Sie sind auf Seite 1von 63

Isu Keguruan: Beban Tugas Guru

1.0 PENGENALAN
Dewasa ini, dunia pendidikan kerapkali dihujani dan digemparkan dengan
pelbagai isu terutama yang berkait dengan guru. Di dada akhbar, isu yang
melibatkan guru bagaikan menjadi satu topik hangat yang sering diwar-warkan dan
begitu laris bagai pisang goreng panas. Isu beban tugas guru, kenaikan gaji guru,
guru dibenarkan berpolitik dan pelbagai lagi isu yang melibatkan profesionalisme
guru dan keguruan diperbincangkan. Profesionalisme guru menurut Hoyle (1980)
dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, adalah sikap
dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan
seperti hal-hal tentang syarat-syarat kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan halhal lain yang berkaitan dengannya.
Salah satu isu yang penting berkaitan dengan bidang keguruan adalah isu
beban tugas guru. Isu ini bukanlah isu baru namun sehingga kini isu ini masih
menjadi topik yang kerap dibincangkan. Buktinya, banyak kali tajuk ataupun isu ini
diperkatakan didada akhbar, blog-blog dan sebagainya. Sebagai contoh:
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.

Beban Kerja Guru Kini Terlalu Berat Utusan Malaysia 23 Januari 2008
Seksa Jadi Cikgu Berita Harian 1 April 2010
Tokoh Syor Empat Langkah Kurang Beban Tugas Guru Berita Harian 24 Mei 2010
Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Beban Tugas Guru Utusan Malaysia 1April 2010
Guru Tidak Perlu Kerja 9 Jam Utusan Malaysia 21 November 2011
Jawatankuasa Kerja Tangani Isu Beban Guru Sedang Laksana 28 PerakuanMuhyiddin Utusan Malaysia 16 Mei 2012
14 Isu Beban Guru Ditangani Utusan Malaysia 17 Mei 2012
Sepertimana yang kita ketahui, guru dapat didefinisikan sebagai pendidik, pengasuh
dan orang yang mengajar. Tugas pula mempunyai definisi iaitu kewajipan sesuatu
atau dalam kata lain kerja, tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Beban pula
bermaksud jumlah tugas yang perlu dikerjakan oleh proses atau sistem yang mesti
dilaksanakan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007).
Berdasarkan definisi yang telah dinyatakan ini, dapat disimpulkan bahawa
tugas utama seorang guru ialah mengajar dan mendidik dalam suasana pengajaran
dan pembelajaran bersandarkan kepada kewajipan mereka sebagai guru. Walau
bagaimanapun, tugas guru saban hari semakin bertambah
Menurut kajian oleh Mohamad Shukri bin Salleh (1998), beban tugas
bermaksud tanggungjawab yang mesti dipikul dan dilakukan oleh para guru sama
ada tanggungjawab di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah untuk
menyelesaikan kerja-kerja sekolah. Beban tugas ini boleh diukur dengan melihat
jumlah masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya.
Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah bukan sahaja merangkumi tugas
akademik malahan juga tugas bukan akademik. Tugas-tugas akademik merupakan
tugas-tugas yang berkait dengan tugas pengajaran dan pembelajaran secara formal
sama ada di dalam atau luar bilik darjah. Tugas akademik hanya dijalankan oleh
guru-guru yang berkelayakan dalam bidang-bidang tertentu sahaja. Tugas akademik
ini terbahagi kepada tugas akademik rutin harian dan tugas akademik bermusim.
Tugas bukan akademik merupakan tugas-tugas yang dilakukan oleh guru di
sekolah dan tugas ini boleh juga dilakukan oleh mereka yang bukan guru. Tugas
bukan akademik adalah tugas yang tidak melibatkan proses pengajaran secara

formal. Tugas ini termasuklah tugas-tugas pengekeranian, tugas-tugas khas dan


tugas kokurikulum. Tugas bukan akademik yang dilakukan seharian dinamakan
tugas bukan akademik rutin harian dan tugas bukan akademik yang dilakukan
mengikut musim dinamakan tugas bukan akademik bermusim.
Berdasarkan tajuk muka hadapan Berita Harian Seksa Jadi Cikgu bertarikh
1 April 2010. Paparan muka hadapan ini jelas menyatakan seksa menjadi guru
kerana guru dikatakan menanggung beban tugas yang terlalu banyak. Dalam artikel
ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah membuat aduan
mengenai beban tugas guru kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 30
Mac 2010.

Rajah 1. Keratan akhbar Berita Harian 1 April 2010


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam artikel tersebut
juga telah mengulas bahawa berdasarkan aduan yang dibuat oleh NUTP, antara
tugas guru bukan sahaja meliputi hal pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah, malahan juga ada guru yang terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum,
hal ehwal murid, pentadbiran, pengkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.
Selain itu, NUTP turut membuat aduan bahawa guru terpaksa bekerja setiap Sabtu
disebabkan terbabit dengan banyak aktiviti sedangkan pekeliling yang dikeluarkan
membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan.
Pengerusi Majlis Permuafakatan Kesatuan Guru Malaysia, Jemali Paiman
menyebut;
Ketika ini, guru terutama guru kelas adalah mereka yang paling teruk dibebani dengan tugas
tambahan selain mengajar dan ia paling kritikal ketika musim persekolahan baru bermula. Guru
bukan setakat perlu menyediakan maklumat peribadi pelajarnya tetapi dibebani dengan banyak lagi
tugas lain. Mereka perlu mengutip yuran, sediakan buku kedatangan pelajar, dapatkan maklumat
murid serta keluarga mereka seterusnya membuat analisis kelayakan untuk diberi bantuan, malah
guru juga bertindak sebagai pegawai kesihatan yang merekodkan maklumat kesihatan. Mana ada
jururawat yang ditugaskan membuat landskap hospital. Mana ada jurutera yang ditugaskan mengecat
bangunan pejabat, tapi guru ada ketikanya perlu buat semua itu. malah, mural sekolah atau
mengecat bangunan sekolah juga tergalas di bahu mereka.

Tugas-tugas sedemikian sememangnya mendatangkan beban kepada guru


kerana telah mengganggu tugas hakiki guru iaitu mendidik pelajar. Pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia memandang berat isu ini dengan menubuhkan
sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugas guru dan mengkaji tahap
keseriusan isu beban tugas guru ini.
Berdasarkan artikel ini, dapat disimpulkan bahawa isu beban tugas guru
perlu dipandang serius bukan sahaja oleh pihak kerajaan, malahan semua pihak
termasuk masyarakat. Setiap individu perlu mengembleng tenaga dan idea untuk
menyelesaikan masalah dan isu ini. Ini kerana, beban tugas yang semakin

bertambah dan kian mencabar telah menyebabkan prestasi seorang guru terjejas
dan ini secara tidak langsung menjejaskan prestasi murid-murid di sekolah.
2.0 PERKEMBANGAN HUJAH
Isu beban tugas guru bukanlah perkara baru di dalam negara kita kerana
sejak beberapa tahun ini, perkara ini telah menjadi tajuk perbincangan hangat setiap
kali bermulanya musim persekolahan.
Sebagai contoh, pada 8 Januari 2006 dalam Berita Harian telah
mendedahkan bahawa guru di empat negeri, Selangor, Melaka, Johor dan Kuala
Lumpur didapati menanggung beban kerja berlebihan, iaitu 74 jam seminggu
berbanding maksimum 48 jam yang ditetapkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa
(ILO). Tugas guru semakin hari semakin bertambah bukan sahaja berkaitan dengan
bidang pengajaran malahan juga yang meliputi di luar bidang tugas mereka.
Fenomena ini menyebabkan ramai guru sering mengeluh dan mengalami tekanan
akibat tanggungan beban tersebut.

Gambarajah 1: Bebanan tugas seorang guru

1.

Berdasarkan butir-butir yang terkandung dalam laporan kaji selidik NUTP bertajuk
Pandangan dan Syor NUTP: Beban Guru Meliputi Sekolah Rendah, Sekolah
Menengah, Sekolah Teknik dan Politeknik, beban tugas guru dibahagikan kepada
lima bidang iaitu:
Urusan data, fail, buku rekod dan laporan
Pemprosesan maklumat guru, pelajar dan sekolah
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), stok mata pelajaran dan bengkel
Penilaian kerja kursus mata pelajaran untuk peperiksaan
Penilaian lisan berasaskan sekolah (PLBS)
Buku Nilam Sekolah
Laporan Adab Belajar
Baitulmal dan biasiswa
Laporan guru bertugas
Urusan disiplin pelajar
Urusan pusat sumber
Program khas dari Jemaah Nazir
Buku rekod kerja sekolah

2.

Pentadbiran
Pegawai pinjaman di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah
Pengurusan pentadbiran
Kutipan yuran dan pelbagai
Guru kelas

3.

Kurikulum
Jenis peperiksaan
Program sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran
Kertas kerja kajian tindakan
Panitia
Mata pelajaran
Pentaksiran Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS)
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

4. Kokurikulum
Aspek keselamatan & perlindungan guru dan pelajar
5. Hal Ehwal Murid (HEM)
Urusan HEM Sekolah Menengah Berasrama
Laporan kaji selidik yang telah dijalankan pada 1 Jun 2005 menunjukkan
bahawa tugas guru meliputi pelbagai bidang, namun tugas yang dijalankan lebih
tertumpu kepada tugas pentadbiran. Menurut Setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng,
berkata pihaknya risau apabila mendapati kira-kira 60 peratus tugas guru kini
membabitkan kerja pentadbiran.
Masalah beban tugas guru tidak pernah ada pasang surutnya. Pada 30 Mac
2010, NUTP telah membuat aduan mengenai beban tugas guru. Perjumpaan
bersama pihak NUTP dengan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah
dilaporkan dalam Berita Harian, 1 April 2010. Sehubungan dengan itu, pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas
Mengkaji Beban Tugas Guru. Jawatakuasa itu dipengerusikan oleh Ketua Pengarah
Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Don dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran
dan wakil NUTP bertujuan untuk mengenal pasti tahap keseriusan isu dan mengenal
pasti punca masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna pakai
bagi menyelesaikannya.
Sehingga hari ini, tugas guru semakin bertambah dari sehari ke sehari.
Dengan perubahan arus zaman globalisasi dan penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi yang begitu meluas, tugas guru menjadi semakin mencabar. Guru
merasakan tugas mereka semakin berat kerana mereka perlu menjalankan tugas
yang tiada kaitan dengan tugas hakiki guru iaitu mendidik seperti tugas
pengkeranian yang lebih menjurus kepada tugas pengurusan dan pentadbiran.
Tugas guru dalam bidang pengkeranian telah diakui oleh pihak Kementerian
Pelajaran seperti yang tertera di dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet yang
mengkaji tentang Dasar Pelajaran Malaysia 1979;
..oleh sebab terdapat kekurangan kerani, guru-guru terpaksa menjalankan tugastugas bukan ikhtisas dan ini turut menjejaskan prestasi mereka dalam bidang
ikhtisas.

Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengulas serba sedikit berkaitan beban tugas
guru dalam wawancara beliau bersama Penulis Buku Sudut Pandang Muhyiddin
Yassin:
Penulis : Bagaimana dengan rungutan sesetengah guru yang mendakwa mereka
dibebankan dengan kerja pentadbiran sehingga mengganggu tugas hakiki mereka?
Tan Sri Muhyiddin: Kita sedang mengkaji dan memperhalusi perkara ini dan antara
lainnya bertujuan untuk melihat dan memastikan tugas sebenar guru. Jika mengikut
definisi biasa, tugas guru adalah mendidik dan mengajar. Bagaimanapun,
kebiasaannya ada tugas lain yang turut dipertanggungjawabkan kepada guru,
contohnya membabitkan aspek disiplin dan kokurikulum. Ini juga sebahagian
tanggungjawab guru. Jadi apabila didakwa sebagai beban, kita perlu tahu apa
sebenarnya yang dikatakan beban itu dan di peringkat mana gandaan kerja itu
berlaku.
Tambahan lagi, pada zaman ini kebanyakan data berkaitan murid perlu diisi
dan dimasukkan secara atas talian internet, sebagai contoh Sistem Maklumat Murid,
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan sebagainya. Ini lebih
menyukarkan tugas guru kerana tidak semua guru pakar dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi. Selain itu, kekangan yang terpaksa dihadapi sewaktu
proses memasukkan data seperti masalah serverinternet di sekolah yang
kadangkala terganggu, atau lambat. Data yang ingin dimasukkan pula bukan sedikit
dan kadangkala berlaku pertindihan proses memasukkan data antara guru-guru di
satu-satu sekolah yang menyebabkan talian internet menjadi lambat.
Rungutan para guru berkaitan kesukaran proses memasukkan data dalam
talian telah ditulis dalam Berita Harian, 21 September 2011 bertajuk Guru Merungut
Program SAPS Lebih Sukar Dari Manual.
...sistem yang sebenarnya dicipta untuk memudahkan mereka akhirnya
menyebabkan lebih ramai yang terseksa. Ada guru terpaksa bersengkang mata
sehingga jam 3 pagi semata-mata untuk mengisi markah pelajar dan ada pula yang
menghadapi masalah kerana tidak mempunyai komputer atau talian internet di
rumah.Namun selepas menggunakan SAPS buat seketika, ramai guru merungut dan
melepaskan kemarahan mereka dalam blog dan menulis surat kepada akhbar.
Petikan rencana dalam Berita Harian 21 September 2011.
Selain itu juga, tugas guru menjadi satu beban yang berat kerana wujudnya
arahan dalam arahan. Guru melakukan beban kerja berganda kerana programprogram yang telah dirancang di peringkat kementerian perlu dilaksanakan, di
samping melaksanakan program yang lebih kurang sama yang dianjurkan oleh pihak
Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan seterusnya program sedia
ada yang telah dirancang di dalam takwim sekolah. Kesemua program ini perlu
dilaksanakan mengikut tempoh masa tertentu dan guru perlu menyediakan kertas
kerja program, merancang jawatankuasa kerja dan memastikan program ini berjalan
mengikut rancangan.
NUTP dalam Berita Harian bertarikh 2 April 2010 mendedahkan guru
menanggung beban kerja berganda apabila terpaksa melakukan tugasan dalam
skop yang sama berulang kali atas arahan pihak atasan pada peringkat berbeza.
Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata senario berlaku apabila
Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling yang mengarahkan guru
melaksanakan program tertentu, namun pada masa yang sama mereka dikehendaki
menjalankan lagi program seumpama atas arahan pentadbiran pada peringkat
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), walaupun
semua mengandungi pengisian hampir sama. Hal ini menyebabkan berlaku

pembaziran masa dan menjejaskan tanggungjawab guru dalam pengajaran dan


pembelajaran.
Tugas mengurus murid-murid di dalam bilik darjah turut menambah beban di
bahu para guru apabila jumlah murid yang terlalu ramai dalam satu bilik darjah.
Ketika ini, kebanyakan sekolah terutama sekolah di Bandar, mengalami masalah
kepadatan bilik darjah sehingga ada yang melebihi 40 orang murid, menyebabkan
guru menaggung beban seperti kesukaran mengajar kerana tahap penguasaan
belajar murid berbeza, selain kerja merekod, pemantauan disiplin, pengurusan bilik
darjah serta menyemak latihan. Lum Chee Hong menulis laporan bertajuk 2 Cikgu,
Satu Kelas Disokong turut menyatakan bahawa terlalu ramai murid dalam kelas,
sehigga jumlahnya melebihi 30 orang satu kelas menyebabkan persekitaran menjadi
sempit dan menyukarkan guru untuk melakukan pemantauan terhadap semua
murid.
Mohd Feroz dalam laporan khas yang ditulis dalam Berita Harian, 13 Mei
2011, menyatakan beban waktu mengajar guru yang tidak seimbang antara sekolah
menjadi sebab beban guru bertambah. Hasil tinjauan yang dijalankan menunjukkan
bahawa Sekolah Menengah Harian (SMH) mengalami kekurangan guru khususnya
guru subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Fizik,
Kimia dan Kemahiran Hidup. Beban tugas guru di SMH bertambah apabila bilangan
guru tidak mencapai tahap optimum. Ini berbeza dengan Sekolah Menengah Teknik
dan Vokasional dan Sekolah Berasrama Penuh.
Selain agihan guru tidak seimbang antara jenis sekolah berbeza, kakitangan
kumpulan sokongan dan pentadbiran mengikut bilangan pelajar dan bukan mengikut
beban kerja dalam organisasi sekolah merupakan penyebab beban guru bertambah.
Mengikut amalan sekarang, nisbah antara Pembantu Tadbir sekolah dengan pelajar
ialah 1:300 iaitu seorang Pembantu Tadbir bersamaan 300 pelajar. Akibat
pembahagian guru dan Pembantu Tadbir yang tidak realistik, beban kerja guru
menjadi semakin bertambah dan ini merupakan salah satu sebab tugas-tugas
pengkeranian terpaksa dilakukan oleh guru.
Jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
telah menjalankan analisis beban tugas guru. Hasil dapatan awal kualitatif analisis
dan tinjauan tersebut menyenaraikan beberapa beban tugas guru, iaitu;

Jadual 1. Hasil Dapatan Kajian Oleh Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru
3.0 IMPLIKASI ISU BEBAN TUGAS GURU
Beban tugas mendatangkan pelbagai implikasi kepada guru dan juga bidang
pendidikan itu sendiri. Jika diamati, guru pada hari ini bukan hanya bertugas sebagai
pendidik di dalam bilik darjah, malahan juga guru turut bertindak sebagai kerani,
setiausaha, bendahari, jurujual, jurutaip, juruhias, dan sebagainya. Implikasi beban
tugas yang terlalu banyak juga kadangkala memaksa guru bekerja lebih masa. Guru
juga mendapat kurang waktu berehat apabila dipanggil menjalankan pelbagai
aktiviti pada hari Sabtu.

Memetik kata-kata Setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng, pertambahan beban


tugas guru dikhuatiri akan menyebabkan hala tuju sistem persekolahan negara lebih
mementingkan keputusan berasaskan peperiksaan, berbanding memupuk budaya
mencintai ilmu di kalangan pelajar. Guru kini selain mengejar waktu untuk
menghabiskan silibus mata pelajaran, hanya memberi tumpuan terhadap aspek
kemahiran pelajar menjawab soalan peperiksaan.
Lok menegaskan bahawa guru ingin memberi tumpuan kepada core
business mereka, iaitu mengajar. Bagaimanapun katanya, guru lebih menghabiskan
masa menguruskan data, fail, rekod dan laporan, menguruskan pelbagai
pertandingan kurikulum dan kokurikulum serta program akademik dan bukan
akademik di luar sekolah. Beliau menambah, guru kelas dibebankan dengan
pelbagai kerja pengkeranian dan hanya sedikit masa digunakan untuk tujuan
persediaan alat bantu mengajar dan rancangan mengajar serta menyemak buku
latihan pelajar.
Arumugam (1975) menyatakan punca-punca penting bagi ketegangan dan
ketidakpuasan yang dialami oleh guru-guru di Malaysia adalah tugas-tugas
pengkeranian yang banyak. Walaupun guru-guru sebenarnya menolak tugas
pengkeranian yang diberikan kepada mereka, mereka terpaksa menerima dan
melaksanakannya.
Beban tugas guru yang terpaksa dipikul ini akan menyebabkan para guru
mengalami ketegangan seperti pendapat yang dikemukakan oleh Payne & Furnham
(1987) iaitu di antara punca yang kerap berlakunya stress di kalangan guru ialah
beban tugas bukan mengajar. Ketegangan yang tinggi di kalangan guru boleh
menyebabkan rasa kecewa, agresif, bimbang dan mengurangkan prestasi kerja.
Coldicot (1985) menjelaskan ketegangan yang tidak terkawal boleh menyebabkan
penyakit dan kemerosotan dalam prestasi kerja.
Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan dan
Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Ab Aziz Mohd Yatim,
berkata tekanan terhadap komitmen tugas yang perlu dilaksanakan mengikut
standard tertentu memungkinkan guru bertindak di luar batasan. Menurutnya, guru
yang tidak sanggup lagi menerima tekanan boleh bertindak di luar kawalan termasuk
melempiaskan kemarahan kepada pelajar tanpa disedari hingga mengakibatkan
masalah lain.
Dulu, guru boleh mencorakkan cara pengajaran sendiri tanpa perlu memberi
banyak komitmen terhadap tugasan lain. Berbanding sekarang, terlampau banyak
kerja remeh temeh terpaksa dilakukan termasuk tugas dokumentasi yang perlu
diserahkan kepada pihak tertentu. Ab Aziz Mohd Yatim
Hal ini begitu membimbangkan kerana di dada akhbar banyak kes berkaitan
guru sakit jiwa dilaporkan. Salah satu contoh, adalah yang dilaporkan oleh Siti Nor
Afzan Kasiman dalam akhbar KOSMO bertarikh 30 Ogos 2012, profesion perguruan
terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental. Didalam laporan ini
menyebut bahawa;
Kajian oleh NUTP mendapati 70 peratus daripada 9000 guru di seluruh negara
tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi terpaksa berdepan dengan
kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.
Salah seorang guru yang ditemu bual oleh penulis, mendedahkan bahawa
akibat terbeban dengan kerja sebagai guru JQAF, beliau mengalami sakit jiwa.
Beliau yang mengajar sekolah aliran agama tidak mampu untuk menanggung beban

tersebut lebih-lebih lagi banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding bersama


keluarga.
Semasa saya mengajar di Sekolah A, saya pernah bekerja tujuh hari seminggu dari
pagi hinggalah petang sampaikan tiada masa untuk suami dan anak-anak. Hari Isnin
hingga Jumaat, saya mengajar seperti biasa. Kadang-kadang saya diminta
menggantikan guru lain mengajar subjek bukan aliran JQAF.Hari Sabtu pula, ada
kegiatan kokurikulum yang mana semua guru terlibat dan hari Ahad pula saya
selaku guru JQAF diwajibkan terlibat dalam Kem Bestari Solat."
Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya
(PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal dalam akhbar KOSMO, setiap tahun dianggarkan
22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan.
Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru. Malah, jelas
Nor Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk
mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan
buah pinggang.
4.0 CADANGAN MENANGANI ISU BEBAN TUGAS GURU
Oleh kerana tanggungjawab dan tugas guru di sekolah yang terlalu banyak, maka
setiap pihak perlulah memperhalusi dan mengkaji semula setiap tugas yang
diberikan agar tugas tersebut tidak menjadi bebanan yang tidak mampu dipikul oleh
guru. Pelbagai cadangan serta cara disarankan oleh pihak tertentu untuk
menyelesaikan isu ini. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri telah
menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Isu Beban Tugas Guru
(JKPMIBTG).
JKPMIBTG telah mencadangkan 28 perakuan bagi menangani isu ini.
Perakuan ini terkandung dalam Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Unit
Komunikasi Korporat Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara perakuan yang telah
diambil tindakan:
1) Bagi memastikan pelaksanaan aktiviti pada hari Sabtu diadakan secara berjadual
serta tidak melebihi dua kali sebulan, satu surat siaran telah dikeluarkan oleh KPM
untuk memastikan pihak sekolah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2005:
Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu;
2) Bagi mengurangkan beban tugas rencam guru di sekolah, satu Garis Panduan
Penggabungan Jawatankuasa telah disediakan supaya jumlah Jawatankuasa di
peringkat sekolah tidak melebihi sepuluh yang terpenting;
3) Bagi mengurangkan tugas perkeranian yang ada pada ketika ini dilaksanakan oleh
guru, KPM telah memohon pertambahan jawatan Pembantu Tadbir melalui urusan
pindah butiran perjawatan/trade off bagi tujuan pelaksanaan kajian rintis di 50 buah
sekolah gred A yang mempunyai enrolmen melebihi 1500 orang murid;
4) Bagi mengurangkan kekerapan guru keluar meninggalkan kelas untuk berkursus:
a) Satu Pelan Operasi Latihan (POL) Tahunan yang komprehensif sedang dibangunkan
untuk dilaksanakan dalam tahun 2011;
b) Kursus Dalam Perkhidmatan secara atas talian (online) akan diperkenalkan;

c) Pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dalam pembentangan bajet 2011


yang telah diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia
5) KPM telah memohon peruntukan kewangan dalam Anggaran Belanja Mengurus
2011 bagi menampung keperluan khidmat Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan
(KGSK) dan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT);
6) One Stop Centre diwujudkan di peringkat KPM bagi tujuan pengumpulan dan
penyelarasan data.
Setiap perakuan yang telah dijalankan oleh pihak KPM dapat mengurangkan
beban tugas guru. Unpamanya, rungutan para guru berkaitan tidak cukup rehat
kerana terpaksa bertugas setiap sabtu atau hari minggu. Oleh itu, dengan
pelaksanaan aktiviti pada hari Sabtu secara berjadual serta tidak melebihi dua kali
sebulan melegakan para guru kerana guru bukan sahaja mempunyai tugas di
sekolah malahan juga perlu menguruskan keluarga memerlukan masa bersama
keluarga masing-masing.
Tugas perkeranian merupakan salah satu beban tugas yang paling besar
yang perlu ditangani oleh guru. Oleh itu, dengan pertambahan kakitangan Pembantu
Tadbir merupakan cadangan yang amat baik dan disambut lega oleh pelbagai pihak.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan di dalam akhbar Utusan Malaysia, 16 Mei
2012, satu cadangan akan dikemukakan kepada pihak Jabatan Perkhidmatamn
Awam bagi memperluas penempatan kakitangan Pembantu Tadbir N17 di sekolahsekolah bawah kementerian.
Pengerusi Majlis Permuafakatan Kesatuan Guru Malaysia, Jemali Paiman
turut bersetuju dengan perakuan tersebut dan mengulas bahawa penambahan
jawatan staf sokongan itu amat penting untuk mengembalikan guru kepada tugas
sebenar mereka iaitu mengajar. Beliau menyebut .guru perlu fokus untuk
pengajaran, bukan dalam kerja perkeranian. Jangan biarkan guru terus buat banyak
kerja lain setiap hari dan pening kepala setiap hujung bulan.
Pihak KPM juga telah mengeluarkan surat siaran berkaitan pelaksanaan
perakuan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2012. Pihak KPM
telah melaksanakan peraturan dan perakuan berhubung mengurangkan bilangan
ujian dan pelaksanaan peperiksaan setara di sekolah. Ini bermaksud pihak KPM
telah memutuskan bahawa mulai tahun 2012, Bahagian-Bahagian KPM, Jabatan
Pelajaran Negeri, dan Pejabat Pelajaran Daerah hanya dibenarkan untuk
menyelaras dan melaksanakan satu peperiksaan setara sahaja sama ada bagi
Peperiksaan Percubaan atau Peperiksaan Akhir Tahun. Pelaksanaan peperiksaan
setara ini akan dimansuhkan bermula pada 1 Januari 2013. Pihak sekolah tidak
dibenarkan untuk menyelaras jadual (setara) bagi ujian formatif. Untuk itu, guru-guru
boleh melaksanakan ujian formatif mengikut jadual waktu pengajaran dan
pembelajaran masing-masing.
Bagi perakuan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), pengoperasian LDP
akan dijalankan secara School-Based di Sekolah-Sekolah di bawah KPM. Bagi
mengelakkan dan mengurangkan kekerapan guru meninggalkan bilik darjah, LDP
hendaklah dilaksanakan seperti berikut:
1) 60% latihan secara berasaskan sekolah (school-based)
2) 30% latihan secara berpusat di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
3) 10% latihan berpusat di peringkat Bahagian KPM

