menjalani
kehidupan

seharian.

Seterusnya,

guru

harus

mempraktikkan amalan pengurusan masa yang


Sepanjang Tahun

berkesan

di

dalam

kehidupan

mereka.

Penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke


semasa seandainya terdapat kelemahan di dalam
pengurusan

masa

yang

telah

Seterusnya,

pihak

pengurusan

dilaksanakan.
sekolah

perlu

membagikan tugas dengan adil mengikut tenaga


kerja yang terdapat di dalam sesebuah sekolah
dengan

melibatkan

semua

ahli.

Ini

kerana,

pembahagian kerja yang tidak sistematik akan


mengakibatkan

sesetengah

guru

mendapat

lebihan kerja yang menyebabkan dia terbeban dari


segi masa dan tenaga.

Awal dan

Pelan Tindakan 5

Pertengahan
Tahun

Berdasarkan isu yang dipilih, kekurangan bilangan

Tindakan daripada

guru di sekolah merupakan faktor bebanan kerja


guru

bertambah.

Hal

ini

mengakibatkan

pihak Jabatan
Pendidikan Negeri,

pembahagian kerja guru menjadi banyak. Guru-

guru besar dan

guru terpaksa memikul beban waktu pengajaran

sekolah

yang lebih dari yang sepatutnya. Selain itu, guru


juga perlu mengajar banyak subjek dan ada di
antaranya bukan opsyen sebenar guru tersebut.
Perkara ini sememangnya beban kepada guru
kerana mereka perlu membuat banyak rujukan dan
menghabiskan

masa

menelaah

input

dan

maklumat berkaitan subjek baru untuk diajarkan


kepada murid. Tambahan pula, kekurangan guru
juga mengakibatkan guru perlu mengajar murid
yang ramai pada sesebuah kelas.
Langkah

yang

harus

diambil

ialah

pihak

kementerian perlu menempatkan lebih ramai guru


bagi mengisi kekosongan yang ada di sesebuah
sekolah. Hal ini bagi menampung bilangan kapasiti
murid-murid di sekolah. Selain itu juga, ia akan
mengurangkan beban yang dipikul oleh guru
dimana

pembahagian

tugas

dapat

dilakukan

dengan baik dan positif. Pihak sekolah perlulah


memainkan peranan penting terutamanya guru
besar atau pengetua di mana mereka perlulah
memaklumkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri
masing-masing berkaitan kekurangan guru di
sekolah. Selain itu, kekurangan dan lebihan guru
bagi opsyen tertentu juga haruslah dilaporkan
supaya

tidak

berlaku

lebihan

tenaga

dan

pembahagian guru-guru mengikut opsyen yang


diperlukan di sekolah dapat diselaraskan dengan
baik. Hal ini akan membantu dalam mengurangkan
beban tugas guru dan dapat menghasilkan kualiti

pembelajaran guru yang baik. Selain itu juga, ia


dapat

mengelakkan

guru

daripada

mengajar

subjek yang menyimpang dari opsyen sebenar


guru. Perkara ini dipandang sirius kerana guru
tersebut

tidak

tanggungjawab

akan

dapat

mengajar

melaksanakan

subjek

itu

dengan

berkualiti kerana kekurang ilmu pengetahuan


tentang subjek baru itu. Contohnya guru matematik
terpaksa mengajar subjek pendidikan jasmani.
Kedua-dua subjek ini jelas mempunyai teras dan
tunjang pembelajaran yang sangat berbeza. Jadi
guru tersebut tidak dapat melaksanakan tugas
dengan baik malah memberikan tekanan kepada
dirinya.
Berdasarkan isu yang dipilih, kekurangan bilangan
guru di sekolah merupakan faktor bebanan kerja
guru

bertambah.

