Sie sind auf Seite 1von 10

PENDAHULUAN

Al-Quran adalah sebuah kitab samawi yang diturunkan oleh Allah S.W.T yang merupakan
kitab panduan dan pegangan hidup yang memandu manusia ke arah mentauhidkan

Allah

S.W.T. Kepentingan al-Quran dalam kehidupan seluruh umat Islam sememangnya tidak dapat
dinafikan. Setiap muslim yang beriman kepada kitab al-Quran hendaklah mempunyai
kemampuan untuk membaca al-Quran tersebut selain berusaha untuk menghayati, memahami
dan menghafaz kandungannya.
Masalah penguasaan dalam bidang Asuhan Tilawah Al-Quran dalam kalangan murid
sekolah di negara ini sememangnya satu realiti yang harus ditangani oleh guru-guru terutama
guru Pendidikan Islam. Pelbagai program telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam usaha untuk mengatasi masalah kelemahan menguasai bacaan al-Quran
khususnya dalam kalangan murid sekolah rendah. Diantara program yang telah diperkenalkan
oleh pihak kementerian ialah program j-QAF yang bertujuan untuk membolehkan pelajar
muslim di sekolah rendah khatam al-Quran sebelum melangkah ke sekolah menengah.
Pendekatan menghafaz adalah salah satu pendekatan yang digunakan dalam
pengajaran al-Quran. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan dalam pengajaran hafazan alQuran ialah kaedah talaqqi dan musyafahah. Penjelasan mengenai kedua-dua kaedah ini akan
dikupas dengan lebih lanjut di dalam tugasan ini.
KAEDAH PENGAJARAN HAFAZAN
Bidang hafazan al-Quran telah bermula semenjak penurunan ayat al-Quran yang pertama, di
gua Hira' ketika Nabi Muhammad s.a.w berusia 40 tahun. Pada ketika itu, Malaikat Jibrail
mengajarkan baginda Rasulullah s.a.w secara hafazan.
Terdapat pelbagai kaedah dan teknik pengajaran hafazan yang digunakan oleh guruguru. Ia termasuklah menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah seperti yang telah
diamalkan sejak zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat lagi. Selain itu, kaedah-kaedah
pengajaran hafazan yang turut digunakan oleh guru-guru ialah seperti kaedah pandang dengar,
kaedah latih tubi, dan kaedah tasmik.

KAEDAH TALAQQI DAN MUSYAFAHAH


Mempelajari dan menghafaz al-Quran bukanlah suatu usaha yang mudah. Guru perlu
mengambil berat serta memainkan peranan yang lebih dalam usaha untuk memastikan muridmurid benar-benar dapat membaca dan menghafaz bacaan surah-surah dengan betul dan fasih.
Kaedah talaqqi dan musyafahah ini amat sesuai digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran hafazan kerana bacaan dan hafazan itu seharusnya tepat dan bertepatan
dengan syariat Islam. Ianya juga merupakan satu kaedah yang cukup berkesan dalam
memastikan guru dan murid dapat meneruskan bacaan dan hafazan untuk surah-surah yang
seterusnya.
KAEDAH TALAQQI
Talaqqi pada istilah ialah pertemuan di antara guru dan pelajar secara bersemuka atau
berhadapan. Semasa menyampaikan pengajaran hafazan, guru berhadapan dengan murid sama
ada seorang dengan seorang atau guru berhadapan dengan murid mengikut kumpulan atau
secara kelas.
Kaedah ini sangat berkesan kerana guru dapat mengesan pelajar yang mempunyai
kebolehan yang tinggi dalam bacaan dan hafazan, selain ianya juga dapat mengesan muridmurid yang lemah dan tidak dapat menguasai bacaan al-Quran. Melalui kaedah talaqqi ini,
guru dapat mengesan dan memperbaiki setiap kesalahan yang dilakukan murid secara
langsung, seterusnya ia dapat membantu murid yang tidak dapat menguasai bacaan al-Quran
dengan mengadakan kelas tambahan atau kelas pemulihan.
KAEDAH MUSYAFAHAH
Musyafahah pada bahasa ialah gerakan bibir atau sebutan daripada mulut ke mulut yang
diambil dari pergerakan dua bibir. Dari segi istilah pula, musyafahah bermaksud guru
menyebut huruf dan kalimah dalam ayat al-Quran dengan memberi penekanan kepada
gerakan bibir, pergerakan bibir guru yang diperhatikan oleh murid semasa mengajar bacaan
atau hafazan al-Quran.

