Sie sind auf Seite 1von 12

ANYAMAN BAKUL

BAHAN-BAHAN UNTUK ANYAMAN BAKUL


Rotan Putih sesuai untuk kegunaan kraftangan
Lazimnya berbagai-bagai jenis rotan dijumpai di kilang-kilang
memproses bahan-bahan rotan. Sebilangan kecil rotan halus yang sesuai
digunakan dalam pelajaran kraftangan . Rotan putih yang digunakan ialah
rotan 2.5cm yang dibelah menjadi halus.
Pengurusan Rotan
Terdapat 2 jenis rotan putih iaitu rotan putih lembut dan keras. Untuk
melembutkan rotan tersebut, air digunakan dan bahagikan yang keras
dengan yang lembut. Rotan yang keras dijadikan rotan menegak(longitud)
dan yang lembut dijadikan rotan mendatar(latitud).

ALATAN MENGANYAM ROTAN


1.

Pembaris digunakan untuk mengukur

2.

Gunting - boleh gunakan sebarng gunting

3.

Screw driver digunakan untuk membuka mata anyaman(lubang


anyaman) untuk memasukkan rotan tambahan,menyudahkan anyaman
dan memasangkan pemegang bakul.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMULAKAN ANYAMAN BAKUL UNTUK


CARA BERPALANG BAGI ROTAN LONGITUD TUNGGAL.
1.

7 batang rotan longitud : 4batang mendatar bersilang dengan 3 batang

menegak.

2.

Sebatang rotan latitud dianyam

3.

Selepas kelilingkan dengan 2 bulatan, rotan longitud di gunting keluar

4.

Jadikan 2 batang rotan longitud atau kumpulan kemudiannya


menganyamkannya

5.

Selaraskan rotan longitud supaya jarak di antaranya sama

6.

Anyaman mudah

LANGKAH ANYAMAN BAKUL ROTAN LATITUD PASANGAN CARA


BERPALANG
1.

15 rotan longitud : 8batang bersilang dengan 7batang rotan

2.

Memulakan anyaman dengan sebatang rotan latitud

3.

Anyamkan

4.

Anyamkan satu pusingan dan teruskan

5.

Anyamkan 3bulatan untuk mengikat rotan longitud

6.

Mula pisahkan rotan longitud agar setiap kumpulan ada 2 batang

7.

Anyaman mudah. Sekali atas, sekali bawah

8.

Pada masa yang sama, tarik keluar rotan longitud bagi setiap kumpulan

9.

Selepas selaraskan jarak di antaranya, maka mulalah menganyam


tapaknya.

PROSES DAN TEKNIK ANYAMAN BAKUL


1.

Lagang

Lagang merupakan tulang kepada sesuatu penciptaan dan rupabentuk


anyaman. Ukuran panjang sesuatu tikar bergantung kepada ukuran lagangan
yang dibuat. Tiap-tiap satu bilah pandan/mengkuang dibentuk seperti V di
bahagian tengah iaitu tempat sesuatu anyaman bermula.
2.

Anyaman

Melibatkan 3 proses iaitu anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman


sulam. Dimulai dari asas melagang hingga selesai dan sampai ke bahagian

tepi. Ketika ini anyaman tikar dalam bentuk empat persegi. Untuk
mendapatkan berbagai warna dan corak, anyaman jenis sulaman digunakan.
3.

Lepih

Dikenali sebagai anyaman mati pada tepi tikar sebagai mengakhiri kerja
anyaman. Boleh juga dianyam berasingan sebagai tepid an kemudian dijahit
pada bahagian yang dikehendaki. Jenis-jenis anyaman tepi adalah seperti
tepi betul, tepi susut, tepi sepit ketam, tepi gigi yu, tepi pulas dan tepi tulang
belut
4.

Sisip

Proses ini memerlukan alat penyisip bagi merenggangkan bahagian


anyaman untuk memudahkan lebihan bilah atau helaian daun yang telah
direncungkan(tajamkan) masuk. Tujuannya untuk menghindar anyaman dari
terburai
5.

Kerat

Lebihan atau baki anyaman dipotong menggunakan pisau supaya anyaman


Nampak kemas dan menarik.

PERANAN PEREKA BENTUK DAHULU DAN SEKARANG


Pada awalnya, orang menyatakan bahawa anyaman ini berasal dari
Rusila, dari Marang, dari Sayong dan sebagainya. Hal ini terjadi kerana
tradisi kita ketika itu menggunakan tradisi lisan. Sekitar 70an, kita dapat
mengetahui tokoh yang terlibat secara langsung.
Apa yang menarik dalam perkembangan kraftangan ialah
penglibatan tukang atau perekabentuk dalam suasana sekarang. Dari segi
pengekalan dan perkembangan kraftangan, terdapat beberapa institusi yang
terlibat secara langsung dalam memperkenalkan atau melangsungkan tradisi
kraftangan.
Peranan perekabentuk pada hari ini berbeza dengan perekabentuk
tradisi. Perekabentuk tradisi tidak pernah ingin menonjolkan dirinya.
Perekabentuk tradisi masih melanjutkan warisan ini.