Selain itu, pihak KPM turut menyediakan garis panduan penglibatan guru
dalam aktiviti anjuran KPM. Garis panduan tersebut menetapkan bahawa pentadbir
sekolah hendaklah mengagihkan tugas dan tanggungjawab kepada semua guru
secara seimbang bagi mengelakkan penglibatan guru yang sama dalam aktiviti yang
dianjurkan.
Majlis Guru Besar Malaysia turut mencadangkan kepada KPM untuk mengkaji
nisbah guru dan pelajar untuk mengurangkan beban guru. Yang Dipertua Gabungan
Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) Awang Mohamad melalui BERNAMA, 3 Ogos
2005 berkata Satu daripada cara untuk meringankan beban kerja ini ialah dengan
menambah bilangan guru, ertinya kalau sekarang satu bilik darjah 1.5 guru,
sekarang kita minta satu bilik darjah 2.0 (ertinya satu bilik darjah ada dua orang
guru).
Saranan yang disampaikan oleh Awang juga relevan dengan saranan pihak
lain berkaitan jawatan pembantu guru bagi mengatasi masalah yang sama. Tokoh
akademik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad bersetuju dengan jawatan pembantu guru
bagi membantu guru di setiap kelas bagi melakukan tugas pentadbiran dan
perkeranian. Memetik kata-kata beliau dalam Berita Harian, 2 April 2010;
.Ini bukan sahaja meringankan tugas guru, malah pada masa yang sama
membantu murid yang ketinggalan untuk maju standing dengan rakan lain..
Bagi mengatasi bilik darjah yang mengandungi terlalu ramai murid, kalangan
guru menyokong syor menempatkan dua guru dalam kelas bagi meringankan beban
tugas guru. Ini bersesuaian dengan saranan pihak lain yang mahukan pembantu
guru di dalam bilik darjah. Perkara ini telah dinyatakan dalam rencana Berita Harian,
15 Disember 2010.
Bukan itu sahaja, salah satu usaha atau cadangan bagi meringankan beban
tugas guru yang semakin bertambah adalah ganjaran atau imbuhan guru
ditingkatkan setanding dengan tugas dan amanah yang dipikul. Malahan, pihak KPM
telah menyediakan tiga insentif sebagai ganjaran dan penghargaan kepada guru
yang komited dalam memikul amanah mendidik anak bangsa dan menjayakan
matlamat pendidikan. Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Berita Harian, 20 Mei 2010
menjelaskan mengenai insentif yang digunakan untuk meringankan beban tugas
yang dipikul guru serta meningkatkan motivasi kerja guru di sekolah. Antara bentuk
insentif adalah kenaikan gred perkhidmatan berdasarkan time-based. Ini bermaksud
peningkatan gred dilakukan berdasarkan tahun perkhidmatan serta kualiti
perkhidmatan.
Pihak KPM turut menawarkan insentif sebanyak RM 900 hingga RM7500
kepada Pengetua, Guru Besar dan guru sekolah yang mencatat prestasi cemerlang
mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Kementerian Pelajaran. Ia
boleh dianggap sebagai alternatif kepada cadangan membayar elaun kerja lebih
masa kepada guru yang dituntut oleh NUTP namun telah ditolak oleh kerajaan.

5.0 RUMUSAN
Secara tuntasnya, isu beban tugas guru telah lama digembar gemburkan dan
sehingga ke hari ini isu ini masih cuba ditangani oleh kementerian pelajaran. Saya
bersetuju dengan isu ini bahawa beban tugas guru pada hari ini semakin bertambah
dan guru banyak melakukan tugas-tugas pentadbiran seperti perkeranian. Tugas
memasukkan maklumat murid secara atas talian merupakan salah satu beban tugas

yang pada hemat saya begitu mencabar bagi sesetengah guru yang jarang-jarang
menggunakan internet dan komputer.
Apa yang saya perhatikan, banyak pihak yang mungkin mencebik, menjuih
bibir apabila guru merungut mengenai beban yang mereka hadapi. Tak kurang juga
yang mengatakan guru ketika ini manja dan banyak songeh serta pelbagai kritikan
lagi seperti sudahlah kerja separuh hari, cuti banyak pula, itupun nak merungut.
Namun, mereka yang kebanyakannya menyalahkan guru dalam isu rungutan itu mungkin
tidak peka mengenai situasi sebenar kerjaya itu ketika ini yang bukan sekadar kerap perlu bekerja
melebihi masa sepatutnya, malah dibebani dengan longgokan kerja yang ada kalanya tak selesai di
sekolah, terpaksa dibawa sehingga atas katil sebelum tidur.
Hampir kebanyakan tugas yang selayaknya diuruskan kerani atau pegawai data kini menjadi
tanggungjawab guru. Daripada tugas merekod maklumat murid, data peribadi, keputusan
peperiksaan secara manual dan berkomputer, bayaran yuran, rekod pinjaman buku teks, inventori
aset sekolah sehinggalah kepada urusan pada peringkat pejabat pendidikan daerah serta jabatan
pelajaran negeri.
Adalah tidak wajar guru dulu dan sekarang dijadikan perbandingan kerana pada zaman
berteknologi maklumat serba canggih ini, semuanya perlu direkodkan secara berkomputer walaupun
rekod bertulis turut perlu dibuat dan yang menyedihkan, bukan semua guru ada komputer atau lebih
parah lagi, tak semuanya celik komputer.
Justeru, pada pendapat saya, adalah wajar kementerian memantau apa keperluan dan
keperitan yang dihadapi penggerak utama dalam sektor pendidikan di negara ini.

Saya penuh percaya bahawa guru yang berdedikasi tidak akan melihat tugas
tersebut sebagai beban. Jika kita benar-benar minat, walaupun tugas itu berat, kita
sedia berkorban dan jauh sekali mahu melihatnya sebagai beban. Konsep
pengorbanan dalam profesion perguruan hakikatnya sangat penting dan saya tahu
ada guru sanggup datang ke sekolah tanpa disuruh oleh guru besar untuk
membimbing pelajar. Inilah bukti kepimpinan dan komitmen guru yang membezakan
mereka daripada guru-guru lain Tan Sri Muhyiddin Yassin (2011).
Saya bersetuju dengan pendapat yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin
Yassin ini. Namun berharap agar isu guru menjalankan tugas perkeranian dapat
diselesaikan melalui cadangan kerajaan menambah bilangan jawatan pembantu
tadbir agar guru dapat menjalankan tugas mendidik yang sepatutnya menjadi tugas
hakiki mereka dengan lebih efektif.

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri


Muhyiddin Yassin (dua dari kiri), bersalaman bersama Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan semasa Perjumpaan bersama NUTP di Parlimen di Kuala
Lumpur, semalam. - Foto Bernama

Jawatankuasa khas diberi dua bulan selesai tekanan hidup guru:


Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban
tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran
dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar.
Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri
Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengenal pasti
tahap keseriusan isu berkenaan serta diberi tempoh dua bulan untuk

Seksa jadi cikgu


2010/04/01 - 02:40:19 AM Oleh Khairul Azran Hussin

menyelesaikannya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan aduan
NUTP, selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti
kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta
beberapa kerja tambahan lain.
NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja setiap Sabtu
disebabkan terbabit dengan banyak aktiviti, sedangkan pekeliling yang
dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap
bulan.
Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana tidak mahu tugas hakiki guru, iaitu
mendidik pelajar tidak terganggu disebabkan bebanan macam-macam tugas
yang terpaksa dibuat, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan
mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan NUTP di bangunan Parlimen,
semalam.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jawatankuasa itu akan mengenal

pasti punca masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna
pakai bagi menyelesaikannya.
Piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih
tinggi boleh kita contohi, katanya.
Muhyiddin berkata, kementerian menyedari tugas sebenar guru ialah pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas, bukannya melakukan tugas tertentu yang
sepatutnya dilakukan kerani.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang
menekankan aspek kokurikulum di sekolah mendapat maklum balas positif
daripada NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.
NUTP turut menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi
meningkatkan jaringan pendidikan kepada rakyat. Kementerian akan cuba
sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada guru dan rakyat,
katanya.
180

ARTIKEL BERKENAAN

Malaysia duduki ranking pertama capaian internet mampu milik


KUALA LUMPUR: Malaysia kini berada di ranking pertama dalam capaian Internet mampu milik dalam
kalangan ekonomi negara membangun dunia, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Guna Facebook id anda.


Nama :
Emel :
Komen :

Hantar

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan
sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan
komersial.
SENARAI KOMEN

Cikgu Jo
Satu tindakan yg sungguh prihatin oleh pihak kerajaan. Tahniah dan terima kasih.

lyzz syd
Sampai bila guru2 nak jd lilin membakar diri sdr utk org lain. Anak2 sendiri sanggup
diketepikan sementara semata2 utk mendidik ank bgsa. Tanpa guru, tidak akn lahir
jurutera,doktor,saintis atau apa saja jawatan di bumi ini. Hargailah sedikit jasa guru.
Klu penjawat awam lain diberi kepentingan dan diambil perhatian kenapa mslh guru
dipandang ringan. Sy bkn guru, tp ikut bersimpati dgn nasib guru2 skarang. Mereka
yg ambil KPLI pon sering menjadikan alasan ambil KPLI sbb senang jd guru, atau
sebenarnya kat luar sana mereka tidak diperlukn kerana x ada pengalaman. KPLI
patut dihentikan kerana alasan mereka utk menjadi guru sebenarnya terpesong dari
matlamat sebenar. Apa salahnya masalah guru diketengahkan, mungkin bukan
untuk hari ini tapi pikirlah generasi akn dtg. Slm
lakicikguSBT
terlebih dahulu, terima kasih diucapkan kerana sudi mengkaji/menjenguk masalah
yang sepatutnya sudah sekian lama patu dijenguk/dikaji. sebagai suami cikgu saya
boleh nampak penat jerihnya tugas seorang guru yang terpaksa ditempuh seharian.
mendidik pelajar sekarang bukan macam dulu, sekarang bermacam-macam kerenah
terpaksa ditempuh termasuk kerenah ibu bapa pelajar. harap cepat cepat
diselesaikan perkara ni sebelum terlambat. kenaikan gaji dan elaun untuk menutup
semua ini saya rasa bukan jalan yang sesuai tetapi perlu dikaji sampai ke akar umbi.
kementerian perlu turun padang seperti ditegaskan oleh PM kita untuk melihat lebih
dekat. memantau dr jauh ataupun setiap bulan terima laporan daripada guru besar
saja memang tidak cukup. janganlah untuk menaikkan prestasi sekolah, guru-guru
terpaksa mengabaikan anak-anak ataupun suami. tolonglah kaji supaya semua ini
dapat diseimbangkan. 1malaysia, rakyat didahulukan. terima kasih.
cikgu zul
relaks...cikgu byk cuti... anggap je satu replacement...
Hati Kuman
Kasihan guru..konon nak dapat pembelaan masyarakat..ke kutuk pula..
Guru yang mengatakan bebanan itu memang betul kebenarannya...guru tuuu bukan
mengeluh kerja banyak tetapi hati nurani mereka untuk mengajar telah amat
terganggu.Macam mana guru nak sediakan persediaan utuk mengajar sedangkan
masa itu telah digunakan untuk urusan pentadbiran...Guru perlu banyak diberi masa
untuk memikirkan keberkesanan pengajarannya terhadap anak didik mereka...Saya
tetap hormat pengorbanan guru Malaysia...
SALINA AFILA
salam...tugas menjadi seorang guru sguh mulia...dharap para guru bsabar..terima
kasih cikgu!! i nsyaALLAH akan ada jalan penyelesaiaannyer...
gajahmenta
guru memang sepatutnya tidak dibebankan dengan kerja selain dari pengajaran dan
pembelajaran, tapi kini memang tidak dinafikan kerja di tambah dengan berbagaibagai keprluan untuk menangani tuntutan negera, apasaja maalah negara, sekolah
menjadi sasaran.
Walaubagaimana pun, kalangan guru juga pada kini ramai yang melibatkan diri
dengan kegiatan sampingan yang lain, yang sudah pasti menambahkan beban
tugasan hakiki, ada kalangan guru berpoliti, ada kalangan guru bernaiga ( sebagai

peruncit, sebagai kontraktor ) dan entah apa lagi.


jadi sudah pasti bebanan ini menjadikan tambahan bebanan kepada tugas hakiki.
aktar
Assalamualaikum ..........
Salam satu Malaysia Bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana Malaysia melahiran tenaga
pendidik yang berkarisma, penyayang dan dengan didikan daripada guru saya bolih
membaca menulis dan menghantar Emel untuk dikongsikan bersama. saya tidak
nafikan tugas guru saban hari semakin bertambah seperti yang diperkatakan.Bagi
guru2 pedalaman syabas anda adalah insan yang terpilih untuk melaksanakan
tugas, terpaksa berjauhan memandu ,berjalan, berlayar berbatu-batu baru sampai
sekolah untuk tugas yang diamanahkan oleh kementerian pelajaran.Bagi yang
mengajar di bandar jangan lupa giliran anda akan tiba untuk untuk berkhidmat
dipedalaman dan sama-samalah mendidik dan mengajar anak bangsa supaya tiada
yanga ketinggalan,tentang gaji bersyukurlah wahai tenaga pengajar, kalau hendak di
bandingkan gaji ijazah samada diploma kedua-dua jarak tidaklah terlalu
jauh.bersyukurla apa yang ada, kita perlu memandang ke atas dan ke bawah,kalau
pandang ke atas - gaji yang diterima tak cukup,kalau pandang ke bawah akan terbit
rasa bersukur dengan gaji yang ada.kalau dibandingkan dengan kementeriankementerian lain mereka mereka akan kata durian runtuh buat tenaga pendidik yang
berkarisma.
cikgu a
pengalaman saya..beban yang paling berat ialah mengawal displin pelajar
terutamanya pelajar sekolah bermasalah dan kelas bermasalah..guru-guru terpaksa
bertugas bukan sebagai pendidik tetapi lebih kepada polis! dan juga
pengasuh..pelajar ini jenis taknak belajar kenapa tidak dibina sekolah atau tempat
khas utk mereka...ibu bapa mereka suka hantar anak jenis ini kesekolah juga sebab
mereka pun tak larat atau malas nak jaga anak mereka yg terjal gajah ni,,akhirnya
cikgu juga yg terseksa jiwa raga..
jajaid
kepada abu....hanya guru pemalas jer yg tak rasa banyak kerja....saya setiap hari
balik kerumah lepas pukul 4 ptg itu pun dah kira awal...
kepada nna
siapa yg ajar awak masa dulu...guru bukan tapi kalau nak cari guru macam yg
mengajar awak dulu pada masa sekarang sy rasa awak takkan dapat sbb apa kerja
dia tersangat lah banyak nyer....macam saya sekarang kena dtg ker klang buat kerja
perkeranian 8pg hingga 11 mlm. so kelas dah dekat seminggu tak msk nih.. balik
mesti byk kerja lagi nak buat. hmmm pening... guru cuti 7 hari jer sethn...pastu cuti
sekolah ada sebulan hampir setgh boleh di panggil ker sekolah utk bertugas...buat
apa? sendiri mau ingat.
suamiguruSBT
saya setuju dengan pendapat gabro. saya juga suami seorang guru. terima kasih
kerana kerajaan sudi menjenguk beban tugas seorang guru. institusi kekeluargaan
amat penting, gaji/elaun bukan jalan penyelesaian. Guru besar sekolah cuma
mengejar nama/ pencapaian tetapi pasal kebajikan guru langsung terabai.
rumahtangga guru2 mesti dititikberatkan. sebagai suami seorang guru, ingi juga
merasa masakan seorang isteri pada hari cuti/hujung minggu, tetapi langsung

terabai dengan mesyuarat, kokurukulum dan macam-macam lagi. sekolah mantap


tetapi rumahtangga makin hancur.
mat
aku rasa semua ni boleh setel kali gaji guru dinaikkan.....zaman sekarang duit..
jajaid
salam....
semua kerja sama saja, mesti ada tekanan...saya sebagai guru memang merasai
tekanan juga, memang banyak kerja dan macam2 lagi...bezanya tekanan guru dgn
sektor lain ialah....guru terpaksa membawa banyak tugasan dalam satu masa yang
mana tugasan yang lain dari mengajar itu lebih banyak...saya ingat tak payah laaa
nak buat kajian lagi...seingat saya laaa dulu masa menteri pelajaran yang lama pun
dah ada kajian dibuat...tapi bila dah masuk TV pastu senyap jer...dah laaa buang
masa jer nak buat kajian lagi...yg saya tahu kajian hanya akan tinggal kajian jer, dan
disebabkan kajian ni lah tugasan guru jadi bertambah banyak...Hmmmmm sendiri
mau ingat.
syukurselalu
cuba le kita semua bersykur dgn apa yg diberikan. Bukan nak mempertikaikan apa
yg nak d tuntut. Tuntutlah sekiranya benar2 buat ni ada segelintir yg buat sambil
lewa. Contoh mengajar kat sek tak sungguh2 tapi mengajar tuisyen betoi2 pulak dah
2 asyik tak cukup duit aje. Mana nak cukup kalau buat keje 2 tak ikhlas, amanah dan
bertanggungjawab, nanti jwb le kat sana..Bila buat keje lebih sikit mintak itu mintak
ini tapi anak murid tak pun yg semua jadi org makin byk gejala yg tak bermoral bila
anak murid pandai guru dpt nama tapi kalau tidak ibubapa yg disalahkan. Kalau nak
tuntut buat le betoi2 ni tak yg buat ssedikit aje yg tumpangnya ramai. Sebenarnya
staf yg buat keje kat pej/jabatan 2 lagi le sibuk terutama org kat perkhidmtan. tapi
ada sapa peduli guru tau nak cepat aje sistem keje tak nak ambik tau. ingat bila
hantar 2 boleh dpt cepat aje tak tahu ke 1 PT ni buat untk 800 org guru. kena le
faham .
Untk makluman buat apa pun biar le ikhlas jgn nak harapkan balasan aje
Ahmad Nasrun
Saya sokong apa yang terbaik untuk agama bangsa dan negara biarpun banyak
bebanan. Selagi saya diberikan kesempatan bersama keluarga dan kebajikan terjaga
dah syukrlah
Ishak
Salam
Seharusnya guru hanya diberikan tugas mereka yang hakiki itu P&P, hal ehwal murid
yang asas dan kokurikulum sahaja. Jika guru diberi tugas lain, ia kan mengganggu
tumpuan dan masa guru terhadap tugas hakiki itu. Bayangkan guru pun dipaksa
terlibat dalam aktiviti Kementerian dan Jabatan lain, parti politik dan komuniti yang
kadang-kadang hanya sebagai pemenuh dewan dan kerusi yang kosong serta bawa
murid-murid untuk memeriahkan majlis orang lain. Pada hal pada masa itu guru dan
murid dan pelajar perlu ada dalam kelas dengan P&P. Kadang-kadang sehingga larut
malam. Sehingga ada kata-kata sumbang ' kalau nak ramaikan orang dalam sesuatu
majlis, arahkan aje guru dan murid sekolah hadir ke majlis tu..semuanya JPN boleh
buat'........