Aktiviti ini bertujuan untuk menyebut dengan fasih dan betul di hadapan murid supaya
murid dapat mencontohi sebutan guru berdasarkan pemerhatian mereka kepada gerak bibir
guru. Guru boleh mengulang-ulang sebutan kalimah atau ayat al-Quran dengan meminta
murid memerhatikan pergerakan bibir guru dan mengikut sebutan guru. Guru dapat
membetulkan sebutan murid secara langsung sekiranya terdapat kesalahan sebutan.
Murid menerima pengajaran dengan mendengar sebutan guru dan melihat pergerakan
bibir guru dan menyebutnya. Kaedah ini bermaksud murid mendengar bacaan guru sambil
memerhatikan pergerakan bibir guru semasa menyebut kalimah atau ayat al-Quran.
Seterusnya, murid akan membaca seperti bacaan guru. Dalam masa yang sama, guru juga
dapat membetulkan kesilapan pada sebutan dan bacaan murid.
KELEBIHAN KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH
Terdapat beberapa kelebihan kaedah talaqqi musyafahah yang dapat dikenal pasti. Berikut
adalah merupakan kelebihan-kelebihan kaedah talaqqi musyafahah:
1) Kaedah talaqqi musyafahah sangat berkesan sekiranya ingin mengenal pasti secara
amali tahap kefahaman dan pelaksanaan murid terhadap hukum tajwid dalam bacaan
al-Quran yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan hukum tajwid
2)
3)
4)
5)
6)

yang lain.
Isi pengajaran tidak diragui kesahihannya.
Meningkatkan keyakinan murid terhadap guru.
Boleh dijalankan sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah.
Pembelajaran secara bersemuka antara guru dengan murid secara langsung.
Murid dapat memerhatikan cara pergerakan bibir guru semasa membuat bacaan,

seterusnya murid dapat mengikuti cara sebutan guru dengan tepat.


7) Guru dapat memperbaiki dan memperbetulkan bacaan murid secara terus.
8) Guru dapat mengenal pasti kebolehan murid, khususnya yang mempunyai kebolehan
dalam bacaan atau hafazan mengesan kebolehan mereka.
9) Guru dapat mengenal pasti murid yang lemah dan tidak menguasai bacaan al-Quran.
KELEMAHAN KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH
Kaedah talaqqi musyafahah juga mempunyai beberapa kelemahan. Di antaranya ialah:
1) Suasana pembelajaran yang kurang kondusif kerana murid menjadi pasif dan kurang
aktif.
2) Pembelajaran lebih kepada berpusatkan guru sahaja.

3) Terjadi keciciran pada murid yang kurang menguasai bacaan al-Quran berbanding
murid yang telah menguasai. Ianya menyebabkan guru sukar melaksanakan kaedah ini
secara kelas.
4) Penumpuan guru perlu diberikan secara sepenuhnya ketika murid-murid membaca
atau menghafaz. Guru tidak boleh melakukan aktiviti lain semasa mengaplikasikan
kaedah ini kerana perlu memperbetulkan bacaan/hafazan murid sekiranya berlaku
kesilapan.
5) Mengambil masa yang panjang untuk membetulkan bacaan murid secara individu.
Terdapat murid lain yang tidak dapat didengar dan diperbetulkan bacaan pada satusatu masa.
6) Kelemahan bacaan guru akan menimbulkan kesan yang besar terhadap murid.
7) Kawalan kelas tidak berjaya kerana apabila guru memberikan tumpuan terhadap
bacaan seorang murid, murid lain akan kurang diberikan perhatian dan seterusnya
terjadilah suasana pembelajaran yang tidak baik.

TEKS CERAMAH
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih saudara pengerusi majlis, yang berusaha tuan Guru Besar, ahli jawatankuasa
penganjur program ceramah ini, seterusnya para hadirin yang saya hormati sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, dengan dengan izin dan inayahnya dapat kita
berhimpun bersama-sama dalam majlis ilmu yang begitu bermakna ini. Saya juga ingin
merakamkam setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak penganjur yang telah memberi
kepercayaan kepada saya untuk berkongsi ilmu dan pandangan mengenai kaedah pengajaran
dan pembelajaran hafazan, yang bertajuk "Mengaplikasikan Kaedah Talaqqi dan Musyafahah
Dalam Pengajaran Hafazan".

