Sie sind auf Seite 1von 124

Explore

header

Upload

Login

Signup

Share

Email

Embed

Like

Save

Upcoming SlideShare
Loading in...5


/ 92
1

Like ShareSave
Like this document? Why not share!

Share

Email

Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)by RiZ ZuL11452 views

Laporan Latihan Industri Bab 1, 2 , 3by CikBeyla Nabiella21646 views

Contoh Laporan Akhir Latihan Indust...by Wanz Mejuez10754 views

Laporan l.iby farah_ar8110971 views

Contoh Presentation Latihan Industr...by Syafwan Laili19501 views

Laporan akhir ( pdf)by afzan9312834 views

Format laporan akhir latihan indust...by monazemis5051 views

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI (LAL...by SerryAisha1781 views

Bab 1by azmitm1358865 views

report latihan Idustri politeknik (...by azmitm13516785 views

Report latihan industriby Ikhwan_Fakrudin1514 views

PANDUAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUS...by Nurul Nor

Shafiza1234 views

add a message...

Like this? Share it with your network


Share

Related

More

Send

Contoh Laporan Latihan Industri (FULL) 11453 views

Laporan Latihan Industri Bab 1, 2 , 3 21649 views

Contoh Laporan Akhir Latihan Industri Politeknik Merlimau


Melaka Jabatan Perhot 10754 views

Laporan l.i 10972 views

Contoh Presentation Latihan Industri (PIS) 19501 views

Laporan akhir ( pdf) 12834 views

Format laporan akhir latihan industri (lali) 5051 views

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI (LALI) INDUSTRIAL


TRAINING FINAL REPORT 1781 views

Bab 1 8865 views

report latihan Idustri politeknik ( PSAS ) 16785 views

Report latihan industri 1514 views

PANDUAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2014


(PMM) 1235 views

Industrial training presentation 13748 views

Example Presentation Latihan Industri 1054 views

Report 17526 views

Garis panduan latihan industri pelajar 6683 views

Laporan Latihan Industri Bab 4 5715 views

Kesimpulan Report Latihan Industri 2492 views

Laporan Li Yusnita 87986 views

Laporan Latihan Industri Bab 5 & 6 6011 views

Semester 7 - Industrial Training (Final Presentation) 3302 views

Industrial training presentation 2199 views

Industrial training presentation 1747 views

Latihan Industri Politeknik 624 views

Bab 3 contoh 2485 views

Contoh Muka Depan Latihan Industri 7516 views

KOMEN DAN CADANGAN 503 views

Report Industrial Training Chapter 1-6 6011 views

Industrial Training Presentation 25307 views

PANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRI 3663 views

Format laporan lifix 1716 views

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI (LAMPIRAN) 347 views

report latihan industri politeknik ( Bab 1 ) 2179 views

Tujuan latihan industri 3804 views

Bab 4 12463 views

Contoh Slide Presentasi Powerpoint yang Baik dan Menarik


78271 views

Best engineers-calibration 1027 views

Power point asal nurul 513 views

Industrial Training Report-1 48224 views

5. penulisan bab (16 havent print) check up 2515 views

Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)

Follow

by RiZ ZuL , Student at PUO


on Mar 31, 2014
inShare0

9,191 views

Khas untuk pelajar Latihan Industri Politeknik (Pelajar Perdagangan). Semua yang bergelar pelajar LI boleh juga gunakan
sebagai rujukan. ...
Show more

Statistics
Views
Total Views
9,191
Views on SlideShare
9,076
Embed Views
115
Actions
Likes
9
Downloads
474

Comments
0
2 Embeds 115

http://www.slideee.com
https://www.linkedin.com

114
1

Accessibility

View text version

Categories

Education

Upload Details
Uploaded via SlideShare as Adobe PDF
Usage Rights
All Rights Reserved
Report content
Flag as inappropriate
None

Flag

File a copyright complaint

No comments yet

9 Likes

Full Name Comment goes here. 12 hours ago Reply Edit Delete Spam Block

Subscribe to commentsPost Comment

Pavitra Munian 1 week ago

anis farhana 2 weeks ago

kristieelly 1 month ago

Nur Sya at Account Clerk 2 months ago

izra_shafinaz 2 months ago

Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Document Transcript

1. LAPORAN LATIHAN INDUSTRI OLEH NURDALILA BINTI MOHD DALIF


DI PUTRAJAYA ENTERPRISE LOT 4157, BUKIT BERUANG, MELAKA
TENGAH MELAKA Buku laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Perdagangan
sebagai memenuhi sebahagian dari syarat penganugerahan Diploma Pengurusan
Peruncitan POLITEKNIK PREMIER UNGKU OMAR JUN 2013 i

2. PERAKUAN PELAJAR tiap- Tandatangan : .................................................... Nama


pelajar : NURDALILA BINTI MOHD DALIF No. Pendaftaran : 01DRM11F2001
Tarikh : 6 OKTOBER 2013 ii

3. PENGHARGAAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam


Sejahtera Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya, dapat saya menamatkan
latihan industri selama empat (4) bulan lima belas (15) hari ini dengan jayanya di
Putrajaya Enterprise yang terletak di Bukit Beruang Melaka bermula pada 17 Jun
hingga 1 November 2013. Pada masa yang sama berjaya menyempurnakan laporan
latihan industri ini sepertimana yang telah ditetapkan bagi memenuhi syarat utama
penganugerahan Diploma Pengurusan Peruncitan. Pertama sekali saya ingin
merakamkan jutaan terima kasih kepada kedua ibubapa saya yang banyak memberi
dorongan dan nasihat sepanjang saya menjalani latihan industri ini. Di sini juga saya
ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada pihak pengurusan latihan industri Politeknik Premier Ungku Omar khususnya
pihak Jabatan Perdagangan dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan pelajar.
Sejuta penghargaan juga kepada pengurus stesen iaitu Puan Halimaton Binti Majid
dan juga penyelia stesen, Puan Habibah Binti Kamis yang begitu mengambil berat
tentang perkembangan saya sepanjang saya menjalani latihan di stesen tersebut. Tidak
lupa juga kepada seluruh kakitangan syarikat ini yang banyak memberi tunjuk ajar
kepada saya tentang perjalanan operasi stesen yang selama ini kurang saya ketahui. Ia
banyak mengajar saya tentang betapa pentingnya perhubungan di dalam kumpulan
ketika menjalankan tugas dengan wujudnya semangat berkumpulan. iii

4. Segala latihan yang saya peroleh mungkin tidak dapat saya kutip tanpa kerjasama
yang baik daripada seluruh kakitangan. Terima kasih kepada semua warga kerja Stesen
Minyak Putrajaya Enterprise kerana sanggup meluangkan masa untuk memberi tunjuk
ajar walaupun sibuk menjalankan tugas harian. Ucapan terima kasih sekali lagi kepada
Puan Habibah Binti Kamis selaku penyelia stesen serta Puan Norah Binti Hassan
selaku penyelia 2. Segala nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh semua
warga kerja syarikat ini akan saya jadikan pedoman dan manfaatkan sebaik mungkin.
Semoga segala ilmu diberkati Allah hendaknya. Beribu kemaafan turut saya pohonkan
sekiranya terdapat kesilapan sepanjang latihan saya di sini. Akhir sekali kemaafan
diminta kepada rakan seperjuangan yang bersama-sama dengan saya menjalani latihan
industri di sini iaitu Mohamad Long Lufti Bin Sabri yang banyak memberi kerjasama
dan perbincangan sepanjang kami berada di sini. Walaupun banyak dugaan dan getir
yang kami tempuhi, akhirnya kami selamat juga menghabiskan latihan kami. Sekian,
Wassalam. iv

5. ABSTRAK Laporan ini menerangkan tentang aktiviti yang saya lakukan sepanjang
saya menjalani latihan industri selama empat bulan (4) bulan lima belas (15) hari di
Putrajaya Enterprise. Syarikat ini menjalankan operasi menjual petrol jenama Petronas
jenis Primax 95 dan Diesel. Ia juga merupakan peruncit di bawah jenama Mesra dan
menjual pelbagai barang keperluan harian masyarakat sekeliling. Di dalam laporan ini
menerangkan secara terperinci mengenai latarbelakang syarikat, pengurusan inventori
(inventory management), pengurusan stor (store management), dan sistem informasi
(information system) syarikat, dan juga aktiviti yang dilakukan sepanjang tempoh
latihan, masalah-masalah dihadapi serta komen dan cadangan membina untuk pihak
organisasi dan pihak politeknik sendiri. Semoga setiap maklumat yang diterangkan
akan memuaskan hati pembaca sekaligus dapat memberi manfaat kepada diri saya dan
pihak organisasi itu sendiri. Di samping itu juga, ia dapat memberikan saya panduan
dan kekuatan dalam menghadapi segala permasalahan yang bakal saya tempuhi ketika
saya berada di alam pekerjaan nanti. Insya Allah. v

6. SENARAI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKASURAT Halaman Judul


Perakuan Penghargaan Abstrak Senarai Kandungan Senarai Rajah Senarai Jadual
Senarai Lampiran i ii iii v vi vi vii BAB 1 PENGENALAN DAN LATAR
BELAKANG ORGANISASI 1.1 PENGENALAN 1.1.1 Pendahuluan 1.1.2 Objektif
Latihan Industri 1.1.3 Kepentingan Latihan Industri 1.1.4 Objektif Laporan Latihan
Industri 1.1.5 Skop Latihan Industri 1.2 LATAR BELAKANG ORGANISASI 1.2.1
Profil Organisasi 1.2.2 Objektif Organisasi 1.2.3 Fungsi Organisasi 1.2.4
Strategi/Matlamat/Visi/Misi 1.2.5 Carta Organisasi vi 1 2 2 3 4 8 9 10 10 11

7. BAB 2 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI 1.3 PERKERANIAN


DAN OPERASI 3.1 Pendahuluan 3.2 Perkhidmatan Pelanggan 3.3 Perkhidmatan
Perjawatan 3.4 Pengurusan Sumber Manusia 3.5 Kesimpulan 1.4 PENGURUSAN
REKOD KEWANGAN DAN PERAKAUNAN 4.1 Pendahuluan 4.2 Dokumen
Sumber 4.3 Penyediaan Laporan Kewangan 4.4 Isu-isu Perakaunan 4.5 Kesimpulan
1.5 AUDIT DAN PERCUKAIAN 5.1 Pendahuluan 5.2 Sistem Pengauditan
Berkomputer 5.3 Sistem Percukaian Berjadual 5.4 Kesimpulan 1.6 KESIMPULAN
DAN CADANGAN 13 14 15 16 17 19 20 21 22 23 25 26 27 28 vii

