Sie sind auf Seite 1von 42

SUMBER:

MONOGRAF

011- 8~.
Menjelang Tahun 2000 ~ Peluang-peluang dan
Hak-hak Saksama Bagi Orang Kurang Upaya

Memorandum Kepada
MajIis Perundingan Ekonomi Negara II

Segala cadangan adalah berdasarkan keputusan bengkel "Orang


Kurang Upaya dan MAPEN II" yang berlangsung pada 14hb April
2000 di ibu pejabat Gabungan Persatuan Orang-orang Cacat
Malaysia. Petaling, Malaysia.

Segala pandangan yang diluahkan di dalam dokumen ini tidak


semestinya mewakili pandangan rasmi bagi organisasi-organisasi
terlibat tetapi ia merupakan isu-isu yang terbangkit di dalam bengkel
yang dikendali bersama-sama.

Jawatan Kuasa Merangka dan Mengawas


Beberapa kali perbincangan selepas bengkel tersebut telah
draf memorandum
serta
dilaksanakan
untuk
merangka
mengendalikan dialog. Sebuah Jawatan Kuasa Merangka dan
Mengawas yang l11enrangkul11i Encik Godfrey Ooi, Encik Wong
Nal11 Sang, Puan Ng Sia Siew Chin, Cik Christine Foo, Cik
Bathl11avathi Krishnan, Encik Manial11 Sinnasamy, Encik Lum Yoke
Lee dan Encik Andrew Wong didirikan untuk menyempumakan
dokumen ini sebelum penerbitan.
Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data
ISBN 983-9796-05-4

Diterbit oleh
Yayasan Kajian & Pembangunan Masyarakat (YKPM)
P.O.Box S-14, 51700
Sentul, Kuala Lwnpur, Malaysia
Julai,2000

Dicetak oleh
Printmate Sdn. Bhd.
No. 16, Jalan Industri P. B. P. 7,
Taman Industri Pusat Bandar Puchong,
47100 Puchong. Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-58826750/51/ 52 Fax:03-58826753
E-mail: printmate@maxis.net.my

APB 01020050.

NASKBAB PEMELtRi\RAA'N
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Iv\.

3(;, J . /1 Ot}sCj t;
Ml;W

(JJ.

fl-

- 8 JUN 2001

lsi Kandungan
lsi Kandung
Muka Surat
Prakata
Pengenalan
Cadangan-cadangan mengenai;
1. Pendidikan
8
2. Latihan Vokasional
12
3. Pekerjaan
15
4. Perumahan
19
5. Kemudahan dan Pengangkutan
22
6. Kesihatan dan Penjagaan Perubatan
25
7. Peruntukan Sosial
27
8. Kesedaran Awam
29
9. Teknologi Makiumat
31
10. Badan-badan Bukan Kerajaan
33
. 11. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
35
12. Perundangan
37
Kesimj:mIan
Lampiran I ~ Program Bengkel Bagi "Orang Kurang Upaya
& MAPEN II"
Lampiran 2 ~ Senarai 12 Badan-badan Bukan Kerajaan
Yang Menghadiri Bengkel
Lampiran 3 - SembiIan Cabaran Bagi Wawasan 2020
Lampiran 4 ~ Pengisytiharaan Terhadap Penyertaan
Sepenuhnya Dan Kesaksamaan OKU Di Asia Pasifik
Lampiran 5 ~ 12 Kategori Dasar Asas Di Bawah Rangka
Agenda Untuk Beraksi

PENGENALAN
Dua dekad yang lalu dalam abad ke-20 ini, telah
menyaksikan satu peningkatan dalam kesedaran terhadap isuisu yang dihadapi oleh orang kurang upaya (OKU) sama ada di
Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Perkembangan ini
adalah sebahagian daripada kesan pelbagai inisiatif oleh
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), seperti Tahun OKU
Antarabangsa (International Year of the Disabled Persons) pada
1982, diikuti dengan UN Decade of People with Disabilities
bersama dengan World Program of Action (1983-1993) dan
Asian and Pacific Decade of People with Disabilities (1993-2002).
Program-program ini mempunyai dua matlamat yang utama:
1. Untuk mencapai peluang yang sama rata serta
memperbaiki corak hidup OKU seiring dengan
pertumbuhan sosial dan ekonomi.
2. Untuk menghasilkan langkah-Iangkah yang berkesan
dari segi pencegahan berlakunya kurang upaya,
pemulihan
dan
kesedaran
tentang
penyertaan
sepenuhnya dan peluang sama rata OKU dalam
pertumbuhan ekonomi dan sosial.
Komitmen Malaysia dalam menyokong inisiatif-inisiatif ini telah
dimantapkan
selanjutnya
dengan
menandatangani
Pengisytiharan Terhadap
Penyertaan
Sepenuhnya
dan
Kesaksamaan OKU di Asia Pasifik (Proclamation on the Full
Participation and Equality of People with Disabilities in the Asia
Pacific Region) pada 16hb Mei 1994. Salah satu pencapaian
yang ketara hasil daripada inisiatif-inisiatif ini adalah kewujudan
pendekatan baru terhadap isu-isu ketidakupayaan dalam
kebanyakan negara dengan pengiktirafan:

1. Hak kewarganegaraan OKU.


2. Keadaan sosial dan persekitaran semulajadi yang
menjadi halangan terhadap pencapaian hidup berdikari
dan kesaksamaan yang sepenuhnya bagi OKU.
Penghargaan harus diberikan kepada kerajaan Malaysia
yang telah mengambillangkah-Iangkah yang wajar lagi penting di
dalam pencapaian_ matlamat ini. Contoh-contoh penglibatan
kerajaan adalah:
Pembentukan Polisi Kebajikan Nasional (1990).
Perlaksanaan pengecualian cukai.
Memasukkan garis panduan bagi akses tanpa
halangan (barrier-free access) dalam Uniform
Building By Laws (1991).
Penubuhan Jabatan Pendidikan Khas (1995) dan
perkembangan sekolah-sekolah khas dan kelas-kelas
yang terletak di bawah program integrasi untuk
golongan
yang
bermasaalah
penglihatan,
pendengaran, masaalah pembelajaran dan kanakkanak autistik.
Penubuhan Pusat Latihan Industri dan Pemulihan
bagi OKU dari segi fizikal di Bangi (1998).
Perkembangan
Program
Pemulihan
Dalam
Masyarakat (1984).
Mewujudkan Panel Penasihat OKU pada 1990 dan
diubah menjadi Majlis Perundingan dan Penasihat
Kebangsaan
bagi
OKU
pada
1998 untuk
merangkakan
cadangan
bagi
kemudahan
infrastruktur, perkhidmatan dan program-program
bagi memenuhi keperluan-keperluan OKU.
Walau
bagaimanapun,
kami
ingin
menyatakan
kerunsingan kami terhadap keberkesanan mandat dan inisiatif itu
dalam memperbaiki mutu kehidupan OKU di Malaysia. Kami
menegaskan bahawa penyingkiran yang berterusan terhadap
6

OKU daripada proses pembangunan adalah bertentangan


dengan hak asasi. Oleh itu, kami menggesakan bahawa pihak
kerajaan mempertimbangkan secara bersungguh tentang
perkara-perkara utama berikut:
1. Memperbaiki kualiti hidup OKU secara keseluruhan
dan menjauhkan mereka dari segala bentuk pinggiran,
kesempitan dan kemiskinan hidup.
2. Pendidikan, latihan, peluang pekerjaan malah
penyertaan dalam proses membuat keputusan.
3. Menghapuskan sikap dan tindakan yang mempunyai
unsur-unsur diskriminasi. Begitu juga dengan halangan
dari segi maklumat, undang-undang dan infrastruktur.
4. Menambahkan pembahagian sumber-sumber bagi
OKU untuk menjamin penyertaan saksama.
Lebih tepat lagi, kami ingin menimbulkan cadangan dan isu-isu
penting berikut, yang telah dibincangkan di dalam satu bengkel
baru-baru ini. Cadangan-cadangan berikut akan diserahkan
untuk dipertimbangankan dalam MAPEN II agar ia akan
diambilkira dalam peruntukan belanjawan dan perancangan
dalam Rancangan Malaysia Ke Lapan (RM8).