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, bidang hafazan al-Quran telah bermula
semenjak penurunan ayat al-Quran yang pertama, di gua Hira' ketika Nabi Muhammad s.a.w
berusia 40 tahun. Pada ketika itu, Malaikat Jibrail mengajarkan baginda Rasulullah s.a.w
secara hafazan.
Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat, iaitu sedikit demi sedikit. Ianya
secara

tidak

langsung

dapat

membantu

memudahkan

Rasulullah

s.a.w

unruk

menyampaikannya kepada para sahabat baginda yang kemudiannya menghafaz dan


memahami isi kandungan ayat-ayat tersebut. Kebiasaan yang tidak terburu-buru ini kekal
sehingga ia telah menjadi salah satu kaedah di dalam menghafaz al-Quran.
Sidang hadirin dan hadirat sekalian, Rasulullah, para sahabat baginda dan para tabi'in
mengajar dan mempelajari al-Quran secara talaqqi dan musyafahah. Ianya meliputi aspekaspek membaca, menulis, menghafaz, memahami dan mengamal. Berdasarkan pengalaman
Rasulullah S.a.w bersama malaikat Jibril, terbuktilah bahawa proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan adalah secara talaqqi dan musyafahah, iaitu secara berdepan
dengan guru yang mana guru akan memperdengarkan bacaan dan kemudian diikuti oleh
murid. Dalam masa yang sama, guru perlu mengesan dan memperbetulkan kesilapan pada
bacaan murid.
Sejarah telah menunjukkan bahawa selain dari kaedah membaca, pengajaran al-Quran
kepada generasi terdahulu adalah melalui pendekatan menghafaz. Ianya dapat dilihat melalui
pendekatan yang digunakan oleh Jibril a.s ketika mengajarkan al-Quran kepada Rasulullah
S.a.w. Malaikat Jibril telah mengulang-ulang bacaan dan kemudiannya diikuti oleh baginda
Rasulullah S.a.w sehinggalah baginda dapat membaca dan menghafaz ayat tersebut.
Rakan-rakan guru yang dihormati sekalian, kaedah talaqqi dan musyafahah
dilaksanakan dengan cara guru berhadapan dengan pelajar atau bersemuka. Guru akan
memperdengarkan bacaan ayat al Quran sebagai bacaan contoh dan meminta pelajar
mendengarnya dan memerhati pergerakan bibir dengan teliti. Setelah bacaan itu diulang oleh
guru beberapa kali, guru meminta pelajar membacanya dan guru mendengar dengan teliti dan
membetulkan kesalahan bacaan pelajar sama ada dari segi makhraj dan hukum tajwid. Kaedah
ini berjalan berterusan sehingga tamat surah al-Quran mengikut rancangan mengajar guru
pada hari itu.

Cara bersemuka sangat ditekankan supaya murid tahu secara amali bagaimana
pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj
huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.
Bagi mengaplikasikan kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras
satu, guru perlu memastikan bahawa hasil pembelajaran aras satu disasarkan kepada semua
pelajar yang terdapat di dalam kelas, merangkumi semua tahap pencapaian pelajar iaitu
lemah, sederhana dan pandai. Bagi mencapai hasil pembelajaran aras satu, menggunakan
kaedah talaqqi dan musyafahah, guru memulakan pengajaran dengan membaca ayat-ayat
bacaan al-Quran. Langkah-langkah pengajaran ialah :
i)

Guru memperdengarkan bacaan al-Quran dari bacaan guru sendiri supaya pelajar

ii)

dapat memerhatikan pergerakan bibir dan sebutan guru.


Guru mempamerkan ayat-ayat dari surah yang diajar melalui LCD, kad carta atau
kad manila. Setelah mempamerkan ayat-ayat tersebut, guru membaca ayat-ayat

iii)

tersebut dan meminta pelajar mengikut bacaan guru.


Guru meminta pelajar membaca ayat secara kelas, kumpulan dan individu. Semasa
pelajar membaca ayat, guru perlu memerhati dan mendengar dengan teliti sebutan
pelajar untuk mengesan pelajar yang dapat membaca dan pelajar yang masih

iv)

belum boleh menguasai bacaan.