8. BAB 1 PENGENALAN DAN LATARBELAKANG ORGANISASI

9. 1.1 Pengenalan 1.1.1 Pendahuluan Latihan industri merupakan salah satu syarat
wajib yang perlu dilalui oleh setiap pelajar Politeknik seluruh Malaysia sebelum
diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik KPTM. Tempoh Latihan
Industri Politeknik adalah selama satu semester (20 minggu). Sepanjang tempoh
tersebut para pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan serta pengalaman dan
kemahiran daripada pelbagai bentuk kerja yang dilakukan. Para pelajar juga dapat
mengaplikasikan segala teori yang telah dipelajari kepada bentuk praktikal. Di
samping itu, ia bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaitkan
teori-teori yang dipelajari semasa berada di Politeknik dengan cara kerja yang sebenar.
Ia juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi di samping menyemai
semangat kerja dengan produktif dan perhubungan yang baik sesama pekerja. 1

10. 1.1.2 Objektif Latihan Industri Objektif latihan industri adalah seperti berikut: a)
Keberkesanan komunikasi Komunikasi yang berkesan dapat dipupuk semasa
menjalani latihan industri. Komunikasi dua hala yang berlaku bukan sahaja antara
pelajar dengan pekerja tetapi dari pelbagai pihak iaitu antara pelajar dengan majikan,
pelanggan, pembekal, dan pihak lain. Pelajar perlu bersedia menghadapi pelbagai
situasi dan berkomunikasi dengan baik supaya maklumat yang tepat dapat
disampaikan dan diterima dengan jelas. b) Mengamalkan etika dan peraturan kerja
yang baik Setiap organisasi mempunyai etika dan peraturan. Pelajar harus
melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna dan mengikut masa yang telah
ditetapkan berdasarkan peraturan kerja yang telah ditetapkan. Pelajar mestilah
bersedia menerima arahan dari semasa ke semasa. c) Memberi pendedahan kepada
alam pekerjaan Melalui latihan industri, para pelajar secara tidak langsung dapat
merasai dan memahami situasi alam pekerjaan yang sebenar. Pelbagai pengalaman
dapat ditimba untuk manfaat pekerjaan di masa hadapan. 2

11. d) Membina personaliti individu Latihan industri dapat membina keyakinan diri
pelajar. Pelbagai situasi dan ragam manusia perlu dihadapi dan skopnya adalah lebih
luas jika dibandingkan ketika sesi pembelajaran di dalam kelas. Sedikit sebanyak pola
pemikiran pelajar dapat digubal dan perasaan malu untuk berkomunikasi dengan
masyarakat dapat di atasi, secara tidak langsung dapat membina personaliti individu
yang berjaya. e) Menghasilkan laporan Latihan Industri Penyediaan laporan latihan
industri ini dapat melatih pelajar menulis laporan teknikal yang lengkap dan teratur. 3

12. 1.1.3 Kepentingan Latihan Industri Latihan industri adalah bertujuan memberikan
peluang kepada para pelajar untuk lebih memahami alam pekerjaan yang sebenar.
Pelajar diberi peluang untuk mempraktikkan ilmu yang diperoleh semasa sesi
pembelajaran iaitu teori kepada praktikal. Teori dan praktikal merupakan dua perkara
yang sama penting untuk diadaptasi. Para pelajar dapat berfikir diluar kotak pemikiran
bahawa teori tidak semestinya sama dengan praktikal, dengan kata lain apa yang kita
pelajari tidak semestinya sama dengan situasi sebenar. Antara kepentingan latihan
industri adalah: a) Pelajar dapat mempraktikkan suasana kerja yang sebenar. b) Pelajar
dapat mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam industri. c) Dapat
mengetahui masalah-masalah yang timbul dan cara penyelesaian. d) Dapat
menambahkan lagi pengalaman dalam bidang yang diceburi. e) Dapat memperluaskan
pergaulan dengan pekerja di organisasi. 4

13. 1.1.4 Objektif Laporan Latihan Industri Objektif laporan latihan industri adalah: a)
Bukti kepada latihan yang diikuti Setiap gerak kerja yang dilakukan oleh pelajar

direkodkan dalam buku laporan harian sebagai bukti bagi latihan yang diikuti. Dengan
terhasilnya laporan ini, pihak Politeknik dapat membuat penilaian terhadap pelajar
berdasarkan kefahaman dan prestasi pelajar sepanjang tempoh latihan. b)
Mendokumenkan aktiviti-aktiviti sepanjang latihan Laporan latihan industri perlu
disediakan oleh pelajar sebagai satu cara mendokumentasikan gerak kerja dan aktiviti
sepanjang tempoh latihan. Pengalaman serta pengetahuan baru dapat dijana melalui
laporan yang dibuat oleh pelajar. c) Laporan yang berguna di masa hadapan
Pengalaman adalah satu syarat utama yang dipertimbangkan oleh sesebuah organisasi
dalam mencari pekerja. Perakuan daripada pihak organisasi semasa latihan industri
boleh dijadikan bukti pelajar tersebut mempunyai pengalaman dalam bidang yang
diceburi. 5

14. 1.1.5 Skop Kerja Latihan Industri Jadual 1.1.5 menunjukkan skop kerja yang
dilaksanakan sepanjang tempoh latihan industri. Bil Tugas/ Latihan 1. Membantu
pengurusan runcit syarikat / 2. Mempelajari kemahiran hubungan pelanggan
( customer relationship) dan menanggani aduan pelanggan ( handling customer
complaint) / 3. Membantu dalam urusan pesanan dan jualbeli (retail buying) / 4.
Mempelajari teknik perletakan harga / 5. / 6. Menggunakan EPOS System / 7.
Pembinaan dan pengurusan Laman Web 8. ada dan membuat penambahbaikan / 9.
Membantu usaha promosi / 10. Mempelajari dan mengeluarkan laporan berkala
kewangan / 11. Membantu penyusunan dan pengiraan SKU (Stock Keeping Unit) / 6

15. 1.2 Latar Belakang Organisasi 1.2.1 Profil dan Objektif Penubuhan mula
diperkenalkan pada tahun 1996 di stesen Petronas terpilih untuk menyediakan
kemudahan satu pusat sehenti kepada pengguna. Kini dengan lebih 600 cawangan di
seluruh negara, Mesra adalah rangkaian paling banyak kedai serbaneka-petrol
menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan seperti perbankan & ATM,
perkhidmatan POS, e-tiket, e-pay, Touch n Go, Makanan Segera dengan Drive Thru
dan pasar raya. Stesen Petronas Putrajaya Enterprise yang telah ditubuhkan pada tahun
1970-an lagi telah menyahut cabaran ini untuk memperluaskan lagi perniagaan mereka
dengan membuka kedai serbaneka Mesra. Pembangunan yang pesat di kawasan
sekeliling stesen pada waktu itu menyebabkan banyak permintaan dari pengguna dan
perniagaan menjadi semakin maju sehingga kini. Stesen Petronas Putrajaya Enterprise
boleh dikategorikan sebagai stesen-dalam- taman kerana kedudukannya yang berada
di antara taman-taman perumahan di Bukit Beruang, Melaka. Tambahan pula terdapat
banyak institusi yang berhampiran seperti Multimedia Universiti ( MMU ), Kolej
Komuniti Bukit Beruang, dan juga kolej kediaman pelajar Universiti Teknikal Melaka
Malaysia ( UTEM ) menjadikan stesen ini mendapat permintaan yang sangat banyak
sama ada untuk Petrol, Diesel mahupun barang keperluan harian. 7

16. 1.2.2 Fungsi Organisasi 1. Membawa jenama di Malaysia yang mempunyai lebih
daripada 600 kedai. 2. Penerimaan Kad Mesra ( program kesetiaan pengguna
Petronas ). 3. Menguatkan kerjasama yang antara rakan kongsi perniagaan. 4.
Menjalankan program latihan yang komprehensif dan sokongan untuk pengusaha yang
dilantik 5. Kelayakan untuk mengambil bahagian dalam apa-apa promosi yang
dijalankan oleh syarikat induk, PDB ( Petronas Dagangan Berhad ) 6. Merupakan
pusat perkhidmatan pelanggan kepada Petronas 7. Penawaran pelbagai perkhidmatan
dari pelbagai produk-produk yang berjenama. Rajah 1.2.2 Antara fungsi kedai Mesra :
Penawaran pelbagai produk keperluan masyarakat. ( sumber :
www.mymesra.com.my ) 8

17. 1.2.3 Strategi Perniagaan Rajah 1.2.3 Kedudukan strategik perniagaan stesen
Petronas menurut pihak PDB 1. Lokasi - Boleh dilihat dari jauh. - Boleh diakses
dengan baik oleh pengguna - Lokasi yang berhampiran dengan pengguna sasaran Saiz premis yang bersesuaian 2. Trafik - Kadar aliran pengguna melalui kawasan
premis yang tinggi - Aliran keluar-masuk pengguna ke premis yang konsisten
minimum 8 jam sehari 9

18. 3. Demografi - Berada di kawasan berpenduduk ramai - Berada berhampiran


dengan penduduk yang berpendapatan tinggi - Mensasarkan keluarga yang
mempunyai ramai ahli muda dan sudah tamat belajar 4. Menjadi aktiviti setempat Menjadi tempat sasaran pengguna atau tumpuan pelancong - Kawasan sekeliling padat
dengan kediaman, pejabat dan pusat komersial 10

19. 1.2.4 Carta Organisasi Rajah 1.2.4 Carta organisasi Stesen Petronas Putrajaya
Enterprise 11 Puan Halimaton Binti Majid Pengurus / Pemilik Puan Norah Binti
Hassan Supervisor 2 Zuhairuddin Bin Mahmot PekerjaTetap Lim Kok Tam Pekerja
Tetap Omar Faruk Pekerja Tetap Puan Habibah Binti Kamis Supervisor 1