Cadangan-cadangan Mengenai

PENDIDlKAN

1. PENDIDIKAN
Sikap diskriminasi dalam
mendidik OKU yang
berasaskan mitos-mitos tradisional yang tidak berasas harus
diganti dengan pendapat dan pandangan yang progresif dan
praktikal, yang disokong dengan penemuan penyelidikan yang
berkaitan. Walaupun tidak terdapat undang-undang khas bagi
menjamin dan melindungi hak OKU dari aspek pendidikan,
namun peruntukan Akta Pendidikan,1961
membenarkan
Kementerian Pendidikan menubuh dan mengekalkan sekolahsekolah dan kelas-kelas khas yang menyediakan kurikulum
pendidikan khas kepada OKU. Penubuhan Jabatan Pendidikan
Khas dalam membekalkan pendidikan kepada kanak-kanak yang
mempunyai keperluan khas adalah dialu-alukan tetapi usaha
yang lebih giat lagi perlu dilakukan untuk menjadikan pendidikan
sebagai satu hak asas. Oleh itu, kami mencadangkan yang
berikut:
1.1 Pihak kerajaan harus memastikan bahawa semua kanak-

kanak kurang upaya mempunyai peluang untuk menerima


pendidikan asas. Ini seterusnya menuntut pertambahan
dalam kemudahan yang sedia ada bagi memenuhi
permintaan terhadap pendidikan khas yang kian meningkat.
1.2 Kementerian

Pendidikan perlu membuat pertimbangan


semula berkenaan keperluan semasa di mana kanak-kanak
hendaklah terlatih dalam penggunaan tandas sebagai prasyarat untuk diterima masuk ke sekolah. Penyediaan
pembantu khas (attendan) kepada kanak-kanak kurang
upaya dalam hal tersebut harus dipertimbangkan.

1.3 Kementerian juga harus memberi pertimbangan bersungguh


tentang perlantikan pembantu-pembantu khas di taska dan
prasekolah untuk membantu dalam kegiatan harian semasa

diperlukan untuk memastikan bahawa kanak-kanak kurang


upaya ini dapat menghadiri sekolah dan menikmati peluang
pendidikan yang mana mereka mungkin dipinggirkan kerana
ketidakupayaan yang dialami.
1.4 Jabatan Pendidikan Khas perlu menggaji kakitangan yang
berkelayakan yang sesuai (terutamanya di peringkat yang
melibatkan membuat keputusan) supaya mereka dapat
memberikan maklumbalas dan pendapat serta pandangan
dalam perancangan program-program pendidikan untuk OKU
dengan
memaktubkan
bersama
program-program
pembangunan ko-kurikulum, memastikan bekalan dan
kesesuaian bahan-bahan pengajaran, memenuhi tenaga
pengajaran yang layak serta akses tanpa halangan ke
bangunan-bangunan sekolah.
1.5 Pihak kerajaan perlu memastikan bahawa peningkatan
dalam bilangan kelas-kelas khas atau pusat yang
membekalkan Program-program Intervensi Awal (E.I.P) dan
Program-program Rangsangan Bayi (ISP) bagi mendidik
kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran pada
peringkat awal. Hasil tinjauan telah mendapati bahawa hanya
badan-badan bukan kerajaan(NGO) yang menerajui dalam
penyediaan
perkhidmatan
sedemikian.
Kemudahankemudahan dan program-program yang serupa mesti
dibekalkan juga kepada kanak-kanak dengan pelbagai
ketidakupayaan.
1.6 Integrasi kanak-kanak berkeperluan khas dalam sekolahsekolah biasa terutamanya di peringkat pra-sekolah, perlu
digalakkan dan dilaksanakan secara sistematik.
1.7 Pusat sumber berkaitan isu ketidakupayaan perlu diwujudkan
di sekolah-sekolah untuk membekalkan maklumat dan
bantuan praktikal kepada semua ahli keluarga, pengasuh,
pengkaji dan perancang.
10

1.8 Kementerian Pendidikan perlu mempertimbang dan memberi


keutamaan
tentang
penggabungan
program-program
kemahiran berdikari (Self-reliance) ke dalam ko-kurikulum
semasa. Ini akan meredakan kebimbangan ibubapa tentang
masa hadapan anak-anak mereka yang kurang upaya
selepas ketiadaan mereka.
1.9 Sekurang-kurangnya
sebuah
sekolah
dalam
setiap
Daerah/Kawasan perlu diubahsuai menjadi persekitaran yang
mudah akses, tanpa halangan dan lengkap dengan
pengangkutan yang memudahkan mereka, yang kurang
upaya terutamanya pengguna kerusi roda untuk berulangalik.
1.10 Jabatan Pendidikan Khas di bawah Kementerian Pendidikan
harus bertanggung jawab penuh dalam mengendalikan Kelas
Khas Bermasalah Pembelajaran dan Kelas Remedial.
Keutamaan perkhidmatan harus ditawarkan seperti yang
diperolehi oleh golongan kurang upaya dari segi
pendengaran dan penglihatan. Jabatan tersebut juga harus
menyokong pendidikan OKU dari segi fizikal.
1.11 Kementerian Pendidikan harus membekal latihan guru agar
guru berkemahiran melayani semua pelajar dan di semua
peringkat ketidakupayaan yang terdapat dalam sistem
pendidikan.
1.12 Program-program Pendidikan Khas untuk OKU harus
dibentuk bersama-sama dengan ahli pendidikan khas , pakar
psikologi pendidikan dna ibu bapa.

2. LATIHAN VOKASIONAL
Sejak kebelakangan ini, terdapat sebilangan pusat latihan
vokasional sama ada ditubuhkan oleh pihak kerajaan atau NGO,
membekalkan latihan vokasional kepada OKU. Walau
bagaimanapun, lebih banyak pusat latihan vokasional adalah
diperlukan untuk menawarkan kursus-kursus kemahiran seperti
kursus teknologi maklumat, komputer dan perakaunan yang
boleh menjamin peluang-peluang pekerjaan yang cerah.
Umpamanya, Pusat Latihan Gurney kepada mereka yang
bermasaalah penglihatan adalah satu-satunya pusat latihan di
Malaysia. Walaupun kajian pada tahun 1958 menganggarkan
bahawa seramai 40,000 orang daripada orang bermasaalah
penglihatan berpeluang menerima latihan vokasional, namun
sehingga kini, hanya 3000 orang sahaja daripada orang yang
bermasalah penglihatan dapat menerima latihan daripada
kemudahan-kemudahan yang sedia ada. Dengan itu, kami ingin
mengemukakan beberapa cadangan seperti berikut
2.1 Peningkatan dalam kemudahan latihan dan kakitangan untuk
mewujudkan lebih banyak peluang latihan kepada semua
OKU terutamanya OKU jenis intelektual.
2.2 Pusat Latihan Industri dan Pemulihan Bangi harus
dikembangkan kepada institut yang dapat menawarkan
pilihan kursus yang komprehensif agar ia dapat menyumbang
secara efektif dalam peluang pekerjaan untuk OKU. OKU
harus melibatkan diri dalam pentadbiran pusat ini.
2.3 Insentif harus dibekalkan kepada pusat-pusat latihan teknikal
dan komputer sama ada sektor awam mahupun sektor
swasta termasuk NGO. Ini bertujuan untuk mendorong
mereka supaya menerima pelajar-pelajar kurang upaya
dalam
program-program
latihan.
Ini
juga
dapat

13

menggalakkan peluang integrasi di samping menyediakan


lebih banyak peluang latihan untuk OKU. Institut-institut yang
menyediakan kelengkapan serta membuat pengubahsuaian
persekitaran yang memudahkan OKU harus diberi insentif
seperti potongan cukai.
2.4 Pusat-pusat latihan tersebut harus menyediakan kemudahankemudahan sesuai untuk semua kategori OKU.
2.5 Latihan yang sesuai harus diberi kepada OKU untuk
memulakan dan menjalankan perniagaan mereka sendiri
(Pemilik Perniagaan Yang Berdikari). Oi sam ping itu,
pinjaman dengan kadar faedah (interest) yang rendah harus
diberi kepada OKU supaya mereka dapat menubuhkan
perniagaan mereka sendiri, dan mencapai kehidupan
berdikari.