Guru mengumpulkan pelajar dalam kumpulan kecil bertujuan membimbing
mereka membaca dengan bacaan yang betul dari segi sebutan dan tajwid. Guru
membaca, pelajar diminta memerhati gerak bibir guru kemudian mengikut bacaan
guru. Guru membetulkan bacaan pelajar sekiranya terdapat kesalahan dalam
sebutan dan tajwid.
Melalui kaedah ini, hasil pembelajaran aras satu dapat dicapai oleh guru dengan

berkesan kerana pelajar dapat membaca ayat al Quran dengan betul mengikut sebutan guru.
Guru juga dapat membetulkan sebutan dan bacaan pelajar semasa menyampaikan pengajaran
dan pembelajaran. Bagi mencapai hasil pembelajaran aras satu, guru perlu memastikan semua
pelajar dapat membaca ayat yang diajar oleh guru pada hari tersebut.
Rakan-rakan guru sekalian, bagi mencapai hasil pembelajaran aras dua, iaitu pelajar
mampu menghafaz ayat dengan betul dan fasih, guru boleh menggunakan kaedah talaqqi

musyafahah ini dengan berpandukan kepada beberapa langkah semasa menyampaikan


pengajaran dan pembelajaran.
i)

Guru memaparkan ayat-ayat al Quran di carta atau di LCD, kemudian guru


membaca ayat tersebut. Guru meminta pelajar memerhati gerak bibir guru di

ii)

samping pelajar melihat ayat yang tertera di LCD.


Guru meminta pelajar membaca ayat di LCD sambil guru meneliti bacaan pelajar

iii)

dari segi sebutan atau makhraj dan tajwid.


Setelah guru berpuas hati dengan mutu bacaan pelajar guru meminta pelajar

iv)
v)

membaca ayat-ayat tersebut di hadapan kelas.


Guru perlu memastikan pelajar dapat membaca ayat dengan betul dan fasih.
Guru boleh menguji pelajar dengan meminta mereka membaca di hadapan kelas
atau di hadapan guru.
Bagi mengaplikasikan kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras

tiga, iaitu pelajar mampu membaca ayat dengan bertajwid, guru boleh menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran mengikut langkah-langkah tertentu.
i)

Guru memperdengarkan kepada pelajar ayat bacaan atau ayat hafazan melalui CD.
Guru meminta pelajar memerhati ayat tersebut di mushaf al Quran serta mengikut

ii)

bacaan secara perlahan.


Guru mengulang beberapa kali bacaan ayat tersebut sehingga pelajar dapat
menguasai ayat tersebut. Guru meminta pelajar membaca ayat tersebut secara

iii)

kumpulan dan individu.


Guru meminta pelajar yang telah betul bacaannya dari segi makhraj dan tajwid,
memperdengarkan bacaan di hadapan kelas.
Sidang hadirin dan hadirat sekalian, di kesempatan ini saya juga ingin kongsikan

beberapa masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru dan juga penyelesaiannya. Di antara
masalah-masalah yang dihadapi oleh guru ialah :
1) Tiada buku panduan khusus yang menerangkan cara pengajaran al-Quran mengikut
kaedah Iqra.
2) Tiada kursus-kursus intensif yang berterusan kepada guru-guru.
3) Bilangan murid yang ramai dalam satu bilik darjah.
4) Tempoh masa yang singkat iaitu enam bulan tidak mencukupi untuk mengajar kaedah
ini.
5) Perbezaan cara pengajaran al-Quran di sekolah dan di rumah.
6) Tiada buku yang khusus untuk latihan harian dan bulanan.
7) Kurang aktiviti sampingan dalam pengajaran al-Quran.

8) Tiada pengawasan pihak berkaitan terhadap buku-buku yang diedarkan di sekolahsekolah.