20. BAB 2 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI 12

21. Jadual 2.1 menunjukkan ringkasan aktiviti/kerja yang dilaksanakan sepanjang


tempoh latihan industri. Bil Tempoh Jun 2013 / Julai 2013 Aktiviti / Minggu 1 2 1
Pengenalan dan orientasi pekerja / 2 Penyusunan stor / / 3 Penggunaan PDT ( portable
data terminal ) receiving / 4 Juruwang pos sistem / 5 Khidmat pelanggan
( customer service ) 6 Menyusun stok mengikut planogram / / 7 Melabel sku ( stock
keeping unit ) mengikut planogram PI label 8 Melabel barang-barang return untuk
dipulangkan kepada pembekal 9 MyStation laman web rasmi kedai Mesra
keluarkan info terbaru 10 Membuat label subsidi minyak Primax 95 dan Diesel 11
Pengiraan stok ( stock take ) 12 Special Wednesday menerima kedatangan staf
Petronas terdekat 13 Menggunakan sistem pembayaran e- pay, BSN, dan Touchn Go

22. Bil Tempoh Julai 2013 / Ogos 2013 Aktiviti / Minggu 3 4 5 6 1 Pengenalan dan
orientasi pekerja 2 Penyusunan stor / / 3 Penggunaan PDT ( portable data terminal )
receiving / / 4 Juruwang pos sistem 5 Khidmat pelanggan ( customer service ) 6
Menyusun stok mengikut planogram / / / 7 Melabel sku ( stock keeping unit )
mengikut planogram PI label / / / / 8 Melabel barang-barang return untuk
dipulangkan kepada pembekal / 9 MyStation laman web rasmi Mesra Mart
keluarkan info terbaru / / 10 Membuat label subsidi minyak Primax 95 dan Diesel 11
Pengiraan stok ( stock take ) 12 Special Wednesday menerima kedatangan staf
Petronas terdekat 13 Menggunakan sistem pembayaran e-pay, BSN, dan Touchn Go
14

23. Bil Tempoh Julai 2013 / Ogos 2013 Aktiviti / Minggu 7 8 9 10 1 Pengenalan dan
orientasi pekerja 2 Penyusunan stor / / / 3 Penggunaan PDT ( portable data terminal )
receiving / / / / 4 Juruwang pos sistem / / 5 Khidmat pelanggan ( customer service )
/ / 6 Menyusun stok mengikut planogram / / / 7 Melabel sku ( stock keeping unit )
mengikut planogram PI label / 8 Melabel barang-barang return untuk dipulangkan
kepada pembekal / 9 MyStation laman web rasmi Mesra Mart keluarkan info
terbaru / 10 Membuat label subsidi minyak Primax 95 dan Diesel / 11 Pengiraan stok (

stock take ) 12 Special Wednesday menerima kedatangan staf Petronas terdekat 13


Menggunakan sistem pembayaran e-pay, BSN, dan Touchn Go / / 15

24. Bil Tempoh September 2013 Aktiviti / Minggu 11 12 13 14 15 1 Pengenalan dan


orientasi pekerja 2 Penyusunan stor 3 Penggunaan PDT ( portable data terminal )
receiving / 4 Juruwang pos sistem / / / / / 5 Khidmat pelanggan (customer service) /
/ / / / 6 Menyusun stok mengikut planogram / 7 Melabel sku ( stock keeping unit )
mengikut planogram PI label 8 Melabel barang-barang return untuk dipulangkan
kepada pembekal 9 MyStation laman web rasmi Mesra Mart keluarkan info
terbaru 10 Membuat label subsidi minyak Primax 95 dan Diesel 11 Pengiraan stok
( stock take ) 12 Special Wednesday menerima kedatangan staf Petronas terdekat
13 Menggunakan sistem pembayaran e- pay, BSN, dan Touchn Go / / / / / 16

25. Bil Tempoh Oktober 2013 / November 2013 Aktiviti / Minggu 16 17 18 19 20 1


Pengenalan dan orientasi pekerja 2 Penyusunan stor / / / / / 3 Penggunaan PDT
( portable data terminal ) receiving 4 Juruwang pos sistem / / / / / 5 Khidmat
pelanggan ( customer service ) / / / / / 6 Menyusun stok mengikut planogram / / / / / 7
Melabel sku ( stock keeping unit ) mengikut planogram PI label 8 Melabel barangbarang return untuk dipulangkan kepada pembekal 9 MyStation laman web rasmi
Mesra Mart keluarkan info terbaru 10 Membuat label subsidi minyak Primax 95 dan
Diesel 11 Pengiraan stok ( stock take ) 12 Special Wednesday menerima
kedatangan staf Petronas terdekat / / / / / 13 Menggunakan sistem pembayaran e- pay,
BSN, dan Touchn Go / / / / / 17

26. BAB 3 PENGURUSAN INVENTORI ( INVENTORY MANAGEMENT ) 18

27. 3.1 Pengenalan Pengurusan Inventori ialah proses di mana seseorang peruncit
memberi pilihan kuantiti yang betul, pada masa dan tempat yang betul, serta pada
barangan yang betul untuk mencapai matlamat kewangan syarikat. Peruncit perlu
sentiasa mengambil tahu barangan trend di kalangan pengguna, tetapi keupayaan
mengenalpasti trend pasaran ini hanyalah salah satu daripada skil-skil yang diperlukan
untuk mengawal inventori yang juga dikenali sebagai barangan atau SKU secara
efektif. Satu kemahiran yang lebih penting untuk ini adalah keupayaan untuk
menganalisis data jualan secara berterusan dan membuat penyelarasan yang sesuai
pada harga dan tahap inventori yang ingin di jual. Antara tujuan pengurusan inventori
adalah untuk menunjukkan tentang proses atau langkah apabila sampainya barangan
ke syarikat yang telah di tempah atau yang telah di order oleh penyelia atau
pengurus sebelumnya. Proses memilih inventori juga ada langkah-langkah yang perlu
dipatuhi dan sememangnya menjadi proses yang amat penting kepada perniagaan
peruncitan. Setiap cara menentukan stok yang hendak dibeli ada proses-proses yang
tersendiri supaya tidak tersilap dalam membuat keputusan kerana jika tersilap atau
tersalah order boleh mendatangkan kerugian kepada syarikat. Semua keputusan
pembelian berdasarkan dari penyelia atau pengurus sendiri yang menentukan
pembelian dengan pembekal berdasarkan beberapa aspek seperti target market dan
keperluan masyarakat sekeliling. 19

28. 3.2 Receiving ( Penerimaan ) Receiving adalah sesuatu proses apabila penyelia
atau pengurus syarikat membuat tempahan daripada pembekal dan proses penerimaan
hanya selesai apabila pembekal menghantar seluruh inventori yang telah ditempah. Di

stesen petronas Putrajaya Enterprise, tempat penerimaan adalah di dalam stesen


sendiri kerana kawasan perniagaan yang terhad. Walaubagaimanapun, keadaan ini
agak mengganggu lebih-lebih lagi kepada pengguna yang datang kerana inventori
yang datang kebanyakannya sampai dalam jumlah yang banyak dan tidak dapat
dimuatkan kesemuanya dalam stor. Rajah 3.2.1 Stok air yang baru dihantar diletakkan
berdekatan tempat minyak hitam dijual 20

29. Antara dokumen yang di perlukan semasa proses penerimaan inventori adalah
seperti delivery order, purchase order, invoice dan receiving book. Pihak stesen
selalunya akan membuat perjanjian dengan pembekal bilakah tarikh dan masa
inventori akan dihantar. Ini penting untuk mengelakkan daripada berlakunya
penerimaan inventori serentak daripada banyak pembekal dan ini akan lebih
menyukarkan proses penerimaan inventori dan pekerja-pekerja stesen akan lebih
bersedia apabila inventori tiba. Rajah 3.2.2 Contoh invois daripada pembekal 21

30. Rajah 3.2.3 Contoh Purchase Order Rajah 3.2.4 Contoh Receiving yang telah
direkodkan ke dalam sistem 22

31. 3.3 Checking ( Pemeriksaan Inventori ) Checking adalah perkara yang biasa
dilakukan selepas penerimaan inventori daripada pembekal. Selalunya tempat berlaku
proses checking adalah sama dengan tempat di mana tempat penerimaan inventori
tersebut. Di dalam proses ini memerlukan pekerja untuk memeriksa inventori yang
dihantar sama dengan senarai inventori di dalam invois. Proses checking : 1.
Memeriksa dokumen delivery order ataupun invois daripada pembekal. 2. Membuka
kotak dan perlu memeriksa semua inventori yang telah dihantar dalam keadaan yang
baik dan elok. 3. Mengasingkan inventori tersebut kepada saiz, warna, jenama, jenis
dan lain-lain. 4. Pemeriksaan kuantiti inventori yang dihantar sama dengan jumlah
yang telah di order dan sama di dalam delivery order. 5. Pemeriksaan kualiti
inventori yang dihantar sama ada dalam keadaan yang baik dan boleh dipasarkan. 6.
Setelah selesai dengan semua proses di atas delivery order tersebut perlu di di cop
dengan cop syarikat dan ditandatangani. 23

32. 3.3.1 Pemeriksaan Kuantiti Penting untuk peruncit melakukan pemeriksaan


kuantiti. Ini untuk memastikan bahawa inventori yang dihantar oleh pembekal adalah
jumlah yang betul seperti ditempah. Pemeriksaan ini bagi mengelakkan daripada pihak
syarikat ditipu oleh pembekal. Selain itu, perlu juga untuk memeriksa jenis, warna,
jenama dan sebagainya. Dengan demikian, syarikat dapat mengesan inventori yang
telah rosak atau tidak boleh dipasarkan lagi. Inventori tersebut boleh dipulangkan
semula kepada pembekal. Terdapat beberapa proses dalam pemeriksaan iaitu : Proses
pemeriksaan : 1. Pemeriksaan mesti mengira kuantiti setiap satu inventori yang sampai
dan mestilah sama dengan jumlah yang ditempah dan sama dengan delivery order 2.
Mengira kuantiti dan jumlahnya adalah betul dan ditandakan pada bahagian tepi
dokumen tersebut. 3. Mengulangi perkara yang sama di atas ( double check ) dan
setelah selesai invois dan delivery order ditandatangani. 4. Jika berlaku kesilapan
semasa pemeriksaan kuantiti seperti jumlah kuantiti tidak betul, tersalah warna atau
jenis dan sebagainya pemulangan boleh dilakukan. 24

33. 3.3.2 Pemulangan Inventori ( Return ) Di dalam proses urus niaga pemulangan
inventori adalah perkara biasa yang selalu berlaku di antara peruncit dan pembekal.