Lebih
baik
menunjukkan
cara
membekalkan ikan secara terus.

memancing

daripada

14

Lebih
baik
menunjukkan
cara
membekalkan ikan secara terus.

memancing

daropada

Cadangan-cadangan Mengenai

PEKERJMN

15

3. PEKERJAAN
Pada tahun 1989, pihak kerajaan mengumumkan
bahawa 1% peluang pekerjaan di sektor awam harus disediakan
kepada OKU. Pada tahun 1990, sektor swasta juga digalakkan
untuk menjejaki amalan tersebut. Kementerian Sumber Manusia
telah memulakan perkhidmatan bagi menempatkan OKU ke
dalam ruang pekerjaan yang sesuai. Walaupun insentif-insentif
telah diberikan seperti potongan cukai dua kali ganda dalam
penggajian pekerja kurang upaya dalam sektor swasta, namun
pengambilan pekerja kurang upaya belum lagi memenuhi
bilangan kuota. Maka kami membuat cadangan yang berikut:
3.1 Kementerian Sumber Manusia harus menubuhkan sebuah
Jabatan khas bagi penempatan pekerjaan bagi OKU.
Jabatan ini juga harus mempertimbangkan penggajian
pekerja kurang upaya yang sesuai dan berkelayakan agar
mereka dapat memberikan sumbangan pendapat dan
maklumat
dalam
perkembangan
program-program
penempatan pekerjaan OKU. Jabatan tersebut harus
mempunyai fungsi-fungsi berikut:
3.1.1 Meninjau pelaksanaan polisi pekerjaan 1% bagi
OKU di dalam sektor awam dan swasta. Majikanmajikan yang tidak memenuhi kuota ini harus
didenda. Dendaan tersebut harus disalurkan ke
dalam tabung yang diuruskan oleh Jabatan
Penempatan Pekerjaan Khas untuk mengembangkan
peluang pekerjaan bagi OKU. Adalah dicadangkan
bahawa dendaan yang dikenakan adalah sekurangkurangnya 1% daripada jumlah upah.
3.1.2 Menyediakan bantuan dan sokongan yang khusus
kepada semua majikan dari aspek pengambilan
pekerja, melatih, membina semangat dan membantu
mengembangkan kerjaya pekerja kurang upaya serta
16

mengorientasikan pekerjaan kepada pekerja kurang


upaya.
3.1.3 Menjalankan penyelidikan serta menyebarkan data
statistik dan hasil penyelidikan yang memaparkan
keadaan pekerjaan OKU dan cabaran yang dihadapi
oleh mereka.
3.2 Pekerjaan OKU tidak harus dihadkan kepada operator telefon
dan kerani, tetapi peluang-peluang pekerjaan yang baru
harus dikenalpasti dan diwujudkan di sektor awam dan
swasta termasuk skim kerja persendirian (self employment
scheme).
3.3-lklan-iklan yang menawarkan peluang pekerjaan mestilah
juga mengambilkira calon-calon yang kurang berupaya.
Misalnya frasa seperti "permohonan daripada OKU adalah
dialu-alukan" harus dinyatakan dalam iklan berkemaan.
3.4 Kerajaan harus melatih lebih ramai penterjemah isyarat
tangan.
Tambahan
pula,
kerajaan
juga
harus
bertanggungjawab ke atas upah penterjemah ini.
3.5 Majikan yang menggaji OKU hendaklah menyediakan tempat
letak kereta dan bilik rehat untuk waktu makan tengah hari
yang memadai pekerja-pekerja kurang upaya.
3.6 Kerajaan harus menyediakan tempat menjaja yang sesuai
kepada OKU untuk menjalankan perniagaan. Ini adalah
untuk melindungi mereka daripada menjalankan perniagaan
di tempat awam dan ini juga akan menyediakan lebih banyak
peluang pekerjaan kepada mereka. Oi sam ping itu, ruangruang menjaja bagi golongan kurang upaya harus disediakan
dalam kompleks membeli-belah dan kawasan-kawasan
strategik yang lain untuk membolehkan mereka menjalankan
perniagaan mereka.
17

Cadangan-cadangan Mengenai

PERUMAHAN

19

4. PERUMAHAN
Peruntukan undangan-undang kini mewajibkan bahawa
landaian(ramps) harus dibina di semua rumah baru dan kawasan
peru mahan lain yang diduduki oleh OKU bagi kemudahan
mereka. Namun, tiada undang-undang yang menjelaskan
tentang tanggungjawab pemaju rumah untuk mengubahsuaikan
rumah bagi penduduk kurang upaya.
Sehingga kini hanya pasangan suami isteri yang layak
memohon untuk pembelian rumah kos rendah. Oleh itu, kami
ingin mengemukakan cadangan-cadangan berikut;
4.1 Undang-undang harus dipinda
perkara-perkara seperti di bawah:

bagi

menggambarkan

4.1.1 Pemaju-pemaju
rumah
tidak
boleh
menolak
. permohonan untuk pembelian rumah hanya ke atas
sebab ketidakupayaan seseorang pemohon.
4.1.2 Pemaju-pemaju rumah harus bertanggungjawab untuk
mengubahsuai tempat tinggal agar bersesuaian dengan
keperluan OKU.
4.1.3 Ajen perumahan atau tuan tanah tidak boleh menolak
permohonan sama ada pembelian tempat tinggal atau
untuk tujuan perniagaan disebabkan oleh ketidakupayaan
seseorang serta menetapkan syarat-syarat yang tidak
menyebelahi OKU.
4.1.4 Pemilik rumah tidak harus menghalang OKU untuk
membuat sebarang perubahan ke atas rumah yang
disewa jika mereka bersetuju membayar segala kos
perubahan dan memperbaharui semula sebelum
meninggalkan rumah tersebut.
20

4.1.5 Tempat letak kereta/motor yang sesuai dan tertutup


harus disediakan kepada setiap penduduk yang kurang
upaya berhampiran dengan tempat tinggal mereka
masing-masing.
4.1.6 OKU yang belum berkahwin harus dibenarkan untuk
memohon rumah kos rendah.
4.2 Keutamaan harus diberi kepada pemohon yang kurang
berupaya. Umpamanya, lima lot rumah dalam setiap projek
perumahan adalah khas untuk pemohon kurang berupaya.
Dalam kes pembelian rumah pangsa pula, OKU yang
menggunakan kerusi roda harus diberi keutamaan untuk
tinggal di unit-unit tingkat bawah. Manakala bagi jenis OKU
yang lain seperti orang yang mempunyai masalah
penglihatan dan pendengaran harus dibenarkan untuk
memilih unit-unit di tingkat.lain selain tingkat bawah.
4.3 Kerajaan harus memberi bantuan kewangan tahunan
sebanyak RM1000 kepada OKU untuk melakukan
pengubahsuaian ke atas tempat tinggal mereka, memasang
alat bantuan rekaan dan kos penyenggaraannya.
4.4 OKU jenis fizikal dan mereka yang memerlukan
pengubahsuaian terhadap tempat tinggal mereka harus
ditawarkan bantuan kewangan yang lumayan dari pihak
kerajaan.
4.5 Kadar faedah pinjaman rumah yang dikenakan ke atas OKU
harus dikurangkan.