mohd yusof
diharapkan kajian ini cepat dilakukan dan beban tugas guru akan berkurangan,
ramai guru yang mengalami tekanan dengan keadaan ini.
masukkan PTD
annarina
beban guru di sekolah bergantung terhadap sek tersebut.ada sekolah yang beban
kerjanya kurang dan ada yg banyak.harap pihak berkenaan pantau baru tahu
sendiri.saya tak kisah kalau tugas mendidik pelajar tapi yang dirungutkan ialah kerja
sampingan yang melampau.saya keluar ke sekolah pukul 6.45 pagi disebabkan jarak
rumah yg jauh, sampai rumah pukul 7 malam disebabkan ada keja sampingan.
Deria Rasa Ceria
Assalammualaikum...
Saya seoang mahasiswa, bekas pelajar yg pernah belajar di sebuah sekolah yang
amat menyeksakan guru2.. bayangkanlah dgn kuantiti pelajar yg ramai dan guru
pun bertindak jd wadern... penat la... kesian kami tgok.... tp stdent pun ske cari
pasal...
bakak guru_ukm
hmmm..akhirnya sampai jd begini senario pendidikan negara kita..adakah perkara ini
timbul satu ketika dahulu..
ahmad
saya harap pihak kementerian pelajaran juga memantau tugas-tugas ppm asrama
terutama di sarawak.walaupun kami kumpulan sokongan gred n17 bebanan kami
juga amat berat dan banyak diluar bidang tugas.ada diantara kami disuruh
menghantar murid jika ada pertandingan,ada yang disuruh membuat kerja-kerja
kerani,ada yang disuruh memasak walaupun ada tukang masak,ada yang disuruh
menjaga kelas.sedangkan jawatan ppm n17 asrama hanya berkaitan dengan
asrama.bila ppm asrama tidak mahu ikut perintah terutama guru besar kami akan
diugut tidak disahkan jawatan atau markah penilaian prestasi tahunan
dikurangkan.jika pihak atasan terutama pegawai sektor datang melawat ke sekolah
guru besar akan mengarahkan kami membuat kerja-kerja asrama supaya tembelang
mereka tidak terlihat.harap kementerian pelajaran mengambil tindakan yang
sewajarnya.kami pun penyumbang kearah pendidikan cemerlang.
asda
Kehebatan guru bukan saja terletak pada ilmunya, tetapi juga kaedah pengolahan
dan minat mereka. Di sekolah, skor utama sudah tentu lebih kepada P&P. Kini terasa
letih dengan bebanan kerja pengkeranian yang seakan tidak habis dek penyediaan
pelbagai maklumat. Semua kerja mahu dilakukan serentak. Kelengkapan di sekolah
untuk kerja-kerja pengkeranian bukannya mudah diperolehi. Ada ketikanya, terpaksa
menunggu ink printer berminggu-minggu. Bukan mengungkit dengan pengorbanan
yang sememangnya ada dibuat guru, cuma minta perhatian pihak atasan yang suka
mengarah tidak mengkaji kesulitan pihak guru sebenarnya. Jika diperhatikan, banyak
fail yang kena diwujudkan.. walhal isinya lebih kurang sama. Bayangkan, terlalu
membazir kertas dan ink printer jika dikira. Alangkah bagusnya jika ia dilaburkan
untuk P&P murid-murid. Guru bukan robot, boleh melakukan tugas sepanjang masa.
Mereka ada tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat. Ada guru terpaksa

mengabiskan masa di sekolah semata-mata menyiapkan maklumat untuk fail baru,


tiada bayaran tuntutan kerja lebih masa pun diberi. Di rumah pula perlu
menyediakan keperluan keluarga.. kesudahannya guru terlena dalam keletihan.
Hujung minggu pula sarat dengan jadual aktiviti dan program anjuran sekolah.
shamsol kamal
Sudah banyak kali doh bagi tahu! Masuk surat khabar ke masuk TV ke tapi macam tu
juga lah tidak ada perubahan. Naik siapa jadi ketua pun bawa isu yg sama juga. tidak
ada jalan penyelesaian. Yang menjadi mangsa guru-guru lah...Ini nak tambah masa
pula subjek BM/BI pula nanti kita orang balik macam waktu pejabatlah. Sekarang ni
pun kita org sudah balik jam 3/3.30ptg + subjek tu menjadi 5.00ptg lah. Masuk
7.45pg- 5.00 ptg. Org pejabat dia ada rehat ada cuti tahunan..dll. Tidak ada ke cara
lain yang lebih competatif adil dan saksama?
Ishak
Salam
Seharusnya guru hanya diberikan tugas mereka yang hakiki itu P&P, hal ehwal murid
yang asas dan kokurikulum sahaja. Jika guru diberi tugas lain, ia kan mengganggu
tumpuan dan masa guru terhadap tugas hakiki itu. Bayangkan guru pun dipaksa
terlibat dalam aktiviti Kementerian dan Jabatan lain, parti politik dan komuniti yang
kadang-kadang hanya sebagai pemenuh dewan dan kerusi yang kosong serta bawa
murid-murid untuk memeriahkan majlis orang lain. Pada hal pada masa itu guru dan
murid dan pelajar perlu ada dalam kelas dengan P&P. Kadang-kadang sehingga larut
malam. Sehingga ada kata-kata sumbang ' kalau nak ramaikan orang dalam sesuatu
majlis, arahkan aje guru dan murid sekolah hadir ke majlis tu..semuanya JPN boleh
buat'........
sengsara
Setuju sangat dengan artikel ini... Memang sengsara jadi guru, tidak hairan lah
pekerjaan guru di'nobat'kan sebagai kerja yg paling STRESSFUL di Malaysia. apa tak
nya, tugas2 pengkeranian dan pentabiran lebih banyak daripada mengajar.
sedangkan tugas sebenar guru ialah mengajar..hanya guru saja yng tahu betapa
sengsaranya jadi guru. bagi mereka2 yg merasa jadi guru itu kerja yg paling senang
sebab hanya separuh hari...fikir 2 kali sebelum menjadi guru.
cikguliza
menjadi guru sekarang memang mencabar,,tapi kena redha la..n sabar..memang
rase terbeban ngan pelbagai tugas selain mengajar..tapi diri sendiri yg memilih
kerjaya guru..tanpa paksaan ..so kenalah terima pro n kons nye..apepun kena
bersyukur kerana terpilih dan di lorongkan Allah untuk menjadi guru...cuma kalau
pihak atasan nak kaji n bantu guru dari segi pengurangan beban tugas yg bukannye
major..alhamdulillah..syukurr kerana prihatin..kerana guru juga manusia biasa..
bu..arby wariana
kalau kail pnjg sejengkal, lautan dlm jgn diduga. begitulah hakikatnya menjadi seorg
guru. Soal gaji jangan berkira sangat. Guru zmn dulu gaji dlm 400 jak. Syukurlah
sekrg ni smua sdh naik. Kerja yg byk ni sebenarnya dr pihak pentdbiran yg
mperkenalkan dasar itu ini meyebabkan data diperlukan itu ini. Benda yg kecik2 ni
tak penting rasanya bagi sya. menybbkan tekanan pd guru. Guru selain mengajar,
kena menilai kerja kursus yg perlu isi sekurang2nya 3 atau 4 borang. Analisis itu ini..
cuba kementerian rangka satu pelan yg ringkas tapi mendatangkan faedh kpd

generasi baru kita. Guru KH contohnya...terlalu beban dgn kerja kursus, kemaskini
maklumat stor, mengajar, buat analisis dan mcm2 lagi. tekanan semakin berat.
kerajaan perlu gubal sesuatu yg simple
fahmie
so pada pandangan saya la kan..guru2 ni mahukan apa dalam kerjaya
mereka..baiklah jika tidak boleh membuat kerja pentadbiran itu tidak mengapa. yang
menjadi tanda tanya buat keje byk tapi tak seberapa gaji ke.? bagaimana ngn
kerani2 kat sekolah tu?? lagi byk diorg buat kerja nak memastikan urusan2 guru
cepat diselesaikan..gaji seribu je...tak bising pon.
2.masalah nak buat pnp? boleh ada cadangan bleh dibuat tapi kan mesti la ada
ganjaran..kita suh kerajaan berikan setiap guru seorg setiausaha..kiranya membantu
guru dalam hal perkeranian secara kontrak dan selama setahun atau paling lama
2tahun..dan ganjarannya adalah seluruh sekolah di negara ini perlu mendapat
pencapaian 100% cemerlang dalam pelajaran bukan lulus tapi cemerlang..kalau ada
100 org murid semua 100 org murid perlu mendapat A+ dalam semua subjek..mcm
mana? jika kehendak cikgu2 diturutkan kerajaan juga mahukan pulangan..org dah
memberi kita perlulah berjasa..amacam ada berani tak?? mgkin alasan plg kukuh
sekarang sekolah kurg cemerlang kerana bebanan kerja guru..tol tak..so camne..
sperkara lagi,jgn la timbulkan isu gaji lagi...org berpendapatan rendah akan berasa
hati,guru dapat kenaikan gaji padahal yang sokongan tidak mendapat ape2..kita
sama2 bekerja jadi jgnlah berkira sangat..ok
nazwinne@yahoo.com
salam kepada semua guru2 yang terlalu berebut untuk menaikan taraf hidup
sendiri ...Gaji diambil kira tapi bab2 pelajaran anak murid taidak diambil kira sgt ....
kalu yang budak yg mundur terus biarkan bukan untuk dimajukan ...gaji nak
besau ..cikgu sekarang tak sama dgn cikgu dahulu ..sekarang cikgu duit je ...
crakers rangup yg dah nak lemau
assalamualaikum..
memang betul pun jadi cikgu ni menyeksakan.. tak perlu cerita bab gaji la.. dulu
kecik2 cita2 saya memang nk jadi cikgu.. bile dah 5 tahun mengajar ni.. dah terasa
nk berhenti kerja.. serius.. x main2.. mana taknye.. kerje setengah mati.. fail tu fail
ni.. borang tu borang ni.. tuka sorang pengarah jabatan.. kuar la idealisme baru..
tukar lagi.. ade lagi baru.. sume nk cipta nama.. tapi kerja yg lama tergendala lagi..
macam ni nak maju.. xde makna la.. fail tu fail ni.. kunun nk itu nk ini.. prasekolah
ade pembantu sebab kerja rumit nampak senang.. sy pernah ditugaskan mengajr
prasekolah.. taubat saya.. nampak je mudah.. cikgu aliran perdana 1-6 pula.. macam
bagus je.. nak menyalahkan prasekolah semata2.. semua nk tunjuk pandai.. KPLI
pula.. memang la keje dah bertahun ade ilmu didada.. yg saya tengok.. keje
engineer jadi guru pendidikan khas.. kat mana nk turun ilmu tu.. sebelum bercakap
tengok keadaan sekeliling dulu cik oi.. berapa kerat cikgu KPLI mengajar ape yg
dorang tahu ttg ilmu yg dorang perolehi.. 5% pun x sampai.. semua nak nama.. cube
tengok kat bus stand2.. ade x orang gile?.. cube tanye keje dia dulu ape?.. xyah
terkejut la.. setiap bas stand mesti ade sorang bekas cikgu yg gile.. ini bukan cakap
kosong.. dah lebih 9 bus stand utama saya pergi.. memang ade.. cikgu yg ade kat
wad sakit jiwa sekarang ade berapa?.. hukuman rotan x boleh.. kerajaan sedar x
kenapa taraf pendidikan masih di takuk lama?.. sebab semua nak nama je.. program

tu program ni.. nanti tukar lagi menteri.. tukar lagi pengarah.. tukar lagi.. memang la
ikut peredaran.. tapi klu yg lama pun x sudah.. timbul yg baru.. x keman la perginye..
sape cikgu sekarnag ni?.. cikgu ke ibubapa?.. asal ade komplen sikit menggelupur
cam ayam berak kapur.. ape bende tu.. sikit2 masuk tv.. masuk paper.. cikgu
tertekan sebab murid dengan ibubapa bermaharajalela.. tak perlu cerita tentang gaji
la.. saya percaya semua cikgu ikhlas mengajar.. tapi sebab dah macam2 beban
tugas.. xde makne dah nk mengajar.. jangan la nk persoalkan cikgu x pandai tu x
pandai ni.. kalau tak pandai.. kenapa hanta anak ke sekolah?.. kalau dah pandai
sangat.. kenapa tak mengajar je sendiri kat rumah.. cakap pakai la otak sikit.. hmm..
bukan masalah ni je.. saya percaya semua guru tahu istilah jurulatih utama.. dilantik
untuk membantu guru2 sealiran.. hmm.. ade makna ke jd JU ni?.. banyak gak
masalah lain lagi.. pk la sendiri.. satu negeri sampai berpuluh JU.. kenapa x lantik 5
orang sahaja yg bertauliah.. kemudian 3 tahun sekali cari pelapis.. banyak la
sebabkenapa seksa jadi guru.. guru2 yg lama.. maksud saya zaman sebelum saya
sekolah.. yg mendidik meteri2 semua.. anda x boleh samakan zaman anda dengan
kami.. zaman anda.. tugas utama hanyalah mengajar.. jika ada tugas perkeranian
mungkin x sama macam kami sekarang.. ada makna ke jadi cikgu sekarang ni?.. gaji
nk kata besar.. biasa2 je.. keje mengalahkan menteri.. hmm.. soalan saya.. untuk
semua persoalan yg berbangkit ni.. jawatankuasa yg ditubuhkan ni.. selepas dua
bulan ni.. ade jawapan ke.. atau tetap macam tu dan ada pertambahan lagi tugas..
oh ya hampir saya terlupa.. pada guru yg KPLI dan yg sambung belajar.. TAHNIAH
kerana usaha anda untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.. cuma nak tanya.. jika
anda sambung belajar.. dan semua guru sambung belajar.. murid2 jadi apa ya?..
selagi guru ni menjadi mainan ibubapa dan sistem pendidikan sendiri.. tak kemana la
tahap pendidikan di negara yg saya cintai ni.. KEMUNGKINAN BESAR.. RAMAI YG
MENJADI GURU SEKADAR ATAS NAMA.. SEBAB GURU.. BUKAN LAGI API YANG
MEMBAKAR LILIN.. TETAPI API YANG MEMBAKAR DIRI.. guru pun ada rumahtangga
nak urus..
Qistina Mohammad
Assalamualaikum.Sejujurnya, mmg benar beban guru semakin meningkat
berbanding dahulu.Suami saya merupakan seorang guru di sekolah rendah di utara
malaysia.bg saya dan suami, gaji bukan satu isu yg perlu dibesarkan.tp kualiti
pengajaran dan pentadbiran sekolah perlu diutamakan bg melahirkan pelajar yang
celik dan berpengetahuan.kementerian seharusnya perlu mengkaji prestasi guru dan
pentadbir bukan dari segi pencapaian upsr@pmr@spm@stpm semata2 tp nilailah
mereka berdasarkan penguasaan pelajar dalam pelajaran.kita harus akui akn hakikat
tidak semua pelajar cemerlang dlm pelajaran akademik.ada segelintir pelajar
cenderung dalam sukan, perniagaan, lukisan, muzik dll.sebagai guru seharusnya kita
perlu bimbing mereka utk berjaya dalam bidang yg mereka mampu kuasai.bukannya
menekan mereka dgn pencapaian akademik yg belum tentu dapat menjamin hidup
mereka di masa depan.apatah lagi dgn realiti dunia sekarang, ada ijazah pun belum
tentu anda boleh dapat pekerjaan.
2.sikap guru yang ada mengamalkan sikap pilih kasih.ini diceritakan dan dilihat
sendiri oleh sebilangan murid sekolah.ini menyebabkan timbul rasa tidak hormat
pada guru.pelajar sekarang semakin bijak.mereka menilai berdasarkan apa yg
mereka nampak dan dengar.apa reaksi mereka jika pelajar yg disayangi guru
melakukan kesalahan seperti tidak siapkan kerja sekolah tp tidak menerima
hukuman?tp pelajar yg tidak disukai guru jika melakukan kesalahan yg sama akn
dihukum berdiri di luar kelas sepanjang masa sekolah.mana peranan guru yg
sepatutnya mengajar pelajar agar tahu menilai mana yg salah mana yg baik?.jika
guru bertindak sedemikian, adakah kita fikir yg pelajar akn menghormati para guru?
mendengar kata guru?.sudah tentu akhirnya mereka endah tak endah dan

sewenangnya boleh mempertikaikan tindakan guru@ibubapa jika mereka melakukan


kesalahan.
3.sikap para guru di sekolah dan juga pentadbir yang gila mengejar pangkat dan
nama.ini benar dan berlaku di sekolah.sikap "kaki bodek"@"kaki kipas" wujud di
kalangan guru semata2 mahu mengejar gelaran guru cemerlang yg ganjarannya duit
rm 1 ribu.pentadbir juga ada yg mengejar pangkat dan nama utk menjadi cemerlang
tanpa memikirkan nasib pelajar.adakah para guru ini lupa yg tugas mereka adalah
mengajar pelajar agar menjadi insan yg berguna.adakah mereka tidak tahu yg guru
merupakan antara golongan yg bertanggungjawab mencorakkan masa depan pelajar
selain ibubapa?.
saya sedih bila memikirkan perkara ini berlaku di negara kita.kadangkala saya
memikirkan nasib anak saya yg akan bersekolah.ada guru yg ikhlas dalam mengajar,
tp dikenakan pelbagai bebanan tugas supaya dikenakan pelbagai kritikan, supaya
tidak disukai oleh pentadbir dan pelajar.ada guru yang mengajar tak seberapa,
hanya tau menengking pelajar tanpa memikirkan emosi dan mental pelajar menjadi
antara guru yg dikatakan guru cemerlang.
walaupun saya bukan seorang guru, tp saya pernah menjadi pelajar.kebanyakkan
pelajar selesa dgn guru yg mengamalkan pendekatan menjadi kawan kepada
pelajar,nasihat dan menegur kesalahan dgn berhemah tanpa perlu memalukan
pelajar.dekatilah pelajar dengan bijak tanpa perlu memaksa.setiap pelajar ada
kelebihan.carilah kelebihan itu agar anda sebagai guru dapat menbentuk mereka
menjadi insan yg berguna sekaligus mengangkat martabat guru.
mohd
Saya bukanlah guru, tapi saya berpendapat tugas guru hanyalah mengajar dan
bukannya kerja kerja kerani. Namun guru generasi sekarang terlalu banyak
merungut dari bekerja.
sritanjung
kami guru2 pedalaman kadang2 rasa tertekan dengan bermacam-macam tugasti
seperti saya, hanya saya sahaja guru subjek sains, terpaksa mengajar 32 waktu,
tahun 2,3,4,5,dan 6. bukan itu sahaja saya terpaksa mengambil jawatan guru emis,
data murid, data asrama, warden, panatia dan tugas-tugas lain. harap guru
pedalaman ditambah. lebih menyedihkan bila ada nya krusus. walaubagaimanapun
kami hadapi dengan tabah......
a-kim
akum. saya seorang guru mengajar di sekolah SKM. saya menjawat jawatan
PGB,memegang beberapa tugas panatia dan beberapa tugas yang selain dari tugas
P@P saya. hal yang demikian ianya amat membebankan. kerana sebahagian urusan
pejabat saya buat dan ianya mahu segera. segala urusan menggunakan internet
disebabkan kegawatan ekonomi. tanda buku, bawa murid aktiviti kokurikulum, kelas
tambahan dan pantau memantau oleh majikan dan dari pihak yang tertentu menjadi
lumrah tanpa kira, tanpa masa, kadang-kadang tak berkira. segala benda mahu
buat. murid gagal di bawah batu jembala, semua mahu tanggung. kalau dulu ibu
bapa sokong kalau kita mendisiplinkan murid, sekarang sebaliknya. kalau dulu guru
rotan, ibu bapa kasi tambah mcm nasi tambah, sekarang sebaliknya guru
dipersalah.semuanya sudah berubah. ada isu, ada idea dan mcm2 lg diperkenalkan
di media masa maka adalah tugas baru untuk guru. itu yang diketahui di media
masa yang lain2 guru sahaja yang tahu. ada guru buat bisnes itu tanda hasil tak

mencukupi. ada guru berhenti kerja itu tanda beban dibebani. 1 perkara pintaku buat
rengungan bersama. bayangkan anda ada 4 orang anak pastinya menjadi tugas
membesar dan mendidik amat sukar bukan? bayangkan kami mendidik 40 orang
anak yang bukan anak sendiri macam2 ragam dan kerenah di tempuhi,bayangkan
40 orang anak bijak, pandai dan lemah di campuri tugasku pastikan berjaya tak
kenal sape. itu 40 orang satu kelas je kalau 1 sekolah macam mana? tugas-tugas.....
saya akur. saya tahu saya sape. saya yang menurut perintah. saya guru di kenang
dan di panggil sampai kemati. bukan merungut atau bersungut ada perkara yang
sudah berbangkit. saya tampil mencetus cerita susah senang menjadi guru. tanpa
guru-guru yang lepas sapelah saya. ewah........ jasamu tetap di kenang.
haiza
betul!guru segalanya..yang terkini guru sebagai penulis teks ucapan utk diisi dlm
berbagai jenis dokumentasi,guru sebagai technician di makmal2,penyedia laporan
dan bermcm analisis yang dikehendaki ppd/jpn,pengendali berbagai jenis kursus dan
program hujung minggu,pembimbing kelas tambahan petang, malam, cuti hujung
minggu dan cuti2 penggal,dipaksa menghadiri kursus,taklimat,bengkel,seminar,sessi
brainwash dan lagi..dan lagi! Minda cikgu zaman ini semakin berserabut dengan
bebanan dan tekanan. Tidak hairan semakin ramai guru tersenarai dalam kategori
guru bermasalah.KPM perlu buat sesuatu sebelum parah!
Niza Sidik
Terima Kasih kepada pihak kerajaan kerana akhirnya peka terhadap beban yang
digalas oleh guru..Diharap langkah diambil segera, jangan isu hanya tinggal isu.
khairul
setuju sangat dengan nutp.skg ni kebanyakan kerja guru lebih dari kerja luar
berbanding P&P hinggakan kelas terpaksa diganti dengan guru lain di kelas.ada ke
patut guru memeriksa makanan dan kuku peniaga kantin.membuat kerja seperti
kerani.terlampau menumpukan ko kurikulum hinggakan P&P terbiar.mana matlamat
guru?
ahmad
Harapan saya supaya kerajaan dan kementerian berkaitan mgambil langkah yang
sewajarkan berkaitan masalah guru yg dihadapi sekarang utk mgelakkan bidang
perguruan menjadi kelas kedua dan bidang yg tidak diminati oleh golongan muda
akan datang. Fikir-fikirkan sebelum ia terlambat. Jangan nasi sudah menjadi
bubur,baru nak ambil tindakan.Kemaskini semula kerja-kerja staf pentadbiran di
sekolah,jgan ade yg terlalu sedikit kerjanya,biar ia berbaloi dgn gaji yg diberikan.
den
saya sokong benar semua komen komen yang baik n betul berkaitan masaalah
guru.Dari ajaran n tunjuk ajar dr guru yg baik maka akan jadi seorang
pemimpin/manusia yg bertanggungjawab n berguna untuk negara,bangsa dan
agama.Oleh itu saya menyokong semua pekara yg patut di beri perhatian hendak
lah di utamakan.umpama kata perpatah saya'ilmu yg baik biarlah di ajar dari kecil
dan ilmu itu diajar oleh orang yg bernama guru'
Subaan
Saya sangat setuju..Guru sekolah mempunyai keja yg amat banyak...banyak perkara
yg harus dijaga..terlalu banyak fail yang kena dikemaskinikan..masa mengajar dalam
seminggu pun sdh banyak..ditamah dengan kerja2 pentadbiran..tidak termasuk lagi

aktiviti kokurikulum..sukan kena buat, pasukan bolasepak, ola jaring dll kena d latih
dan d sediakan..hantar budak keluar ke kejohanan..cikgu buat semua tu...tp bila
guru bersuara, semua org hentam..kata cikgu keja setengah hari la..dengan beban
guru ni, kadang2 sampai terabai kelas dan juga buku2 budak..tp, semua guru tetap
omited walaupun tada elaun tamahan..tahniah semua warga pendidik...
Cikgu banyak duit
Cikgu kat sekolah kena banyak keluar duit untuk derma dan bayar apa-apa untuk
acara-acara sekolah. Nak buat program sekolah takde duit mintak sumbangan cikgu.
Duit persatuan cikgu kat sekolahpun boleh tahan jugak nak kena bayar. Asyik kena
kuar duit je. Nak photostat untuk murid pun susah. Photostat kat luar susah nak
tuntut. Kerja pengkeranian lak, banyak yang cikgu kena buat. Ada kerani yang rasa
macam bagus sangat. Cakap belakang lebih. Kerja banyak tak tau. Mintak tolong
buat kerja tolak balik kat Cikgu. Macam takde fungsi je kerani kat sekolah tu.
Mungkin lantikan pakai kabel gaknye. Lebih baik sekolah takde kerani yang lebih
menyakitkan hati dari membantu cikgu kat sekolah.
pasal gaji, saya tak setuju perbezaan gaji nak dikecilkan. Kalau camtu biarlah semua
tak payak buat ijazah. Belajar lebih kurang je... buat diploma dah boleh dapat gaji
dekat dengan Ijazah. Cakap dengan anak-anak kalau nak kerja cikgu tak payah ambil
ijazah. Ambil Diploma je. Nanti gaji pun lebih kurang je...
Keturunan Menteri dan Pengarah
Ingatlah keempokan kerusi kita hari ini adalah hasil dari keringat guru-guru kita yang
mengajar kita tanpa mengira bangsa dan agama malah hingga sanggup menerangi
alam yang gelap bagai lilin yang membakar. Janganlah hanya pandai memberi
arahan tanpa membuat kajian yang mendalam. Ketahuilah wahai Guru Besar,
Pegawai PPD, Pegawai JPN dan Pengarah Pelajaran dan Menteri kalau bukan dengan
kederat dan lelah seorang guru yang ikhlas mengajar kamu sewaktu dulu mungkin
kerusi tidak seempok begini. Tidak ada manusia yang berjaya tanpa berguru. Guru
ibarat gedung ilmu. Kejayaan kita hari ini adalah dengan keredhaan dan keikhlasan
guru yang mengajar kita dahulu.
rahim abdul
Benarlah bagai dikata..guru ibarat lilin. Tapi apa yang perlu dipertanyakan ialah
mampukah lilin menerangi andai sumbu telah tidak membakar. Haruslah pihak
berkenaan melihat dalam aspek psikologi guru yang disisi lain juga seorang
isteri,ibu, dan juga sebagai seorang ayah dan suami. Demi sebuah nama pencapaian
akademi yang cemerlang, gemilang dan terbilang, tidak sedikit guru yang
kehilangan komitmennya sebagai manusia biasa. Jangan sebut soal keikhlasan dan
tanggungjawab. selain nyawa..lebih daripada itu telah guru korbankan.Maka,
hayati..fahami..dan berimpatilah dengan nasib guru.
keropok goreng
salam,
isu ini dah banyak kali diketengakan oleh para guru.pihak kementerian masih buntu
utk menyelesaikan masalah ini.saya mencadangkan pihak yg berwajid menyediakan
satu tugas khas atau mengambil satu pihak kedua yang menjalankan tugas2 diluar
kelas contonya di bahagian kokorikulum dilakukan pihak lain selain guru.pihak
berwajib kalau boleh menambahkan bilangkan jawatan kerani sekolah dan
dipecahkan ke bhg tertentu yg mana tidak membebankan pihak guru utk membuat
semua kerja selain dari hanya fokus kpd memberi pelajaran kpd murid.