9) Naskhah buku Iqra yang digunakan tidak mempunyai tarikan-tarikan yang dapat
menarik perhatian murid seperti warna-warna dan lain-lain.
Daripada masalah-masalah yang telah saya sebutkan tadi, masalah yang paling penting
yang dihadapi oleh guru-guru ialah ketiadaan buku panduan yang khusus berkaitan dengan
cara mengajar kaedah Iqra. Dengan hanya bergantung kepada catatan panduan yang terdapat
di dalam buku Iqra, ia tidak memadai dan tidak menyatakan secara jelas teknik pengajaran.
Pihak Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan telah
mengambil satu langkah yang baik dalam hal ini dengan menerbitkan buku panduan akan
tetapi buku tersebut tidak tersebar ke negeri-negeri lain untuk dimanfaatkan bersama.
Mengenai buku latihan khusus tentang pengajaran al-Quran, ada di sesetengah negeri
telah mengambil inisiatif sendiri dalam menyediakan buku latihan sebagaimana yang
dilakukan di negeri Kelantan pada tahun 1994 tetapi ia tiada daya tarikan yang boleh menarik
minat murid seperti warna-warni dan lain-lain. Kebanyakan guru menyediakan latihan-latihan
untuk pengajaran al-Quran atas inisiatif sendiri. Banyak contoh-contoh soalan latihan yang
diambil dari sekolah-sekolah yang dilawati yang kebanyakannya dalam bentuk cetakan kertas
pendua ataupun fotostat. Meskipun banyak masalah yang dihadapi oleh guru-guru, diharap
ianya tidak mematahkan semangat rakan-rakan guru sekalian untuk meneruskan perjuangan
kita dalam usaha mendidik anak bangsa kita mendalami ilmu al-Quran.
Sebagai kesimpulan sebelum mengakhiri ceramah saya ini, dapatlah simpulkan
bahawa pelbagai inisiatif dan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai ilmu alQuran. jika ada seseorang menyatakan bahawa dia tidak boleh membaca al-Quran, itu
sememangnya alasan yang tidak boleh diterima kerana pelbagai cara telah diperkenalkan
untuk seseorang itu belajar ilmu al-Quran. Justeru itu,salah satu usaha Kementerian Pelajaran
ialah dengan memperkenalkan program enam bulan khatam al-Quran. Dengan terlaksananya
program ini, pembelajaran ilmu al-Quran dapat diterapkan seawal di peringkat sekolah rendah
lagi.
Pelaksanaan program ini adalah merupakan satu langkah bijak untuk memastikan
generasi akan datang menguasai ilmu al-Quran. Program ini bukan sahaja memberi manfaat

kepada murid malah turut memberi kesan kepada guru-guru dalam mendalami ilmu al-Quran.
Kesimpulannya, tiada alasan untuk mengatakan susah untuk mempelajari al-Quran kerana
telah banyak kaedah disediakan untuk seseorang itu mempelajari ilmu al-Quran. Sekian
daripada saya, terima kasih.

RUMUSAN
Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa kaedah talaqqi musyafahah ini
merupakan kaedah yang telah digunakan sejak zaman Rasulullah S.a.w lagi. Kaedah ini
sangat praktikal dan berkesan dalam pengajaran hafazan yang boleh dipraktikkan oleh guruguru.
Penggunaan kaedah talaqqi dan musyafahah dilihat sebagai kaedah atau pemangkin
utama dalam usaha mengajar murid-murid agar dapat membaca dan seterunya menghafaz
ayat-ayat suci al-Quran. Guru secara langsung dapat mengenali sejauh mana pencapaian
murid-murid dalam menguasai bacaan dan hafazan surah-surah tertentu. Murid juga
berpeluang untuk memperbetulkan bacaan dan hafazan mereka secara langsung ketika
berhadapan dengan guru.
REFLEKSI
Hasil daripada tugasan ini, saya telah mendapat banyak info dan maklumat tentang kaedah
pengajaran dan pembelajaran al-Quran bagi memastikan generasi akan datang dapat
menguasai bacaan dan hafazan al-Quran. Bagi mencapai matlamat ini, guru perlulah
mempersiapkan diri terlebih dahulu sebagai persediaan bagi memastikan proses pengajaran
dapat disampaikan dengan baik. Salah satu usaha yang boleh dilakukan oleh guru ialah
dengan menghadiri program-program ilmiah seperti program ceramah, bengkel, dan
sebagainya. Melalui program ceramah yang telah dirancang ini, saya tentunya tidak akan
melepaskan peluang hadir dan melibatkan diri bagi menambahkan pengetahuan berkaitan

kaedah talaqqi musyafahah dan seterusnya dapat dipraktikkan dan diaplikasikan dalam
pengajaran.

Das könnte Ihnen auch gefallen