21

Cadangan-cadangan Mengenai

KEMUDAI-IAN DAN
PENGANGKUTAN

22

5. KEMUDAHAN DAN PENGANGKUTAN


Uniform Building By Laws (1984) di bawah The Street,
Drainage and Building Act 1974 telah diubahsuai sejak tahun
1999. Akta ini telah mewajibkan semua bangunan baru untuk
menyediakan kemudahan-kemudahan dan infrastruktur kepada
OKU. Berikutnya, The Malaysian Standard (MS 1184:91) Codes
of Practice for Access for Disabled People to Public Buildings
telah menjadikan satu syarat, yang memastikan peruntukan
kemudahan dan infrastruktur di semua bangunan dilaksanakan
Malangnya, akibat tiada sebarang pengawasan terhadap
penguatkuasaan akta ini, banyak lagi bangunan tidak dapat
dicapai oleh ramai OKU. Dengan itu, cadangan kami adalah
seperti di bawah:
5.1 Kerajaan harus mempertimbangkan tentang kerja-kerja
pengawasan terhadap penguatkuasaan undang-undang
berkenaan pergerakan (mobility) OKU ke bangunan awam
tanpa halangan.
5.2 Semua tempat awam haruslah dilengkapi dengan
kemudahan tandas yang bersesuaian dan tempat letak
kereta yang memadai bagi OKU. Selain itu, jalan raya,
tempat pejalan kaki dan lorong-Iorong (dengan adanya lampu
isyarat dengan isyarat bunyian) harus disediakan bagi
kemudahan OKU.
5.3 Lebih banyak tempat letak kereta harus disediakan dalam
kompleks membeli-belah kepada OKU yang memandu
kereta dan motorsikal.
5.4 Pengangkutan awam harus disediakan dengan lebih mesra
kepada pengguna (user friendly). Umpamanya pengguna
kerusi roda menghadapi masalah dengan sistem pintu
keretapi komuter yang tutup dalam masa yang sing kat.
Selain itu, bas-bas awam haruslah berbalik kepada sistem
23

lama di mana semua tempat duduk berhadap kepada satu


hala sahaja supaya ia lebih memudahkan orang yang
mempunyai masalah penglihatan. Selusur-selusur (handrailings) yang terdapat di dalam bas haruslah mudah dicapai
oleh penumpang-penumpang yang kurang upaya. Tambahan
pula, kerusi yang disediakan khas untuk mereka haruslah
lebih rendah agar mereka dapat mengimbangkan diri apabila
berlakunya brek kecemasan. Walaupun terdapat tempat
khas untuk OKU, namun polisi ini harus dikuatkuasakan dan
perkhidmatan knas kepada mereka juga harus diberi
perhatian.
5.5 Pihak berkuasa tempatan harus mengambil berat tentang
penggunaan teksi yang saiznya lebih besar agar dapat
memuatkan kerusi roda dan penumpang tersebut. Sistem
kupon dengan diskaun 50% kepada OKU yang
menggunakan perkhidmatan teksi harus diperkenalkan,
sehingga sistem pengangkutan awam lebih memudahkan
OKU.
5.6 Pengenalan perkhidmatan khas dalam lapangan terbang
bagi menjamin keselamatan kerusi roda dan muatan OKU.
5.7 Kerajaan harus menggalakkan OKU untuk membeli kereta
dengan pengecualian duti eksais
(terutamanya kereta
buatan tempatan).

24

Cadangan-cadangan Mengenai

PENJAGMN KESII-IATAN DAN


PERUBAT'AN

25

6. Penjagaan Kesihatan dan Perubatan


6.1 Kerajaan harus membekal penjagaan kesihatan dan
perubatan kepada semua OKU tanpa mengira jenis dan
kesukaran kecacatan. OKU harus dapat memperolehi jenis
rawatan pakar yang sepadan.
6.2 Kerajaan harus melatih dn menyediakan kepakaran
psikologi, psikiatrik"Clan terapi (dari segi fizikal, pekerjaan dan
pertuturan) yang cukup untuk memenuhi keperlua OKU.
6.3 Pakar terapi harus diberi pengiktirafan dan insentif yang
setanding dengan kelayakan dan skop kerjanya yang
profesional.
6.4 Profesional perubatan dna para-perubatan harus dilatih untuk
melayani
permintaan
yang
berbeza-beza mengenai
kecacatan. Pakar padiatrik khususnya harus memperolehi
pengetahuan yang cukup mengenai kecacatan akal agar ia
berkeyakinan membekal maklumat yang jitu kepada ibu
bapa.
6.5 Penekanan harus diberi terhadap latihan yang patut diambil
oleh para doktor di peringkat ijazah untuk membenarkan
mereka merujuk OKU kepada pakar perubatan dan profesion
para-perubatan yang sesuai.

26

Cadangan-cadangan Mengenai

BADAN BUKAN KERAJMN

.!I

33

10. BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)


NGO telah memainkan peranan penting dalam
membangunkan perkhidmatan sosial di Malaysia. la juga
merupakan salah satu penawar perkhidmatan utama kepada
OKU dan keluarga mereka. Bantuan kewangan yang diperolehi
daripada kerajaan adalah minima dan dengan itu, mereka
terpaksa bergantung kepada masyarakat untuk membiayai
program-program dan - perkhidmatan mereka. Tambah lagi,
terdapat persaingan yang agak kuat untuk mendapat bantuan
kewangan orang ramai yang terhad. Maka, cadangan kami
adalah seperti berikut:
10.1 Pertambahan bantuan kewangan kepada NGO kerana
pergantungan bantuan kewangan masyarakat yang
berterusan akan meneguh lagi perkhidmatan kepada OKU
yang berunsur "kebajikan".
10.2 Kumpulan
"Self-help" harus
diakui
sebagai satu
perkhidmatan yang sah di sisi undang-undang dan dengan
itu bantuan kewangan harus disalurkan kepada mereka agar
perkhidmatan mereka dapat diteruskan.
10.3 Pengambilan pekerja kurang upaya oleh NGO harus
dibayar balik oleh kerajaan dalam bentuk bantuan kewangan.
Ini dapat menggalakkan lebih banyak NGO untuk mengupah
OKU dan seterusnya dapat mewujudkan lebih banyak
peluang pekerjaan.

34

KESIMPULAN
Cadangan-cadangan yang tersebut di atas hanyalah
merupakan sebahagian keperluan OKU, namun ianya
menggambarkan
keluasan
sistem
sokongan
terhadap
permintaan semasa OKU. Hasrat OKU untuk menjadi anggota
masyarakat yang mempunyai hak yang sama telah disuarakan
secara berterusan sepanjang dua dekad yang lalu. Oleh itu, isuisu ini patut diberi perhatian di mana OKU dan keluarga mereka
berhak menikmati manfaat dari beberapa cara:
Mereka mampu mempertingkatkan keyakinan dalam diri mereka
sama ada dalam aspek ekonomi mahupun sosial. Keluargakeluarga bagi OKU patut diberi bantuan kewangan. Manakala
lebih banyak peluang dan faedah harus diwujudkan agar OKU
mendapat pendidikan, latihan dan pekerjaan. Adalah diharapkan
bahawa OKU dapat menikmati hak kesaksamaan dan
penyertaan sepenuhnya dalam masyarakat melalui integrasi
sosial dan pertumbuhan ekonomi pada suatu hari nanti.