gaji singgit dua


knapa kebanyakan guru2 graduate x suka apabila guru2 kpli gaji mahal? pada
saya....kalau anda inginkan gaji yg sama dengan mereka... anda hendaklah buat apa
yg mereka buat sblm jadi guru kpli...kalau sanggup dan anda berhak untuk
mendapat apa yg mereka dapat. kalau tak sanggup, terima apa yg anda dah dapat.
bukan senang nk senang..sedangkan anda sendiri terus menjadi guru tanpa ada
apa2 pengalaman...selain praktikal. kebanyakan guru2 kpli ni da bekerja 5-6 tahun
dalam bidang masing2.walopn bukan guru. bagi fresh graduate guru
ijazah/diploma..anda kerja dulu 5 tahun..anda akan dapat apa yg mereka dapat
sekarang walaupn sedikit berbeza. dan semua ni sama jer. saya ni bukan guru...tapi
memberi komen. dan igt... org yg menilai tangga gaji anda semua sbg guru mungkin
seorg guru dan bukan guru... mereka da menilai kenapa tangga gaji ini
ditetapkan.....kalo anda fikir kerja sama banyak gaji lain2. apa yg anda ada selain
fresh graduate guru. anda ada pengalaman kerja bidang engineering?account(yg ni
gaji lg mahal kalau kpli)?bla.bla.bla.. anda kena fikir apa yg anda ada...apa yg anda
tiada...jgn fikir keje sama bannyak...macam seorang bos tempat keje anda. dia
owner, dia blh suruh orang buat apa dia just nak tgk hasil. dia nk rileks.. knapa? dia
bukanla bos yg bagus tp dia ada duit..awak apa ada? keje je la kalo nk dapat duit...so
morally think positive then take what u can get. jangan berfikiran sempit sgt wahai
guru2 anak bangsa fikir pasal gaji.
Cg Praktikal.
Subhanallah..bersyukur kepada Allah kerana kita sebagai guru merupakan sebaikbaik pekerjaan..pekerjaan yang mulia.mendidik anak bangsa..bukan setakat PnP di
dalam kelas malah ikhlaskan diri mendidik segenap kehidupan manusia..kita sebagai
guru adalah mengajar sambil belajar..pandangan peribadi saya, kementerian sudah
membuat yang terbaik untuk kita semua..kerja-kerja sampingan selain mengajar
sebenarnya banyak mengajar kita dalam kehidupan yang tidak ada pada pekerjaan
yang lain..jurutera tidak akan uruskan sukan untuk pekerjanya, hakim atau doktor
tidak akan uruskan hal-hal lain untuk jururawat apatahlagi pesakitnya...tapi guruguru memang kena tahu dan laksanakan sukan di sekolahnya...jangan sampai suatu
masa masyarakat memandang guru-guru tidak ada kemahiran insaniah yang laen
mgkin kerana tidak tahu menguruskan hal-hakl sukan.(sbgai contoh la..anda boleh
gunakan contoh2 yang lain)..cuma masalah kat sini adalah samada guru itu dapat
mengimbangkan antara PnP dgn hal-hal lain..saya cuma guru praktikal..walaupun
dibebani dengan tugas yg byk sprt kerja2 pengkeranian yg lain..penat memang
penat tapi itu la profession seorang guru..
MIZ
Cadang juga PM turun sendiri jumpa guru2 pendalaman ini dan dengar first hand
cerita dari mereka sebagaimana dia turun padang jumpa rakyat macam di masjid
india dan kampung2 di sarawak dulu. Macam ini, guarantee nasib guru2 di
pendalaman akan terbela dengan serta mertanya. Tengoklah keadaan pondok yang
usang tempat cikgu2 ini tinggal yang kurang serbaserba. Bagi elaun ini dan itu tidak
akan menukarkan keadaan; infrastruktur untuk mereka selesa akan lagi mendorong
mereka untuk terus ingal berbakti di pendalaman. Ada gelintir yang seolah2 pekerja
syarikat balak: keluar bandar sebulang sekali untuk membeli keperluan dapur: yang
bujang ok/yang ada anakpinak/yg sakit tengah malam sementara yang dibandar
nyaman diulit mimpi berbantal empuk. Fikirlah? Emosi cikgu2 ini bercelaru dan
macam mana sekolah dapapt menuju ke arah SBT.
zamz1205

Isu adalah seksa menjadi guru. Perlu ditukar perkataan seksa kepada beban. Mejadi
guru tidak seksa tetapi terbeban. ini kerana dengan tugas yang perlu diselesaikan.
Tetapi tidak semua. Guru yang menjalankan MLM pun ader 2 orang jer dalam 100
orang guru. ( seperti dalam hotFM mgkin seorang kerani yg berkata bahawa kerja
tak nak buat tp MLM sempat buat. Manakala berkaitan gaji. perlu diingatkan dan
perlu tanam dalam diri... jangan merungut dengan gaji kalau menjadi guru. Kalau tak
rase boleh melaksanakan jgn hipokrit untuk berterus terang... jgn kerana nak org
pandang guru cemerlang tu sebab buat kerja. Kebanyakkan guru yang saya jumpa..
yang jenis orang yang tak merungut dan membandingkan gaji.. Alhamdulilah byk
maner kerja sekalipun beliau tetap tidak mengeluh... kalo rase terbeban bykkan
istigfar... jgn merungut kerja pun akan leih menafaat.
nurul
I'm not a teacher tapi saya mempunyai ahli keluarga dan rakan-rakan yang menjadi
guru. Mendengar keluhan bebanan mereka, saya juga faham dengan apa yg guru2 di
Malaysia lalui. Sy sokong dengan apa yang kementerian sedang usahakan dan apa
yang NUTP sedang perjuangkan. Semoga imbuhan yang guru2 terima berbaloi
dengan segala perit jerih yang telah guru2 berikan.
tension giler
salam... bersabar semua warga pendidik. sistem perundangan negara juga sistem
pendidikan sekarang ni pun tidak menyebelahi pendidik. lihatlah akhlak pelajar2
sekarang berbanding pelajar2 dulu. dulu kalau kena belasah kat sekolah...mana kita
berani mengadu kat org tua kita...lagi kita kena belasah ada la. tapi sekarang...kena
denda sikit kat sekolah, balik ngadu kat org tua...penjaga terus mengamuk serang
cikgu. Org atasan pun hanya tau cari salah cikgu...ada je cikgu ini xbetul, itu xbetul.
Org atasan kena bnyk belajar lagi...mcmana komunikasi dan interaksi yg baik dgn
org bawahan. kami bkn bdk2 kecik. ingat...hidup mau cari kawan, bkn cari lawan.
nak tegur kena ada cara. jgn ingat duduk atas...ada kuasa...leh buat apa saja...ingat
yang Paling Atas...Allah Taala tu. Kami xkisah sgt pasal kerja bertimbun ke apa...kami
tetap laksanakan...kerana itu tanggungjawab kami. Cuma penat layan kerenah
pentadbir, org atas dan kerenah penjaga. Kerenah bdk2 dah alah bisa tegal biasa. Ini
la nasib kami. Diam kena...bersuara sikit lagi la kena...nak buat macamana. Org luar
selalu cakap cikgu bnyk cuti....cakap senang la. try la jadi cikgu tgk...tu sekolah yg
cuti...kerja2 lain waktu cuti? 1/3 cuti memang selalu kena kerja. adoyai...sabar la
cikgu2...ujian...moga Allah balas dgn bebanyak kebaikan pd cikgu2 semua..amin.
Khairudin
Bagi meringankan beban guru, saya mencadangkan agar guru bekerja 8-5, atau 7-4
petang, sebagaimana kakitangan awam lain. Cuti juga diselaraskan seperti mana
kakitangan awam lain.
jebat
hanya guru sahaja menganggap "guru umpama lilin", tetapi tidak bagi kerajaan dan
masyarakat. kajian beban tugas guru pernah dibuat oleh menteri-menteri pelajaran
sebelum ini tetapi tiada tindakan dibuat oleh kerajaan. menteri pelajaran kali ini
minta buat lagi kajian.jangan asyik buat kajian sahaja pada guru-guru seolah-olah
guru umpama tikus di makmal.
Bapak Segala Guru
Polis dah naik gaji. Tentera akan naik gaji....guru bila lagi? Kamilah yang mendidik
mereka semua tu!!! TQ TS Muhyiddin Yassin.

muallim@jb
gaji polis dan tentera da naik,guru bila plak....tanpa guru takde polis ngan
tentera,takde perdana menteri,mcm2 takdela...pikir-pikirla....
Azhar Aripin
seksa bila tak fikirkan anak didik dan kerana Allah SWT.Janji ganjaran pahala
bertambah
Nurmuhamad
Secara keseluruhan, saya amat bersetuju dengan persoalan dan saranan semua
sahabat seperjuangan. Soal gaji, mungkin masih ada ruang kompromi kerana diluar
kawalan kita sebagai pendidik. Pun begitu, amatlah diharapkan pihak atasan (JPA)
pertimbangkan hal ini. Tidak banyak sedikit, soal gaji memainkan peranan dan faktor
motivasi guru.Di sisi lain, saya melihat keseksaan guru di sekolah berpunca daripada
kurangnya perancangan yang sistematik dan utama. Pihak sekolah lebih banyak
menumpukan usaha mengekalkan dan mengejar pencapaian akademi sehingga
wujud program-program bersifat ad hoc. Atas tujuan mendapatkan nama baik, guru
memberi komitmen tidak berbelah bahagi sehingga terpaksa mengorbankan
komitmen terhadap rumah tangga apabila kerja diusung ke rumah. Alahai
guru..benarlah bagai dikata..guru umpama lilin. Persoalannya, mampukan lilin terus
menerangi andai sumbunya telah habis terbakar. jangan dipersoalkan tentang ikhlas
dan redho..lebih daripada itu telah guru serahkan...
borneo
bersyukur dengan apa yang ada...kerjaya untuk jadi guru adalah pilihan diri kita
sendiri....jadi rasa nya bebanan untuk mendidik pelajar adalah telah sedia maklum.
puterabersiong
Cadangan untuk mengatasi beban tugan guru:
1. Tempatkan Pembantu Pengurusan Murid berdasarkan nisbah 1:30(1 pembantu
untuk 30 murid).Setakat ini hanya Pra Sekolah yang ada Pembantu Pengurusan
Murid.
2. Wujudkan jawatan Pembantu Pengurusan Sukan & Kokurikulum di setiap sekolah
dengan nisbah
1:10 (1 pembantu untuk 10 murid)
3. Wujudkan jawatan Pustakawan di setiap sekolah untuk menguruskan
Perpustakaan & Pusat Sumber. Tugasnya untuk membantu Guru Pusat Sumber
mengurus Pusat Sumber. (Macam Pembantu makmal membantu Guru mengurus
makmal sains)
4.Naiktaraf semua bilik pembelajaran supaya lebih kondusif seperti memasang
penghawa dingin.Ini akan menambah motivasi murid dan guru untuk berada dalam
kelas semasa proses P&P dengan lebih selesa.
5.Jangan kutip apa-apa yuran/derma daripada guru untuk aktiviti
MSSM/MSSD/MTQ/Kokum dan sebagainya. masakini guru-guru banyak guna wang
poket sendiri untuk bawa murid sertai aktiviti sukan/kokum/MTQ dll.
Persoalannya, adakah komen-komen ini akan sampai kepada pihak berkenaan
terutama MENTERI PELAJARAN MALAYSIA?
Rizai
Salam semua,
Guru adalah insan yang tidak ternilai, tidak dapat di tanding dengan berapa pun RM.

Namun, bersyukurlah sekalian guru kerana anda dipilih sebagai insan yang pasti
memperolehi 'harta' walaupun selepas mati.(Pahala). Buat dengan redha
tanggungjawab kalian, kerana jika silap niat, cthnya nak gaji tinggi shj., munkin anda
akan dapat, tp tidak dibawa mati. Cukup rugi, pekerjaan yang mulia ini, anda
lepaskan pahala yang besar dikemudian hari.
Mana ada kerja yang goyang kaki, kalau ada tu pun, golongan yang curi tulang.
Wahai cikgu dan cikgi, Jadilah insan yang cemerlang, yang tahu erti kesyukuran pada
Ilahi kerana ada yang tidak dapat menjadi seperti anda hari ini wlaupun punyai
kelulusan yang munkin lebih baik dari anda, cuma tidak bernasib baik terpilih
sebagai 'GURU'. Jangan rosakkan generasi masa depan kerana ketidakpuasan anda
hari ini.Berfikiranlah positif! Amiin
khalid
Kenapa bandingkan mengajar di borneo???? kalau rasa anak2 di borneo kurang
berminat cikgu dengan segala hormatnya boleh balik ke semenanjung. bukan semua
tapi kebanyakan guru2 datang borneo bangga mendapat elaun yang maha besar
tapi mengeluh bukan2.suruh pulang tanah melayu cakap di borneo seronok (atau
sayang hilang elaun).jangan salahkan murid kalau cara cikgu mengajar ala
kadar.beban tugas memang berat, jangan dibandingkan kelayakan dengan gaji.itu
sudah lumrah.tukang sapu ka, kerani ka, pengurus besar ka semua pun mempunyai
tanggungjawab masing2.fikir2 la guna otak bukan lutut
safarkss
Salam...Org yg memilih kerjaya sebagai guru sememangnya org yang betul2 tahan
lasak..apa tidaknya tugas guru masa kini yang semakin mencabar , bukan hanya
mengajar , mendidik atau membimbing murid , tetapi lebih dari itu..Tugas guru
adalah segala-galanya..Org yg jdi cikgu sahaja tahu betapa sengsara sebenarnya
hati guru ini...tapi ada pihak2 tertentu yang tidak faham yg menganggap tugas guru
senang..habis sek blh blik n rehat di rumah...sbenarnya tugas guru tdk pernah
selesai selagi ada murid , selagi itu guru diperlukan....Tahniaah untuk semua para
guru di MALAYSIA...
rozina7012
Guru yang bukan opsyen mengajar Bahasa Malaysia? Patut ke?
byenn
Jika bilangan guru di sesebuah sekolah itu mencukupi,mungkin bebaban guru itu
adalah ringan. Walau bagaimanapun, adakalanya, tugas perkeranian yang lebih
membebankan. kerja yang sepatutnya dibuat oleh kerani, diserahkan pula kpd guru2
dengan alasan bukan tugas saya atau saya tak tau buat. malahan di sekolah, saya
nampak bahawa kerani lebih relax berbanding guru. tambahan pula, kebanyakan
kerani khasnya di luar bandar datang sekitar jam 8 pagi, tetapi balik ikut jadual
persekolahan. ini kerana mereka tidak banyak kerja....kalau pasal kokum, itu no
komen kerana itu adalah tugas guru...lebih membebankan lagi apabila terlalu
banyak jawatan atau tugas khas yang disandang oleh seseorang di sekolah..
Nordiana Halid
Yup, i stuju. Guru2 skrg byk buat kerja2 pkeranian...PnP terabai...
misbahah
sebenarnya bergantung kpd perancangan sekolah.
sekolah yang mempunyai bil.guru yang ramai boleh digilirkan menjalankan tugas

pada program hari sabtu.masalah hanya timbul di sekolah yang mempunyai


bilangan guru yang kecil.kerja perkeranian diberi kpd guru secara specifik(1-2
shj)boleh dilaksanakan semasa"free period".apa yg berlaku di sekolah hari ini,guru
yang menunjukkan potensi"rajin dan komited" sahaja biasanya mendapat bebanan
kerja lebih,guru yg. buat "dont know" atau malas jarang mendapat kerja lebih kerana
akan menyusahkan pihak pentadbir dalam menyelesaikan kerja yang ada "due date'
GURU SKM
Assalamualaimum
Pada pihak KPM sendiri seharusnya mengambil maklum akan segala bebanan tugas
yang ditanggung oleh para guru diwaktu ini.Dengan segala macam program yang
dilaksanakan oleh KPM, maka pihak sekolah perlu membuat pelaporan mengenai
keberkesanan program tersebut.Maka guru-guru pun sibuk mengisi segala jenis
borang yang datang dari semua peringkat tak kira dari KPM, JPN, PPD, MGB,
pengerusi zon/kelompok/daerah/, pihak Nazir dan macam-macam lagi. Jika betul
atau tak hilang, maka guru-guru akan mengisi pelaporan lain pula, kalau tidak, kena
buat balik benda yang sama.Bilangan guru disekolah seharusnya dikaji semula
berdasarkan keperluan sebenar dan bukannya ikut bilangan kelas.Contohnya kalau
di sekolah SKM(Sekolah Kurang Murid) misalnya, hanya terdapat seorang saja guru
bagi opsyen tertentu seperti Agama Islam, Bahasa Inggeris dan Sains.Jika dipanggil
berkursus, maka tidak belajarlah murid-murid tersebut.Sebenarnya banyak yang
perlu KPM nilai balik polisi mereka bukan sekadar menerima laporan dari JPN yang
dikomersilkan untuk menerima pujian mana-mana pihak.Renung-renungkan....
nabila
salam.saya sangat bersetuju dengan artikel tersebut.adakalanya kerani hanya
mementingkan tugas2 tertentu sahaja@yang berkaitan dengan pejabat sahaja,guru
kena buat sendiri kerja yg melibatkan sekolah yg sepatutnya dilakukan oleh
kerani.kadang2 juga terdapat kerani merungut kerana tugas mereka berlambak dan
menganggap guru hanya goyang kaki.tolong fahami tugas guru yg lebih berat
kerana mereka nampak tugas mengajar hanya di dalam kelas tetapi hakikatnya guru
juga mendidik murid2 supaya menjadi manusia berguna.itu belum lagi mengambil
kira tugas kokurikulum,sukan dll.cuti sekolah seolah2 tak bermakna apabila guru
perlu bertugas,itu pun kadang2 menjadi isu bagi kerani yg tidak berpuas hati kerana
guru dapt bercuti panjang sedangkan mereka tidak bercuti sebagaimana guru.
kamalul ariffin
saya adalah seorang guru pelatih yang baru meyelesaikan PBS di sebuah sekolah
baru2 ini. apa yang saya dapat memalui pengalaman saya dan rakan-rakan lain di
sekolah, ada sekolah yang mempunyai lambakan gur bagi sesuatu subjek tetapi
kekurangan guru bagi subjek yang lain. manakala sekolah2 lain juga mempunyai
masalah yang sama. ini telah menyebabkan guru-guru tidak dapat mengajar subjek
opyen mereka di sekolah sekiranya guru bagi subjek tersebut sudah ramai di sekolah
berkenaan. ini biasanya dihadapi oleh guru2 baru kerana sudah pastinya guru2 lama
akan kekal mengajar subjek opsyen mereka.
bayangkan seorang guru itu telah menjalani pengajian selama empat tahun (PISMP)
bagi opsyen sains contohnya. sudah pastinya dia telah banyak ilmu mengenai
opsyen sains dari segi P&P, ABM, pedagogi dan sebagainya. jika dia perlu mengajar
subjek BM ketika ditempatkan di sekolah, apalah gunanya pengajiannya selama
empat tahun tu????
fikir2kan....
anarozi

Assalamualaikum...
Saya rasa Dato Hisyamuddin dah buat kajian terperinci ..dan menyenaraikan tugas
guru dalam satu buku yang agak tebal....tapi sehingga kajian yang dibuat itu..guru
masih juga banyak kerja..belum lagi dengan guru yang mengajar kelas peperiksaan
yang terpaksa hadir ke sekolah pagi..petang dna malam..setiap bulan tekanan yang
dialami guru-guru amat tinggi, saya sendiri telah beberapa kali dikatakan stress kerja
apabila berjumpa dnegan doktor akibat tekanan kerja yang benar-benar menganggu
fizikal dan mental.Saya yakin..hasrat dan harapan kerajaan dalam bidang pendidikan
ini dapat direalisasikan dengan sebaiknya sekiranya kebajikan guru diambil berat
dengan serius.
abu
hai dan salam..
sy juga sorg guru,bula sy terbaca artikel nie sy terfikir.. byk ke kerja guru ???
Nor Khairulizam B Ahmad
saya menyokong agar tugas dan beban guru dikaji semula. Masalah biasanya terjadi
apabila banyak benda yang kena guru uruskan selain dari tugas mengajar guru juga
ditugaskan dalam bidang pengkeranian,kejurulatihan, kemasyarakatan dan banyak
lagi. masalah menjadi lebih rumit jika seseorang guru itu mengajar di sekolah kurang
murid. Ini kerana disamping tenaga kerja yang kurang jumlah murid juga tidak
membenarkan guru untuk menyertai pelbagai program yang disuruh dilaksanakan
dari pihak atasan. Saya ingin memohon maaf sekiranya komen saya ini
menyinggung perasaan orang lain.sekian terima kasih...
Cle
masa kini, gaji bukan isu penting..yg penting gaji dibyr setimpal dengan kerja. tapi
bidang tugas itu semakin hari semakin bnyak ya. entah apa sudah gaji..jika keadaan
ini berterusan, institusi pendidikan akan tumbang akibat bebanan ini. Pernahkah
anda dengar pemain bolasepak pro membuat kerja lain selain bermain? mereka la
yang layak dipanggil profesional. saya tidak dapat membuat persediaan mengajar
dengan teratur akibat ada saja kerja lain yg menganggu. kerajaan harus bertindak
cepat kerana berita ini akan tersebar dan mengakibatkan dlm masa beberapa thun
akan dtg, institusi pendidikan akan kekurangan guru yg kronik. ramai guru hari ini
terus bertahan kerana komitmen dan dedikasi untuk terus mendidik anak bangsa.
tetapi jika sekiranya generasi akan dtg tidak mau menjadi guru, siapakah yg akan
menggantikan guru yg ada hari ini!!
nna
Bosan pada guru-guru skarag Asyik2 gaji yg d perkatakan ,brape puluh ribu gaji yg
kau nak ha!alasan banyak kerja tak timbul hati mahu iklas dan jujur Insaalah gaji
berkat.Saya dulu makn gaji ngan kerajaan gak, selam 25 tahun gaji lebeh rendah
dripada gaji guru,nak pendapatan lebih saya berhenti dengan satu sen pun tak abik
duit kerajaan .hidup pun, tak ada izazah lagi gaji skarang lebih dari gaji pengetua
Alhamdulilah Allah maha mengetahui kpada hambanya yg mensyukuri
nekmat.KALAU GURU-GURU NAK GAJI LEBIH IKUT MACAM SAYA. hANYA ORANG
MALAS DAN MENGKUFURI NEKMAT HIDUPNYA SENTIASA TAK SELESA.Banyak lagi org
di luar sana tengah mencari pekerjaan. Bosa!!!!!! chegu skrang
yunos IAB bakal pengetua
``Wahai orang-orang Islam yang beriman, peliharalah diri kamu, dan ahli keluarga
kamu dari azab api neraka``. Wahai guru-guru kita perlu sedar peranan dan amanah

yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.
waktu kita secara rela menerima tugas sebagai guru.. kita janji akan melaksanakan
tugas yang telah diamanahkan. Janganlah kita asyik mempertikaikan tugas atau
rezeki dariu sumber pekerjaan kita. Jika tuan-puan berkesempatan pergilah
membuat lawatan ``benchmarking`` ke sekolah-sekolah di negara luar seperti di
Indonesia. Dimana guru-gurunya begitu beritizam dan bersungguh-sungguh
melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan amanah...
abdul
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
Memang sengsara menjadi cikgu !!!Ada 2 tangan saja tapi kerja macam ada 10
tangan .Tak menang tangan dengan nak mengajar lagi ,terutamanya menjadi guru
kelas terpaksa mengisi maklumat murid :alamat murid ,ibubapa
semuanya menulis dengan tangan ,nak buat rancangan mengajar ,macam2 borang
nak diisikan dalam komputer seperti SSM( Sistem Maklumat Murid ),menghadiri
mesyuarat kurikulum ,kokurikulum dan hal ehwal murid .Bayangkan semuanya
dalam masa di sekolah ,bagaimana nak memberi tumpuan kepada mengajar ?
Bayangkan semuanya nak kena hantar ke pejabat dalam masa yang ditetapkan oleh
pihak pentadbiran .Pihak pentadbiran pula mengejar ISO ,jadi semuanya menjadi
bebabn kepada guru sebab sekilah mengejar guru untuk siapkan ,malahan lebih
teruk lagi di sekolah saya ,ada pentadbiran mengatakan :kalau lambat masuk kelas
berdosa walaupun lambat 1 minit ,pada hal guru hanya menyiapkan kerja2
perkeranian ( mengisi maklumat murid dalam buku register dan dalam komputer
SSM ).Pihak Pentadbiran ingat kami ni apa ?....mesin ke ?Ugutan pihak pentadbiran
ialah kenapa minta menjadi guru ?kalau tak mahu jadi guru letak jawatan !! Inilah
ugutan pihak sekolah kepada guru2 !!!!Saya pun tak faham apalah pihak sekolah
menjadi macam ni ????Masalah di rumah jangan bawa masuk ke sekolah tapi hal2
sekolah tak sempat buat boleh bawa balik buat kat rumah . Saya lihat guru2 sampai
menangis dibuatnya pihak sekolah yang mengejar macam2 gelaran2 dan
menunjukkan sekolah dia yang terbaik tapi tak ingat guru2 dipaksa membuat kerja2
yang tidak sepatutnya iaitu mengambil masa murid2 belajar untuk menyiapkan
kerja2 kerani .Saya cadangkan supaya kerajaan menyediakan setiap Mata Pelajaran
diadakan 2 Pembantu Kerani untuk menyiapkan kerja2 guru bagi setiap mata
pelajaran di sekolah .Biarkan 2 pembantu tadi yang membuat kerja2 perkeranian
tersebut ,jadi beban guru berkurangan dan menumpukan sepenuh masa dengan
mengajar sahaja .Pengurusan Setiap Panitia Pelajaran akan diuruskan oleh kerani
dan guru2 td hanya membantu apa yang kurang difahami saja .
hazmona
suami sy juge seorang guru.. dan mmg NAMPAK SANGAT aktiviti lain (koko la, mssd
la, kursus ict la, database mgmnt la, kutip yuran budak yg duitnye kekadang kene
tokok-tambah sendiri dulu la) yg lebih tapi P&P die terabai... sedangkan yg jd passion
die adelah P&P.. sy nk support pun tak tau camne sbb die sedang buat perkare yg
bukan menjadi keutamaan die..
mohd redzham salleh
Kpd warga pendidik sekalian, bersyukurlah atas rezeki sebagai guru.. Dah memang
namanya pendidik,jd memang bertanggungjawab mendidik anak bangsa.. Itu juga
antara sebab gaji dalam bidang perguruan cukup berbaloi... Ini mungkin hanya
pendapat peribadi sy seorang.. Tp, tdk mustahil keluhan2 tersebut keluarnya dr
mulut2 guru yg memang tiada hati pun utk menjadi guru.. Mungkin ada yg dulu
pernah belajar di universiti, tp bila dah keluar tak dpt2 kerja yg dikehendaki.. Jd,

mahu tak mahu, kerjaya GURU juga yg jadi 'Mangsa Percaturan'.. Mungkin ada yg
lupa atau tak tahu, setiap ilmu yg dicurahkan mendapat ganjaran yg lebih lagi dr
Tuhan... jd, Fikir2kanlah NIAT SEBENAR MENJADI GURU... Kepada yg mungkin terfikir2
utk menjadi guru, pastikan Minat tu dari Dalam Jiwa Yg Ingin Berbakti Kepada
Masyarakat, dan bukan semata2 utk RM!!! Jgn pula kerana segelintir yg hanya
mahukan gaji setiap hujung bulan, anak2 bangsa kita yg jd mangsa... Renung2kan la
yer? Utk kita juga... =)
serafina
Salam 1 Malaysia,
Tugas guru semakin mencabar dan menjerihkan.Dari mengajar murid hinggalah
bekerjasama dengan ibubapa bagaimana membantu anak.Kalau ada 36 murid,
seorang guru kena tahu latarbelakang setiap 36 orang murid itu.Itu belum lagi
melayan pelbagai kerenah ibubapa.Tambah lagi dengan latihan budak. kalau hendak
semak latihan karangan perlu dua hari.Kalau 3 atau 4 buah kelas..????Itu belum lagi
isi laporan akademik, kesihatan, buat analisis dsbnya.Tambah lagi hendak latih
budak untuk pertandingan dan menghadiri kursus.Ini baru tugas guru biasa
bayangkan tugas ketua panitia pula.Minimumkanlah tugas pengkeranian agar guru
dapat meluangkan masa mendidik murid menjadi insan yang bukan saja pandai
tetapi berakhlak tinggi.Kadang kala murid perlu seseorang untuk meluahkan
perasaan dan masalah mereka.Dan semestinya orang itu ialah guru.
Gabro
Selamat pagi,
Isteri saya seorang guru. Sebagai seorang suami saya sangat menghargai usaha
beliau setiap hari. Orang sering berkata kerja guru hanya 1/2 hari tetapi dalam
seminggu isteri saya hanya pulang k rumah selepas 2 ptg(termasuk masa
terperangkap di jalan raya) = 2 kali. ini disebabkan kelas tambahan, mesyuarat,
kursus, aktiviti KK dll. walaupun ada elaun (kelas tambahan/kursus/pentaksir
kawasan) bagi saya institusi kekeluargaan lebih penting. bermula seawal 7 pagi lewat petang isteri saya bukan setakat mengajar malah turut menjadi pengasuh dan
apabila pulang k rmh beliau keletihan, fokus untuk keluarga kurang. saya memahami
situasi beliau, bagaimana pula suami lain yang mempunyai tahap timbang rasa yang
kurang? saya berharap agar kementerian tidak menjadikan pemberian elaun dan
pelbagai insentif berupa kewangan sebagai jalan penyelesaian untuk menghargai
beban kerja seorang guru setiap kali isu serupa berbangkit(walaupun tidak semua
bersetuju dengan saya). Saya sangat menghargai usaha seorang guru bukan kerana
isteri saya seorang guru, tetapi TEKANAN serta BEBAN yang terpaksa mereka lalui
setiap hari.
joe
pandailah kamu cakap...
Yasmin
Bahagikan guru kepada akademik dan bukan akademik. Jadi guru akademik
tumpukan pada akademik shj. Kerja kokurikulum, latihan sukan atau sebarang
aktiviti wakil sekolah dilakukan oleh guru bukan akademik.
Jadi tumpuan dapat diberi 100% pada tugas masing-masing.
Tugas perkeranian bagi kepada kerani manakala tugas pentadbiran bagi pada
bahagian pentadbiran.

baharun
Sekolah adalah bayangan kepada Malaysia Kecil,kenapa begitu? Bayangkan
Jawatankuasa2
badan ,unit dan panitia yg wujud sinonim dgn
kementerian dan jabatan2 di negara.Semua diurus oleh guru selain tugas utama P&P
diurus tanpa bertunda.Sedikit perhatian diberi kepada Beban Guru - Alhamdulillah.
Ben
salam 1 Malaysia,
Bebanan tugas yang dialami oleh para guru kita bukanla 1 perkara yang baru dalam
bidang keguruan.terima kasih kepada kerajaan yang akhirnya membuka mata akan
masalah yang dialami oleh guru-guru malaysia selama ini.di mana-mana sekolah
pun,tidak kira sekolah gred A,Gred B,gred SKM,pedalaman,luar bandar,atau sekolah
bandar,masalah beban tugas guru ini sentiasa dialami sehinggakan ada guru2 yang
mengalami tekanan emosi yg keterlaluan sehingga menyebabkan timbulnya
masalah2 sampingan dimana ada guru yang tertekan melepaskan tekanan yg
dialami kepada murid-murid.oleh yang demikian..langkah kerajaan untuk mengkaji
dan menyelesaikan masalah guru dibebani kerja selain daripada P&P adalah satu
harapan kepada semua insan yg bergelar cikgu untuk memastikan tugas utama guru
tidak terabai.
Cikgu TerBeBan
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia
Tidak dapat dinafikan tugas guru pada masa kini memang cukup membebankan.
Selain mengajar, guru juga dibebani dengan tugas-tugas tambahan sehinggakan
tugas utama atau "core business" seorang guru itu terpaksa diabaikan semata-mata
memenuhi tuntutan tugas-tugas tambahan tersebut. Justeru itu, saya ingin
mencadangkan kepada pihak kementerian agar jawatan-jawatan baru diwujudkan di
sekolah dan diisi bukan dalam kalangan guru. antaranya adalah:
1. pegawai data & ict yang akan menggantikan guru data dan guru ict
2. pegawai pusat sumber yang akan menggantikan guru pusat sumber.
Dengan adanya jawatan-jawatan seperti ini sekurang-kurangnya akan
mengurangkan bebanan guru agar dapat menumpukan tugas dalam P&P
terima kasih
"guru penjana modal insan cemerlang"
alif mimm
Assalamualaikum...Saya sokong...
yat omar
Dapatkah diselesaikan????
hanya kita memahami masalah kita.
renia
Sekarang ini memang benar tugas guru adalah lebih kepada perkeranian,mengajar
dikorbankan. Contohnya saya guru yang mengajar tahu enam,memegang jawatan
guru kelas,setiausaha peperiksaan dan setiausaha kurikulum. Sekarang ini banyak
borang-borang yang datang dari pejabat pelajaran yang perlu disiapkan dengan

segera dan kalau lewat akan dimarahi oleh pihak pentadbir.Oleh yang demikian
terpaksalah pengajaran dikorbankan.
Nadia Syakila
sebenarnya apa yang di alami oleh kerjaya sebagai sorg guru sama dengan kerjjaya
lain.cuma environment sahaja yang berbeza.
Haslina
Saya sangat bersetuju dengan tindakan yang bakal diambil untuk mengkaji beban
tugas guru di sekolah.Hakikatnya hanya guru sahaja yang mampu memahami
kerenah dan masalah di sekolah.Oleh yang demikian saya mencadangkan supaya
wakil atau jawatankuasa tersebut turun padang(masuk kelas), dan menyelami
sedalam-dalam masalah yang terdapat di sekolah.Mungkin jawatankuasa tersebut
dapat di bahagikan kepada AJK yang lebih kecil untuk mengkaji masalah yang
ada.Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam dan sekadar melepaskan batuk di
tangga, yang pada akhirnya berbalik semula menjadi beban kepada guru-guru
kerana terpaksa menyiapkan survey itu dan ini.
Guru @ Ibu bapa
"Guru-guru asyik menguruskan anak orang lain (murid/pelajar)....bila masa untuk
anak sendiri" ...fikirkan lah warga bukan guru
hamba allah
Saya ingin memberi pandangan mengenai aduan yang dikemukakan NUTP
berkenaan dengan beban kerja guru. Sebagai guru, banyak kelebihan yang telah
diberikan oleh kerajaaan. Samaada gaji, elaun dan cuti. Tidak wajar jika kerja
sampingan yang dijalankan dikatakan sebagai beban bagi guru. Cuti pula sudah
terlalu banyak dan janganlah dijadikan isu jika berkerja pada hari Sabtu kerana
sebagai seorang guru yang telah diamanahkan oleh kerajaan untuk mendidik muridmurid sepatutnya pekerjaan itu dijalankan dengan ikhlas dan jgn terlalu banyak
merungut. Saya lihat akhir-akhir ini guru-guru terlalu dimanjakan. Kakitangan
kerajaan lain kalau nak dilihat banyak juga kerja mereka tapi mereka tak banyak
songeh dan patut juga diberi inisiatif seperti yang guru dapat.
leen
stuju sgt2....hanya mereka yg bergelar cikgu shj dpt memahami keperitan &
kpayahan ini....bg kami yg mendidik d pdlaman sarawak, bkn stakat trpksa jd
krani...kdg2,jd tukang kebun,tukang cuci,jaga...dah la berjauhan dgn keluarga d
sjung,bila waktu cuti skolah nak pulang ke sjung pon, cuti d tarik balik dgn alasan
kna jaga sekolah....ada yg trpksa burn tket...dah la nak claim tket balik sthun skali
pon payah nak dpt...kerana tugas,keluarga sndr pon terabai....kesian kami...
Abu Zunnurain Abd Razak
Sedih rasa hati bila tugas hakiki guru dicampur adukkan dgn pelbagai tugas2 lain.
kamilah guru, kamilah kerani, kamilah polis, kamilah doktor, kami jua di label sbg
"pesalah2 jenayah" apabila menghukum murid yang bersalah.. Bila murid n pelajar
berjaya, pemberita takde temuramah GURU atau CIKGU, tapi kalu gagal atau kurang
berjaya, golongan kami inilah yang terus dipersalahkan.. Terima kasih pada pihak
NUTP, KPM dan kerajaan yang masih lagi ingin membela kami golongan guru-guru..
Moga selepas ini, biarlah kami dapat menumpukan sepenuh tugasan kami untuk
mendidik daqn mengajar...

Abd Razak Bin Mohd Yusof


Salam 1 Malaysia,
Untuk mengatasi bebanan kerja yang di hadapi oleh para guru pada masa sekarang
saya cadangkan pihak kementerian mewujudkan jawatan penolong guru yang
bertaraf kerani di setiap sekolah.Mereka berperanan membantu kerja-kerja yang
tidak sepatutnya di buat oleh guru.Ini secara tak lansung membantu guru
menumpukan sepenuhnya mendidik pelajar dan juga akan mewujudkan peluang
kerja bagi yang belum mendapat kerja.
Terimakasih
su
salam... maaf saya bukan guru... tapi saya nak komen sikit... rata2 kawan yang
memilih jadi guru menyatakan
1.
2.
3.
4.
5.
6.

jadi guru senang...


cuti byk..
keje sekerat ari
petang dah kat umah...
anak terbela..
gaji besar....

so ape yang bebannya???? kalo keje ni at the first place membebankan... korang pon
takkan apply untuk jadi guru... betol tak??? knp sumer nak apply kpli??? rata2 akan
menjawab jadi guru senang... hello... nape korang tak bandingkan diri korang dgn
golongan professional lain ataupon buruh binaan??? doktor,engineer, IT ... keje
dorang lagi beban berbanding keje u all... balik 2,3 pagi... ada korang balik 2,3
pagi??? baru kene buat aktiviti sampai petang kol 4,5 dah bising...
lps tu bile dah apply kpli... mula la ngada2 tak nak kene transfer kepedalaman.....
kalo tak rela.. jgn jadi guru.... sbb bagi saya kerjaya guru sangat mulia.... bagi orang
yg betol2 bertekad untuk mengajar anak bangsa.... bila awak dah buat keputusan
tuk jadi guru... anything come in the way u have to accept it..... bukannya
merungut!!!
gaji guru skrg pon setaraf gaji pegwai2 kerajaan yg lain.... engineer,doktor, arkitek
yg bekerja dgn gomen... gaji diorg lebih beberapa ratus ringgit je daripada guru???
tapi diorg takde cuti sekolah, balik 2,3 pagi, kene transfer ke sana sini.... setakat
buat keje kerani pon awak merungut... yg korang ngengada baik ati nak tolong tu
kenapa??? sampai bila kerani tu nak belajr??? kalo korang asik tolong??? kalo tolong
tak ikhlas tula belakang ari mengungkit!!!!!!
actually... korang bekerja untuk ape??? bukan keje tu satu ibadat ke??? so knp nak
merungut??? ada korang merungut kene solat 5 kali sehari??? sedangkan pada
zaman solat di turunkan, malaikat sendiri kuatir org islam tak dpt melaksanakan...
kerana takut terasa beban... tapi knp korang tak rasa beban tu??? sbb itu adala
tangunggjawab korang... begitu juga dgn bekerja.... tu tanggungjawab!!! kalo tak
rela... berenti keje.. duk umah... kalo merungut jugak tak tahula saya nak ckp ape...
ishak johari
beban kerja pensyarah politeknik bagaimana pula?

annafida
Salam.
Pandangan saya, kerja atau sebarang arahan yang diarahkan adalah di atas dasar
yang dibuat. Pembuat dasar perlu lebih teliti dalam merancang keberkesanannya.
Namun, siapakah pula yang membuat dasar? Bukankah guru2 yang dinaikkan
pangkat juga yang telah menjadi pegawai2 di seluruh kementerian dan jabatan di
bawah Kem. Pelajaran? Pendekatan yang diberikan sudah jelas supaya penggerak
dasar atau para pegawai di kementerian perlu peka dengan pengalaman yang
pernah dilalui mereka sendiri. Namun, tidak ditolak juga ada yang tidak begitu mahir
dalam urusan pentadbiran berbanding PTD yang sememangnya dilatih untuk ke arah
kepimpinan pentadbiran.
Dengan itu, saya juga bersetuju sekiranya pendekatan yang dilakukan itu digunakan
sebaik mungkin. Jika difikirkan tentang bebanan, para pegawai atau kakitangan lain
juga menghadapi situasi yang sama bekerja 8 jam sehari dan ianya bergantung
kepada jabatan masing2 dan kerja yang diarahkan. Tidak dinafikan, terdapat kerja
yang sangat sunyi daripada pelanggan dan ada yang sebaliknya. Kesemuanya
bergantung kepada para atasan mengklasifikasi dan menilai sesuatu kerja. Ianya
berbalik kepada kepimpinan atasan. Kalau difikirkan, kerja perkeranian di sekolah
yang bilangan orangnya hanya 1 atau 2 sahaja, ianya tidak berbaloi untuk dilakukan
segalanya oleh mereka(kerani). Difikirkan ianya mustahil dapat dilakukan oleh kerani
sahaja dan ianya bergantung kepada sekolah masing2. Adakah elok sekiranya
diwujudkan guru kokurikulum atau jawatan khusus untuk terlibat dengan aktiviti2
selain pembelajaran kelas. Jika dilihat dunia luar, sekolah mereka lebih seronok
dengan aktiviti seperti kemahiran lakonan, nyanyian, inovasi dan sebagainya. Ianya
penting bagi anak2 yang mungkin lebih cenderung berjaya di dalam bidang yang
bukan akademik sahaja. Semua dilahirkan sebagai wira. Tidak semestinya hanya
dengan kelulusan akademik boleh menjamin kejayaan. Begitu juga dengan
kelulusan, tidak semestinya orang yang tinggi kelulusan dapat mengajar lebih baik
dan cemerlang berbanding yang berpengalaman dan kurang kelulusannya.
Kerana itu saya berpendapat, lebih senang berurusan dengan PTD di mana2
kementerian berbanding dengan pegawai DG yang kurang pengalamannya dan
rumit dalam pentadbiran dan pengurusan malahan cenderung pengalamannya
kepada pengajaran di sekolah. Maka jelaslah bebanan yang dirasakan oleh guru2
kerana terlibat dengan aktiviti selain pembelajaran yang sememangnya bukan
bidang mereka yang sudah menjadi rutin dan kewajipan mereka sehari2.
Pentadbiran dan pengurusan adalah sesuatu yang berbeza penggunaan aplikasinya
berbanding pengajaran di sekolah yang berurusan dengan anak2.
Sekian.
nariah
Assalamualaikum
Saya hanya ingin menyatakan betapa seksanya menjadi guru perpustakaan dan
media.Tugas dan tanggungjawab terlalu membebankan. Masa mengajar yang jauh
melebihi daripada peruntukan sebenar. Ditambah pula kelas bagi jadual ganti guru
tidak hadir.Banyak aktiviti perlu dibuat bagi memangkin kecemerlangan murid selari
dengan perkembangan ict. AJK kerja pula semua sibuk dengan bebanan tugas
masing-masing. Keadaan ini menjadikan guru media terpaksa memikul
tanggungjawab sendirian.Tak sempat buat di sekolah bawa balik kerja ke rumah.

Lagipun di sekolah bukannya ada kemudahan internet. Fikirlah......betapa


seksanya ...dan masa itu sebenarnya amat berharga. Begitu juga nilai ilmu tiada
tandingan.Terima kasih.
naimbakar
Work is ibadah. Semua orang ada tugas dan tanggungjawab masing2 termasuklah
cikgu, pensyarah, pegawai pentadbiran, kerani, sektor swasta etc. Jika tidak berpuas
hati sebabkan gaji, upgradelah dirimu dengan 'paper' qualification. Bersyukurlah
dengan apa yg ada.
Julai
Pengalaman saya sewaktu bertugas di sekolah pedalaman 1996 - 2003. Saya telah
dilantik utuk menjalankan/memangku tugas Guru Besar. Apa yang saya kongsikan
disini ialah, saya mentadbir sekolah (urus guru + perjawatan + Murid + ibubapa)
saya juga kena mengajar bebarapa subjek )BM/SNS/PM/BI Tahap 1 juga sebagai guru
kelas. Kalaulah perkara ini masih berlaku pada masa kini sedangkan guru sudah
bertambah maka rasanya ada kepincangan dalam pengurusan dalam pendidikan.
Kadang2 guru di bandar berlambak sedangkan guru2 di Pedalaman masih kurang.
Dimanakah silapnya???
Pengalaman yang NYATA.
RUSLAN BIN MPHAMAD SAAD
Assalamualaikum...
Saya sebagai pendidik menyokong segala tindakan kerajaan untuk memajukan
pendidikan negara setaraf dengan pendidikan negara maju. Tetapi setiap apa yang
dirancang atau dilancarkan biarlah selari dengan pembangunan infrastruktur bagi
mencapai rancangan itu. contohnya untuk memajukan atau melibatkan murid
dengan aktiviti kokurikulum secara lebih berkesan, kerajaan harus menyediakan
guru yang cukup dan mahir dalam bidang kokurikulum dan hanya menumpukan
dalam bidang itu sahaja. Jangan lancar segala macam program atau slogan tetapi
pada peringkat pelaksanaannya lemah.Guru yang sama terpaksa memikul banyak
tugas. Dari segi produktiviti, jika seseorang terpaksa membuat pelbagai tugas
walaupun pada awalnya dia seorang yang cekap tetapi jika banyak benda yang
hendak difikrkan, maka kerjanya tidak akan produktif lagi. Kita manusia ada pelbagai
kelemahan dan masalah.Sekali lagi saya tegaskan sebagai pendidik , saya
menyokong penuh usaha kerajaan meningkatkan mutu akademik negara tetapi perlu
perancangan yang lengkap.sekian terima kasih. Dari Guru bersemenagat.
ila
Salam...
beban kerja memang banyak... harap2dpt dikurang kan... melihat komen2 yang
diberi kebnyakkan nya menyentuh mengenai gaji... pada pendapat saya. niat mesti
penting, kerana Allah Taala. insyaAllah perkejaan yang susah menjadi mudah. amin
Liyana
Inilah realitinya dan sudah berlaku pada salah seorang ahli keluarga saya. Bebanan
kerja guru yang berlebihan sehinggakan dia terkena serangan jantung. Saya terfikir
kalau beginilah tahap bebanan kerja yang ditanggung seorang guru, bagaimana pula
dengan tugas mendidik yang sepatutnya menjadi keutamaan guru? Makin ramai
pula guru yang mendapat penyakit nanti. Harap kementerian dapat lakukan sesuatu
ini untuk masa depan anak cucu kita juga.

