Sie sind auf Seite 1von 11

BAHAGIAN A

Jawab semua soalan. Pilih jawapan yang tepat dan hitamkan jawapan pada kertas OMR
1

Yang manakah menerangkan konsep Pendidikan Sepanjang Hayat?


I

Pendidikan merujuk kerja mendidik, melatih dan mengajar, manakala hayat merujuk hidup.

II

Melibatkan usaha menimba ilmu pengetahuan, kemahiran dan latihan secara


berterusan tanpa mengira had umur.

III Masyarakat dapat mengamalkan Pendidikan Sepanjang Hayat menerusi pembelajaran formal
dan tidak formal.
IV Melibatkan usaha memilih peluang pendidikan yang mendatangkan pendapatan lumayan.
A I dan II
B I, II dan III
C II dan III
D I, II, III dan IV
2

Pendidikan yang diperolehi di rumah seperti memasak dapat dikategorikan sebagai


A pendididikan formal.
B pendidikan sekunder.
C pembelajaran kendiri.
D pendidikan tidak formal.

Apakah ciri Pendidikan Sepanjang Hayat yang dapat diterangkan berdasarkan ilustrasi di atas ?
A Rela berkongsi ilmu terkini.
B Merebut peluang pendidikan.
C Menimba ilmu tanpa mengira had masa dan umur.
D Meningkatkan daya saing untuk menjadi insan dengan minda kelas pertama.

Mengapakah restu ibu bapa penting dalam sesuatu perkahwinan?


A Mudah mendapat zuriat.
B Dipandang tinggi oleh jiran.
C Menjamin pewarisan harta pusaka.
D Mengekalkan hubungan baik dalam keluarga.
2

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan seseorang yang sesuai untuk berkahwin?
A Osman yang berjumpa dengan calon bakal isteri.
B Amin yang mencapai umur 25 tahun dan ada calon pasangan.
C Jamaluddin yang menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi.
D Johan dan Mei Yi yang memahami peraturan hidup berkeluarga dan berpendapatan stabil.

Ciri-ciri calon suami atau isteri yang baik ialah


I

bertindak mengikut kemahuan sendiri.

II sedia bertolak ansur dengan pasangan.


III memahami kekurangan pasangan..
IV menjaga hati pasangan.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV
7

Yang manakah merupakan persediaan awal untuk membina keluarga?


I

Memastikan kesihatan fizikal dan mental berada dalam keadaan baik

II Mendapatkan restu ibu bapa atau penjaga.


III Memiliki ilmu keibubapaan.
IV Melakukan kerja sambilan.
A I dan II
B I, II dan III
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV
8

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan individu yang menghargai nyawa?
A Ismail selalu memandu dengan cermat.
B Eddy sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain.
B Anson selalu membiarkan orang lain menindasnya tanpa melakukan apa-apa.
D Jamaluddin cepat marah dan tegas jika berlaku perbezaan pendapat dengan rakannya

Antara berikut, yang manakah boleh mengancam nyawa manusia?


A Keruntuhan akhlak dan moral ahli masyarakat.
B Kemerosotan ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang.
C Pertambahan kemasukan warga asing ke dalam negara.
D Penyakit-penyakit kritikal seperti Aids dan Selsema Burung.

10

Apakah kebaikan jika seorang pemimpin yang berwawasan memerintah negara?


A Negara bertambah maju dan disanjung tinggi.
B Negara akan mudah menakluk negara yang mundur.
C Negara akan dikunjungi oleh ramai pelancong asing.
D Rakyat akan menikmati gaya hidup yang berbeza dan moden.

11.

Apakah akta yang berkaitan dengan upacara perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara atau
Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara?
A Akta Perkahwinan dan Perceraian 1986.
B Akta Undang-undang Perkahwinan dan Perceraian 1966.
C Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.
D Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1996.

12

Wilayah Pembangunan Iskandar merupakan pembangunan Koridor Ekonomi yang dijalankan di ..


A Johor.
B Pahang.
C Selangor.
D Terengganu.

13

Bilakah tarikh sebenar rukun negara diisytiharkan di Malaysia?