Dengan itu, pihak pengurusan kedai Mesra Petronas turut sama terlibat dalam proses
ini di mana ada juga inventori yang telah di tempah oleh penyelia atau pengurus
dipulangkan semula kepada pembekal atas beberapa sebab. Di antaranya ialah tersalah
jenis, jenama, saiz, inventori yang telah rosak dan tidak boleh di pasarkan lagi dan
banyak lagi sebab berlakunya pemulangan inventori kepada pembekal. Semua ini
berlaku kerana ada perjanjian di antara peruncit dengan pembekal itu sendiri. Syaratsyarat di dalam perjanjian tersebut mestilah di persetujui oleh kedua-dua belah pihak
yang berurus niaga. 25

34. Proses pemulangan inventori : 1. Semua maklumat tentang inventori akan


dimasukkan dalam sistem. 2. Penyelia atau pengurus mestilah membuat catatan
didalam return form. 3. Masukkan semua maklumat yang hendak dipulangkan
termasuklah nombor siri inventori tersebut di dalam return form. 4. Nyatakan sebab
kenapa memulangkan inventori tersebut kepada pembekal. 5. Tandatangan dan tarikh
ditulis pada return form dan dibuat hanya oleh penyelia atau pengurus. 6. Inventori
tersebut akan dipulangkan, kemudian ianya boleh disimpan di bahagian tepi di dalam
stor. 7. Apabila pembekal datang return form tersebut harus disahkan. 8. Salinan
return form yang original di serahkan kepada pembekal. 9. Terdapat sesetengah
pembekal meminta kepada peruncit untuk email sahaja return form tersebut kepada
mereka. 26

35. 3.4 Marking / Price Marking atau Price adalah sesuatu tanda harga yang di
letakkan pada inventori yang diniagakan. Kerajaan juga telah mengarahkan semua
perniagaan tidak kira apa jenis perniagaan seharusnya mempunyai tanda harga. Tetapi
tidak semua jenis inventori perlu untuk diletakkan tanda harga, contohnya inventori
yang boleh di scan. Tanda harga diletakkan pada atas atau bawah inventori atau
tempat yang berdekatan dengan inventori untuk memudahkan pengguna mengetahui
harga inventori tersebut. Walaubagaimanapun, kebiasaannya hanya pasar raya
meletakkan tanda harga seperti itu kerana kebanyakan pasar raya mempunyai mesin
scan harga khas manakala di kedai runcit biasa tidak mempunyai mesin tersebut dan
mereka perlu meletakkan harga pada setiap inventori yang di jual kerana peruncit tidak
mampu mengingati semua jenis harga inventori yang mereka jual kerana banyaknya
SKU ( stock keeping unit ) yang dijual. Peletakan harga adalah sangat penting kepada
sesuatu perniagaan kerana pengguna akan membandingkan harga barangan di semua
premis kedai yang mereka lawati dan penting untuk peruncit meletakkan harga yang
berpatutan pada setiap inventori yang di jual. 27

36. Rajah 3.4.1 Mesin scanner yang terdapat di Stesen Putrajaya Enterprise
Pengguna pada masa kini amat mementingkan soal halal terutama sekali bagi
pengguna yang beragama islam. Oleh itu, perniagaan seharusnya mempunyai sijil
halal yang telah disahkan oleh pihak JAKIM. Sebagai contohnya barang yang
memerlukan pengesahan daripada JAKIM adalah seperti makanan ringan dan
seumpamanya yang seperti itu yang memerlukan pengesahan JAKIM dan pihak kedai
Mesra amat mementingkan perkara ini. Peletakan harga yang betul amat penting
kerana terdapat sesetengah pengguna yang tidak boleh menerima keadaan di mana
harga pada tanda harga berlainan daripada harga sebenar apabila tiba di kaunter
pembayaran untuk membayar. Terdapat kes lain yang mana pengguna meminta untuk
diberikan mana-mana harga yang lebih murah atas kesalahan tersebut. Perkara ini akan
merugikan peruncit dan wajar di ambil perhatian yang serius. 28

37. Pihak stesen tidak melakukan marking or price di tempat penerimaan atau
checking kerana tempat tersebut adalah tidak sesuai. Mereka melakukannya di
kawasan dimana barang itu disusun untuk dipasarkan kepada pengguna. Peralatan
yang mereka gunakan adalah barcode label dan price tag gun. Mereka mengunakan
dokumen seperti invois untuk menentukan harga semasa melakukan proses ini kerana
lebih mudah menentukan harga untuk mendapat keuntungan untuk perniagaan mereka.
Rajah 3.4.2 Price Tag Gun 29

38. Rajah 3.4.3 Barcode Label Untuk memudahkan proses ini dijalankan, tanda
harga perlu diletakkan pada tempat yang membolehkan pengguna untuk melihatnya.
Perlu juga dipastikan inventori tidak rosak ketika meletakkan tanda harga atau
menukarkannya. Pastikan juga maklumat penting yang harus diketahui oleh pengguna
tentang inventori tersebut seperti jenama, jenis dan saiz tidak tertutup oleh tanda harga
tersebut. Seterusnya perlu dipastikan bahawa tanda harga yang diletakkan perlu sama
dengan harga sebenar apabila di scan. 30

39. 3.5 Stock Control ( Kawalan Stok ) Kawalan stok adalah perkara yang penting
bagi untuk mengelakkan daripada berlakunya kerugian daripada berlaku kepada
perniagaan. Oleh itu peruncit perlu sentiasa membuat keputusan yang betul dalam
proses ini kerana ia akan menentukan keuntungan atau kerugian kepada perniagaan.
Di dalam pengawalan stok ada dua jenis kategori iaitu merchandise decision dan
merchandise buying. Merchandise decision berkait rapat dengan keputusan yang di
buat sebelum membeli inventori. Terdapat lima sebab kenapa keputusan perlu dibuat
semasa membuat pilihan membeli inventori iaitu jumlah kuantiti, jenis inventori yang
perlu dibeli, harga yang berpatutan, serta masa dan tempat yang betul untuk
kesesuaian penjualan inventori tersebut mengikut kawasan persekitaran. Di dalam
merchandise decision memerlukan peruncit untuk mengambil kira beberapa perkara
seperti perubahan trend pengguna mengikut zaman yang cepat. Sebagai peruncit,
mereka juga seharusnya peka untuk selari dengan perubahan tersebut kerana pengguna
kerap mengikut perubahan zaman pada masa kini. Selain itu juga, peruncit perlu
merancang dengan teliti dalam proses ini. Mereka perlu tahu tentang nilai inventori
tersebut mengikut bajet masing-masing sebelum membuat keputusan untuk
membelinya. 31

40. Merchandise buying pula adalah pembelian barang dari pembekal. Berikut
merupakan tujuh proses yang perlu di ikuti : Survey maklumat tentang jualan
inventori tersebut dan sambutan yang diberikan oleh pengguna Analisis inventori
tersebut Merancang dari jenis jenama, kualiti barang untuk tujuan pemasaran
Rundingan harga dengan pembekal Penerimaan dari pembekal Promosi inventori
tersebut kepada pengguna Membuat penganalisisan untuk re- order seterusnya Rajah
3.5.1 Proses Merchandise Buying 32

41. 3.6 Storage Storage atau stor adalah tempat penyimpanan inventori. Tidak
semua inventori dapat di display di gondola, maka dengan itu ruang stor yang
mencukupi penting bagi memudahkan peruncit menyimpan lebihan inventori supaya
inventori dalam keadaan yang lebih selamat dan terjaga. Keadaan inventori
bergantung pada keadaan storage sendiri. Ini kerana jika keadaan stor yang tidak
teratur boleh menjadi punca inventori menjadi rosak seterusnya tidak boleh dijual dan
kerugian yang amat besar akan dialami daripada kerosakan inventori tersebut. Maka

dengan itu, penjagaan di stor adalah sangat penting. Rajah 3.6.1 Keadaan stor di stesen
pada bulan pertama menjalani latihan industri. 33

42. Stor sepatutnya berada berdekatan dengan tempat dimana berlaku proses penjualan
bagi memudahkan peruncit untuk mencari inventori tersebut. Susun atur premis juga
seharusnya menjadikan lebih mudah untuk re-stock di gondola. Stor juga penting
untuk bagi mengelakkan inventori daripada dicuri. Peruncit perlu mengunakan semua
ruangan yang ada dengan sebaik yang mungkin. Gunakan ruangan tersebut seluas
yang mungkin walaupun akan sampai ke siling lebih-lebih lagi untuk premis yang
agak kecil. Ini penting untuk memudahkan kerja penyusunan inventori apabila sampai
dan ruangan yang ada membolehkan laluan untuk troli membawa inventori masuk dan
juga ketika membawanya keluar. Dalam proses ini cara yang paling sesuai bagi
mengelakkan daripada inventori rosak adalah apabila barang baru sampai di letakkan
di belakang inventori lama (first in first out ). Perkara ini adalah kerana sesuatu
inventori mempunyai tempoh luput sendiri. Maka dengan itu, inventori yang lama
perlu dikeluarkan terlebih dahulu. Inventori yang disimpan perlu sentiasa dalam
keadaan yang yang baik, selamat dan tidak terdedah kepada sebarang kerosakan atau
makhluk perosak. 34