syah
Assalamualaikum,
Salam satu malaysia...
Isu bebanan guru bukan lah isu baru, ia telah diketengahkan lama sejak Hisyamudin
menjadi menteri pelajaran lagi. Mengenai bebanan tugas guru, diakui mmg banyak.
Lebih2 lagi guru disiplin yg setiap hari menghadapi pelbagai karenah murid dan ibu
bapa. Ditambah pula dengan kerja pengkeranian dan bermacam2 lagi. bukan tidak
bersyukur dengan apa yg ada, cuma tidak puas kerana tidak dapat memenuhi
semua kehendak PPD dan JPN wlaupun membuat kerja utk sekolah 12 jam sehari
serta masa cuti dan masa lapang dikorbankan masih tidak cukup masa utk
menguruskan dan memenuhi semuanya.
Soal perbezaan gaji, antara pemegang diploma dan ijazah saya rasa perlu dibezakan
kerana taraf pendidikan itu mmg berbeza, mmg dari segi bebanan kerja mmg sama.
kalau disamakan gaji kerana benanan kerja yg sama lebih baik saya ambil diploma
sahaja, lebih jimat masa dan tenaga.
Komitmen kerja bukan terletak pada pemegang ijazah perguruan atau pun KPLI, ia
terletak kepada individu tersebut dan perlu diselesaikan oleh pihak pentadbiran.
diana
Salam...
Guru-guru zaman sekarang terlalu berkira dengan wang. Semua kerja perlu dihitung
dengan wang. Jika dibandingkan dengan guru zaman dahulu yang ikhlas mendidik
anak bangsa. guru zaman sekarang amat mementingkan diri dan tidak pernah cukup
dengan apa yang telah diberi oleh kerajaan malaysia. Peluang Kenaikan Pangkat
yang terlalu berbeza dengan skim di perkhidmatan yang lain. Zaman yang mencabar
kini memerlukan ketekunan dan pengorbanan. Kita harus faham masyarakat kini
bukan seperti dahulu. Bukan sahaja guru, tetapi semua kakitangan kerajaan
mengalami beban kerja yang banyak. Juga perlu bekerja sehingga malam. Terpaksa
hadir ke pejabat pada cuti hujung minggu. Cuti yang banyak tidak sempat
dihabiskan kerana tuntutan perkhidmatan. Wahai guru-guru yang berada di
Malaysia, bersyukurlah dengan apa yang diperolehi. Anda lebih beruntung jika nak
dibandingkan dengan penganggur yang banyak di luar sana.
leyea
Assalamualaikum,
Saya seorang kerani sekolah yang sudah bertugas selama 12 tahun, saya amat tidak
bersetuju jika dikatakan guru-guru terlibat dengan kerja-kerja perkeranian kerana
selama saya berkhidmat kerja-kerja perkeranian semua kami yang urus termasuk
urusan hal ehwal murid, saya rasa tugas guru-guru juga akan lebih rumit sekiranya
tidak dibantu oleh pihak ktbm. Mungkin ada juga guru-guru yang terlibat membuat
kerja-kerja perkeranian tapi bilangannya amat kecil dan itu adalah disebabkan
kekurangan kerani di sekolah terbabait. Bagi saya guru-guru yang merasa terseksa
mengajar itu adalah guru-guru yang tidak benar-benar berminat untuk jadi guru,
mereka hanya bekerja untuk mendapat gaji kerana mereka tidak mendapat peluang
pekerjaan ditempat lain.
Terimakasih.
matt
salam. guru sekarang mmg menanggung beban yg amat berat. byk tugas2 diberi
pada guru. ini mengganggu pnp yang merupakan perkara yg wajib diberikan
penakanan yg paling utama. sy sarankan setiap guru ada bidangnya yg khusus.

contoh guru sukan hanya fokus bidang sukan, dan guru2 lain fokus kepada pnp
masing2..
Khairul Azizi
Assalamualaikum.
Tugas guru semakin hari semakin bertambah.Berlakunya tranformasi pendidikan dan
tranformasi pengurusan maka tugas guru juga akan meningkat.Sudahlah tugas
melaksanakan P&P semakin mencabar dengan karenah murid dan ibubapa yang
pelbagai ditambah dengan tugas2 lain yang menjerumus kepada tugas
pengkeranian yang mengutamakan data,fail dan lain-lain.Semuanya terpaksa
dilakukan oleh guru kekadang secara tergesa dan terpaksa.Ada suara2 sumbang
menyatakan tugas guru mudah,singkat dan banyak cuti.Tetapi sedarkah,tugas guru
berurusan dengan manusia bukannya mesin.Kekadang mencabar kesabaran dan
sangat memenatkan badan dan minda.Harapan saya agar pihak kerajaan mengambil
peduli dan prihatin di atas keluhan para guru yang merupakan nadi penting untuk
menggerakkan modal insan dan kejayaan sesebuah negara.
siti ramlah
saya dah 16 tahun jadi cikgu..mmg dah masak dengan kerja menjadi seorang
guru..mengurus bengkel KHB tanpa PEMBANTU...kitalah tukang kemas, tukang sapu,
tukang pungut sampah, tukang cetak soalan kalo kerani tunjuk lagak sbb nak
rehat(main game kat pejabat), kadang datang malam ke sekolah sbb nak cetak
soalan, stay up tanda kertas periksa..balik petang, datang lagi malam buat kerja kat
sekolah... tapi sebenarnya kerja suatu perkara yang saya minati.... tapi bebanan
kerja lain menyebabkan saya selalu kecewa menjadi guru... kerap x sempat buat
preparation seblm masuk kelas atau ala kadar je...x sempat tanda latihan pelajar
sebab buat kerja lain-lain kat sekolah...pernah terpaksa x masuk kelas sbb sediakan
pentas untuk event di sekolah....sekarang ni saya amik cuti belajar...sbb dah x tahan
jadi cikgu...terlalu penat dan tertekan....hanya yang jadi cikgu faham kerja cikgu
sebenarnya...tapi waai cikgucikgi.....kena kuatkan hati jika nak terus jadi cikgu...sbb
takut boleh jadi gila.......hehe
Erine
Tugas guru sekarang bukan lagi seperti tugas guru yang dahulu..core business
seorang guru ialah mengajar tetapi apa yang berlaku sekarang ni guru dibebani
dengan pelbagai tugas perkeranian antaranya key in data SMM/BMM kena pula 1
kelas 50 orang pelajar pastu kena update 4 kali setahun..tu yang dari jabatan dari
sekolah sendiri lain lagi..fail tu kena ada, fail ni kena ada..urus pembahagian buku
teks la..dan banyak lagi kadang2x masa guru yang ada untuk memeriksa buku
terpaksa digunakan untuk kerja lain...kesian cikgu ya.. akhirnya buku kena bawa
balik rumah...jawabnya homework lagi untuk cikgu..
Guru Pahang di Sarawak
guru yang berjauhan dengan isteri dan anak2 lagilah menderita... bertambah2
tekanan.. Harap pihak kementerian tolong lepaskan guru2 semenanjung di sabah
sarawak yang dah berkeluarga dan nak balik ke semenanjung. jangan hanya penting
mereka yang ada 'kabel" sahaja... contohnya guru jika bapak atau sedara dia ada
kerja di kementerian pelajaran, dia dapat bertukar... yang lain..?? mampos!!!!
PLZZZZ!!!!
reader yg bukan guru

HA! takkan baru perasan yg guru selama ini memang dah seksa pun.
Baguslah kalau nak kaji balik bebanan guru ni... saya ada kakak sebagai guru dan
memang tengok kerja dia pun seksa tu tak termasuk dengan nak handle murid2
lagi... dan saya sendiri tak galakkan org jadi guru dengan apa yg sedang berlaku
sekarang ni. TERUK!
Kerani lebih "besar" dari guru di sekolah-sekolah... tak percaya boleh lihat sendiri.
Bukan bermakna nak membela guru tapi itulah keadaan sekarang ni... macam tak
ada sistem dalam kementerian pelajaran dalam pengurusan guru-guru di seluruh
negara... minta perbaikilah sebelum terlambat.
TK
Sofie
Salam 1 Malaysia, salam perpaduan.
Kesulitan ini sememang dirasai oleh ramai warga pendidik. Kecuali jika GURU itu
semangnya hanya mengajar untuk medapatkan gaji. Seikhlas manapun sebagai
PENDIDIK, jika terbeban dengan pelbagi kerja yang bukan bidangnya maka hati kecil
tetap terusik, inikah tugasku. Bagaimanapula anak murid yang dihadap oleh oleh
PENDIDIK itu setiap hari. Sebagai contoh, saya mengajar subjek Bahasa Malaysia
Tahap 2 untuk 2 kelas. Satu kelas ada seramai 45-48 murid. Saya ambil kiraan
mudah iaitu 90 murid.Seorang murid X 3buku= 270 buah buku. Subjek lain?. Guru
kelas pula dipertanggungjawabkan pula mengisi data SMM, menanda register,
mengutip yuran, menanda kertas soalan, memegang persatuan, unit beruniform,
permainan. Itu belum lagi pengisian borang SBOA, PLBS, Buku ADAB, membuat ETR
dan TOV. PENDIDIK bukan mahu merungut, tapi elok benarlah jika JAWATANKUASA
yang dibentuk ini dapat mengenal pasti yang manakah tugas guru dan juga bezanya
dengan tugas pekeranian. PENDIDIK sebenarnya tidak mahu anak murid keciciran
dalam pelajaran... Oleh itu, adalah diharapkan dalam JAWATANKUASA itu terdiri
daripada kalangan guru juga kerana hanya mereka yang memahami tugas dan
beban sebenar seorang PENDIDIK.
PUTRI MARIAM ABD AZIZ
bagi saya jika seseorang itu sudah memilih profession guru... dia mesti bersedia
dengan tugas2 yang dipikul... rungutan ni hanya datang bagi orang tidak
mempunyai minat dari hati untuk menjadi guru...
bien
seksa jd guru??? seksa lg jd guru d kwsan pdalaman spt sy d cni... cabaran yg dpikul
terlalu berat. prasarana utk p&p serba kekurangan, murid baru mngenal ABC bila
melangkh ke thn 1, tp aras setiap Mta Peljrn bg murid d cni terlalu tnggi jika d bnding
dgn kemampuan mereka. sy x kisah bila d surh mlakukn kerja pngkeranian.. cbaran
yg lbh berat adalah hndk memandaikan murid... kami guru d cni kemudhan asas x
lngkap, rumah berlubang sana cni shingga membahayakn nyawa... tapi kmi dh biasa
dgn smua 2... apa yg penting tnggungjwb... guru2 d kwsan pedalaman dh lali dgn
smua ini....
SHAFFRIZAL MOHD ISA
Assalamualaikum.

Memang betul masalah ini. Jika ingin melihat kejayaan pelajar, jangan melibatkan
guru kerja-kerja pentadbiran.Kalau boleh disekolah ada Bahagian pentadbiran
khas.Tugas guru fokus pada mengajar saja Barulah penumpuan sepenuh dapat
diberikan kepada pelajar.Hal2 pentadbiran adalah bukan dilakukan dikalangan guru,
lihat seperti di hospital,polis,tentera.Dimana mereka ada satu bahagian pentadbiran
khas.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan aduan
NUTP, selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum,
bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian stok serta beberapa kerja
tambahan lain.
Muhyiddin berkata lagi, kementerian menyedari tugas sebenar guru ialah pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas, bukannya melakukan tugas tertentu yang
sepatutnya dilakukan kerani.
Diharapkan perkara ini diambil tindakan.supaya tiada tekanan kepada guru.Sedarilah
Yang kami mengajar adalah anak2 anda semua.Jika ingin melihat anak2 anda
berjaya jangan bebankan guru-guru yang kerja2 mengarut perkeranian.

morning....kerja hakiki seorang cikgu ialah mendidik pelajarnya menjadi insan yang
baik dan cemerlang dlm pelajarannya...cikgu tidak sewajarnya melakukan kerja-kerja
yang membebankan mereka.Mereka boleh melakukan kerja tambahan,tetapi tidak
100% mengharapkan mereka..Disamping itu juga,pada hari cuti juga tidak
sepatutnya jalankan aktviti kerana ia akan mengurangkan jurang aktiviti mereka
terhadap keluarga.Apa gunanya ada pekerja-pekerja dibahagian pengurusan dan
perkeranian.Sedangkan kerja hakiki mereka dlm hal pengurusan dan pentadbiran
tambahan pula,mereka boleh merapatkan silaturahim diantara pelajar.Kurangkan
beban terhadap cikgu dan wujudkan satu sistem baru dalam organisasi sekolah agar
sesebuah organisasi tersebut tersusun tanpa permasalahan berlaku.Jika ia
berjaya,akan memberikan satu inisiatif kepada organisasi dan pekerja tersebut.
cps_waja
Kerajaan menggalakkan guru-guru atau semua kakitangan kerajaan lain
(upgrade)kelayakan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi. Jangan hanya
memandang kepada imbuhan sahaja sedangkan tugas sebenar adalah sebagai
pendidik. Jangan jadikan profesyen guru hanya sebagai sumber pendapatan sahaja
tanpa didahului dengan niat mendidik anak bangsa dan sebagai seorang pendidik,
janganlah bersifat dengki antara satu sama lain, bersyukurlah dengan apa yang di
kurniakanNya.
sue
CIKGU - CIKGU.. JGN DIPERSOALKAN TENTANG GAJI.. APA KATA CIKGU BETULKAN
NIAT.. DAN BALIK SEMULA KEPADA FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA... :)
May
Peranan guru kini amat berbeza dibandingkan dengan guru pada awal 70an. Peranan
sebagai pendidik telah berubah kepada tugas pelbagai yang terpaksa dibuat sama
ada mahu atau tidak mahu.Pihak kementerian dan Jabatan hanya memikirkan
apakah seterusnya yang perlu ditambah lagi tuga guru ini setiap tahun. Pelbagai
perancangan dan idea dibuat bagi menambah tugasan luar/tambahan kepada guruguru terutamanya kokurikulum yang pada masa ini amat melampau jumlah
aktivitinya. Siapa yang menanggungnya?, gurulah yang akan menanggungnya.

Sepatutnya semua penambahan tugas ini dirancang berserta dengan penambahan


anggota/petugas profesional yang akan melaksanakan. Ini tidak, perancangan demi
perancangan penambahan aktiviti tetapi tiada petugas yang dikhususkan untuk
melaksanakannya. Bagaimana ianya akan bergerak dengan sempurna. Pihak
bertanggungjawab dengan gahnya menyatakan kejayaan aktiviti sedangkan
sebenarnya hanya segelintir aktiviti itu sebenarnya berjaya dilaksanakan diperingkat
sekolah. Bila sampai diperingkat kebangsaan dan dibuat secara besar-besar, sudah
tentulah ia nampak 'grand' tetapi hakikatnya yang menanggung beban adalah
guru.Ditambah dengan masalah kegawatan , segala peruntukan dipotong dan guru
terpaksa menjadi peminta sedekah mencari sumber untuk menjalankan aktiviti
sedangkan pihak pentadbir KPM, JPN dan PPD hanya lepas tangan dan menyatakan
kami tiada peruntukan tahun ni, cikgu pandai-pandailah cari. Bukankah ini juga
adalah satu bebanan kepada guru-guru.
Seterusnya bagi melaksanakan aktiviti ini, guru terpaksa keluar sekolah dan guru
yang tinggal akan dipaksa mengganti kelas sedangkan itulah masa terluang untuk
merancang atau memeriksa latihan pelajar.Bebanan ini amat terasa apabila setiap
hari melakukan 'penggantian guru' ini.Bukanlah kami nak mempersoalkan mengenai
gaji yang tiada beza dengan jawatan-jawatan lain di negara ini tapi gaji kami
terpaksa diagih untuk keperluan sendiri dan perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan
untuk menampung aktiviti yang dilaksanakan.Banyak bahan yang terpaksa dibiayai
sendiri keperluan aktiviti ini.
Diharapkan dengan penubuhan jawatankuasa kerja untuk mengkaji bebanan tugas
guru ini dapat meneliti masalah-masalah guru-guru ini dan bukannya menyelesaikan
masalah pihak KPM, JPN, PPD dan pentadbir sekolah saja. Ini berlaku pada setiap di
mana penyelesaian hanya dipihak pentadbiran dan bukan hasilanya kepada guruguru, sebagai contohnya penjawat awam dapat guru dua hari dihujung minggu,
guru-guru dipaksa berkerja pada hari sabtu dengan aktiviti kokurikulum atau Latihan
dalam Perkhidmatan (LDP).
Sekian untuk renungan dan tindakan pihak bertanggungjawab.
romoi
bagaimana dengan penjawat awam yang lain???
Nita
it true..??
syah
saya pernah dengar tentang pengetua sekolah tidak membenarkan guru menghadiri
kelas PJJ semata2 wajib hadir ke mesyuarat.Dahla tiap sabtu asyik mesyuarat je.
Guru pagi pun terpaksa balit sampai jam 5 petang.
Khasif Dhia Assyifa'
Dan seperkara lagi tentang tugas guru yang difikirkan kurang wajar dan tidak
relevan adalah dalam tugas mencantikkan taman-taman di sekolah semata-mata
kerana pihak pentadbiran sekolah mahu sertai pertandingan peringkat negeri atau
kebangsaan,sehinggakan pelepasan diberikan untuk tidak mengajar semata-mata
siapkan kerja yang tidak mendatangkan faedah ini.Kenapa dkatakan tidak
berfaedah?Kerana taman-taman yang dibina adalah kawasan larangan bagi muridmurid.Guru-guru dikerah bagai buruh paksa sedangkan adalah lebih baik sekiranya
masa guru digunakan untuk membuat kajian dan sesuatu yang lebih fokus kepada
pelajaran dan pembelajaran.

Dan juga bebanan tugas tambahan telah menyebabkan kerja guru dilihat tidak
berbaloi dengan tanggapan dan persepsi pihak lur terhadap profesion
perguruan.Guru perlu bangun seawal jam 4.30 pagi semata-mata menyiapkan kerjakerja pentadbiran dan perkeranian dan berkaitan data(walaupun hakikat bukan guru
data) serta pulang ke rumah selepas jam 5.00 ptg kerana tugas-tuga ko-kurikulum
dan sebagainya,serta lebih memeritkan ia bukan tugas sebagai pengajar dan
pendidik tetapi sebagai tugas tambahan yang tiada dalam skop kerja perguruan.
farhan
Kerja-kerja pelik yang guru lakukan disekolah:
1- Mendaftarkan staf dan guru untuk peperiksaan PTK
2- Membuat kertas kerja memohon sumbangan bagi menjalankan program tertentu
3- Menghantar pelajar ke klinik untuk rawatan semasa waktu bekerja (terutamanya
sekolah berasrama)
4- Membuat pesanan barang, membuat stok dan merekod belian (terutamanya guru
sains sekolah rendah) kerana tiada pembantu makmal di sekolah rendah
5- Menjalankan aktiviti luar berkaitan sekolah tanpa sebarang bayaran tuntutan
(terpaksa buat atas arahan)
6- Merekod data guru dan pelajar dalam sistem EMIS, HRMIS, SMA, ISIS, dsb.
Perincian kemasukan data sehingga perlu merekodkan jadual waktu setiap guru.
7-Menguruskan koperasi sekolah seperti membuat belian, merekod jualan harian,
menyimpan wang jualan di bank.
8- Membersihkan masjid atau surau sekolah seminggu sekali- kalau diserahkan
kepada pekerja bukan guru dia buat sebulan sekali, kotor nanti.
9- Menguruskan peralatan IT (komputer, printer dll)Kalau tak buat nanti kena virus,
toner habis tak bertukar, komputer slow, akhirnya kalau nak siapkan satu surat dan
nak print makan masa 1 jam lebih.
10- Mengutip yuran pelajar dan menulis buku resit. Duit perlu diserahkan serta merta
selepas dikutip so kena berlari ke pejabat kalau tak nanti lewat ke kelas. Kalau bagi
waktu habis sekolah nanti kerani dah rehat tengahari. Kalau serah duit kepada kerani
pada waktu rehat pelajar cikgu pula tak sempat nak makan. Kalau tersilap atau
terlupa serah pada hari yang sama nanti kena leter dengan ketua kerani. Satusatunya perkhidmatan awam di Malaysia yang N32 berani leter/marah/sakitkan hati
pegawai 41.
Sekarang ni cikgu dah tak boleh nak mengajar dengan baik sebab buat semua di
atas.
So Ibubapa, PIBG, masyarakat kata Cikgu tak bagus. Kena marah lagi...
Mana pergi penghormatan pada guru. Tiada lagi keberkatan belajar. Apa akan jadi
pada anak-anak kita? Baca akhbar tahulah apa yang telah terjadi....
Zainal
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
1-Guru-guru kini kebanyakkannya diminta menghadirkan diri ke sekolah untuk
hampir setiap hari sabtu. Kebanyakkan hari persekolahan juga, pihak pentadbir akan
menahan guru daripada pulang selepas waktu kerja dengan alasan untuk
bermesyuarat. Jika gagal berbuat demikian kena tunjuk surat tunjuk sebab.
2-Guru-guru juga dipaksa membuat kerja pentaksiran/pengredan untuk

kenaikan pangkat Pengetua.


3-Guru-guru kini diminta supaya datang kesekolah separuh daripada hari cuti
sekolah untuk tujuan mesyuarat. Ada sesetengah sekolah yang mengadakan kelas
tambahan pada hari cuti umum perayaan dan jika guru gagal hadir, maka surat
tunjuk sebab dipinta sebelum tindakan diambil oleh pihak sekolah. Bukan kah cuti ini
diiktirafkan oleh kerajaan sendiri? Tetapi akibat Pengetua inginkan nama tersohor
dan naik pangkat, maka guru-guru juga jadi bahan loncatan.
4-Akibat terlalu banyak mesyuarat, adakalanya agenda mesyuarat adalah untuk
mendengar Pengetua bercerita tentang hal ehwal tarian dan kasut tumit tinggi.
5-Guru-guru dipaksa memakai pakain seragam koporat sekolah pada
setiap dua hari seminggu. Pakaian ini pula bukan murah, batik dan kos buat baju
adalah RM300 paling kurang. Kalau tak pakai, nama akan dicatit dan diminta surat
tunjuk sebab. Jika penting sangat baju koporat ini, kenapa pihak Kementerian
Pelajaran tidak bekalkan sahaja? Apa kena mengena prestasi kami mendidik dengan
memakai baju batik koporat?
6-Kerja-kerja kerani seperti kewangan, menyediakan laporan audit, menyiapkan
butiran sekolah untuk taksiran adalah dipertanggungjawabkan kepada guru.
7-Kegiatan kokurikulum yang telah menjadi wajib kini memakan masa P&P dan
menambah kepada beban kerja guru.
8-Masa cuti guru kini terpaksa digunakan untuk mengred kertas/buku, menyediakan
laporan bertulis yang sepatutnya dibuat kerani dan kini kami sudah lagi tidak banyak
masa untuk keluarga dan peribadi.
9-KPM dari masa ke masa melancarkan pelbagai program seperti Sekolah Berprestasi
Tinggi, namun apabila pihak Pengetua mahukan nama maka guru-guru dikerah
tanpa memikirkan banyak lagi. Persoalan sekarang, jika tenaga kerja mendidik iaitu
Guru-guru terlalu letih dan hilang fokus mengajar, mampukah ini mendatangkan
kebaikkan kepada pelajar kita? Ini adalah pewaris masa depan negara, oleh itu KPM
sepatutnya memberikan fokus untuk menghasilkan suasana yang kondusif untuk
P&P dan bukan untuk kecemerlangan Pengetua atau demi nama sekolah sahaja.
Sekian, moga mendapat perhatian wajar dan ribuan terima kasih kepada Berita
Harian yang sudi memberikan kami ruang ini. Ikhlas dalam perkhidmatan, demi
agama bangsa dan negara, demi anak-anak kita semua. Haji Zainal, Johor
Bahru.
romoi
bagaimana dengan penjawat awam yang lain???
Ida
Sebagai pendidik, saya amat berterimakasih atas keprihatinana pihak Kementerian
tentang masalah bebanan tugas guru di sekolah. Saya akui tugas guru kini terlalu
banyak sehingga terkadang amat mengganggu tugas utama iaitu P & P di dalam
kelas.Dari membuat persediaan mengajar, masuk ke kelas, memeriksa buku latihan
pelajar disuguh lagi dengan bebanan tgjwb di luar kelas..sehinggakan ada ketika
buku pelajar terpaksa di dibawa balik ke rumah untuk diperiksa pada sebelah malam

kerana waktu persekolahan terpaksa menjalankan seribu satu macam tugas


perkeranian dan sebagainya yang warga pendidik pastinya sedia maklum. kadangkadang komitmen untuk tugas tambahan melebihi tugas utama seorang pendidik,
siapa wajar dipersalahkan?Semoga pihak Kementerian akan menemukan jalan
penyelesaian untuk mengatasi masalah ini.
Jusman Hedoh
Assalamualaikum & Salam 1Malaysia
Mengenai Isu "Seksa Jadi Cikgu" saya amat setuju walaupun sy bukan cikgi tetapi
Isteri Saya Seorang Guru. Kadang kala sy kasian melihat isteri sy yang balik lewat
dari sekolah kerana menghadiri dan menyelesaikan pelbagai perkara yang berkaitan
dgn hal perkeranian. Saya melihat perkara ini perlu diselesaikan dengan segera. Sy
mengharapkan agar beban guru dapat diringankan untuk kesejahteraan para guru.
Saya berharap kerajaan serta pihak berkaitan dapat mencari satu langkah realistik
agar beban guru dapat dikurangkan.
nahza ahmadi
Guru ibarat lilin yang membakar diri, menjadi penyuluh dalam mencari makna hidup.
Anehnya, kenapa guru seringkali beranggapan kerja merekalah yang paling
menyiksakan? Pernahkah kita dengar rungutan yang sama dari penjawat awam yang
lain? Saban tahun berpuluh-puluh ribu yang memohon untuk memasuki Institut
Pendidikan Guru dengan hasrat menjadi pendidik sedangkan yang diterima hanya
sekitar lima hingga enam ribu..Maknanya ramai sungguh graduan IPTA yang memilih
untuk menyertai kerjaya yang sungguh 'Menyiksakan' ini..Pelik tapi
benar...Wallahua'lam
Zarina
Assalamualaikum...
Sememangnya kerja guru ini agak membebankan kerana bagi sekolah yang bilangan
guru agak kurang, seorang guru memegang banyak jawatan. Contohnya saya
sebagai guru data SMM (data pelajar), guru penyelaras ICT, guru tingkatan, guru
penasihat kelas, mengajar matematik ting 4 dan 5... saya tiada kepuasan mengajar
kerana kurang masa untuk penyediaan P&P.... masa saya lebih kepada pengurusan
dan pengkeranian....data dalam sistem, data online dan data dalam borang2 yang
diberi, masa yang diperuntukkan selalu terhad, 'urgent' sentiasa..... Komputer rosak,
komputer bermasalah....semuanya kena ambil tahu....bila masa nak tanda buku,
matematik sentiasa ada latihan.... itu belum masuk dengan kelas tambahan, cara
nak menaikkan prestasi pelajar.... kadang2 kerja yang datang bertindan2... jadi kami
disuruh buat yang terpenting dahulu.. kalau semuanya penting?
sedap mulut
tu alasan je..
padan lah dengan gaji beribu yang di terima.
cikgu sekarang banyak sibuk dengan kelas tuisyen dan MLM..
banyak nak cari duit lebih.
yang utama adalah duit.
ZUL FAHMI BAHARI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para guru sekalian.


