Sie sind auf Seite 1von 2

AYAT TUNGGAL

Ayat Tunggal
Ayat tunggal dibina oleh dua konstituen, iaitu subjek dan predikat. Ayat
tunggal mempunyai dua bentuk susunan, iaitu:
i.
Susunan biasa
ii.
Susunan songsang
Susunan Biasa
Dalam susunan biasa bagi ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya
adalah di hadapan konstituen predikat, seperti yang terdapat dalam contoh
yang berikut:
1.
2.

Guru itu telah memenangi hadiah pertama.


[Guru itu] + [telah memenangi hadiah pertama.]
Subjek
Predikat

3.
4.

Kebanyakan calon peperiksaan tidak memahami soalannya.


[Kebanyakan calon peperiksaan] + [tidak memahami soalannya.]
Subjek
Predikat

Susunan Songsang
Ayat tunggal dalam BM boleh terbentuk dalam susunan biasa, dan boleh juga
dalam susunan songsang, melalui proses pendepanan atau penjudulan.
Dalam susunan songsang, unsur-unsur dalam konstituen predikat yang
biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Unsur yang
dikedepankan itulah yang hendak diberikan penegasan, iaitu melalui proses
pendepanan. Dalam BM, terdapat sekurang-kurangnya dua proses
pendepanan yang berlaku pada predikat, iaitu:
i.
ii.

Pendepanan seluruh predikat


Pendepanan sebahagian daripada predikat.

Pendepanan seluruh predikat


Contoh:
5.

[Perangainya] + [baik sungguh.]


Subjek
Predikat

6.

[Baik sungguh] + [perangainya.]


Predikat
Subjek

7.

[Pegawai itu] + [masih belum sampai.]


Subjek
Predikat

8.

[Masih belum sampai] + [pegawai itu.]


Predikat
Subjek

Pendepanan sebahagian predikat


Contoh:
9.

[Kanak-kanak itu] + [berkejar-kejaran di padang.]


Subjek
Predikat

10.

[Berkejar-kejaran] + [kanak-kanak itu] + [di padang.]


Predikat 1
Subjek
Predikat 2

11.

[Mereka] + [bekerja setiap pagi.]


Subjek
Predikat

12.

[Bekerja] + [mereka] + [setiap pagi.]


Predikat 1
Subjek
Predikat 2

Latihan
Nyatakan jenis ayat tunggal yang berikut, yakni sama ada Ayat Tunggal
Biasa (ATB), Ayat
Tunggal
Songsang
Pendepanan
Seluruh
Predikat(ATS
Seluruh
Predikat)
atau Ayat
Tunggal
Songsang
Pendepanan Sebahagian Predikat (ATS Sebahagian Predikat).
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

Sungguh malang nasibnya.


Orang itu tidak akan datang lagi.
Terkilan hati saya tadi.
Menangis bayi itu setiap malam.
Penyesalannya tidak berguna lagi.
Dari seberang laut agaknya surat itu.
Lumpuh orang tua itu dengan tiba-tiba.
Untuk peperiksaan akhir mahasiswa itu menelaah pelajarannya.
Barang-barang itu untuk ibu.
Belum tentu baik barang itu.
Anak pendeta belum tentu pandai.
Masih teguh lagi bangunan lama itu.
Di Kuala Lumpur dia sekarang.
Masih pada saya tiket basnya.
Membaca buku dia di perpustakaan.
Ke dalam kota pejuang-pejuang itu merempuh.
Pada hujung minggu ini Encik Ali akan menghadiri kursus itu.
Sedang sakit tenat orang muda itu.
Badannya lesu sepanjang masa.
Pernah berkunjung ke ibu kota keluarga itu.

Das könnte Ihnen auch gefallen