Sie sind auf Seite 1von 2

Setiap individu di dunia ini pastinya memiliki sahabat ataupun rakan

dalam kehidupan mereka. Rakan-rakan amat diperlukan dalam


menghilangkan kebosanan yang melanda diri. Namun demikian, beberapa
perkara perlu dipertimbangkan dalam memilih rakan. Hal ini demikian
kerana jika tersalah pilih rakan akan rosaklah masa hadapan kita. Jika
diperhalusi, ada beberapa ciri dalam memilih sahabat yang perlu kita
ketahui.
Ciri yang paling utama sudah pastinya sahabat yang sentiasa
membantu kita ketika susah dan senang. Peribahasa ada mengatakan
rakan ketawa senang dicari tetapi rakan tangis sukar ditemui. Oleh itu,
dalam memilih sahabat ciri ini perlu ada supaya mereka sentiasa
membantu kita tanpa mengira waktu dan ketika. Jelaslah, rakan atau
sahabat yang sebegini mampu mengisi kekosongan dan sentiasa ada saat
diperlukan.
Sahabat yang baik juga pastinya mampu menunjukkan teladan
yang baik kepada kita. Sudah pasti kita tidak mahu menjadi seperti
disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga. Disebabkan sikap
rakan kita yang tidak elok, habis rakan-rakan yang lain dituduh
bersekongkol mahupun dilabel sebagai membawa pengaruh yang negatif.
Huraian ini sangat bertepatan dengan peribahasa berteman dengan
tukang minyak wangi kita akan ikut wangi, berteman dengan tukang
minyak kita akan ikut bau minyak.
Di samping itu, dalam memilih sahabat juga pilihlah sahabat yang
sentiasa mengajak kita ke arah kebaikan. Sebagai contohnya, pilihlah
sahabat yang tidak meninggalkan solat dan tahu menghormati orang
yang lebih tua. Perkara ini penting kerana ciri-ciri sahabat yang baik itu
akan menjadi ikutan kita sepanjang masa. Secara tidak langsung,
masyarakat akan memandang tinggi individu-individu yang memiliki ciriciri yang baik dalam diri mereka.
Seterusnya, sahabat yang baik juga pastinya bersedia untuk berkongsi
ataupun sekurang-kurangnya mendengar masalah kita pada bila-bila
masa yang diperlukan. Sahabat yang baik mampu berfungsi sebagai
pembimbing di saat kita menghadapi masalah. Namun demikian, nasihat
dan bimbingan yang diberikan mestilah mampu membawa kita ke arah
kebaikan. Tidak dapat dinafikan lagi, kita perlu bersedia mendengar
masalah rakan jika ingin menjadi sahabat yang baik.
Izharnya, ada berbagai-bagai ciri yang perlu diperhalusi dalam
menilai erti persabahatan. Oleh sebab itu, kita wajar dan harus berhatihati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman ataupun jua
sahabat kita. Seorang sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji

untuk diikuti dan dicontohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk


menempuh kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita di akhirat
kelak.

Das könnte Ihnen auch gefallen