Dialog di antara pegawai-pegawai kebajikan dan Jawatan Kuasa


Merangka dan Mengawas berlangsung di Seketariat PINTAS
pada 8hb Jun 2000
39

SUMBER:
JURNAL
&

MAJALAH

o
o

Ingguan

29reSiPi

istimewa
SYAWAL

akna 'AKU
'ICINTA PADAMU'
agi wanita
KENAPA
SUKAR
BUANG AIR
SELEPAS
BERSALIN

20oktober2006
EJA TERKENANG AYAH,
NURULSERONOK'SAKAT'SEPUPU
Tahun ini merupakan tahun ketiga Eja menyambut Syawal
tanpa kehadiran ayah tercinta. Begitu juga dengan kehilangan
datuk dan nenek mengurangkan sedikit kemeriahan Syawal.
"Dulu-dulu kami akan pulang ke kampung halaman sambut raya
dengan arwah datuk dan nenek. Sejak mereka tiada suasananya
dah berubah sedikit. Tidaklah suram tetapi ada sedikit
kekurangannya di situ," ujarnya.
Sementara Nurul pUla, sangat suka menyakat sepupusepupu yang lebih muda daripadanya. Nurul mengakui zaman
kanak-kanaknya dulu memang nakal apatah lagi bila dah 'geng'
dengan abang dan adik lelakinya. "Kami akan patah-patahkan
bunga api dan bakar bunga api tu untuk menyakat kanak-kanak.
Saja kami nak takut-takutkan mereka," katanya sambil ketawa.
Ya, dua selebriti terkenal dengan cerita raya masing-masing.
Sengaja kami aturkan sesi penggambaran muka depan MW ini
kerana menyedari kedua-duanya mempunyai peminat tersendiri.
Siapa yang tidak kenai Eja, pelakon wanita yang disegani kerana
bakatnya. Eja sering diberi watak-watak yang kemudiannya
berjaya dia lakonkan. Sepanjang Ramadan lalu, Eja muncul di
kaca TV dengan drama berjudul Seputeh Qaseh Ramadan.

KISAH SELANJUTNYA 01 MUKA SURAT 20

INFO KITA & PSIKOLOGI

KEWANITAAN

48
50

36
41

52

54
58
3 Yang Elok Itu Budi
36 Fesyen
56 Aneka Petua
100 Permata Hati ku
148 Rumah ku Syurga ku

FIKSYEN
92 Cerpen
95 Novel Alaf 21
96Tok Muda
Bomoh Tradisional
97 Realiti, Mimpi & Mistik

MOTIVASI DAN
SARANAN
18 Etiket
70 Motivasi
90 Mengurus Kewangan
91 Ringgit & Sen

SAJIAN ROHANI
118 Mencari
Keredhaan Mu
121 Di bawah
Lembayung Kaabah
122 Dari Fail
Mahkamah Syariah

62

80
81

Info Sihat
Kesihatan
Misteri Alam
Tip Cantik & Sihat
Rahsia Wan ita
Seksologi
Catatan Kehamilan
Pak Bidan Oh Pak Bidan

Fesyen
Aksesori

LAIN-LAIN MENARIK
46

Cantik di mata,
cantik di hati

132 Cinta orang popular

64

134 Srikandi

68

Serasikah kita?
Ya Tuhan
Dia Pilihanku
Siri Wan ita Anggun
Sembang Lelaki
Rahsia Cemerlang
Seri Laman

KEMASYARAKATAN
123 Nenek Alia sedih
cucu-cucunya beraya
dalam serba kekurangan
126 Aidilfitri hilang seri bila
anakku pergi
128 Meski beza agama Ali
sambut raya dengan kakak
dan nenek

78
103
111
138
152

HANYA LELAKI
108 Personaliti lelaki
112 Dunia lelaki
116 Klinik Sakit Tuan
117 Pengakuan Duda

PENGALAMAN BERSALIN PENUH KEAJAIBAN


Setiap pasangan yang berkahwin i9ginkan zuriat sebagai penyambung
generasi namun tidak dapat dinafikan bukan semua individu be~aya
merealisasikan impian memiliki cahaya mata kerana hasrat murni itu mungkin
terhalang disebabkan oleh beberapa masalah selain ujian Yang Maha Kuasa
Bagi pasangan eik Nazhatulsyima Mohd. Noordin, 31, berasal dari Wakaf Baru,
Kelantan dan suaminya, Abdul Razak Abdul Shukor, 31, berasal dari Teluk Inlan,
Perak, mereka juga seperti pasangan lain. Inginkan zuriat setelah mendirikan
mahligai indah bersama.
Namun mereka pasrah kerana terpaksa menantikan sehingga tiga tahllll
lebih usia perkahwinan mereka. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pa
awal tahun 1998 ketika usia mereka 23 tahun. Ketika itu Abdul Razak seda
melanjutkan pelajaran di United Kingdoms. Malahan pasangan ini bernikah
sana dan tinggal selama 1 tahun setengah di United Kingdom. Hasrat mere
ialah untuk melahirkan seorang zuriat di sana namun tidak kesampaian.

BAHAGIAN3

AP

OKUalau
orang kurang upaya
OKU ATAU "ORANG KURANG UPAYA" PADA PENGERTIAN KAMI DI INSTITUT
PEMBANGUNAN KELUARGA DAN KANAK-KANAK NURY IALAH ORANG-ORANG
YANG ADA SATU KECEDERAAN OTAK DAN SISTEM SARAF YANG MUNGKIN
BERMULA DI DALAM KANDUNGAN ATAU WAKTU KELAHIRAN SERTA KADANGKADANG SELEPAS DEMAM PANAS HASIL DARI SERANGAN BAKTERIA ATAU
VIRUS YANG MENYEBABKAN DEMAM MELARAT KE DALAM OTAK ATAUPUN
SELEPAS BERLAKU SESUATU KEMALANGAN.
Ada berbagai nama yang telah diberi
kepada kecederaan otak ini seperti:

'I
Di mana kaki dan tangan anak akan keras
dan tidak boleh bergerak. Tetapi pada segi
kecerdasan otak, anak ini amat cerdik. Di Nury
kami ben nama kecederaan ini "Mid-Brain
Injury" atau kecederaan Otak Tengah. Oleh
sebab Otak Tengah menjaga empat fungsi,
yang kita tidak sedar dan kita sedar seperti
menjulur, merangkak, be~alan dan beMan.
Biasanya anak-anak Cerebral. Palsy ini juga
mengalami empat fungsi Otak Tengah yang
kita tidak sedar itu::
1) Otak Tengah menjaga emosi atau perasaan. Anak Cerebral Palsy amat sensitif
kepada apa sahaja yang dikaitkan dengan
perasaan. Jika anak ini diben abjad emosi
positif iaitu rasa selamat, tenteram, disayangi
dan sering di beri rangsangan, maka dia akan
membina keyakinan diri untuk pulang ke alam
manusia.
2) Otak Tengah juga menjaga sistem
Autonomik seperti pernafasan, pengaliran
darah, penghadaman dan perkumuhan. Dengan itu, biasanya pernafasannya cetek dan biasa
mengalami
sembelit
yang
menambahkan
lagi
bahanbahan toksin yang
menambahkan
kecederaan
otaknya.

1m __

3) Otak Tengah juga menjaga sistem ketahanan dalaman. Dengan kekurangan oksigen
di otaknya dan dengan kelemahan sistem
ketahanan anak ini akan sering sakit, demam,
batuk dan lain-lain.
4) Otak Tengah ini juga mengawal sistem
ingatan jangka panjang. Oleh yang demikian,
kalau kita sering sebut "anak ini cacat" anak
ini "tidak boleh bergerak", semuanya ini akan
masuk ke dalam sistem ingatan jangka panjang seperti "sumpah" dan dengan itu anak
tidak akan bergerak.
Anak Cerebral Palsy juga mengalami
kecederaan
di
peringkat
pertama
pembangunan otak ( Medulla Oblongata) dan
peringkat II (Pons) dan jika tidak diberi stimulasi, anak ini akan membesar menjadi OKU
atau Orang Kurang Upaya. A1hamdulillah kami
telah merawat ramai anak yang seperti ini dan
didapati ramai yang pulih seperti boleh be~a
lan, bertutur, malah menjadi anak yang cemerlang dan tidak peMu menggunakan kerusi
roda. Lagi awal kita memulakan program, lagi
cepatlah anak itu akan pulih. Malah dengan
kejayaan yang telah kami capai dengan anakanak ini yang amat mengagumkan, dengan
izin Allah, kami telah berjaya juga merawat
orang dewasa yang kena angin ahmar (strok)
dan Alhamdulillah juga ramai yang telah dapat
berjalan, bergerak semula dan pulih ingatan
mereka.

