Sie sind auf Seite 1von 12

MEMORI SEORANG TUA

ZAHARI AFFANDI

TEMA
Tema cerpen ini ialah semangat patriotik, iaitu tentang
keinginan seorang tokoh untuk berkongsi memori
lampaunya dengan masyarakat. Pak Itam ingin
berkongsi perjuangan yang telah dilaluinya dengan anak
cucu cicit dalam usaha beliau membebaskan negara ini
daripada penjajahan.

PERSOALAN
1. Sikap kurang prihatin generasi muda yang tidak menghargai
jasa tokoh yang banyak berjasa kepada negara.
2. Pengorbanan demi membuktikan rasa cinta yang mendalam
terhadap bangsa dan negara.
3. Rasa tanggungjawab terhadap nasib yang akan dialami oleh
anak bangsa.
4. Kekecewaan pada saat-saat akhir kehidupan seorang nasionalis.
5. Cabaran-cabaran yang d.ilalui pada zaman pramerdeka
dalam usaha mengusir penjajah dan menyemaikan semangat
kebangsaan dalam diri orang melayu

WATAK DAN PERWATAKAN


Pak Itam
1. Pak Itam anak Pahang yang berasal dari Kuala Sematan
2. Beliau berumur 85 tahun
3. Pak Itam merupakan seorang pejuang tulen kerana keberanian beliau menentang
penjajah inggeris.
4. Selain sebagai pejuang nasionalis, beliau merupakan seorang penulis dan wartawan
yang berani.
5. Beliau seorang intelektual kerana merupakan anak melayu pertama menyandang
jawatan majistret
6. Beliau seorang yang baik hati kerana bersesia melayan tetamu yang ingin bertemunya
7. Beliau tekun mengumpulkan hasil kerja beliau seperti buku,rencana di majala,keratin
akhbar,dan gambar untuk tatapan umum.

Tuk Mat
1. Tuk Mat bekas anggota polis pencen berpangkat
sarjan
2. Tuk Mat tinggal berjiran dengan Pak Itam
3. Tuk Mat amat berdisiplin dan menjalankan
tanggungjawabnya dengan sempurna
4. Tuk Mat baik hati kerana beliau dan keluarganya
menjaga kebajikan Pak Itam
5. Tuk Mat seorang yang rajin.Buktinya,beliau banyak
membantu Pak Itam dalam usaha mengadakan
sambutan hari lahirnya

Rokiah

1. Rokiah anak gadis Tuk Mat.


2. Rokiah pelajar tingkatan 4.Rambutnya bertocang
3. Rokiah seorang pelajar yang baik hati.Dia banyak
membantu Pak Itam,iaitu menghantar makanan dan
mencuci pakaian Pak Itam.

Halimah

1. Halimah anak gadis Tuk Mat juga.


2. Halimah baik hati juga kerana bersilih ganti dengan
Rokiah membantu Pak Itam

Rogayah

1. Rogayah ialah isteri Tuk Mat.


2. Rogayah digambarkan juga seorang yang baik hati
kerana banyak membantu Pak Itam.
3. Rogayah ikhlas membantu Pak Itam.Beliau tidah
mahu menerima sekarang bayaran daripada Pak Itam

Jali
1. Jali rajin dan banyak membantu Pak Itam
menjayakan majlis yang dianjurkannya.
2. Dia merupakan lulusan daripada ITM dalam jurusan
Komunikasi dan Pengiklanan.
3. Dia membuka sebuah galeri kecil di Arked MARA
Kajang.

Siti Nurhidayah

1. Siti Nurhidayah ialah janda Pak Itam yang menuntut


fasakh ketika Pak Itam berada di dalam penjara
2. Beliau sempat hadir pada hari kematian Pak Itam
3. Siti Nurhidayah mempunyai dua orang anak,iaitu
Izwan dan Nuryani Iman

NILAI
Pengorbanan
Pak Itam sanggup berkorban dengan menolak kemewahan hidup
demi cinta akan bangsa dan Negara
Semangat Patriotik
Pak Itam memiliki semangat patriotic yang tulen menentang Inggeris
melalui mata penanya dan juga penentangan secara terus.
Baik Hati
Rokiah dan Halimah membantu membasuh pakaian Pak Itam
Merendah diri
Pak Itam terasa dirinya kerdil dan senantiasa mengagungkan
kebesaran Tuhan

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah cinta akan bangsa dan Negara dan tidak
membiarkannya dijajah orang bansa lain.
2. Kita perlulah sanggup berkorban demi Negara yang tercinta
serta tidak terlalu mengutamakan kepentingan diri sendiri
3. Kita hendaklah sentiasa mentaati suruhan Tuhan dengan
meningkatkan amal ibadah.
4. Kita hendaklah menjaga kebajikan warga emas yang telah
banyak meninggalkan jasa kepada kita
5. Warga muda hendaklah tahu mengenang jasa tokoh yang
banyak berkorban untuk bangsa dan negara

Das könnte Ihnen auch gefallen