Sie sind auf Seite 1von 5

PERTANDINGAN KECERIAAN MAKMAL SAINS PERINGKAT NEGERI SELANGOR

TAHUN 2015
1.0

PENGENALAN

Persekitaran
makmal memainkan peranan penting dalam mencapai tujuan
kecemerlangan. Suasana ceria juga mampu merangsang minda murid-murid. Keadaan yang
bersih dan teratur memberi ketenangan. Manakala informasi yang menarik memupuk rasa ingin
tahudi kalangan murid. Penerapan nilai-nilai seperti ini memacu keberkesanan pembelajaran
dan pengajaran. SMK Raja Muda Musa terpilih mewakili daerah Kuala Selangor dalam
pertandingan Keceriaan Makmal Sains Peringkat Negeri tahun 2015. Makmal yang menjadi
pilihan ialah Makmal Biologi.
Tarikh

: 14 September 2015

Masa

: 11.00-2.00 ptg

Tempat

: Makmal Biologi,
SMK Raja Muda Musa, 45600 Bestari Jaya.

Pertandingan ini telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang seperti
ketetapan di atas.Pertandingan Keceriaan Makmal ini berlangsung dengan jayanya dengan
kerjasama dari semua warga SMK Raja Muda Musa bagi mendapatkan kedudukn tempat yang
terbaik. Pertandingan ini diadili oleh dua orang pegawai JPN dan diiringi oleh dua orang
pegawai PPD. Mereka ialah:
Juri
Pengiring

: Pn Anita bt Parlan (Penolong Pengarah Kanan Sains JPN)


: En Nazrul bin Hussin (Penyelia Sains Pelajaran)
: En Mohd Tauhid bin Ikhsan (Penolong PPD Sains Matematik)
: En Kamarul Rizal Shaharin bin Abd Karim (Penolong PPD Sains
Matematik Sekolah Rendah)

2.0 MOTO
ILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN
3.0 VISI
Ke arah persekitaran kondusif dan informative

4.0 MISI

Meningkatkan pencapaian subjek Sains melalui suasana pembelajaran yang


merangsang minda
5.0 OBJEKTIF
1. Menyediakan makmal yang berinformatif dan ceria.
2. Menyediakan suasana yang kondusif dan dapat menarik minat murid ke arah pembelajaran
Sains yang berkesan.
3. Mewujudkan taman herba dan persekitarannya sebagai satu platform untuk mengaplikasi
pengetahuan di bilik darjah.

6.0 MATLAMAT
Mewujudkan makmal Sains yang kondusif selari dengan visi dan misi sekolah
melahirkan warga SMKRMM yang berprestij

7.0 PIAGAM PELANGGAN


1.
2.
3.
4.

Menyediakan makmal yang kondusif dan berinformatif.


Menyediakan suasana yang selamat dan berkesan untuk pembelajaran.
Mengutamakan pencapaian murid melalui aktiviti amali.
Mematuhi garis panduan pengajaran dan pembelajaran dalam makmal seperti yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

8.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA YANG TERLIBAT


Sila rujuk Lampiran 1
9.0 KEPUTUSAN
Makmal Biologi SMK Raja Muda Musa Berjaya mendapat tempat kedua dalam
Pertandingan Keceriaan Makmal Sains Peringkat Negeri Selangor. Tahniah diucapkan dan
terima kasih kepada warga SMK Raja Muda Musa yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menjayakan pertandingan ini.

SEKITAR PENJURIAN PERTANDINGAN KECERIAAN MAKMAL SAINS PERINGKAT NEGERI


2015

Taman Herba SMK Raja Muda Musa

Das könnte Ihnen auch gefallen