na

ang ika akan Bula atau

Sebenarnya mata dan daya penglihatan


ialah saluran otak menerima cahaya dan otak

menterjemahkan cahaya kepada benda-benda


yang dilihat oleh kita dan dengan mendengar
pula apa benda itu, benda yang di lihat dikaij
kan dengan fungsi otak. Oleh yang demikian
juga, anak yang buta boleh dipulihkan penglihatannya jika kita bermula di peringkat awaJ.
Daya penglihatan ini boleh dibangunkan dalam
beberapa tahap sehingga anak itu belell
membaca dan menjadi anak bijak kerana kernsakan jalan peringkat pembangunan otak di
tahap I (Medulla Oblongata), II (Pons) dan III
(Otak Tengah).

o slexia
Dyslexia biasanya dikaitkan dengan anak
yang JULING penglihatan. Dyslexia juga
dikaitkan dengan pembangunan otak di
peringkat II dan III dan ia boleh diatasi. Orang
yang telah biasa melihat orang yang juling,
. maka dari jauh ia dapat mengesannya. Kna
yang boleh melihat cara anak itu membaca
biasanya mata terlalu dekat sekali dengan
buku. Seperti juga dia melukis atau meneonteng, dia akan mendekati matanya kepada
kertas yang diconteng. Jika dahulu anak itu
dikatakan juling-juling air itu " lawa" atau
"cantik" tetapi sekarang apabila anak pergi
ke sekolah dengan mata juling, ini menyebabkan anak tidak boleh memberi tumpuan yang
lama kerana perkataan kecil nampak terbaJik
atau bertindih-tindih. Dengan itu, anak ini
juga sering dikritik dan dihukum serta disuruh
berdiri di atas bangku atau keluar bilik da~ah
kerana mengacau kawan-kawan dan dengan
itu jatuh maruah dirinya .
Dyslexia penglihatan amat senang dirawat
tanpa apa jua pembedahan. Kami di NURY
sungguh bersyukur dengan ibu bapa yang
memberi masa, tenaga dan wang ringgit untuk
membawa anaknya pulang ke alam manusia
Anak ini hanya perlu banyak. menjulur dan
merangkak, berkawat dan melompat serta
beMari, makan minum mestilah dijaga supaya
tidak makan dan minum makanan dan minuman dera diri atau "Junk Food" dan makan
vitamin dan galian tambahan
Kami di NURY memberi kursus kepada
. ibu bapa dan seterusnya membuat penilaian
anak dan rr{enyediakan lima program untuk
dilaksanakan oleh ibu bapa:
- pemafasan dan dengan itu oksigen
- makanan dan pemakanan
- emosi berasaskan kasih sayang tanpa syarat
- pembangunan fizikalnya
sistem fisiology dan kesihatannya
Komitmen dan keyakinan ibu bapa menjayakan program secara konsisten serta
diiringi doa ibu bapa dan sokongan semua ahi
keluarga akan menghasilkan kejayaan tahap
demi tahap.

~~A@IHI~INI~INI (f)~~'~M~

~r[EC~AL OLYMr~C~

Sidang Redaksi 2
Petikan Ucapan 3
Kata-Kata Aluan Ketua 4 - 5
Struktur Organisasi 6
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) 7 - 8
Carta & Satistik 9 Keratan Akhbar 10 - 11
Penyelarasan PDK Negeri 12 - 13
Aktiviti & Program Negeri-Negeri 14 - 43
Program & Inisiatif Bahagian Pembangunan OKU 44 - 53

PENAUNG
Puan Jayalatchumy alp Cumaraswamy
PANEL PENASIHAT
Puan Khatijah bt. Abdullah
Cik Yeoh Joo Ai

KETUA SIDANG PENGARANG


En. Zulkhairi b. Zainol Abidin
TIMB. KETUA SIDANG PENGARANG
Puan Sharifah Hafizah bt Saad Hassan
SIDANG PENGARANG

Pn.
Pn.
Tn.
Cik

Roshayati bt. Omar


Wan Fadlina bt. Wan Husain
Hj Moho. Fudzi b. Hj. Ibrahim
Mariammal AlP Subramaniam

UNIT PENGURUSAN

Pn. Azizah bt. Ahmad Taib


Cik Fawzidah bt. Aminuddin
Pn.Semi bt. Mahron
Pn. Siti Ahmadiah bt. Mohamad
Pn. Noorazlina bt. Garzali
Cik Noor Azizah bt. Mansor
Pn. Suzanah bt Zainuddin
Cik Siti Masturiah bt. Ahmad Tubi

UNIT FOTOGRAFI
En. Abdul Hisham b. Mohamad
En. Mohd Fitri b. Selamat
PENERBIT:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Ibu Pejabat Jabatan Keba"ilvan Masyara~at
Tingkat 19-24 Menara Tun Ismail
Jalan Raja Laut 50562 Kuala Lumpur
Tel: 03-26971090
Faks: 03-26917473
Laman web: http://www.jkm.gov.my

jabatan

GRAM & INISIATIF

KEBAJIKAN

Masyarakat

BAHAGIAN PEMBANGUNAN OKU


I

PEMANTAPAN PUSAT PDK SEDIA ADA

Premis PDK
Statistik menunjukkan 50% premis PDK disewa

Memorandum Jemaah Menteri mengenai


Pemantapan
Program PDK diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 30 hb
Januari 2008. Ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri
di PDK Puteri Gunung, Seberang Perai Selatan , Pulau Pinang
pada 2hb Februari 2008

Pematuhan kepada Akta Pusat Jagaan 1993 dan


Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994 yang menetapkan
keluasan minimum ruang lantai iaitu 3.5 meter persegi bagi
setiap penghuni
Sewa premis dinaikkan RM500 kepada RM3000
Kenaikan sewa premis melibatkan kos 7.16 juta setahun

PENAMBAHBAIKAN

Peruntukan Kos Utiliti

Saguhati Petugas PDK

RM800.00

Elaun Khas OKU

RM150.00

Bil-bil utiliti seperti air. elektrik. telefon dan internet


berjumlah RM 4.55 juta setahun

Peralatan dan Kelengkapan Pemulihan


RM3000 (maksima)

Sewa Premis

Kenaikan dari RM3.600 kepada RM50.000 sekaligus


rnelibatkan kos RM 18.95 juta

RM50,000 sekaligus

Peralatan dan kelengkapan PDK


RM30,000 setahun

Aktiviti dan program

PROGRAM DAN AKTIVITI TAM BAHAN


Latihan untuk ibu bapa, komuniti dan pekerja PDK
Pernbangunan kapasiti ahli Jawatankuasa PDK

Pewujudan Penyelia PDK

RM1200.00

Utiliti

RM1000 (maksima)

Peningkatkan kesedaran dan penglibatan ibu bapa


Advokasi untuk keluarga OKU dan komuniti
Intervensi awal
Ketahanan dan motivasi diri

Membina 4 bangunan PDK yang


mempunyai tarat milik tanah sendiri

RM500,000 setiap PDK

Kemahiran keibubapaan
Kesenian dan kebudqyaan
Program OKU berdikari

Wujudkan sekurangnya kurangnya


1 PDK di 1 DUN

20 PDK setiap tahun

Gotong-royong
Sukan serta kesenian
Kenaikan dari RM5.000 setahun kepada RM30.000 setahun

Perluasan projek SEMAI BAKTI


ke seluruh negara

2 juta

Melibatkan kos RM 11.37 juta setahun


Pembinaan Bangunan PDK
ASAS-ASASPEMANTAPAN
PDK Batu Kurau. Perak

Pemantapan Pusat PDK sedia ada


Mewujudkan Pusat PDK Baru di Kawasan Dewan Undangan
Negeri Yang Belum Mempunyai Pusat PDK
Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility)
Peranan dan penglibatan BAKTI dalam Program PDK

