Sie sind auf Seite 1von 1

http://www.suarapemikir.com/2014/12/ringgit-rm-menjunam-ekonomi-malaysia.

html

Ringgit (RM) MENJUNAM : Ekonomi Malaysia TERGUGAT ?

Ringgit menjunam lebih teruk berbanding kejatuhan yang berlaku pada kegawatan teruk
1997-1998. Hal ini dikatakan kerana kesan langsung penurunan harga Minyak dunia yang
mana, Malaysia adalah salah sebuah negara pengeluar minyak. Apakah akan berlaku 'masalah'
kepada bajet 2015 yang telah dibentangkan yang bersandarkan kepada pendapatan terbesar
dari penjualan minyak negara pada unjuran harga USD 100 per barrel. Malaysia semakin hilang
kuasa membeli diperingkat antarabangsa. Namun, pemikir amat yakin pakar pakar ekonomi
negara ada jalan terbaik bagi menghadapai situasi ini terutamanya pada tahun 2015. Nilai
Ringgit Dalam Arah Aliran Menurun Terbesar Berbanding Zaman Gawat 1997-1998

KUALA LUMPUR: Nilai mata wang Ringgit hari ini dilihat bergerak kearah trend menurun
terbesar berbanding dengan Dolar Amerika sejak krisis kegawatan ekonomi pada tahun 19971998. Perkara ini terjadi berikutan kebimbangan terhadap penyusutan pendapatan negara
pengeksport minyak dunia yang melihat harga pasaran minyak yang semakin merudum. Ringgit
menyusut sebanyak 1.3 peratus kepada 3.4250 berbanding satu dolar Amerika pada jam 10.38
pagi tadi.
Selain itu menurut data yang diperolehi dari Bloomberg, ringgit dilihat telah menurun
dengan nilai yang terbesar dalam masa 2 hari iaitu 2.3% lebih teruk dari penurunan sejak jun
1998 sebelum Tun Mahathir membuat keputusan membuat tambatan ringgit. Pagi tadi harga
minyak dunia susut 2.3% iaitu paras terndah sejak lima tahun. Menurut pakar Strategi
Commonwealth Bank of Australia yang berpangkalan di Singapura, Andy Ji berkata, Malaysia
adalah sebuah negara yang paling terjejas dengan penurunan harga minyak sekarang."Ringgit
pula dijangka boleh menyusut sehingga 3.45 pada minggu ini," katanya. Kehilangan potensi
pendapatan bakal menyukarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengurangkan
defisit fiskal kepada tiga peratus pada tahun 2015 daripada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) berbanding 3.5 peratus tahun ini.-

Das könnte Ihnen auch gefallen