Sie sind auf Seite 1von 1

Refleksi

Matlamat program perkhemahan perdana unit beruniform ialah program yang


menjadi salah satu pencetus pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat
juang yang tinggi, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras
dengan nilai-nilai keguruan. Saya berasa objektif ini telah dicapai kerana saya bukan sahaja
telah menimba banyak ilmu pengetahuan tetapi banyak nilai-nilai murni daripada setiap
insan yang mengendahalikan program tersebut. Program ini diadakan di pusat kokurikulum
selama perak selama 4 hari 3 malam.
Sebelum menjalani program ini kami terlebih dahulu telah melaksanakan tugas
sebagai Ahli Jawatankuasa bagi setiap jawatan. Sepanjang proses persediaan melakukan
Progam ini, para peserta telah mengadakan mesyuarat sebanyak 2 kali yang mana
mesyuarat ini telah banyak membantu kami untuk mendapatkan informasi terkini mengenai
program Amali ini dan juga untuk menjalankan tugas AJK masing-masing. Bagi saya secara
peribadi, amat bertuah kerana Ahli jawatankuasa tertinggi pada kali ini terutamanya
pengerusi amali ini telah melalukan tugas atau peranan yang sangat baik dimana beliau
telah menggerakkan seramai 25 orang guru pelatih untuk melakukan tugasan masingmasing tanpa sebarang masalah yang boleh menyebabkan program ini tidak dijalankan.
Saya juga sedar memikul tanggungjawab yang sangat besar bukanlah mudah dan
memerlukan kecekalan dan ketabahan. Saya berharap semoga suatu hari nanti saya juga
boleh menjadi pemimpin yang baik dan dan mempertingkatkan lagi keyakinan dalam diri
saya.
Pada program kali ini juga saya diberi peluang untuk membuat gajet daripada buluh.
Setiap sekawan diarahkan untuk membuat 3 gajet. Membuat gajet gajet tersebut telah
memgeratkan hubungan saya dengan ahli sekawan ungu dan paling mengejutkan saya
adalah sekawan ungu memjadi sekawan yang terbaik selama 2 hari. Semangat
berkerjasama telah membuahkan hasil yang terbaik daripada kami semua. Persekitarannya
amat aman dan saya menyedari bahawa mereka mesra dan saya telah mempelajari banyak
nilai murni melalui jurulatih kami. Saya berasa amat gembira dan bangga setelah dapat
mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang diajurkan serta telah menerima input-input
menarik dari jurulatih kami.

Saya berasa pengalaman perkhemahan ini merupakan

pengalaman yang paling menakjubkan yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
Kesimpulannya, sebagai bakal guru pada masa hadapan maka adalah penting bagi
kami untuk sentiasa bersiap sedia untuk berinteraksi bersama masyarakat sekitar kami
unuk menimba ilmu dari semasa ke semasa di samping sentiasa bekerjasama demi
kebaikan bersama.

Das könnte Ihnen auch gefallen