Saya bukan seorang guru,namun izinkan saya memberi sedikit pendapat untuk
dikongsi bersama.
Saya memahami bebanan tugas yang dihadapi oleh guru kerana dikalangan keluarga
saya ramai yang menjadi guru.
Namun dari pendapat peribadi saya,bukan pekerjaan sebagai guru sahaja yang
menjadi bebanan,pekerjaan lain seperti doktor, ahli farmasi dan lain2 turut jugak
mempunyai bebanan kerja.Saya mengambil contoh sebagai doktor,kadang2
terpaksa oncall selang sehari.sangat penat...selain itu juga mesti menghadiri kursus
serta seminar untuk menambah mata CPD bagi membolehkan memperbaharui lesen
pengamalan.Jika pergi kursus siapa pula yang nak mengantikan doktor itu untuk
pemawat pesakit.Saban hari pesakit ramai di hospital-hospital.kerja selalu sampai
malam dan keesokan hari awal pagi sudah mula kerja.
Cuti tahun pun amat susah nak ambil.
Semua oarng mempunyai bebanan kerja,tapi kita harus bersabar dalam memberi
perkhidmatan kita yang terbaik kepada masyarakat.Janganlah kita merungut kerana
dengan ilmu yang kita ada semakin banyak tanggungjawap kita.Kemua itu akan
dinilai di akhirat yang kekal kelak nanti.
Cikgu Abdul Razak
Beban Tugas Guru.
Menteri Pelajaran telah bersilih ganti. Kajian dan permasalah guru telah banyak
dilakukan. Tindakan yang jelas dan tepat masih tidak dilakukan untuk
menyelesai@mengatasi masalah.Contoh yang diberikan ini sebagai bandingan
dengan rakan-rakan lulusan universiti di sektor perkhidmatan awam.
1. Kerja mereka terfokus dengan masa pejabat. Tidak bawa balik ke rumah. Kerja
penandaan buku/latihan/peperiksaan disiapkan di rumah kerana buku@markah ujian
perlu dikembalikan kepada pelajar.
2. Penghantaran pelajar dalam aktiviti kokurikulum melewati waktu bekerja. Guru
terpaksa hantar ke pintu rumah untuk mempastikan keselamatan pelajar. Kos
minyak, masa ditanggung sendiri oleh guru. Kalau menang dalam pertandingan,
pelajar minta guru belanja.
3. Kenaikan Gred Gaji agak LEMBAB. Telah berkhidmat 15-20tahun belum dapat gred
48. Perkhidmatan PTD berkhidmat 5 tahun dapat gred 44 dan 8-10 tahun gred 48.
Guru yang menjadi pembentuk genaerasi dan rupa bentuk bangsa TIDAK termasuk
dalam keistemewaan PTD.
Saya telah berkhidmat selama 20tahun masih gred 44. Telah menjadi Penolong
Kanan pada tahun 1997. Tidak diberi keutamaan untuk naik gred gaji lebih
cepat.Terasa tidak dihargai. Semasa ketiadaan Pengetua(mesyuarat @
kursus)melaksanakan tugas Pengetua di samping tugas hakiki Penolong Kanan.
Kesimpulannya, terlalu banyak hendak diperkatakan. Berserah kepada Allah untuk
keberkatan kerja-kerja yang melebili sepatutnya.
Sekian, terima kasih
muslimah
guru hanya fikirkan tentang scope yg mereka tanggung... fikir jugak tentang
profesion lain seperti jururawat yg bukan setakat buat kerja kerani, tetapi jadi
cleaner, keja tak tentu masa, cuti sehari seminggu, sepatutnya kerja shift separuh
hari, melarat buat 2 shif sehari..... cuti am pun kerja... kursus kena ikut, keluarga
entah kemana... jangan bandingkan kerja guru dengan kerjaya yang lebih mudah
macam pegawai di pejabat, tetapi, bandingkan dengan kerja macam kami.. gaji pun

tak seberapa.. dipedalaman kerja tak tentu masa. tengah malam pun kena jalankan
tugas. bukan macam guru2 diluar sana... kerja sebenarnya bermula dengan nawaitu
yang ikhlas... bukan bandingkan dengan material atau masa yang anda mahu...
fikirkanlah sendiri. gaji kami dan anda hampir serupa. anak-anak saya di sekolah, tak
pernah pun dapat perhatian guru disekolah. tapi, sebagai ibu bapa, kami ajar sampai
malam, korbankan cuti dan masa dan gunakan khidmat tuisyen supaya mereka
berjaya. bila pelajar berjaya, yang tepuk dada, tanyalah guru mereka. adil ke dunia
ni??
MOHD SAKIAM BIN HAMID
Saya amat berterima kasih kepada kerajaan yang prihatin masalah guru. Apa yang
saya ingin minta dipertimbangkan tentang perubahan gaji bagi guru yang memiliki
ijazah sarjana.(master). Kini guru sarjana tidak naik gaji walaupun 10 sen. Kami
menghabiskan hampir RM15,000 untuk mendapatkan sarjana, tetapi tiada sebarang
hasil diperolehi. Jadi saya sangat berharap pihak Tan Sri dapat menimbangkan
rayuan ini.Sekian.
laila
salam..saya amat bersetuju dengan kenyataan yg mengatakan siksa jd guru
sekarang.
Kami mmg terlalu terbeban dengan tugasan pkeranian yg menyiksakan sehinggakan
tk tau yg mana yg perlu d utamakan. Fail perlu update,mengajar wajib,program yg
perlu di jlnkan,akhirnya bagaimana nk lahirkan murid yg cemerlang andainya kami
terpaksa bertungkus lumus menyiapkan fail2 yg bertimbun banyaknya.Sehinggakan
kami sendiri terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga.Kerja pkeranian tk abis
d buat d sekolah terpaksa bawa balik ke rumah. Kejarkan sekolah anak yg perlukan
perhatian juga terabai.( Kami mahu jadi guru bukan kerani sekolah.)
qua
status bilangan guru pun tidak jelas.. sekejap kata kurang, sekejap kata terlebih...
di sekolah, kerani lebih banyak goyang kaki berbanding guru... tapi kalau pelajar tak
cemerlang, bermasalah, mak bapak ramai yang salahkan guru...
Kerja
assalamualaikum,
Kepada,
Perdana Menteri dan Menteri pelajaran, tolonglah tengok gaji cikgu. Bukan hanya
sekar tingkatkan elaun susah untuk guru pendalaman tapi tengoklah juga keperitan
hidup guru-guru di kotaraya seperti kuala lumpur ini. Kami pun sensara walaupun
dalam hutan batu.
Madzlee
Salam...........Guru hari ini jadi macam2...Bila ada apa2 perayaan sekolah jadi
TUKANG KEBUN...Bila jururawat datang sekolah jadi Jururawat,kena buat senarai
nama,timbang berat,ukur tinggi,periksa mata pelajar....kadang2 jururawat yg lain
kementerian pun boleh marah cikgu2 jika salah isi borang....tu x kira lagi bila datang
agensi2 kerajaan lain yang nak itu nak ini.......Bagi saya tugas hakiki guru iaitu
mengajar telah tinggal 30% lagi 70% dihabiskan dengan laporan,isi
borang,kursus,ukur padang,dam macam2 lagi yg hanya para guru saje tau....Bagi
kami biar letih MENGAJAR dari letih MENGEJAR program,projek KPM,JPN,PPD,SEKOLAH
dan kadang2 PIBG yang bertali arus.........

sheeda cute
Jumlah bilangan guru harus ditambah bagi menyelesaikan masalah ini,insentif yang
terbaik juga perlu untuk menarik ramai menyertai profesion guru disamping
kemudahannya.
Umi Hidayah
betul..saya setuju..spatutnye tugas guru adalah mendidik pelajar2 di dalam
kelas..dan guru itu perlulah menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas untuk mendidik anak2 murud supaya menjadi orang yang berguna pada
masa hadapan..
Kamal Ibrahim
Perkara ini sudah lama berlanjutan dan ini entah kali ke berapa kajian nak dibuat,
kajian terdahulu tidak diketahui keputusannya tergantung begitu sahaja. Apa yang
menjadi isu di sini adalah bebanan kerja2 perkeranian yang perlu dibuat. Berikut
saya beri contoh beberapa kerja yang rasanya diluar bidanga:
1. Sebagai contoh, kalau kita lihat disesuatu institusi pengajian, bahagian
pendaftaran ada unitnya, bahagian yuran ada unit bendahari, bahagian kesihatan
ada unit kesihatan, bahagian sukan ada unit sukan, bahagian infrastruktur
(meja/kerusi/perabot dll) ada unitnya, bahagian keselamatan ada unitnya, bahagian
pentadbiran ada unitnya, bahagian keceriaan ada unitnya, manakala pensyarah
hanya mengajar dan membuat kaji selidik/ kertas kerja bagaimana utk meningkatkan
pencapaian pelajar.... begitu juga di KEMENTERIAN PELAJARAN sendiri, ada unit
masing2. Unit masing2 buat kerja sendiri. Tapi yang pelik CIKGU BUAT HAMPIR
SEMUA ITU.... org KPM @ JPN @ PPD @ NAZIR bila dtg membuat PEMANTAUAN hanya
tahu menegur cikgu tidak GUNA ABM @ ALAT BANTU semasa P&P sedangakan
hakikatnya.... waktu amat TERHAD untuk membuat persediaan P&P. Saya percaya
dan yakin jika guru hanya menumpukan kepada P&P lebih ramai pelajar cemerlang
dapat dilahirkan dan masalah disiplin dan keciciran akan dapat di atasi. Adalah
menjadi harapan kami kajian ini tidak tinggal sebagai kajian sahaja. Terima kasih.
Adnan Bin Idris
Guru dibebani memang benar terutamanya antara tugas hakiki dan kerja lain yang
diarahkan oleh Gurubesar mahupun Pengetua, dahulu sebuah jawatankuasa khas
yang mengkaji dan mengemukakan pelbagai syor untuk peningkatan kecekapan
mutu kerja guru dan cadangan penyelesaian beban guru terutama berkaitan
perkeranian yang dipengerusikan oleh Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arshad
seterusnya telah mengariskan tindakan yang wajar diambil oleh kerajaan dan KPM
namun ianya sepi begitu sahaja.
Hakikat sebenar beban tugas guru menjadi lebih terbeban apabila Gurubesar
mahupun Pengetua tidak mendapat latihan dan pengetahuan yang cukup berkaitan
dengan kepimpinan dan arahan tugas. Ianya adalah kerana sering kali kerja yang
sepatutnya dilakukan oleh kakitangan bukan guru dibebankan kepada guru seperti
mengutip data, menaip data, analisa, membuat surat dna pelbagai lagi, inilah
sebenar ketidakcekapan Gurubesar atau Pengetua dalam menangani urusan ini
dengan baik. Apa yang perlu dipraktikan dalam beberapa bidang tugas dalam urusan
peperiksaan diperingkat sekolah umpamanya sepatutnya guru hanya mengajar,
membuat ujian, memeriksa kertas dan menghantar markah dan urusan selepas itu
hanyalah dilakukan oleh bidang perkeranian. Dalam bidang kokurikulum kita wajar
melantik jurulatih samada dikalangan guru atau profesinal yang lain untuk penilaian

dan urusan pertandingan dan lain-lain,


Sekian terima kasih
daud ahmad
salam. terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kpd guru2 yg mendidik anak
malaysia.drpd komen yg saya baca, disarankan guru2 melalui nutp mohon peg drpd
kementerian turun padang dan lihat sendiri.Jika boleh minta peg tersebut berada
dalm tempoh tertentu(cth.sebulan) disekolah utk melihat keadaan
sebenar.pemantauan dan analisa boleh dbuat sedikit sebanyak dan juga sbg input
kpd kementerian.Berbalik kpd bebanan kerja, memang saya akui.kedua abg saya
dan kakak ipar juga adlah guru,banyk masa dirumah digunakan utk persediaan
mengajr.Gaji guru2 adalah lebih baik dr saya yg bertugas di ipta.kerja dr 8pg ~5
ptg,dilambakkn dngn projek yg ada due date.nota perlu cari sendiri, hanya diberi
silibus,pandai2lah nak goreng ikut silibus berbanding guru yg telah siap buku rujukan
dan panduan.sementelahan pula guru telh diberi kenaikan gaji(upgrade
tanggagaji).padasaya bebanan ada dimana saja,bezanya dimana kita berada.saya
harap guru2 tidak putus asa dan kuatkan semangat utk mendidik..kerana keihklasan
amat penting dlm sesuatu perkara yg dilakukan. terima kasih
sue
saje nak bagi tahu.. sesetengah sekolah bagi Kaunselor mengajar .. kaunselor
sepatutnya tak perlu mengajar.. kecuali subjek PSK dan Pend. Moral.. dan jumlah jam
tak boleh la byk sgt.. Kaunselor banyak tugas lain. Menguruskan program sekolah...
sesi kaunseling utk bantu pelajar bermasalah... Tugas kaunselor semakin berat
tambah2 lagi pelajar zaman sekarang yang semakin advance...
shukasim
tahniah kepada NUTP dan terima kasih kepada TPM yang mengambil berat tentang
nasib guru. Moga pertemuan akan memberi kesan positif termasuk penambahan
jawatan staf sokongan bagi meringgankan beban guru di sekolah.
vsfiez
pihak kementerian sudah melaksanakan semua yang terbaik dalam melaksanakan
tugas setakat ini...jadi usahkan para guru merunggut andai dibebani tugas
seharian.Lakukan dengan ikhlas dan semampu boleh..Percaya lah cakap
saya...sesibuk mana pun anda sebagai seorang guru...anda masih lagi punya masa
untuk berfacebook dan berblogging di waktu kerja anda...jadi itu sudah cukup
memadai...sekian
Dc
Bagi saya, beban yang ditanggung oleh guru adalah setimpal dengan gaji yang
mereka terima, tambahan pula guru ini mempunyai banyak keistimewaan lain yang
kita semua sedia maklum.Jadi guru tidak perlu merungut tentang beban yang
mereka tanggung hanya kerana mempunyai keinginan lain untuk mencari
pendapatan sampingan. Bagi saya mereka cukup dari segala-gala yang diperlukan
dalam hidup tetapi bergantung dengan sikap mereka supaya tidak terlalu mengikut
perasaan dari segi kemewahan hidup.terima kasih.
arz
kenapa lulusan ijazah sarjana pendidikan sepenuh masa lebih sukar mendapat
pekerjaan berbanding ijazah sarjana muda (KPLI).... tidak ADIL untuk kami yang
bakal guru-guru nie.....

Hidy Dzahir
Bz sgt ke cikgu?? Hurmmmmm..klu mengajar je tugasnye, wah!! byk le masa nk
lalalalala ye!!
JEFRI
Saya sangat setuju supaya beban guru di kaji semula.kebanyakan guru terpaksa
mengambil masa di rumah untuk menyiapkan tugasan seperti menyiapkan sistem
maklumat murid yang sepatutnya di jalankan oleh pihak perkeranian...selain itu
aktiviti kokurikulum yang terlampau padat iaitu sebanyak 18 kali perjumpaan
menyebabkan tiada masa untuk bersama keluarga dan anak-anak di rumah....harap
kaji semula beban yang terseksa
Robert
Pelajar borneo bersemangat sebenarnya cuma guru semenanjung aje hari-2 nak
balik semenanjung(takde semangat nak mengajar). Penjawat awam lain juga penat
juga buat kerja tak juga merunggut sedangkan kelebihan diberi lebih pada you
all(guru). Saya sendiri pun terpaksa buat kerja sampai pukul 1 pagi agar gur-guru
dan penjawat-penjawat awam yang lain dapat menerima gaji dan tuntutan untuk
bulan seterusnya tapi kerja tetap kerja walaupun tak ada elaun kritikal yang penting
rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan. Kerja dengan ikhlas akan
menghasilkan semangat yang tinggi. Fikirlah guru-2 sekalian - bekas anak murid
cikgu semenanjung.
sazwan
Salam... buat guru-guru di Malaysia terima kasih atas pengorbanan anda semua..
Semoga Allah membalas jasa kalian semua...
bekas pelajar
Terima kasih pada pengorbanan guru-guru. Gurulah pendidik generasi depan.
labulabi
guru sekarang dan guru dulu tidak sama tugasnya..ibarat di hujung tanduk..lebih tua
dari usia,kerja sampai ke rumah,"boss is right"digunakan d segenap sudut...bila
bercakap di dalam mesyuarat,mula la di ugut markah potensi rendah..orang atas
cuma bercakap buat program itu dan ini,yang laksanakan cikgu.buat kajian itu dan
ini,yang laksanakan cikgu,mangsanya anak murid..masing2 nak tunjuk
hebat..masing2 mahu nama..mangsa pak turut(cikgu)mangsa keadaan anak
murid..kerja x payah cakap la..sudah banyak komen di atas..tahniah cikgu
asree61
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...
Nak kata terseksa belum pasti... tapi ramai guru yang sakit jiwa. Banyak kerja
dokumentasi yang guru kena buat.. arahan dari JPN dan PPD sentiasa nak segera.
Bayangkan data dari sekolah yang pelajarnya ramai perlu siap 2 hari. tahun 2010
lagi mencabar guru kena bawa murid untuk penglibatan sukan tapi tidak boleh klim.
Jai Mozas
Mudah saja. Guru-guru jangan bantah apabila PTD nak di bawa masuk ke sekolah.
Letak seorang PTD di setiap sekolah untuk menguruskan hal ehwal pengurusan.

Semua kerani di bawahnya. Sudah pasti akan lebih lancar. Masalahnya NUTP dan
majoriti guru sendiri bantah kemasukan PTD. Bagaimana?
samad
erm...basicnye, tak puas hati pasal gaji laaa kan??guru dulu dulu tak banyak keje
ker??
zaizul
Apa susah, tambah je kerani kat sekolah tu. Selesai semua masaalah. Biar semua
kerja pentadbiran kerani yang buat. Kerja guru mengajar je lah. Kerja kerani kat
sekolah pun berat juga, tambahan pula cuma ada tak sampai 10 orang kerani kat
sekolah..
kie
Tahniah kpd para pendidik krn tlh mdpt perhatian dari kerajaan dgn pberian pelbagai
elaun. Tidak kira dimana anda bertugas @ ditugaskan anda harus bersyukur kerana
telah diambil bekerja sebagai pendidik anak bangsa.
Lan
harap selepas kajian ada tindakannya...dah lama sgt..penat..
iqram
Memang saya akui bahawa dunia pendidikan pada hari ini sememangnya
mencabar..dahulu saya pun beranggapan bahawa guru adala satu profesion yang
mudah....jadi saya pun beralih arah daripada dunia kejuruteraan kepada bidang
keguruan....namun setelah berada dalam bidang ini baru saya sedar,pada hari ini
profesion guru ini terlalu mencabar kerana produk yang kita hasilkan adalah
insan...bukannya benda mati......jika silap langkah generasi akan datang yang akan
terima musibahnya.....namun walau bermacam-macam tugasan diberikan saya
masih berusaha untuk melakukan yang terbaik kerana saya sememangnya
sayangkan pelajar-pelajar saya....dan panat lelah guru akan terubat apabila melihat
kejayaan pelajar.itu dari sudut akademik, namun dari sudut sahsiah saya rasakan
perlu dikaji kerana saya perhatikan sahsiah pelajar semakin hari semakin
buruk.....jadi saya turut bersetuju agar bidang kerja dan bebanan guru dikaji bagi
mencapai kesejahteraan bersama.
ali
Turun padang cari penyelesaian, lain sekolah... lain tempat... lain masalah....
Latip
Assalamualaikum wbt.
Guru sejak dahulu memang dibebani dengan berbagai tugas, kononnya guru orang
serba boleh. Zaman dahulu saya akui, guru serba boleh, sekarang inipun masih
serba boleh tetapi kebanyakan sekadar asas dalam setiap bidang pekerjaan
tradisonal, bukan bidang-bidang yang baru wujud di alafa baru. Adakah kerana serba
boleh yang dimiliki oleh guru, maka semua beban hendak diletakkan keatas
dirinya ?. Sahabat sekelian jangan bandingkan skim gaji dikalangan kita, bandingkan
dengan gaji sektor awam yang lain, Kita kerap bandingkan antara gaji PPP Bukan
Siswazah dengan PPPS termasuk KPLI. Banyak faktor yang menjadi asas tangga gaji
seseorang penjawat awam. Dahulu kerajaan telah menganugerahkan 'Diploma'
kepada pemegang SPM dan SPM, ramai yang tak ada diploma tapi gaji diploma.