43. 3.7 Komen Dan Cadangan Pada dasarnya, seluruh sistem pengurusan kedai Mesra
stesen Petronas Putrajaya Enterprise adalah bagus. Akan tetapi, terdapat beberapa
keadaan di mana, pada pandangan saya masih boleh diperbaiki lagi. Antaranya ialah
tempat peletakan inventori-inventori yang dihantar oleh pembekal. Saya amati
seringkali berlaku keadaan di mana, apabila pembekal menghantar tempahan, mereka
terpinga-pinga untuk meletakkan inventori tersebut kerana stesen tidak mempunyai
tempat khusus untuk pembekal. Lebih-lebih lagi dengan keadaan pekerja yang tidak
cukup untuk menguruskan mereka. Maka terjadilah keadaan seperti yang ditunjukkan
pada rajah 3.2.1 di atas. Pada hemat saya, jika pengurus stesen boleh menyediakan
satu tempat khusus untuk pekerja menguruskan stok baru tiba, keadaan ini mungkin
boleh diperbetulkan. Seterusnya, pihak atasan atau HR untuk kedai Mesra iaitu pihak
DKSH Holdings sering membuat pemeriksaan mengejut tentang perkembangan
pengurusan kedai Mesra. Keadaan ini tidak dinafikan bagus untuk stesen. Tetapi,
teguran yang diberi selalunya tidak disertakan dengan cara untuk membetulkan
kesalahan tersebut. Pihak stesen dibiarkan untuk menjadi kreatif untuk
menyelesaikan masalah tersebut sendiri sebelum tiba lawatan berikutnya. Keadaan ini
agak menekan pekerja dan penyelia stesen kerana perlu sentiasa memunggah semula
inventori di gondola dan chiller apabila planogram ditukar, menukar barcode label
sedia ada dan pelbagai lagi keadaan yang kadangkala dianggap remeh terutama
dengan keadaan stesen yang sentiasa sibuk apabila waktu puncak dan pekerja yang
kurang. Diharapkan pihak terbabit mempunyai sistem pengurusan yang lebih kukuh
untuk membuat keputusan tepat dan memahami keadaan pihak stesen petronas. 35

44. 3.8 Kesimpulan Secara keseluruhannya, saya tidak mempunyai banyak masalah
dalam menguruskan inventori di kedai Mesra ini kerana SKU di sini tidak sebanyak di
pasar raya dan saya masih boleh untuk mengenalpasti setiap inventori yang dijual di
stesen ini. 36

45. BAB 4 PENGURUSAN ORGANISASI ( ORGANISATION MANAGEMENT )


37

46. 4.1 Pengenalan Sesebuah organisasi yang diuruskan dengan professional dan baik
mempunyai proses-proses yang tersendiri serta mempunyai ruang di mana, di
dalamnya boleh dijalankan urusan penerimaan inventori, serta boleh menyimpan
inventori tersebut selagimana ianya tidak diperlukan atau ingin dibeli oleh pengguna
seterusnya mengeluarkan inventori tersebut untuk kegunaan pengguna. Rajah 4.1.1
Antara kepentingan organisasi juga dikenali sebagai premis untuk peruncit Objektif
pelaksanaan proses ini adalah untuk memastikan inventori yang betul dapat disediakan
untuk kegunaan pengguna pada masa ia diperlukan dalam keadaan yang terbaik secara
berkesan dan ekonomi. 3

47. 4.2 Tanggungjawab Pengurus Organisasi Pengurus organisasi adalah orang yang
bertanggungjawab bagi keseluruhan pengurusan premis dan pekerja-pekerja yang
bekerja di dalamnya. Pengurus memainkan peranan dalam menjaga operasi umum
premis, memastikan ia berjalan dengan lancar, bersih dan memenuhi mana-mana bajet
atau matlamat jualan. Seorang pengurus organisasi akan merancang dan
menggalakkan jadual harian pekerja dan perniagaan, temuduga, sewa, menyelaras dan
memantau disiplin pekerja, memastikan gondola di premis dipenuhi, bersih dan dalam
keadaan yang betul, mencipta dan mengekalkan bajet, dan menyelaras dan melaporkan
kepada pengurusan kanan dalam syarikat tersebut. Peranan Apa yang perlu dilakukan
Contoh aktiviti 1. Simbol Mewakili organisasi dalam hal-hal berkaitan perundangan,
sosial, upacara dan aktiviti- ativiti simbolik 1. Menandatangani dokumen rasmi
(borang tuntutan, baucar,kontrak dll) 2. Meraikan tetamu atau pelanggan sebagai wakil
rasmi organisasi 3. Menyampaikan anugerah dalam majlis 39

48. 2. Pemimpin Melaksanakan fungsi pengurusan untuk memastikan organisasi


beroperasi dengan berkesan 1. Pengambilan kakitangan dan latihan 2. Memberi arahan
dan "coaching" 3. Membuat penilaian prestasi 3. Pegawai Perhubungan Peranan ini
dilakukan bila pemimpin berinteraksi dengan orang di luar unit atau luar organisasi
yang sama. Ini termasuklah mewujudkan penjaringan dengan tujuan membangunkan
hubungan, mendapatkan maklumat dan "favour" 1. Menganggotai satu jawatankuasa
yang turut dianggotai oleh ahli dari unit-unit lain 2. Menghadiri mesyuarat atau
perjumpaan pertubuhan profesional 3. Menghubungi orang lain untuk mengekalkan
hubungan 4. Jurucakap Memberi atau menyampaikan maklumat pada orang di luar
unit (lembaga pengarah, pemilik dan pengurusnya) atau di luar organisasi (pelanggan,
pembekal) 1. Berbincang dengan ketua mengenai prestasi dan pegawai kewangan
mengenai bajet. 2. Menjawab surat-surat 3. Menghantar laporan pada badan-badan
kerajaan 40

49. 5. Pemantau Peranan ini dimainkan bila seorang pemimpin mengumpul maklumat.
Kebanyakan maklumat akan dianalisis untuk mengesan masalah dan peluang, juga
untuk memahami peristiwa yang berlaku diluar unit. Ada juga maklumat yang akan
disebarkan pada orang lain dalam unit dan organisasi. 1. Membaca memo, laporan,
penerbitan yang berkait dengan profesion, suratkhabar dll. 2. Bercakap/berbual dengan
orang lain, menghadiri mesyuarat di dalam dan di luar organisasi 3. Melakukan
pemerhatian (melawat kedai pesaing untuk membandingkan produk, harga dan proses
perniagaan) 6. Penyebar Maklumat Menghantar maklumat kepada ahli sesuatu unit.
Pengurus mendapat maklumat yang tidak diperolehi oleh orang lain. Ada maklumat
dari pengurusan atasan yang perlu disebarkan dalam bentuk asal atau yang telah di
susun semula dan disampaikan dalam bentuk verbal 1. Secara lisan dalam mesyuarat,
perbincangan secara bersemuka (satu sama satu) 2. E-mail atau mel biasa 41

50. 7. Usahawan Pemimpin memainkan peranan ini bila mereka melakukan inovasi
dan memulakan penambahbaikan (improvements) 1. Membangunkan atau
menambahbaikkan produk atau perkhidmatan 2. Membangunkan cara baru memproses
produk atau perkhidmatan 3. Membeli peralatan (equiptments) yang baru 8.
Pengendali Kekacauan Pemimpin melaksanakan peranan ini bila mereka mengambil
tindakan pembetulan semasa krisis atau konflik. Tidak seperti sesuatu yang dirancang
oleh seorang usahawan, pengendali kekacauan bertindak balas keatas sesuatu yang
tidak dijangka yang menimbulkan masalah. Pemimpin selalunya memberi prioriti
kepada peranan ini mengatasi peranan-peranan yang lain 1. Mogok atau tunjuk
perasaan 2. Kerosakan ke atas mesin/peralatan yang sangat penting 3. Bahan yang
dikehendaki lewat tiba 4. Jadual yang sangat ketat yang perlu di ikuti 42

51. 9. Pembahagi Sumber Pemimpin melaksanakan tugas ini bila mereka membuat
penjadualan, memohon kebenaran untk memberi autoriti, melakukan aktiviti yang
berkaitan dengan bajet 1. Memutuskan apa yang perlu dilakukan sekarang atau
sebaliknya 2. Memutuskan apa yang tidak perlu dilakukan 3. Menentukan prioriti 4.
Menentukan siapa yang akan diberi kerja lebih masa 5. Menentukan siapa yang
mendapat kenaikan gaji berasaskan merit 10. Perunding Pemimpin melaksanakan
tugas ini bila mereka mewakili unit/organisasi dalam transaksi rutin dan bukan rutin
yang tidak melibatkan perkara- perkara yang telah ditentukan. Mereka perlu mencuba
untuk mendapatkan yang terbaik sama ada sumber atau apa saja yang dikehendaki 1.
Pakej faedah dan gaji untuk kakitangan baru 2. Kontrak yang melibatkan persatuan
sekerja 3. Kontrak dengan pelanggan (jualan) atau dengan pembekal (pembelian)
Rajah 4.2.1 10 peranan pengurus 43

52. 4.3 Customer Service ( Khidmat Pelanggan ) APABILA disebut perkataan


perkhidmatan pelanggan, apa yang cepat dibayangkan oleh kebanyakan dari kita
ialah dari dua perspektif yang bertentangan mengenainya. Sebagai contoh; - kita
mungkin membayangkan beberapa situasi yang menyenangkan, seperti kita dialualukan dengan senyuman berserta ucapan selamat datang dan sebagainya apabila
memasuki mana-mana premis perniagaan; atau kita dilayan dengan baik apabila
berurusan dengan staf premis tersebut. Kemudian apabila hendak berlalu kita diiring
pula dengan ucapan terima kasih, sila datang lagi dan seumpamanya. Atau, - kita
mungkin membayangkan beberapa situasi yang tidak wajar seperti apabila kita
memasuki dan duduk di meja kedai makan, pelayan lambat datang untuk mengambil
order (lebih malang kalau terlepas pandang, tiada langsung yang datang bertanya) atau
bila berurusan di pejabat awam, kita tidak di hiraukan hingga merugikan masa atau
langsung tidak mencapai matlamat kita. Persepsi kita tentang perkhidmatan pelanggan
biasanya berasaskan kepada pengalaman sendiri, diberitahu orang atau membaca
tentangnya. 44

53. Rajah 4.3.1 Kaunter bayaran di stesen Putrajaya Enterprise menjadi lokasi
terpenting untuk aktiviti khidmat pelanggan dijalankan. Apakah perkhidmatan
pelanggan? Kesemua situasi seperti contoh di atas adalah berkenaan perkhidmatan
pelanggan. Namun itu hanyalah sebahagian sahaja, iaitu dalam kategori layanan
kepada pengguna. Perkhidmatan pelanggan sebenarnya merangkumi tindakantindakan dalam skop yang lebih luas yang perlu dipastikan perlaksanaannya oleh
peruncit. 45