Seni Anyaman : Perubahan Bentuk dan Fungsi


Apa pun yang dilakukan oleh manusia, ia selalu mendekati unsure dan
elemen alam. Alam adalah bahan paling dasar terutama dalam menghadapi
cabaran hidup. Manusia mereka cipta, mengolah, memetik, meminjam
tumbuhan: daun, ranting, akar, bunga; mongering seterusnya mencipta
warna. Manusia sebenarnya telah melakukan kecergasan hidup dinamik,
untuk meneruskan kehidupan. Sama ada menganyam daun, membetnuk
tanah liat, mengukir kayu, menenun kain, ia cukup mengerti terhadap tujuan
dan makna kerja yang dilakukan : membentuk atau mencipta untuk
keperluan dan kegunaan sehari-hari. Inilah budaya. Kebudayaan Melayu
telah cukup panjang berpunca daripada kewujudan manusia itu sendiri.

Melalui seni anyaman kita diajak berbiacara tentang daya kreatif yang
mengandungi makna dan fikiran dalam konteks budaya masyarakat kita. Di
sini pengertian seni anyaman bukan sekadar membicara bentuk yang dicipta
malah turut juga melibatkan adapt resam, pantang larang, nilai budi, malah
ilmu.
Anyaman Seni Sejagat
Kepakaran menganyam dapat diterima sebagai suatu usaha yang
berterusan bagi menyelesaikan dan menyempurnakan kehidupan : keinginan
dan keperluan. Sama ada daripada bahan pandanus (pandan/mengkuang),
nipa fruticans (nipah), jenis paku pakis, rumput rampai dan sebagainya,
pencipta bentuk itu telah pun mengolah dengan baik alam yang bakal
digunakan. Dari sudut tingkat perkembangan budaya, seni anyaman
termasuk aktiviti awal dalam kelompok masyarakat tradisi kecil (The Little
Tradition) namun tetap atau pernah dilanjutkan dalam tradisi istana terutama
apabila anyaman ditambah dengan bahan-bahan pelengkap yang lebih
mewah seperti tekat benang emas atau manik labuci. Dalam tradisi kecil
yang diwakili oleh masyarakat nelayan dan petani, misalnya bakul digunakan
untuk mengisi padi, ikan, sayur-sayuran, dan sebagainya terutama dalam
system atau kegiatan ekonomi. Alat-alat untuk menangguk ikan, menjaring,
memikat burung turut juga melibatkan bahan anyaman. Begitu juga dalam
memenuhi kehidupan masa lapang: permainan rakyat memerlukan buluh,
rotan untuk bola sepak dan sepak raga, rangka wau, kuda kepang, tali
cemeti dan sebagainya.
Dari segi rekabentuk ciptaan asas, seni anyaman selalu dapat diterima
sebagai keseniaan sejagat (universal arts). Orang Mesir Purba menganggap
anyaman sebagai bahan pelengkap dalam upacara kelahiran dan kematian.
Manik-manik, pakaian, dan sepatu yang berhiaskan anyaman turut
dikuburkan apabila pemiliknya meninggal dunia. China, Korea, dan Jepun
menjaring tempayan-tempayan sayuran yang dijeruk untuk kegunaan musim
dingin, bakul-bakul dianyam untuk digunakan sebagai bekas mongering padi,
cili dan sebagainya pada musim panas. Suku Iban, Kadayan/Kadazan, Murut
atau Jah-Hut turut menggunakan bahan-bahan anyaman sebagai peralatan
penting. Ini termasuklah untuk adapt istiadat, kesenian dan kepercayaan
ritual. Dengan lebih tepat, pengertian fungsi lazimnya bersifat umum.
Sesuatu bentuk dicipta dengan kesedaran untuk memudahkan kerja,
misalnya mengikat senjata di pinggang, mengukuhkan tiang rumah, kerana
ia ringin dan mudah diangkat ke sana ke mari (seperti bakul, tikar, dan
sebagainya), dipakai di kepala sebagai pelindung panas di lading atau di laut
sehingga kemudian dengan sedikit kepintaran mengolah bahan dan
kesedaran rasa, tukang atau perekabentuk akan mencipta ragaman bentuk
yang jelas pula menampakkan keunikan sesuatu wilayah budaya yang
menciptanya. Ini bermakna senia anymaan juga melahirkan cirri-ciri peribadi
dari wilayah buadaya yang melahirkannya. Disebabkan oleh kelainan gaya,
seni anyaman menampakkan ragaman yang menarik dari segi keindahan
atau estetika seni.
Ragaman Bentuk Seni Anyaman Nusantara
Pengertian Nusantara disini lebih merupakan wilayah budaya persekitaran
alam Melayu tanpa melibatakan makna batas seperti yang dicipta dalam
peta politik. Manusia NUsantara sejak berabad-abad lalu bebas ke sana ke
mari, berdagang dan menjalinkan hubungan melalui sistem perkahwinan,

