Sie sind auf Seite 1von 8

1

PENGHARGAAN

Dalam usaha menyempurnakan kertas tugasan ini, saya ingin merakamkan setinggitinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Interbankers
Management Training (M) Sdn. Bhd. yang telah memberi ruang kepada saya untuk
mempelajari ilmu perbankan.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak RHB Bank Bhd cawangan
Silibin, Perak kerana memberi kerjasama sepanjang temubual yang telah dijalankan.
Akhir sekali ribuan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
dituju khas kepada ahli keluarga saya terutamanya isteri saya Pn. Rosmira Binti
Yaacob @ Ramli dan anak saya yang tidak jemu memberi dorongan, nasihat dan
sokongan moral mahupun material sehingga saya berjaya menyiapkan kertas tugasan
ini.

AHMAD HARIS BIN MD. IDRIS

1.0 PENGENALAN
Pinjaman adalah merupakan satu perjanjian bersyarat di antara bank dengan
individu atau syarikat di mana pemberi pinjaman akan memberi sejumlah wang
kepada peminjam dan peminjam berjanji akan membayar balik pinjaman tersebut
di dalam jangka waktu yang ditetapkan. Pinjaman terbahagi kepada dua jenis iaitu
pinjaman jangka pendek dan pinjaman jangka panjang.
Pinjaman jangka pendek merupakan pinjaman yang mana tempoh pembayaran
balik adalah di bawah lima tahun. Pinjaman jenis ini biasanya tidak memerlukan
cagaran tetapi barang yang hendak dibeli mesti dicagarkan kepada pemberi
pinjaman. Contoh pinjaman jangka pendek ialah pinjaman kenderaan, pinjaman
peribadi dan pinjaman pendidikan.
Pinjaman jangka panjang merupakan pinjaman yang mempunyai waktu
pembayaran balik yang panjang iaitu antara enam hingga tiga puluh tahun. Contoh
pinjaman jangka panjang ialah pinjaman perumahan, pinjaman membeli harta dan
pinjaman perniagaan.
Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui prosedur-prosedur pinjaman
peribadi yang ditawarkan oleh RHB Bank Berhad.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian ini ialah untuk:
2.1 Mengetahui dan memahami prosedur pinjaman peribadi yang disediakan
oleh RHB Bank Bhd.

3.0 KAEDAH KAJIAN


Kaedah kajian yang digunakan ialah:

3.1 Kaedah temubual


3.2 Sumber dari Internet

4.0 PROSEDUR-PROSEDUR PINJAMAN PERIBADI

Mengisi Borang Permohonan Pinjaman

Menyerah borang dan dokumen-dokumen yang


diperlukan kepada pihak bank

Pendaftaran dan Semakan Secara Online


CTOS
CICRIS
LULUS

KEPUTUSAN
FIS

GAGAL

JADUAL 1 PROSEDUR PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI

4.1 Mengisi Borang Permohonan


Bagi tujuan membuat pinjaman, pemohon wajib mengisi borang
permohonan sebagai syarat utama prosedur pinjaman. Pemohon harus
memenuhi ruangan kosong yang disediakan terutamanya berkaitan dengan
maklumat peribadi atau organisasi pemohon. Antara syarat permohonan
tersebut ialah:
4.1.1

Syarat Permohonan Peribadi


(a)
(b)
(c)
(d)
(e)

Kad Pengenalan
Penyata Gaji Tiga Bulan Terakhir
Borang J atau cukai Pendapatan
Surat Pengesahan Majikan
Penjamin Sekiranya Pendapatan Peminjam Tidak
Mencukupi

4.2 Menyerahkan Borang Permohonan Kepada Pihak Bank


Setelah borang berkenaan telah siap diisi dan segala butir peribadi telah
dinyatakan, borang tersebut harus dikembalikan kepada pihak bank dan
akan dihantar ke bahagian Pemasaran dan Jualan untuk tujuan
penyemakan.

Bersama-sama borang tersebut harus disertakan juga

beberapa dokumen-dokumen yang diperlukan dan disahkan oleh majikan.