54. Secara umum, perkhidmatan pelanggan ialah kebolehan organisasi dalam


penyampaian produknya kepada pengguna. Kebanyakan organisasi formal mempunyai
Piagam Pelanggan masing-masing, yang menjanjikan komitmen dari aspek kualiti
perkhidmatan bagi skop produk yang ditawarkan . Dalam kontek perniagaan,
perkhidmatan pelanggan perlu dilihat dari sudut yang lebih kritikal. Di sini,
perkhidmatan pelanggan merupakan keupayaan dan komitmen peruncit dalam
menyempurnakan penyampaian produk dengan memenuhi keperluan dan kehendak
pelanggannya melebihi daripada tahap yang mereka harapkan, serta ianya diadakan
secara berterusan dan konsisten. Daripada pengertian tersebut, dapat difahami bahawa
perkhidmatan pelanggan yang cemerlang mestilah bercirikan mesra-pelanggan. Apa
yang lebih penting dalam perkhidmatan pelanggan ialah peruncit sentiasa menawarkan
nilai produk serta perkhidmatan jualan yang melebihi daripada harapan pelanggan.
Untuk itu, skop peranan berkaitan perkhidmatan pelanggan perlu meliputi seluruh
fungsi yang terdapat di dalam organisasi perniagaan. Maksudnya, tanggungjawab
perkhidmatan pelanggan bukan sahaja terletak kepada bahagian jualan atau pemasaran
yang berhadapan dengan pelanggan. Malah bahagian-bahagian lain, seperti
pengeluaran, perolehan, kewangan dan kawalan kualiti yang tidak berurusan secara
langsung dengan pelanggan, perlu juga bertanggungjawab. Ini adalah kerana kesemua
bahagian tersebut sebenarnya terlibat dalam proses menghasilkan produk yang akan
dikemukakan kepada pengguna. 46

55. 4.4 Komen Dan Cadangan Pada pendapat saya setelah bersama membantu
menguruskan organisasi ini selama lebih empat bulan, organisasi ini telah diuruskan
dengan baik oleh pengurus merangkap pemilik stesen iaitu Puan Halimaton Binti
Majid yang berpengalaman selama puluhan tahun dalam bidang ini. Beliau juga telah
dibantu dengan orang-orang yang cekap dan juga mempunyai pengalaman yang
banyak untuk menguruskan organisasi ini. Walaubagaimanapun, pada pendapat saya,
pengurus stesen perlu lebih peka dengan keadaan pekerja yang tidak sama mengikut
perkembangan zaman. Sebagai contoh, pekerja yang bekerja pada tahun 1990-an yang
hanya mengikut tanpa banyak pertanyaan mungkin tidak sama keadaannya dengan
pekerja masa kini yang lebih terdedah kepada media sosial, hiburan dan sebagainya.
Apa yang cuba diperkatakan disini ialah diharapkan pengurus supaya lebih memahami
dan cuba untuk mendengar pendapat pekerja, bukan hanya mengarah dan menetapkan
apa yang perlu dilakukan untuk stesen kerana pekerja yang lebih banyak
menghabiskan masa di situ. Jika terdapat sesuatu yang pengurus ingin pekerja
lakukan, beliau tidak perlu untuk menipu dengan mengatakan arahan tersebut dari
pihak atasan. Kerana lambat laun, pekerja akan tetap mengetahuinya dan perkara ini
boleh mengurangkan rasa hormat pekerja kepada pengurus. Jika ini terjadi, walau
sehebat mana pun perkhidmatan pelanggan yang ingin dicapai untuk stesen, ianya
tidak akan dapat dicapai kerana kurang kerjasama yang terjalin antara pihak
pengurusan dan pekerja. 47

56. 4.5 Kesimpulan PENGGUNA masa kini mempunyai kesedaran yang lebih matang
terhadap nilai produk yang mereka beli. Mereka menuntut kualiti produk dan
perkhidmatan yang terbaik berbanding dengan harga yang mereka bayar. Mereka juga
mempunyai alternatif yang luas untuk memilih peruncit yang dapat menawarkan
produk dengan nilai yang terbaik kepada mereka. Justeru itu, adalah menjadi cabaran
kepada setiap organisasi (awam dan swasta) yang menawarkan produk / perkhidmatan
supaya lebih komited terhadap isu meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan.
Perkhidmatan pelanggan perlu menjadi satu agenda penting dalam perancangan

strategik organisasi. Sebagaimana telah dinyatakan, perkhidmatan pelanggan


merupakan keupayaan organisasi dalam menyempurnakan penyampaian produk
kepada pelanggan, dan ianya adalah tanggungjawab semua unit di organisasi.
Maksudnya, supaya berjaya dalam memberi tumpuan kepada pengguna dengan cara
customer-driven yang sebenar, organisasi perlu mengintegrasi kesemua fungsi
perniagaan kearah memenuhi setiap keperluan pengguna. Untuk mencapai keupayaan
tersebut, organisasi mestilah dilengkapi dengan kriteria serta memenuhi keperluan
tertentu sebagai pemangkin dalam meningkatkan serta mengekalkan kualiti
perkhidmatan pelanggan. Antara kriteria dan keperluan yang dimaksudkan ialah: 48

57. 1. Kepimpinan customer-value / service Pemimpin menentukan corak dan


halatuju organisasi. Untuk menjayakan misi perkhidmatan pelanggan, para pemimpin
organisasi mestilah dari mereka yang berfahaman dan mempraktik kepimpinan /
pentadbiran berorientasikan customer-value / -service. 2. Kefahaman keperluan
pengguna Organisasi perlu memahami apa yang diperlukan oleh pengguna dengan
sebaiknya supaya mampu memenuhinya dengan tepat, malah dapat menawarkan lebih
daripada yang mereka perlukan. 3. Tatacara & budaya kerja excellent customer
service Organisasi perlu menetapkan piawai, proses, prosedur, arahan dan budaya
kerja yang mempastikan excellent customer service sekiranya ingin mencapai dan
mengekalkan tahap penyampaian produk yang berkualiti. 49

58. 4. Fasiliti yang sempurna Kesempurnaan dari aspek fasiliti ( peralatan, teknologi,
dll. ) yang bersesuaian dan bertepatan dengan produk yang dihasilkan adalah sangat
penting bagi membolehkan organisasi melaksanakan misi perkhidmatan
pelanggannya. 5. Sumber yang mencukupi Dalam penyediaan dan penyampaian
produk kepada pengguna, organisasi perlu memastikan berbagai sumber ( pengetahuan
kewangan dll. ) adalah mencukupi supaya semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan
kaedah yang paling efisen. 6. Sikap & komitmen pekerja customer-driven Walau
sebaik mana pun proses, prosedur, fasiliti dan sumber yang disediakan, namun jika
sikap dan komitmen pekerja tidak berciri customer-driven, maka oganisasi tidak
akan mencapai tahap perkhidmatan pelanggan yang berkualiti. 50

59. 7. Sistem pemantauan Organisasi perlu mengamalkan sistem pemantauan yang


berkesan kepada setiap aktiviti dalam penyediaan dan penyampaian produk kepada
pengguna. Melalui pemantauan kepada proses dan aktiviti dalaman dan interaksi
luaran dengan pelanggan, orgnisasi akan sentiasa bersedia memperbaiki segala
kekurangan dan kesilapan. NILAI sebenar bagi perkhidmatan pelanggan bukannya
terletak pada hasrat dan kata-kata yang banyak terdapat pada piagam pelanggan,
banner, broser dan bebagai kaedah pengiklanan oleh organisasi, tetapi ianya adalah
keupayaan yang dimiliki serta perlaksanaannya yang efektif oleh organisasi itu sendiri.
51

60. 52 BAB 5 Store Layout, Design, And Visual Merchandising ( Susur Atur, Reka
Bentuk Dan Pemaparan Barangan di Premis )

61. 53 5. 1 Pengenalan Keadaan persekitaran, cara susun atur, pasaran dan cara setiap
inventori diletakkan di dalam premis sedikit sebanyak akan memberi impak kepada
pengguna. Reka bentuk sesebuah premis boleh menarik pengguna untuk masuk ke
dalamnya, meningkatkan masa mereka berada di dalam kedai sekaligus akan

meningkatkan jumlah inventori yang dibeli oleh pengguna. Ianya juga mempunyai
kesan jangka panjang terhadap kesetiaan pengguna terhadap sesebuah perniagaan
tersebut kerana dapat memperluaskan lagi imej peruncit dan memberikan pengalaman
pembelian yang hebat dan membuat pengguna datang berulang kali ke premis
tersebut.

62. 54 5.2 Objektif Persekitaran Premis Yang Baik 1. Menarik pengguna untuk masuk
ke kedai - Memainkan peranan yang sangat penting semasa pemilihan kedai yang akan
dikunjungi oleh pengguna. - Antara kriteria premis pilihan pengguna ialah, kebersihan,
harga yang dipamerkan, pekerja yang ceria dan sedia membantu, dan gondola yang
disusun atur dengan baik. - Keadaan premis sendiri yang sedap dipandang dan
membuat pengguna seronok berada di dalamnya.

63. 55 Rajah 5.2.1 & 5.2.2 Keadaan susun atur stesen Putrajaya Enterprise

64. 56 2. Sebaik sahaja pengguna berada di dalam kedai, tukar mereka menjadi
pelanggan yang membeli barangan ( produktiviti ruang ) - Keinginan pengguna untuk
membeli akan menjadi lebih tinggi jika lebih banyak inventori menarik perhatian
mereka. - Peruncit menumpukan perhatian yang lebih kepada pemasaran dalam kedai
lebih banyak pelaburan dibelanjakan di dalam kedai dari segi reka bentuk,
persembahan inventori, paparan visual, dan promosi. Ini dapat membawa kepada lebih
banyak jualan dan keuntungan kepada peruncit. Rajah 5.2.3 Susun atur kedai Mesra
stesen Putrajaya Enterprise

65. 57 5.3 Objektif Reka Bentuk Premis Yang Baik Reka bentuk sesebuah premis
haruslah : 1. Konsisten dengan imej dan strategi perniagaan 2. Dapat menarik
pengguna masuk ke dalam kedai 3. Berpatutan dengan kos dan untung perniagaan 4.
Fleksibel 5. Mesra pengguna boleh diakses oleh pengguna yang tidak berupaya
Rajah 5.3.1 Petronas menjadi pilihan kerana mempunyai tempat yang luas dan
kemudahan yang pelbagai

66. 58 5.4 Jenis Ruangan Dalam Premis 1. Back room tempat receiving
dijalankan, tempat stok disimpan Rajah 5.4.1 Keadaan stor di stesen Putrajaya
Enterprise

67. 59 2. Non-selling area Rajah 5.4.2 Pejabat urusan di stesen Putrajaya Enterprise

68. 60 Rajah 5.4.3 tempat istirehat / menunggu untuk pengguna Selain itu, terdapat
juga pelbagai kemudahan lain yang terdapat di stesen ini seperti surau, dan tandas.