atau system ekonomi seperti pertanian, ataupun perikanan. Di Semenanjung


Malaysia misalnya, kita mengenal suku Bugis, Jawa Batak, Riau atau Minang.
Dalam situasi begini wajarlah kita menyebutnya sebagai kelompok manusia
Melayu yang mempunyai kaitan budaya timbale balik, saling memberi,
menerima, mengolah kembali hingga menimbulkan seni budaya tempatan
yang dapat diklasifikasikan sebagai seni yang terus berkembang. Hal ini juga
dapat dikaitkan sebagai warisan keturunan yang kemudiannya dilanjutkan
oleh generasi seterusnya melalui proses perkembangan bentuk dan gaya.
Anyaman di Songkhla, Patani misalnya menampakkan kesamaan bentuk
dengan anyaman di Kelantan atau Terengganu. Malah dari kaca mata
kepercayaan, kita melihat betapa bentuk seni anyaman Kelantan hamper
menyamai gaya seni anyaman Bali atau Burma.
Istilah Melayu yang disebutkan di sini juga bersifat sejagat. Suku Jawa
atau Bugis tidak mungkin menerima istilah ini terutama bagi kelompok yang
menetap di wilayah asalnya (Pulau Jawa/Sulawesi misalnya), namun dengan
penyebutan Nusantara pula sering ditanggapi sebagai wilayah yang
tersendiri daripada pengertian wilayah Melayu. Oleh itu gabungan Melayu
Nusantara adalah mencakup keseluruhan kepulauan Melayu yang
mempunyai hubungan dengan peristiwa perpindahan kelompok Melayu
sehingga ke wilayah yang lebih jauh sekalipun.
Pembicaraan kami lebih menjurus kepada beberapa model seni anyaman
berdasarkan ragaman bentuk yang dikumpulkan sejak sepuluh tahun
kebelakangan ini. Yang agak menarik dari sudut perkembangan seni, bentuk
anyaman masih mengekalkan makna fungsinya, disamping perkembangan
rekabentuk yang artistik. Begitu juga dari segi teknik, anyaman tidak
menampakkan perkembangan yang pesat kecuali dengan penggunaan
berbagai-bagai pencelup.
Bahan asas yang digunakan di sini ialah mengkuang/panduan (anyaman
tikar, alas tempat duduk kusyen, tudung saji), daun serdang/livistona saribas
(tudung saji Bajau), lidi (leka), akar (kipas), rotan (kipas). Model-model yang
diperkatakan diambil dari beberapa wilayah Melayu Nusantara :
Malaysia/Sabah/Borneo, Aceh, Bali, Songkhla/Patani, Igorot-Filipina, dan
Jawa/Madura.
Tudung Saji.
Hampir kebanyakan bentuk anyaman mempunyai fungsi yang sama.
Tudung saji berperanan sebagai menutup makanan, untuk kegunaan harian
atau adapt istiadat, juga kadangkala digunakan sebagai topi di kalangan
petani dan nelayan. Tudung saji sebagai penutup makanan lebih sederhana
bentuknya dan boleh dikatakan memnpyai bentuk yang seragam: berongga
bulat di dasarnya dan menguncup ke puncak, hamper serupa di kebanyakan
daerah di Semenanjung. Untuk upacara adapt istiadat terutamanya yang
melibatkan kepercayaan atau permohonan ditemui juga bentuk yang seakanakan gunung-meru, di Kelantan diberi nama tudung saji enam penjuru,
mempunyai ruang lima tingkat berbucukan puncak gunungan di setiap
tingkat dan bucu. Terdapat 6 puncak bucu. Keseluruhannya 50 bucu dan
ditambah satu lambang puncak tertinggi di bahagian paling atas.
Leka.
Fungsi asal leka ialah sebagai pengalas periuk belanga dan tembikar.
Kemudian berkembang sebagai bakul buah-buahan malah kini dianggap

sebagai bahan hiasan dinding. Terdapat 6 model yang menarik untuk


diperkatakan. Dari segi teknik, leka menggunakan bahan lidi daripada daun
kelapa, nipah enau, nibung kesemuanya daripada jenis palma yang
terkenal di kawasan khatulistiwa. Untu tapak yang lebih besar,simpai pusar
dibuat sebanyk 7punca ruang (leka Songkhla) dan Melaka, manakala leka
lebih kecil berpunca 6ruang (Aceh), Sungai Besar, Igorot-Filipina, BajauTuaran.

Das könnte Ihnen auch gefallen