Sie sind auf Seite 1von 5

AKIBAT PENAGIHAN DADAH

Kesan dadah dapat dilihat dari 4 sudut iaitu:i) akibat keatas penagih
ii) akibat keatas keluarga penagih
iii)akibat keatas masyarakat dan
iv)akibat keatas negara

Akibat Ke Atas Penagih

Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan
menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan
penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada
kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas
dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam,
pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan
berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan
penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti AIDS,
kancing gigi, mandul dan sebagainya.

Akibat Ke Atas Keluarga Penagih

Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat .
Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa,
tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa keatas
anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi
porak peranda. Perpisahandanpeceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.

Akibat Ke Atas Masyarakat

Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian
mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih penagih yang
memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara
adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan ,
ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara .Perpaduan
,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak
muda dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah
keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak
dengan dadah.

Akibat Ke Atas Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah
dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat,
dari segi kos nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos nyata termasuklah:-

a) Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi


b) Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih
dadah
c) Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan
d) Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan dan
e) Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan
anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan sebagainya .

Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar
ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang
dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh
penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan
masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara
dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih
yang dikesan , kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur
diantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi
risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa .
Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi keselamatan
dan ketahanan negara.Pengganas komunis dan anasir subvertif boleh
menggunakan dadah sama ada :-

a) untuk menghancurkan nilai-nilai, ahklak dan maruah negara secara langsung dan
b) untuk menjadikan dadah sebagai punca kewangan bagi membiayai perjuangan mereka
dan secara tidak langsung mendatangkan kesan buruk kepada keselamatn negara.

Kegiatan seperti ini telah terbukti di negara Burma, Afghanistan, dan di beberapa
buah negara Latin Amerika serta semasa penyerahan Hong Kong kepada British
selepas Perang Candu di abad ke lapan belas

Perang Candu
Perang Candu, juga dikenali sebagai Perang Anglo-China, merupakan kemuncak
pertelingkahan perdagangan dan diplomatik yang tercetus antara China di bawah
pemerintahan Dinasti Qing dengan Empayar British selepas China mencari jalan untuk
menghalang British daripada menyeludup candu. Peperangan ini merupakan sebahagian
daripada Perang Candu Pertama yang berlaku dari tahun 1839 sehingga 1842[1] dan
Perang Candu Kedua dari 1856 sehingga 1860[2].

Candu adalah sesuatu yang tidak diharamkan Great Britain dan ia diseludup masuk oleh
saudagar pedagang dari India British ke dalam China, sesuatu kegiatan yang
mengingkari undang-undang larangan China. Penyelesaian secara diplomatik mungkin
dapat menyelesaikan masalah ini tetapi masalah dalam komunikasi dan pengasingan
yang diamalkan oleh China menyebabkan usaha perbincangan tidak dapat dilakukan.
Peperangan secara terbuka antara Britain dan China tercetus pada tahun 1839.
Peperangan yang tercetus menyebabkan kontroversi di Britain dan mendapat kritikan
yang hebat daripada William Gladstone. Perbalahan yang berlanjutan ke atas layanan
yang diberikan ke atas pedagang British di pelabuhan China menyebabkan berlakunya
Perang Candu Kedua.

Kekalahan China pada kedua-dua peperangan menyebabkan kerajaan China terpaksa


membenarkan candu diperdagangkan . Pihak Britain memaksa kerajaan China menanda
tangani Perjanjian Nanjing dan Perjanjian Tianjin, dua perjanjian yang juga dikenali
sebagai Perjanjian Berat Sebelah. Antara kandungan perjanjian ini ialah persediaan
untuk membuka pelabuhan tambahan dengan tiada larangan kepada pedagang asing,
penetapan tariff tetap, yang diakui oleh kedua-dua negara sebagai sama dalam surat
menyurat. Pihak British juga mendapat hak wilayah yang lebih besar. Terdapat beberapa
negara yang mengikuti Britain dan berminat membuat perjanjian yang sama dengan
China. Ramai orang China mendapati perjanjian ini satu penghinaan dan sentimen ini
telah menyebabkan Pemberontakan Taiping (1850-1864), Pemberontakan Boxer (18991901) dan kejatuhan Dinasti Wing pada tahun 1912 yang menyebabkan berakhirnya
Dinasti China. Peperangan Candu telah menyebabkan, dan memaksa China menjadi lebih
terbuka kepada dunia luar.[3].

Das könnte Ihnen auch gefallen