PDK Sinar Bakti. Pontian. Johor


PDK Seri Pengasih. Alor Gajah. Melaka
PDK Kuala Klawang. Jelebu, Negeri Sembilan
Peruntukan RM500,OOO one-off untuk 4 buah PDK tersebut
Status tanah tetap soma ada dirizabkan oleh pihak Kerajaan
Negeri ataupun orang perseorangan untuk pernbinaan
bangunan pusat PDK.
Peruntukan RM500,OOO one-off untuk 4 buah PDK tersebut

44

BULETIN

PDK

2008

Elaun Petugas PDK


Tugas Petugas PDK yang mencabar menuntut
Pengorbanan dan komitmen
Mengelakkan kehilangan pekerja yang terlatih apabila
mereka beralih kepada peke~aan yang menawarkan
ganjaran yang lebih lumayan
Kenaikan dari RM500 kepada RM800
Melibatkan kos RM 17.94 juta setahun
(Penyelia dan Petugas PDK)

Pewujudan Jawatan Penyelia PDK


Selaras dengan pengembangan fungsi PDK sebagai pusat
setempat untuk pemulihan , advokasL rujukan dan
pembelajaran OKU.
Sebagai perkembangan kerjaya untuk Petugas PDK

Masalah Pengangkutan
Pengangkutan amat penting bagi OKU yang mengikuti
program PDK, membawa OKU menjalani latihan dan aktiviti
luar serta urusan kes kecemasan atau keperluan
pemeriksaan berkala ke klinik atau hospital yang berhampiran
Kadar Elaun Khas kepada OKU dinaikkan dari RM50
kepada RM 150.00
Meningkatkan elaun khas OKU ini adalah lebih cost effective
berbanding dengan cadangan membeli sebuah kenderaan
bagi setiap PDK.

MEWUJUDKAN PUSAT PDK YANG BARU


01 KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI
YANG BELUM MEMPUNYAI PUSAT PDK
Hanya 288 daripada 576 (atau 50%) kawasan Dewan
Undangan Negeri yang mempunyai sekurang-kurangnya
sebuah PDK.
Kos penubuhan sebuah pusat PDK baru dianggarkan
kira-kira RM251.888
Penubuhan 20 buah pusat PDK baru setiap tahun bermula
tahun 2008

Sektor swasta perlu dilibatkan secara aktif bagi menyokong


usaha Kerajaan untuk membantu OKU. Ini kerana pihak swasta
mempunyai tanggungjawab sosial korporat atau corporate
social responsibility (CSRJ kepada masyarakat.
Antara kaedah CSR yang boleh dilaksanakan oleh pihak swasta
adalah seperti projek 'PDK Angkat' di mana kemudahan dan
semua perbelanjaan pusat PDK dibiayai sepenuhnya oleh
syarikat swasta bagi sesuatu tempoh tertentu.
Pihak swasta yang berkenaan juga wajar menerbit dan membiayai penyiaran iklan atau dokumentari menerusi media cetak
dan elektronik bagi meningkatkan kepekaan masyarakat
kepada keperluan OKU. Ini dopat menjamin kesejahteraan
golongan OKU.

PERANAN DAN PENGLIBATAN BAKTI


DALAM PROGRAM PDK
Badon Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (BAKTI)
telah melibatkan diri secara aktif dalam memberikan sokongan
untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan PDK terutamanya di
kalangan masyarakat luar bandar seperti di tanah-tanah
rancangan FELDA.
Geran sebanyak RM500,OOO yang disalurkan oleh Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada BAKTI
pada tahun 2005

Peranan SAKTI
Menokok-tambah dan menyokong keperluan-keperluan di PDK
yang tidak disediakan oleh pihak JKM seperti peralatan dan
kenderaan.
Membantu menokok-tambah dan menyokong program latihan
dan peningkatan kemahiran kepada pekerja PDK , ibu bapa
OKU dan pemimpin masyarakat.

PENUTUP
Pemantapan program PDK adalah penting bagi memostikan
golongan OKU mendapat latihan dan menjalani pemulihan
dalam persekitaran yang lebih kondusif. Program PDK dimantapkan dari segi kewangan agar prasarana seperti perala tan
pemulihan dan kelengkapan asas adalah lebih mesra OKU dan
mematuhi piawaian yang telah ditetapkan selaras dengan
perkembangan teknologi terkini.
Selain itu, pemantapan dari segi penyediaan tenaga kerja
mahir dan terlatih di pusat PDK dapat membantu OKU
mendapat perkhidmatan pemulihan dan program pembangunan yang terbaik agar mereka dapat diintegrasikan ke dalam
masyarakat dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.

ANGGARAN KOS PENUBUHAN SEBUAH PDK BARU


Jenis Perbelanjaan
i. Elaun 5 Petugas PDK
ii. Elaun Penyelia PDK
iii. KWSP (6 orang)
Iv. Sewa Premis
v. Kos Utiliti
vi. Peralatan dan Kelengkapan Pemulihan
vii. Program dan Aktivlti
viii. Elaun Khas OKU (30 orang)

Jumlah

Anggaran kos (RM)


4,000.00
1,200.00
624.00
3,000.00
1,000.00
50,000.00
30,000.00
4,500.00

sebulan
sebulan
sebulan
sebulan
sebulan
one-off
setahun
sebulan

Jumlah (RM) (setahun)


48,000.00
14,400.00
7,488.00
36,000.00
12,000.00
50,000.00
30,000.00
54,000.00

251,888.00

JUMLAH UNTUK MEWUJUDKAN 288 PUSAT PDK = (RM) 72,543,744


I

BULETIN

PDK

2008

45

PROGRAM & INISIATIF


BAHAGIAN PEMBANGUNAN
OKU

SYABAS kepada semua Ahli Jawatankuasa Induk Kejohanan


Special Olympics JKM Kebangsaan kerana menjayakan
kejohanan Special Olympics JKM Kebangsaan bersempena
sambutan Hari Orang Kurang Upaya pada tahun 2008 satu realiti.

Ini adalah julung-julung kalinya Jabatan Kebajikan Masyarakat


menganjurkan Kejohanan Special Olympics dengan kerjasama
Special Olympics Malaysia, di mana sukan Special Olympics
adalah sukan khusus untuk OKU
bermasalah intelektual.
29 NOVEMBER - 1 DISEMBER 2008
STADIUM BOLASEPAK KUALA LUMPUR
BANDAR TUN RAZAK
ACARA PADANG
(29 November 2008, 7.30pagi)
MAJlIS PERASMIAN PEMBUKAAN
(30 November 2008, 8.00 pagi)
ACARA TREK
(30 November 2008,9.00 pagi)
ACARA PADANG
& BOLASEPAK 5 SEBELAH

(30 November 2008, 3.00 ptg)


PERTANDINGAN AKHIR 80LASEPAK
(Disember 2008, 8.00 pagi)
MAJlIS PENUTUP
(1 Disember 2008,9.00 pagi)

46

U LET

P 0

PROGRAM & INISIATIF


BAHAGIAN PEMBANGUNAN
OKU

Jabatan

KEBAJIKAN

Masyarakat

Bengkel Garis Panduan Pengurusan PDK telah diadakan


pada 21-24 Mac 2008 di Seri Chempaka Services Suite Kuala
Lumpur bagi mengkaji semula dan merangka sebuah Garis
Panduan Pengurusan PDK yang baru selaras dengan Memorandum Pemantapan Program PDK 2008 yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri.
Bengkel ini dihadiri oleh Penasihat Undang-Undang KPWKM,
Wakil Jabatan Tenaga Kerja, pegawai-pegawai Ibu Pejabat
JKM di Bahagian Perundangan & Advokasi , Bahagian
Perancangan dan Pembangunan, Bahagian Pembangunan Komuniti, Bahagian Pengurusan dan diurusetiakan oleh
Bahagian Pembangunan OKU.
Garis Panduan Pengurusan PDK yang baru ini merangkumi
latar belakang , definisi, perlaksanaan, struktur organisasi,
keahlian Jawatankuasa, Mesyuarat Jawatankuasa, kewangan, operasi, Penyelia dan Petugas PDK, pemantauan,
panel penilai dan borang-borang.

