Sie sind auf Seite 1von 1

PENGENALAN

Profession perguruan sungguh mencabar. Untuk menjadi seorang guru dan pengurus
pendidikan yang baik, seseorang guru haruslah peka dengan perkembangan terkini yang
sentiasa mendatang juga sanggup untuk menghadapi proses kepimpinan, pengurusan,
pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid,1995 ).
Justeru itu, dengan perlaksanaan pelbagai reformasi dan pendidikan sudah pasti menjadi
peranan dan tanggungjawab para guru mejadi lebih besar, mencabar dan kompleks.
Cabaran dan tanggungjawab yang bertambah juga perubahan kurikulum dan ko-kurikulum
baru dalam sistem pendidikan Malaysia sering dikaitkan dengan fenomena guru mengambil
keputusan menukar kerjaya dan bersara awal.
Perubahan yang sentiasa berlaku menyebabkan tugas guru semakin banyak di
samping harapan masyarakat terhadap para guru semakin menggunung tinggi. Dengan itu,
guru berasa amat tertekan kerana tidak mampu menangani tugas dan harapan yang
sentiasa berterusan mengalami perubahan. Menurut Girdano, (1979) individu tidak mungkin
dapat berfungsi dengan berkesan dan produktif jika ia dalam keadaan tertekan. Perasaan
tertekan menjadi seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat menunpukan
perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati, terhadap kerja
yang dilakukan. Hal demikian akan menghalang seseorang mewujudkan sifat peribadi
positif, bertoleransi dan kasih sayang.
Kerjaya

sebagai

guru

adalah

satu

profesion

yang

sungguh

mencabar

memandangkan tugasnya yang begitu banyak dan sungguh berat. Di Malaysia persoalan
mengenai tekanan kerja di kalangan guru- guru juga menjadi topik hangat yang sering
diperkatakan.Basirun(1995) menyatakan antara masalah utama guru adalah masalah
kenaikan gaji , peluang kenaikan pangkat, dan beban kerja guru yang keterlaluan. Selain
daripada tugas hakiki guru untuk mendidik pelajar, para guru akan berhadapan dengan
karenah disiplin murid yang menambahkan lagi beban kerja guru.
Muhammad ( 1995 ) memetik laporan Kongres Kesatuan Guru- Guru Malaysia
menyatakan Bahawa guru- guru menghadapi tekanan

dengan kerja- kerja persedian

mengajar seperti menyediakan rancangan kerja tahunan , bulanan serta harian. Di dalam
bilik darjah , guru juga menghadapi tekanan dengan karenah dan bilangan murid yang
ramai.
Menurut Dunhan (1992) terdapat 5 faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan
kerja iaitu salah laku pelajar, beban tugas, keperluan penghargaan kekangan masa dan
tekanan kerja dikalangan guru sekolah dan hubungan interpersonal.

Das könnte Ihnen auch gefallen