69. 61 3. Ruangan Inventori Dipamerkan Rajah 5.4.4 & 5.4.5 Keadaan lantai tiles
dan bercermin sepenuhnya menjadikan stesen ini selesa dan inventori sesuai untuk
dipamerkan.

70. 62 5.5 Design Premis Rajah 5.5.1 Cara susun atur kedai Mesra stesen Putrajaya
Enterprise menggunakan Kaedah Grid atau terusan. Grid Layout : - Memerlukan
pengguna untuk melihat keseluruhan inventori yang dipamerkan untuk mencari
barangan kehendak mereka. Inventori di gondola lain agak sukar untuk dilihat kerana

berada dalam kedudukan hampir sama. Kaedah ini kebanyakannya digunakan premis
yang menjual inventori yang banyak.

71. 63 5.6 Kesimpulan Secara keseluruhannya, susun atur dan cara inventori
dipamerkan di stesen Putrajaya Enterprise sangat baik dan teratur. Lebih-lebih lagi
dengan adanya bantuan dari pihak audit DKSH Holdings yang sering membetulkan
pihak stesen untuk menyusun atur dan mempamerkan serta mengajar pihak stesen
untuk pengurusan kedai Mesra yang terbaik dan dapat memuaskan hati pengguna.
Walaupun stesen ini bukanlah sebuah organisasi yang besar, tetapi ia masih dapat
diuruskan dengan design dan susun atur yang kreatif dan tersusun.

72. 64 BAB 6 PROMOSI

73. 65 6.1 Promosi 6.1.1 Pengenalan Promosi adalah satu kaedah untuk memberitahu
atau menawarkan produk dengan tujuan menarik pengguna untuk membeli atau
mengkonsumsinya. Dengan adanya promosi, peruncit boleh menaikkan angka
penjualan bagi masa tersebut. Terdapat banyak cara untuk peruncit melakukan
promosi yang membolehkan mereka untuk menarik lebih ramai pengguna untuk
datang ke premis mereka. Peruncit juga perlu tahu cara untuk melakukan promosi
yang berkesan kerana ia akan menentukan sama ada mendapat keuntungan ataupun
sebaliknya daripada promosi tersebut. Promosi adalah penting untuk perniagaan tidak
kira apa juga jenis perniagaan yang di jalankan. Setiap pengguna terutama kaum
wanita seringkali akan menunggu promosi berlangsung untuk melakukan pembelian
secara banyak. Peruncit akan mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan lagi
keuntungan. Perkara ini turut dapat menambahkan lagi pelanggan setia untuk
perniagaan tersebut.

74. 66 6.1.2 Tujuan Promosi Dilaksanakan Promosi perlu dijalankan kerana ini
penting untuk perniagaan. Antara tujuan promosi dilaksanakan adalah untuk
menyebarkan maklumat ataupun informasi tentang sesuatu produk kepada target
sasaran agar ianya dapat di terima secara baik oleh pengguna terhadap produk
tersebut. Selain itu, ia dilaksanakan untuk meningkatkan penjualan supaya perniagaan
akan mendapat hasil yang tinggi dan lumayan. Tujuan yang ketiga pula ialah peruncit
boleh menarik lebih ramai pelanggan setia untuk perniagaan mereka sekaligus
mengekalkan populariti mereka di mata pengguna. Seterusnya peruncit dapat menjaga
kestabilan penjualan perniagaan mereka apabila berada di dalam keadaan yang lesu,
promosi ini dapat membantu mereka meningkat lagi penjualan. Tujuan kelima adalah
untuk menjadikan produk yang dijual lebih dikenali kepada orang ramai dan dapat
bersaing dengan baik dan secara sihat dengan pesaing lain. Tujuan keenam supaya
mereka dapat mengikut cita rasa pengguna dengan produk yang bakal dipromosikan
yang bersesuaian dengan apa yang pengguna inginkan daripada peruncit. Ini akan
mendapatkan sambutan yang baik daripada pelanggan untuk membeli produk tersebut
dan akhir sekali ialah promosi dapat mengubah tingkah laku dan juga pendapat
pengguna terhadap premis dan prosuk yang bakal dipasarkan.

75. 67 6.1.3 Cara Pelaksanaan Promosi Setiap peruncit ada cara yang tersendiri untuk
melakukan promosi. Antaranya mereka akan menghantar melalui pesanan ringkas
( messaging ), dan e-mail kepada pelanggan setia mereka tentang maklumat promosi
tersebut. Iklan samada di televisyen atau radio juga merupakan medium yang popular

untuk peruncit mempromosikan jualan mereka kepada umum. Atau menggunakan cara
yang lebih ekonomi, membuat iklan secara direct melalui percakapan secara
langsung dengan pengguna. Cara ini ternyata lebih berkesan kerana peruncit boleh
menerangkan dengan lebih jelas tentang produk tersebut di mana, pengguna akan
bertanya sendiri tentang produk yang dijual. Pada umumnya setelah angka penjualan
cukup tinggi, peruncit atau pengeluar akan mengurangi kegiatan promosi untuk
inventori tersebut. Rajah 6.1.1 Inventori dengan harga promosi diletakkan ditempat
yang senang dilihat

76. 68 6.2 Kad Keahlian Rajah 6.2.1 Contoh kad keahlian Petronas ( kad mesra )
Memberi kad keahlian adalah salah satu cara yang popular untuk sesuatu perniagaan
berkembang maju dengan lebih cepat. Sama ada diberi secara percuma atau dengan
sedikit bayaran, cara ini ternyata boleh menambahkan lagi pelanggan yang setia
dengan peruncit tersebut dan sangat berhasil untuk menambahkan lagi hasil jualan
mereka. Terdapat pelbagai kaedah untuk mengira bonusnya bergantung pada peruncit
sendiri dan ahli selalunya dilindungi oleh insurans dan hal ini membuatkan pemegang
kad berasa selamat dan dihargai disamping diberi perhatian oleh pihak peruncit itu
sendiri didalam menjaga kebajikan pelanggan-pelanggan mereka.

77. 69 Pihak Petronas telah dengan telah memperkenalkan Program Kesetiaan


PETRONAS Mesra semua-baru yang telah direka khas bagi menawarkan lebih banyak
kemudahan dan ganjaran yang lebih baik. Petronas kad Mesra adalah unik kerana ia
menawarkan ganjaran segera serta keistimewaan gaya hidup eksklusif. Dengan
PETRONAS kad Mesra, kini pengguna boleh membeli bahan api atau barangan dari
kedai Mesra menggunakan mata yang telah dikumpul, atau hanya menikmati diskaun
dan promosi yang ditawarkan di stesen Petronas. Program kesetiaan baru ini akan
menawarkan pengguna pengalaman yang lebih berharga. Untuk membuat kad ini
hanya lebih kurang lima minit sahaja diperlukan. Pengguna hanya perlu mengisi
boring keahlian dan akan mendapat kad Mesra serta- merta. Ia boleh terus digunakan
selepas itu. Hal ini memudahkan pengguna untuk menggunakan kad tersebut kerana
maklumat mereka telah pun berada di dalam data maklumat pelanggan.
Walaubagaimanapun, jika kad ini tidak digunakan untuk sebarang transaksi dalam
masa enam bulan, ia akan luput dan mata terkumpul akan dimatikan begitu saja.
Promosi ini telah pun berjaya menarik hati pengguna dan juga dapat menambahkan
pengumpulan mata bagi pelanggan dan meningkatkan lagi hasil jualan dan keuntungan
kepada stesen. Selain itu juga dapat menambahkan lagi pelanggan yang setia dengan
stesen ini.

78. 70 6.3 Kesimpulan Pada pandangan saya, promosi sering dijalankan di stesen ini
berikutan terdapat pelbagai jenama yang dijual di sini. Hal ini secara tidak langsung
telah menaikkan kadar kepercayaan pengguna untuk membeli barang keperluan
mereka dengan lebih murah dan cepat di sini. Walaupun terdapat hampir ribuan SKU
di sini, pihak pengurusan tetap dapat menguruskannya dengan baik walaupun terdapat
sedikit masalah di sebaliknya. untuk menjalankan sesuatu promosi itu juga, perkara
yang perlu ditekankan ialah harga dan kualiti produk. Harganya mestilah tidak terlalu
murah, supaya berbaloi dengan pulangan modal dan keuntungan. Kualitinya pula
mestilah yang terbaik, supaya kepuasan pengguna dapat dikecapi dan kepercayaan dan
kesetiaan mereka tetap pada kita.

79. 71 Bab 7 KESIMPULAN

80. 72 7.1 Kesimpulan Setiap yang bermula pasti akan berakhir, begitu juga dengan
latihan industri yang saya jalani ini. Pelbagai rintangan dan pendedahan yang saya
alami ketika menjalani latihan industri di Stesen Petronas Putrajaya Enterprise selama
hamper lima bulan iaitu dari 17 Jun hingga 1 November 2013. Pengalamanpengalaman kerja yang diperolehi amatlah bermakna dan boleh dijadikan bekalan
untuk menghadapi alam pekerjaan yang sebenar pada masa akan datang. Berdasarkan
pendedahan yang diperolehi, boleh saya simpulkan bahawa Putrajaya Enterprise
merupakan peruncit yang serba boleh dengan pelbagai kemudahan yang disediakan
untuk pengguna. Walaupun stesen ini tidak mempunyai ramai pekerja seperti stesen
lain, ia tetap mampu untuk bersaing dan menghasilkan kerja yang produktif. Antara
yang dapat saya simpulkan sepanjang hampir lima bulan saya menjalani latihan di sini
ialah : 1. Latihan industri dapat mengajar pelajar menempuhi alam pekerjaan yang
sebenar. Ini kerana pelajar memang berada dalam situasi bekerja yang sebenar. 2.
Mengenali dan mengetahui tentang proses pengurusan stesen serta cara berkomunikasi
dengan masyarakat.