A 31 Ogos 1957
B 31 Ogos 1970
C 16 September 1970
D 16 September 1957

Soalan 14 dan 15 berdasarkan gambar di bawah

14

Berdasarkan situasi di atas, Berita TV9 melaporkan kes seorang mangsa banjir bernama Kamal
telah terperangkap dalam banjir kilat di kawasan M. Sikap belas kasihan dan keprihatinan rakyat
Malaysia terhadap kesusahan mangsa setelah menonton berita adalah dianggap sebagai bersikap...
A sabar
B simpati
C toleransi
D bertolak ansur

15

Apabila mangsa tersebut diselamatkan, seorang rakannya, Ahmad segera ke tempat pusat
pemindahan banjir dan menghulurkan bantuan pakaian. Selepas itu, rakannya Ahmad mendengar
rintihan dan berkongsi suka duka mangsa itu. Sikap Ahmad ini berhubung rapat dengan
berperasaan terhadap kedukaan mangsa banjir.
A gigih
B cekal
C empati
D kesederhanaan

Soalan 16 dan Soalan 17 berdasarkan rajah di bawah.

16

Merujuk rajah di atas, apakah nama penuh ASWARA Malaysia?


A Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia.
B Akademi Sains dan Teknologi Malaysia.
C Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia.
D Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan .

17

ASWARA amat penting dalam menaikkan imej negara di persada dunia. Secara umumnya, apakah
peranan sebenar ASWARA dalam mengekalkan warisan kepelbagaian budaya Malaysia?
A Membangunkan industri sains dan inovasi negara.
B Mengumpul dan memelihara bahan-bahan bersejarah.
C Pusat pengajian kesenian, kebudayaan, dan warisan Malaysia.
D Menyelidik, mengumpul, dan menyebar ilmu pengetahuan ICT.

18

Bagaimanakah pengklonan menjadi ancaman keselamatan global?


A Pengklonan binatang untuk perdagangan.
B Pengklonan barang untuk tujuan perniagaan.
C Pengklonan manusia untuk tujuan peperangan.
D Pengklonan spesies haiwan yang hampir pupus.

19

Agensi PBB yang berkaitan dengan kesihatan ialah


A WHO
B IMO
C FAO
D ILO

20

Pekerja asing banyak diambil untuk bekerja dalam sektor


I perladangan.
II pembinaan.
III perkhidmatan pembantu rumah.
IV teknologi maklumat dan komunikasi.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

21

Jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap pembentukan Rukun Negara di Malaysia ialah


A MAJUIKAN
B MAGERAN
C MOSTI
D MITI

22

Rukun Negara sebenarnya adalah _______________________Malaysia.


A Wawasan 2020
B Ideologi Kebangsaan
C Falsafah Pendidikan Kebangsaan
D Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

Berpunca daripada gaya hidup sosial yang tidak


sihat
Pesakit biasanya meninggal dunia akibat komplikasi
penyakit lain
23

Apakah penyakit yang dimaksudkan di atas?


A AIDS
B SARS
C Influenza A
D Batuk kering

24

Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh PTPTN?


A Kekurangan dana untuk dipinjamkan kepada penuntut yang layak,
B Kesulitan mendapatkan balik wang pinjaman daripada penuntut yang ingkar.
C Kebanyakan penuntut lebih gemar memohon pinjaman daripada firms swasta.
D Kesukaran memilih pemohon yang benar-benar layak antara pemohon yang banyak.

25

Yang manakah faktor sosial yang perlu diberikan keutamaan untuk menjana pembangunan negara
di Malaysia?
A Perpaduan kaum
B Kemudahan awam
C Sistem pendidikan
D Tahap kesihatan penduduk

26

Siapakah yang dimaksudkan dengan pewaris negara?