Membandingkan dengan KPLI lagi tidak adil kerana mereka adalah PPPS sama
dengan graduan Ijazah Pendidikan yang lain dalam skim gaji guru.
Sekian, terima kasih.
jumriati abdullah
Bertuahnya dapat jadi cikgu...
romoi
bagaimana dengan penjawat awam yang lain?
Ifah
Assalamualaikum
Satu lagi perkara yg sering menjadi rungutan guru2 terutamanya guru2 pedalaman
ialah kekerapan panggilan manghadiri kursus@mesyuarat. Jika tidak pergi, diminta
menghantar surat tunjuk sebab. Hakikatnya, kebanykaan sekolah d pedalaman
mempunyai bilangan guru yg terhad, jika yg dipanggil untuk
mesyuarat@kursus@bengkel itu melebihi separuh, siapakah lg yg akan
btanggungjwb utk mendidik murid2 d sek? Tidak semua sekolah pedalaman
mmpunyai bilangan murid yg sedkit, ada antaranya melebihi 30 org dalam setiap
kelas. Mahu digabungkan kelas, akan btmbh mslh kawalan disiplin terutama murid
sek rendah.
Harap kementerian dan pihak2 terbabit dpt memberi perhatian terhadap perkara ini.
Guru mmg perlu meningkatkan profesionalisme melalui kursus dan sebagainya,
tetapi pada masa yg sama, mengajar dan mendidik merupakan tugasan yg utama.
Terima kasih
chivas
seksa jadi cikgu, hanya orang yang jadi cikgu saja tahu segalanya.guru diploma
disuruh sambung belajar ambil ijazah secara penuh atau pjj. apa jadi dengan murid
di sekolah jika semua cikgu sambung belajar secara penuh atau pjj? selain itu guru
melakukan banyak kerja tak kira siang atau malam, gaji tak sebarapa. bagaimana
dengan guru yang lulus ptk tp kerja goyang kaki? adil kah ini semua kepada guruguru? cuba renungkan bersama. cuba bayangkan jika guru mementingkan
diri,maksudnya dia nak lulus ptk sahaja atau nak sambung belajar dapat gaji
tinggi,apa yang terjadi dengan murid di sekolah? lu fikirlah sendiri?????
salmiah
assalammualaikum....bagi diri sy plak..mmg senggsara jd guru.fikir dulu guru ni keja
megajar ja,rupa2nya mcm kerani gak,saya mgajar 34waktu,disebabkan saya tunggal
guru mgajar subjek(*)mgajar tingkatan 1,2,3,4,5 bukan sahaja mgajar tugas lain pun
banyak juga,kadang2 saya tdk tau mau bt apa ...pening sakit kpala...bila tiba exam
lagi sengsara menanda kertas tu yang payah sengsara
iin
salam..berbalik kepada isu gaji guru berkelulusan diploma dan ijazah, taraf
pendidikan yang berbeza adalah nilaian perbezaan gaji berkenaan..kerja memang
hampir sama tetapi kemungkinan besar ilmu yang ada pada guru kelulusan ijazah
sedikit lebih dari guru kelulusan diploma..lebih2 lg guru KPLI yang mempunyai
pengalaman bekerja pelbagai bidang selama bertahun-tahun,mereka boleh

menggunakan pengalaman tersebut untuk dikongsi dengan murid supaya menjadi


inspirasi mereka berbanding guru diploma pendidikan yang hanya semata-mata
belajar untuk mendidik..berfikir secara positif
duasinggit
Assalamualaikum
Perkara yang jadi isu ialah:
1. Guru yang mempunyai diploma
2. Guru KPLI. memang mereka mempunyai ijazah... (KPLI shj atau rasa tidak puas
hati (berkaitan gaji) juga kepada semua guru DG41 dan ke atas sbg cth graduan
UPSI, Ijazah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), OUM, IPTA?)
3. Dapat gaji kurang separuh daripada guru KPLI (atau DG41 lain yang seperti
dinyatakan di no 2)
4. jumlah kerja adalah sama kalau tidak lebih
5. Mengurangkan jarak perbezaan gaji itu. kerja sama banyak gaji lain-lain.
6. Adakah itu adil?
Pada pandangan saya, pihak kementerian sudah buat yang terbaik setakat ini
berdasarkan apa yang sepatutnya.
Wassalam.
arrysha ressy harisa
komen saya sebagai seorang guru, saya tidak berkira tentang kerja selain mengajar,
namun apa yang sangat penting bagi saya adalah prasarana untuk memudahkan
proses P&P adalah lengkap, teratur dan kemaskini mengikut keperluan semasa. Hal
sedemikian, menjadikan tugas seorang guru sangat berkesan, terurus,
menambahkan lagi motivasi kendiri guru pada tahap maksima. Contohnya, bengkelbengkel kemahiran hidup hendaklah diberi perhatian yang sangat penting, kerana
dari situlah bertitik tolak pengurusan, kecerdasan daya fikir dan inovasi seorang guru
dalam memikul dan seterusnya melaksanakan tugas-tugas rutin sebagai seorang
pendidik. Terdapat kalangan pelajar yang menjadikan sekolah sebagai "tempat
kediaman" mereka. Bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana Malaysia melahiran tenaga
pendidik yang berkarisma dan penyayang.
azimah
Saya sangat bersetuju. Pada masa kini, tugas guru lebih kepada pengurusan
pentadbiran daripada P&P. Guru-guru sibuk menguruskan hal-hal yang sebenarnya
bukan tugas seorang guru. Kadang kala guru terpaksa datang lebih awal ke sekolah
untuk menguruskan hal yang diberikan. Selain itu, guru sekarang kerja leih daripada
waktu bekerja. tidak cukup di sekolah guru terpaksa membuatnya di rumah. Perkara
ini memang mengganggu tugas guru iaitu mendidik dan mengajar pelajar. Kesibukan
guru dengan urusan pentadbiran menyebabkan guru tidak ada masa untuk
membuat persediaan P&P. Guru masuk ke dalam kelas dan kadang kala guru
terpaksa membuat kerja pentadbiran di dalam kelas kerana tempoh yang diberi oleh

pihak sekolah amat terhad. Sebab itulah pada masa kini ramai guru yang mengalami
tekanan hidup. harap mendapat jalan penyelesaian yang terbaik.
hana
Salam, saya amat menyokong kenyataan ini kerana tugas utama guru ialah
mengajar dan mendidik, jika ditambah dengan kerja lain guru terpaksa mencuri
sedikit masa dan tumpuan kepada P&P, malah ada ketika masa untuk membuat
perkara lain dilebihkan. Bukan sahaja barangan cikgu juga sudah jadi 3 atau 4 dalam
1. Bukan kerja lain cikgu tidak mahu buat tapi beri kami masa dan keadaan yang
amat selesa untuk kami memberi tumpuan kepada P&P. Seimbangkan.
ferdawos
Setuju sangat masalah guru, terutama di Borneo ni dahlah ada masalh komunikasi
dengan JPN negeri ,guru juga terpaksa berjauhan memandu ,berjalan, berlayar
berbatu-batu baru sampai sekolah.Dahlah tu, murid pun tak bersemangat nak
belajar buat penat guru je.kasihan guru anak sendiri kucar kacir nak didik anak
orang yang tak berapa nak belajar ni. Itu blm kira gaji yang lambat dan terpaksa
bayar hutang, pinjam dulu duit AHLONG.nak tanya GB ini lagi susah dia kata ini hal
JPN .Tuntasnya kaji;ah hal ini sampai semua guru-guru terbela.
Joe
boleh dikatakan bebanan Tugas guru semakin mencabar kerana terpaksa melakukan
pelbagai tugas antaranya pengurusan kelas terutama sekali fail bagi kelas
pemulihan sedangkan guru pra sekolah pula terdapat pembantunya, dan
persoalannya kenapakah guru pemulihan khas tidak diberikan pembantu
sepertimana guru prasekolah,begitu juga dengan guru yang lain..menyentuh sedikit
tentang gaji sebenarnya jarak gaji antara kedua-dua guru diploma dan ijazah
tidaklah terlalu jauh dan sememangnya patut mereka mendapat kelebihan kerana
taraf pendidikan mereka lebih tinggi, dan saya ingin menyeru kepada cik/puan yang
masih lagi memegang diploma pendidikan agar mengambil peluang untuk
menyambung pengajian ke peringkat ijazah..bersyukurla apa yang kita ada..saya
pun memegang diploma tetapi sedang mengikuti PJJ...terima kasih..
SULAIMAN CHE OTHMAN
Hanya mereka yg berada dlm dunia perguruan yg amat tahu ttg bebanan tugas yg
harus dipikul oleh seorang guru. Apa lagi sekarang guru 'diarah' supaya membaca
beberapa buah buku ilmiah dan harus dibentangkan hasil bacaan tersebut. ini
katanya salah satu aktiviti utk meningkatkan thp profesionalisme guru tersebut.
Bukan guru menolak tetapi secara tidak langsung telah menambah satu lagi
bebanan yg akhirnya tumpuan utk persediaan P&P semakin berkurangan. pembuat
dasar hanya tahu minta dan arah seolah-olah guru banyak masa terbuang. Kenapa
jabatan lain tidak sedemikian, apakah kerana mereka dilihat sentiasa berada di
meja/kaunter dan mebawa fail ke sana kemari dianggap sangat sibuk? Perlu diingat
guru punya bebanan dalam semua aspek mental, fizikal, emosi, malah sering
terpaksa mengeluarkan RM sendiri terutama yg melibatkan aktiviti kokurikulum,
tetapi ini sebenarnya tidak pernah dihitung atau dipersoalkan, tetapi banyak pihak
masih menganggap guru tidak ada kerja.
noramizi
memang betul itu adalah realiti yang berlaku.kerani di sekolah memang ada yang
tidak tahu melakukan kerja sehinggakan guru terpaksa masuk campur. ini tidak
termasuk kegiatan lain seperti hari sukan, sambutan perayaan atau mengadakan

aktivit sukan setempat.tapi apa yang lebih teruk, guru yang diploma masih
mendapat gaji kurang separuh daripada guru KPLI.memang mereka mempunyai
ijazah tetapi jumlah kerja adalah sama kalau tidak lebih.harap kementerian pelajaran
dapat mengurangkan jarak perbezaan gaji itu.kerja sama banyak gaji lainlain.adakah itu adil?
HANGAT

MH370: Duit empat mangsa dalam bank lesap

MH17: Bapa lega jenazah anak dibawa pulang

Isu MB Selangor: 'Elak pilihan raya negeri'

Isu MB Selangor: Kenyataan makan diri

MH17: Harap jasad 2 anak, cucu disemadikan


IKLAN TEKS
Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Kembali ke atas

Utama

Nasional

Sukan

Dunia

Ekonomi

Agama

Hip

Teknologi

Arkib Seminggu

Klik Khas

Kolumnis

Redaksi

Sejarah

Hubungi Kami

Iklan Web

1Klassified

RSS

Facebook

Twitter

BH TV

Galeri

BH LIVE

Rakan BH

SMS Alert

Akhbar Digital

NSTP Group

New Straits Times

Harian Metro
Untuk sebarang maklum balas hantarkan kepada bhonline@bh.com.my
Hak Cipta Terpelihara New Straits Times Press (M) Bhd. (4485-H) 2015 | Disclaimer | Notis Perlindungan Data Peribadi

Untuk paparan terbaik, pindah turun aplikasi pelayar

Tutup Iklan

Seksa jadi cikgu


Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my
2010/04/01
Jawatankuasa khas diberi dua bulan selesai tekanan hidup guru:
Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban
tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran
dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar.
Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri
Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengenal pasti
tahap keseriusan isu berkenaan serta diberi tempoh dua bulan untuk
menyelesaikannya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan aduan
NUTP, selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti
kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta
beberapa kerja tambahan lain.
NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja setiap Sabtu
disebabkan terbabit dengan banyak aktiviti, sedangkan pekeliling yang
dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap
bulan.

Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana tidak mahu tugas hakiki guru, iaitu
mendidik pelajar tidak terganggu disebabkan bebanan macam-macam tugas
yang terpaksa dibuat, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan
mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan NUTP di bangunan Parlimen,
semalam.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jawatankuasa itu akan mengenal
pasti punca masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna
pakai bagi menyelesaikannya.
Piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih
tinggi boleh kita contohi, katanya.
Muhyiddin berkata, kementerian menyedari tugas sebenar guru ialah pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas, bukannya melakukan tugas tertentu yang
sepatutnya dilakukan kerani.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang
menekankan aspek kokurikulum di sekolah mendapat maklum balas positif
daripada NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.
NUTP turut menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi
meningkatkan jaringan pendidikan kepada rakyat. Kementerian akan cuba
sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada guru dan rakyat,
katanya.

Hak Cipta Terpelihara Berita Harian 2012 Emel kami untuk sebarang maklum
balas.

Rencana : Bahan tambah


kimia dan kesannya terhadap kesihatan manusia
BAHAN TAMBAH KIMIA DALAM MAKANAN
Oleh
Zulaikha Binti Abd Rahman

SEJARAH PENGGUNAAN BAHAN TAMBAH KIMIA DALAM MAKANAN


Perkembangan teknologi pemprosesan telah menyumbang kepada industri pengawetan
makanan yang menggantikan cara tradisional daripada nenek moyang kita. Oleh itu, aditif
makanan telah digunakan dan ia adalah bahan yang selamat dimakan yang ditambah secara sengaja
ke dalam makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi tidak termasuk vitamin dan mineral
(Kementerian Kesihatan Malaysia, 2009). Mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985, jenis-jenis
aditif makanan yang dibenarkan ialah bahan pengawet, bahan pewarna, bahan perisa, penambah
perisa, pengantioksida dan kondisioner makanan. Jenis-jenis kondisioner makanan yang dibenarkan
ialah pengemulsi, penstabil, pemekat, pengawal asid, enzim serta pelarut. Bagi memperhalusi
undang-undang, pelbagai agensi kerajaan telah bertindak untuk mengawal dan memantau
penggunaan bahan tambah kimia dalam makanan sehingga ke hari ini.Kementerian Kesihatan
Malaysia telah menerbitkan versi terkini mengenai Peraturan-Peraturan Makanan 1985 pada
bulan Januari 2014.

PUNCA-PUNCA PENGGUNAAN BAHAN TAMBAH KIMIA DALAM MAKANAN


Makanan boleh rosak selepas suatu tempoh tertentu. Makanan yang telah rosak
akan berubah rupa dan rasa. Makanan yang telah rosak mempunyai satu atau lebih daripada ciri-ciri
seperti bau yang tidak menyenangkan, rasa yang tidak menyenangkan, berubah warna, berubah
rupa, dan berkulat. Pengguna boleh mengalami keracunan makanan sekiranya makan makanan
yang rosak. Makanan rosak akibat tindakan mikroorganisma seperti bakteria dan
kulat. Mikroorganisma ini tidak boleh membuat makanannya sendiri dan hidup di atas makanan serta
menguraikannya.

KEPENTINGAN BAHAN TAMBAH KIMIA DALAM MAKANAN

Bahan
Tambahan
Makanan

Pengawet

Fungsi

Menghalang atau
melambatkan
pertumbuhan bakteria
dan kulat

Contoh Bahan
Kimia

Asid Benzoik

Mewarnakan makanan

Roti, kek

Sulfur Dioksida

Jem, jus buahbuahan

Metanil Kuning
Karamel

Mengekalkan warna

Minuman ringan,
sos, cili boh

Asid Propionik

Natrium Nitrit
Pewarna

Contoh Makanan

Sebatian Azo /

Daging, ayam, ikan


Aiskrim, minuman
ringan
Kek
Sardin dalam tin,

makanan yang telah


hilang semasa
pemprosesan makanan

Trifenil

Bahan perisa

Menambah rasa atau


bau yang harum

Monotarium
Glutamat

Pengantioksid
a

Melambatkan
pengoksidaan lemak

Asid Askorbik

Mencegah ketengikan
makanan berminyak
atau berlemak
Pemanis

Penstabil

Memberi rasa manis


untuk menggantikan gula

Menghalang proses
pemendapan cecair

Asid Sitrik

kacang merah
dalam tin
Minuman ringan,
mee segera
Marjerin, jem, susu
kultur
Minyak masak

Sakarin

Minuman ringan,
aiskrim

Aspartam

Minuman ringan,
aiskrim

Xilitol

Buah-buahan kering

Sorbitol

Makanan dalam tin

Lesitin, Gelatin
Gam Akasia

Sos cili, sos tiram


Aiskrim

Memberi tekstur yang


seragam dan licin
Agen pemekat
Peluntur

Memekatkan cecair
Memudarkan atau
menyahwarnakan
makanan supaya
kelihatan lebih bersih
dan tulen

Gelatin
Benzoil Peroksida

Kicap pekat, sos


tiram
Mihun, tepung
gandum

Jadual 1 Kepentingan Bahan Tambahan Dalam Makanan Serta Fungsinya, Contoh Bahan Kimia Yang
Digunakan Dalam Setiap Makanan

KESAN POSITIF PENGGUNAAN BAHAN TAMBAH KIMIA DALAM MAKANAN


Pelbagai bahan tambah kimia digunakan dalam industri makanan yang membawa manfaat
kepada pengguna. Antaranya ialah tarikh luput makanan dapat dipanjangkan keranamakanan
tidak rosak akibat tindakan mikroorganisma dan pengoksidaan makanan menyebabkan
makanan mudah disimpan dan dipasarkan. Malahan, makanan yang telah diawet dapat
mengekalkan bentuk dan rasa makanan yang asli dalam beberapa tempoh masa. Selain
itu, pembaziran makanan dapat dielakkan kerana makanan yang berlebihan boleh disimpan di
dalam peti sejuk untuk dimakan pada waktu yang lain serta bekalan makanan mencukupi kerana
makanan boleh dimakan di luar musimnya.

KESAN NEGATIF PENGGUNAAN BAHAN TAMBAH KIMIA KE ATAS MANUSIA


Sesetengah bahan tambahan makanan didapati melebihi kuantiti yang dibenarkan oleh Akta
Makanan yang akan membahayakan kesihatan. Sesetengah agen pengawet adalah
karsinogenik dan mungkin menyebabkan kanser jika dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kalsium
dinatrium EDTA merupakan salah satu agen pengawet yang menyumbang kepada penyakit gastrik,
kerosakan ginjal dan kekejangan otot. Penggunaan dimetil sulfat yang berlebihan sebagai bahan
perisa dalam makanan akan menyebabkan lecuhan kulit yang teruk, lumpuh dan koma
manakala amil asetat boleh mendorong kepada kemerosotan sistem saraf, sakit dada, sakit kepala
dan penat.

ISU PENGGUNAAN BAHAN TAMBAH KIMIA DARI SUDUT PANDANGAN AGAMA


Makanan tradisional diperoleh daripada sumber semula jadi tanpa ada penambahan
unsur lain seperti gula dan garam. Teknik tradisional yang digunakan untuk membuat makanan
hanyalah menggaulkan adunan atau bahan mentah sahaja seperti menggunakan garam untuk
mengawet daging dan ikan. Oleh itu, masyarakat Islam tidak meragui status halal bagi sesuatu
makanan.

Isu keraguan tentang makanan moden adalah disebabkan punca bahan tambah kimia
serta pengurusan pemprosesan makanan yang mengikut hukum syarak atau tidak. Misalnya, LCystein dihasilkan melalui cara sintetik iaitu daripada sumber bukan organik seperti petroleum atau
daripada rambut manusia dan bulu itik atau ayam. Kegunaannya ialah mengurangkan masa
mengadun doh gandum, menghentikan pengecutan kerak pizza selepas dinipiskan dan menghasilkan
bahan perisa berdaging seperti ayam dan lembu. Penggunaan rambut manusia dalam makanan
adalah haram. Walaupun L-Cystein terdapat dalam pelbagai jenis makanan, ia tidak
disenaraikan sebagai bahan ramuan pada label kerana tidak dianggap sebagai penambah
makanan tetapi sebagai bantuan dalam pemprosesan (Syed Rasheeduddin, 2001).
http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/pemakanan/keselamatan-a-kualiti-makanan/aditifmakanan-daripada-perspektif-halal
ISU BAHAN TAMBAH KIMIA DALAM MAKANAN DI MALAYSIA DARI ASPEK NILAI
Sakarin ialah bahan pemanis iaitu lebih kurang 400 kali lebih manis daripada gula biasa telah
diharamkan di Malaysia, Jerman, Portugal, Perancis, Israel dan Taiwan kerana boleh menyebabkan
kanser. Oleh itu, Aspartam telah digunakan untuk menggantikan Sakarin kerana nilai kesihatan
pengguna dititiberatkan dalam pemakanan seharian. Selain itu, bahan pewarna seperti Tartrazin
dan Carmoisine pula boleh menyebabkan gerak balas alergi kepada sesetengah orang seperti ruam,
bengkak dan hidung berair. Bahan pewarna ini masih digunakan mengikut kadar yang telah
ditetapkan atas dasar nilai keselamatan dan komersial. Namun begitu, kedua-dua bahan
pewarna ini telah diharamkan penggunaanya di negara Norway dan Australia atas dasar nilai
kesihatan
pengguna (Gonen,
2010).
http://www.gaianaturopathic.com/docs/Food_Additives.pdf
PERANAN KERAJAAN

Akta Makanan 1983 hanya membenarkan kuantiti tertentu bahan kimia ditambahkan ke
dalam makanan. Jabatan Kimia Malaysia sentiasa menjalankan kajian dan analisis ke atas
makanan-makanan di pasaran. Akta Makanan juga telah mewajibkan pengilang melabelkan
makanan diproses seperti nama dan alamat pengilang, jenis makanan, ramuan makanan, kuantiti
makanan dan tarikh luput.
Peraturan Makanan 1985 membenarkan penggunaan bahan tambah kimia dalam bahan
pengawet, perisa, pengangtioksida dan sebagainya bagi sampel-sampel tertentu pada tahap seperti
yang telah dinyatakan dalam Jadual Keenam, Peraturan Makanan 1985.

Bahan tambahan makanan

Kuantiti maksimum yang dibenarkan


dalam setiap kilogram makanan

Asid benzoik (pengawet)

350 mg

Asid askorbik (pengantioksida)

2000 mg

Sulfur dioksida (pengawet)

20 mg

Rajah 3 Beberapa Contoh Bahan Tambahan Makanan Mengikut Kuantiti Maksimum Yang
Dibenarkan Dalam Setiap Kilogram Makanan

Kementerian Kesihatan Malaysia hanya meluluskan bahan tambah dalam


makanan apabila terdapat bukti kukuh bahawa aditif makanan tersebut tidak mendatangkan kesan
bahaya kepada kesihatan manusia. Malahan, program pemantauan yang berterusan juga
dijalankan bagi memastikan penggunaan bahan tambah dalam makanan mematuhi kadar yang
dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Semua bahan kimia adalah halal kecuali
yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan (JAKIM,
2011).

PERANAN MASYARAKAT
Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan pengguna untuk membaca label
makanan sebelum membeli makanan. Bagi pengguna yang alah terhadap makanan atau
aditif,pengguna seharusnya membaca label makanan dan mengenal pasti makanan atau aditif
yang mendorong kepada alahan seperti kekacang, kuning telur, protein susu lembu dan bahan
pewarna yang berlebihan. Sebagai pengguna, kita mempunyai hak-hak ke atas makanan yang
dibeli seperti hak keselamatan, hak untuk dapatkan maklumat, hak untuk mengadu, hak untuk
memilih, hak untuk dapat ganti rugi dan hak mendapat pendidikan pengguna.

CADANGAN PENYELESAIAN BAGI ISU BAHAN TAMBAH KIMIA DALAM MAKANAN


Maklumat dan pengetahuan tentang isu ini perlu disampaikan secara holistik. Pendidikan
pengajaran tentang bahan tambah kimia dalam makanan melalui subjek Sains dan Pendidikan
Kesihatan sewajarnya diterapkan di peringkat sekolah rendah lagi. Selain itu, Kementerian
Pendidikan seharusnya menambah baik isi kandungan matapelajaran sekolah menengah

dengan menggalakkan warga sekolah mengadakan pameran, ceramah atau seminar di sekolah
agar menyamai taraf dengan pendidikan global. Warga sekolah bolehmendapatkan kerjasama dari
agensi kerajaan seperti Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan bagi menjayakan program
pendidikan.

Seterusnya, pengetahuan pendidikan kepada orang awam disampaikan melalui pameran,


ceramah dan seminar di dewan terbuka. Pendedahan melalui iklan televisyen dan papan iklan
digital di jalan raya juga mudah dilaksanakan dan dipertontonkan kepada orang ramai. Oleh
itu, kerjasama dari agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan memainkan peranan penting
dalam menyediakan maklumat dan pengetahuan tentang Akta Makanan 1983, bahan kimia
dalam makanan, status sesuatu produk makanan dan kesan ke atas manusia dapat
disampaikan kepada pengguna di Malaysia.

BIBLIOGRAFI

Gonen J. (2010). Food Additives. Portal Gaia Naturopathic Clinic. Retrieved August 20,
http://www.gaianaturopathic.com.

2014, From

Jabatan Kimia Malaysia. (2009). Aditif Makanan. Laman Web Rasmi Jabatan Kimia Malaysia. Retrieved
August 10, 2014, From http://www.jkm.gov.my.

JAKIM. (2011). Takrifan Halal. Halal Malaysia. Retrieved August 10, 2014, From http://www.halal.gov.my.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2014). Aditif Makanan - Apa Yang Perlu Anda Tahu? Portal Rasmi
Myhealth. Retrieved August 10, 2014, From http://www.myhealth.gov.my.

Noor Fiteri & Masnisah. (2014). Keraguaan Penggunaan Bahan Dalam Pengendalian Makanan
Moden. Seminar Kebangsaan Penyelidikan Dan Pendidikan Islam Politeknik 2014. Retrieved August
20, 2014, from www.academia.edu.

Das könnte Ihnen auch gefallen