81. 73 3. Fahami tentang kerja amat penting supaya dapat menarik minat pelanggan
dan membuat sesuatu yang berkualiti. Khususnya dalam pengurusan stesen dan kedai
Mesra contohnya, hasil kerja yang terbaik sentiasa diperlukan untuk kepuasan
pengguna. 4. Disiplin adalah satu perkara yang penting bagi melahirkan pekerja yang
berkualiti. Khususnya dalam kedatangan, masa perlu ditepati supaya kerja-kerja tidak
tertangguh. 5. Interaksi sesama pekerja juga perlu agar kerja dapat dilakukan dengan
sempurna, cepat, dan berkualiti. 6. Pihak pengurusan perlu menjaga kebajikan pekerja
dan memberikan faedah- Faedah yang menarik bagi menjaga hati pekerja serta
meningkatkan mutu kerja.

82. 74 7.2 Kesimpulan Berkenaan Pengurusan Organisasi Dalam skop berkenaan


dengan organisasi, peruncit perlu mengenalpasti bantuan dan juga rintangan kea rah
mencapai matlamat. Strategi ialah perancangan organisasi untuk mencapai sesuatu
misi. Peruncit boleh menggunakan kaedah SWOT dalam mengenalpasti bantuan dan
rintangan tersebut. SWOT mewakili perkataan yang telah digabungkan iaitu : S
Strength ( kekuatan ) W Weakness ( kelemahan ) O Oppurtunity ( peluang ) T
Threat ( ancaman ) Peruncit perlu mengkaji terlebih dahulu apakah yang
dimaksudkan dengan kesemua gabungan perkataan ini supaya boleh menjadi asas
dalam memilih strategi yang akan digunakan dalam sistem pengurusan organisasi
mereka. 1. Strength ( kekuatan ) - Di sini peruncit perlu melihat kekuatan dari segi
dalaman yang mana boleh memberi kelebihan kepada mereka seperti produk yang
dipasarkan, lokasi perrniagaan, kaedah pemasaran, jumlah tenaga kerja yang
digunakan, modal yang mencukupi, kadar persaingan dan sebagainya. Ini akan
menjadikan peruncit untuk lebih senang mencapai objektif setelah mengenalpasti
kekuatan mana perlu ditekankan untuk mengatasi kelemahan.

83. 75 - Untuk stesen ini, lokasi stesen amat sesuai kerana berdekatan dengan
masyarakat tempatan, sekolah-sekolah, jabatan kerajaan atau swasta dan pusat
perindustrian. - Stesen ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti surau
dan tandas. - Stesen Petronas Putrajaya Enterprise juga mampu menyediakan
perkhidmatan yang cekap, bermutu tinggi dan mengikut citarasa pengguna. Inventori
yang dijual berkualiti tinggi kerana pihak stesen akan memeriksa inventori yang
masuk sebelum dipasarkan. - Tahap persaingan kurang kerana kedudukannya jauh dari
stesen minyak lain. - Stesen ini adalah milik keluarga. Jadi kekuatan jatuh dan bangun

ini bergantung kepada mereka sekeluarga dalam mengendalikan urusan perniagaan di


dalam organisasi ini.

84. 76 2. Weakness ( kelemahan ) - Kelemahan juga perlu dikenalpasti supaya dapat


diatasi dengan baik atau diperingkat awal lagi. Ini bagi melicinkan lagi apa yang akan
dilaksanakan. - Dari segi kelemahan pula, stesen ini perlu berusaha dengan gigih
untuk mengatasi stesen pesaing yang terdiri daripada usahawan-usahawan bukan
bumiputera yang telah lama muncul di dalam pasaran dan kedudukan mereka sangat
kukuh. - Terdapat juga sedikit kepincangan di dalam pengurusan stesen ini dari segi
pengurusan terutamanya dari segi kebajikan pekerja dan pengurusan inventori.

85. 77 3. Oppurtunity ( peluang ) - Dalam perancangan juga peruncit perlu


mengenalpasti peluang yang akan diperolehi dan mengambil kesempatan daripada
peluang ini. Ia dapat membantu untuk mencapai objektif dan matlamat organisasi. Untuk stesen ini yang tidak mempunyai pesaing berdekatan, stesen telah mengambil
peluang ini untuk mengembangkan lagi perniagannya kepada stesen yang lebih besar
dan menjual pelbagai barangan keperluan pengguna.

86. 78 4. Threat ( ancaman ) - Ancaman mesti dikenalpasti supaya apabila berlaku,


peruncit telah bersedia untuk menghadapi masalah. Ini adalah supaya perancangan
peruncit tidak terganggu secara serius apabila terdapat ancaman yang telah dijangka. Walaupun se-gah mana organisasi ini beroperasi, tetapi ianya tidak dapat lari daripada
ancaman. Bagi stesen ini, ancaman yang sering mengganggu operasi stesen adalah
masalah kewangan ekonomi. Sekiranya kegawatan ekonomi berlaku, maka perjalanan
operasi stesen menjadi lembap. - Selain itu, ancaman dari stesen lain yang pesat
membangun turut memberi kesan kepada stesen ini. - Pengguna juga boleh memberi
masalah kepada organisasi. Sekiranya servis yang diberikan tidak memuaskan hati
pengguna, mereka boleh mencipta pelbagai masalah dengan membuat aduan kepada
pihak atasan.

87. 79 BAB 8 KOMEN DAN CADANGAN

88. 80 8.1 Komen Dan Cadangan Sepanjang hampir lima bulan saya menjalani latihan
industri di sini, mustahil Jika saya katakan saya tidak mempunyai sebarang masalah.
Pada mulanya sukar untuk saya menyesuaikan diri, tetapi Alhamdulillah dengan
sokongan kakitangan stesen, saya dapat menyesuaikan diri akhirnya. Selain daripada
itu, saya juga ingin menyuarakan beberapa cadangan dan komen terhadap pihak
politeknik dan juga firma. 8.1.1 Pemilihan Tempat Latihan Industri Pada pendapat
saya, pihak Politeknik Ungku Omar perlu mengekalkan dan mengenalpasti firma yang
berkeupayaan untuk menempatkan penuntut bagi menjalani latihan industri. Jika perlu,
pihak politeknik boleh membuat perjanjian bersama dengan firma berkenaan untuk
mengekalkan tempat untuk pelajar menjalani latihan tersebut. Ini bertujuan bagi
mengatasi masalah kekurangan tempat latihan industry yang dialami oleh pelajar. Ia
juga dapat mengelakkan sesebuah firma yang tidak bertanggungjawab mengambil
pelajar menjalani latihan industry untuk mengambil kesempatan atas pelajar tersebut.

89. 81 8.1.2 Lawatan oleh Pensyarah Bagi pendapat saya, sepatutnya lawatan yang
diadakan oleh pensyarah ke firma di mana pelajar menjalani latihan diadakan
sekurang-kurangnya dua kali dalam tempoh latihan diadakan. Dengan adanya lawatan

yang dibuat, segala masalah yang dihadapi dapat dirujuk oleh para pelajar kepada
pensyarah. Saya juga menyarankan pensyarah yang mengadakan lawatan di mana
pelajar ditempatkan adalah daripada kursus yang sama dengan pelajar, atau pensyarah
yang mengajar pelajar itu sendiri. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan lagi proses
komunikasi antara pelajar, pensyarah, dan pihak firma jika terdapat sebarang masalah
yang berkenaan dengan kursus. 8.1.3 Jadual Kerja Pihak firma perlu menyediakan satu
jadual khusus yang merangkumi pelbagai bidang tugas untuk pelajar bagi memastikan
tempoh latihan industri dapat digunakan sebaik yang mungkin. Oleh itu, ia dapat
menambahkan pengetahuan pelajar dan turut membantu meningkatkan prestasi firma
tersebut.

90. 82 8.1.4 Rancangan Skop dan Latihan Skop latihan yang diberikan adalah tidak
begitu memuaskan kerana ia banyak tertumpu kepada banyak kerja. Ini menyebabkan
pemahaman yang mendalam tidak dikecapi sepenuhnya oleh pelajar. Banyak perkara
yang dipelajari tetapi pengetahuan yang didapati daripada sesuatu kerja itu tidak
begitu mendalam. Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar pihak firma
membuat perancangan awal kepada pelajar latihan industri supaya latihan yang
dijalankan lebih teratur. Walaupun skop kerja yang dilakukan oleh pelajar tidak begitu
luas, namun pemahaman terhadap sesuatu kerja itu dapat difahami sepenuhnya.

91. 83 8.2 Cadangan Terhadap Organisasi Latihan 8.2.1 Strategi Operasi Dari segi
kualiti tentang produk, ianya boleh mempengaruhi organisasi melalui pelbagai cara
seperti reputasi dan imej, liabiliti, produktiviti, dan juga kos. Oleh yang demikian, bagi
meningkatkan tahap kualiti, organisasi perlu membentuk system pengurusan yang
berkualiti. 8.2.2 Pengurusan Inventori Inventori yang ingin dipasarkan di stesen
seharusnya diuruskan dengan sebaiknya oleh pihak stesen. Didapati tempat simpanan
inventori tersebut sering penuh dengan pelbagai produk yang diorder dengan sangat
banyak pada satu masa. Ini sangat membebankan pekerja untuk menguruskan stor.
Sehinggakan banyak tikus menjadikan stor sarang mereka. Ini tidak bagus kerana
inventori tersebut adalah untuk dijual kepada pengguna dan seperti sedia maklum,
inventori-inventori rosak tidak sepatutnya di jual.

92. 84 8.2.3 Pengkhususan Dalam organisasi ini tahap pengkhususan masih kurang.
Oleh demikian untuk memperbaiki masalah ini adalah dari segi pengembangan kerja.
Salah satunya adalah dari segi pusingan kerja di mana ia melibatkan usaha
memindahkan pekerja dari satu jawatan ke satu jawatan yang lain bersesuian dengan
tahap kebolehan mereka. Tujuannya supaya mereka boleh meluaskan pengalaman
mereka dan membiasakan diri dengan pelbagai aspek operasi stesen.

ENGLISH
o English
o Franais
o Espaol
o Portugus (Brasil)

o Deutsch

English

Franais

Espaol

Portugus (Brasil)

Deutsch

About

Careers

Developers & API

Press

Blog

Terms

Privacy

Copyright

Support

Contact

Linkedin Twitter Google Plus Facebook RSS Feeds LinkedIn Corporation 2014
<img height="1" width="1" alt="" style="display:none;"
src="//www.bizographics.com/collect/?pid=870&fmt=gif" />

Login to SlideShare

Click here to login with Facebook

Das könnte Ihnen auch gefallen