A Golongan pemimpin
B Golongan cendekiawan
C Golongan kerabat diraja
D Golongan belia yang mempunyai jati diri
7

27

Rukun Negara menggariskan _______________prinsip utama yang perlu dihayati dan difahami
oleh semua warganegara Malaysia.
A lima
B enam
C tujuh
D lapan

28

Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang


A kedua.
B ketiga.
C keempat
D kelima

28

Prinsip Rukun Negara yang kelima ialah


A Kesopanan dan Kesusilaan.
B Kedaulatan Undang-undang.
C Kepercayaan kepada Tuhan.
D Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

29

Berikut merupakan cara untuk melahirkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat,
kecuali
A patriotisme melalui pendidikan..
B patriotisme melalui rukun agama.
C patriotisme melalui Rukun Negara.
D patriotisme melalui mata pelajaran Sejarah.

30

Apakah produk Malaysia yang telah dipromosi dan dipasarkan atas inisiatif Karyaneka Sdn. Bhd.
di Harrods, London?
A Makanan
B Kayu jati
C Kraf tangan
D Batik

BAHAGIAN B
JAWAB SEMUA SOALAN
1

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

bunga api
pelancong
kemuncak

gilang-gemilang
kebudayaan
gendang

tradisional
persembahan
khas

kemerdekaan
etnik
bertemakan

PM lancar "Sejuta Warna, Sejuta Senyuman"


PUTRAJAYA: Citrawarna Malaysia ke-9 yang berlangsung selama 16 hari dari 26 Mei sehingga 10 Jun
ini dilancarkan dengan penuh (a) ____________________ di Dataran Putrajaya di sini malam ini.
Perdana Menteri melancarkan acara tahunan tersebut yang (b)___________________ "Sejuta Warna,
Sejuta Senyuman".
Kira-kira 70 000 orang rakyat negara ini dan (c)_________________ asing membanjiri majlis
pelancaran yang berlatarbelakangkan kompleks mahkamah Palace of Justice.
Majlis yang bermula sejak 6.30 petang mempamerkan (d)______________________ kumpulan
tarian dan perarakan di Putrajaya Boulevard, pertunjukan fesyen pakaian hasil karya pereka tempatan,
serta pertunjukan Balet Berbasikal.
Perdana Menteri tiba di majlis perasmian kira-kira jam 8.00 malam diiringi oleh persembahan
muzik dan tarian (e)________________ Perdana Menteri dan Menteri Pelancongan kemudiannya
menyampaikan ucapan. Seterusnya Citrawarna Malaysia dilancarkan oleh Perdana Menteri.
Para pengunjung seterusnya dipersembahkan dengan pelbagai pertunjukan
(f)__________________rakyat seperti persembahan paluan (g)____________________ oleh 100
pemukul gendang dari tiga (h)__________________terbesar iaitu Melayu, Cina, dan India, tarian topeng
masyarakat orang asli, tarian musim menuai masyarakat Sabah, dan tarian pahlawan masyarakat Sarawak
disulami dengan persembahan tarian pelbagai masyarakat Melayu, Portugis, Siam, Cina, dan India
dengan disimbahi pancaran lampu berwarna-warni.
Acara (i) ___________________________ ialah gabungan tarian dan nyanyian kesemua 1 800
Penari dan peserta yang mengambil bahagian mengiringi lagu yang digubah (j)_____________________
Pertunjukan (k)__________________ yang mewarnai langit pusat pentadbiran Putrajaya
selama lima minit mengakhiri majlis pelancaran.
Citrawarna Malaysia kali ini yang berlangsung sempena sambutan 50 tahun
(1)_______________________ negara disambut secara besar-besaran dengan pelbagai aktivitidiadakan
termasuk di hotel, pusat pelancongan, dan pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang.
(Sumber: Petikan daripada Mstar Online)

2.
Jelaskan tiga peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam pertubuhan di atas dari
segi ekonomi.

a _________________________________________________________________________
b _________________________________________________________________________
c __________________________________________________________________________

3.

Senaraikan lima negara anggota ASEAN selain dari Malaysia.


a.________________________
b.________________________
c._________________________
d._________________________
e.________________________

Disediakan okeh

Disemak oleh

Disahkan oleh

___________________________

_______________________

________________________

(Pn. Sashineka Sumbulingam)

(Pn Roslina bt Mohd.Nasir)

(Pn Mazliza bt Mat Amin)

(GKMP KEMANUSIAN)

10

11

12

Das könnte Ihnen auch gefallen