4.2.1 Dokumen Yang Diperlukan
(a) Dua salinan Kad Pengenalan
(b) Tiga slip gaji asal serta serta dua salinan
(c) Surat Pengesahan Majikan
(d) Satu salinan borang B/BE terbaru (disertakan dengan resit sah
penbayaran kepada LHDN)
(e) Satu salinan KWSP
(f) Surat persetujuan potongan gaji dari majikan/ Borang Angkasa
(g) Borang 9,24,49 atau sijil Pendaftaran Perniagaan (Jika Bekerja
Sendiri)

4.3 Pendaftaran dan Semakan Secara Online


Borang yang telah diserahkan akan disemak untuk tujuan pemantauan
samaada pemohon layak untuk membuat pinjaman atau tidak dengan
memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Tujuan penyemakan dibuat
adalah untuk memastikan pemohon tidak disenarai hitamkan oleh manamana bank. Penyemakan dilakukan oleh Sistem Kawalan Kredit yang telah
dikhaskan. Bagi RHB Bank Berhad, sistem kawalan kreditnya dikenali
dengan CTOS, CICRIS dan FIS
4.3.1

CTOS
Semakan dari segi nama, no. kad pengenalan dan tiga bulan slip
gaji terkini.

4.3.2

4.3.3

CICRIS
Menyemak keseluruhan borang pemohon beserta dengan
penjamin berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan
FIS
Sistem akan mengenalpasti pemohon atau penjamin disenarai
hitamkan oleh mana-mana bank.

4.4 Keputusan Permohonan


Hasil daripada penyemakan yang dibuat oleh sistem berkenaan keputusan
dapat dibuat dalam tempoh satu minggu waktu bekerja. Pemohon yang
memenuhi segala syarat yang telah ditetapkan akan diluluskan permohonan
mereka. Manakala permohonan yang didapati tidak atau gagal memenuhi
syarat yang telah ditetapkan akan ditolak.
4.4.1

Permohonan Yang Lulus


Keputusan akan dimaklumkan kepada pemohon dan proses
pinjaman akan dijalankan. Proses pinjaman mengambil masa
selama tiga hingga empat hari, pembayaran akan dibuat ke atas
pemohon selepas tempoh yang tertentu. Pihak bank akan mula
melakukan pemotongan daripada pemohon pada bulan yang
berikutnya.

4.4.2

Permohonan Yang Tidak Di Luluskan


Bagi permohonan yang tidak di luluskan, keputusan akan
dimaklumkan kepada pemohon. Antara faktor permohonan
yang tidak diluluskan adalah seperti berikut:
(a) Yang telah disenarai hitamkan dalam sistem kawalan kredit
(b) Mempunyai tangga gaji yang tidak memenuhi criteria yang
ditetapkan
(c) Perbelanjaan yang tinggi (mempunyai komitmen lain)

4.5 Cara Pembayaran Balik Pinjaman

Setelah permohonan berjaya dan pinjaman telah diluluskan, peminjam


harus mengetahui atau memilih kaedah pembayaran balik pinjaman.
Kakitangan kerajaan boleh membuat bayaran balik melalui khidmat Biro
Angkasa melalui potongan gaji bulanan atau bagi peminjam yang bekerja
di sektor swasta atau bekerja sendiri boleh membuat bayaran di kaunter
bank.
4.6 Kematian
Setiap peminjam diwajibkan ada perlindungan Takaful. Dalam kes-kes
kematian atau situasi kecacatan kekal terhadap peminjam, perlindungan
takaful akan membayar kesemua baki yang belum dijelaskan bagi
pembiayaan peminjam dengan bank. Perlindungan takaful adalah
bergantung kepada tempoh dan jumlan kemudahan, termasuk umur
peminjam. Jumlah sumbangan takaful akan ditolak daripada jumlah
pembiayaan.
5.0 KESIMPULAN
Pembiayaan pinjaman yang disediakan oleh pihak bank mampu memenuhi
keperluan dan kehendak pengguna yang inginkan kemudahan

pinjaman

kewangan. Namun begitu, tidak semua pemohon pinjaman layak menerima


pinjaman kerana pemohon pinjaman perlu memenuhi kriteria yang telah
ditetapkan oleh pihak bank dan setiap pemohon pinjaman perlu melalui prosedurprosedur pinjaman yang telah diteapkan oleh pihak bank.

RUJUKAN
Pembiayaan Peribadi Sektor Awam Konvensional, Di perolehi pada 10 Disember
2014 dari http://www.rhb.com.my

Das könnte Ihnen auch gefallen