Hal

ini

mengakibatkan

pembahagian kerja guru menjadi banyak. Guruguru terpaksa memikul beban waktu pengajaran
yang lebih dari yang sepatutnya. Selain itu, guru
juga perlu mengajar banyak subjek dan ada di
antaranya bukan opsyen sebenar guru tersebut.
Perkara ini sememangnya beban kepada guru
kerana mereka perlu membuat banyak rujukan dan
menghabiskan

masa

menelaah

input

dan

maklumat berkaitan subjek baru untuk diajarkan


kepada murid. Tambahan pula, kekurangan guru
juga mengakibatkan guru perlu mengajar murid
yang ramai pada sesebuah kelas.
Langkah

yang

harus

diambil

ialah

pihak

kementerian perlu menempatkan lebih ramai guru


bagi mengisi kekosongan yang ada di sesebuah
sekolah. Hal ini bagi menampung bilangan kapasiti

murid-murid di sekolah. Selain itu juga, ia akan


mengurangkan beban yang dipikul oleh guru
dimana

pembahagian

tugas

dapat

dilakukan

dengan baik dan positif. Pihak sekolah perlulah


memainkan peranan penting terutamanya guru
besar atau pengetua di mana mereka perlulah
memaklumkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri
masing-masing berkaitan kekurangan guru di
sekolah. Selain itu, kekurangan dan lebihan guru
bagi opsyen tertentu juga haruslah dilaporkan
supaya

tidak

berlaku

lebihan

tenaga

dan

pembahagian guru-guru mengikut opsyen yang


diperlukan di sekolah dapat diselaraskan dengan
baik. Hal ini akan membantu dalam mengurangkan
beban tugas guru dan dapat menghasilkan kualiti
pembelajaran guru yang baik. Selain itu juga, ia
dapat

mengelakkan

guru

daripada

mengajar

subjek yang menyimpang dari opsyen sebenar


guru. Perkara ini dipandang sirius kerana guru
tersebut

tidak

tanggungjawab

akan
mengajar

dapat
subjek

melaksanakan
itu

dengan

berkualiti kerana kekurang ilmu pengetahuan


tentang subjek baru itu. Contohnya guru matematik
terpaksa mengajar subjek pendidikan jasmani.
Kedua-dua subjek ini jelas mempunyai teras dan
tunjang pembelajaran yang sangat berbeza. Jadi
guru tersebut tidak dapat melaksanakan tugas
dengan baik malah memberikan tekanan kepada
dirinya.
Awal Tahun

Pelan Tindakan 6
Tindakan seterusnya ialah bagi menangani isu

Tindakan daripada

kekurangan staff perkeranian bagi membantu

pihak guru besar,

tugasan di sekolah. Kekurangan staf perkeranian

guru-guru dan

di sekolah memaksa guru-guru untuk melakukan

sekolah

kerja-kerja perkeranian seperti mengisi borang,


menaip surat dan menguruskan kewangan. Hal ini
menyebabkan

masa

kerja

guru

semakin

bertambah dan menjadi beban kepada guru.


Sebagai guru besar atau pengetua, mereka perlu
mengambil

langkah

perkeranian

dan

dengan
pembantu

memohon
guru

staf
serta

mengiklankan kepada umum mengenai keperluan


staf

yang

mahir

pentadbiran

bagi

sekolah.

membantu

urusan

Dengan

adanya

penambahan staf ini, guru-guru tidak lagi perlu


memikirkan mengenai tugas-tugas pentadbiran
seperti urusan kewangan dan surat-menyurat
sebaliknya boleh menumpukan lebih perhatian
terhadap tugas mereka dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Kemudiannya,
staf yang dilantik haruslah mempunyai kemahiran
yang sesuai dengan tugas yang akan diberikan.
Contohnya pembantu guru atau staf yang bertugas
membantu

guru

di

makmal

sains

perlulah

mempunyai pengetahuan tentang sains seperti


bahan-bahan dan alatan-alatan yang ada di
makmal.
membantu

Hal

ini

guru

bagi
ketika

memudahkan

mereka

pengajaran

seperti

menyediakan bahan dan alat yang guru perlukan


untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
secara langsung membantu meringankan beban
guru kerana guru tidak lagi perlu memikirkan
mengenai pentadbiran dan penjagaan makmal
atau bilik-bilik panitia di sekolah.

Das könnte Ihnen auch gefallen