Sukarelawan JOCY adalah satu program kerjasama antara


Kerajaan Malaysia dengan JICA dimana pihak JICA menghantar sukarelawan JOCY ke Malaysia untuk bertugas
dalam bidang-bidang yang berkaitan.
Sukarelawan JOCY ini terdiri dari Pekerja Sosial, Jurupulih
Anggota , Jurupulih Carakerja, Guru Pendidikan Jasmani
dan Jurulatih Job Coach dan menjalankan tugas di PDK-PDK
serta lain-lain pusat kebajikan di negeri Terengganu,
Pahang, Kelantan, Sabah, Perak, Sarawak dan Pulau
Pinang.

Program Roche Community Project bermula pada Oktober


2005 yang melibatkan kerjasama 3 pihak iaitu Roche (M)
Sdn Bhd sebagai penaja, Reha Wealth Training & Consultation sebagai penyedia perkhidmatan Jurupulih Carakerja
dan Jurupulih Anggota dan JKM sebagai penerima perkhidmatan.
Projek ini meliputi 5 buah PDK di daerah Hulu Selangor di
peringkat awal dan meningkat kepada 7 buah PDK bermula
tahun 2008.

48

BULETIN

P 0

2 0 0 8

PROGRAM & INISIATIF


BAHAGIAN PEMBANGUNAN
OKU

PERKHIDMATAN OKU
Pendaftaran Orang Kurang Upaya
PENGENALAN

DEFINISI OKU MENGIKUT AKTA OKU

Pendaftaran orang kurang upaya adalah bertujuan untuk

'Orang Kurang Upaya' termasuklah mereka yang mempun-

mengumpul data bagi perancangan perkhidmatan atau

yai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual

program pemulihan, pencegahan, latihan, kesihatan dan

atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai

pendidikan serta intervensi awal Orang Kurang Upaya.

halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berke-

Pendaftaran orang kurang upaya digalakkan dan dibuat

san mereka dalam masyarakat.

atas dasar sukarela.

KATEGORI OKU
Kurang Upaya Pendengaran

Cerebral Palsy

Kurang Upaya Penglihatan

Masalah Pembelajaran

Kurang upaya Fizikal

Lain-lain

OBJEKTIF
Untuk mengetahui bilangan dan taburan
Orang Kurang Upaya di negara ini.
Untuk mengenal pasti bilangan OKU mengikut
jenis-jenis kurang upaya.
Untuk merancang program-program latihan,
pendidikan dan pemulihan yang sesuai bagf .
Orang Kurang Upaya.
Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan
yang bertepatan untuk Orang Kurang Upaya.

Permohonan atau wakil dikehendaki hadir ke


Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD)
yang berhampiran.
Borang pendaftaran yang telah disempurnakan
bersama 2 keping gambar bersaiz kad pengenalan
diserahkan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat
Daerah (PKMD).

Nam:l:

No. KIP/S.B:

OKU Penglihatan
OKU Pendengaran
OKU Fizikal
OKU Cerebral Palsy
OKU Masalah Pembelajaran

Kod Warna
Biru _
Ungu _

Alamat:

No. Pe.ndaftaran:

KATEGORIOKU

...

Depan

P~rilJ;p'U.O: S~y;t ~artg kad inI aKQiJlaal dalli.. s:i1a I!mbaJikall bet loi
kt Ptjatat Ktbajibtl MU)'anklt dAenb.'Ylag tttddat.

Hijau
Merah Jambu _
Kuning
Oren _

OKU lain-lain

Pcngarab Kcbajikan Masyarakal Negeri

(Cop Nama dan Jawaran)

Belakang ~
No Telefon Warts:
Tarikh_

50

No

0167052

KAD KENAL DIRI OKU


BULETIN

PDK

2008

P~GMM&INISIMIF :~~~~jii~~--.----------~~

BAHAGIAN PEMBANGUNAN
OKU

Ekspo Pekerjaan OKU 2008


: 3hb Disember 2008
Pusat Latihan Perindustrian dan
Pemulihan Bangi, Selangor

Tarlkh
Tempat
Perasmi
Tetamu khas
Laporan

Dato' Meme Zainal Rashid


Peg. kanan semua kementerian
Penyertaan oleh 20 Majikan dan
1000 Orang Kurang Upaya

PENGISIAN
1. Taklimat peluang pekerjaan daripada Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) serta Jabatan
Tenaga
Kerja Semenanjung Malaysia
2. Temuduga terbuka pekerja OKU
3. Pendaftaran pekerjaan secara dalam talian (online)
4. Pameran pekerjaan dan gerai jualan

Acara
Tarikh
Acara
Tarikh
Tempat

Mesyuarat Ahli Majlis Kebangsaan Bagi


Orang Kurang Upaya Bil.1 Tahun 2008
14hb Ogos 2008
Mesyuarat Ahli Majlis Kebangsaan Bagi
Orang Kurang Upaya BiI.2 Tahun 2008
17hb Disember 2008
Bllik Mesyuarat NIEW
Tingkat 16, Wisma Sime Darby,
Kuala Lumpur

5. Y. Bhg. Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah


KSU Kementerian Kewangan Malaysia
6. Y. Bhg. Dato' Hj Zakaria B. Hj. Bahari
KSU Kementerian Pengangkutan Malaysia

Majlis Kebangsaan Bagi OKU dianggotai oleh seramai 20


orang dan telah ditubuhkan pada bulan Julai 2008, selaras
dengan peruntukan Akta OKU 2008. Majlis akan bermesyuarat sekurang-kurangya 3 kali setahun untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan pembangunan OKU.
Anggota majlis ini terdiri daripada yang berikut :1. YB Dato' Dr. Ng Yen Yen
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat
2. Y. Bhg. Datuk Faizah Bt Tahir
KSU Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
& Masyarakat
3. Y. Bhg. Dato' Cik Meme Zainal Rashid
Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
4. Y. Bhg. Tan Sri Abdul Ghani Patail
Peguam Negara Malaysia, Jabatan Peguam Negara

52

BULETIN

PDK

2008

7. Y. Bhg. Dato' Thomas George


KSU Kementerian Sumber Manusia
8. Y. Bhg. Dato' Hj Alimuddin B. Hj Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
9. Y. Bhg. Tan Sri Datuk Seri Dr. Hj Mohd Ismail Merican
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
10. Y. Bhg. Dato' Hj. Markiman Kobiran
Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan
Perdagan gan Kementerian Pembangunan Usahawan
Dan Koperasi
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

Y.
Y.
Y.
Y.
Y.
Y.
Y.
Y.
Y.
Y.

Bhg. Dato' Dr. Zaliha Omar


Brs. En. Teh Bong Choon
Brs. Cik Sia Siew Chin
Brs. Encik Arikisamy Anthony @ Anthony Arokia
Brs. Encik Mohamad Sazali Bin Sha'ari
Brs. Cik Naziaty Mohd Yaacob
Brs. Puan Khatijah Sulieman
Brs. Encik Mah Hassan Bin Hj. Omar
Brs. Encik James Lim Ming Koon
Brs. Encik Chow Chee Keong (Stephen)

54

BULETIN

200 8

I
-~--------l~~-------:--

Masyarakat
Sejahtera & Penyayang

lSI
----------1~~------

Membangun Masyarakat Ke Arah


Kesejahteraan

Jabatan

KEBAJIKAN

Masyarakat

Tingkat 25 - 26, Menara Tun Ismail Mohd Ali, Jolon Raja Lout, 50582 Kuala Lumpur
Tel: 03 - 2697 1080 Fax: 03 - 2693 4740

Das könnte Ihnen auch gefallen